Monday, May 11, 2009

lagi dan lagi...

bagi siape2 yang tak sempat bukak paper, boleh bace berita kat sini :)

just a few important news about the world we're living in..

*************************************************************************************

700 militan Taliban terbunuh

ISLAMABAD 11 Mei - Sekurang- kurangnya 700 anggota militan terbunuh dalam kempen besar-besaran tentera Pakistan untuk menghancurkan kubu kuat Taliban di barat laut negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Rehman Malik hari ini berkata, operasi tersebut akan diteruskan sehinggalah pejuang terakhir Taliban di kawasan itu dibunuh atau diusir.

Serangan di Lembah Swat serta kawasan di sekelilingnya telah mendapat pujian daripada Amerika Syarikat (AS) yang mahu militan al-Qaeda dan Taliban diusir dari kubu mereka di Pakistan tempat mereka boleh merancang serangan ke atas tentera AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan.

Namun, pertempuran sengit telah memaksa puluhan ribu penduduk melarikan diri, selain menimbulkan kebimbangan mengenai masa depan negara bersenjata nuklear ini.

Malik membuat pengumuman itu ketika serangan udara terbaru dilaporkan di beberapa bahagian Lembah Swat, bekas pusat peranginan ski yang jatuh ke tangan Taliban semasa kemaraan mereka dua tahun lalu.

Angka korban militan yang diumumkan oleh Malik itu jauh lebih tinggi berbanding 400 hingga 500 orang yang dilaporkan oleh tentera semalam tetapi tidak dapat disahkan secara berasingan.

"Operasi akan diteruskan sehingga anggota Taliban terakhir terbuuh. Kami tidak memberi mereka peluang, mereka kini melarikan diri dan tidak menjangka serangan sebegitu hebat," kata Malik.

Penggantungan perintah berkurung semalam membolehkan puluhan ribu penduduk awam meninggalkan Swat untuk mencari perlindungan di kawasan lebih selamat di lembah itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini melaporkan, 360,600 penduduk telah didaftarkan di kem dan pusat penempatan sementara sejak 2 Mei selepas melarikan diri dari Lembah Swat dan daerah-daerah Dir dan Buner yang berhampiran.

Jumlah itu, tidak termasuk kira-kira 500,000 orang yang sudah didaftarkan sebagai penduduk yang terpaksa berpindah akibat serangan sebelum ini.

Bilangan pelarian sebanyak itu menjadi ujian kemanusiaan getir bagi kerajaan pusat Pakistan yang lemah.

Tentera banyak bergantung kepada serangan udara sejak serangan di Lembah Swat bermula secara besar-besaran pada Khamis lalu, dan belum jelas bagaimana pihak berkuasa mengenal pasti mereka yang terbunuh sebagai militan.

Kerajaan belum menyatakan bilangan penduduk awam yang terbunuh atau cedera, kemungkinan kerana takut mencetuskan bantahan rakyat.

AS guna fosforus putih di Afghan

KABUL 11 Mei - Pertubuhan hak asasi manusia Afghanistan akan menyiasat dakwaan bahan kimia fosforus putih digunakan dalam pertempuran antara tentera Amerika Syarikat (AS) dengan Taliban yang menyebabkan berpuluh-puluh penduduk terbunuh.

Doktor Afghan melaporkan bahawa penduduk kampung yang cedera dalam pertempuran pada Isnin lalu itu mengalami kebakaran 'luar biasa.'

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Afghanistan hari ini menyatakan bahawa siasatan lanjut akan dijalankan berhubung dakwaan itu.

"Pasukan kami telah menemui pesakit dan akan menyiasat punca kecederaan dan kemungkinan fosforus putih digunakan," kata seorang anggota Suruhanjaya, Nader Nadery.

Tentera Amerika semalam menafikan pihaknya menggunakan bahan mudah terbakar itu dalam pertempuran di wilayah Farah yang menurut Presiden Hamid Karzai meragut nyawa antara 125 hingga 130 penduduk awam.

Sebaliknya, tentera AS mendakwa pejuang Taliban telah menggunakan fosforus putih sekurang-kurangnya empat kali dalam tempoh dua tahun lalu.

Menggunakan fosforus putih untuk menerangi sasaran atau mengeluarkan asap dibenarkan di bawah undang-undang antarabangsa.

Namun, pertubuhan hak asasi manusia berkata, penggunaannya di kawasan berpenduduk boleh menyebabkan orang awam mengalami kebakaran teruk dan dikategorikan sebagai jenayah perang.

Pertubuhan berkenaan juga berpendapat, tidak munasabah untuk Taliban menggunakan fosforus putih kerana mereka tentunya tidak mahu kedudukan mereka terdedah kepada tentera Amerika.

Doktor Afghan berkata, mereka telah merawat sekurang-kurangnya 14 pesakit yang mengalami kebakaran teruk yang belum pernah dilihat oleh doktor sebelum ini


AS tolak henti serangan

WASHINGTON 11 Mei - Amerika Syarikat (AS) menolak gesaan Presiden Afghanistan, Hamid Karzai supaya dihentikan serangan udara AS yang bertujuan untuk menghancurkan kedudukan militan di negaranya.

Penasihat keselamatan negara Presiden Barack Obama, Jeneral (bersara) James Jones sebaliknya berkata, AS tidak akan menghentikan serangan udara tersebut sekalipun ia dilaporkan telah membunuh ratusan penduduk awam sepanjang konflik di Afghanistan.

Dalam insiden terbaru, Karzai mendakwa sekurang-kurangnya 130 penduduk awam dipercayai terbunuh dalam pengeboman dan serangan udara yang dilancarkan oleh tentera AS di wilayah Farah, barat Afghanistan.

Menurut Jones, tentera Amerika akan terus membuat keputusan ketenteraan berdasarkan maklumat perisikan paling tepat yang diterima dan tidak akan menolak sebarang tindakan kerana "kami tidak dapat bertempur dengan sebelah tangan diikat di belakang kami."

Mengulas mengenai kenyataan Jones itu, jurucakap Karzai, Siymak Herawi di Kabul menegaskan bahawa Presiden Afghan itu sangat serius dalam tuntutannya supaya serangan berkenaan dihentikan.

"Kami menuntut dihentikan sama sekali pengeboman ke atas kampung-kampung kami. Kami sangat serius mengenai isu itu," tegas Herawi.

Letupan di Peshawar, 10 maut

PESHAWAR 11 Mei - Sepuluh orang maut, sementara tujuh yang lain cedera setelah seorang pengebom berani mati meletupkan sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan berhampiran satu tempat pemeriksaan keselamatan di barat laut Pakistan, hari ini.

Serangan itu berlaku di pinggir bandar Darra Adam Khel, kira-kira 25 kilometer dari selatan Peshawar.

''Seramai 10 orang terbunuh. Tiga daripadanya mati di hospital, dan tujuh yang lain cedera,'' kata seorang pegawai perisik yang enggan dikenali kepada AFP.

Seorang pegawai tentera turut melaporkan jumlah kematian yang sama. Tambah beliau, dua kakitangan keselamatan adalah antara yang maut.

Pegawai polis, Mohammad Gul pula berkata, turut maut ialah seorang kanak-kanak berusia enam tahun.

Jelasnya, tiga daripada mangsa yang cedera meninggal dunia di hospital di Peshawar akibat kecederaan parah.

Gul berkata, antara mereka yang cedera ialah tiga kanak-kanak dan seorang wanita.

Pegawai memaklumkan bahawa satu terowong berhampiran kejadian telah ditutup, sementara mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.

Tidak ada pihak mengaku bertanggungjawab di atas serangan tersebut, namun pejuang Islam sering menjadikan tentera Pakistan sebagai sasaran

Obama ditawar berucap di Universiti Al-Azhar

KAHERAH 11 Mei - Ulama dan pemimpin tertinggi Sunnah, Sheikh Mohammed Sayyed Al-Tantawi menawarkan pusat keilmuan terunggul Islam, Universiti Al-Azhar di sini sebagai tempat untuk Presiden Amerika Syarikat (AS) menyampaikan ucapan sulungnya kepada umat Islam ketika memulakan lawatannya ke dunia Islam bulan depan.

Kata Al-Tantawi, sebagai pusat ketamadunan Islam dan berhaluan sederhana, Al-Azhar adalah lokasi terbaik bagi Obama menyampaikan ucapannya kepada umat Islam seluruh dunia.

Agensi berita Mesir, MENA melaporkan, Obama yang berjanji untuk merapatkan hubungan antara AS dengan dunia Islam melalui dialog merancang akan menyampaikan ucapannya kepada umat Islam pada 4 Jun ini.

Pada Jumaat lalu White House mengumumkan bahawa Obama akan memulakan usaha meningkatkan keyakinan dan hubungan antara AS dan umat Islam, tetapi tidak menyebut kenapa Mesir menjadi pilihan bagi menyampaikan ucapannya itu

*************************************************************************************


Dr Azzam Tamimi

“Semasa kamu melelapkan mata pada malam nanti, tanya diri kamu, apakah yang kamu telah lakukan untuk Palestin ?”

-Dr Azzam Tamimi, 9 Mei 2009, PWTC, KL , Malaysia


p/s: AS mahu berbaik dengan negara islam? erm~
p/s2:walaupun semua tengah bz nak periksa..tapi jangan lupa saudara kita di sana..doa kita masih diperlukan..
p/s3:saya konfius, PBB ni tugasnye utk kira angka korban je ke?? mungkin..sebab fungsi lain tak nampak!
p/s4:sumber dari utusan dan palestinkini.info
p/s5:kita boleh aplikasikan ucapan Dr Azzam Tamimi tu utk negara2 islam yang lain jugak..ape yg kita dah lakukan utk bantu mereka setakat ni?? '-__-

Thursday, May 7, 2009

kepintaran seorang remaja; Imam Abu hanifah

memandangkan demam COMREL (comparative religion) masih terasa,
just nak kongsi satu cerita..
bukan exactly tentang perbandingan agama..
tapi perdebatan tentang soalan yang berkaitan dengan ketuhanan..
cerita ni agak panjang,
tapi menarik and bermanfaat insyaAllah..


"Pada suatu ketika,
kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah
Yahudi bernama Dahri.
Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam.

Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan
membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan ketuhanan.
Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya.

Setiap kali cabarannya disahut,
hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat
dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan
ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.
Dari kejadiannya ini,
tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama
yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya.

Lalu Khalifah memerintahkan
beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain,
kalau-kalau masih ada ulama
yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri.

Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann
Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya.

Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan
antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan.
Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid
Jamek di tengah-tengah kota Baghdad.

Sehari sebelum pertemuan itu lagi,
Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.
Masing-masng menaruh harapan
agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri
kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.

"Subhanallah.... Subhanallah....
Walauhaulawala quwwata illabillahi aliyyil azim....!"
Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat
mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung.

Dia beristighfar terus.

Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah
bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab

dan matarialis itu. Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT bukanlah perkara
kecil dalam Islam.

Ini kes berat!

Hatinya cukup pedih.
Roh ketauhidannya bergelora.

Mahu rasanya dipenggal leher si Dahri yang
angkuh itu di depan ribuan mata yanng turut hadir dalam majlis itu.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah,

murid Imam Hammad yang
paling rapat dan yang paling disayanginya.

Namanya yang sebenar ialah
Nu' man, yang ketika itu usiannya masih lagi remaja.

Bila ternampak
keadaan gurunya itu,

Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian.

Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.

Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi,

lalu dikhabarkan
kepada muridnya itu.

Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.

"... Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana
kulihat ada sepohon kayu yand rendanng dan lebat buahnya. Tiba-tiba,
di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis
dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun
dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya
sahaja.Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon
rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang
tajam.Lalu,khinzir tadi mati disitu juga."

Hammad termenung seketika.

Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri,

yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,

tidak boleh di biarkan.

Mesti dihapuskan segera.

Wajahnya yang tenang bagai air
sungai yang mengalir jernih,

masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting.

Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga
dikurniakan Allah ilmu menta'bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf.
Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik
bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti.

Dan setelah

mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya:

" Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi
indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita.

Pokok yang berbuah
lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya.

Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri.

Dan khinzir yang

tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri.
Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi...

adalah saya... "

jelas Abu Hanifah.

Beliau juga memohon izin

untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri.

Betapa gembiranya hati Iman Hammad

bila tercetusnya hasrat itu
dari hati muridnya sendiri.

Maka berngkatlah ilmuan budak itu bersama
gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan
diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah.

Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya,

Dahri akan mencabar

dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

" Hai Dahri, apalah yang digusarkan.

Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!"

Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri

dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir.

Dahri sendiri terkejut.

Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.

" Siapa kamu hai anak muda?

Berani sungguh menyahut cabaranku...
Sedangkan ulama yang hebat-hebat,

yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan... !"

Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

" Wahai Dahri,"

balas Abu Hanifah,"

sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan

dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh.

Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan

Kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."

Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah
SWT yang bermaksud:

"Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimul antara kamu
beberapa darjat." (Al-Mujadalah : 11 )

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini
berhujah.

Maka berlangsunglah majlis dialog.

Perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah,

yang terkenal dengan pemikiran materialisdan ateisnya itu,

berlangsung dengan mendebarkan.

"Benarkah Allah itu wujud?,"

soal Dahri memulakan majlis dialognya.

"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.

"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??"

Suara Dahri semakin meninggi.

"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah.

"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula... ?"
bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.

"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri.

Cuba kau lihat pada dirimu sendiri.

Bukankah pada dirimu itu ada nyawa... "

Abu Hanifah mula berhujah.

Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato
dengan penuh minat.

"Bahkan, memang aku ada nyawa,

dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa... !"

sahut Dahri.

"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu... ?
Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?"
Terserentak Dahri seketika.

Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri.

Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu
ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata:

" Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak... ?"

Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"

Abu Hanifah bertanya lagi,

"Kalau begitu dimanakah lemak itu berada?
Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah... ?"

Sekali lagi Dahri terserentak,

tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.

"Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip
dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya,
masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT
di alam maya ini?

Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam
ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini,

pun ciptaan-Nya,

yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung... !"

Suasana menjadi agak bingar.

Dahri terpaku di kerusi.
Terbungkam lidahnya.

Merah mukanya.

Kesabarannya mula terburai.

Bila keadaan agak reda,

Dahri membentangkan soalan.

"Hai anak muda!

Apakah yang wujud sebelum Allah.

Dan apa pula yang
muncul selepas Dia nanti... "

Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah,
murid Imam Hammad yang pintar ini.

"Wahai Dahri!

Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala

dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya.

Allah SWT tetap Qadim dan Azali.

Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir",

tegas Abu Hanifah,

ringkas tapi padat.

"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....

Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya?

Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir

tanpa ada lagi yang selepas Nya... .?"

Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan,

"Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri.

Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu.

Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?"

Sambil menuding ibu jarinya ke langit.

Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian.

"Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya...

" Dahri membelek-belek jarinya.

Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu
yang diambil oleh Abu Hanifah.

"Jadi... ! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun,

tidak mampu kita fikir,

apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu,

yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya

dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."

Sekali lagi Dahri tercenggang.

Bungkam.

Namun masih tidak berputus asa

untuk mematahkan hujah anak muda

yang telah memalukannya di khalayak ramai.


Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya.

Dahri berfikir seketika,

mencari jalan,

mencari idea.

Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya,

iapun tersenyum.

Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak.

"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!"

Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.

"Allah itu ada, kata mu.

Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?"


Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

"Ini soalan yang sungguh menarik.

Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi

supaya dapat didengar oleh semua orang,"

Katanya.

Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus,
berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek,

memberi tempat untuk Abu Hanifah:

"Wahai sekelian manusia.

Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini
ialah menggugurkan yang bathil

sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar,

diturunkan Allah ke bawah mimbar.

Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku,

yang berada di sana,

telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !"

Bagai halilintar,

hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri.
Seiring dengan itu

bergemalah pekikan takbir dari orang ramai.

Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah

yang telah berjaya menyelamatkan
maruah Islam

dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.


Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata
dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid
Mutlak yang empat. Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar'iyyah,
juga mengambil sempena nama ulama ini.

*************************************************************************************

nak jadi hebat seperti Imam Abu hanifah?

tuntutlah ilmu sedalam-dalamnya :)

mempunyai ilmu dan mendalami islam itu bukanlah tugas mereka yang mengambil matapelajaran islam di universiti sahaja..

atau terletak pada mereka yang berasaskan sekolah agama sahaja..

tapi itu adalah tugasan KITA sebagai umat islam!

moga kita tak tergolong dalam kalangan mereka yang mengaku islam tapi tidak tahu tentang islam..

kemahuan untuk mengetahui itu penting!

moga akan lahir tokoh-tokoh seperti imam abu hanifah di kalangan umat islam di masa ini :)


p/s:kadang-kadang umat islam tidak mahu bercakap ttg islam dengan non-muslim sebab takut ditanya soalan yang tak dpt dijawab ttg islam, atau takut islam dicemuh lalu tak dpt pertahankan islam..tapi smpai bila?? belajarlah supaya kita dapat membela agama kita sndr!

p/s2: kerja lab banyak, tapi takleh menahan diri dr post cerita ni '-_-

Wednesday, May 6, 2009

Akhlak yang cantik lebih utama

tadi sewaktu kelas BHP,
Dr melemparkan satu soalan pada budak-budak lelaki
"perempuan macam mana yang kamu anggap cantik?"
semua terdiam dan ada gelak tawa di bahagian belakang kelas..

kemudian soalan disambung..
"how is the body shape?"
ramai yang terkedu..
saya pun sama..

"biar benar DR ni tanye soalan macam ni"
hati berkata-kata

ramai yang tak berani nak jawab..
mungkin takut kene condemn kalau mulut tersalah bicara..
hehhe..
tau takut~

cantik?
"cantik itu subjektif"
terdengar sahabat di depan bersuara

memang betul..cantik itu berbeza-beza dalam pandangan manusia..

seindah mawar berduri~

tapi adakah cantik tu terhad pada fizikal sahaja?
kerana apabila soalan itu dilontarkan..
yang pasti terlintas dalam fikiran pastilah
kecantikan fizikal..

kemudian apabila dibantu akal yang rasional dan iman di dada..
mungkin ada yang terfikir..
akhlak dan hati yang baik itu lebih cantik..
Alhamdulillah~

fikir-fikirkan sendiri..
mana satu priority?

*************************************************************************************

mungkin kebanyakan daripada kita pernah baca cerita ni..
just nk ulang sebagai peringatan.
dan moga dapat ambil pengajaran..
salah satu contoh kecantikan akhlak Rasulullah SAW



Di sudut pasar Madinah
ada seorang pengemis Yahudi buta
yang setiap
harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,

"Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad,
dia itu orang gila,
dia itu
pembohong,
dia itu tukang sihir,
apabila kalian mendekatinya maka kalian akan
dipengaruhinya".

Namun,
setiap pagi Muhammad Rasulullah S.A.W
mendatanginya dengan membawakan
makanan,
dan tanpa berucap sepatah kata pun
Rasulullah S.A.W menyuapkan makanan yang
dibawanya
kepada pengemis itu
sedangkan pengemis itu tidak mengetahui
bahwa yang
menyuapinya itu
adalah Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W melakukan hal ini setiap hari
sampai beliau wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah S.A.W,
tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap pagi
kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah S.A.W yakni Abubakar R.A berkunjung ke rumah anaknya Aisyah R.A yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah S.A.W dan beliau bertanya kepada anaknya itu,

"Anakku,
adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?"

Aisyah R.A menjawab,
"Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah
dan
hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan
kecuali satu saja".


"Apakah Itu?"
tanya Abubakar R.A.

"Setiap pagi Rasulullah S.A.W selalu pergi ke hujung pasar
dengan
membawakan makanan
untuk
seorang pengemis Yahudi buta
yang ada disana",
kata Aisyah R.A.


Keesokan harinya Abu Bakar R.A pergi ke pasar
dengan membawa makanan
untuk
diberikan kepada pengemis itu.

Abubakar R.A mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan
itu kepadanya.
Ketika Abubakar R.A mulai menyuapinya,
si pengemis marah sambil menghardik,


"Siapakah kamu?"


Abu Bakar RA menjawab,
"Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)".

"Bukan!"

"Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku"
bantah si
pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku,
tidak susah tangan ini memegang
dan tidak
susah mulut ini mengunyah".

"Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku,
tapi terlebih dahulu
dihaluskannya makanan tersebut,

setelah itu ia berikan padaku",
pengemis itu melanjutkan perkataannya.


Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya,
ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu,

"Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.
Aku adalah salah
seorang dari sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada.

Ia adalah Muhammad Rasulullah S.A.W".


Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar
R.A,
dan kemudian berkata,


"Benarkah demikian?
Selama ini aku selalu menghinanya,
memfitnahnya,

ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,
ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi,
ia begitu mulia...."


Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya
bersyahadat di hadapan Abu Bakar R.A
saat itu juga
dan sejak hari itu menjadi muslim.



akhlak memainkan peranan penting dalam menunjukkan kecantikan islam itu..
Rasulullah SAW melakukan sesuatu kebaikan bukan untuk dipuji..
malah kebaikannya tidak diketahui sehinggalah baginda wafat..

kita pula bagaimana?
agak-agaknya,
dengan akhlak dan tingkah laku kita,
ada tak manusia yang tertarik pada islam?
ada tak yang dapat melihat ISLAM tercermin pada diri kita?
harap-harapnya,
perbuatan kita sekurang-kurangnya tidak menjauhkan manusia
daripada islam..
moga kita tidak menjadi hijab antara islam dan manusia sekeliling..



p/s:pada rakan2, nak mintak maaf kalau ada tersinggung atau terasa dengan diri ini..dua tiga hari ni saya kurang bersabar sikit rasanya..mungkin saya tak marah, tapi malas nk layan siape2 ke..maaf ye '-_-

p/s2:logik tak kalau kita bayar sewa yang sangat mahal pada sesuatu tempat untuk dijadikan bilik sewa kita, tapi kalau nak pakai facilities kat bangunan tu sangatlah susah dan prosedur die lebih kurang macam orang yang tak bayar sewa nak guna facilities tu..logik ke??? konfem tak!

p/s3:kepada semua manusia, tolonglah jalankan tugas anda apabila anda diberi sesuatu tugasan..kerana jika tidak..anda akan menyusahkan orang lain..janganlah jadi seperti falsafah paku+tukul..kene ketuk baru nk kerja..(peringatan utk saya jugak)

p/s4:teruslah bersabar ye dalam menempuh rintangan di sini..tak sampai setahun lagi anda di sini..erm..tapi,sampai bila ya perlu bersabar dengan kerenah mereka? T-T huu~

p/s5:Rabbi yassir..ya Allah, permudahkanlah urusan kami petang ini :)

p/s6:tadi senah kate "Duha,tiket nak pegi london murah je"..saya tanye "bile tu??" die jawab "time judicium"..amboi2..ade hati nak melancong ke london judicium nnt..tapi, kalau murah ape salahnye? alang-alang tu boleh bawak proposal IMAN pg sane..lalla~

p/s7:saya dan senah adalah roomate sejati, sama2 kena panggil dalam lecture hall tadi..macam tau2 je DR ni..heh

Saturday, May 2, 2009

Comparative Religion dan Malam Bidadari

Alhamdulillah~
setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah taala..
Tuhan sekalian alam..
pencipta langit dan bumi..
Yang Maha Pengasih
dan Maha penyayang

pada jumaat(1mei) dan sabtu(2mei) yang lepas,
saya telah menyertai satu program
iaitu

FRIENDLY COMPARATIVE RELIGION

yang insyaAllah bermanfaat
dan memberi saya banyak ilmu dan info baru..

ia bermula dengan fasa pertama yang dihadiri oleh muslim sahaja..
dan diakhiri dengan fasa 2 yang terbuka bagi semua..

dalam fasa 1,
2 penceramah jemputan iaitu
Bro
Shah Kirit dan adiknya Bro Dhivesh Kumar Daniel
menceritakan pengalaman memeluk agama islam..
menarik~
(dulu saya pernah menghadiri talk Bro Shah di Malaysia,tapi time tu die nampak lain)

bermula dengan adiknya
yang menceritakan pengalaman beliau memeluk agama islam,
menyembunyikan dari parents atas sebab-sebab tertentu..
sehinggalah kini dimana beliau sudah berkahwin
dan mempunyai seorang cahaya mata..


Divesh dan isteri.. juara acara 'cari menantu'


Bro Shah Kirit juga menceritakan pengalaman beliau memeluk agama islam..
pengalaman dan persoalan yang terdetik sejak beliau berumur 4-5 tahun..
sehingga di sekolah rendah..
dan ketika bekerja..
Alhamdulillah,
kini sudah 13 tahun beliau berjuang bersama islam..

sungguh,kesan 13 tahun beliau bersama islam,
amat jauh kalau dibandingkan dengan saya
yang sudah hampir 20 tahun menjadi seorang muslim..

ya Allah,ampuni dosa2ku membazirkan masa yang diberikan
'-_-

beliau kini adalah manager untuk Saba Islamic Media
cawangan Kuala Lumpur
(baru sy tau ada cawangan kat Jakarta)

fasa kedua disambung pada hari sabtu pagi..
talkshow tentang
'salah faham terhadap islam'
serta soalan2 common dari non-muslim tentang islam
dan kali ini dihadiri oleh muslim + non-muslim

talkshow yang sangat menarik dan membuka minda..
Bro Shah berjaya menunjukkan bahawa islam itu sebenarnya cantik
tidak seperti yang sering kita dengar
atau yang sering digembar-gemburkan

talkshow tersebut turut menekankan
apa kepentingan kita mengambil tahu tentang
perbandingan agama..

tak kiralah kita muslim,kristian,buddha,hindu,sikh atau sebagainya..
yang penting kita harus mendalami agama kita
dan belajar tentang agama lain..
kerana itu akan membuka jalan kepada agama sebenarnya
dan menguatkan lagi pegangan dan keyakinan kita!
siapa mahu terus sesat dan sesat?

naudzubillah~

*************************************************************************************

pada malamnya
malam sabtu..2 Mei 2009
acara yang turut dinanti2kan..

MAHA
"malam huurul 'Ain"
atau ditranslate menjadi
malam bidadari..
:)
telah dijalankan..

MAHA


Alhamdulillah semua berjalan lancar..
walau pada awalnya agak tidak tersusun..
tapi tak mengapa..
lama kelamaan semua nampak menjadi semakin baik~

first time muslimah angkatan 2008 menjalankan program
dan program ini betul2 memupuk semangat kerjasama
dan memberi pengalaman yang sangat berharga!

selepas ini insyaAllah akan lebih mantap lagi!
acara bermula jam 7.30mlm dan berakhir seperti yang dirancang
iaitu sekitar hampir jam 11 malam..

pelbagai masalah dan kesulitan yang dilalui
mengajar dan menjadikan kita semua lebih matang
insyaAllah~

Alhamdulillah~
segala puji hanya bagi Tuhan sekalian Alam
yang mentadbir,mencipta dan akan mengadili kita semua nanti..


wahai saudariku, ingat pesanan malam tu?
andalah bidadari solehah tersebut! :)



p/s: tahniah pada AJK yang menganjurkan COMREL..sgt bermanfaat iA


p/s2: tahniah juga pada AJK MAHA yang telah bersusah payah menjayakan MAHA 2009

p/s3: tahniah pada pemenang acara dalam program MAHA..(hadiah nk kongsi bole jgak :p )

p/s4: saya sayang rakan-rakan saya

p/s5: bagi yang mahu mengetahui isi kandungan COMREL sedikit sebanyak, sila layari http://drrazi.wordpress.com/2009/05/03/lahir-islam-tak-semestinya-muslim/

p/s6: bagi mereka yang hadir ke MAHA, diharap berpuas hati dan sebarang komen adalah dialu-alukan..

Thursday, April 30, 2009

COMREL

jangan biarkan kita terus berasa selesa
menganuti agama islam tanpa kefahaman..

jangan biar ia semata-mata agama tradisi
yang akan menyebabkan ia mudah tertanggal
dari hati kita~

CARI ISLAM YANG SEBENARNYA

DAN KETAHUI KENAPA KITA MEMILIH ISLAM

ADAKAH ISLAM AGAMA YANG SEBENARNYA?

DAN KENAPA AGAMA LAIN DITOLAK..

oleh itu..

nak promote..

program "COMREL"


"COMPARATIVE RELIGION"
1-2 Mei
UNPAD, Bandung

dengan penampilan khas dari Bro Shah kirit!!


bro shah

bro shah again


anjuran:
Biro Agama Islam, Kelab UMNO Bandung


jangan lepaskan peluang
untuk mengenali islam dengan lebih baik
termasuk juga agama-agama lain..

moga program ini dapat menjadikan kita muslim
dan manusia yang lebih baik!

datang jangan tak datang!!


p/s: lupe pulak..yuran rp30k bagi muslim and rp15k bagi nonmuslim

p/s2: mknn disediakan! yeay~ hehhe

Tuesday, April 28, 2009

Jemaah~


Antara sebab berlaku pelampauan dan taksub di kalangan Muslim hari ini ialah dalam konsep berjemaah.


Salah satu aspek yang perlu diluruskan dalam persoalan berjemaah

ialah tanggapan seorang Muslim bahawa kebenaran itu adalah milik mutlak jemaah yang dianggotainya.

Jemaah lain adalah salah.

Bahkan mereka yang tidak menganggotai jemaah berkenaan atau meninggalkannya

dihukum dengan kufur/tak dapat hidayah kerana telah berpaling dari kebenaran.

Selain dari itu, ialah tanggapan menjadikan jemaah sebagai sumber kebenaran.

Kesemua ini adalah gambaran-gambaran sikap taksub

yang dicela dan terkeluar dari batas-batas kesederhanaan dalam Islam.


Hakikatnya, hidup berjemaah adalah salah satu dari ajaran penting Islam.

Sebahagian dari dalil-dalil yang menunjukkannya ialah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


“Sesiapa yang meninggalkan berjemaah walau sejengkal, maka dia telah merungkai ikatan Islam dari tengkuknya.”

(Riwayat At-Turmuzi, Hakim dan Ibn Hibban)


“Hendaklah kau bersama dengan jemaah orang-orang Islam dan imam mereka.”

(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)


“Allah tidak akan menyatukan umatku dalam kesesatan. Sesungguhnya tangan Allah bersama dengaan jemaah. Siapa yang berasing diri, maka dia berasing diri dalam neraka.”
(Riwayat At-Turmuzi)


Kesemua hadits di atas memberitahu akan kepentingan berjemaah dan kesan berpisah dari berjemaah atau tidak berjemaah.



inilah sifat pemimpin yang patut dicontohi..

jemaah dalam mengambil gambar :D



Tiada masa yang lebih penting bagi umat Islam

dalam menghidupkan budaya hidup berjemaah yang betul dari ini.

Ini adalah kerena salah satu dari masalah besar dan musibah utama umat Islam

ialah perpecahan.

Perpecahan merupakan sebab utama

yang menjerumuskan umat Islam ke tahap sosial, ekonomi dan politik hari ini.



Allah taala berfirman yang bermaksud:


“Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.”

(Ali Imran :103 )


“Dan janganlah kamu jadi seperti mereka yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka kenyataan-kenyataan. Dan bagi mereka itu, azab yang besar.”

(Ali Imran : 105)


Keseluruhan masalah umat Islam hari ini
tidak mungkin dapat ditangani melalui usaha individu atau kumpulan-kumpulan secara berasingan.
Untuk menyatukan umat Islam dan mengatasi perpecahan,
budaya hidup berjemaah yang betul perlulah disemarakkan.


dalam surah As-saf , Allah berfirman:

"sesungguhnya Allah taala menyintai mereka yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, seakan2 seperti suatu bagunan yang tersusun kukuh"

adakah barisan disini bererti BARISAN NASIONAL? owh..tidaak..barisan di sini bermaksud jemaah atau kebersamaan dalam menjalankan kerja dakwah di bumi ini..

Tetapi tanggungjawab individu atau dakwah fardhiyah tidaklah dinafikan kepentingannya..
dakwah sebegitu harus dan perlu terus dijalankan..
namun untuk menjalankan DF itu sendiri konsep jemaah amat diperlukan..
seorang da'ie takkan boleh bergerak individually tanpa 'backup' dari jemaah di belakangnya..
dia masih memerlukan tarbiyah,peringatan dan sokongan
yang akan membangkitkan semangatnya dan menambah ke'efektif'an dakwahnya..
betul tak?


mengikut pengalaman sendiri..
sejujurnya saya akui berjemaah merupakan sesuatu yang menyeronokkan..
kerjasama antara sahabat2 yang saling meringankan beban
disamping support yang diberikan
akan menyebabkan saya sentiasa rindu untuk bekerja bersama..
dari sekolah,matrik hingga sekarang,
boleh dikatakan saya takkan dapat survive tanpa sokongan jemaah..
kerana dengan jemaah tak kiralah jemaah dengan sahabat terdekat atau organisasi..
ia dapat menguatkan diri ini..
ketika sedang terlupa,leka dan memerlukan pengisian etc2
ketika itulah peranan berjemaah tu sgt penting n prominent :)
(pengalaman di KMM setakat ni paling best..walau setahun je, tapi rasa bagai dah bersama 100 tahun..itulah ukhuwwah yang mantap insyaAllah)


CABARAN


bila diberi sesuatu tugas..
kadangkala kita merasa tidak mahu menerima tugasan tersebut..
mungkin krn ia tak selari dengan prinsip kita atau pendapat kita..
(di sini saya mengaitkan dengan prinsip islam)
namun, cubalah menyingkap isi tersurat di sebalik tugasan tersebut..
pasti ada pengajaran yang boleh kita keluarkan..
cubalah terima ia sebagai CABARAN!

mustahil setiap perkara akan selari dengan kemahuan kita..
tapi keadaan sebigini memaksa kita berfikiran lebih luas dan kreatif memikirkan jalan penyelesaian..
kalau setiap program bercorakkan islam total,
bagaimana mahu menarik hati mereka yang kurang berminat dengan islam itu sendiri?

wajarkah setiap program bermotifkan ceramah semata-mata?
tayangan hal ehwal perdana sahaja?

ada masa kita perlu meluaskan skop..
bukan tidak boleh menjalankan ceramah..
malah amat digalakkan..
cuma "customer" kita bukan seorang sahaja dengan hanya satu ragam..
tapi banyak lagi "customer" lain dengan ragam mereka yang tersendiri..
nak "menjual" sesuatu pada mereka haruslah pandai menarik perhatian..
dan disitulah ke'kreatif'an kita teruji..

mungkin dengan menayangkan filem2 atau melakukan lakonan cerita 'simple'
(alternatif selain ceramah)
dapat memberi sesuatu pada orang ramai..
bukankah itu lebih penting daripada 'awal2 lagi "customer" dah lari atau tiada langsung'



bagaimana isi/inti program akan sampai pada mereka,
jika program itu sendiri tidak mahu mereka hadiri?
lain pula ceritanya dengan mereka yang hadir tapi masih tak dapat apa-apa..
yang penting..
ada usaha..
dan usaha itu perlu semaksima mungkin!


p/s: cabaran itu bukan mudah, tapi tunjukkan kita mampu..chaiyok!
p/s2: saya nampak masih ada masalah jemaah (islamiyah) dalam ******** **** ..moga Allah memperkuatkan ikatan hati kita untuk bergerak bersama :) amiin~
p/s3:sy rase seronok masa tlg masak2 nasi kerabu bersama cik kaktus walaupun capek..tapi tak terasa~ :) itulah kelebihan kerja berjemaah!
p/s4:solat BERJEMAAH pun penting! hehe
p/s5:cik wado kate dah takde mini-lecture dah sekarang..yeay!
p/s6:jgn berjemaah dalam wat mnde tak baik ye!
p/s7:bila bekerja bersama, kita akan lebih mengenali sahabat2 kita..ukhuwwah jd lebih mantap! :)

Thursday, April 23, 2009

don't have to read..not important *_*

perbincangan tadi membuat saya berfikir..
umat islam kini benar-benar berada dalam keadaan seperti yang digambarkan oleh Nabi SAW..
jumlahnya BANYAK! boleh dibanggakan..
tapi kualitinya..
jauh dari memuaskan..
bahkan memalukan..
dan memerlukan kelas INTENSIF yang panjang untuk dibimbing..


umat islam ibarat buih di lautan


saya di sini..
walau kadang sering leka dibuai nafsu duniawi..
akibat terlupa dan tergoda..

namun..
Alhamdulillah
logically,
sy masih dikurniakan kesedaran..
sedar tentang mana yang salah..
dan mana yang betul..

namun..

apa yang telah dilakukan??
saya hanya duduk..
diam..
memerhati..
dan melihat..

apa tindakan yang diambil?

seakan-akan tiada..

mereka masih sebegitu..
dan saya masih di tahap ini..

ya Allah..
sy malu dengan diri sendiri!

di masa umur hampir mencapai 2 dekad
masih tiada sumbangan yang dapat saya beri pada agama...

kadang terasa diri tidak mampu..
untuk membawa satu perubahan..

wahai jiwa yang lemah!

apa lagi yang diperlukan??
bertahun-tahun pengajian diberikan..
mana natijahnya?
nasihat dan kata-kata hikmah dilempar setiap hari..
mana kesannya?

ya Allah,
ampunilah diri ini..
terangkanlah hati ini..
tunjukkanlah ia jalan yang lurus..


tadi saya lebih banyak berdiam diri..
tidak tahu kenapa..
tapi suara tidak bisa dilontarkan..
mungkin kerana otak ligat berfikir..

apakah peranan saya sebenarnya di sini?
layakkah untuk membawa perubahan?
layakkah untuk membantu rakan-rakan?
atau sebenarnya saya sama saja atau lebih malang lagi, berada di tahap yang lebih rendah!

kami dianggap berpotensi?
benarkah?
atau hanya dari segi luaran sahaja?
dalaman?
goyah dan lemah?
naudzubillah~


namun itulah yang ditakuti..

risau..
sesuatu misi gagal terlaksana..
kerana wujudnya individu spt saya..

T-T
benarkah??
moga saja tidak..



sekadar luahan..


p/s: saya tak sebaik yang kamu sangka..namun sy cuba berubah..

p/s2:ada kawan cakap, saya sering nampak happy je..(??) amiin~

p/s3:mintak maaf pada sesiapa yang pernah tergores (bukan gores dan menang) hatinya oleh saya..ampun dipinta,pasni iA tak wat lagi :D

p/s4:ade ke org yg bemasalah cmni? adoila~ ini syndrome ape ye?? sy perlukan diagnosis dan prognosis anda..

p/s5:wahai mood~ dimanakah anda??

p/s6: pernah tak korg rs cmni? :(

p/s7:banyak lagi nak type..tapi diri ini scr semula jadi dijadikan tak berapa suka berkongsi..post ni pun hampir2 saja didelete..tapi..last2 post jugak..(asek type patu delete..patu type then delete balik..penat~ nak cite ke tak sbenanye??)

p/s8:berdasarkan perbincangan tadi,saya dapat simpulkan bahawa senior2 sy banyak yg mantap..dari cikuda sampai ke mulana..pasti kalian berharap kami juga seperti anda..tapi,saya takut kalian kecewa..maaf! sy sgt respect anda, tapi rasanya tak mampu lagi menjadi sehebat kalian..

Tuesday, April 21, 2009

0_o

hari ni 21 April..
hari last Umayr periksa..
waaaaa~
dia dah boleh balik rumah
(BTW,Umayr is my brother..)
sedangkan saya masih di sini..
'-_-
meneruskan perjuangan..
insyaAllah *_*



sori duha curik gamba nih dr blog umay.. :D


post ape ni sebenarnya?
saja isi masa lapang..
waktu baca blog abang ternampak gambar di atas
tengok gambar tu macam best..
padahal gambar bosan je :p
mungkin sebab dah lama tak tengok abang sendiri..
haha..
jadi rindu..
hu~

ya Allah,lindungilah ahli keluargaku dari siksaan kubur dan api nerakaMu..
amiin~


sesungguhnya,jagalah ahli keluargamu dan orang terdekat denganmu dari melakukan maksiat..

mungkin kita semua pernah dengar ayat
"it all begins/starts from home"
ini bermaksud dakwah/teguran/nasihat sebaiknya bermula dengan orang terdekat dengan kita..

diri kita-->keluarga-->saudara/sahabat terdekat-->masyarakat sekeliling

sebab tu dalam step2 pembentukan sesebuah negara islam atau bumi yang bersistem khalifah itu sendiri, ia bermula dengan individu muslim..iaitu diri kita dulu,then membentuk keluarga muslim..dan seterusnya dan seterusnya..

nabi SAW sendiri mula berdakwah pada isterinya Khadijah dan kemudian orang-orang yang terdekat dengan baginda..

Allah juga berfirman dalam Al-Quranul karim,
'qu anfusakum wa ahlikum naraa'
yang bermaksud peliharalah dirimu dan AHLI KELUARGAmu dari api neraka..

tapi..
kadang2 orang yang paling sukar ditegur adalah mereka yang rapat dengan kita termasuk ahli keluarga kita sendiri..
betul tak?

saya sendiri tak nafikan..
sebab kita tak nak lukakan hati mereka yang kita sayangi..
jadi kebanyakkan kita lebih rela mendiamkan diri..

tapi itu bukanlah langkah yang patut diambil..
demi kebaikan bersama
kita patut tahu priority yang perlu di jaga..
amanah..atau hati..?


moga segala urusan kita dipermudahkan..
dan moga Allah membuka serta menjaga hati2 kita yang sering lalai ini..
insyaAllah~


nohing much..just sebagai renungan bersama..

p/s:umayr tak yah bace tau post nih..
p/s2:Anhar kalau bace post ni jangan btau umayr
p/s3:saya nak cuti 3 bulan jugak..nape cuti sikit sgt??

Sunday, April 19, 2009

me n them

semalam 1st time ke Kota bandung sorang-sorang..
before naik bas damri..
pastikan dulu..
E-L-A-N-G
elang!
betul3..
takut salah bas.. :p

jam 10+ pagi, saya tiba di pasar baru..
"shopping complex" yang famous di Bandung..
kalau belum pernah pergi,
maksudnya anda belum betul2 sampai di Bandung..
hehhe..

on the way ke Bandung,
dalam bas..
tak perasan tertidur..
bangun2 dah tinggal 3 orang je dalam bas tu..
waaaaaaaaa~

"pak2..pasar baru mana?"
(soalan tah pape..memang laa bas ni tak benti depan pasar baru..kene naik angkot lagi)
tapi sebab dah gelabah+cuak..
"neng mau ke pasar baru?"
"erm.." saya mengangguk
"turun di depan sana,ambil jalur satu..bla3...bla3..."
saya tak paham..tapi angguk je la..
"nuhun pak!"
lalu saya turun..

saya cuba mengingat kembali keadaan ketika ke pasar baru dulu..
[dulu naik angkot merah hijau kan??..erm..ye laa tuh rasenye]
monolog dalam hati..

tawakkaltu 'Alallah

cari angkot hijau+merah
elang-cicadas
bismillah~
"pak,ke pasar baru?" tanya saya
"ya2.."
Alhamdulillah..saya naik..
pasni jangan tidur dalam angkot jugak suda~


pasar baru


setibanya di bangunan pasar baru,
terus menghantar SMS ke abang saudara..
'salam,kat mane? duha baru sampai pasar baru'
selang beberapa minit,SMS di balas..
'tingkat 1,bahagian telekung..Mak Tok nak cari telekung'

Alhamdulillah,
urusan dipermudahkan..
dalam banyak-banyak kedai dan lautan manusia,
saya berjaya menemui mereka..

"MAK TOK!!"
happynya dapat jumpa :)
Ben (abg saudara),kak Zila (isterinya),Damia,Adam,Muaz(anak2nya),Maktok(nenek) dan Tok andak(nenek sedare) semua ada..

2 hari duduk bersama mereka di jalan sami aji..
pelbagai aktiviti dijalankan..
(macam ape je aktiviti)
seronok~

kalau ikutkan hati,
nak ikut serta sukan rakyat..
tapi saya lebih sayang mereka..
hehhe..
maaf teman2..
saya hanya mampu tolong kalian ketika mengemas khemah sahaja..

namun yakinlah,
saya lebih penat berbanding kalian..
menjadi babysitter pada kanak-kanak balita(bawah lima tahun)
dan juga nannysitter..
iaitu pada nenek dan nenek saudara saya yang sakan berbelanja..
hehhe..

namun,
saya gembira kerana dapat menggembirakan mereka semua..
moga mereka berpuas hati..insyaAllah..



di sini ingin mengambil kesempatan berkongsi satu hadis tentang adab dengan tetamu
hadis ke-15 dari hadis 40

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.
[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim]


hormati tetamu


penuhilah tuntutan-tuntutan di atas,
moga kita tergolong dalam mereka yang beriman..
amiin~



p/s: special thanks to Mak Tok sebab sempat lagi buatkan sambal ikan bilis yang amat sedap walaupun kat sini susah nak jumpe ikan teri(bilis)..hehhe..

p/s2: thanks jugak kat ibu seri sebab bagi ikan bilis die..

p/s3: tahniah buat teman2 TEMENGGUNG sebab khemah kite lawa! walaupun time saya dtg dah dikemas..tinggal lagi 1/4 hiasan je.. T-T

p/s4: selamat pulang diucapkan pada bella..(hoho)

p/s5: banyak lagi adegan yang lawak berlaku nak diceritakan..tapi nanti2 je lah..ngantuk~ LI!

Antara mata dan hati

Bila melihat malam yang indah ini
Tidak terasa kebesaran Allah
Bila mendapat musibah lupa dirinya hamba
Nikmat yang datang tiada rasa darinya

Sepatutnya rasa malu kepadaNya
Kerana anugerah kepada kita
Membuat dosa rasa kekesalannya

Buta hati lebih merbahaya
Buta mata tidak nampak dunia
Buta hati tidak nampak kebenaran
Buta hati di tipu nafsu dan syaitan

Bahkan dilupakan saja
Semua orang rasa bangga dengan dosa

Bila menyebut neraka
Tidak terasa akan gerunnya
Bila menyebut syurga
Tidak terasa akan nikmatnya

Itu menunjukkan
Jiwa kita mati atau buta

mesti mostly dah pernah dengar kan lagu hijjaz nih..
sangat memberi kesan..
kalau sebelum ni, kita dengar je sebgaia hiburan..
apa kata selepas ni kita hayati.. :)

jom kita bincang pasal lirik nasyid nih..

boleh dikatakan 90% lirik nasyid nih adalah keadaan umat zaman sekarang..
bila melihat alam sekeliling..
tak kiralah pada waktu malam atau siang..
tidak timbul rasa kebesaran Allah ta'ala..

"waah,cantiknye bulan..mengambang..penuh.."
atau
"tau tak..smlm tengok sunset..cantik!! warna oren2 merah gitu"
dan ayat itu berakhir di situ sahaja..
jarang ditambah atau dimulakan dengan SUBAHANALLAH..
Maha suci Allah
tuhan yang menciptakan semua ini..

jarang terlintas dalam fikiran kita
"sesungguhnya hanya kuasa yang amat Agung dan Besar sahaja mampu menciptakan alam yang cukup sempurna ini.."

sedangkan dalam Al-Quran berkali-kali Allah ta'ala berfirman
bahawa setiap nikmat dan kejadian yang diciptakanNya adalah
agar manusia sedar akan kewujudan tuhan yang Maha Esa..
tuhan yang Maha berkuasa..

"tidakkah engkau memerhatikan bahawa sesungguhnya kapal yang belayar di laut dengan nikmat Allah, agar diperlihatkan kepadamu SEBAHAGIAN dari TANDA-TANDA KEBESARANNYA...."
(luqman:31)

dan apabila ditimpa musibah,
kita jarang pulang kepadaNya dengan hati yang ikhlas..
kita lebih sering mengadu pada sosok yang bergelar manusia..
padahal sesungguhnya hanya Dia yang mampu menghilangkan kesedihan dan masalah kita..
begitu juga pabila diberi sesuatu nikmat..

Allah SWT berfirman,
"dan apabila manusia ditimpa suatu bahaya,mereka menyeru tuhannya dengan kembali (bertaubat) padaNya,kemudian apabila Dia memberikan sedikit rahmatnya kepada mereka, tiba-tiba sebahagian mereka mempersekutukan Allah"
(Ar-Rum : 33)

dan dalam surah yang sama, ayat 36
"dan apabila kami berikan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan (rahmat) itu. dan apabila mereka ditimpa satu musibah kerana kesalahan mereka sendiri,seketika mereka berputus asa"

lompat ke perenggan ke-5 dalam lirik nasyid..
syurga dan neraka..
siapa yang tak mau ke syurga?
dan siapa yang mahu ke neraka?

kita sering mengatakan kita mahu ke syurga..
tapi tiada usaha yang gigih ditunjukkan..
mungkin kerana nikmat syurga tidak begitu dirasai oleh kita..
begitu juga dengan neraka..
siksanya yang berat tidak kita geruni sebetul-betulnya..

walaupun dalam Al-Furqan banyak bercerita tentang
nikmat syurga
dan ancaman neraka..

namun kita masih boleh membaca Al-Quran itu dengan gelak tawa..
Astaghfirullah~

jikalau dilihat para sahabat dahulu..
apabila disebut tentang neraka..
mengalirlah air mata ketakutan..
risau diri mereka dimasukkan ke dlm neraka..
sedangkan mereka sahabat..
siapa kita?
dan apabila disebut tentang syurga..
berebut-rebut melakukan amal kebajikan untuk meraih syurga Allah..
sedangkan mereka sahabat..
siapa kita?

ingatlah..
sesungguhnya manusia sekarang ini kebanyakkannya buta..
bukan buta mata..
tetapi buta hati..

"maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati(akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? sebenarnya bukan mata itu yang buta tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada"
(Al-Haj 46)

dan sesungguhnya,
itu yang lebih berbahaya..

"Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta(mata hatinya) dari kesesatan..."
(Ar-Rum:53)

jadi,
berdoalah agar hati kita tak buta..
dan jauhilah ia dari penyakit rabun..
sebab tu dah permulaan dah tu..
hehhe..

bersihkan hati selalu..
kerana tompok-tompok hitam pada awalnya mungkin kita tak perasan..
tapi lama-lama hati akan mati..
jadi lindungilah ia..