Sunday, November 1, 2009

Dai'e juga manusia

DA'IE JUGA MANUSIA..

itulah tajuk buku yang sedang dibaca pada waktu ini..
karangan Muhammad Abduh..


rasanya buku ini banyak mengajar
dan bagaikan begitu memahami keadaan para da'ie zaman ini..

sedikit ulasan dari buku yang banyak manfaatnya ini insyaAllah..

perkataan da'ie mungkin sudah terlalu biasa didengar
oleh sesetengah daripada kita
hingga ia tidak lagi membawa apa-apa maksud
atau 'makna'
sedangkan ia sebenarnya membawa pengertian yang besar..

mungkin kita akan lebih terkesan,
jika ianya diganti dengan perkataan
'pembantu agama Allah'

kini,
kalau diperhatikan kita telah memasuki zaman
dimana banyak orang telah menyedari keperluan kepada agama..
walau tidak kurang juga yang semakin sesat dan menjauh dari Sang pencipta..

banyak para da'ie yang lahir..
tumbuh bak cendawan di musim hujan
dikalangan kita..

Alhamdulillah..
setinggi-tinggi pujian buat tuhan yang memegang hati manusia..

namun,
mereka memerlukan bimbingan
agar sentiasa maju kedepan
dan istiqamah dalam menjalankan dakwah mereka..
mereka memerlukan petunjuk
untuk menghindarkan penyimpangan dari jalan yang lurus..
dan sepatutnya berupaya memberi pencerahan kepada
masyarakat sekelilingnya..

pembawa agama Allah..
tinggi bukan kedudukannya?

para da'ie harus sedar,
bahawa yang membawa mereka ke jalan dakwah ini
dan yang memilih mereka adalah Allah SWT..
betapa istimewa dan terpilihnya para da'ie..

lalu,
jangan sesekali peluang itu kita sia-siakan begitu sahaja
kerana seorang da'ie itu dengan mudahnya
mampu meraih darjat yang tinggi
dan dengan mudahnya juga
boleh menjadi fitnah kepada agamanya
nauzubillah~

zaman kini memerlukan para da'ie
yang mampu berbicara dan menyampaikan hujah dengan jelas..
tanpa menyebarkan keraguan..
mampu membahas pelbagai masalah dengan mendalam
bukan hanya menyampaikan materi dakwah
(seperti hanya mengikut silibus usrah)
dengan ilmu yang tidak mencukupi..

zaman memerlukan da'ie yang kreatif dan aktif
serta sentiasa memperbaiki diri dan perilaku..

dakwah menuju Allah merupakan kewajipan
yang tidak boleh diabaikan.

seorang muslim yang mengakui Allah sebagai tuhan,
islam sebagai agamanya,
serta Muhammad sebagai utusan Allah
harus menjalankan dakwah menuju Allah taala,
memperingati akan Allah,
mendekatkan diri padaNya,
mengharapkan redhaNya,
dan menghindar dari laknatNya

"siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,
mengerjakan amal yang saleh, dan berkata,
sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri."
[Fushilat: 33]

dalam buku ini ada disenaraikan beberapa kesalahan
yang akan merosakkan pahala atau kebaikan seorang da'ie..

antaranya:

1. mengucapkan sesuatu yang merugikan diri sendiri
2. tidak selari antara percakapan dan perbuatan
3. melakukan perbuatan yang menimbulkan kekeliruan dalam dakwahnya,
sehingga dia menjadi fitnah bagi orang lain

jika perkara di atas terjadi,
maka usaha dakwah si da'ie akan gagal
dan para da'ie sendiri yang akan merugi..

dakwah akan sia-sia,
jika yang membawanya tidak berakhlak
seperti yang mereka canang-canangkan..

"wahai orang-orang yang beriman,
mengapa kalian katakan sesuatu yang tidak kalian kerjakan?
amat besar disisi Allah (kebencian) bagi mereka yang mengatakan
apa yang tidak ia lakukan"
[As-saf: 2-3]

pada hari ini,
banyak da'ie yang pandai berbicara,
tapi lupa berbuat..
pandai berbicara,
tetapi kosong isinya,
hingga tidak terkesan dalam hati mereka yang mendengarnya..

oleh itu,
sifat taqwa yang didefinisikan
sebagai 'berhati-hati' dalam melakukan setiap sesuatu
amat perlu diamalkan oleh para da'ie..
kerana da'ie adalah suatu sosok yang sering dipehatikan..
dan tidak menghairankanlah jika
ada sahaja kesalahan kita yang kelihatan
di mata masyarakat sekeliling..
dan bukanlah sifat seorang da'ie untuk menarik diri
tetapi untuk memastikan kesalahannya
diminimizekan seboleh mungkin..

namun,
kebanyakan dari para da'ie
lebih mengedepankan ego
dan lebih mencari status sosial di kalangan masyarakat..

bak kata penulis
"banyak da'ie yang terserang penyakit sosial
sama seperti masyarakatnya.
dan mereka tidak berbeza sama sekali dalam
apa-apa hal sekalipun"

lalu dimanakah letaknya tanggungjawab seorang da'ie itu
jika kita sama sahaja seperti masyarakat sekeliling?

benarlah kata-kata
"dirikanlah negara islam di hatimu,
maka ia akan tertegak di bumimu"

ia bermula dengan diri sendiri..
perbaiki diri kita
dan sekaligus mereka di sekeliling kita..

seorang sahabat bernama Huzaifah AL-Yamani berkata
"orang-orang bertanya tentang kebaikan kepada Rasulullah,
sementara aku bertanya kepadanya tentang keburukan..
kerana aku takut keburukan menimpaku"

moga Allah hindarkan keburukan itu
dari diri kita..

semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat..


p/s: banyak lagi yang nak kongsi dari buku ni..by the way..kat atas tu just muqaddimah je :) akan diperpanjangkan lagi sambungannya iA selepas exam..

p/s2: kalau ada yang salah dari ayat2 di atas, ketahuilah bahawa sesungguhnya bkan semua dari buku tu..ulasan sket je dr buku n ada ayat n pendapat sendiri..so maybe ada kesilapan tegur2lah..harap maaf~

p/s3: esok exam!! :) (??) heh study2

p/s4: doakan saya dan rakan2..and good luck buat semua yang amek exam jugak~ D+U+I+T !

p/s5: kepada JPA, silalah masukkan duit cepat dalam akaun kawan2 saya..sian mereka dah kekeringan :p

p/s6: seorang da'ie bukan sekadar menyampaikan, tetapi dialah orang yang pertama melakukan amal kebaikan~ buktikan!

p/s7: da'ie juga manusia bukan bererti satu kebiasaan atau pelepasan bagi seorang da'ie melakukan kesalahan, tetapi bererti da'ie juga perlukan pedoman kerana mereka boleh kehilangan arah jika tidak dipandu..rakan-rakan,hulurkan bantuan ringankan beban! :) kita saling memerlukan~

p/s8: siapa yang rasa2 nak baca buku ni, amat digalakkan..tapi sy sndri pun belum habis baca..kena bahagi2 giliran dengan buku endocrine :D

Tuesday, October 27, 2009

Salahuddin Al-Ayyubi


Salahuddin Al-Ayyubi..
dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi
di Kota Tarkit
iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris,
terletak di antara Mosul dan Baghdad.

Beliau adalah anak kepada seorang gabenor.
Ayahnya,
Najmuddin Ayyub bin Shadhi
Adalah anak saudara kepada sultan Nuruddin Zenki
Berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan.

Selain sebagai panglima perang,
beliau adalah pendakwah,
mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab..

Ketika hayatnya,
beliau lebih banyak berada di khemah perang
daripada duduk di istana bersama keluarga.
Siapa saja yang menggalakkannya berjihad
akan mendapat kepercayaannya.

Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib,
beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya
kepada persiapan perang
dan menaikkan semangat tentera.

Di medan perang,
beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal.
Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain
untuk mengingatkan tenteranya
supaya benar-benar berjihad di jalan Allah

Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air
dengan mata yang berlinangan
mengajak manusia agar bangkit membela islam..

Ketika berusia 17 tahun,
Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat
dengan Nuruddin di Damsyik.
Beliau adalah panglima tentera,
pemimpin dan pentadbir negara
yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib.

Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di Mesir, Palestin dan Syria..
Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi)
apabila menyertai ekspedisi
bersama-sama Asaduddin Shirkuh (pakciknya)
yang dihantar oleh Nuruddin
bagi menentang tentera Salib di Mesir.
Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir
pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1169 Masihi).
Selepas Shirkuh meninggal dunia,
tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi.
Pada masa sama,
Nuruddin melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.

Bagi memperkukuhkan tentera Islam,
Salahuddin meminta negara Islam
diurus di bawah satu pemerintahan..
Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak
termasuk pemimpin Syria,
cita-cita Salahuddin termakbul.

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi),
khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan
Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir
dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin.
Pada tahun itu juga beliau membina
Kota pertahanan di Kaherah..

Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi)
berlaku Perang Salib kedua,
yang juga dikenali sebagai Perang Hittin.
Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi
Hingga membuka jalan mudah menawan kembali Baitul Maqdis.

Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi)
berlaku Perang Salib ketiga,
hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian.
Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis
daripada orang Islam.

Walaupun perang Salib yang ketiga itu
menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian,
mereka tidak mampu menggugat
kekuatan tentera Salahuddin Al-Ayyubi..

Pihak Kristian mengalami kekalahan
dan ramai tentera terbunuh dan tertawan.
Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun,
dapat ditakluki semula oleh Salahuddin Al-Ayyubi
dengan bantuan Allah taala..
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin
ketika peperangan sangat jauh berbeza
daripada kekejaman tentera Kristian.
Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.

Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan,
kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam.
Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya
ketika orang Kristian menyerah kalah.

Tenteranya sangat bertanggungjawab,
menjaga peraturan di setiap jalan,
mencegah segala bentuk kekerasan
sehingga tidak ada kedengaran orang kristian dianiaya.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan
mengenai tindak-tanduk tentera Kristian
ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099.
Tercatat dalam sejarah bahawa
ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem,
jalan itu dipenuhi mayat,
orang Islam yang tidak bersenjata diseksa,
dibakar dan dipanah dari jarak dekat
di atas bumbung dan menara rumah ibadat.

Darah membasahi bumi
yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam
secara beramai-ramai.
Ia juga mencemarkan kesucian gereja
yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang.

Diriwayatkan dalam sebuah kisah yang menarik,
setelah Sultan Salahuddin al-Ayyubi
berjaya menawan kembali Baitul Maqddis,
beliau berjalan-jalan di sekeliling kota.

Tiba-tiba beliau disapa oleh seorang lelaki tua
beragama Kristian,
katanya:
“Wahai pahlawan agung,
mengapa tuan tidak membalas semula tindakan kejam tentera salib
terhadap tentera tuan?”

Jawab Sultan Salahuddin:
“Wahai orang tua,
agama kami bukan sahaja melarang sifat membalas dendam,
tetapi sangat menegah tindakan di luar batas perikemanusiaan
seperti yang pernah musuh-musuh kami lakukan.
Islam menyuruh kami menepati janji,
memaafkan kesalahan orang lain,
dan melupakan kekejaman pihak musuh ketika mereka berkuasa..

“Alangkah indahnya agama tuan!
Saya ingin sangat menikmati kehidupan yang indah seperti itu
pada sisa-sisa akhir hidup ini.
Apakah yang patut saya lakukan untuk memeluk agama tuan yang mulia ini?”
Sambung orang tua itu.

Lalu Sultan Salahuddin menjawab,
“Lafazkanlah syahadah,
beriktikadlah bahawa Allah SWT itu Maha Esa
dan Muhammad itu Rasul-Nya.
Kemudian kerjakanlah apa yang Allah Taala perintahkan
dan tinggalkanlah segala larangan-Nya.”

Mendengar penjelasan itu,
lelaki itupun terus mengucap dua kalimah syahadah dengan penuh keyakinan.

Salahuddin Al-Ayyubi meninggal pada 27 safar 589H (1193M)
Pada usia 55 tahun
Di Damsyik Syria
Setelah memerintah selama 25 tahun.
Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Beliau meninggal dunia
tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan.
Beliau dikatakan hanya memiliki
47 dirham wang perak
dan 1 dinar wang emas.
Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau,
manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

***********************************************************************************

ref: albalagh.net dan http://www.scribd.com/doc/12751516/Salahuddin-Al-Ayyubi

Wallahua’lam..
Semoga mendapat pengajaran,
Dan sama-samalah kita cuba contohi
Seorang tokoh islam yang Agung..
Moga dengan akhlak kita,
Dapat membuka hijab antara islam dan orang ramai..
insyaAllah~



p/s: Alhamdulillah dah berjaya derma darah untuk pertama kalinya~ walaupun banyak komplikasi dilalui '-____-

p/s2: exam sudah dekat sangat..study2..

p/s3: insyaAllah nak dapat anak buah baru.. \(^.^)/ moga semua berjalan lancar~

Saturday, October 24, 2009

*unknown*

Tiba-tiba rasa nak balik rumah..

Duduk dengan keluarga..


Hurm..

Rindu?

Homesick?

Mungkin..


Tapi,

Lebih kepada mahu dan memerlukan sokongan mereka..


Benarlah ya Allah,

Hanya Engkau sahaja yang mengetahui makhluk ciptaanMu ini..


Andai si adam mengaku memahami si hawa..

Takkan mungkin kefahamannya mampu mengatasi kefahaman

Sang Pencipta jiwa si hawa..

Bahkan takkan mungkin mendekati kefahamanMu itu..


Hukuman dan peraturan yang Kau cipta buat manusia,

Semuanya demi kebaikan kami..

Namun sering dicerca dan dihina,

Dituduh ketinggalan zaman dan kejam..

Malah kamilah yang kejam terhadap diri sendiri..


Maka kepadaMu sahajalah diadukan segalanya..

Dan hanya kepadaMu lah kami menyembah dan kami mohon pertolongan..


Entah kenapa,

Rasanya makin lama cuba ‘memasuki’ medan ini,

Makin banyak kesalahan yang dilakukan..

Kurang perihatin

Kurang perhatian


Moga Allah mengampuni kesalahan diri ini.

Begitu juga yang diharapkan dari rakan seperjuangan..






Ya Allah..

Tuan yang Maha pengasih,penyayang, pemaaf dan segala sifat terpuji hanya bagiMu..

Adakah layak diri ini menjadi hambaMu?





p/s: i’m not a quitter! Jangan lari dr masalah~


p/s2: selamat menjalani peperiksaan pada semua yang berkaitan


p/s3: terasa nak tekan butang restart dalam kehidupan ni..tapi, kalau dah restart, semua memory akan hilang..bila kita akan belajar dari kesilapan dan menimba pengalaman..cumanya..mengingati dosa silam amat menyakitkan..'-____-


Tuesday, October 20, 2009

kembalikan kegemilangan

kembalikan kegemilangan

Manusia ciptaan mulia
Sempurna penuh harapan untuk gemilang
Kita dicipta sebagai ummah
Pemimpin dunia dan sebagai ikutan

Namun kini mengecewakan
Segalanya kita ketinggalan
Indah hanya sejarah

Generasi pewaris
Bangkitlah berjihad di jalan-Nya
Kembalikan kekuatan
Pembela ummah pengabdi ilahi

Pejuang Allah yang setia,
Pembela ummah dan negara,
Berjuanglah

Mulia atau sebaliknya
Di tanganmu penentuannya
Untuk ummahmu jua imanmu
Berjihadlah

-brothers-

p/s: indah hanya sejarah..?? sampai bila?

Friday, October 16, 2009

isu niqab

baru-baru ini,
ada isu tentang pemakaian niqab atau purdah
dimana dikatakan wanita tidak dibenarkan memakai niqab..

saya menjadi penasaran bila mendapat tahu
bahawa kenyataan itu KONONNYA dikeluarkan oleh syeikh besar
dari universiti Al-Azhar
iaitu al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi

bagi mereka yang inginkan penjelasan..
dan bagi mengelakkan salah faham..
harap boleh baca sedikit perkongsian di bawah..

*****************************************************************************

Al-Imam Al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
sering dinista oleh akhbar dan berita.
Banyak tindakan dan ucapan beliau dieksploitasi
sehingga beliau sering diburukkan.

Sebelum ini beliau dituduh dengan tuduhan menghalalkan riba
sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

Kali ini beliau dituduh pula dengan tuduhan ingin mengharamkan niqab.

Berikut adalah sedikit kronologi peristiwa yang berkait dengan isu niqab ini.


1. Isu bermula
apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
melawat satu sekolah maahad al-Azhar
khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi)
pada Sabtu bersamaan 4/10/2009.
Beliau telah melawat satu kelas
lalu melihat ada seorang pelajar perempuan
bernama Alak ( آلاء ) memakai purdah.
Alak berumur 13 tahun.

2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah
kerana kelas tersebut
hanya untuk para pelajar perempuan sahaja.
Beliau merasa hairan
mengapa pelajar tersebut memakai purdah
sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan,
guru yang mengajar
adalah guru perempuan
dan bilik kelas adalah tertutup.
Alak pada awalnya tidak membuka niqab
apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
memintanya membuka niqab.

3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
selepas itu telah menegaskan
bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan
memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka.
Beliau juga menafikan kenyataan media
yang menyatakan
bahawa beliau bercakap dengan Alak
dengan nada suara yang kasar.

4. Majlis Tertinggi Al-Azhar ( المجلس الأعلى للأزهر الشريف )
telah mengadakan mesyuarat tergempar
yang dipengerusikan oleh
Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009
untuk membincangkan isu niqab ini.

Majlis telah memutuskan bahawa:

• Para pelajar perempuan dibenarkan
untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab.
Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang
daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

• Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab
apabila ada orang lelaki bersama mereka
di dalam premis al-Azhar

• Para pelajar perempuan
tidak dibenarkan memakai niqab
di dalam bilik-bilik kelas
kerana semua pelajar adalah perempuan.
Larangan ini berkuatkuasa
apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan
untuk memakai niqab
sewaktu peperiksaan berlangsung.
Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung
hendaklah di kalangan wanita.

• Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita
daripada memakai niqab
dalam kehidupan seharian mereka
sebaliknya Majlis tidak bersetuju
niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya
yang akan memberikan kesan yang negatif
pada pemikiran kanak-kanak
lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa
wajah wanita wajib untuk ditutup adalah
pandangan minoriti fuqaha Islam.

5. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
menegaskan bahawa beliau menghormati
wanita yang memakai niqab
selagi mana tidak menyakiti orang lain
dan tidak membawa kepada masalah keamanan.

Beliau menegaskan bahawa
tujuan ketetapan Majlis Tertinggi Al-Azhar tersebut dibuat
adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan.
Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki
ke dalam premis al-Azhar
yang khusus untuk pelajar perempuan.

Selain itu ketetapan ini juga dibuat
demi untuk mengelakkan berlakunya
penipuan di dalam peperiksaan.
Beliau menegaskan bahawa
tahun lepas menyaksikan 12 kes penipuan
semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab
yang terbabit telah meletakkan
alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai.


Sumber:

1. Surat Khabar al-Liwa’al-Islami bertarikh 15 Oktober 2009,
bilangan ke 1447, m/s 1

2. Majalah al-Musowwar bertarikh 14 Oktober 2009,
bilangan ke 4436, m/s 15 - 16.

3. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=
ArticleA_C&cid=1254573447321&pagename=
Zone-Arabic-News/NWALayout

4. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=
ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=
1254573332008

5. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=
ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=
1254573461106&utm_source=
rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rss


harap penjelasannya jelas dan dapat menghapuskan
kesalah fahaman yang telah timbul..
semoga Allah merahmati kita semua~


*******************************************************************************

p/s: baru je bincangkan hal ni dalam usrah, tapi tak berani komen lebih2..sebab tak tau situasi sebenar..Alhamdulillah dah ada penjelasan.. :)

p/s2: apabila mendapat sesuatu berita, cek dulu kesahihannya~

Tuesday, October 13, 2009

jenayah!

jenayah semakin menjadi-jadi..
sedang ber'skype' dengan dik..
tiba-tiba dia menceritakan satu peristiwa menakutkan..
yang berlaku pada jiran kami..

semalam..
satu kejadian tak disangka-sangka berlaku..
mungkin sebelum ini,
memang sudah terjadi kes pecah kereta dan sebagainya..
tapi malam tadi,
sehari sebelum adik saya tamat menduduki peperiksaan PMR..
seorang mak cik ditetak di bahagian bahu
akibat enggan menyerahkan beg tangannya kepada seorang lelaki..

hari ini,
ada paper KHB dan BAK..
killer paper katanya
(sampai berpeluh-peluh ketika menjawab)

sedang dia sibuk menelaah matapelajaran (mungkin),
tiba-tiba kedengaran suara seorang wanita menjerit meminta tolong..

Alhamdulillah,
dia dapat bergerak pantas memanggil bibik kami keluar
untuk menghulurkan bantuan..

bahu aunty itu berdarah..
tidak dapat dipastikan sedalam mana lukanya..

tiba-tiba,
satu kelibat mendekati adik saya..
rupa-rupanya penjenayah tadi masih berada di tempat kejadian..

"relax dik, pegi ,masuk umah balik!"
dengan selamba dan tiada hati perut,
peragut dan hampir pembunuh itu memberi arahan pada adik saya..

adik saya akur..
memandangkan ada sebilah parang yang tergenggam kemas di tangannya..

namun sayang,
penjenayah tersebut memakai helmet
dan kegelapan malam menyukarkan pengecaman muka dilakukan..

ummi menjadi tidak menentu melihat kejadian itu..
bimbang akan keselamatan anak perempuannya barangkali..

kemudian..
adik saya bergegas ke dalam rumah
sambil menarik tangan bibik kami..

setibanya di rumah,
telefon segera dicapai dan polis dipanggil ke tempat kejadian..

namun,
seperti biasa..
polis amat LAMBAT
dan menyebabkan penjenayah 'terselamat' dari tangkapan..

sekarang,
semua sudah kembali tenang..
walaupun adik saya tidak dapat melelapkan mata pada malam tersebut,
saya berharap peperiksaannya berjalan lancar pada hari ini..

semoga aunty sudah sehat..
dan tiada gangguan secara mental..
semoga ahli keluarga saya..
dan jiran2 semua dijauhkan dari sebarang kejadian seperti itu lagi..

hanya Allah yang mampu membalas
dengan balasan yang setimpal..

wallahua'lam..



p/s: saya sangat SANGAT dan sangat geram pada si penjenayah kerana langsung tidak mempunyai hati perut..boleh pulak suruh orang relax?? mungkin dia harus ditetak bahunya dulu dan kemudian..kita suruh dia relax..apa agaknya die rasa?

p/s2: lepas PMR ada PMRI..jadi jangan enjoy dulu..pegi belajar!! :D (pesanan buat si anhar dan kawan2) hehe

p/s3: hari ni hari jadi pisang..buat yg tak tau..pisang adalah my beloved cat

pisang~

Monday, October 5, 2009

Diabetes Mellitus type 2

sekarang saya berada dalam semester ketiga..
dan sedang belajar tentang endocrine system..
iaitu satu sistem kompleks yang mengawal hormone2 dalam badan kita..

subhanallah~

sempurna sungguh ciptaan Allah..

namun,
sistem ini hampir menutup tirainya..

kami sedang mempelajari kes kedua terakhir,
iaitu tentang diabetes mellitus type 2 (DM2)..

bercerita sedikit mengenai Diabetes..

Diabetes adalah satu penyakit
diamana pesakit yang menghidapnya
mempunyai kadar gula yang tinggi dalam darah..

secara normal,
apabila gula di dalam badan kita melebihi paras yang sepatutnya..
hormon insulin akan menukarkan insulin menjadi glycogen
iaitu storage of glucose (gula) dalam badan..
dan dalam masa yang sama,
insulin juga akan mem'promote' uptake of glucose
oleh sel2..

semua ini untuk mengembalikan kadar gula ke tahap normal semula..

tapi,
apabila kita mengambil terlalu banyak gula,
lama kelamaan insulin tidak akan dapat
menampung semua glucose tersebut,
dan insulin yang terlalu banyak menyebabkan cell kita
tidak lagi akan memberi respon yang sepatutnya pada hormon insulin..

ini yang dipanggil sebagai insulin resistance..

mungkin ada yang tertanya-tanya,
post ni ringkasan lecture note ke?

bukan..
sebenarnya,
ini adalah satu analogi..
tentang sifat malu dalam diri seseorang..

semalam,
seorang sahabat meluahkan..
sedih melihat masyarakat persekitaran
yang tidak malu menzahirkan maksiat-maksiat yang dilakukan..

lelaki perempuan bersentuhan,
malah ada yang berpelukan sesuka hati..
tidak ada rasa malu antara manusia,
apatah lagi pada yang Maha Esa..

apa kaitan dengan DM2?
insulin resistance adalah keypoint paling penting..



setiap manusia diberi sifat malu..
msutahil ada yang sejak dari lahirnya sudah biasa bermaksiat..
melainkan dia telah dibesarkan dalam keadaan sebegitu..
hingga ia TERBIASA..

banyak sekali rakan saya yang pada asalnya
melu untuk bertentang mata dengan kaum adam..
namun kerana nafsu,
dipaksa hatinya untuk menerima maksiat tersebut,
dan diingkari fatwa dari hati yang bersih..

lalu,
apabila terlalu banyak maksiat yang kita lakukan,
secara tak langsung,
kita mengkikis sifat malu itu perlahan2..
dan akhirnya..
diri kita akan menjadi resistance terhadap maksiat itu..
dan hilanglah sifat malu kita..

bak kata pepatah,
alah bisa tegal biasa..

maka,
kita tidak akan lagi rasa bersalah melakukan maksiat
atau dosa,
kerana sifat malu sudah dicabut dari diri kita..
naudzubillah..

sabda nabi Muhammad SAW,
'bila engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu'

dan ketahuilah malu itu sangat berharga..

oleh itu,
kita sebagai manusia yang berakal fikiran,
haruslah mengambil langkah untuk prevent
resistancy ini daripada berlaku..

jagalah sifat malu itu sebaik mungkin..
moga sifat malu dikekalkan dalam diri kita..
dan kemaksiatan tidak menjadi serasi dengan kita..

wallahu'alam~

p/s: di utusan ada lagi berita (5 okt) mengenai seorang wakil rakyat non-muslim membaca ayat Al-Quran dalam kempen pilihanraya..dia dikecam dan dicemuh, malah diminta memberi penjelasan, mengapa dia diberi kebenaran untuk membaca ayat tersebut..'-___- wahai rakan dan sahabat sekalian..sedarlah bahawa islam itu rahmat bagi sekalian alam..Al-Quran itu bukan hanya untuk umat islam, malah boleh dibaca oleh sesiapa yang berkehendak..moga Allah memberi hidayah pada sesiapa yang mendengar dan membacakannya..kalau benar Al-Quran dicemuh dan diinjak, ya umat islam harus mempertahankannya..adakah seorang non-muslim membacanya dianggap satu cemuhan? atau sepatutnya satu kebanggaan bahawa Al-Quran itu juga menjadi salah satu rujukan mereka? fikir2kan~

Monday, September 28, 2009

popular+majority = always right?

A group of children were playing near two railway tracks,
one still in use while the other unused.

Only one child played on the unused track,
the rest on the operational track.

The train is coming,
and you are just beside the track interchange.

You can make the train change its course to the unused track
and save most of the kids.

However,
that would also mean the lone child playing by the unused track would be sacrificed.

Or would you rather let the train go its way?



Let's take a pause..

and think...

what kind of decision we could make?












Most people might choose to divert the course of the train,
and sacrifice only one child.

You might think the same way,
I guess.

Exactly,
to save most of the children at the expense of only one child
was rational decision most people would make,
morally and emotionally.

But, have you ever thought
that the child choosing to play on the unused track
had in fact made the right decision to play at a safe place?

Nevertheless,
he had to be sacrificed because of his ignorant friends
who chose to play where the danger was.

This kind of dilemma happens around us everyday.

In the office,
community,
in politics
and especially in a democratic society,
the minority is often sacrificed for the interest of the majority,
no matter how foolish or ignorant the majority are,
and how farsighted and knowledgeable the minority are.
The child who chose not to play with the rest on the operational track was sidelined.

And in the case he was sacrificed,
no one would shed a tear for him.

The great critic Leo Velski Julian
who told the story said he would not try to change the course of the train
because he believed
that the kids playing on the operational track
should have known very well that the track was still in use,
and that they should have run away if they heard the train's sirens..

If the train was diverted,
that lone child would definitely die
because he never thought the train could come over to that track!

Moreover,
that track was not in use,
probably because the track was not safe.

If the train was diverted to the track,
we could put the lives of all passengers on board at stake!
And in your attempt to save a few kids by sacrificing one child,
you might end up sacrificing hundreds of people to save these few kids.

While we are all aware
that life is full of tough decisions that need to be made,
we may not realize that hasty decisions may not always be the right one.

'Remember that what's right isn't always popular..
and what's popular isn't always right.'

Everybody makes mistakes..
that's why they put erasers on pencils..

p/s: "jika kamu mengikuti kebanyakkan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. yang mereka ikuti hanyalah persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan." - Al-An'am: 116 -

Thursday, September 24, 2009

Life as a coffee


A group of alumni,

highly established in their careers,

got together to visit

their old university Professor.

Conversation soon turned

into complaints about

stress in work

and life.

Offering his guests coffee,

the Prof. went to the kitchen

and returned

with a large pot of coffee

and an assortment of cups..


porcelain,

plastic,

glass,

some plain-looking

and some expensive

and exquisite,


telling them
to help themselves to hot coffee.

When all the students

had a cup of coffee in hand,

the Prof. said


"If you noticed,

all the nice-looking,

expensive cups were taken up,

leaving behind

the plain and cheap ones.


While it is but normal for you

to want only the best for yourselves,

that is the source of your problems

and stress.


That all of you really wanted

was coffee,

not the cup,

but you consciously

went for the better cups

and are eyeing

each other's cups."

"Now,

if Life is coffee,

then the jobs,

money and position in society

are the cups.


They are just tools to hold

and contain Life,

but the quality of Life doesn't change.


Sometimes,

by concentrating only on the cup,

we fail to enjoy

the coffee in it."

So friend,

don't let the cups drive you...

enjoy the coffee instead.





p/s: love life as it is, not as u want it : )

Friday, September 18, 2009

bersempena

satu masa dulu,
ada seorang manusia yang bernama Insan.
dia seorang pemarah.

tapi dia bukanlah seorang yang jahat hati.
dia cuma kejam bila melampiaskan rasa benci.
bagi Insan, dia jujur.
lebih elok diluahkan dari disimpan, katanya bila ditegur.

Insan itu hatinya baik, semua tahu.
tapi bila datang hari celakanya, aduh --haru!

pada satu hari, bundanya, setelah sekian lama bermasakranum memikirkan jalan yang terelok untuk menegur sifat anaknya itu, membuka mulut.

"wahai anak. harap dibuanglah engkau yang itu. yang pemarah. yang pendengus. yang pencaci."
"kenapa? bunda lebih mahu aku jadi pembohong yang menidakkan kebenaran hati?"

berterusan telingkahnya.

sang bunda diam. tunduk dan sunyi. dia usap wajah Insan dengan pandangan sedikit rawan. dia bilang:

"ini minta aku sebagai ibu. tak usah berhenti. tak apa. sudah. cuma minta aku, di setiapnya kau rasa marah dan benci, tanamkan paku ini pada tiang rumah kayu kita. cuma itu."

"boleh"

bermula hari itu, dilakukan seperti dimahukan.
sebulan, tiang sudah hampir penuh.
paku sudah bersimpang-siur.

tersaksi olehnya betapa terlalu ramai yang dia sudah lukakan dalam sepurnama semata. dia rasa malu dengan jiwa dia. dia rujuk pada bunda. bunda bisik dengan kasih.

"rujuk pada semua yang kau marah2kan itu. minta dimaafkan, meski terpaksa kau mengemis untuknya. setiap satu lafaz ampun, cabutlah satu paku yang telah kau sematkan sejak sebulan lamanya."

diikutkan juga.

satu-persatu diceraikan di setiap satu-persatu keampunan. Insan rasa uja. dia semakin hampir dengan taraf kosong benci sesama manusia. dia gembira.

selesai paku2nya.

"bunda, aku berjaya. tidak lagi ada yang benci aku sepertimana tiada aku pada mereka."
"apa benar?"
"ya. dan betapa bijaksana wahai engkau, si bunda. mendidik aku untuk menyedari betapa keji aku ini"

si bunda diam. dia senyum dan diam. dia senyum, diam dan hela nafasnya kuat2.

"anak, bukan paku itu yang utama. lihatkan tiang itu yang sudah sompek dan separuh hancur jisimnya. rasakan serpih2 yang membungkam dari hayunan tukul pada paku2 itu semua. itu, nak, yang perlu kau sayukan"



di kesempatan aidilfitri ni,
nak memohon kemaafan dari semua pihak yang pernah
saya lukakan hatinya, terkasar bahasa padanya,
membuat rasa benci timbul dalam dirinya..

moga kita dapat membersihkan hati dan mengampuni kesalahan
setiap insan dalam hidup kita..

susah bukan beerti tidak boleh~

salam aidilfitri!

p/s: mau pulang ke kampung sebentar lagi :)

p/s2: plannya mau berjalan-jalan ke pulau pinang pada raya keempat atau lima..rindu pantai!! dah lama tak pg sane~

p/s3: bagi sesiapa yang ada kelapangan, jemput bagi duit raya pada saya :D ngee~