Tuesday, July 6, 2010

jadilah penggerak yang benar-benar bergerak!

dah hampir 2+ jam duduk kat CC ni..
tapi masih tak berjaya mengeluarkan
isi-isi yang tersimpan dalam kepala
sejak beberapa mnggu ni..

mungkin dah terlalu lama
tak menaip sesuatu kat blog ni
Astaghfirullah..

sekarang,
kebanyakan daripada student medic di UNPAD
sedang bercuti..

buat pelajar 2nd year,
judcium I (pengumuman keputusan final exam)
baru sahaja berlalu semalam,
dan pagi tadi bagi pelajar 1st year pula..

tahniah bagi yang mendapat result yang cemerlang,
teruskan usaha dan buktikan kita mampu buat yang lebih baik..

bagi yang mengambil paper remedial,
masih ada kira-kira 2 minggu sebelum paper pertama..
malah sebelum judicium I,
telah pun berlalu cuti seminggu..

apa saja yang telah kita lakukan?
muhasabah sebentar~
moga setiap masa kita bermanfaat

***********************************

"apa itu usrah? apa itu taklim?"

pertanyaan itu membuatkan saya tergelak pada awalnya..
sebab yang bertanya bukanlah orang yang tidak tahu..

saya ingatkan dia bergurau..
tapi sebenarnya ada yang ingin dia sampaikan..

"dah lama takde usrah ni, taklim je ada lah"
dia menyambung..

terlintas dalam hati
"di mana punca masalah?"

*******************************************

wahai naqib/ah,
penggerak islam sekalian,
sedar tak yang kita membawa satu amanah yang berat?
amanah yang mahu tak mahu,
harus kita pikul..

islam itu akan terus bergerak..

mahu ikut,
membantu,
hanya melihat
atau ketinggalan..
itu pilihan kita..

namun,
apabila kita sudah mula bergerak,
janganlah kita menjadi penghalang
perencat
atau menjadi hijab antara islam
dan manusia di sekeliling..

sedar tak sedar,
ada yang memerhatikan,
maka cubalah untuk menjadi contoh yang terbaik!

malah yang paling penting,
jangan kita lupa bahawa DIA sentiasa melihat..

wahai naqib/ah
bila diamanahkan untuk menjaga sekelompok mad'u,
peganglah amanah itu sebaiknya..
jangan kerana kita,
mereka yang dahulunya berminat,
kini makin menjauh..

kalau dulu-dulu,
masalah yang sering timbul adalah
betapa sukarnya mencari mad'u yang berminat pd islam..

bak dalam novel fatimah syarha

satu sosok (da'ie) yang sukar dicari,
menghabiskan tenaga dan waktu ke sana sini
mencari-cari mad'u
demi menyampaikan islam

namun sekarang,
mereka yang diberi kepercayaan
untuk bergerak dan bekerja
dalam islam semakin ramai..

tapi..
timbul masalah
naqib/ah yang mengabaikan kelompok usrahnya..
sehinggakan ada naqib/ah
yang telah berkali-kali diapproach oleh adik usrahnya
tapi masih belum dapat mencuri waktu utk mengadakan usrah..

terlalu sibukkah kita?

seminggu atau dua minggu tertinggal mungkin masih boleh dimaafkan..
namun,
jika sudah lebih sebulan atau 2 bulan?

mohonlah agar Allah mencampakkan kekuatan dalam diri kita
utk terus kuat dan istiqamah
'bergerak' dan 'bekerja' untukNya

moga kita tak tergolong dalam mereka
yang dikategorikan sebagai manusia paling rugi di dunia ini..

iaitu yang menyangka dirinya telah melakukan kebaikan,
(mungkin dengan memegang title penggerak islam/naqib/ah)
namun sebenarnya akan diazab oleh Allah diakhirat nnt
akibat kelalaian sendiri..

wallahua'alam
peringatan terutama buat diri sendiri dan mereka yang menginginkan peringtan


p/s: kalau group usrah tak lengkap kerana ada ahlinya yang tidak mahu datang atau kurang berminat, itu tidaklah pelik, tapi kalau naqib/ah sendiri yang takde..erm..bukankah pelik? kerana selalunya naqib/ah itu adalah org yg sudah sedar akan tanggungjawabnya utk membimbing dan mendidik..layakkah kita digelar naqib/ah? layakkan!

p/s2: haih jari..ligatlah menaip! lemahnya kamu '-__-

p/s3: walaupun dah agak terlambat, nak cakap jugak, Alhamdulillah kakak saya telah melahirkan seorang bayi perempuan pd 11 jun yang lalu..diberi nama Ulfah (nama kedua tak igt :D nnt tanya..hehe..tapi rasanya Hana)

p/s4: ketika diri menjadi malas (futur) paksalah utk memperbanyakkan amal ibadah (walaupun konfem susah, dah nama pun futur kan), tapi agar tidak terus jatuh graf iman kita dan moga berjaya mengalahkan nafsu dan musuh ketat kita, syaitan yg direjam!

p/s5: artikel nuruddin az-zanky <--hutang~

p/s6: dosa/kesalahan itu ibarat tahi mata, kadang kita tak perasan tapi ia membuatkan kita malu jika orang lain nampak (and of course ia memburukkan wajah)..lalu tugas sahabat dan orang sekelilinglah untuk menegur kita agar dosa itu tidak terus melekat pada kita..(komen sy:pagi2 bangun tidur cucilah muka!! dan sentiasa pastikan tiada tahi mata melekat --> taubat dan taqwa~) -credit to nabilah mohamed tapi dah ditambah2 skit ayatnya.. :)

p/s4: sesi 'isu semasa' kejap..

KUALA LUMPUR 5 Julai - Pendedahan media massa mengenai kes-kes remaja perempuan melarikan diri mengikut teman lelaki bagaikan tidak dijadikan iktibar apabila ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Nurfadhilah Abdul Razak atau lebih mesra dipanggil Dila, 17, kini dirayu pulang selepas melarikan diri dari rumah ibu bapanya di Kampung Serigala di Kuala Kubu Bharu sejak 23 Jun lalu.

Ibunya, Rohani A. Samad, 47, berkata, Nurfadhilah meminta suaminya menghantarnya ke perhentian bas untuk pergi ke sekolah bersama seorang rakan perempuannya pada tarikh itu.

"Anak saya pagi itu memakai pakaian sukan sekolah bersama beg pakaian memberitahu dia terlibat dalam satu perkhemahan anjuran sekolahnya.

"Saya tidak sangka dia sebenarnya berniat untuk melarikan diri dari rumah. Saya amat risau keselamatannya apatah lagi nenek dan datuknya yang sering menjaganya kini sedang merindui Dila," katanya ketika datang ke ibu pejabat Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Dila diminta menghubungi Rohani di talian 013-2292459, 012-5425052 (abang Dila) atau 03-60463757.

(komen sy: apa-apa pun yg berlaku, kita doakan Allah bagi adik Dila petunjuk n kewarasan untuk memilih jalan yang terbaik dan diberi kemudahan utk pulang ke pangkuan keluarga)

Islam and the west - IIUM


p/s: mungkin sesiapa yang berkesempatan boleh join..insyaAllah menarik~

Tuesday, May 18, 2010

coret-coret

"saya takkan menyesal!"

itulah perkataan yang saya tanamkan dalam diri sendiri
sewaktu saya melangkah keluar dari Maahad Tahfiz Az-Zahrah (MTAZ)
yang terletak di batu 18 1/2 Ulu Langat..

kata-kata dari seorang remaja atau lebih tepatnya kanak-kanak
yang belum benar-benar mengerti
kelebihan dan kepentingan menghafal ayat suci Al-Quran..

mungkin tak ramai yang tahu
dan tak sedikit juga yang mengetahui
bahawa ketika berada di penguhujung darjah 5,
atas permintaan dan keinginan ummi dan abah,
saya pernah masuk ke sekolah tahfiz..
sebuah sekolah khusus bagi pelajar perempuan..

sekolahnya sangat cantik,
pelajarnya tidak ramai (memandangkan pada ketika itu saya batch pertama)
maka para guru dapat memberi tumpuan pada kami
seramai 15 orang pada ketika itu

sekolah itu terletak di atas bukit,
ada swimming pool
ada kebun buah-buahan
dan bemacam-macam lagi..

namun,
itu semua tidak mebuatkan saya tetarik hati
untuk bersekolah di sana..

tak perlulah diceritakan
perangai nakal dan kesalahan yang pernah saya lakukan,
sewaktu berada di sana
senang cerita,
memang nakal dan degil!

namun..
Alhamdulillah,
pelajaran dan proses menghafal Al-Quran berjalan seperti biasa..
walaupun saya tidak menyukai sekolah itu,
namun saya masih dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran..

mungkin,
perkara utama yang membuatkan saya
tidak mahu bersekolah di situ adalah kerana saya harus duduk di asrama..
dan saya masih belum bersedia untuk berjauhan dengan keluarga
(jauh laa sangat, hulu langat je '-___- )

banyak kali saya bertegas pada ummi,
saya boleh menghafal quran di rumah sahaja!

namun pastilah seorang ibu itu lebih mengetahui
berbanding seorang kanak-kanak berumur 11 tahun..

"kat rumah terlalu banyak distraction,
nanti tak focus..nak hafal quran kena kurangkan tengok TV,
main computer, internet..kalau kat rumah agak-agak macam mana?"
ummi menjawab..

saya hanya diam
dengan perasaan marah dan geram..
saya masih ingat bagaimana perasaan saya begitu meronta
ingin keluar dari sekolah itu..

akhirnya,
ketika berada di tingkatan satu,
saya berjaya memujuk ummi dan abah
untuk memindahkan saya keluar..

lalu saya masuk ke sekolah menengah islam Al-Amin
yang terletak di Gombak..

saya tahu ummi dan abah sedih
dan berat hati untuk memindahkan saya..
namun saya berkeras untuk keluar

dan ketika itu,
saya tanamkan dan sematkan dalam hati,
bahawa
"saya takkan menyesal meninggalkan sekolah itu"

hari berganti hari,
bulan berganti bulan,

ketika berada di tingkatan 2,
saya dilantik menjadi pengawas

saya masih ingat suasana
dan desas desus suara
ketika nama saya diumumkan..

"duha jadi pengawas??"

saya malu sendiri..
pelbagai soalan terlintas di dalam hati..
'cikgu tersalah sebut nama ke?'
'saya salah dengar ke?'
'cikgu/sekolah nak main-mainkan saya?'

semua soalan tersebut terkeluar kerana
saya bukanlah seorang yang layak menjadi pengawas..

saya sering dimarahi cikgu kerana bermain dalam kelas,
membawa barang-barang yang tak sepatutnya ke sekolah..
dan banyak lagi..

aduhai~
nakal sungguh..

namun,
perancangan tuhan itu pasti ada hikmahnya..
selepas menjadi pengawas,
saya mula di kawal oleh kawan-kawan pengawas lain,
yang sememangnya baik..

lalu segala kesalahan, perbuatan dan pergaulan saya menjadi lebih terjaga..
walaupun pada mulanya semua itu merupakan paksaan,
tetapi lama-kelamaan ia menjadi kebiasaan..

namun, saya masih mempunyai banyak kekurangan yang harus diperbaiki..

selepas zaman persekolahan tamat,
saya mengikut abang saya untuk mengambil STAM
di Sekolah Hidayah Ipoh..

kalau diikutkan,
bukanlah setulus niat saya ingin belajar di situ,
cuma mahu mengisi masa lapang
sewaktu cuti SPM

namun,
sekali lagi..
saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah taala,
kerana segala perancanganNya pasti ada hikmah disebaliknya..

di Ipoh,
saya berkenalan dengan begitu ramai sahabat
yang betul-betul mendambakan pengetahuan tentang islam..
kalau dulu,
tudung saya tidaklah sepenuh masa menutup aurat dengan sempurna,
(walaupun di sekolah sepatutnya dah cukup elok '-__-)
namun, selepas berkenalan dengan mereka,
timbul rasa ingin lebih menjaga diri.

ya, bagi saya..
perasaan malu perlu dipupuk dan ditanamkan dalam diri setiap insan..
dan persekitaran memainkan peranan penting dalam membentuk seseorang itu..

saya mula membeli handsocks/stongan,
walaupun pada awalnya hanya beli sahaja dan tidak pakai pun :p

di sinilah baru saya mula menghargai bahasa arab
dan cuba menguasainya basic2nya kembali
walaupun sebenarnya telah saya pelajari sejak sekolah rendah..

dan disini jugalah,
saya menarik balik kata2 yang saya ucapkan kira-kira 6 tahun dulu,
bahawa "saya takkan menyesal" meningglkan
sekolah yang telahpun menjadikan rakan-rakan saya sebagai hafizah..
saya sedar betapa ruginya saya,
dan andailah saya mampu bertahan
dan tidak mengendahkan sifat keanak-anakan saya dulu..

saya meninggalkan Ipoh pada bulan Mei 2007
dan meneruskan proses pembelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka..

tak dinafikan,
di KMM lah saya betul-betul merasakan
bahawa diri saya memerlukan islam..

kalau dulu,
mungkin suasana sekeliling menyebabkan
saya merasakan bahawa segala perbuatan dan amal ibadah itu
hanyalah adat dan tradisi..

ilmu yang saya pelajari di sekolah dahulu,
kebanyakkannya hanya tinggal teori..
namun di KMM cuba saya aplikasikan..

handsocks yang dibeli,
cuba saya istiqamahkan untuk dipakai..
pakaian juga cuba saya perbaiki lagi

saya berusaha untuk lebih memahami
dan akan terus cuba memahami dan mempelajari..

walaupun ada yang memandang saya sebagai
'budak lepasan sekolah agama'
namun
saya hanyalah insan biasa,
yang sedang belajar..
masih terlalu banyak kelemahan
dan kekurangan..

saya tidak malu dengan latar belakang itu,
tapi tak dinafikan ada sedikit penyesalan
kerana bagi saya,
saya gagal mencapai
apa yang sepatutnya sudah dicapai

mungkin ada daripada kita,
yang sudah benar-benar mempunyai kesedaran agama sejak dari kecil,
tak kiralah bersekolah agama ataupun tidak,
dan ada juga yang hanya baru2 ini mendapat kesedaran itu..
tidak kira jugalah berlatar belakangkan sekolah agama ataupun tidak

namun,
apa yang lebih utama adalah bagaimana kehidupan kita di masa yang akan datang..

berapa lama kita bergelar seorang muslim itu,
bukanlah ukurannya..
namun berapa lama kita menghargai islam dan keislaman kitalah
yang sepatutnya kita titik beratkan
masih belum terlambat untuk kita memperbaiki diri..

bisa aja dimulai dari sekarang :)

hidayah itu perlu diusahakan
dan dimohon dari Allah yang Maha Kuasa..

tak kiralah bagaimana latar belakang kita,
kawan-kawan kita dan keluarga kita..
tapi kitalah yang harus terus berusaha..

sama-samalah kita mohon agar kita terus berada di jalan yang lurus
dan sentiasa di bawah rahmat dan redhaNya

wallahua'lam


p/s: sebelum kata takkan menyesal, fikirlah2 dulu, jangan akhirnya nanti kita betul2 menyesal..

p/s2: terima kasih pada semua kawan2 dan guru yang pernah mengajar saya :) tanpa sekolah rendah dan menengah, yang memberi saya ilmu pengetahuan dan asas tentang islam, kesedaran yang akhirnya timbul ketika berada di Ipoh dan KMM mungkin takkan terwujud..insyaAllah, yakinlah setiap perkara ada hikmahnya~ well, segalanya bermula dengan ilmu dulu kan..so tuntutlah ilmu sedalam-dalamnya, dan fahamilah agar dapat membuahkan amalan yang indah.. :)

p/s3: ummi is coming :) but exam is also coming :( waaa~

p/s4: zaza, hilangkanlah rajukmu..tiada yang mampu menyayangimu seperti mereka :D

Wednesday, April 21, 2010

Genarasi yang kita impikan

Menurut satu riwayat,
perisitiwa ini berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a.

Dua orang anak muda datang mengadap Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. di majlisnya.
Kedua-duanya memimpin seorang lelaki
yang tidak dikenali dari sebuah kampung yang jauh.
Setelah lelaki itu di hadapkan kepada Umar, belaiu berkata:

"Apa maksud semua ini?"

Kedua-dua pemuda itu menjawab
"Wahai Amirul Mukminin, lelaki ini telah membunuh ayah kami!"

Sayyidina Umar mengajukan soalannya kepada lelaki itu
"Benarkah kamu telah membunuh ayah mereka?"

Dengan tegas lelaki itu menjawab
"Ya! Saya telah membunuhnya!"

Umar bertanya lagi
"Bagaimana kamu membunuhnya?"

"Dia telah memasuki tanah saya dengan untanya.
Saya menegahnya tetapi tidak menghiraukan tegahan saya.
Lalu saya baling seketul batu ke arahnya.
Batu itu terkena kepalanya, diapun mati."

Lantas Umar menjatuhkan hukuman
"Qisas!"

Hukuman bunuh balas!
Tidak perlu dipersoal dan diberdebatkan.
Umar tidak bertanya tentang keluarga lelaki ini,
adakah dia daripada qabilah yang mulia,
atau dia berasal daripada keluarga yang perkasa?

Umar juga tidak bertanya tentang status
atau kedudukannya di dalam masyarakat.
Semua itu tidak penting bagi Umar r.a.

Dia tidak memihak kepada sesiapapun
dalam melaksanakan agama Allah
dan tidak bermuka-muka dengan sesiapapun sekiranya boleh menjejaskan Syariat Allah. Seandainya anaknya sendiri membunuh,
tetap akan dikenakan hukuman qisas.

Setelah hukuman yang tegas dijatuhkan,
lelaki itu bersuara

"Wahai Amirul Mukminin!
Saya memohon kepadamu dengan Nama Tuhan,
yang dengan-Nya berdiri langit dan bumi,
agar membenarkan saya pulang satu malam
untuk bertemu dengan isteri dan anak-anak saya di desa yang jauh.
Saya akan memberitahu mereka
bahawa tuan telah menjatuhi hukuman bunuh ke atas saya.
Selepas itu saya akan kembali mengadap tuan.
Demi Allah, tidak ada siapa yang melindungi mereka kecuali Allah,
kemudian saya."

Umar bertanya lelaki itu
"Siapa yang akan menjamin kamu pulang ke desa kemudian datang semula mengadap saya?"

Semua yang ada diam membisu.
Tidak ada siapapun di kalangan mereka yang mengenalinya.

Mereka tidak tahu siapa namanya,
di mana khemahnya,
di mana rumah kediamannya,
apa qabilahnya dan di mana kampungnya?

Bagaimana mereka akan menjaminnya?
Jaminan bukan dengan membayar ganti rugi 10 dinar,
atau sekeping tanah, atau seekor unta!

Tetapi jaminan untuk diserahkan tengkuk agar disembelih dengan pedang!

Dan siapa yang berani menentang Umar dalam melaksanakan Syariat Allah?
Siapa yang berani masuk campur meminta lelaki itu dibebaskan
atau diberi keizinan untuk pulang tanpa sebarang jaminan?

Sahabat terus menyepi.
Umar kebingungan,
tersepit antara dua kemungkinan.

Jika dia terus melaksanakankan hukum Allah dengan membunuh lelaki
yang mengaku membunuh ini,
anak-anak yang tinggal mungkin akan mati kelaparan.

Jika dia membiarkan lelaki ini pulang tanpa penjamin,
kemungkinan dia lari,
maka sia-sialah darah yang telah ditumpahkannya tanpa mendapat pembelaan.

Sahabat masih membisu.
Umar r.a. menundukkan kepalanya mencari jalan penyelesaian.
Kemudian dia berpaling kepada dua orang pemuda yang mengheret lelaki itu

"Sudikakah kamu memaafkan dia?"

"Tidak! Orang yang telah membunuh ayah kami,
mesti dibunuh wahai Amirul Mukminin!"
Jawab dua orang anak muda itu dengan tegas.

Umar bertanya semua yang hadir
"Siapa yang sanggup menjamin lelaki ini, wahai sekelian manusia?"

Maka bangkitlah Abu Dzar al-Ghifari dengan ubannya,
zuhudnya dan kejujurannya seraya berkata

"Wahai Amirul Mukminin, sayalah penjaminnya!"

Umar mencari kepastian
"Dia telah membunuh!"

Abu Dzar menjawab dengan penuh yakin akan keputusannya
"Walaupun dia telah membunuh!"

Umar bertanya lagi
"Adakah kamu mengenalinya?"

"Tidak! Saya tidak pernah mengenalinya."

"Apa yang menyebabkan kamu sanggup menjaminnya?"

"Aku melihat pada wajahnya tanda-tanda orang beriman.
Maka aku tahu bahawa dia tidak akan berdusta.
Dan dia akan datang kembali insya Allah."

Umar mengingatkan

"Wahai Abu Dzar,
adakah kamu sangka, jika dia lewat lebih daripada tiga hari
aku akan melapaskan kamu begitu saja?"

Abu Dzar menjawab dengan tenang
"Allahlah Penolong wahai Amirul Mukminin…"

Dengan itu, Umar memberi masa tiga hari tiga malam
kepada lelaki itu untuk menyiapkan dirinya,
mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya
dan membuat persiapan yang perlu untuk mereka hadapi selepas kematiannya.

Selepas tiga hari,
dia hendaklah datang kembali untuk dilaksanakan hukuman bunuh balas
kerana dia telah membunuh.

Genap tiga hari,
ketika muslimin diseru untuk menunaikan solat Asar,
dua orang pemuda yang telah kehilangan ayah itu datang,
ramai manusia berkumpul, Abu Dzar pastinya ada bersama.

Selesai solat,
Umar menoleh kepada Abu Dzar lalu bertanya

"Mana lelaki itu?"

Abu Dzar menjawab
"Saya tidak tahu wahai Amirul Mukminin."

Dia mendongak ke arah matahari.
Nampak seolah-olah matahari itu bergerak lebih laju daripada biasa.

Semua sahabat diam membatu,
resah menunggu sesuatu yang tidak diketahui akan berlaku melainkan Allah.

Dan beberapa detik sebelum matahari berlabuh,
terhurailah segala kekusutan, terjawablah segala persoalan.

Lelaki yang dinanti-nantikan itu muncul mengadap khalifah yang adil.

Melihat lelaki itu,
Umar bertakbir dan kaum muslimin ikut takbir bersama-sama.

Umar berkata
"Wahai lelaki,
jika kamu mendiamkan diri di kampungmu,
kami tidak akan dapat menjejakimu dan tidak tahupun di mana tempat tinggalmu!"

Lelaki itu menjawab
"Wahai Amirul Mukminin, demi Allah!
Saya tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab terhadap tuan.
Tetapi tanggungjawab saya adalah terhadap Dia
yang mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.
Inilah saya wahai Amirul Mukminin.
Saya tinggalkan anak-anak saya seperti anak burung,
tiada air, tiada pokok di desaku.
Namun saya datang untuk dibunuh.
Saya takut jika saya tidak datang nanti
akan dikatakan bahawa kesetiaan pada janji telah tiada lagi di kalangan manusia."

Maka Umar bertanya kepada Abu Dzar r.a.
"Kenapa kamu menjaminnya wahai Abu Dzar?"

"Aku takut nanti akan dikatakan tiada lagi kebaikan di kalangan manusia."

Umar r.a. bangkit dan bertanya kedua-dua pemuda
"Apa yang kamu lihat wahai orang muda?"

Kedua-dua menjawab serentak sambil menangis
"Kami maafkan dia wahai Amirul Mukminin kerana kejujurannya.
Kami juga takut nanti orang akan berkata tiada lagi kemaafan di kalangan manusia!"

Kata-kata dua anak muda itu disambut dengan takbir oleh Umar
sedang air mata bercucuran membasahi janggutnya.


‏جزاكما الله خيراً wahai pemuda di atas kemaafanmu

وجزاك الله خيراً wahai Abu Dzar kerana melepaskan lelaki itu dari kesulitannya

وجزاك الله خيراً wahai lelaki kerana kejujuranmu dan kesetiaanmu pada janji

وجزاك الله خيراً wahai Amirul Mukminin kerana keadilanmu dan sifat kasihan belasmu.


p/s: masihkah ada sifat-sifat tersebut dalam diri manusia pada masa kini?

bricks

got this from an email..

A young and successful executive
was traveling down a neighborhood street,
going a bit too fast in his new Jaguar.

He was watching for kids darting out
from between parked cars and slowed down
when he thought he saw something.
As his car passed,
no children appeared.

Instead,
a brick smashed into the Jag's side door!

He slammed on the brakes
and backed the Jag back to the spot
where the brick had been thrown.
The angry driver then jumped out of the car,
grabbed the nearest kid
and pushed him up against a parked car shouting,

"What the hell was that all about and who are you?
Just what the hell are you doing?
That's a new car and that brick you threw
is going to cost a lot of money.
Why did you do it?"

The young boy was apologetic.

"Please, mister...please,
I'm sorry but didn't know what else to do,"
He pleaded.

"I threw the brick because no one else would stop..."

With tears dripping down his face and off his chin,

the youth pointed to a spot just around a parked car.

"It's my brother,"
he said.

"He rolled off the curb and fell out of his wheelchair
and I can't lift him up."

Now sobbing,
the boy asked the stunned executive,

"Would you please help me get him back into his wheelchair?
He's hurt and he's too heavy for me."

Moved beyond words,
the driver tried to swallow the rapidly swelling lump in his throat.

He hurriedly lifted the handicapped boy
back into the wheelchair,
then took out his fancy handkerchief
and dabbed at the fresh scrapes and cuts.

A quick look told him everything was going to be okay.

"Thank you and may God bless you,"
the grateful child told the stranger.

Too shook up for words,
the man simply watched the boy
push his wheelchair-bound brother
down the sidewalk toward their home.

It was a long,
slow walk back to the Jaguar.

The damage was very noticeable,
but the driver never bothered to repair the dented side door.

He kept the dent there to remind him of this message

"Don't go through life so fast
that someone has to throw a brick at you to get your attention!"





p/s: God whispers in our souls and speaks to our hearts. Sometimes when we don't have time to listen, He has to throw a brick at us. to get our attention..well, It's our choice.

Wednesday, March 31, 2010

tanggungjawab bersama


p/s: ada banyak pengajaran yang boleh ambil dr sini..Malaysia macam mana? rasanya tak perlu jawab..cari sendiri jawapan dan fikir-fikirkan..

p/s2: buang bayi dan mayat bayi yang dijumpai makin bertambah2..janganlah kita cuba-cuba mencabar tuhan..sama2 kembali pada jalan yang lurus iA~

p/s3: sentiasa ingatkan mereka di sekeliling kita, kerana kemurkaan Allah itu tidak hanya jatuh pada individu, tetapi juga pada yang di sekelilingnya..jadi, jangan selfish! ambil tahu dan bantu orang lain..

Saturday, March 27, 2010

pada pendapat saya.

"cantiklah baju biru ni"

"tapi yang hijau ni lagi cantik"

"erm..ikutlah SUKA HATI awak, saya nak beli yang biru ni..awak belilah yang hijau tu"


setiap orang mesti ada pendapat dan pemikiran tersendiri..
warna kegemaran, makanan kesukaan dan banyak lagi..

dan kita TAK BOLEH sesekali memaksa seseorang itu,
untuk mengikut pendapat dan pandangan kita..

begitu juga halnya tentang perbezaan pendapat dalam agama..
saya bukanlah orang yang hebat atau pakar dalam bidang ini,
cuma nak berkongsi sedikit pendapat
dan moga-moga dapat memberi manfaat untuk yang lain..

perbezaan utama
antara memilih atau mengikut pendapat seseorang
dalam hal agama
dan hal memilih baju seperti dialog di atas,
adalah kita memilih baju SESUKA HATI kita..
tapi, dalam memilih pendapat dan pandangan dalam hal-hal berkaitan agama,
kita seharusnya memilih, berdasarkan dalil-dalil dan ijtihad ulama'..

tak boleh sesuka hati dan mengikut kecenderungan nafsu kita semata-mata..

namun,
bukan setiap masa para ulama'
akan bersetuju dalam satu sahaja pendapat yang prominent..
banyak hal-hal yang memerlukan penafsiran dan penjelasan yang lebih mendalam
berdasarkan hadis-hadis dan ayat Al-Quran..

maka, satu perkara boleh menimbulkan pelbagai pendapat
mengikut para pentafsirnya..

dan andai ada sahabat yang memilih pendapat yang berlainan dari kita
tentang sesuatu perkara,
seharusnya kita terima dan berlapang dada,
selagi pendapat yang diambilnya tidak lari dari AQ dan sunnah
dan juga hujah para ulama' yang mentafsirnya..

janganlah kita menganggap pendapat-pendapat ulama' lain
adalah salah, dan hanya pendapat yang kita pegang yang benar..

antara perkara yang harus kita tekankan dalam berbeza pendapat dalam agama
adalah akhlak dan adab..
jika kita beradab dan sentiasa menjaga akhlak kita untuk menerima atau menolak
mana-mana pendapat,
insyaAllah tiada masalah akan timbul..

sebagaimana,
para sahabat juga turut mempunyai perbezaan pendapat antara mereka..
namun mereka tetap menghormati satu sama lain,
dan tahu kepentingan kebersamaan
dan kekuatan ukhuwwah yang harus mereka jaga..


dan optimislah dengan orang ramai..
tidaklah bererti jika sekali kita berbeza pendapat,
selamanya akan berbeza..

wallahua'lam~



p/s: beberapa hari yang lepas, ada goreng chicken strips dan telur..waktu goreng telur, kejap je dah masak..yang chicken strips pulak..lama nak menunggu..ikutkan hati, nak kuatkan api..tapi, nanti hangus pulak..dalam tak masak, tapi luar terlebih masak aka hitam..sambil merenung minyak panas yang menggelegak dan sedang memasak chicken strips tu, tiba2 terfikir kaitan antara telur dan chicken strips tu dengan kehidupan kita sebagai da'ie..dalam menjalankan tugas dakwah, tak semua mad'u kita akan segera 'masak'..ada yang memerlukan masa yang lebih lama berbanding yang lain..dan kita tidak boleh memaksa..kalau tak, nanti hangus..terus tak jadi..tapi, kalau kita bersabar 'menggoreng'nya..insyaAllah akhirnya (walaupun lama) akan menjadi sesuatu yang 'sedap' dan bermanfaat buat orang lain..ikhlaskan niat!

Sunday, March 14, 2010

teddies~

Assalamualaikum WBT,

tadi ketika tazkirah maghrib
yang membincangkan tentang hadis ke 37 selesai..
seperti biasa,
MC akan bertanya jika ada sebarang masalah berbangkit..

sebelum mengakhiri majlis,
salah seorang dari warga CasPel bersuara..

"erm..nak kongsi sikit..tentang menyimpan patung dalam rumah atau bilik..
ada dalam blog BAIK..nanti boleh baca hadis2 dalam tu.."

semua memberi perhatian..
walaupun ada yang dah mengantuk..

"kan ada hadis, yang kita tak boleh simpan patung sebagai hiasan..
jadi hadis ni generally dijadikan sebagai hukum tak boleh
ada anak patung macam teddy bear ke
yang disimpan dalam rumah atau bilik"

isu ini dibincangkan sebab mostly
remaja dan mahasiswi perempuan
menyimpan teddy bear atau apa2 jua jenis anak patung dalam bilik..

"erm..bukan ke tak boleh dijadikan hiasan je?
kalau buat jadi bantal?
erm..sebenarnya mmg pernah dengar hadis ni..
tapi yang saya tahu, tak boleh diagungkan atau diletak di tempat yang dimuliakan..kan?"

saya bersuara
(sebab saya pun ada teddy bear atas katil tu '-___- )

"erm..takpelah, nanti bacalah blog BAIK
untuk maklumat lanjut ye"

"erm..oklah..mmg nak cari pun nanti..sebab nak meyakinkan diri sendiri dulu"

usai menunaikan solat isya' berjemaah,
saya pergi ke bilik cik susi..
nak pinjam laptop..
entah kenapa laptop saya tak masuk sangat dengan line internet dekat rumah..
(tapi sekarang sedang menaip pakai laptop sendiri dan ada line internet..
ini adalah salah satu kejadian ajaib yang jarang berlaku)

saya pun buka blog BAIK
dan membaca artikel yang dipostkan..

tapi, saya masih belum puas hati..
sebab point dalam tu banyak mengatakan
menyimpan anak patung sebagai 'hiasan'..

tapi ayat dalam artikel tu yang mengatakan

"perkara syubhah harus dihindarkan"

mengingatkan saya kepada hadis ke 6
yang membahaskan tentang perkara syubhah
dan kepentingan menghindarinya
untuk menjaga ketaqwaan dan kebersihan diri..

erm..okay..
tapi keegoan dan ketidak relaan untuk melepaskan teddy bear tu,
menyebabkan saya search lagi artikel2 yang ada
tentang menyimpan anak patung..

hinggalah jumpa satu artikel ni,
dalam blog Abu Nuha yang menceritakan
persis keadaan yang saya alami..

di sini saya masukkan sedikit petikan
dari artikel tersebut..

*************************************************************

Ketika di Mesir dahulu, saya berbincang dengan kawan-kawan, antaranya dengan Ust Bakhtiar Hud yang sekarang berdakwah di Sandakan.

Kata saya, bagaimanalah halnya dengan remaja-remaja perempuan atau anak-anak dara termasuklah siswi-siswi yang kebiasaannya mempunyai patung seperti teddy bear yang dipeluk semasa tidurnya, disusun atur elok di katil ketika ia keluar rumah dan sebagainya?

Ketika persoalan itu kami bincangkan di rumah tanpa sebarang jawapan. Kebetulan, ada kuliah tafaqquh bersama Shaikh Hj Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki di Rumah Terengganu, Hayyu ‘Aasyir, Madinat Nasr.

Kami tidak bertanya kepadanya, tetapi beliau menjawab persoalan itu tanpa kami duga. Katanya dengan sinis, kalau yang empunya anak patung itu merasa dia masih kanak-kanak, tak apalah.

Ertinya, tak bolehlah, sebab bentuk yang diperlakukan oleh anak-anak gadis remaja itu ialah penghormatan, dan memuliakan patung. Dan empunya patung itu pula bukan kanak-kanak.

********************************************************

erm..ok2..
saya bukan kanak2..
dah besar dah..
jadi saya dah ada konklusi..
apa yang akan saya lakukan..

huuuu~
berat sungguh di hati ini..
memandangkan kebanyakkan teddies tu orang yang bagi..

dah takde 'bantal' tambahan nak dipeluk malam2
:p

anyway, we know what is our priority kan?
islam first..then our life :)
ini hal kecik saja!



p/s: cik susi n cik bella serta cik illy..sabar ye~ hehe

p/s2: bantal kambing saya takpekan? lagipun dia tak ckup sifat..no legs!! :D

enche kambing!

p/s3: baru bagi mimi teddy bear hari tu..sorry dear!

p/s4: erm..ni belum teddies kat rumah lagi..haiyaa~ happy lah anak2 kecil yang berada berhampiran dengan sy..

hari berpuasa dan berdoa demi al-aqsa

Sekumpulan aktivis internet
yg beragama Islam di laman sosial Facebook
melancarkan seruan kepada umat Islam seluruh dunia
untuk menjadikan hari Isnin, 15/3/2010 sebagai
'Hari Berpuasa dan Berdoa Sedunia Demi Al-Aqsa'.

Kini, Masjidil Aqsa semakin dahsyat dirosakkan oleh Zionis.

Masjidil Aqsa dalam bahaya!

Penjajah Israel telah menutup pintu-pintu Masjidil Aqsa
kecuali beberapa pintu dan telah menutup 2 buah sekolah.
Sekolah pertama ialah Madrasah Al-Aqsa At-Thanawiah
(sekolah menengah) untuk pelajar perempuan
yg terletak di dalam masjid,
berdekatan dengan Bab As-Silsila.
Pelajar-pelajar perempuan telah dihalau keluar.

Sekolah yg kedua pula ialah Madrasah At-Thanawiah As-Syar'iyah
yg juga terletak di dalam masjid,
berdekatan Bab Al-Asbat dan Bab Al-Hittah.


Agensi-agensi keagamaan
dan kebangsaan menggesa penduduk
supaya menuju ke bandar Al-Quds dengan sepenuh kemampuan mereka.

Pemerintah Israel dan kumpulan-kumpulan ekstrimis Yahudi
telah mengisytiharkan bahawa mereka sedang bersiap
untuk membuka Kuil Al-Kharab,
kuil terbesar Yahudi di bandar itu yg terletak
tidak lebih dari 10 meter dari Masjidil Aqsa,
dalam 2 hari sahaja lagi.


Syeikh Ikrimah Sobri,
Ketua Majlis Tertinggi
menegaskan bahawa penjajah Israel

berusaha untuk melemahkan kewujudan Islam di Masjidil Aqsa
melalui cara menutup sudut-sudut Islam di situ
(seperti sekolah)
dan menghalang orang Islam
yg berusia kurang dari 50 tahun untuk memasuki masjid.

Ketua Harakah Islamiah di Palestin,
Syeikh Raid Solah berkata,
perancangan Israel kali ini merangkumi pembukaan Kuil Al-Kharab
yg dianggap sebagai permulaan kepada pembinaan
apa yg disebut sebagai Haikal Ketiga.

Muassasah Al-Aqsa lil Waqf wa At-Turath
menyatakan perancangan ini akan berpanjangan selama 3 hari,
iaitu Ahad, Isnin dan Selasa,
merangkumi pembukaan Kuil Al-Kharab
dan seruan untuk membanjiri bandar itu pada hari Selasa iaitu pada hari yg didakwa
'Hari Sedunia Untuk Membina Haikal' .

Muassasah Al-Bayariq li Ihya Masjidil Aqsa Al-Mubarak menyatakan,
bas-bas dari kampung-kampung
dan bandar-bandar Palestin berjaya tiba ke destinasi
untuk umat Islam menunaikan solat di Masjidil Aqsa
walaupun menerima sekatan demi sekatan dari penjajah Israel
yg menghalang kemasukan mereka.

Mereka menjelaskan lagi,
pihak penjajah Israel telah cuba untuk menghalang kemasukan bas-bas ke bandar Al-Quds
sejak waktu malam dan awal pagi,
di mana sekatan keselamatan diadakan di pintu masuk bandar.

Tetapi desakan umat Islam akhirnya membolehkan mereka masuk juga.
Sebanyak lebih kurang 30 buah bas
telah berjaya tiba ke destinasi dan 3 bas telah ditahan masuk.


Sumber: http://www.islamonline.net/


p/s: jom puasa!
p/s2: tapi hari2 pun jangan lupa doakan saudara kita di palestin dan Al-Quds tercinta~

Wednesday, March 10, 2010

prevention 'futur'

dengan nama Allah yang Maha mengetahui dan Maha mengampuni..

post kali ini adalah sambungan dari post yang lepas,
yakni berkaitan dengan futur..

dalam post terakhir ada beritahu
yang nak bagi terapi untuk futur kan?

erm, so..
ini terapi atau preventing method
yang didapi dari buku yang sama,
iaitu 'Afatun 'Ala Ath-thariq
karangan Dr Sayyid Muhd Nuh..

mana yang sesuai,
boleh diaplikasikan
moga kita tak diserang penyakit futur berpanjangan~

kalau ada tambahan, silakan :)

okay,
terapi pertama yang dibahaskan adalah

1. menjauhi perbuatan atau aktiviti maksiat dan tidak baik sama ada ianya kecil atau besar.

maksiat atau dosa yang kita anggap kecil
sebenarnya sangat bahaya kalau kita biarkan ia berterusan..
sebab semua orang rasanya sudah tahu,
kalau kita buat sesuatu kemaksiatan atau dosa,
satu bintik hitam akan menodai hati kita..
jadi, sikit2 lama2 jadi bukit kan?

erm..bukanlah 'bukit' secara zahir,
tapi maksudnya..
hati kita akan akhirnya ditutupi dengan noda hitam,
dan susahlah cahaya hidayah, taufiq dan ilmu untuk menyinggah di hati-hati yang sudah kotor itu..
naudzubillahi min zalik ya Allah!

hati raja kepada tubuh badan kita kan?
kalau dah rosak n kotor hati tu,
habislah seluruh jasad..
dan kita tidak akan suka kepada kebaikan..

2. menjaga rutin harian

erm, amalan harian walaupun kecil kalau boleh
kita usahakan agar istiqamah..
baca quran, solat sunat, baca buku ilmiah (LI atau homework tak termasuk eh~)
dan banyak lagi..

itu semua harus kita jaga
sebab dengan adanya amalan-amalan kebaikan ini insyaAllah
kita akan terjaga dari perkara buruk..

erm..manusia ni,
kalau tidak disibukkan dengan perkara baik,
maka ia akan cenderung untuk sibuk kepada perkara yang sebaliknya..
so penuhi masa n rancang penggunaan masa sebaiknya :)

3. menjauhi sikap berlebihan dalam agama

kalau untuk point yang ni,
rasanya penjelasan dah cukup dah dalam post yang lepas..
kenapa tak boleh berlebihan..

semangat tu perlu,
tapi salurkan dengan cara yang betul..
jangan penat sendiri dan akhirnya kita 'sakit' seorang diri..

4. Sering mengkaji sirah para nabi dan tokoh islam yang lainnya.

haa..yang ini pun sangat penting..
selalunya,
kisah para nabi, sahabat, para ulama' dan pejuang islam
dapat menaikkan semangat kita..
betul tak?

kalau kita baca kisah bagaimana islam disebarkan,
bagaimana islam berkembang dalam susah dan payah,
pasti kita akan bersemangat..

jika kita imbas kembali sejarah kenaikan islam di zaman khalifah-khalifah islam..
kerajaan abasiyah, turki uthmaniah dan sebagainya..
pasti kita akan kembali bersemangat..

dan dengan izin Allah taala,
ia dapat memotivasi hati dan diri kita,
hingga tiada ruang untuk penyakit futur tu datang.. :)

5. mengingat kematian dan kehidupan selepasnya

mengingat kematian seharusnya dapat menghilangkan rasa ngantuk
dari diri kita (huuu~ '-___- )

apatah lagi jika kita mengingat nikmat syurga dan pedihnya azab neraka..
kita pasti sedar apakah matlamat sebenar kita di dunia
dan akan berusaha bersungguh2 ke arahnya..

6. menghadiri majlis ilmu

Ilmu dapat menghidupkan hati..
mungkin secara sedar atau tidak,
kata-kata penceramah, ulama' atau ustaz yang menyampaikan
dapat menaikkan semangat kita yang sedang jatuh (futur) pada ketika itu,
jadi seharusnya kita mencari inisiatif untuk sentiasa dimotivasi
tidak kira dari segi ceramah atau membaca buku dan sebagainya..
carilah ilmu sebanyaknya,
kerana darjat mereka yang berilmu disisi Allah adalah tinggi..

7. sentiasa muhasabah diri

ini adalah salah satu cara yang amat bagus
untuk mendetect kesalahan dan kepincangan yang telah kita lakukan..

Allah berfirman:

"Hai orang2 yang beriman,
bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan
apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan"
(Al-Hasyr:18)

Saidina Umar juga pernah mengatakan

"hisablah diri kamu, sebelum kamu dihisab"

moga apabila kita sudah sedar akan kesalahan yang kita lakukan,
kita segera bertaubat dan memperbaiki diri kita..

dosa yang lalu bukan untuk menjatuhkan kita,
tapi untuk menjadikan kita lebih kuat dan tidak mengulanginya lagi..

Allah Maha Pengampun~


p/s: gunakan borang mutabaah amal untuk senangkan perhitungan diri..hehe, sng nak tau apa yang tertinggal dan apa yang kurang

p/s2: jaga pergaulan..jaga pergaulan..moga hati kita tak ternodai..amiin~

p/s3: ada satu post yang nak dibuat, tapi tak tahulah bila..hurm..