Friday, February 26, 2010

Futur

bismillah,

lama dah tak menaip artikel di blog ni..
artikel ni pun dah lama tersimpan dalam draft..
sejak bulan 2..
rasa bersalah setiap kali fikir..
"bila laa nak post artikel nih"

Alhamdulillah,
hari ni ada kesempatan untuk berbuat demikian..

erm..sebenarnya dah lama nak berkongsi
tentang penyakit-penyakit seorang muslim..
atau lebih spesifik seseorang yang membawa islam..

boleh refer pada buku 'Afatun 'Ala Ath-thariq'
yang ditulis oleh Dr Sayyid Muhammad Nuh..
kat mana boleh dapat?
rasanya ada je kat kedai-kedai buku..
sebab buku ni dihadiahkan oleh kak Aiman bulan 11 lepas,
so tak tahulah exactly dari mana dibeli
(thanks kak Aiman!)

ada 7 penyakit yang dibincangkan dalam buku ni,

1. FUTUR
2. ISRAF
3. ISTI'JAL
4. 'UZLAH
5. 'IJAB (binnafsi)
6. GHURUR
7.TAKABBUR

makanya,
nak bincangkan penyakit pertama dulu..
iaitu FUTUR

*********************************************************************************

futur bermaksud
1. Berhenti atau diam setelah bergerak.
2. Malas, menunda-nunda atau memperlambatkan pergerakan setelah bersemangat

atau secara istilah,
ia bermaksud penyakit ruh yang menimpa pengerak dakwah
seperti malas,
menunda-nunda
dan memperlambatkan aktiviti pergerakan
dan akhirnya berhenti dari kancah dakwah..

BAGAIMANA BOLEH TIMBULNYA FUTUR?

Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang diserang penyakit ini..

1. Sikap berlebihan dalam memahami dan mengaplikasikan islam.

kadang-kadang, kita terlalu bersemangat di awal perjalanan,
hingga akhirnya kita akan berasa penat dan letih dipertengahan jalan..
dan mungkin kita tak mampu untuk meneruskan perjalanan kita
hingga ke garisan penamat..

kita harus ingat,
perjalanan sebagai seorang dai'e
adalah sangat jauh dan panjang..
jadi, untuk menempuh perjalanan yang jauh ni,
harus ada perancangan teliti.
tak boleh main terjah je~

kalau kita masuk pertandingan lumba lari sekalipun,
(yang jarak jauh la, bukan yang lari pecut tu)
kita tidak boleh terus pecut dari awal hingga garisan penamat..
kalau tak maybe boleh cramp di tengah jalan
atau dah tak larat untuk meneruskan perlumbaan tu..kan?

dalam satu hadis,
Rasulullah SAW bersabda

"jauhilah olehmu sikap berlebihan dalam beragama kerana sesungguhnya yang mencelakakan umat terdahulu adalah sikap berlebihan dalam agama:
(HR Ahmad)

"Sesungguhnya agama islam itu mudah dan tidaklah orang yang berlebihan dalam beragama melainkan ia akan dikalahkan olehnya"
(HR Bukhari)

2. Berlebihan dalam melakukan hal-hal yang mubah (harus)

berkaitan dengan hal yang mubah,
buku ini membincangkan dengan lebih spesifik tentang "makan" ..

berlebihan dalam makan
akan menyebabkan kegemukan,
meningkat syahwat
merasa berat, malas dan lambat dalam melakukan aktiviti.

Allah berfirman dalam surah A'-A'raf, ayat ke 31,

"Wahai Bani Adam, pakailah pakaianmu yang indah setiap kali masuk masjid (untuk beribadah) dan makan minumlah tetapi jangan berlebihan kerana Allah tidak menyukai orang yang berlebihan".

Saidina Umar pernah berkata,

"jauhilah olehmu rasa kenyang oleh makan dan minum, kerana ia dapat membahayakan tubuh, menimbulkan penyakit, menjadi malas untuk solat dan bersikap sederhanalah dalam makan dan minum......."

Abu Sulaiman Ad-Darani mengatakan,
ada 5 bahaya daripada kenyang:
a) hilang manis bermunajat kepada Allah
b) susah menghafal ilmu
c) kurang perhatian terhadap sesama muslim
d) berat dalam beribadah
e) bergejolak syahwatnya

3. Menjauhi Jemah dan lebih suka menyendiri

ini juga dapat menyebabkan berlakunya penyakit futur.
kita harus sentiasa ingat,
jalan yang kita tempuhi sangat panjang,
oleh itu kita memerlukan sokongan dan bantuan rakan dan orang disekeliling kita..
makan,
hidup berjemaah akan menguatkan semangat kita
dan menyebabkan kita berwawasan dan bercita-cita tinggi.

Allah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 103:

"dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah dan janganlah berpecah belah"

4. Lalai mengingat kematian dan hari akhirat.

orang yang sentiasa mengingati hari pertemuannya dengan Allah taala,
pasti tidak akan pernah penat berkerja dan bergerak di bumi yang fana' ini..

kerana dia tidak akan pernah kecewa akan kehilangan nikmat dunia
dan terus bekerja mengejar nikmat akhirat yang lebih dicitakan..

5. Lalai dalam meneliti aktiviti harian.

sebagai seorang dai'e kita harus sentiasa
menjaga aktiviti harian kita..
mutabaah amal lah kiranya..

qiam?
solat sunat?
tilawah?
murajaah dan hafazan Al-Quran?
ziarah?
infaq?

dan lain-lain..
ini semua demi mejaga hubungan kita dengan Sang Pencipta..
kerana dariNyalah kita mendapat kekuatan dan bekalan untuk terus bergerak..

6. Memakan sesuatu yang haram atau syubhat

makanan akan menjadi darah daging kita,
jadi seharusnya kita amat menitik beratkan pemakanan..

seseorang yang bertaqwa (berhati-hati) akan meningglkan
sesuatu yang syubhat iaitu tidak pasti sama ada ia haram ataupun halal..
sesungguhnya Rasul pernah bersabda, bahawa perkara syubhat itu
lebih menjerumus kepada yang haram atau berdosa..

maka sebaiknya kita menjauhi perkara syubhat
walaupun ianya tidak konfem haram~

7. membatasi aktiviti keagamaan kepada suatu aspek sahaja

Contoh yang paling famous adalah menekankan aspek akidah sahaja
tanpa menghiraukan aspek fikah,akhlak dan lain-lain..

ataupun hanya membahaskan aspek fikah
sedangkan akhlak dan aqidah sebagai teras utama diabaikan..

islam itu luas,
maka tidak seharusnya kita menekankan satu bahagian sahaja
dan meninggalkan bahagian yang lain..
seharusnya umat islam memahami dan mempelajari islam
secara menyeluruh..

aktiviti bersosial juga termasuk dalam
bahagian-bahagian ajaran islam..
maka, pelajarilah dan dalamilah ilmu Allah yang sangat luas..

jangn mengecilkan minda hingga menganggap islam itu sempit
dan berkisar pada ibadah khusus sahaja..

8.melalaikan sunnatullah

sebagai hamba Allah,
kita sememangnya harus menyerahkan pergantungan semata-mata kepadaNya..

namun,
kita tidak dibenarkan untuk hanya duduk dan memohon
tanpa ada usaha yang dilakukan..

sunnatullah yang harus kita yakini dan imani adalah dunia ini mempunyai peraturannya..
jika lapar, maka makan..
ingin makan harus mencari duit untuk membelinya..
nak dapatkan duit harus berusaha dan bekerja..
tidak boleh hanya duduk dan solat serta berdoa sepanjang siang dan malam

itulah sunnatullah yang harus kita patuhi..

namun,
ketentuan waktu juga memainkan peranan..
mungkin sekarang bukan masa yang terbaik,
lalu Allah menangguhkannya hingga ke waktu lain
yang Dia tahu lebih sesuai berbanding sekarang..

Dia Maha mengetahui dan Maha penyayang~

erm..ada banyak lagi penyebab yang dibincangkan, mungkin just nak senaraikan sahaja beberapa lagi..

9. bersahabat dengan orang yang lemah kemahuan dan cita-cita
10. tidak mempunyai planning dalam membuat aktiviti
11.memandang remeh maksiat dan dosa kecil

ini adalah antara sebab-sebab berlakunya futur..
erm..untuk terapi yang disediakan dalam buku ini,
insyaAllah akan dibincangkan dalam post berikutnya.. :)

moga bermanfaat~



p/s: janganlah mendoktrinkan sesuatu, atau memaksa sesuatu keatas seseorang jika kamu sudah tahu dia tak suka akan perkara itu..

p/s2: ya Allah, bantulah kami..moga sesi ini semakin baik dan bertambah baik~

p/s3: kat sini ada terbaca satu fatwa yang dikeluarkan oleh ulama' di Malaysia..boleh refer ke e-fatwa/JAKIM/http://www.e-fatwa.gov.my/

Hukum Meminta Orang Bukan Islam Sama-sama Berdoa Mengikut Anutan Masing-masing Dalam Satu Majlis Yang Dihadiri Oleh Penganut Pelbagai Agama

Tarikh Keputusan

25 Jul, 2006

Oleh:

Muzakarah Kali Ke-74

Keputusan

Doa tergolong di dalam perkara ibadah kepada Allah SWT dan ia hendaklah dilakukan sebagai suatu acara yang tidak bertentangan dengan roh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah SWT kerana bagi orang Islam memohon dan mendoakan sesuatu hanya kepada Allah SWT sahaja.

Oleh itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam tidak harus meminta atau mengarahkan orang bukan Islam berdoa mengikut agama mereka masing-masing. Walaubagaimanapun, jika mereka berdoa atau memohon sesuatu mengikut ajaran mereka dengan kehendak mereka sendiri tanpa diarahkan, perbuatan tersebut tidak dilarang.

2 comments:

Anonymous said...

"...Maka tidaklah doa orang-orang kafir itu kecuali sia-sia belaka" Ar-ra'du 14

-Allah menerima doa org beriman dan doa orang kafir hanyalah sia-sia.

-Meminta org kafir untuk berdoa atau mendoakan kita adalah suatu perkara yang pelik buat umat islam, kerana kita telah ketahui bahawa doa orang kafir itu adalah sia-sia maka kenapa perlu meminta doa?

-dalam alquran ((sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir)) mengarahkan orang kafir berdoa juga tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang muslim, kerana jelas sekali orang kafir tidak disukai Allah dan berada dalam kesesatan.

-Adapun kalau dia mahu berdoa itu tidak boleh dihalang kerana masing2 bebas mengamalkan agama masing-masing.

Bahaya plurisme

-Dakyah untuk mengatakan agama semuanya membawa pada kebaikan, dan menyeru kepada kesatuan agama.

-Sebenarnya ini yang dibimbangi oleh kebanyakan ulama' malaysia, apabila pecampuran agama tanpa batasan seperti org kristian sama-sama berdoa atau sembahyang dengan org islam, umat islam mula merasakan agama-agama lain semuanya sama dan punyai hak yang sama dengan umat Islam dan sebagainya.

-Kerana itu juga penggunaan kalimah Allah , ka'abah dan beberapa yang lain diharamkan. Kerana mereka meneliti betapa lemahnya akidah umat islam pada saat ini dan betapa aggresif badan2 sesat seperti Islam Liberal, Plural dan sebagainya.

-Namun kemungkinan kita perlu longgar dan memberi ruang sekiranya perkara2 sebegini dilakukan atas tujuan dakwah bagi sesiapa yang meyakini mampu menarik golongan kafir yang berhati lembut untuk Islam.

-Wallahua'lam bi as-sawaab-

duha said...

ibnu yunus- thanks! :)

p/s: cepat betul comment..hehe..