satu perkongsian daripada email,
moga bermanfaat~Nak buat cari jalan, tak nak buat cari alasan.
Seribu satu alasan bisa diberi
jika kita memang tak berminat untuk melakukan sesuatu.
Sebaliknya seribu satu jalan bisa kita terobosi
jika kita nekad untuk melakukannya.
Ini bukan teori baru,
dan bukan pujangga lapuk.
Ini adalah realiti yang kita sama-sama tahu
dan sudah berada dalam diri kita,
namun kita sering ‘tidak sedar’ dengan apa yang kita sedang lakukan.
Untuk menentukan diri kita termasuk
dalam kalangan orang-orang yang mencari jalan atau mencari alasan,
kita lebih tahu.
Kita boleh menipu manusia lain,
tapi kita tahu hakikatnya.
Bahkan Allah lebih tahu tentang diri kita dan hati kita.
Kesungguhan Menemukan Jalan
Jalan yang kita lalui mungkin agak samar-samar dan tidak jelas ke  mana hala tujunya.
Kekadang tujuannya jelas tetapi lorongnya kabur.
Namun, kesungguhan kita dalam mencari jalan terbaik
untuk ditelusuri  bakal mengundang hidayah dan petunjuk daripada Allah.
Sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-’Ankabuut Ayat 69:
Selalunya bukan tidak ada jalan,
tetapi kita yang tidak mahu mencari jalan,
cepat berputus asa dan lebih memilih
untuk tidak meneruskan kesungguhan dan keazaman.
“Dah tak ada jalan dah”,
itu ungkapan buat orang-orang yang tidak yakin akan kehebatan Allah
dalam menyinari jalan-jalan yang bakal kita lalui.
Orang yang hidupnya  penuh alasan.
Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan kita telah menidakkan segala bentuk petunjuk daripada menerangi laluan, lantas yang berlaku adalah MEMANG TIADA JALAN LAGI bagi orang-orang ini. Mungkin kita termasuk dalam kalangan orang-orang ini.
“Pasti ada jalan terbaik”,
itu suara orang-orang optimis yang sentiasa meletakkan pergantungan  kepada Allah
dalam mencari jalan dan memecah kebuntuan.
Dan tidak  mustahil sesuatu yang luar biasa bisa dicapai oleh orang-orang sebegini.
Tatkala manusia ramai mengatakan tidak ada jalan,
dia akhirnya MENEMUI JALAN yang tidak disangka-sangka.
Tidak dapat tidak, hidup sentiasa  menuntut kita membuat keputusan.
Keputusan kita menentukan jalan mana  yang akan dilalui.
Jika kita memilih menjadi seorang Mukmin,
maka  jalan-Nya harus selari dengan tuntutan terhadap seorang Mukmin.
 Sekalipun kita buntu membuat pilihan terbaik,
jangan pernah berputus asa  untuk menonjolkan kesungguhan dan keazaman yang tinggi.
Itulah yang harus kita semua tadabbur daripada ayat Surah Al-’Ankabuut Ayat 69 di atas.
Boleh sahaja Rasulullah memberikan alasan
bahawa kemungkaran terlalu meluas dan tidak sesuai untuk sebarkan dakwah
tatkala baginda diutus menjadi rasul,
atau mungkin baginda bisa memberikan alasan
bahawa baginda seorang yang ummi, tidak pandai menulis dan membaca.
Tetapi bukan itu yang keluar daripada diri baginda,
bahkan jalan yang  dilalui oleh baginda jauh lebih hebat cabarannya
berbanding apa yang  sedang kita rasakan ‘susah’.
Ya, memang susah rasanya  nak berdakwah di tengah-tengah masyarakat Islam yang rosak,
apakah lebih  susah daripada berdakwah ketika tidak ada seorang pun Islam?
Memang  susah rasanya berdakwah tatkala kesempitan wang,
apakah lebih susah  daripada berdakwah tatkala dipulaukan seluruh masyarakat,
diseksa dan dihalau?
Kesungguhan Baginda begitu terserlah
sehingga tidak ada satu lorong  pun yang tidak dilalui untuk menyebarkan dakwah,
sehingga seluruh  badannya luka-luka dilempar batu di Thaif,
sehingga lebam-lebam kaki  baginda dalam beribadah.
Dan kita bagaimana?
Sudahkah kita buntu mencari  jalan
tatkala masih banyak lorong-lorong yang belum kita terobosi?
Adakah  kita hanya keletihan kerana tidur berdengkur sepanjang hari?
Sudahkah  kita mendapat luka begitu hebat kerana menjalankan tugas dakwah?
Persoalan-persoalan ini bisa menjelaskan status kita sebagai pencari jalan atau pencari alasan.
Jika kekayaan dijadikan alasan,
Nabi Sulaiman memiliki kekayaan yang  tiada tolok bandingnya.
Jika kesakitan menjadi alasan,
Nabi Ayyub teruji  dengan wabak yang sugguh hebat dan menyakitkan.
Jika kekuasaan menjadi  penghalang,
Nabi Sulaiman memiliki kerajaan yang meliputi binatang dan  jin.
Jika orang tak mahu mendengar,
Nabi Nuh berdakwah sehingga orang  menutup telinga dengan jari dan menutup muka dengan baju.
Nabi Ibrahim  berdakwah sehingga dilemparkan ke dalam api yang marak.
Nabi isa  berdakwah sehingga ingin disalib.
Hassan Al-Banna berdakwah sehinnga dibunuh.
Kita, tidak dapat berdakwah kerana terlalu aman?
Adakah lagi yang bisa kita jadikan alasan?
Kalau nak buat, carilah 1001 jalan.
Kalau taknak buat, silakan  carilah 1001 alasan.
Ingat, setiap apa yang kita buat akan dipersoalkan.
Wallahua’lam.
3 comments:
Salam, wah, bermanfaat InsyaALLAH. Semoga kita sama-sama dapat mencari jalan yang TERBAIK. Tapi ingat, ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita, jadi sentiasalah memberikan usaha yang terbaik dan berdoa untuk yang terbaik. InsyaALLAH :)
isyraf-waalaikumussalam..
usaha, doa n tawakkal~
usaha tu takleh hangat-hangat tahi ayam je,lepastu buat kerja macam melepaskan batok di tangga..
tengah2 jalan, minyak dah habes, tayar pulak pancit..maka
semangat pun hilang..
tak nak lah mcm tu kan..
moga kita snts semnagat n usaha bersungguh-sungguh hingga rahmat Allah n berkatNya snts ada utk orang-orang yg berusaha n takputus asa ni..amiin~
amin~
Post a Comment