Saturday, May 21, 2011

surat cinta

Bismillah~

Tadi saya membelek-belek koleksi surat yang pernah saya terima..

Surat cinta,

Surat amaran,

Surat tawaran,

Naishat-nasihat,

Kisah hidup dan pengalaman

Dan pelbagai ‘genre’ surat lagi..

Saya memilih salah satu surat untuk dibaca..

Pendek, tapi penuh makna..


Dear awak,

Surat ini ditulis sebagai peringatan supaya awak berhati-hati dan juga sebagai pemberitahuan, bahawa saya akan sentiasa ada untuk awak.

Saya nak beritahu, bahawa ada seseorang yang sangat dekat dengan awak, dia senstiasa perhatikan awak, dan pasti akan ambil kesempatan untuk mendekati awak pada masa-masa yang sesuai..Tapi niat dia jahat. Jadi awak perlu berjaga-jaga..kalau tak, Dia pasti tarik awak ke lembah kehinaan.

Awak mungkin tak percaya atau sering lupa akan kata-kata saya ini, sebab dalam banyak-banyak orang, memang tak ramai yang percaya sepenuhnya pada kata-kata saya..walaupun saya hanya inginkan kebaikan buat awak dan yang lain..Cuma ingatlah kalau awak perlukan apa-apa bantuan, ketahuilah..saya sentiasa ada untuk awak. Mintalah tolonga dari saya, pasti saya akan bantu. Kerana hanya saya yang memahami awak, dan sedar tak sedar saya amat dekat dengan awak.

Dan kerana sayalah yang menciptakan awak.


Cinta sejatimu (dan juga segala manusia di dunia),

Allah SWT




Ya, syaitan akan sentiasa mencari peluang untuk membisikkan kata-kata jahat pada ketika, lagi-lagi ketika kita sedang alpa dan leka..moga kita sentiasa berta’awudz dan berlindung dengan nama Allah, dari godaan syaitan yg terkutuk..

Olahan dari surah an-Nas, surah ke 114, ayat pertama hingga terakhir..

Wallahualam~

p/s: koleksi surat tu kita semua sebagai muslim ada, yakni Al-Quran..belek-beleklah selalu dan pasti akan sentiasa ada pengajaran dan mutiara buat kita..itulah surat yang datang dari Sang Penguasa!

p/s2: dalam surah an-Nas disebutkan juga, syaitan tu ada 2 jenis, dari golongan jin dan manusia..jadi, berhati2lah dengan dua golongan ini, dan yg penting juga janganlah kita tergolong dalam golongan syaitan manusia yang menghasut manusia lain kearah kejahatan..


p/s3: Allah pencinta yang paling sweet, dan tiada pencinta yang lebih baik dariNya..maka kenapa perlu bergantung dan mengejar cinta manusia? jom baiki diri, niat dan perlakuan kita!

p/s4: bantu saya ya ^__^

2 comments:

azliani ismail said...

assalmu3laikum..

nk kongsi kata2 drpd seorang sahabat:
"dicelah2 badai kesukaran, carilah kekuatan dengan ayat2 Cinta-NYA"

~moga cinta-NYA menjadi penguat bagi kita untuk hadapi ujian dunia!

duha said...

azliani- waalaikumussalam..

betul tu, carilah kekuatan dengan membaca AL-Quran..sebab waktu sedang buntu dan tak tau ap nak buat, iA akan ada caranya bila kita memohon pda Allah dan mencari jawapan dari kata-kataNya..

amiin~
jzkk :)