Wednesday, June 1, 2011

Akhlak wanita

Dalam islam,

wanita WAJIB dididik sejak lahir lagi,

agar mereka memiliki sifat

SOPAN SANTUN

dan

BUDI PEKERTI yang tinggi.


Maka, Allah SWT memberi penekanan

dalam pendidikan keluarga

seperti dalam firmanNya

“wahai orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu

Dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.

Neraka itu dijaga oleh malaikat-malaikat yang keras dan kasar layanannya..”

(At-Tahrim:6)


Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas,

Rasulullah SAW bersabda,

“setiap muslim yang mempunyai 2 orang anak perempuan,

Lalu dia menjaga mereka dengan baik sepanjang bersama mereka

Dan mereka bersamanya,

Nescaya kerana anak-anak itu

Mereka akan dimasukkan ke dalam syurga”

(HR ibnu Majah dan Ibnu Hibban)


Dalam matan lainnya,

“Menjaga 3 orang anak atau saudara perempuan dengan baik dan menjauhi kemurkaan Allah sepanjang menjaganya.. “

(HR Tirmidzi)


Dan tambahan dalam riwayat Abu Daud

“…mendidik mereka dengan adab sopan dan mengahwinkan mereka…”


Hadis-hadis ini menunjukkan

Betapa pentingnya mendidik dan menjaga para wanita

Sejak dari kecilnya sehingga besar.


Lalu apakah ciri-ciri didikan yang baik?


Didikan yang baik adalah

Apabila seorang anak perempuan itu

Dididik dengan hal-hal dan perkara

Yang dapat menyebabkan mereka mampu

Melaksanakan tugasan dan peranan mereka.


Contohnya mendidik anak perempuan

Agar pandai membaca Al-Quran,

Menulis dan mengira,

Melakukan tugasan rumah

Dan mungkin beberapa aspek kesihatan yang perlu..


Tidak semua perkara perlu diketahui pleh para wanita

Kerana fokus utama mereka adalah menjadi contoh yang baik pada anak-anak

Dan membina mereka menjadi muslim yang hebat!


Asy-syahid Imam Hassan Al-Banna

Dalam himpunan risalahnya ada mengatakan,

“kita tidak mahu anak perempuan menjadi ketinggalan, Tetapi tidak mahu juga sepertimana mereka yang keterlaluan mengajak wanita mempelajari pelbagai bidang ilmu Yang tidak berkepentingan untuknya”


Pada pendapat saya,

Keadaan dunia sekarang yang amat memperjuangkan

kesamarataan hak wanita dan lelaki

Sehingga sangat-sangat menggalakkan para wanita

agar bersaing dengan lelaki,

Menempati post2 yang tinggi di tempat kerja

Dan meninggalkan rumah,

Dimana itulah tempat sebenar para wanita,

Yakni menjaga rumah, harta benda suami

Dan yang paling utama menjaga anak-anak!


Kononnya idea sebegini akan membebaskan

Dan memajukan kaum wanita


Walhal boleh saja kita katakan

Ini merupakan salah satu propaganda dan rancangan

Untuk merampas kuasa wanita

dalam melahirkan generasi islam yang lebih baik pada masa akan datang..


Tidak salah kita (para wanita) itu bekerjaya,

Saya juga insyaAllah ingin mempunyai kerjaya sendiri,

Namun mind set manusia sekarang,

Yang lebih mementingkan kerjaya,

Sehingga lupa pada tanggungjawab di rumah

Lalai dari memberi didikan pada anak-anak..


Let us set our priority!


Kerja pun kerja la juga,

Tapi tanggungjawab di rumah

Jangan kita endahkan..


Tak perlulah kaum wanita merasakan islam itu bias,

Dengan hanya meletakkan para wanita di rumah,

Namun sedarlah,

Takkan lahirnya pejuang-pejuang islam yang hebat,

Kalau bukan dari didikan yang benar dan mantap di rumah..


Dan sedarlah para wanita sekalian,

Yang kita mahukan adalah kemuliaan dan ketinggian agama islam,

Bukanlah ketinggian jawatan dan kemuliaan di mata manusia..


Baiklah, berbalik pada tajuk,

Akhlak wanita~




Apa saja ciri-ciri dan akhlak seorang muslimah yang harus kita capai?


Jikalau kita ingin menjadi seorang doctor yang hebat,

Pastilah kita akan belajar dan cuba meniru gaya seorang doctor

Yang sudah terbukti hebat..

Macam idola lah kononnya..


Jadi, jika kita nak jadi wanita yang hebat,

Kena contohi dan tiru gaya mereka yang sememangnya hebat..


Macam mana nak tau mereka tu hebat?


Pastilah mereka yang dinukilkan oleh Allah kebaikan dan kehebatannya

Dalam Al-Quran

Ataupun tercata sirahnya dalam hadis nabi SAW.


Sebenarnya terdapat SANGAT banyak contoh

Yang boleh kita dapatkan dalam Al-Quran dan Hadis (sirah nabi),

Tapi sekarang saya hanya nak menyebutkan beberapa sahaja

Yang sempat saya cari untuk taklim malam ni

(kantoi bahan taklim :p )


Yang pertamanya,

Contoh yang ditunjukkan oleh Asiah,

Yakni isteri kepada manusia yang terkenal kezalimannya, firaun.


Dari surah Al-Qasas, ayat 9,

Diceritakan kisah di mana Asiah cuba menghalang firaun,

Dari membunuh bayi kecil yang tidak berdosa

Iaitu Musa A.S..


Sebagai isteri kepada firaun,

Dia menggunakan kesempatan itu,

Untuk memujuk dan menghalang kejahatan yang ingin dilakukan oleh suaminya.


Dalam surah At-Tahrim pula ayat 11,

Dinukilkan doa yang dipanjatkan oleh Asiah kepada Allah taala

Yang menunjukkan bahawa keyakinannya bahawa

Allahlah sebaik-baik pemberi nikmat dan

Sifatnya yang tidak putus asa,

Sedangkan hidupnya dikelilingi oleh orang-orang yang zalim..


Contoh kedua adalah Ibu nabi Musa A.S.


Dalam surah Al-Qasas juga ayat ke-7,

Terdapat satu sifat yang boleh kita contohi

Apabila ibu baginda diberi ilham untuk menghanyutkan

Nabi musa, naluri keibuannya pasti menyebabkan

Dia risau akan apa yang bakal menimpa bayinya..


Namun sifat kerana sifat tawakkal yang tinggi,

Dan yakin bahawa Allah akan menyelamatkan anaknya

Beliau pun mengikut gerak hati (ilham) yang diberi oleh Allah..


Contoh seterusnya adalah anak kepada Nabi Syu’aib,


Allah menceritakan sifat malu yang terdapat pada anak baginda

Ketika ingin berkomunikasi dengan nabi musa

Setelah nabi musa membantu member minum

Binatang ternak mereka.

Kisah ini diceritakan dalam surah Al-Qasas ayat ke 25.


Contoh terakhir adalah anak kepada Abu Bakar

Yakni Asma’ dan ‘Aisyah.


Dari sirah Nabi Muhammad SAW,

Kita dapat mengetahui sifat berani

Dan kuatnya fizikal Asma’ dimana dia menghantar makanan

Kepada ayahnya dan Rasulullah di Gua thur

Sewaktu dalam perjalanan berhijrah ke Madinah


Aisyah pula mempunyai banyak

Akhlak-akhlak terpuji yang patut kita contohi,

Dan yang ingin saya tekankan di sini adalah

Keluasan ilmunya

Dimana Aisyah amat terkenal dengan kehebatan dalam bidang ilmu

Fiqh, Aqidah,

Menghafal beribu hadis baginda

Dan turut mempunyai ilmu dalam bidang perubatan..


Maka,

Jika kita ingin Berjaya,

Contohilah mereka yang sudah Berjaya sebelum kita,

Moga kita dapat mengikut jejak langkah mereka,

Dan bertemu di syurga sana..


Amiin~


p/s:sedar tak sedar exam final dah 3 hari berjalan..time2 macam ni macam-macam idea tiba-tiba keluar berhamburan dari kepala ni..nak buat itulah, ini lah..haih~

p/s2: jumaat ni dah 1 rejab..persiapan kita??

p/s3: lagi 21 hari nak dihantar ke ciamis padaherang untuk menjalani KKN (kuliah kerja nyata)..buat kerja-kerja social membantu masyarakat kampung..moga banyak pengajaran yang saya sendiri dapat ambil dan kutip dari pengalaman yang jarang-jarang kita dapat ni..

p/s4: kurtlar vadisi filistin dan kurtlar vadisi Iraq..yang palestin punya lagi best kot..bukan sebab siapa2 curang, tapi memang movie yg palestin lagi best..(btw, sampai hati curang :p ) tengoklah, but tengok sambil berfikir, bukan sekadar hiburan action movie atau pengisi masa lapang..tapi moga ada manfaatnya!

4 comments:

Dr Hana said...

assalamualaikum~
hmm mcm pernah dengar je..:P

kadang2 salu fikir, nanti tak nak jadi doktor dah. nak duk rumah je sbb tak yakin dengan org lain
dan kalau jd doktor berapa banyak je masa ada kat rumah? (insyaAllah jika ditakdirkan bkahwin n ada anak:p)

lepastu teringat apa kata ustaz x haritu, bukan kuantiti masa yang penting tapi kualiti, sbb banyak jugak ibu yang duduk rumah tapi anak dia tetap 'x berkualiti'

apapun, bayangkan nak anak kita macammana so kita sendiri bergerak ke arah tu...

p/s: kkn... masih tak boleh terima kenyataan... mcm2 kerisauan yg melanda, tp kene sentiasa mharap padaNya & tak boleh putus asa >.<"

duha said...

ummufurqan-waalaikumussalam..Alhamdulillah la kalau rasa pernah dengar :D

erm..betul, kadang2 pun rasa macam nk duk umah je..n mmg rasa nak duk umah pun..huhu..

erm..perbincangan yg baik diperlukan antara kita dan 'pasangan' nanti supaya ada persefahaman n masing2 faham tugas masing2..taklah hanya mengharapkan dia atau dia hanya mengharapkan kita..

yang pasti, kita cuba jd yg tbaik dulu, supaya kita berjaya jd contoh yg tbaik nnt..

yup2..quality is very important!

p/s: saya nak anak saya macam..........(cewah~)

p/s2:kkn..kkn..best insyaAllah :)

Anonymous said...

bukan KKN tu kuliah kerja nanti ke??
saya nk isteri saya jd suri tumah... bole didik ank... ^^

syuhadah said...

assalamualaikum

seindah hiasan adalah wanita solehah..

malu pakaian bagi wanita..jangan kita biarkan malu tu hilang,nanti mula la perangai ntah ape2 keluar..

saling mengingatkan..hee

p/s : ya lo..yang palestin punye better..for me la..hee

p/s 2 : kkn?huu..pasti bisa..hee