Friday, February 4, 2011

antara buta mata dan hati

dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang..

sebelum menulis post ini,
sebenarnya terasa bergetar jiwa dan perasaan,
kerana takut apa yang ditaip,
bakal terkena pada diri sendiri..

namun insyaAllah,
dengan kekuatan dariNya,
kita perlu saling mengingatkan
dan dengan mengingatkan yang lain,
kata-kata yang disampaikan oleh mulut kita itu
akan pertama-tamanya
menyinggah di telinga kita dahulu!

lalu nasihat itu khususnya buat diri sendiri~

merujuk pada tajuk post ini,
here's a song
as a main idea of this post..

hayati and hope it can reach our hearts!


Bila melihat alam yang indah ini
Tidak terasa kebesaran Allah

Bila mendapat musibah
lupa dirinya hamba

Nikmat yang datang tiada rasa dariNya


Sepatutnya rasa malu kepadaNya

Kerana anugerahNya kepada kita


Membuat dosa rasa kekesalannya

Buta hati lebih merbahaya
Buta mata tidak nampak dunia

Buta hati tidak nampak kebenaran


Buta hati ditipu nafsu dan syaitan


Bahkan dilupakan saja

Semua orang rasa bangga dengan dosa


Bila menyebut neraka

Tidak terasa akan gerunnya


Bila menyebut syurga

Tidak terasa akan nikmatnya


Itu menunjukkan
Jiwa kita mati atau buta

***********************************

Sejak beberapa hari kebelakangan ini,
ada beberapa situasi
(sama ada berkaitan atau tak dengan saya)
yang membuatkan saya berfikir
dan memberi kesedaran pada diri ini..
Alhamdulillah..

mari kita renungkan..

"Bila melihat alam yang indah ini
Tidak terasa kebesaran Allah

Bila mendapat musibah lupa dirinya hamba

Nikmat yang datang tiada rasa darinya"


pernah tak dalam kesibukkan kita menjalankan tugasan duniawi,
kita berhenti sejenak
dan berfikir tentang penciptaan setiap perkara yang berada di sekeliling kita?



jika kita merasakan hebat si pencipta kereta ferrari,
maka lebih hebat lagi yang menciptakan si pembuat kereta itu..


jika kita merasa kagum dengan kehebatan si burung
yang terbang dengan bebas dan menyanyi merdu
pasti seharusnya lebih kagum dengan seni penciptanya..

maka pujilah hanya Dia,
kerana tiada yang layak mendapat pujian-pujian
dan kata-kata kemuliaan melainkan Dia!

betapa jahilnya manusia,
mereka bukan sahaja lupa dan lalai
dari merenung dan menghayati kebesaran tuhanNya..

Malah ketika diuji,
merasakan dirinya hanya layak mendapat apa yang dia ingini semata-mata..

hanya dengan kegagalan dalam peperiksaan,
menyebabkan timbul ragu tentang sifat pengasih Allah taala!

ditinggalkan oleh yang tersayang,
mula merasakan bahawa Dia tidak adil!

naudzubillah!

siapa kita?
siapa Dia?

ingatlah posisi sebagai hamba,
yang bernafas juga atas ketentuanNya..


"Semua orang rasa bangga dengan dosa"

mungkin bahagian ini dah banyak disebut di tempat-tempat lain,
namun yang penting
rasulullah SAW pernah bersabda

"jika tiada malu, buatlah sesuka hatimu"

mungkin disebabkan dicabutnya rasa malu,
maka timbul rasa bangga akan dosa
dan pekung yang penuh di dada

bangga dengan perbuatan dan perkara
yang sepatutnya memalukan kita sebagai seorang muslim!

ditayang dan dihebahkan bagai ianya suatu perbuatan MULIA di sisiNya..


"Bila menyebut neraka
Tidak terasa akan gerunnya

Bila menyebut syurga

Tidak terasa akan nikmatnya"


cuba renungkan,
adakah kita tergolong dalam mereka yg buta mata hatinya?
yang gelap dan keras hatinya
hingga tidak membekas gambaran syurga dan neraka yang Dia berikan
dalam kitab Al-Quran?

atau kita tergolong dalam mereka
yang bergetar jiwanya
ketika disebut dan dibacakan ayat-ayatNya?

bagaimana kita akan termotivasi untuk ke syurga
dan bagaimanakah usaha kita akan meningkat
sekiranya ganjaran yang Dia berikan tidak menarik minat hati kita?

sesungguhnya,
pilihlah pengakhiran kita sebaiknya..

tiada pertengahan,
cuma ada syurga
atau neraka..

wallahu'alam~




p/s:
Itu menunjukkan Jiwa kita mati atau buta

p/s2: PENCINTA DUNIA.. mereka seperti kanak-kanak yang sibuk dengan 'permainan' yang tidak berharga~

p/s3:percaya atau tidak, Buta hati lebih merbahaya!

p/s4: 4 days to go, then balik Malaysia dengan perasaan bercampur..can't describe...

p/s5: SYURGA ITU KAMPUNG HALAMAN KITA, maka sebagaimana kita rindu utk pulang ke Malaysia bertemu sanak saudara, harusnya kita lebih rindu lagi utk ke syurga yang aman damai bahagia dan kekal selamanya! :)

Wednesday, February 2, 2011

why do people feel ticklish?


just now we're discussing about tickles,
and thus just wanted to share an article..

moga ada ilmu baru yang kita temukan setiap hari~

*************************************

Being ticklish is a complicated trait rooted in our evolutionary past.
Scientists suggest that being ticklish
is our defense against creepy crawlies
like spiders and bugs,
a physiological response alerting us to a specific type of threat.

That is why vulnerable parts of our bodies
like feet, chest, and armpits, are among the most ticklish.

While there is no question that being ticklish is neurological,
scientists contend that it is also learned.

One theory sees ticklishness
as a personality-based response to perceived attack.

Antsy folks may laugh uncontrollably at the lightest touch,
or even without being touched at all,
while folks made of sterner stuff
won't budge during more aggressive tickle attacks.

If you close your eyes
and try to remain calm while you are tickled,
you can decrease panic,
reduce giggles,
and dull sensation.

And, no matter how hard you try,
it is nearly impossible to tickle yourself.

Tickling satisfies our human need to touch.
Robert R. Provine, a professor of neuroscience and author of Quest for Laughter,
sees the tickle as a form of communication
between friends,
family,
and lovers
Playing a key role in the evolution of social and sexual behavior.

He points to chimps tickling each other during play,
parents tickling little kids,
and lovers tickling each other affectionately.

"If you think the social component is not important,"
Provine says,

"Try tickling a stranger."
:p


p/s: saya sangat penggeli, tapi itu self defense mechanism kan, jadi takpelah :)

p/s2: no wonder i also felt 'threatened' when i saw some creepy crawlies, esp roaches!

Tuesday, February 1, 2011

kuasa kesedaran

bismillah..

pagi tadi,
bermula jam 8 pagi
peperiksaan respiratory system bermula..
antara peperiksaan "berat"
yang harus kami duduki..

Alhadulillah,
selepas selesai paper tersebut,
saya dan rakan-rakan diberi kesempatan
untuk mengikuti satu sesi sharing
di Masjid ibnu Sina, UNPAD..

penyampai diterbangkan khas dari Malaysia,
jadi pastilah kami lebih bersemangat
untuk menghadiri sesi perkongsian tersebut..

banyak yang dibincangkan,
tapi mungkin hanya beberapa hal yang ingin saya kongsikan di sini..

tajuk yang dibawa adalah
HALA TUJU DAKWAH; peranan pemuda

mungkin ramai daripada kita sudah tahu
tentang kuasa atau kekuatan yang ada pada pemuda
(termasuklah juga para pemudi,
kerana disebalik seorang lelaki yang hebat
pasti ada wanita yang hebat juga yang membantu pergerakkannya)

pemuda sering dikaitkan dengan kekuatan
semangat
kuasa
kecerdasan
keaktifan
dan banyak lagi aspek yang bagus!

namun dengan hanya mengetahui,
belum mencukupi,
melainkan kita memahami dan mempunyai KESEDARAN!

renung kembali,
apabila terpapar gambar-gambar para pejuang di Palestin
yang 'glamour' dengan adegan membaling batu ke arah tank-tank rejim zionis,
watak siapa yang akan muncul?

pastinya kanak-kanak dan para pemuda!
kerana mereka adalah pemuda yang sedar
akan tanggungjawab dan amanah yang dipikul..

tapi kita yang berada di zon selesa dan aman ini?
adakah kesedaran bahawa kejayaan islam itu
sebenarnya terletak pada jiwa dan kebangkitan kita
wujud di dalam diri kita?

atau kita hanya mengimani dengan hati semata-mata
bahawa islam akan menang suatu hari nanti
tanpa apa-apa tindakan dan usaha?

KESEDARAN bahawa hanya islamlah agama yang dipilih oleh Allah taala

KESEDARAN bahawa islam hanya layak berada di kedudukan tertinggi

KESEDARAN bahawa kita adalah pemuda islam itu! dan kitalah yang harus memperjuangkannya

KESEDARAN bahawa naik bangun islam adalah selari dengan bangunnya jati diri muslim

dan

KESEDARAN bahawa kunci kejayaan islam bermula dari kita

akan menggerakkan diri kita
untuk berubah dan mencapai apa yang kita yakini~

capailah Al-Quran,
gapailah sunnahnya,
fahami dan serapkanlah keduanya ke dalam jiwa kita,
lalu bertebaranlah di bumi Allah
menyampaikan risalahnya..

islam takkan sampai kepada kita
pada waktu ini
andai nabi dan para sahabat tidak menyeru umat manusia
dan tidak peduli
untuk menyampaikan risalah suci ini
pada generasi terkemudian..

lalu kita?
adakah kita tidak pernah terfikir akan generasi anak cucu di masa akan datang?

it's never too late to take actions now~

************************************************************
hasil dari kesedaran juga,
rakyat mesir masih belum berputus asa!

so, few updates..

KAHERAH 31 Jan. - Penunjuk perasaan Mesir hari ini menyeru supaya rakyat negara ini melancarkan mogok dan mengadakan perhimpunan berjuta-juta orang di Kaherah esok bagi meningkatkan gesaan menuntut perletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak.

Seorang penunjuk perasaan yang juga penganjur, Eid Mohammed berkata, mereka memutuskan untuk melancarkan mogok umum dan perhimpunan seramai berjuta-juta orang esok.

Pelancaran mogok itu buat pertama kalinya diseru oleh pekerja di bandar Suez lewat semalam.

"Kami akan menyertai pekerja Suez dan memulakan mogok umum sehingga permintaan kami ditunaikan," kata seorang lagi penganjur protes, Mohammed Waked.

Di Dataran Tahrir, Kaherah, beratus-ratus penunjuk perasaan berkampung sepanjang malam tadi dalam usaha untuk mengekalkan momentum demonstrasi besar-besaran di negara ini dalam tempoh tiga dekad.

Mereka bertegas untuk tidak berganjak sehingga Mubarak meletak jawatan.

Sementara itu, Mohamed ElBaradei lewat semalam memberitahu sejumlah besar penunjuk perasaan di Dataran Tahrir bahawa mereka kini sedang menuju ke era baru.

"Kita adalah di pihak yang benar, kekuatan kita ialah pada jumlah yang menyertai protes ini. Saya minta anda bersabar kerana perubahan akan tiba.

"Kita perlu berkorban jiwa dan darah untuk negara," kata beliau sambil disambut oleh penunjuk perasaan dengan berteriak 'Rakyat mahu gulingkan Presiden'.

source: utusan

some pix from email,







p/s: have faith, Allah is with us!

p/s2: masjid2 seringnya dipenuhi oleh pakcik dan makcik, kini giliran kita sebagai pemuda utk mengimarahkannya! bukan kau, dia atau mereka, tapi mula dengan diri sendiri!

Sunday, January 30, 2011

pengajaran dari mesir

bismillah and assalamualaikum..

susah nak concentrate kat buku ni,
asyik terfikir tentang saudara-saudara di mesir..

dalam 'ketakutan' dan 'kesusahan' mereka disana,
sebenarnya terselit hikmah dan pengajaran yang tinggi buat mereka dan kita..

1. dengan izin Allah,jika kemenangan di tangan mereka yang mencintai kebenaran, maka tak mungkin perjuangan mereka akan tenggelam begitu sahaja..mereka semua, termasuk yang telah 'pergi' mendahului kita, insyaAllah akan dikenang sebagai pejuang dalam mendapatkan kebebasan mesir!

2. insyaAllah selepas ini, (terutamanya bagi rakyat Malaysia di mesir) akan lebih mampu menjiwai kehidupan saudara kita di Palestin, yang tidak pernah henti dan saban hari mendengar letupan bom, desiran peluru yang menggegarkan tempat tinggal mereka dan mayat yang kelihatan di sana sini..bukankah yang mengalami situasi sama akan lebih memahami?

3. Moga peristiwa ini meningkatkan lagi kesedaran kita tentang penderitaan yang dialami umat islam sedunia..mereka yang berada di dalamm situasi tertekan, peperangan dan sebagainya..dan juga menyedarkan kita bahawa betapa BANYAKnya negara di dunia kini, yang diperintah oleh mereka yang 'jahil' dan tidak selayaknya berada di tempat itu..dunia mendekati zaman akhirnya!

4. peringatan juga bagi pemimpin2 di negara lain, bahawasanya jika pemerintahan mereka tidak adil dan membebankan rakyat, jangan anggap bahawa rakyat akan selamanya patuh dan tunduk..hanya satu pencetus yang diperlukan utk meledakkan kuasa sebenar rakyat..sedarlah hai pemimpin, anda memegang amanah yang berat!










semoga proses evakuasi pelajar malaysia selamat dijalankan~

wallahu'alam..


p/s:pics from totallycoolpix.com

p/s2: any tambahan sgt dialu2kan..

p/s3: kenyataan Ikhwanul muslimin --> di sini

update on egypt

news on egypt

updated pictures: here

updated news: here(blog)

Saturday, January 29, 2011

egypt

bismillah..

got lots of friends studying in egypt,
so just wanted to update a little bit about "riots" in egypt..

seperti yang kita semua tahu,
beberapa waktu yang lalu,
kerajaan tunisia dijatuhkan dengan kekuatan kuasa rakyat..

selepas itu,
beberapa negara lain turut mengambil langkah,
menjatuhkan kerajaan yang dirasakan
sudah terlalu lama memegang tampuk pimpinan
dan pastinya,
mereka sebenarnya tidakberkelayakan..

kini mesir juga mengalami gelombang yang sama,
dimana rakyat bangun menyuarakan
ketidakpuasan hati
terhadap pemerintahan housni mubarak..

sebentar tadi ada terbaca blog seseorang
berkenaan perbualan rakan-rakan
dan ibu kepada pelajar malaysia di mesir
yang berlangsung di FB..

disebabkan kejadian sekarang,
talian internet tidak dapat dicapai..

berita tentang rakan-rakan di sana sukar didapatkan..
moga saja semuanya selamat..

berikut merupakan perbualan antara rakan
ibu kepada salah seorang rakan saya di mesir
(dari blog cikgu syikin)

Fatimah Muhammad:
http://english.aljazeera.net/photo_galleries/africa/2011125192646189116.html

Izzah Azrin Norizan :
watched it da whole day today...hope all our friends are okay there


Fauziah Husain
:
Izzah iman kata dah xde airmata nak nangis.drp apart ting 8depa boleh nampak tembak menembak,yg mati terkulai,boming di bawah apartm mereka.rumah iman dekat sgt dgn bangunan kerajaan yg nak ditawan..."umi i m so scared...ni bukan drama2... Its so real.."
Depa curfew for 3 days..hopefully mknan mereka cukup.semoga mereka selamat amin IA..


******************************************


erm..takut jugak baca perbualan tu..
mohon untuk sama-sama doakan keselamatan umat islam
disemua tempat..


wallahua'alam~

few pix:











p/s:hope my friends are okay :(

p/s2: bole refer sini update about egypt

p/s2: 3 more papers to go..

Monday, January 17, 2011

tudung dan fesyen

dengan nama Allah yang maha pngasih dan maha penyayang..

Alhamdulillah,
bulan lepas saya diberi kesempatan untuk pulang ke Malaysia..
walaupun tidak sampai seminggu,
namun berjaya mencapai tujuan utama saya pulang..

Alhamdulillah..

dalam tempoh seminggu,
saya banyak meluangkan masa di luar rumah..
ke melaka,
ke HUKM,
ke Subang
dan lain-lain..

sambil berjalan,
saya melepaskan rindu melihat suasana di bandar malaysia..

Malaysia,
oh tanah airku..

kenapa tiba-tiba menulis post ini?
baru tadi saya, cik Abell dan cik Susi
berbual panjang tentang situasi masyarakat di Malaysia..

mungkin dah tak sabar ingin pulang
(sedangkan final exam baru akan bermula esok hari)

tajuk yang dibincangkan..
adalah trend baju remaja sekarang..
skop kami mengfokuskan kepada para remaja perempuan..
dan lebih fokus lagi kepada fesyen tudung terkini..

sekarang trend macam-macam..
tak tahu nak tulis macam mana,
sebab tak tahu istilah/nama tudung-tudung tu..

Alhamdulillah,
ramai rakyat Malaysia yang bertudung..

iya?
benar-benar bertudung?
wallahu'alam..


baguslah,
bertudung itu kan suatu perintah..
tapi janganlah sekadar berfesyen,
hingga hilang tujuan utama dan nikmat bertudung itu sndiri..

tidak salah untuk berfesyen,
namun salah jika fesyen tersebut tak kena tempat (tak mengikut syariat)..

bukankah islam mengajar agar kita bersungguh-sungguh
dalam melakukan setiap perkara?
maka bersungguh-sungguhlah
dalam menjaga diri (aurat) kita..

bukanlah bertudung ala kadar saja,
tapi benar-benar nak tutup aurat..

jika kita fikirkan,
apa tujuan sebenar tubuh wanita itu,
keseluruhannya dikatakan sebagai aurat?
(kecuali muka dan tapak tangan)

kerana wanita itu berharga (sudah pasti!)
kerana wanita adalah fitnah terbesar kaum lelaki?
agar wanita tidak sewenang-wenangnya dijamah oleh mata bernafsu si lelaki?
agar para wanita dapat mengekalkan harta mereka yang paling berharga,
iaitu sifat haya' (malu)..
kerana islam sangat menjaga ksucian wanita,
lalu hanya mereka yang halal bisa melihatnya?
kerana..
kerana..
kerana..

banyak lagi alasan yang boleh kita cari,
kenapa wanita harus menjaga tubuh badannya..

LALU..

jika kita tidak mengendahkan suruhan Dia yang Maha Tahu..
hilanglah harga kita,
kesucian kita,
keistimewaan kita,
kerana ia sudah kita gadaikan buat totonan umum..

dah tak special laaa~

erm..kalau kita perhatikan,
semua barang berharga kat dunia ni..
Allah tutup elok-elok..

EMAS..tersimpan rapi dalam bumi (tanah)
maka begitu susah mendapatkannya, harus digali dengan bersungguh,
dan harganya juga sangat mahal..

PERMATA..disimpan jauh di gua-gua,
harus melombong, memecahkan batu-batu,
demi mendapatkan cebisannya..

MUTIARA..dikunci elok di dalam mulut si tiram (tiram eh?..huhu)
dan hanya penyelam yang hebat boleh mengambilnya..

jadi tak hairanlah,
wanita yang amat berharga dan mahal,
harus dilindungi dan ditutup rapi..

agar yang benar-benar hebat sahaja
yang bakal mendapatkan kita..

oowh, so sweet~
haha..

ok2..exam OSCE (skills lab) esok..'-__-

sebagai penutup,
dalam sebuah hadis,

Daripada Abu Hurairah ra
beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka
yang tak pernah aku lihat
iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu
(bentuk cemeti itu seperti ekor lembu
yang berbulu-bulu dan berambut-rambut)
dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian
tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat),
dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok
dan sanggul rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya)
umpama bonggol unta.
Dan perempuan yang sebegini keadaanya
tidak akan mencium bau syurga.
Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,
Imam Malik dan selain mereka.
Hadith ini adalah hadith sahih.


kalau anda bertanya pada encik google,
terdapat beberapa pendapat
tentang 'bonggol unta' yang disebutkan dalam hadis di atas..

ada yang mengatakan bonggol tersebut
hanya merujuk kepada rambut yang tidak ditutup dengan kain,
tetapi diikat tinggi membentuk sanggul,

dan ada juga yang mengatakan
bahawa bonggol itu
termasuklah sanggul rambut yang diikat tinggi
walaupun ditutupi oleh tudung
(nampak bentuk)
*boleh refer di sini.

maka,
ada yang mengatakan tidak salah/haram bersanggul tinggi
dan ada juga yang mengatakan tidak boleh..

saya bukanlah pembahas hukum yang hebat,
namun cuma ingin berkongsi pendapat..
keputusan untuk mempercayai, mengikuti atau membangkang,
ada pada diri anda..
cuma pastikan kita mempunyai pegangan yang kuat..

apa yang akan anda fikir,
jika terlihat wanita bersanggul tinggi?
rambutnya panjang?
(sila jangan berfikir begitu kerana itu adalah auratnya, penat dia tutup pakai tudung!)

wallahu'alam~



p/s: final exam bermula esok, dan dan nak post blog '-___-

p/s2: mohon doakan saya dan rakan-rakan agar dipermudahkan~

p/s3: all th best to all yg menghadapi ujian!

Saturday, January 15, 2011

surat terbuka buat Dato' Seri

Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini.
InsyaALLAH, Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun, sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin, dalam ruang demokrasi, tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini, menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata). Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. ‘Singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya kini.

Tidaklah pula saya katakan, yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan, saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari, makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri, untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH, kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR


Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini, percaya bahawa, setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari, saya dan rakan-rakan, menerima berita dari segenap pelusuk negara, samada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI


Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri, turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga, kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka, menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana, seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda, dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan waktu Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar, bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar, yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda, hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para bijak pandai masa depan. Dengan Dato’ Seri melambakkan pada mereka, hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan, bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT


Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar beritah demikian, kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya, waktu melihat Dato’ Seri dan isteri, melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati, untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam), yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI


Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak, apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?


Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka, daripada wang yang mereka perolehi hasil judi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini, ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri, orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali, jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun, Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga, kaya raya.

Maka, tidak kiralah, jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau Rm 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya, adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun, sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu). Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah, meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah yuran persekolah masih dihutang. Bukan sedikit keringat yang dicurah, demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat, yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini, sekadar untuk meraih undi. Waktu berkuasa, kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami, bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi, untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati, dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami, ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri, tanpa rasa bersalah, menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu, memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana, kami rakyat, cuba untuk berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi, betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat.Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media dibawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara, adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri, pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi sebab untuk anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara, sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?


REFORMASI


Saya dan juga rakan-rakan, adalah remaja muda yang punya sikap. Punya pendirian. Kami berazam, untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad, seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya, untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.


Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti. Agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan mendapat tempat tertinggi di negara ini.


Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?


Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf, kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada gerak langkahnya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.


Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini, ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian, hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!


Sekian, terima kasih.



Yang benar,

Muhammad Muizzuddin Bin Zaini

p/s: source: harakahdaily

Wednesday, December 29, 2010

marah dan sabar

dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang..



syukur dan segala puji hanya bagiNya
dimana dengan izin dan rahmatnya,
diri ini masih berada dalam kenikmatan terbesar
iaitu iman dan islam..
insyaAllah~

tak tahu kenapa,
saya tertarik untuk menulis tentang sabar..

sabar bukan perkara mudah..
mungkin kesan bagi tidak bersabar lebih buruk,
namun ketika sesuatu menimpa kita,
lebih ramai yang memilih untuk marah berbanding bersabar..

bila kita diprovoke,
bukankah hati kita pasti membara,
sangat ingin membalas
apa yang dikatakan oleh si dia..

kita rasa dengan membalas kata-katanya,
kita akan menang..
dapat menunjukkan kehebatan kita dalam berkata-kata
dan menunjukkan siapa yang lebih mengetahui..




dengan berdiam diri,
kita merasakan pastikita ditertawakan orang lain,
merasa kalah dan lemah..

sedangkan keadaan tidak sentiasa begitu!

ada masa kita diperlukan untuk diam
dan itu akan menunjukkan kita lebih hebat dan kuat
kita mampu mengawal nafsu amarah
yang bukan semua manusia mampumelakukannya..

bila agama dipertaruhkan,
ya kita harus bersuara untuk menjernihkan keadaan,
tapi bukan dengan niat ingin menang..

begitu juga ketika berdepan dengan manusia
yang tidak ingin kalah dalam berdebat,
kita seharusnya mengambil langkah bijak
untuk tidak memperpanjang perdebatan itu,
dan mengawal diri untuk tidak marah!

walau sekecil mana hal itu,
jka kita tak mampu mengawal diri,
kita yang akan rugi pada akhirnya

dalam pemerhatian saya,
ramai yang benar-benar bagus dalam hal agama,
namun kurang sifat penyabarnya,
lalu itu akan mencacatkan peribadinya..

berkata tanpa berfikir membawa padah!

sungguh,
saya bukanlah seorang yang sangat penyabar,
dan masih lagi mencari cara terbaik dan belajar untuk menjadi penyabar..
namun saya sendiri tidak suka melihat orang yang tidak bersabar
cepat melompat dan meluahkan kata-lata tidak sepatutnya!

dicucuk sedikit,
melatahnya bukan main..

mungkin kerana sifat buruk ini terlalu common,
maka rasulullah pernah menasihati sahabat,
agar mengawal perasaan marah..

"jangan marah!"


diulang sebanyak tiga kali
sebagai peringatan bahawa pentingnya menjaga kemarahan
dan bahawa ianya tidak mudah!

lalu sama-samalah cuba mengawal kemarahan kita,
ingat syaitan di sebelah menunggu masa untuk mentertawakan kita..
jangan bagi ia peluang

'audzubillah mina asy-syaitan ar-rajim~

p/s: salah satu cara saya tak marah adalah dengan senyum ketika rasa tension, konfem takleh marah nnt..a tips for those yang really nkbuang sifat pemarah :)

p/s2: sabar itu hanya bagi mereka yang luar biasa..dan hanya mereka yang luar biasa ada dalam syurgaNya..yuk berusaha!

p/s3: cuti hampir habis, pelajaran masih belum ditelaah! aduhai duha..

p/s4: oh malaysia, selamat tinggal..sabtu bakal menjelang '-___-

p/s5: tahniah malaysia atas kejohanan kita! esp kepada goal keeper yg hebat :)

p/s6: tolong kurangkan addiction kepada FB ye bagi sesiapa yang merasakan dirinya addicted..dah dua tiga hari baca paper (utusan) asik ckp ttg bahaya FB~ memang ada betulnya..alam maya yang merosakkan generasi baru~ wallahu'alam

Saturday, December 18, 2010

perjalanan kita



"perumpamaan kita dalam perjalanan bahtera ini
bersama ombak yang mengepung di pelbagai penjuru
adalah seperti dakwah kita..
bahtera yang menembus pelbagai gelombang
seperti dakwah yang harus melalui pelbagai rintangan.
kadang bahtera kita teroleng ke kanan
dan kadang ke kiri dengan hebatnya..
hingga kita yang di dalamnya merasa khawatir dan gelisah..


lalu kita turunkan layar
dan menggantinya dengan pendayung..
untuk itu,
kesulitan dan perjuangan yangg harus dihadapi
bertambah banyak..
dan mungkin menyebabkan kita terlambat beberapa waktu
untuk sampai ke tujuan asal kita..

namun hal itu lebih baik daripada berhenti
dan tidak pernah sampai!

terkadang,
sebuah kapal besar berhenti total
kerana angin dan badai yangg menghadang..
saat itu,
awak-awak kapal keluar menuju ke pantai
sambil mengikat tali pada tubuhnya
dan hujung tali diikatkan pada kapal..
mereka bersama-sama menarik kapal itu sementara berjalan menyusuri pantai..

cara ini tentunya lebih sulit dan memeras tenaga
berbanding cara sebelumnya..
tetapi cara ini cara darurat untuk mencapai tujuan
walaupun menjadi lebih lambat dalam mencapai tujuan tersebut..
hanya dengan cara itulah
yang memungkinkan mereka mencapai tujuan..

untuk itu perlunya ada kearifan,
kesabaran
dan tidak menggunakan pelbagai alat yang tidak patut,
yang terkadang justru menggagalkan perjalanan

-Asy-syahid Hassan Al-Banna-

dinukilkan oleh Abas As-sisi
ketika bersama Asy-syahid di atas kapal layar,
dalam perjalanan pulang dari kota Rasyid..



p/s: diambil dari buku retorika haraki

p/s2: tadi ada junior meminta nasihat tentang strategi terbaik ketika belajar..erm..saya bukanlah orang yang layak memeberi nasihat ttg itu, kerana cara belajar saya memang tak patut diikuti..namun kerana ingin yang terbaik buatnya, saya cuba memberi saranan dan advice terbaik yang saya mampu..semangat sungguh menasihati beliau..tapi, bukankah salah jika kita mengatakan apa yang tidak kita lakukan? '-__- salahkah saya?

p/s3: ya Allah, janganlah Kau titipkan hati ini pada yang lain, kerana sesungguhnya Engkaulah sebaik2 penjaga!