Friday, April 17, 2009

sayang sayang ummi~

tadi chatting ngan abang..
bebel punye bebel..
until sampai ke satu topik..
adoila..i can't stand this topic..
patu..tetibe rase rindu kat ummi n abah..
so teringat satu lagu..slalu nyanyi time kecik2 dulu..
saje nk post lagu ni..hehhe..
walaupun da ketinggalan zaman..



UMMIKU Sayang

Memancar sang suria
menyinar cahayanya
begitulah berseri
wajah ummi ku sayang

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Walaupun ummi letih
mengasuh kami ini
namun masih tersenyum
menyejukkan hati

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Bila pulang sekolah
ummi sambut kami
sembahyang sama ummi
alhamdulillah

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Ummi ku sayang kaulah serikandi
berkorban selalu untuk kami
ummi ku sayang kau ibu mithali
semoga ALLAH kan berkati

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Memancar sang suria
menyinar cahaya nya
begitulah berseri
wajah ummi ku sayang

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang


p/s : i know i've just posted an article tadi..but still..i can't stop myself from publishing this one

p/s2 : i'm not sure..homesick ke? tak laa rindu rumah sgt,tapi keep on feeling tak sedap hati..
and kept thinking a lot bout my family recently..

p/s3 : capek!

p/s4 : nak ngadu..kat siape?? ya Allah,u're the best listener..ever! :(

p/s5 : dulu abah penah ngadu..die kate "kenape lagu pasal ayah jarang ada..susah nak jumpe..
tapi lagu pasal ibu..banyak sgt! well,kite tau jawpan die kenape kan..hehhe..tapi btul
jugak..abah banyak main peranan dalam family..he deserves more than thousands of
songs..patu, bile 1st time die denga lagu "sentuhanmu" oleh inteam..suka bangat die deh..
hehhe..mmg bes pun lagu tuh..

p/s6 : ummi n abah, i love you :) [eventhough you guys tak bace blog ni..nk cakap jgak :p]

p/s7 : mak tok ade kat bandung! yeay~ esok bole jln2

Thursday, April 16, 2009

dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali


hari selasa lepas,
kami diinform tentang kematian datuk kepada sahabat kami iaitu Syazana FK08..
Alhamdulillah,Syazana berada di Malaysia pada ketika itu..

pagi tadi..
dalam kelas lab..
kami diberitahu pula dengan berita yang amat mengejutkan..
pulangnya ibu kepada sahabat kami, Wan TWP08 kepangkuan penciptanya..

innalillahi wainna ilaihi raaji'un..

minggu ini,banyak perkara sedih berlaku..
tapi..sebagai umat islam..
kita perlu yakin bahawa ini adalah ujian tuhan pada kita kerana Dia menyayangi mereka yang diuji itu..

setiap manusia akan merasa saat kematian..
'kullu nafsin za'iqatul maut'
tapi caranya berbeza-beza..
nabi Muhammad SAW telah mengajar kita agar berdoa dan memohon kepada Allah SWT..
agar dikurniakan husnul khotimah..
iaitu cara kematian yang baik..
dan moga kita dijauhi su'ul khotimah iaitu cara kematian yang buruk..

kepada dua orang sahabat saya yang saya kasihi lillahi ta'ala..
bersabarlah dan tabahlah..
sesungguhnya anda orang yang dipilih oleh Allah ta'ala untuk menerima ujian yang besar ini..

yakinlah,Allah tidak akan memberi ujian pada hambaNya melainkan Dia tahu..
hambaNya itu mampu melalui ujian tersebut..
berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul..
namun,kami semua sentiasa berada di sini buat anda berdua :)

sama-sama kita doakan mereka dicucuri rahmat
dan ditempatkan di maqam yang tinggi..
bersama para solehin..
insyaAllah..
dan bagi kita semua yang bakal menysul..
tingkatkan amal dan ibadah..
sesungguhnya ajal tidak mengenal usia,tempat dan waktu..
jangan sampai kita menyesal saat malaikat maut sudah berada di depan mata..

"ya Allah,tenangkan hati sahabatku..amiin~"



p/s:malam ni ada bacaan yaasin dan tahlil di masjid ibnu sina..jemput datang..

Konvensyen "Berakhirnya Agenda Zionis"



Palestin Berhad adalah sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan. Ia ditubuhkan untuk membangunkan kefahaman masyarakat Malaysia mengenai isu-isu Palestin. Di dalam memikul tanggungjawab yang besar dan mulia ini, semua peringkat di dalam masyarakat diajak untuk bersama-sama menyokong usaha bagi membebaskan bumi Anbiya' yang bersejarah daripada cengkaman Zionis. Ia memerlukan kerjasama yang erat di dalam menangani isu ini.
Tidak dinafikan lagi bahawa dunia kini menyaksikan kerakusan Zionis dalam usaha mencapai cita-cita besar mereka. Zionis mempunyai agenda utama tersendiri yang tidak dapat disembunyikan lagi, iaitu agenda menubuhkan sebuah negara yang dinamakan "Israel Raya".


Apa yang disaksikan kini, agenda mendirikan sebuah negara yang besar itu tidak mungkin akan tercapai dalam keadaan mereka ditentang dengan penentangan yang amat kuat, sehingga mereka terpaksa berundur sedikit demi sekdikit pada ketika dan saat ini.


Justeru itu Aman Palestin dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan satu seminar yang bertajuk "Berakhirnya Agenda Zionis" bagi memberikan penjelasan kepada masyarakat khususnya golongan belia supaya melihat semula kegagalan Zionis di dalam mendirikan sebuah negara yang agong itu.



TAJUK SEMINAR
"Berakhirnya Agenda Zionis"


OBJEKTIF
· Memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat khususnya golongan belia terhadap agenda Zionis yang paling utama untuk menguasai dunia sudah berakhir.

· Membangkitkan kesedaran tentang bahaya projek Zionis untuk menguasai dunia dan sejauh manakah kesan kewujudan mereka kepada dunia sejagat.

· Membuat pendedahan kepada masyarakat terhadap propaganda Zionis di dalam mendirikan Israel Raya.

· Memberikan persepsi yang sebenar kepada masyarakat terhadap status terikini agenda Zionis.

· Memberikan kesedaran tentang langkah-langkah yang boleh dimainkan oleh masyarakat bagi menghadapi agenda Zionis.


TARIKH
9 Mei 2009 [Sabtu]


TEMPAT
Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur


MASA
8 pagi - 5 Petang

SASARAN
3000 kerusi


YURAN
RM 10.00
[Boleh dibayar di hari konvensyen]



Untuk pengesahan kehadiran sila taipkan ~ hantar SMS kepada : 0196077372


p/s : Website rasmi bagi konvensyen ini akan diberitahu kemudian.
p/s2: waaaaaaaaaaaa~ nak pegi!!!!!!!!!!!
p/s3: thanks kak yana bagi murtabak pinky :D

Tuesday, April 14, 2009

sehat dan berseh


health and hygiene campaign!
sama-sama raikannya~



more info: contact mana2 hali IMAN :)

kebersihan itu sebahagian daripada iman (dan IMAN..insyaAllah..hehhe)

Monday, April 13, 2009

lovestruck!


Siapa yang tidak pernah dengar tentang filem atau movie korea?

bagi mereka yang tidak pernah melihatnya sekalipun,
saya yakin bahawa anda PASTI pernah mendengar tentangnya..
baik dari kaca televisyen,internet, atau dari mulut sahabat2 yang sedang 'angau'
akibat penangan movie/filem tersebut..

saya ingin mengutarakan satu pendapat..
terutamanya bagi kaum wanita..

setuju tak kalau saya katakan..
filem korea merupakan satu filem yang amat MELALAIKAN dan mampu mematikan dan merosakkan hati..


winter sonata


autumn in my heart


my little bride


Sassy girl Chun Hyang


my girl


tolak ketepi adegan-adegan yang tak sepatutnya kita lihat dalam cerita tersebut..
andai kata cerita itu 'bersih' sekalipun..
ia tetap mampu merosakkan hati kita..

kenapa?

sebabnya..

apakah TEMA utama dalam cerita-cerita korea?

pasti semua setuju bahawa most korean film is based on LOVE THEME..
kalau tak semua pun,
rasanya lebih dari 90%

mari kita simpulkan secara general tentang cerita-cerita korea yang top di pasaran :)
kebanyakkan plot cerita korea pasti begini..

hero lelakinya yang macho dan handsome (selalunya kaya)
dan perempuannya yang cantik (selalunya sangat baik hingga senang dipermainkan oleh watak jahat, ataupun selalunya sakit parah hingga menyababkan kita menangis tak henti2 bila si hero sedih mengenangkan nasib 'awek'nya yang bakal pergi tak kembali)

tak cukup denagn itu,
untuk menyedapkan cerita dan membuatkan penonton suspend..
cinta mereka pasti akan ada pelbagai halangan..
dari halangan parents,
kepada bekas pacar masing-masing..
atau status keluarga
dan juga macam biasa..penyakit~

tapi,
antara banyak-banyak adegan yang pasti membekas dalam hati..
adalah adegan cinta..

"amat menyentuh perasaan.." komen minah
"sangat sweet~" jerit si tipah
"romatik gil*!!" kata si jenab sambil air mata mengalir di pipi..
dan macam-macam lagi..

cara pertemuan si lelaki dan perempuan yang tak disangka-sangka dan kononya ditakdirkan..
sangat istimewa
hingga kita turut berharap akan berjumpa dengan seseorang melalui cara yang sama..

si lelaki yang amat mengambil berat akan aweknya sehingga sanggup melakukan apa sahaja
menyebabkan kita turut berangan mempunyai pasangan sebegitu..

kita sering menganggap..
inilah pasangan sejati yang patut dicontohi kisah cintanya!

saya tak nafikan..saya sendiri dah menonton pelbagai cerita korea..
dan pernah menjadi peminat setia cerita korea~

saya juga pernah berangan
untuk mempunyai pasangan yang sangat baik+romantik+caring dan sebagainya..
tapi,
apa natijahnya?
adakah tujuan hidup saya hanyalah semata-mata bercinta dengan seorang lelaki
yang baik budi pekertinya?
yang turut mencurahkan segala kasih sayangnya pada saya?
yang sanggup bekorban apa sahaja demi saya?

pasti itu merupakan antara ciri-ciri yang dicari oleh para wanita..
namun hidup kita mempunyai misi yang lebih besar dari itu..
bukan sekadar cinta..
untuk memenuhi nafsu

bercinta dan berkahwin itu merupakan permulaan kepada
sebuah perjalanan yang baru..
untuk LEBIH membantu kita lagi dalam dakwah dan perkembangan islam..
jangan hanya berharap alam perkahwinan nanti seromantis filem-filem korea..
tidak seindah kisah cinta mereka..
tapi sepatutnya penuh dengan suasana islamik
yang sebenarnya akan membawa kepada nukilan hidup yang lebih sempurna
berbanding kisah-kisah korea tadi..

perkahwinan dan percintaan bukanlah stesen terakhir
dimana kita merasa hidup akan menjadi sempurna
setelah menjumpai seseorang untuk dicintai dan mencintai..
tetapi sebenarnya hidup kita masih perlu diisi dengan pelbagai tanggungjawab..

dunia bukan tempat untuk kita bersenang lenang,
tetapi tempat untuk kita bekerja keras mencari keredhaan Ilahi..
dan mengharap dengan rahmatNya,
kita akan dikurniakan syurga..
yang menjanjikan kebahagiaan selamanya..

so,kurangkanlah cite korea ye..
atau mane2 love story yang boleh merosakkan hati kita..
Alhamdulillah kita masih diberi kesedaran untuk menjaga hati kita :)



p/s: artikel ni sebenarnya tak berapa prepared,maaf kalau ayat kelangkabut..n salah seorang
targeted reader adalah Anhar..adek saya yang amat meminati filem korea dan band2 korea
yang amat jambu dan takleh diterima oleh saya (haha..Anhar jangan marah~)

p/s 2 :semalam majlis perpisahan dengan senior..sedih!!
ini bukan sedih bak melihat filem korea,tapi sedih kerana kehilangan sumber nasihat yang
amat berguna '-_- moga Allah tautkan hati kita..n keep in touch! huwaaaaaa~

Wednesday, April 8, 2009

If God doesn't want us to show our hair, then He will create us hairless!

mungkin ramai yang dah baca artikel nu..but just a reminder for us insyaAllah..

BERJIWA DAI'E,BEROTAK FAQIH

Oleh HASRIZAL ABDUL
JAMIL



Semasa hayat Hasan al-Banna,beliau
pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadan.Ahli
Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih,sama ada patut
buat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul
bahasa-bahasa yang keras.Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau
ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam
hal ini?

Kata Hasan al-Banna, "Apakah hukum solat tarawih
dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?"
Kata mereka , solat tarawih itu sunat,
manakala menjaga kesatuan umat Islam adalah wajib.

Lantas Hasan al-Banna menjawab,
"Apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat Islam yang wajib itu hanya kerana
solat tarawih yang sunat? Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi
yang mahukan dua puluh, bebas juga berbuat demikian".


Inilah yang saya maksudkan sebagai
Jiwa Dai'e Otak Fiqh.
Bagi kita yang berperanan sebagai Dai'e,
perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita
adalah untuk mengumpulkan manusia seramai mungkin di
bawah panji Islam.
Untuk itu kita perlu mengamalkan suatu akhlak yang diajar
Nabi s.a.w untuk para Dai'e.
Akhlak itu terpampang di dalam pelbagai peristiwa
di zaman Nabi s.a.w dan hari ini, ia boleh disebut sebagai akhlak
"Seek to Understand, Then to be Understood".


Kita perlu belajar untuk memahami mad'u yang diseru
dan bukannya siang malam pagi petang berleter marahkan orang ramai
yang tidak faham-faham akan mesej Islam yang kita cuba bawa.
Dalam isu Hasan al-Banna di atas,
jiwanya sebagai seorang Dai'e tidak melihat perbalahan
sebagai afdhaliyyah Solat Terawih sebagai soal hokum atau masalah nas.
Masalah yang berlaku di masjid berkenaan adalah masalah sikap dan cara berfikir.
Ini bukannya masalah yang boleh diselesaikan
dengan melambakkan sebanyak mungkin nas Al Quran dan Hadith
kerana dengan cara berfikir yang salah, tiada siapa
yang mampu menghargai nas Al Quran dan Hadith.


Inilah yang banyak berlaku di dalam
masyarakat kita dan saya tidak menyalahkan orang ramai seandainya mereka
`bosan' dengan pendekatan para ustaz yang asyik menyelesaikan masalah dengan
pendekatan "hukumnya ialah…"


Seorang dai'e yang berjiwa dai'e akan
belajar untuk memahami mad'u yang diseru, sebelum dia boleh meletakkan harapan
agar mad'unya memahami da'wah yang dia bawa.Mari kita semua bertafakur di KLCC
Suria atau One Utama Shopping Complex selama 30 minit dan ukurlah berapa jarak
manusia di situ dengan mimbar-mimbar msjid dan `usrah' kita. Pernahkah kita
menilai sudah berapa jauhkah kita mengubah pendekatan da'wah kita untuk
mengejar perubahan masyarakat?


Saya selalu terkenang dialog dengan
seorang anak gadis kita yang telah 10 tahun membesar di England.
Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah 20 tahun, beliau dibesarkan di Boarding
School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. Dia mengajukan soalan
kepada saya, "do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don't
believe in wearing scarf. If God doesn't want us to show our hair, then He will
create us hairless!"



Soalannya amat provokatif.
Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat,
kenapa tak boleh bela anjing di rumah
dan sebagainya.


Seandainya saya mengambil pendekatan jiwa Fiqh otak Dai'e,
mungkin saya akan menjelaskan hukum perempuan memakai tudung,
tujuannya menurut Al Quran,
ayat-ayat dari Surah al-Ahzab dan an-Noor dan 1001
penjelasan yang disambut dengan menguap gadis tadi
bersama abangnya yang senasib.
Akhirnya saya akan kagum dengan diri sendiri terhadap betapa banyaknya
dalil yang berjaya saya ingat dan bentangkan dengan fasih!


Tetapi saya cuba membawa gadis tersebut ke persoalan pokok.
Saya sebutkan kepada gadis tadi,
"semua soalan anda tadi adalah persoalan kelapan dan kesembilan kita.
Ada persoalan awal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu".


"Oh begitu.
Baik,apa persoalan utama awak?",
tanya gadis tadi.


"Menyelesaikan
persoalan TUJUAN HIDUP!",jawab saya.


"Penting
sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?", tanyanya lagi.


"Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak,
tetapi di padang bola tiada tiang gol!
Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya.
Apa rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti itu?",
saya menguji.


"Silly game..mengarut! ", ujarnya sambil tersengih.


"Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu,
tetapi sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia
yang hidupnya tiada tiang gol dan tiada lubang golf.
Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar,
bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti?
Saya yakin saudari boleh setuju
bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti,
pasti mengundang kegagalan.
Betul tak?",
saya meneruskan perbualan.


"I can agree on that, jadi soalannya sekarang ialah, apa tujuan hidup awak?",
beliau bertanya lagi.


"Hmm,awak
rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Apa yang awak nak capai
dalam hidup awak?",
saya pula memberikan soalan bertubi-tubi saya.


"Saya nak berjaya dalam kerjaya dengan pendapatan millions per year",
katanya dengan yakin.


"Bagi kita yang belum dapat pendapatan begitu,
mungkin kita sangka itu tujuan hidup kita.
Tapi, bagi yang dah dapat, macam jutawan-jutawan dunia yang kita kenal,
ketika mereka sampai ke puncak yang didaki,
rupa-rupanya jiwa mereka masih kosong
dan mereka masih terus bertanya,
apakah untuk ini aku hidup? Akhirnya ramai di
kalangan mereka yang bunuh diri atau sekurang-kurangnya gagal dalam rumah tangga.
Awak rasa itu kejayaan ke?",
saya bertanya kepadanya lagi.


"Hmm...",
sepi tanpa jawapan…


"Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan
sebab TUJUAN HIDUP kita telah ada
sebelum kita lahir.


Jika kita tanya lampu ni kenapa dia diciptakan,
andai dia boleh menjawab, mungkin dia tak tahu kenapa dia berada di sini.
Logiknya kita kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi.
Dan kalau kita tanya ke kilang,
mereka akan memberikan koleksi soalan dan jawapan
di dalam sebuah KITAB bernama Instructin Manual.

Begitulah juga dengan manusia.
Jika mahu kepada jawapan,
kenalah tanya kepada Tuhan yang menciptakan manusia iaitu Allah.
Dan Allah telah memberikan kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction
Manual-Nya yang bernama…"


"Al Quran!What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?"
gadis tersebut mengacukan soalannya.


"Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri
kepadaKu.
Adz Zariyat 56",jawabku.


Lantas saya mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada beliau konsep ibadah
dalam Islam.
Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang lain,
apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria Islam,
maka ia jadi ibadah.


Dan akhirnya saya membuat kesimpulan berikut:


"Andainya saudari boleh menerima hakikat yang kita perlukan Tuhan dalam hidup ini,
maka barulah saya boleh menjawab soalan kenapa kita kena sembahyang.
Kita perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup ini.
Dan jika saudari boleh setuju dengan kewajipan sembahyang,
maka barulah saya boleh terangkan kenapa saudari
kena pakai tudung.


Jika kita mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian,
apatah lagi nakmenghadap Allah di dalam sembahyang dan di luar sembahyang,
tentunya kita kenabertudung kerana itu kehendak Dia.
Dan jika awak setuju sampai ke situ,
saya boleh jelaskan kenapa Islam tak benarkan kita bela anjing.
Islam Cuma mengajar,
andai dijilat anjing, samaklah dengan air dan tanah.
Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing dan memukulnya.
Itu semua soal adat sahaja!"


Alhamdulillah dalam tempoh sejam pertemuan saya dengannya,
itulah hasil perbincangan kami.
Walaupun kesannya saya tidak pasti tetapi sekurang-kurangnya saya sudah mencuba
untuk menghadapi mad'u saya dengan Jiwa Dai'e Otak Faqih dan tidak sebaliknya.

Gadis itu ada latar belakang keluarga yang berbeza.
Dia bukan seperti saya dan kehidupan saya.
Kerana itulah saya mesti terlebih dahulu cuba belajar
untuk memahami keadaan dia sebelum memutuskan apakah pendekatan da'wah yang
patut saya ambil.
Andai saya hamburkan kemarahan atas provokasi gadis tadi,
tentulah perbualan kami terhenti di situ dan saya sekadar menggelengkan kepala
sambil tersenyum secara sacarstic,
"inilah perangai bebudak sekarang!"

*************************************************************************************

inilah antara contoh2 sifat da'ie yang ingin kita bina dalam diri kita..bukan lebih kepada menghukum,tapi cari jawapan yang sesuai dengan mad'u kita..insyaAllah~

Tuesday, April 7, 2009

MAHA aka Malam Huurul 'Ain


NANTIKAN MAHA!

Malam Huurul 'Ain
(malam bidadari)

anjuran muslimah angkatan08





takut ketinggalan? jangan risau~
promosi penuh akan dibuat lecture hall ke lecture hall insyaAllah :)
segala maklumat tambahan akan diberitahu nanti..

p/s: yuk! dinner bareng..dengan ditemani acara2 menarik.. :)
tak join rugi..ni julung2 kali diadakan malam sebegini~

sebarang pertanyaan boleh dorectly ask atau tanya pada nama yang tertera pada poster~


"seindah hiasan adalah wanita solehah"

Monday, April 6, 2009

How Men Objectify 'exposed' Women‏



Brain

Memory tests performed on the men showed that most of them best remembered photographs of headless women in bikinis despite viewing each image for only a fraction of a second.

Anecdotally, Muslim women often speak of feeling "protected," "safe," and "respected" when they wear the hijab (religiously mandated modest dress that covers the shape of the body and includes the headscarf or veil). Now there may also be evidence to show that their feelings are rooted in scientific fact.

When psychologist Susan Fiske and a team of researchers at Princeton University performed MRI brain scans on heterosexual men who viewed a series of images showing both scantily clad and fully clothed men and women, they found that the men had an unmistakable response to women wearing less clothing.

The less they wore, the more likely it was for the premotor cortex and the posterior middle temporal gyrus to light up. These are the areas of the brain associated with tool use, hand manipulation, and the urge to take action. (Cikara, Dell'Amore)

"It was as if they immediately thought about how they might act on these bodies," Fiske explained during the annual meeting of the American Association for the Advancement of Science which was held in Chicago, February 12-16. "They are reacting to these photographs as people react to objects," she said. (Nicholson)

Memory tests performed on the men showed that most of them best remembered photographs of headless women in bikinis despite viewing each image for only a fraction of a second. (Landau)

Fiske and her team further examined the men for hostile sexist attitudes. They found that those rated as more hostile had little activity in areas of the brain that are associated with considering another person's thoughts and feelings (a phenomenon called mentalizing) when looking at sexualized photos of women in bikinis. "They are not thinking about their minds," said Fiske. (Cikara, Dell'Amore, Landau)

Sexualized Women Viewed as Less Human

According to a lay summary of Fiske's study provided to IslamOnline.net, when a man's mentalizing network shuts down, this means he views sexualized women as "less human." (Cikara)

This type of dehumanization is something Fiske says has rarely been observed in the laboratory setting—only "once before," according to a recent National Geographic article, which cited a study in which people were shown "off-putting photographs of homeless people and drug addicts." (Dell'Amore)

In the case of scantily clad women, however, men do not demonstrate the same feelings of avoidance as they do with populations like the homeless, which are often shunned by society. Instead, they wish to act on them as one would "push," "handle," or "grab" an object—first-person action verbs that men associated with the images of women in swimsuits. (Dell'Amore, Landau)

Mina Cikara, a Princeton University graduate student who was involved in conducting the study, added that men do not view their wives or sisters in the same manner they view sexualized images of women. In addition, men associated the images of women who were more fully clothed with third-person verbs, such as "she pushes," "she handles," and "she grabs," which, according to Fiske, implies that men view fully-clothed women as having more command over their own actions and not as objects to be manipulated. (Eshleman, Landau)

More Clothing, More Respect

"One of the main objectives of hijab is to safeguard women from the gazes of people of weak morals."
According to Fiske, the results of the study have important implications for women, especially in the workplace as it has previously been shown that viewing sexualized images of women can affect how men perceive women and interact with them afterwards. (Landau, Sample)

A sexism study conducted by Lawrence University professor, Peter Glick, also found that professional women who wear provocative attire in the workplace are perceived by their co-workers as being less competent and less intelligent, especially when they are in positions of power. According to DiversityJobs.com, Glick's study suggests that "women in higher level and high power jobs may need to dress more modestly and conservatively to win the respect of their colleagues." (DiversityJobs.com)

Several studies further demonstrate the link between viewing pornography and committing violence against women, including rape and sexual assault. In the wars of Bosnia and Iraq, soldiers who committed atrocious crimes and dehumanized the other side were often found to be regular consumers of pornography, even viewing pornography on purpose to "psyche themselves up" for the work of killing. (Chew, Rejali)

Fiske compared the results of her study to studies showing that viewing television can desensitize one to the effects of violence. "You have to be aware of the effect of these images on people," Fiske told The Daily Princetonian. "They’re not neutral. They do have an effect on how people think about other women." (Eshleman, Alleyne)

Dignity and Confidence

Despite mounting evidence showing the benefits of modest and conservative dress, media portrayals of the hijab frequently depict Muslim women as victims of oppression, mind-control, and abuse.

Karen Danielson, however, maintains that wearing the hijab gives her both dignity and confidence. Danielson, an American living in Jordan, first wore the hijab more than two decades ago, shortly after embracing Islam in 1983.

"When I walk in public, I cannot be looked at or judged based on my sensuality or lack of either, or how I attract or not attract men," she explained to IslamOnline.net. "I define myself based on my upright behavior and intelligence—what my dress upholds—and I am humbled in my modest dress."

"I feel that I can be myself, a unique individual with her own voice to speak," added Sumayah Finnigan. "I am not conforming to the majority in what they say and wear and thus I am me - which is thoroughly liberating."

Balqees Mohammed, an American who embraced Islam in 1979, holds similar views and told IslamOnline.net that the hijab "promotes modesty...for the woman as well as all those around her."

Mohammed, who lives in Saudi Arabia and covers her face in addition to the rest of her body, says that her way of dressing "causes others, particularly men, to not be so free to engage in unnecessary discussion."

Hijab and Safety

"The message that the woman gives when she wears Islamic dress is as follows: 'Respect me for who I am. I am not a sex object.'"
"I definitely feel safer wearing hijab and dressing modestly in general," Cari Abudeyeh, another American living in Jordan and a practicing Muslim of twelve years told IslamOnline.net.

"I feel it is my barrier against men staring or disrespecting me and my boundaries. It is a barrier to prevent or change that first instinctive look men give you to check you out and see what you are 'about,' a barrier to prevent sexual feelings you didn't intend them to feel or ideas in their heads that are created by dressing provocatively."

She went on to say that "It's a protection against men approaching you in an inappropriate manner, helping to influence their decision in the way they stand by you, talk to you, look at you, or even prevent them from touching you."

Finnigan, who is from London, contrasts wearing the hijab, which she describes as "an act of obedience to the Creator" that "makes women safer in both the literal sense and the spiritual sense," with the feelings of vulnerability she used to experience before accepting Islam and the hijab in 1999.

"There were times where I wish I was covered up more so that I could just get home without worrying about who might be following me," said Finnigan. "Every night I would venture out and return home always looking over my shoulder, afraid I would be attacked or raped."

"There will always be those who will or may attack women regardless of their manners or style of dress," acknowledges Mohammed. However, she sees the Muslim hijab as "an added help to ward off possible physical approaches."

"One of the main objectives of hijab is to safeguard women from the gazes of people of weak morals and from those seeking to indulge in unlawful worldly pleasures," says Sheikh Riyad Al-Musaymiri, a professor at Al-Imam University in Riyadh. (IslamToday.com)

"The Muslim woman is distinguished from the impious woman, for which she deserves respect." (Al-Musaymiri)

According to IslamToday.com, some Western observers have assumed that the head covering of a woman is meant to show her inferiority to men.

“This could not be further from the truth. The Qur'an explicitly states that the reason for her dressing this way is so that she will be respected. The message that the woman gives when she wears Islamic dress is as follows: 'Respect me for who I am. I am not a sex object.'" (IslamToday.com)

For Mohammed, the choice to wear the hijab was an obvious one. "For me, it was not a question of safety. I never even thought of it in that light," she explained.

"It was a question of following Allah's directives. For me, I was [neither] happy nor satisfied in becoming a Muslim only half-way. Either I became a Muslim and followed the commands and directives the best that I could, or I remained as I was previously."

"My dress helps to remind me about my behavior and my religion and it indicates to others the same," added Danielson. "And that is security on more levels than just safety in public; it is peace of mind and a protected heart that is molded. Alhamdulillah (Praise to God)!"

Sunday, April 5, 2009

exam oh~ exam

baru sahaja berlalu hari pertama untuk midsemester examination..
ada lagi 2 hari menanti..
CRP
BHP
PHOP

selalunya,kalau nak exam,
mesti rasa cuak aka takut melanda..
tapi..
kali ni perasaan tu takde
'-_-
risau
frust
tension dengan diri sendiri sebab tak takut nak exam..


memang diakui..
selalunya..
lagi 2 atau 3 hari nak exam..
baru rasa cuak+menyesal tu datang sebab tak belajar dari awal..
tapi..
kali ini tidak..

jam 8.50 pagi tadi..
bertolak ke bangunan A3.3 (dewan periksa)
ingatkan saya awal..
rupanya dah penuh dah kawasan luar dewan tu..


"bace ape?" tanya saya pada Kak salmah
"ni.."tunjuknya pada kertas 'drugs' yang boleh tahan tebal..
tanpa diajak,saya duduk di sebelahnya..
tak tahu nak baca apa..
banyak sangat yang belum dicover

"buku past year ni tak best..ade soalan yang same,tapi jawapan lain2..buat konfius je"
saya merungut..
"erm..akak tak buat pun buku tu" jawab kak salmah..malas nak layan saya barangkali..
saya belek-belek kertas yang ada ditangan saya..

nifedepine..MgSO4..tocolytics..oxytocin..satu2 saya amati..

tak lama selepas itu..
"dah boleh masuk dewan!" seorang rakan memberitahu..
kami bangun..
selepas bersalaman dengan rakan-rakan..
terutamanya dengan mereka yang akan menjalani peperiksaan di ruang lain..
saya dan kak salmah menuju ke pintu dewan..
betul-betul di hadapan pintu..
kak salmah bertanya..

"nervous tak? berdebar tak?"
"erm..tah la..belum lagi.." jawab saya lemah..
masih tak tahu punca ke'relax'an melampau dalam diri..
kami melangkah masuk..
bismillah~

*************************************************************************************

usai peperiksaan..betul-betul setelah keluar dari dewan..
saya terus telefon Abah..

"assalamualaikum.."
"waalaikumussalam.." jawab abah..suaranya amat mententeramkan jiwa..
"abah tengah buat ape?"
"tengah rehat kat kawasan perhentian..on the way nak balik Pahang ni"
"owh..belum sampai lagi ek?.."
"belum..erm..macam mane periksa?"
"hehe.." saya hanya tergelak..tak tahu nak jawab apa..
"abah..duha keluar awal hari ni..belum habis lagi masa nak jawab pekse skang ni.."


ummi n abah!! I miss U~

teringat dulu abah pernah pesan..jangan keluar awal..fikir dulu betul2..
takut jugak abah marah dengan pengakuan jujur saya..

"erm..keluar awal?..keluar awal ni..ada dua maksud..memang boleh jawab sebab senang ataupun yang kedua tak tahu langsung nak jawab ape.."
"heh..abah ni.."saya tergelak..
"soalan banyak sangat la bah..200..penat leher nak tunduk lame2..panjang2 pulak tu soalan die..pening nak fikir" saya mengadu..
"tapi dapat jawab semua la?"
"erm........insyaAllah semua jawab..tapi betul ke tak tak tau laa..hehehe.."

kami berbual panjang..sehingga saya tiba di bale..
saya cerita kat abah..takde semangat nak belajar+tak rasa tgh exam..
abah kate..sibuk sangat buat benda lain..abah suruh focus belajar~
insyaAllah..

sekarang ni..baru timbul perasaan cuak sikit..
risau pulak sebab takut hampakan abah n ummi '-_-
tapi..dah terlambatkan?

esok CRP..lusa PHOP n BHP..
focus!

exam oh~ exam


insyaAllah..
walaupun ramai yg pandang ringan tiga-tiga subjek ni..
tapi kita kena sungguh2 kan dalam semua perkara?
insyaAllah~


p/s:doakan semangat dan kecuakan saya datang kembali..biar diri ini terdrive sikit untuk belajar~

nak balik! hu~missing those times

Wednesday, April 1, 2009

EVER WONDER ? (bukan wonderpet naa)



Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone?

What if we carried it around in our purses or pockets?

What if we flipped through it several times a day?

What if we turned back to go get it if we forgot it?

What if we used it to receive messages from the text?

What if we treated it like we couldn't live without it?

What if we gave it to kids or friends as gifts?

What if we used it when we traveled?

What if we used it in case of emergency?

This is something to make you go.... 'Hmm... Where is my Quran?'

Oh, one more thing.

Unlike our cell phone, we don't have to worry about our Quran being disconnected, out of batt

or get dropped calls!

Makes you stop and think.... 'Where are my priorities?' insyaAllah..

Trust in ALLAH and ASAP(Always Say A Prayer)

p/s: make Al-Quran ur bestfren today n it will become ur best fren over 'there' insyaAllah..
"ya Allah,tetapkan hatiku dalam 'menjaga' kalam mu"