Monday, June 6, 2011

malu untuk mencintai?



Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah


*************************************

mesti ramai pernah dengar lagu ni kan?
dinyanyikan oleh hijjaz,
lirik Ito Lara..

lagu ni dah lama..
waktu kecik-kecik lagi dah dengar
(ye ke?)
seingat saya lah..

erm..
waktu dulu,
pernah rasa pelik dengan lirik dia..

"malu menyatakan cinta kepada nabi?"

akal kanak-kanak saya pada waktu tersebut
ligat berfikir..
kenapa nak malu?
bukan ke memang kita perlu mencintai rasulullah..

ummi cakap
abah cakap
cikgu cakap

semua cakap kena sayang nabi..

jadi kenapa nak malu pulak..

macam satu kesalahan pulak cakap
sayang kat nabi..

memanglah rasulullah insan mulia
dan kita hanya manusia biasa..

teeeeeetttt~

okay, stop memandang ke masa lalu..

itu dulu,
sekarang
Alhamdulillah lirik nasyid ni sangat bermakna!

bagi saya sendiri,
kerinduan pada Rasulullah tu
memang mampu menitiskan air mata ummatnya..

tapi memang betul,
saya sering merasa rindu,
malah anda juga pastinya sama..

tapi tak kalah juga,
saya sering meninggalkan sunnah nya
sama ada dalam keadaan sedar atau tidak..

saya masih lagi banyak membuang masa,
saya masih sangat sukar meninggalkan katil saya pada waktu malam,
saya masih belum begitu faham tujuan hidup saya
saya masih "lambat" bergerak dalam menjalankan dakwah
saya masih sempat berfikir
"apa nak buat lepas ni"
untuk kononnya mereleasekan tension dan stress

sedangkan saya tahu,
tanggungjawab saya melebihi masa yang ada..

tapi saya masih lagi
ada masa "lebih"
yang dapat dibuang-buang..

banyak dosa,
tapi tiada rasa malu?

alah,
kalau nak dianalogikan,
selalu dalam cerita-cerita kat TV tu,
anak hamba sahaya pasti rasa malu untuk
even memandang seorang puteri raja..

kononnya dia tak layak "mencintai"
perempuan yang lebih tinggi darjatnya..

errr..fahamkan kaitan dia?

erm..apa-apa pun,
sebenarnya saja nak kongsi lirik nasyid ni,
sebab baru je terdengar tadi..

moga kita semua akan sentiasa berusaha
untuk memperbaiki diri!

ya Allah,
ampuni dosaku dan dosa mereka disekelilingku..
golongkan kami sebagai ummat nabi Muhammad SAW..
junjungan yang mulia


ya Rasulullah,
sungguh..
aku merinduimu..
namun aku malu untuk menyatakan itu
kerana aku hanya manusia biasa
yang penuh dengan dosa~


Allahumma solli 'ala Muhammad


p/s: jangan pernah putus asa dalam mengejar cintaNya! biar sepenat dan sepahit mana, kerana ganjarannya adalah kenikmatan SELAMAnya~

p/s2: exam sikit lagi..sikit lagi..

p/s3: kelmarin terhantuk kat kayu buluh depan rumah ('-__-) mula-mula nak marah jugak pak cik sebelah rumah, sebab construction kat umah sebelah lah yang menyebabkan kayu buluh tu terjulur sampai depan gate umah saya, tapi tu lah..manusia kan..bila kena 'azab' dan ujian sket, dia mmg cari orang nak dipersalahkan..kalau tiba-tiba dapat hadiah atau nikmat yang best, time tu tak ingat pun nak cari siapa yang bagi..haih~ Astaghfirullah..ya Allah..moga aku jadi hamba yang bersyukur! gomenne~

2 comments:

mahir said...

salam ziarah...

time baca post ni..tgh dgr lagu tu..tgk lirik mcm sama dgn yg tgh dengar..hu3~

malu nak mengatakan cinta kpd Rasulullah sbb masih xjd umatnya yg terbaik..hmm

Anonymous said...

gomenkudasai kami-sama~