Tuesday, October 5, 2010

Tuan dan hamba

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi MahaPenyayang..

jam pada waktu itu tepat menunjukkan pukul 4.45 petang..
kedai makan yang saya tempati tampak kosong,
cuma pekerja dan tukang masak
yang kelihatan di bahagian belakang kedai..

orang yang saya tunggu-tunggu masih belum tiba..

saya membelek-belek hp di tangan,
menyesal tidak membawa apa-apa bahan bacaan..

lalu terlintas untuk membuka software Al-Quran di dalam hp..

secara random,
Allah menggerakkan hati ini
untuk membuka surah Al-maidah..

"wahai orang-orang yang beriman, penuhilah janji-janji. Dihalalkan bagimu binatang ternak, kecuali yang akan dibacakan kepadamu. (yang demikian itu) dengan tidak menghalalkan berburu ketika kamu sedang berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum-hukum menurut kehendaknya"

**********************************************************

'aku redha Allah sebagai tuhanku,
islam sebagai agamaku,
dan Muhammad itu nabi dan pesuruhNya'

zikir masyhur
yang diajarkan oleh nabi Muhammad SAW
dan dikumpulkan di dalam himpunan doa-doa ma'thur (Al-ma'thurat)
oleh Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna..

sebagai seorang muslim,
tiada yang akan menyangkal bahawa Allah adalah tuhan sekalian alam..
Dialah yang mencipta kita dan makhluk-makhluk lainnya,
mentadbir serta menguruskan segala hal ehwal di dunia ini..

tiada yang dapat terlepas dari pengawasannya..

kita akui (sekurang-kurangnya melalui lisan secara sedar)
bahawa diri kita
dan seluruh yang berada di bumi ini adalah milikNya



namun,
kita sering lupa untuk mengiktiraf
dan menghormati hak Allah sebagai tuan
kepada diri kita dan segala ciptaanNya..

kita juga lupa siapa hamba,
dan apa tanggungjawabnya..


maka timbullah persoalan-persoalan seperti

"mengapa kita diwajibkan menutup aurat?"

"mengapa riba', judi dan arak diharamkan?"

"kenapa antara lelaki dan perempuan harus ada batasan?"

dan sebagainya..

sedangkan Allah adalah tuan kepada kita,
bumi ini dan segala isinya adalah kepunyaanNya,
lalu wajarkah kita mempersoalkan hukum-hukum yang ditetapkan olehNya?

benar semua yang ditetapkan Allah itu,
pasti ada hikmahnya,
termasuklah segala peraturan dan batas-batasan..

namun biasakanlah diri kita,
untuk mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan
kerana itu adalah arahan daripadaNya

lets prove that we love Him and islam!


p/s: kadangkala manusia amat sukar mematuhi undang-undang yang ditetapkan Allah, sedangkan undang-undang manusia yang lebih takut untuk dinodai..

p/s2: ya Allah, ampuni dosa-dosa kami, dan tunjukkanlah kami jalan yang lurus~

p/s3: Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan. it's not that easy to love without sincerity~

No comments: