Tuesday, May 18, 2010

coret-coret

"saya takkan menyesal!"

itulah perkataan yang saya tanamkan dalam diri sendiri
sewaktu saya melangkah keluar dari Maahad Tahfiz Az-Zahrah (MTAZ)
yang terletak di batu 18 1/2 Ulu Langat..

kata-kata dari seorang remaja atau lebih tepatnya kanak-kanak
yang belum benar-benar mengerti
kelebihan dan kepentingan menghafal ayat suci Al-Quran..

mungkin tak ramai yang tahu
dan tak sedikit juga yang mengetahui
bahawa ketika berada di penguhujung darjah 5,
atas permintaan dan keinginan ummi dan abah,
saya pernah masuk ke sekolah tahfiz..
sebuah sekolah khusus bagi pelajar perempuan..

sekolahnya sangat cantik,
pelajarnya tidak ramai (memandangkan pada ketika itu saya batch pertama)
maka para guru dapat memberi tumpuan pada kami
seramai 15 orang pada ketika itu

sekolah itu terletak di atas bukit,
ada swimming pool
ada kebun buah-buahan
dan bemacam-macam lagi..

namun,
itu semua tidak mebuatkan saya tetarik hati
untuk bersekolah di sana..

tak perlulah diceritakan
perangai nakal dan kesalahan yang pernah saya lakukan,
sewaktu berada di sana
senang cerita,
memang nakal dan degil!

namun..
Alhamdulillah,
pelajaran dan proses menghafal Al-Quran berjalan seperti biasa..
walaupun saya tidak menyukai sekolah itu,
namun saya masih dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran..

mungkin,
perkara utama yang membuatkan saya
tidak mahu bersekolah di situ adalah kerana saya harus duduk di asrama..
dan saya masih belum bersedia untuk berjauhan dengan keluarga
(jauh laa sangat, hulu langat je '-___- )

banyak kali saya bertegas pada ummi,
saya boleh menghafal quran di rumah sahaja!

namun pastilah seorang ibu itu lebih mengetahui
berbanding seorang kanak-kanak berumur 11 tahun..

"kat rumah terlalu banyak distraction,
nanti tak focus..nak hafal quran kena kurangkan tengok TV,
main computer, internet..kalau kat rumah agak-agak macam mana?"
ummi menjawab..

saya hanya diam
dengan perasaan marah dan geram..
saya masih ingat bagaimana perasaan saya begitu meronta
ingin keluar dari sekolah itu..

akhirnya,
ketika berada di tingkatan satu,
saya berjaya memujuk ummi dan abah
untuk memindahkan saya keluar..

lalu saya masuk ke sekolah menengah islam Al-Amin
yang terletak di Gombak..

saya tahu ummi dan abah sedih
dan berat hati untuk memindahkan saya..
namun saya berkeras untuk keluar

dan ketika itu,
saya tanamkan dan sematkan dalam hati,
bahawa
"saya takkan menyesal meninggalkan sekolah itu"

hari berganti hari,
bulan berganti bulan,

ketika berada di tingkatan 2,
saya dilantik menjadi pengawas

saya masih ingat suasana
dan desas desus suara
ketika nama saya diumumkan..

"duha jadi pengawas??"

saya malu sendiri..
pelbagai soalan terlintas di dalam hati..
'cikgu tersalah sebut nama ke?'
'saya salah dengar ke?'
'cikgu/sekolah nak main-mainkan saya?'

semua soalan tersebut terkeluar kerana
saya bukanlah seorang yang layak menjadi pengawas..

saya sering dimarahi cikgu kerana bermain dalam kelas,
membawa barang-barang yang tak sepatutnya ke sekolah..
dan banyak lagi..

aduhai~
nakal sungguh..

namun,
perancangan tuhan itu pasti ada hikmahnya..
selepas menjadi pengawas,
saya mula di kawal oleh kawan-kawan pengawas lain,
yang sememangnya baik..

lalu segala kesalahan, perbuatan dan pergaulan saya menjadi lebih terjaga..
walaupun pada mulanya semua itu merupakan paksaan,
tetapi lama-kelamaan ia menjadi kebiasaan..

namun, saya masih mempunyai banyak kekurangan yang harus diperbaiki..

selepas zaman persekolahan tamat,
saya mengikut abang saya untuk mengambil STAM
di Sekolah Hidayah Ipoh..

kalau diikutkan,
bukanlah setulus niat saya ingin belajar di situ,
cuma mahu mengisi masa lapang
sewaktu cuti SPM

namun,
sekali lagi..
saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah taala,
kerana segala perancanganNya pasti ada hikmah disebaliknya..

di Ipoh,
saya berkenalan dengan begitu ramai sahabat
yang betul-betul mendambakan pengetahuan tentang islam..
kalau dulu,
tudung saya tidaklah sepenuh masa menutup aurat dengan sempurna,
(walaupun di sekolah sepatutnya dah cukup elok '-__-)
namun, selepas berkenalan dengan mereka,
timbul rasa ingin lebih menjaga diri.

ya, bagi saya..
perasaan malu perlu dipupuk dan ditanamkan dalam diri setiap insan..
dan persekitaran memainkan peranan penting dalam membentuk seseorang itu..

saya mula membeli handsocks/stongan,
walaupun pada awalnya hanya beli sahaja dan tidak pakai pun :p

di sinilah baru saya mula menghargai bahasa arab
dan cuba menguasainya basic2nya kembali
walaupun sebenarnya telah saya pelajari sejak sekolah rendah..

dan disini jugalah,
saya menarik balik kata2 yang saya ucapkan kira-kira 6 tahun dulu,
bahawa "saya takkan menyesal" meningglkan
sekolah yang telahpun menjadikan rakan-rakan saya sebagai hafizah..
saya sedar betapa ruginya saya,
dan andailah saya mampu bertahan
dan tidak mengendahkan sifat keanak-anakan saya dulu..

saya meninggalkan Ipoh pada bulan Mei 2007
dan meneruskan proses pembelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka..

tak dinafikan,
di KMM lah saya betul-betul merasakan
bahawa diri saya memerlukan islam..

kalau dulu,
mungkin suasana sekeliling menyebabkan
saya merasakan bahawa segala perbuatan dan amal ibadah itu
hanyalah adat dan tradisi..

ilmu yang saya pelajari di sekolah dahulu,
kebanyakkannya hanya tinggal teori..
namun di KMM cuba saya aplikasikan..

handsocks yang dibeli,
cuba saya istiqamahkan untuk dipakai..
pakaian juga cuba saya perbaiki lagi

saya berusaha untuk lebih memahami
dan akan terus cuba memahami dan mempelajari..

walaupun ada yang memandang saya sebagai
'budak lepasan sekolah agama'
namun
saya hanyalah insan biasa,
yang sedang belajar..
masih terlalu banyak kelemahan
dan kekurangan..

saya tidak malu dengan latar belakang itu,
tapi tak dinafikan ada sedikit penyesalan
kerana bagi saya,
saya gagal mencapai
apa yang sepatutnya sudah dicapai

mungkin ada daripada kita,
yang sudah benar-benar mempunyai kesedaran agama sejak dari kecil,
tak kiralah bersekolah agama ataupun tidak,
dan ada juga yang hanya baru2 ini mendapat kesedaran itu..
tidak kira jugalah berlatar belakangkan sekolah agama ataupun tidak

namun,
apa yang lebih utama adalah bagaimana kehidupan kita di masa yang akan datang..

berapa lama kita bergelar seorang muslim itu,
bukanlah ukurannya..
namun berapa lama kita menghargai islam dan keislaman kitalah
yang sepatutnya kita titik beratkan
masih belum terlambat untuk kita memperbaiki diri..

bisa aja dimulai dari sekarang :)

hidayah itu perlu diusahakan
dan dimohon dari Allah yang Maha Kuasa..

tak kiralah bagaimana latar belakang kita,
kawan-kawan kita dan keluarga kita..
tapi kitalah yang harus terus berusaha..

sama-samalah kita mohon agar kita terus berada di jalan yang lurus
dan sentiasa di bawah rahmat dan redhaNya

wallahua'lam


p/s: sebelum kata takkan menyesal, fikirlah2 dulu, jangan akhirnya nanti kita betul2 menyesal..

p/s2: terima kasih pada semua kawan2 dan guru yang pernah mengajar saya :) tanpa sekolah rendah dan menengah, yang memberi saya ilmu pengetahuan dan asas tentang islam, kesedaran yang akhirnya timbul ketika berada di Ipoh dan KMM mungkin takkan terwujud..insyaAllah, yakinlah setiap perkara ada hikmahnya~ well, segalanya bermula dengan ilmu dulu kan..so tuntutlah ilmu sedalam-dalamnya, dan fahamilah agar dapat membuahkan amalan yang indah.. :)

p/s3: ummi is coming :) but exam is also coming :( waaa~

p/s4: zaza, hilangkanlah rajukmu..tiada yang mampu menyayangimu seperti mereka :D