Thursday, May 5, 2011

updates..

NEW YORK 4 Mei – Teori konspirasi mula tersebar sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan komando elit SEAL tentera lautnya telah membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden di bandar Pakistan.

Malah sebilangan ahli keluarga mangsa serangan 11 September 2001 di sini pun berpendapat, kematiannya yang diumumkan oleh Presiden Barack Obama di White House menimbulkan pelbagai persoalan.

Tindakan AS mengebumikan jenazah Osama di Laut Arab dalam beg mayat yang dipasang pemberat serta keengganan pentadbiran AS setakat ini untuk menyiarkan gambar mayatnya menjadi sumber bagi ‘pakar’ teori konspirasi.

Menurut satu dakwaan yang hangat diperdebatkan, Osama sebenarnya ialah konco Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang sudah meninggal dunia bertahun-tahun lalu, dan kini menjadi tokoh khayalan yang digunakan untuk mewajarkan perang Amerika di Afghanistan.

Dakwaan itu disokong oleh aktivis antiperang AS, Cindy Sheehan dan mereka yang sangsi sepertinya dari Indiana hinggalah ke Kabul.

“Jika anda mempercayai kematian terbaru OBL (Osama), anda bodoh,” tulis Sheehan di laman Facebooknya.

Sheehan yang mendirikan kem antiperang di ladang Presiden George W. Bush di Texas pada 2005 mempertikaikan fakta-fakta yang dikeluarkan oleh kerajaan AS, termasuk bagaimana AS boleh mendapat keputusan DNA dengan begitu cepat, mengapa pengebumian dilakukan tergesa-gesa dan mengapa tidak ada video yang disiarkan.

Lagipun, kata wanita itu, bekas Perdana Menteri Pakistan yang mati dibunuh, Benazir Bhutto pernah mendakwa pada 2007, Osama sudah meninggal dunia.

Ramai yang berasa sangsi seperti Sheehan, malah laman Yahoo di Internet melaporkan, carian untuk ‘osama bin laden tidak mati’, ‘osama bin laden masih hidup’ melonjak kelmarin.

Di ‘Ground Zero’ di New York, sesetengah pengunjung melihat kematian Osama itu sebagai berita yang terlalu baik untuk dianggap benar.

“Saya berharap kita benar-benar membunuhnya, tetapi mereka menguburkannya di laut, siapa tahu apa yang sebenarnya berlaku?” kata pengurus projek, Sal Leto, 59


*************************************************

WASHINGTON 4 Mei – Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bahawa Osama bin Laden tidak bersenjata tetapi ‘memberi tentangan’ ketika komando tentera laut AS menembak mati pemimpin al-Qaeda itu.

White House, semalam memberi keterangan paling lengkap setakat ini mengenai serangan nekad di Pakistan pada awal Isnin lalu yang membunuh dalang serangan 11 September 2011.

Namun, pegawai AS tidak memberi penjelasan meyakinkan tentang mengapa Osama ditembak mati dan tidak ditangkap memandangkan dia tidak bersenjata, memarakkan spekulasi bahawa pasukan elit SEAL tentera laut AS telah diarah untuk menjalankan misi membunuh.

“Di dalam bilik bersama-sama Osama, seorang wanita iaitu isterinya menerpa ke arah seorang komando AS lalu ditembak di kaki tetapi tidak dibunuh.

“Osama kemudian ditembak mati, dia tidak bersenjata,” kata jurucakap White House, Jay Carney.

Apabila diasak oleh pemberita, Carney berkata, terdapat tentangan yang cukup kuat dan ‘pertempuran bersenjata yang sengit’.

“Kami bersedia untuk menangkapnya jika perkara itu dapat dilakukan,” tegas beliau.

Pegawai AS mendakwa, ujian DNA membuktikan secara muktamad lelaki yang ditembak di kepala dalam serbuan di bandar Abbottabad, Pakistan ialah Osama.

Bagaimanapun mereka masih menimbangkan sama ada hendak menyiarkan gambarnya sebagai bukti atau tidak.

“Perlu dinyatakan gambar itu mengerikan dan boleh mencetuskan kemarahan, kami masih mengkaji perkara ini,” kata Carney


****************************************************

ISLAMABAD 4 Mei - Pakistan menuduh Amerika Syarikat (AS) menceroboh negaranya ketika melancarkan serbuan ke atas pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden di negara ini awal Isnin lalu dan mengingatkan AS supaya berhenti menceroboh negara ini.

Kementerian Hal Ehwal Luar Pakistan dalam satu kenyataan media berkata, laporan mengenai helikopter AS berlepas dari Pangkalan Udara Ghazi adalah tidak benar.

"Helikopter AS memasuki ruang udara negara ini melalui kawasan berbukit yang tidak boleh dikesan oleh radar.

"Helikopter AS itu turut dilengkapi teknologi terbaru serta terbang menggunakan teknik nap of the earth supaya ia tidak boleh dikesan," kata Kementerian itu, semalam.

Menurut kenyataan itu, perkara itu turut disahkan oleh Penasihat White House, John Breman yang menyatakan bahawa AS tidak memaklumkan kepada Pakistan mengenai operasi itu sehinggalah semua pesawat dan anggota tentera AS terbabit keluar dari ruang udara negara ini.

"Kami turut bimbang jika Pakistan memutuskan untuk mengarahkan jet-jet pejuangnya untuk melakukan pemantauan kerana mereka tidak tahu siapa kami.

"Jadi kami memastikan semua anggota dan pesawat kami keluar dari ruang udara Pakistan. Saya bersyukur tidak berlaku sebarang pertembungan di udara dengan tentera Pakistan," katanya ketika ditanya berhubung insiden serbuan yang mengorbankan Osama bin Laden itu.

Sementara itu, kerajaan Pakistan dengan keras mengecam tindakan AS melancarkan operasi dan memasuki ruang udara dan wilayahnya tanpa memaklumkan dan mendapatkan kebenaran negara ini terlebih dahulu.

"Operasi yang tidak mendapat kebenaran ini sepatutnya tidak boleh dilakukan dan kami dengan tegas mengingatkan supaya tindakan seperti ini tidak dilakukan lagi oleh mana-mana negara, termasuk AS, pada masa depan.

"Tindakan ini akan merosakkan kerjasama dan mungkin mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa," ujar kementerian itu.


*****************************************************


BERLIN 4 Mei - Bekas Canselor Jerman Barat, Helmut Schmidt mengecam operasi tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan bagi membunuh Osama bin Laden.

Ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa, katanya, semalam.

Pembunuhan Osama yang tidak bersenjata adalah melampaui batas dan AS bertindak seperti polis, hakim dan pelaksana hukuman mati ke atas orang paling dikehendaki di dunia itu, katanya.

Schmidt memberitahu televisyen Jerman, operasi pasukan SEAL tentera laut AS itu juga boleh mendatangkan kesan tidak dijangka di dunia Arab yang kini dilanda pergolakan.

Pandangannya disokong oleh peguam hak asasi manusia Australia, Geoffrey Robertson.

"Tindakan AS bukan keadilan, tetapi memutarbelitkan istilah itu, kerana keadilan bermakna membawa orang ke mahkamah, mendapati mereka bersalah berdasarkan bukti dan menjatuhkan hukuman ke atas mereka," kata Robertson kepada televisyen Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) dari London.

Pakar undang-undang antarabangsa berpejabat di Belanda, Gert-Jan Knoops pula berkata, Osama sepatutnya ditangkap dan diekstradisi ke AS.

"Pihak Amerika berkata mereka memerangi keganasan dan boleh membunuh musuh mereka di medan perang, tetapi hujah itu sebenarnya tidak dapat dipertahankan," katanya.

Seorang ulama kanan di New Delhi, Syed Ahmed Bukhari, askar AS sepatutnya boleh menangkap Osama dengan mudah.

"Amerika menggalakkan hukum rimba di mana-mana sahaja, sama ada di Afghanistan, Iraq, Pakistan atau Libya.

"Orang sudah lama membisu tetapi kini segala batas telah dilanggar," katanya


*****************************************************

Beberapa hari lalu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengumumkan kematian Osama berikutan dakwaan kejayaan tentera negara terbabit membunuhnya di sebuah rumah di sempadan Pakistan.

Ramai menganggap Amerika Syarikat memalsukan pengumuman tersebut sebagai alasan bagi mengundur 130,000 anggota tentera Bersekutu di Afghanistan, sebagai menamatkan peperangan 10 tahun melawan Taliban.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, dakwaan kematian Osama juga agak meragukan kerana tiada gambaran jelas diberi.

”Dakwaan mereka mayat Osama dibuang ke laut cukup meragukan kerana tidak disertakan sebarang bukti.

”Kalau pun benar begitu, ia juga merupakan suatu tindakan yang amat tidak kena memandangkan mayat orang Islam mesti diurus mengikut peraturan ditetap agama.

”Membuang mayat orang Islam ke laut ditentang ulama Islam di seluruh dunia termasuk Universiti al Azhar. Dalam Islam mayat perlu diberi penghormatan dan bukan dihina,” ujarnya.

Kata beliau umat Islam juga hendak tahu sama mayat yang didakwa Osama tersebut diurus dengan cara Islam sebelum dibuang ke laut.

Menurutnya Amerika Syarikat tidak boleh mengurus jenazah orang Islam dengan cara sekular sehingga membelakangkan peraturan agama.

Oleh itu beliau mencadangkan sebagai menghormati dan simpati terhadap keberanian Osama berdepan dengan negara imperialis barat, umat Islam boleh mengabdikan namanya pada tempat-tempat tertentu.

Beliau berkata, cadangan itu bukan bermakna menyokong keganasan seperti didakwa barat, sebaliknya mengenangkan keberaniannya berdepan kuasa besar dunia.

*******************************************

KANGAR, 5 Mei: PAS Perlis bersedia membekalkan maklumat-maklumat kepada kepada Mufti, Dr Juanda Jaya berkaitan penolakan PAS untuk bersatu dengan Umno.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin (gambar) berkata demikian mengulas kenyataan Juanda yang mengatakan pihak yang menghalang usaha penyatuan PAS Umno sebagai pengkhianat Islam.

"Kita bersedia untuk membekalkan kepada beliau maklumat yang menjelaskan mengapa kita masih menolak perpaduan dengan Umno," jelasnya.

Sambil menyifatkan tuduhan Juanda itu sebagai keterlaluan, Ustaz Hashim berkata perwatakan Umno sejak dari dulu lagi tidak berubah khususnya tentang pandangan mereka terhadap perlaksanaan syariat Islam.

Tambahanya, tuduhan Sahibussamahah itu adalah keterlaluan dan sepatutnya beliau menyiasat terlebih dahulu kenapa PAS menolak pelawaan Umno.

“Mengapa Dr Juanda tidak meletakkan syarat untuk perpaduan itu mengikut pandangan Islam dan bukannya perpaduan secara mutlak begitu saja?” soalnya yang juga Adun Sanglang.

Menurutnya, sudah terlalu banyak yang Umno lakukan kepada PAS sebelum ini.

PAS pernah berpengalaman duduk bersama mereka dahulu tetapi Umno sendiri tidak bersedia untuk mendengar pandangan PAS ke arah kebaikan negara dan Islam itu sendiri.

"Umno sekarang samalah seperti dulu dari segi pegangan, perangai dan tingkah laku.

“Jadi PAS tidak bersedia untuk digigit pada lubang yang sama sampai dua kali. Kita tak mahu pisang berbuah dua kali," jelasnya.


*****************************************************


Umat Islam diminta bersatu - Jamil Khir

KUALA LUMPUR 4 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengajak semua umat Islam di negara ini kembali bersatu setelah sekian lama mereka berpecah.

Beliau berkata, saranan itu perlu disahut kerana tambahan ia merupakan satu tuntutan yang amat ditekan di dalam Islam.

''Percayalah sekiranya kita kembali bersatu padu, Malaysia mampu muncul negara yang lebih hebat lagi disebabkan adanya perpaduan yang mantap di kalangan rakyat.

''Oleh itu saya amat berharap laungan perpaduan yang sering diucapkan para pemimpin kita dihayati dan disahut oleh semua pihak,'' katanya ketika dihubungi di Mekah.

Beliau berada di sana kerana menghadiri mesyuarat menteri- menteri haji.

Semalam, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak- pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu Dr. Juanda berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

Mengulas lanjut Jamil Khir berkata, sememangnya perpecahan di kalangan umat Islam telah lama berlaku iaitu sejak kewafatan Rasulullah SAW.

''Ekoran daripada itu umat Islam hilang kekuatan dan kehebatan,'' ujarnya.


****************************************************

Kajian Freedom House bukan realiti di Malaysia

KUALA LUMPUR 4 Mei - Kajian Freedom House yang meletakkan Malaysia di tangga ke-143 daripada 196 negara dari sudut kebebasan akhbar tidak menggambarkan realiti sebenar amalan media di negara ini.

Sebaliknya beberapa pemerhati dalam bidang media berpendapat, kajian itu hanya dibuat dengan melihat kepada akhbar arus perdana semata-mata tanpa membandingkan dengan akhbar propembangkang.

Pensyarah Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Muhammad Anwar Fahmi Hari Das Abdullah berkata, kajian itu juga tidak melihat kepada peranan sebenar akhbar di negara ini yang perlu lebih bertanggungjawab dan mengelak menyentuh isu-isu sensitif.

"Seperti juga amalan demokrasi, akhbar di negara ini memiliki kebebasan tetapi terpimpin sesuai dengan konteks masyarakatnya yang majmuk," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kedudukan terbaru yang dikeluarkan oleh Freedom House hari ini yang meletakkan Malaysia di tangga ke-143 daripada 196 negara dari sudut kebebasan akhbar.

Malaysia jatuh dua anak tangga berbanding tahun lalu apabila mengumpul 64 mata iaitu dikategorikan sebagai 'tidak bebas' dan berkongsi kedudukan dengan dua lagi negara iaitu Madagascar dan Angola.

Kajian Kebebasan Akhbar 2011 itu dibuat sempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia yang disambut semalam.

Dalam perkembangan sama, Ketua Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Dr. Mohd. Yahya Ariffin berkata, indikator yang digunakan oleh Freedom House juga boleh dipersoalkan dari sudut ketelusannya.

Malah ujar beliau, kebebasan bersuara di negara ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga semakin terbuka dengan munculnya media baru yang tidak dikenakan sekatan seperti blog dan portal berita.

"Adakah apabila kerajaan tidak berjaya diporakperandakan oleh akhbar maka akhbar di negara ini dikatakan tidak bebas?" katanya.

******************************************************

Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) menafikan peraturan baru yang mewajibkan pemain wanita memakai skirt supaya kelihatan lebih seksi.

Sebaliknya BWF berkata peraturan baru itu bertujuan "untuk memastikan aksi lebih menarik" untuk menarik kehadiran lebih ramai penonton.

BWF berkata, mereka akan meneruskan pelaksanaan peraturan itu yang ditangguhkan selepas pemain dan pegawai mengemukakan bantahan, bermula 1 Jun ini.

Menurut BWF peraturan baru itu adalah salah satu cara bagi menarik lebih ramai minat penonton dan penaja, sebagaimana evolusi fesyen dalam tenis yang menjadikan sukan itu lebih menarik.

Arahan terbabit berkuatkuasa bermula 1 Jun 2011 ini di Kejohanan Badminton Terbuka Singapura.

***************************************

ok, itu je update setakat ni bagi yang tak baca paper..hehe :)


p/s: dua berita terakhir tu bila baca macam nak gelak dan geleng2 kepala je..kan? contradictories~

p/s: sports is one of zionist tools to destroy islam..ni satu contoh yg jelas bg mereka yg belum nampak! lets all say "hancurkan yahudi!" and do something about it~

Thursday, April 28, 2011

layakkah?

bismillah,

cuma ingin memberi sedikit perkongsian..

sewaktu sedang membaca blog, web dan sebagainya di alam maya,
banyak dipaparkan dan dibincangkan
kes mengenai video seks
yang kononnya melibatkan orang tertinggi pihak pembangkang..

siapa yang salah dan siapa yang betul,
bukan itu yang ingin saya bincangkan..
Allah yang lebih mengetahui
dan sebagai seorang muslim,
saya yakin kebenaran itu akan muncl juga akhirnya,
walaupun mungkin tidaklah on the spot!

namun,
apa yang mengesankan saya,
adalah satu komentar yang diberikan oleh seorang non-muslim
mengenai sumpah yang ingin dilakukan oleh Shazryl Eskay,
tentang watak di dalam video tersebut

menurut malaysiakini,
Shazryl akan bersumpah bahawa
watak di dalam video tersebut adalah DSAI
dan sumpah akan dilakukan di masjid Amru Al-As, sentul.

sebagai tindak balas dari laporan berita ini,
terdapat satu komentar di bahagian bawahnya,

"jangan suka-suka menggunakan agama untuk membuktikan kebenaran dan kepentingan diri. sebelum seorang itu mendesak orang lain bersumpah dengan atas nama agama, orang itu perlu membuktikan bahawa dalam sepanjang kehidupannya bagaimana kehidupan sehariannya diamalkan adakah orang berpegang pada agama dan bersandarkan nilai-nilai murni agama itu?"

selepas komentar ini ditulis,
ia di"like" dan dibalas
oleh ramai orang
yang menyokong komentar tersebut..

saya juga terkedu membaca komentar beliau..
bagaimana seorang non-muslim,
boleh memahami keperluan untuk bersumpah
dan menitik beratkan hal ini,
sedangkan di bahagian lain,
ada setengah pihak pula yang memandang rendah tindakan mengangkat sumpah..

bukankah dalam islam
ciri-ciri mereka yang akan memberi keterangan sumpah ada digariskan?
bukan sembarangan orang akan diterima kesaksiannya..
kerana islam itu adil
dan mengambil kira semua aspek
dalam mengendalikan hukum hakam dan undang-undang..

andai kata islam tidak meletakkan syarat
siapa saja yang boleh menjadi saksi
maka pincanglah sistem perundangan islam..

Namun kerana islam itu syumul dan datangnya dari tuhan sekalian alam,
pasti Dia sudah tahu sifat2 makhluk yang diciptaNya
dan Dia tahu sistem perundangan yang paling sesuai
bagi sekalian hambaNya..
bukankah Dia yang memegang hati kita?

wallahualam~
sama-sama kita fikir dan renungkan!

p/s: “Saya katakan, sepasang selipar pun tidak ada sesiapa yang berhak merampasnya dari tuannya yang asal, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat." -ulasan TGNA yang amat mantap tentang polisi Amerika terhadap Palestin, ketika bertemu dengan Duta Besar Amerika Syarikat Paul W Jones di pejabat menteri besar Kelantan di Kota Bharu. :)

Wednesday, April 20, 2011

jihad dan muslim

bismillah..

beberapa hari yang lalu,
saya menonton filem 'shao lin'
yang dibintangi oleh andy lau, jackie chan
dan beberapa pelakon terkenal yang lainnya.

filem kung fu, action dan thriller
adalah antara filem kegemaran saya,
maka saya dapat bertahan menonton filem tersebut
walaupun pada waktu itu,
'waktu tidur saya' telah tiba..
(rakan yang menonton di sebelah saya dua-duanya tertidur)

"tengoklah cerita shao lin"
saran salah seorang house-mate saya
menyebabkan saya tertarik..

"best ke? pasal apa?"

"erm..ok lah, walaupun last-last macam tak logic sikit, tapi ada pengajaran la..
orang yang "beriman" pasti akan menang..haha"
sambung sahabat saya..

lalu saya pun meminjam cd tersebut..


ada apa dengan shao lin?

ya, cerita ini banyak menceritakan tentang kehidupan mereka yang beragama Buddha..
yelah, dah nama pun shao lin kan..

para sami yang kuat dan taat beragama,
dan sangat hebat dalam seni mempertahankan diri..

sangat berdisplin
dan sangat berhati mulia..

dalam cerita tersebut,
andy lau seorang penguasa yang pada awalnya kejam dan jahat
berubah, insaf apabila anak perempuannya mati,
disebabkan perkelahiannya dengan tentera dari kelompok lain..

lalu dia berlindung di sebuah tokong,
dan menjadi seorang sami..
sifatnya berubah secara drastik
menjadi seorang yang sangat 'alim' dalam agamanya
dan sangat mematuhi ajaran Buddha..

apa yang ingin saya sentuh bukanlah tentang filem tersebut,
tetapi apa kaitannya dengan kita
sebagai seorang muslim?

saya tak tahulah,
sama ada betul atau tidak,
tapi pada pandangan saya,
kalau kita menyebut tentang seorang sami,
pasti terbayang keadaan sebuah tokong,
dan kehebatan mereka dalam kung fu (style shao lin)
dan kita merasakan itu satu perkara yang sangat hebat!
sehingga ramai yang ingin
atau berangan-angan untuk belajar kung fu
tak kira lah style apa sekalipun..

mereka dipandang sebagai orang yang mulia
mempelajari kung fu setiap hari,
bagun awal setiap pagi berlatih dengan keras..
dan dianggap sebagai hero
kerana menggunakan kung fu mereka
demi mempertahankan manusia lain
dan agama mereka..

ya,
saya sendiri kagum dengan mereka
yang benar-benar tulus menjalankan perintah agama mereka..

tapi saya terfikir,
kenapa jika seorang muslim
mempelajari dan mengajari kaum muslimin lainnya
dalam ilmu-ilmu mempertahankan diri,
ilmu ketenteraan
dan dibangkitkan semangat untuk mempertahankan agama sendiri,
kita dianggap terrorist?

tidak heroic langsung?!

even dalam movie atau kebanyakkan filem sekalipun,
para penjahat pasti selalunya
berasal dari negara-negara
seperti sudan, afghanistan, iraq dan lain-lain..

di mana,
sedar atau tak,
itu adalah negara-negara islam!

propaganda media sangat hebat bukan?

bila kita menubuhkan satu kumpulan,
yang menekankan displin dan sifat ketenteraan
kita dianggap pengganas..

sedangkan TIDAK PERNAH sesekali
islam itu mengajar kekerasan dan keganasan,
melainkan untuk mempertahankan diri
dan menjaga agama islam yang mulia..

satu persepsi terhadap agama islam
telah ditanam dalam-dalam
dan dibajai melalui media massa
agar subur dalam minda masyarakat dunia

bahawa islam adalah agama pengganas..

moga kita semua tidak termasuk dalam golongan
mereka yang dengan mudahnya menjudge
sesuatu tanpa menyelidiki terlebih dahulu..

tapi sebelum apa-apa kesimpulan dibuat,
cuba fikir dan jawab,
islam adalah agama yang selamat dan menyelamatkan,
maka, adakah islam mengharamkan peperangan?

bila kita telusuri ayat Al-Quran
yang boleh dikatakan agak famous,
"kutiba 'alaikumul qitalu wahua kurhun lakum"

"diwajibkan keatas kamu untuk berperang
sedangkan (berperang) itu adalah sesuatu yang tidak kamu sukai"
[2:216]

kalau kita perasan,
ada satu ayat lagi yang agak familiar,
dalam surah yang sama,
tetapi ayat yang berbeza..
yakni tentang puasa
"kutiba 'alaikumus shiamu kama kutiba 'alal lazina min qablikum.."

"diwajibkan keatas kamu berpuasa,
sebagaimana telah diwajibkan keatas orang sebelum kamu.."
[2:183]

kedua-dua ayat menggunakan lafaz 'kutiba'
yakni diwajibkan..

tapi siapa yang berpuasa dianggap baik,
tapi mereka yang berjuang dianggap extremist..
mengapa?

islam amat menekankan umatnya
agar mempunyai semangat jihad yang tinggi
yakni untuk mempertahankan agama yang mulia ini
dari ancaman dalaman mahupun luaran..

namun pada masa kini,
umat islam sendiri tidak bersemangat
malah ada yang malu bila berbicara tentang agamanya..

bila dikatakan tentang semangat jihad,
umat islam sendiri cuba mengelak,
merasakan jihad itu extreme..

sedangkan bukankah itu salah satu sunnah?

bila bercerita tentang pejuang-pejuang
di Afghanistan,
Iraq,
dan lain-lain,
ramai yang tidak berpuas hati
dan menentang perjuangan mereka,
tanpa memikirkan dahulu,
siapa sebenarnya yang berjuang di atas landasan yang benar,
mempertahankan agama dan negara sendiri
dan siapa yang menjajah
tanpa rasa malu mendatangi negara orang..

islam mengajar kita bersederhana,
maka jangan kita terlalu lengah dan jangan pula terlalu berlebihan!

bagi mereka yang belum betul-betul mengenal islam,
sama-sama kita pelajari lagi,
dan janganlah sesekali kita berkesimpulan tanpa terlebih dahulu mencari penjelasan
kerana dengan tanggapan-tanggapan kita yang salah
boleh membawa kepada pandangan yang buruk terhadap islam
malah boleh menjadi fitnah bagi islam..

dan bagi mereka yang muslim,
sedarlah bahawa semangat jihad memang wajib kita tanam dalam diri
dan ianya tidak bererti kita harus menjadi seorang extremist!

dari Mu’adz bin Jabal radhiallahu 'anhu,
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

“Maukah aku beritahukan kepadamu
tentang pokok pangkal dari semua urusan,
tiangnya dan puncaknya yang tertinggi?”

Aku berkata:
“Ya, wahai Rasulullah.”

Beliau bersabda:
“Pokok pangkal dari urusan ini adalah Islam,
tiangnya adalah shalat,
dan puncaknya yang tertinggi adalah jihad.”

(HR. At-Tirmidzi dan beliau mengatakan: “Hadits hasan shahih.”)


wallahu'alam~


p/s: semalam baru pulang dari jogja, Alhamdulillah ianya satu pengalaman dan perjalanan yang banyak memberi pengajaran dan amat menarik! iA akan dikongsi jika berkesempatan~

p/s2: "kalah dan menang tu adat dalam perlawanan" masih ramai yang harus duduk dan merenung ayat ini, jangan sampai sukan memecah belahkan dan menjadi punca pergaduhan kita..kasih sayang itu kan lebih manis :)

p/s3: apa cerita kes liwat DSAI?..malaysia oh malaysia..jangan sampai kita "dijentik" oleh tuhan kerana penghambaan kepada nafsu dan syaitan! moga yang benar akan segera melenyapkan kebatilan~ ampunilah dosa kami semua ya Allah, dan limpahkan hidayah dan rahmatMu, agar kami semua bisa terus/kembali ke jalan yg benar..

p/s4: nak tengok 4 batang gigi ulfah yang baru tumbuh!

p/s5: ya Allah, sebagaimana Kau menjadikan baiknya bentuk dan rupa kejadianku, maka perbaikilah juga akhlakku..

Tuesday, April 19, 2011

quit smoking~

bismillah~


sebenarnya sistem cardio dah lepas,
tapi kes yang tengah belajar sekarang (sistem ginjal)
ada menyentuh tentang jantung..

jadi terbaca satu artikel,
simple
tapi insyaAllah bermanfaat..

mungkin boleh share dengan kawan-kawan
atau mereka yang sepatutnya :)

selamat membaca
dan selamat berilmu~

******************************************************

smoking!

How Does Smoking Increase Heart Disease Risk?

The nicotine present in tobacco products causes:

  • Decreased oxygen to the heart.
  • Increased blood pressure and heart rate.
  • Increase in blood clotting.
  • Damage to cells that line coronary arteries and other blood vessels.

How Can Quitting Smoking Be Helpful?

If you quit smoking, you will:

  • Prolong your life
  • Reduce your risk of disease (including heart disease, heart attack, high blood pressure, lung cancer, throat cancer, emphysema, ulcers, gum disease, and other conditions).
  • Feel healthier. After quitting, you won't cough as much, you'll have fewer sore throats and you will increase your stamina.
  • Look better. Quitting can help you prevent face wrinkles, get rid of stained teeth, and improve your skin.
  • Improve your sense of taste and smell.
  • Save money.

How to Quit Smoking

There's no one way to quit smoking that works for everyone.

To quit, you must be ready both emotionally and mentally.

You must also want to quit smoking for yourself and not to please your friends or family.

It helps to plan ahead.

This guide may help get you started.

What Should I Do First to Stop Smoking?

Pick a date to stop smoking and then stick to it.

Write down your reasons for quitting. Read over the list every day, before and after you quit. Here are some other tips.

  • Write down when you smoke, why you smoke, and what you are doing when you smoke. You will learn what triggers you to smoke.
  • Stop smoking in certain situations (such as during your work break or after dinner) before actually quitting.
  • Make a list of activities you can do instead of smoking. Be ready to do something else when you want to smoke.
  • Ask your doctor about using nicotine gum or patches. Some people find these aids helpful.
  • Join a smoking cessation support group or program. Call your local chapter of the American Lung Association.
  • Talk to your physician who may recommend medications to help combat nicotine craving and also help with information on using nicotine substitutes, such as a patch or gum.

How Can I Avoid Relapsing?

  • Don't carry a lighter, matches, or cigarettes. Keep all of these smoking reminders out of sight.
  • If you live with a smoker, ask that person not to smoke in your presence.
  • Don't focus on what you are missing. Think about the healthier way of life you are gaining.
  • When you get the urge to smoke, take a deep breath. Hold it for 10 seconds and release it slowly. Repeat this several times until the urge to smoke is gone.
  • Keep your hands busy. Doodle, play with a pencil or straw, or work on a computer.
  • Change activities that were connected to smoking. Take a walk or read a book instead of taking a cigarette break.
  • When you can, avoid places, people, and situations associated with smoking. Hang out with non-smokers or go to places that don't allow smoking, such as the movies, museums, shops, or libraries.
  • Don't substitute food or sugar-based products for cigarettes. Eat low-calorie, healthful foods (such as carrot or celery sticks, sugar-free hard candies) or chew gum when the urge to smoke strikes so you can avoid weight gain.
  • Drink plenty of fluids, but limit alcoholic and caffeinated beverages. They can trigger urges to smoke.
  • Exercise. It will help you relax.
  • Get support for quitting. Tell others about your milestones with pride.
  • Work with your doctor to develop a plan using over-the-counter or prescription nicotine-replacement aids.
How Will I Feel When I Quit?

When you quit smoking,
you may crave cigarettes,
be irritable,
feel very hungry,
cough often,
get headaches,
or have difficulty concentrating.

These symptoms of withdrawal occur because your body is used to nicotine,
the active addicting agent within cigarettes.

When withdrawal symptoms occur within the first few days after quitting,
stay in control.

Think about your reasons for quitting.
Remind yourself that these are signs that your body is healing
and getting used to being without cigarettes.

The withdrawal symptoms are only temporary.
They are strongest when you first quit
but will go away within 10 to 14 days.

Remember that withdrawal symptoms are easier to treat
than the major diseases that smoking can cause.

You may still have the desire to smoke,
since there are many strong associations with smoking.

People may associate smoking with specific situations,
with a variety of emotions or with certain people in their lives.

The best way to overcome these associations
is to experience them without smoking.

If you relapse, do not lose hope.
Seventy-five percent of those who quit smoke again.
Most smokers quit three times before they are successful.

If you relapse, don't give up!
Plan ahead and think about what you will do next time you get the urge to smoke.

**************************************************


selamat mencuba dan selamat berjaya!


p/s: siapa yang benar2 ikhlas ingin bergerak ke arah kebaikan pasti Allah akan menolongnya!

p/s2: man jadda wajada, sila berjihad dan berjuang melawan nafsu :)

Saturday, April 16, 2011

dicop!



"patutlah si Abu tu kena marah,
tengoklah siapa yang marah dia"

luah Ali yang merujuk kepada rakan mereka mamat..

"mamat tu memang emosi sikit,
kita tak yah layan sangat lah dia tu"
sambung rakannya..

mereka berdua saling berpandangan dan menggelengkan kepala..

*****************************************************************************

merujuk kepada situasi di atas..
menurut anda,
siapakah yang bersalah?

mamat yang memarahi..
atau abu yang dimarahi?

ya,
saya juga kurang tau siapa yang bersalah,
seharusnya kita rujuk kepada empunya badan..
jangan terus berkesimpulan
(by the way, ini rekaan semata-mata)

apa yang ingin ditekankan disini adalah,
ada kemungkinan bahawa memang benar
si mamat adalah seorang yang emosi,
lalu begitu ramai manusia
yang mempunyai pengalaman dimarahi si mamat
dan menyimpan perasaan tidak puas hati kepadanya..

namun,
pada sisi yang lain pula,
tidak mustahil si abu memang benar-benar bersalah
dan memang patut dimarahi oleh si mamat..

namun,
akibat sifat emosi mamat
yang terlalu sering 'meluahkan perasaan' tidak bertempat,
teman-temannya sudahpun mempunyai satu persepsi
bahawa

'mamat memang suka marah orang'

'mamat emosi'

dan sebagainya..

tidak kira siapa yang bersalah,
mamat juga yang akan dipersalahkan..




ya,
sifat marah dan tidak sabar boleh memberi impak yang besar pada diri seseorang..
ramai yang akan lebih mengingati sifat marah kita
berbanding sifat pemurah kita..

Rasulullah sendiri mengulang nasihat
"la taghdhab"
yakni jangan marah
sebanyak 3 kali..

kerana ketika marah jugalah,
tidak ramai manusia yang benar-benar mampu
mengawal percakapan dan perbuatannya..

kerana ketika itulah
manusia berada di tahap yang lemah
dan dengan mudahnya bisa digoda oleh syaitan..

yuk sama-sama jadi penyabar!
:)


p/s: semangat dalam berdakwah perlu di'control', jangan dibiar terlalu membakar dan merebak terlalu dahsyat, hingga hilang orang2 yang ingin didakwahi..contohnya macam kita sedang mengadakan barbeque, kalau arang tu tidak berbara, tidak terbakar ayam dan sosej kita, tapi kalau apinya terlalu kuat, lalu hangus danlangsung tak dapat dimakan dah..wallahua'alam~

p/s2: zinc dan post-cataract..mari kita buat research!

p/s3: manusia itu pelbagai rupa, tapi pasti ada persamaannya..itu yg harus kita cari..

p/s4: kadang-kadang confuse, adakah benar tindakan saya utk tidak/kurang 'involve' pd tahun ini? alihkan fokus ke pada family & friends bak kata kumar :D

Tuesday, April 12, 2011

meaningful message



A wise man once
sat in the audience & cracked a joke.

All laughed like crazy.
After a moment he cracked the same joke again
and a little less people laughed this time.

He cracked the same joke again & again,
when there was no laughter in the crowd,
he smiled and said,

"When u can't laugh on the same joke again & again,
then why do u keep crying over the same thing
over and over again”



"Learn to move on"

Monday, April 11, 2011

body temp. during asleep

bismillah..
sekadar info utk dikongsikan..

ada tak sesiapa yang kalau dia tidur je,
akan rasa kesejukan?
tak kesahlah tidur malam atau pagi atau tengah hari atau petang..?
saya lah tu..

jadi ni ada artikel tentang sleep and thermoregulator..
sila baca jika berminat :)

***************************************************

Many physiological variables
are controlled during wakefulness
at levels that are optimal for the body’s functioning.

Our temperature,
blood pressure,
and levels of oxygen, carbon dioxide, and glucose
in the blood remain quite constant during wakefulness.

During sleep however,
physiological demands are reduced
and temperature and blood pressure drop.
In general,
many of our physiological functions such as brain wave activity,
breathing,
and heart rate are quite variable
when we are awake or during
REM sleep (the stage of sleep most associated with dreaming),
but are extremely regular when we are in non-REM sleep.


Body Temperature
Through a process known as thermoregulation,
the temperature of our body
is controlled by mechanisms such as shivering,
sweating,
and changing blood flow to the skin,
so that body temperature fluctuates minimally
around a set level during wakefulness.

Just before we fall asleep,
our bodies begin to lose some heat to the environment,
which some researchers believe actually helps to induce sleep.

During sleep,
our central set temperature is reduced by 1 to 2°F.
As a result,
we use less energy maintaining our body temperature.
It has been hypothesized
that one of the primary functions of sleep is to conserve energy in this way.

Body temperature is still maintained,
although at a slightly reduced level during non-REM sleep,
but during REM sleep our body temperature falls to its lowest point.

Curling up in bed under a blanket during the usual
10- to 30-minute periods of REM sleep
ensures that we do not lose too much heat
to the environment during this potentially
dangerous time without thermoregulation.

Dr. Duha's conclusion:
REM sleep = associated with dreaming
REM sleep = temperature fall to the lowest point
thus,
people who dreams a lot during sleeping = have very low temperature during asleep


p/s: now i know~

p/s2: human is interesting, but at many time is annoying and tiring

Wednesday, April 6, 2011

unstabilized

bismillah..

malam ni saya terasa stress
stress yang teramat berat..

rasa bersalah
sedih
geram
marah
dan segalanya bercampur baur..

wahai yang mengenali diri ini..

saya hanya manusia biasa
sangat mungkin untuk tersalah langkah..

namun tindakan yang saya ambil adalah yang saya rasakan terbaik
buat diri saya
dan keadaan semasa saya

manusia boleh berkata,
mungkin mereka tiada di tempat saya,
namun saya harap keputusan saya difahami..

tidak pernah berniat untuk mengabaikan
jauh sekali melupakan

saya tetap saya yang dulu
walau mungkin ditambah dengan beberapa perubahan
yang TIDAK akan menjejaskan apa-apa..

sayang dan rindu saya masih ada,
keterikatan itu masih kukuh..

namun mohon difahami,
tidak semua manusia itu sama tindakan dan pemikirannya..

saya dengan pendirian saya
mereka dengan pendirian mereka
anda dengan pendirian anda

namun saya benar-benar mengharap dan memohon
seribu kemaafan dan pengertian dari dirimu~

tolong layan saya seperti duha yang dulu
tolonglah~


p/s: moodless

p/s2: rasa nak balik malaysia duduk kt umah diam-diam

p/s3: sorry again!

p/s4: mood exam saya sangat low..booster please~

p/s5: ya Rabb, Kaulah segalanya, Kaulah yang memahami, dan Kaulah yang memegang hati-hati manusia..satukan hati kami dalam cinta kukuh hanya keranaMu!

p/s6: ya Allah..ya Allah..hatiku~

p/s7: rindu pada sahabat seperjuangan!

p/s8: segala nasihat, kritikan, masukan amatlah diperlukan..but please mind my feelings..huhu

Monday, April 4, 2011


Tuhan yang Esa


Di dalam cahayamu Tuhan
Ku harap petunjukmu
Di dalam sinaran purnama
Ku mohon keampunan
Moga terlerai segala dosa-dosaku
Mogaku jadi hamba yang bersyukur

Tuhan Yang Esa udara yang kuhirup
Terasa nikmatmu yang menggunung
Tidak terhitung harga nilainya
Oh Tuhan Kau Pengasih Maha Penyayang

Oh Tuhan di depan ujian
Terasa diri ini memerlukanmu
Ku harap kau lindungi
Hamba yang lemah ini
Kau Tuhan Maha Kuasa
Maha pengampun

Ku harapkan pintu taubatmu terbuka luas
Untuk hambamu yang sering leka
Dengan rahmatmu dan kasih sayangmu
Kau ampunilah segala dosaku
Moga selamat di dunia dan akhirat

[In-team]

p/s: teruslah berharap hanya padaNya, kerana tiada yang lebih penting dari keyakinan dan kebergantungan seorang hamba pada tuhannya..

Sunday, April 3, 2011

doa yang menggetarkan hati




sangat berharap dapat menjadi salah seorang jemaah di belakang imam ini..
semoga kita menjadi seorang mukmin yg sangat peka
dan sensitive terhadap keadaan umat islam
disegenap pelusuk dunia~


p/s: tahniah dan takziah pada kepimpinan PKPMI yang baru, semoga janji-janji yang ditaburkan berjaya dikotakan dan anda berjaya menjadi pemimpin yg dipermudahkan ke syurgaNya! andai anda tersalah, izinkan kami menegur dan memperbetulkan, agar anda semua tetap menjadi pemimpin terbaik di mata dan hati kami~

p/s2: pengharapan hanya padaNya

p/s3: esok exam dan esok submit tajuk thesis..rabbi yassir wa la tu'assir!