Friday, November 25, 2011
assalamualaikum!
Saturday, November 12, 2011
failed!

Monday, November 7, 2011
Haid
menurut definisi,
haid adalah darah yang biasa terjadi pada perempuan
yang keluar dari pangkal rahim dalam keadaan sihat
dan diwaktu yang tertentu.
Paling cepat perempuan mengeluarkan darah haid pada usia 9 tahun.
Imam Syafi’i berkata
“Wanita yang paling cepat mengeluarkan darah haid
adalah wanita-wanita Tihamah (negeri Mekah).
Mereka mulai mengeluarkan darah haid pada usia 9 tahun.
Tetapi umumnya para wanita mulai mengeluarkan darah haid
pada saat usia 12 tahun 8 bulan
dan terkadang haid pertama terjadi
setelah 2 tahun dimulainya pertumbuhan payudara
dan keluarnya bulu disekitar kemaluannya,
pertumbuhan badannya cepat dan masih banyak tanda pubertas lainnya.
Ada 5 jenis darah yaitu:
1) Hitam, adalah darah yang lebih kuat dan sangat hamis.
2) Merah, adalah darah yang kuat dan tidak berbau.
3) Merah ke kuning-kuningan, adalah darah yang lemah.
4) Kuning, adalah darah yang lebih lemah.
5) Keruh, adalah warna yang paling lemah.
Paling sedikit perempuan haid adalah 1 hari beserta malamnya (24 jam)
dan paling lama 15 hari beserta malamnya.
Dan kebanyakan perempuan haid 6 atau 7 hari beserta malamnya.
Jika seseorang itu haid atau keluar darah kurang dari 24 jam
maka dinamakan mustahadhah atau istihadhah (darah penyakit).
Jika lebih dari 24 jam sampai 15 hari beserta malamnya,
maka itu dinamakan darah haid,
dan jika lebih dari 15 hari maka dinamakan mustahadoh (darah penyakit).
Jika keluar darah hitam pekat atau merah dan kuning
tapi tidak keruh dan diwaktu biasa dia haid,
maka darah itu dinamakan darah haid.
kadang-kadang haid keluar diwaktu yang tak boleh dipastikan,
maka kiralah dari awal keluarnya darah itu,
jika sampai 24 jam atau lebih (kurang dari 15 hari beserta malamnya),
maka darah itu dinamakan haid.
Jika setelah suci dia mengeluarkan darah lagi,
maka check balik, bilakah haid yang terakhir,
jika ada gap suci 15 hari dari haid yang terakhir
maka darah yang kedua dinamakan haid..
kalau kurang dari 15 hari (suci) maka darah itu penyakit.
Anjuran bagi wanita yang sedang haid
Better korang catat menggunakan calendar,
agar tahu mana waktu haid dan lain-lainnya
Suci (tuhri)
Suci bagi perempuan adalah masa tidak mengeluarkan darah haid atau nifas.
Paling sedikitnya perempuan suci antara 2 haid adalah 15 hari
dan kebanyakan perempuan suci 23 hari atau 24 hari
dan tidak ada batas suci bagi perempuan
(kerana ada perempuan yang tidak mengeluarkan darah haid).
Perempuan tidak mengeluarkan darah haid,
maka dia sehat
(bukan penyakit seperti yang diyakini kebanyakan orang)
Karena anak yang paling dicintai Rasulullah saw.
bernama Sayyidatina Fatimah Az-Zahra,
tidak pernah mengeluarkan darah haid,
maka beliau diberi julukan oleh Rasulullah saw.
dengan sebutan Al Batul
(yang tidak pernah putus dalam beribadah).
Mustahadhah atau istihadhah adalah darah penyakit
yang keluar dilain waktu haid,
Bagi wanita yang mustahadhah,
maka setiap solat 5 waktu
harus membersihkan kemaluannya kemudian
dibalut dan langsung solat
(tidak boleh menunggu lama)
dan diperbolehkan membaca Al Qur’an setelah solat
dan juga diperbolehkan berjima’.
Setelah dibersihkan dengan air.
Sesuatu yang keluar dari faraj perempuan
yang diwajibkan mandi setelah bersih adalah
air mani, darah haid, janin (walau segumpal darah) dan darah nifas
selain itu semua tidak diwajibkan mandi.
Seperti darah penyakit (mustahadoh), keputihan, mazi dan wadi.
a. Mazi adalah air yang keluar dipuncak syahwat
sebelum air mani dan warnya putih, bening tetapi tidak ada bau.
b. Wadi adalah air yang keluar ketika melakukan kerja berat,
berwarna putih keruh (biasanya kita panggil keputihan).
c. Semua yang keluar dari faraj perempuan hukumnya najis, seperti darah haid, nifas, mustahadhah, mazi dan wadi, dll. Adapun air mani hukumnya suci.
*******************************
p/s: ni ambil hukum mengikut mazhab imam syafi'e ye, memandangkan kebanyakkan malaysians yang berpegang pd mazhab syafi'e :)
persaudaraan
Sunday, October 30, 2011
amalan tergantung kemampuan
DUBAI 30 Okt. - Seorang kerabat diraja Arab Saudi menambah sebanyak AS$900,000 (RM2.7 juta) kepada ganjaran yang ditawarkan oleh seorang guru agama di negara ini bagi mana-mana penduduk Palestin yang menculik seorang askar Israel.
Putera Khaled Talal (gambar), abang kepada seorang hartawan Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal berkata, beliau mengambil keputusan untuk menambah kepada ganjaran yang ditawarkan Awad al-Qarni selepas guru agama itu menerima ancaman bunuh kerana menawarkan sebanyak AS$100,000 (RM300,000) bagi mana-mana penduduk Palestin yang menangkap seorang askar Israel.
''Awad menawarkan AS$100,000 untuk seorang askar Israel tetapi satu kumpulan Yahudi pula menawarkan AS$1 juta (RM3 juta) untuk membunuh Awad.
''Jadi saya memberitahu Awad, saya akan menambah sebanyak AS$900,000 kepada ganjaran yang ditawarkannya untuk menangkap seorang askar Israel supaya banduan Palestin lain boleh dibebaskan,'' kata Khaled dalam satu rakaman perbualan telefon yang disiarkan di laman web stesen televisyen Daleel.
Awad dalam akaun Facebooknya pada minggu ini berkata, beliau membuat tawaran itu sebagai maklum balas kepada tawaran sama yang dibuat oleh sebuah keluarga Israel kepada sesiapa yang berjaya menangkap mereka yang bertanggungjawab membunuh anggota keluarga Israel itu pada 1998, ekoran perjanjian pertukaran 1,000 tahanan Palestin dengan seorang askar Israel, baru-baru ini
source: utusan malaysia
**************************************
p/s: berapa yang sanggup kita korbankan? kalau akh Awad boleh bagi AS$100,000 dan putera Khaled mampu beri AS$900,000..tak semestinya kita harus bagi berjuta ringgit, berilah semampu kita..kalau dalam bank kita ada rm5 sahaja, menginfaqkan rm5 itu insyaAllah lebih besar pahalanya..walaupun kecil nilainya di sisi manusia..
p/s2: mungkin kita boleh try contact saudara Awwad untuk bantu menambah lagi tawaran yang dilakukan untuk menangkap askar israel tu, tak kiralah berapa yang boleh kita sumbangkan, pengorbanan tu kan mengikut kemampuan kita..andai kata setiap umat islam menginfaqkan RM1 sahaja, dah boleh tambah berapa juta buat tawaran tu kan? (ok skarang tiba2 rasa nak ada akaun FB supaya leh contact akh Awad '-__- )
p/s3: ya Allah, berikan kami jalan untu melakukan amal kebajikan, agar lebih dekat padaMu!
zahirkan!

Friday, October 28, 2011
tabung kasih ummah

Wednesday, October 19, 2011
Visi
Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah,
Yang Maha pengasih lagi Maha penyayang
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Saya masih diberi kenikmatan yang sangat besar,
Kehidupan, kesihatan dan yang utamanya,
Alhamdulillah saya masih bergelar seorang muslimah..
Terima kasih ya Allah
Janganlah Engkau pesongkan hati kami,
Setelah Kau berikan kami hidayahMu..
Lama sungguh rasanya tidak menaip sesuatu di blog ini..
(fuh3..tiup habuk dan bersihkan sawang2 yang bersiar-siar)
Sekarang, berada di tahun keempat fakultas kedokteran UNPAD,
Amat meletihkan..
Semua sahabat-sahabat termasuk diri saya
Sibuk kesana kemari
menjalankan skripsi (minor thesis)
Tapi ada juga yang kelihatan “lepak-lepak” je di jatinangor ni,
Tak perlu susah-susah berulang alik ke bandung
Kerana pekerjaan skripsi mereka cukup dilakukan di sini..
Bagi saya pula,
Setiap minggu paling kurang 2 kali harus ke kota bandung
Secara khususnya ke Rumah Sakit (hospital) mata cicendo..
Setiap selasa dan khamis, setelah kuliah selesai jam 12,
Saya bergegas solat zohor, makan dan mengejar bas untuk ke Cicendo..
Masa 45 minit di dalam bas digunakan sebaiknya (untuk tidur)
Hehe..penat ok!
Rasanya, sejak masuk tahun keempat,
Saya tidak mempunyai banyak masa untuk diri sendiri,
Tapi saya senang dengan keadaan ini..
Kalau tidak,
Mungkin akan timbul rasa bersalah
Kerana kurangnya masa yang saya gunakan
Untuk memikirkan hal-hal penting lainnya
termasuklah,
Berfikir tentang Masyarakat sekeliling saya (rakan dan junior)
Yelah, dah paling senior lah katakan di jatinangor ni..
Usrah, taklim, sharing dan program-program lain
Dijadikan kesempatan untuk melarikan diri sebentar dari kesibukan dunia..
Dan menenangkan fikiran..
(buat program tak jadi makin sibuk ke??..erm..sama2 kita cek niat kita ya..)
Minggu lepas,
Program yang diberi nama Islamic medical conference
selamat dijalankan
Di theatre A5 fakultas kedokteran..
Alhamdulillah speaker jemputan yang dipanggil
Adalah orang yang tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia,
Iaitu Prof Latif dan assoc. Prof Ikram..
Tidak lupa juga Dr Basuki iaitu dokter dari Indonesia sendiri
Merangkap pengasas Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI)..
Acara yang berjalan sangat menarik,
Membincangkan perihal seorang muslim
Yang bekerjaya sebagai doctor dan pertama-tamanya sebagai hamba Allah taala..
(terlalu banya isi menarik,
hingga tak tau macam mana nak dikongsikan)
Semakin menarik lagi,
Apabila Dr Basuki membuat kejutan di slot terakhir
Dengan membawa pelajarnya
(siapa tak happy jumpa orang Palestin kan..
sayang je dua2 lelaki, kalau ada yg perempuan lagi best!)

Mereka menceritakan pengalaman
dan kesusahan mereka
Untuk keluar daripada Palestin,
melewati sempadan Mesir,
Dan turut berkongsi sedikit harapan buat umat islam sedunia..
Alhamdulillah,
Allah memilih saya untuk berada di ruangan tersebut pada hari sabtu yang lalu,
Kerana terlalu banyak perkara
Yang sebenarnya “common” menurut saya
tetapi dikupas dan diterangkan dengan begitu baik
Sehingga berbekas di hati saya..
terima kasih sekali lagi ya Allah~
Di akhir slot 2,
Prof Latif ada meminta kami
Untuk menuliskan apakah vision kami,
Atau perkara dan cita-cita yang ingin dicapai sekitar 10-20 tahun yang akan datang..
Dia tidak mahu cita-cita sekadar ingin menjadi specialist apa,
Malah inginkan kami berfikiran lebih luas lagi..
Pada awalnya, saya terdiam sendiri..
Apa ya yang ingin saya tuliskan?
Walaupun kertas itu tak perlu dihantar kepada siapa2,
Hanya untuk menjadi simpanan sendiri,
Tapi saya kurang pasti apa yang saya mahukan..
Sebenarnya ada satu visi,
Yang tersimpan di dalam benak fikiran saya,
Namun hati kecil saya berkata
“ahhh…susah sgt tu..pikir yang lain je la..”
Lalu saya memadam niat untuk menulis visi/cita-cita itu..
Kertas saya masih kosong..
Tiba-tiba,
Prof menyambung talk beliau
(yang sebenarnya dah habis masa..hehe)
“ada suatu kisah..tentang seorang sahabat nabi,
Yang mempunyai cita-cita tinggi..
saya bertanya pada diri sendiri..
kalau visi saya itu sesuatu yang baik,
kenapa malu dan takut untuk dizahirkan?
jikalaupun gagal tercapai selagi saya masih hidup,
masih ada yang bisa meneruskan cita-cita saya itu..
saya akan menghidupkan visi itu
sehingga pengakhiran hayat saya!
Alhamdulillah,
akhirnya saya berjaya menuliskan visi saya,
dan insyaAllah
dengan kekuatan dariNya
saya akan berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikannya!
demi islam!
so, apakah visi kalian semua?
p/s: doakan minor thesis saya!
p/s2: exam is around the corner~
p/s3: jika itu yang terbaik buatku, permudahkanlah ya Allah! :)
p/s4: jangan sia-siakan kefahaman anda, gunakan untuk membantu mereka disekeliling..
Sunday, September 25, 2011
Nik Aziz: jangan takut hukum hudud
“Apa yang nak takut sangat (dengan hukum hudud)? Macam takut hantu... orang takut hudud macam takut hantu, tapi bila tanya apa itu hudud tidak tahu.
“Di Malaysia ada hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan jual dadah, merompak dan sebagainya tetapi orang tak kata apa pun... bagaimana dengan keluarga yang suaminya digantung sampai mati? Hudud tak mati, kenapa orang tak marah hukumam gantung sampai mati tapi marahkan saya pasal hudud?
Menurut mursyidul am PAS itu, hudud adalah undang-undang Allah dan sebagai parti pemerintah, PAS hanya menjalankan kewajipan sekadar menyenaraikannya dalam dalam senarai undang-undang Kelantan.
Jelasnya, yang akan melaksanakan hukum hudud adalah hakim yang dilantik dan bukan dirinya atau pemimpin PAS yang lain.
“Kalau dibandingkan dengan hukuman gantung yang lebih kejam daripada hudud, hudud tak mati, cuma kerat tangan itu pun perlu ikut syarat-syarat yang ditetapkan. Hukum hudud tak mati, malah mereka masih boleh bekerja macam orang biasa,” katanya dipetik TV Selangor ketika berucap pada majlis Jamuan Aidilfitri Bersama Tuan Guru di dataran parkir Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam di Kuala Lumpur malam semalam.
Mursyidul Am PAS itu sebelum ini tetap dengan pendiriannya akan menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam.
Sejak awal 1990-an, kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS berusaha untuk melaksanakan undang-undang itu tetapi tersekat berikutan amaran dan halangan kerajaan pusat, khususnya pada 1994.Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula secara peribadi berkata beliau menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi perkara itu belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.
Tambah Nik Aziz, hukuman hudud tidak semestinya dilaksanakan, namun mahu ia dimasukkan dalam undang-undang syariah Islam sedia ada.
“Dekat pilihan raya timbul balik, saya di Kelantan hanya nak masuk dalam undang-undang syariah Kelantan, lepas pada itu terserah kepada hakim (untuk laksanakan), bukan saya yang laksanakan.
“Bukan saya atau orang politik laksanakan, hakim yang tentukan,” katanya.
Pada ceramahnya itu, Nik Aziz juga berkata ajaran Islam bukan diwujudkan oleh PAS tetapi Allah dan semua mereka yang beragama Islam perlu mengikut perintah dan meninggalkan larangannya.
“Umno tolak Islam ambil kebangsaan, Islam bukan dari PAS... dari Allah, Islam adalah cara hidup dan semuanya perlu ikut cara Islam.
“Pangkah parti yang boleh selamatkan Islam, sekarang bukan Islam sahaja, demokrasi pun tak selamat... Islam datangnya dari Allah, bumi, langit dan kita, Allah yang punya,” katanya.
p/s: from malaysiakini.com