Saturday, May 30, 2009

Success in unity

lets learn from this valuable story..

it's a fact..
and we must learn from it..



success of a farmer...

there was a farmer who grew superior quality
and award-winning corn in his farm

each year,
he entered his corn into the state fair..
where the corn will won honours and prizes..

one year,
a newspaper reporter interviewed him
and learned something interesting about
how he grew his corn..

the reporter discovered that
the farmer shared his corn's seeds with his neighbour

"how can you afford to share your best seed corn with others, when they are also participating in the competition along with yours each year? "
the reporter asked..

"why bother?"

the farmer replied..

"didn't you know?..
the wind picks up pollen grain from the ripening corn
and swirls it from field to field..
if my neighbours grow inferior, sub-standard and poor quality corn..
cross pollination will degrade the quality of my corn..
if i have to grow good corns..
i must help my neighbours to grow good corn too..

the farmer gave a superb insight
into the connections in life..

his corn cannot improve
unless his neighbours' corns also improves..

those who choose to be in harmony
must help their neighbours and their colleagues to be at peace..
those who choose to live wellmust help others to live well too..

the value of life is measured by the lives it touches..



success does not happen in isolation..
it is most often a participatory and collective process..

so..
share the good practices, ideas and new knowledges
with your family, friends, team members, neighbours and all..

as they say,
success breed success..


p/s: nice story rite? very motivational~ :)

p/s2: ten ideas are good, but one idea put into practice is better..unite! practice!


unity is an obligation for us, no time to waste~


Friday, May 29, 2009

update on Palestin

HAMAS : Darah As-Syahid Daudin tidak akan dibayar percuma.



Jumaat, 29/05/2009 -
Gerakan Perlawanan Islam Hamas di Tebing Barat menegaskan, darah As-Syahid Abdul Majid Daudin Abu Himam, 49 tahun yang gugur Khamis lalu di Kota Dora, syahid setelahterjadi pertempuran sengit antara pasukan Israel.

Hamas menekankan pertempuran akan tetap menjadi pilihan gerakanya bagi mengusir penjajah dan mengembalikan hak-hak penduduk Palestin. Zionis akan pasti diusir dari bumi Palestin. Dalam penjelasanya Hamas mengatakan, “Kami di gerakan mengumumkan kehilangan salah seorang pemimpin kami yang telah menghambakan dirinya untuk agama ini.

Daudin yang menamatkan kuliahnya dari Yaman, meneruskan amal dakwahnya menjadi salah satu aktivis di sekolah Yaman. Beliau menjadi guru di sekolah milik Organisasi Sosial di Hebronsebelum kembali ke Palestin. Kemudian beliau menyertai gerakan Al-Qossam dan aktif dalam perlawanan senjata, hingga ia dimasukkan ke dalam penjara. Malah dia juga pernah memimpin sejumlah operasi jihad hingga dicari pemerintah Israel dan dipenjarakan pada tahun 1995.

Disebutkan, Asy-Syahid Daudin tidak pernah diarahkan keluar dari penjara pejuang keaman sejak ditangkap dan dibebaskan pada tahun 2002. Malah dia terus menjadi buruan militan Israel dan pejuang keamanan Ramallah sehingga kelmarin.


Rang undang-undang pengharaman penandaan Nakba diluluskan Israel



Khamis, 28/05/2009 - Knesset Israel telah meluluskan rang undang-undang mengharamkan penandaan Nakba, memaksa rakyat Palestin termasuk orang-orang Arab mengiktiraf Israel sebagai satu “Negara Demokratik Yahudi”.

Rang undang-undang yang turut mendesak rakyat Palestin keluar daripada tanah air mereka supaya negara Israel dapat diwujudkan,telah dilulus bacaannya pada Rabu lalu dan penafian keatas rang undang-undang tersebut akan dijatuhkan hukuman setahun penjara.

Rang undang-undang yang diperkenalkan oleh Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman itu turut mendesak orang-orang Arab untuk berikrar setia kepada Israel sebelum mereka boleh mendapatkan kad-kad pengenalan dan kewarganegaraan.

Sementara itu, dalam masa yang sama Ketua Dana Israel yang baru, Naomi Chazan dan beberapa pertubuhan perundangan Israel menentang rang undang-undang boleh merosakkan hak-hak bagi rakyat Arab.


Israel pindah tahanan Tebing Barat ke Gaza


Khamis, 28/05/2009 - Sebuah organisasi yang prihatin berkenaan masalah tahanan Palestin “Waid” mengatakan bahawa pihak penjajah Zionis Israel telah memutuskan menghantar tahanan Palestin Mahmud Azzam dari Jenin, Tebing Barat ke Semenanjung Gaza setelah tempoh tahanannya (12 tahun) berakhir hari ini, Selasa (26/05).

Dalam pernyataan akhbar, “Waid” menyatakan bahawa pihak penjajah Zionis Israel akan meneruskan hasratnya. Mereka tidak peduli dengan norma dan penetapan antarabangsa yang melarang proses memindah tahanan dalam apapun keadaan. Waid menyatakan bahawa tindakan tersebut bertujuan untuk menghancurkan semangat para tahanan Palestin yang dibebaskan dan keluarga mereka dengan menjauhkan mereka dari rumah dan keluargannya.


Dua nelayan Palestin dilarikan tentera laut Israel, mati di pesisir Gaza.

Khamis, 28/05/2009 - Tentera-tentera laut Israel telah menculik dua nelayan Palestin pagi Selasa lalu di selatan Semenanjung Gaza. Sumber-sumber tempatan berkata, dua lelaki itu diculik ketika mereka berhenti berhampiran dengan bot tentera-tentera Israel kemudiannya dibawa ke satu lokasi yang tidak dikenali.

Sementara itu, dalam masa yang sama tentera laut Israel melepaskan tembakan api ke arah bot-bot nelayan penduduk Palestin sehingga mereka meninggalkan kawasan pelabuhan yang diketuai biskop Rafah. Bagaimana pun kerosakan yang dilaporkan tiada terdapat sebarang kecederaan berlaku.


*************************************************************************************

p/s: teruskan usaha boikot..saudara kita di sana menyumbang darah dan jiwa..kita hanya diminta menyimpan duit utk tak beli barangan boikot dan doa utk mereka je..tidak sebesar pengorbanan mereka..so, jom boikot ramai2!

p/s2: palestin Di hatiku, negara haram israel tak boleh diiktiraf!

p/s3: exam pun langkah ke arah jihad jugak..exam2!!~

sumber: macam biase :) palestinkini.info

Wednesday, May 27, 2009

ibu,isteri,pidato

Alhamdulillah..
setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan..
pada tuhan sekalian alam..
yang menciptakan segala sesuatu di muka bumi ini..
yang memberi rezeki..
yang mengampunkan dosa hambaNya..
Maha melihat dan Maha mendengar..

terima kasih ya Allah..

pagi-pagi subuh ni,
tiba-tiba terdetik untuk menulis sesuatu..
just sebagai satu short notice..

*************************************************************************************
erm..
bermula dengan peristiwa malam semalam..
iaitu hari bersejarah bagi keluarga saya..

perkahwinan my one and only kakak..
(akan ada post lain khusus buat kakakku insyaAllah..
tunggu berita penuh beserta gambar)

moga dia dan suaminya diberi keberkatan
dan keredhaan Allah SWT..
moga dosa-dosanya diampunkan
oleh Allah taala..
moga dia dapat menjadi anak,isteri dan ibu
yang solehah..

walau apa pun, dia tetap kakak saya~
air dicincang takkan putus..(??)

*************************************************************************************

semalam juga,
abang saya..
Abdullah Umayr telah mendapat tempat pertama
bagi pertandingan debat bahasa inggeris
dalam Karnival Amal Islami
institut pengajian tinggi islam Malaysia (IPTIM)
peringkat kebangsaan..
yang diadakan di
Kolej Universiti Insaniah Kedah (KUIN)

p/s: lepas tu die kelam kabut balik KL untuk majlis nikah akak..hehe

*************************************************************************************

dan yang terakhir ingin saya sebut di sini adalah
antara peristiwa yang sangat penting dalam hidup ini..
yang jatuh pada hari ini,
tanggal 28 mei 2008..
iaitu hari kelahiran seorang yang amat istimewa..

MY MOTHER

insyaAllah,
akan cuba cari waktu yang khusus juga
untuk buat satu artikel untuk ummi..

semoga Allah mengurangkan bebanan
dan kesusahan yang ummi alami selama ni..
dan moga Allah gantikannya dengan
keberkatan..keredhaan..dan ganjaran syurgaNYA
di sana nanti..

if i'm offered to choose a gift..
between a hundred million dollars
or the best mom in the world..
i would NEVER hesitate..
and definitely choose
the hundred million dollars..

you know why?

coz i already have
the best mom inthe whole world..
so why should i pick another one?

love ur mom..love ur parents..love ur family..
Family first AFTER Allah and his messenger



p/s:catatan ringkas dr manusia yang sdang kesedihan kerana tak dapat bersama insan2 yang amat amat amat amat disayangi di waktu2 sebegini..

p/s2:saya sangat sayang mereka..ya Allah, sayangilah mereka juga..malah berilah kecintaanMU melebihi dunia dan isinya kepada mereka

p/s3: Mabruk buat ketiga2 manusia yg saya sayangi..ummi,akak and abang..

Sunday, May 24, 2009

seorang wanita

“Assalamualaikum ummi..”

Seronok mendengar suara ummi di hujung talian..


“waalaikumussalam..apa khabar?”

jawabnya..

Dapat terasa senyuman ummi di sana..


“baik Alhamdulillah..ni Duha saje je call..rindu”

saya tergelak kecil..


“ummi pun rindu Duha jugak..

ha..kenapa abah kata duha cuti seminggu je nanti?

Bukan sebulan ke?”


“eh, itu cuti raya..cuti hujung semester insyaAllah sebulan”

Saya menjawab


“ooh..patutla..pelik ummi bila abah bitau macam tu..so Duha balik bulan 8 kan?”


“erm..insyaAllah..tapi..mungkin cuti dah reduce jadi 3 minggu je..sebab derang kate kene tunggu judicium (announcement result) yang kedua..tapi tak sure lagi betul ke tak”

Saya mengadu dalam nada sedih..


“takpe..nanti tiga minggu Duha tidur sebelah ummi je”


“haha..okeyh, no problem! Betul aaa..” balas saya


“oklah Duha..jaga diri baik-baik..

ingat..kalau ada pape,

terus discuss dengan ummi and abah tau..

even kecik macam mana pun masalah tu..

ikut perintah Allah and rasul..taat ummi and abah..”


“ya..ya..”

saya mengangguk-angguk


“dan ummi mintak..kalau boleh, jangan laa terlibat dengan benda-benda macam tu”


“uh? Benda ape?”

Tanya saya..


“cinta-cinta ni la..kalau nak nikah terus takpe”

ummi bergurau


“haha..ok! nak nikah kang Duha inform ummi terus :p “


“Duha jangan ulang lagi kesalahan dia”


Saya terdiam..ummi pun diam..


“ya..ummi jangan risau..

Duha kawin je ngan siape yang ummi nak..hehhe..

Tinggal ummi pilih je”

saya cuba mengurangkan ketegangan..


“ummi tak kisah kalau Duha yang pilih pun..erm..nah..cakap ngan abah awak pulak”


Selepas mengucapkan “I love you

Telefon bertukar tangan..


Macam biasa..kami bercerita tentang kehidupan seharian..


Dan kemudian abah memberi nasihat lagi..


“jangan rapat-rapat sangat ngan budak laki kat sana tau..

Jaga akhlak”


“hehhe..ye..ye..insyaAllah”


“abah sayang duha”


“erm..Duha pun sayang Abah jugak..assalamualaikum..”


Telefon ditutup..


Boleh dikatakan setiap kali telefon..

Nasihat sama akan diberi..


Saya pernah terfikir..abah tak bosan ke bagi nasihat yang sama sahaja?

Bukannya ada budak laki nak buat apa2 pun..


Tapi..bak kata seorang senior saya..

“orang lelaki..lebih tau lelaki ni macam mana..”


Ya, kenapa Abah tak bosan menasihati mengenai perkara tu..

Sebab dia tau lelaki ni macam mana..

Apa yang difikirkan..

Apa yang sering dibincangkan..

Apa..dan apa..dan apa…

Lagi-lagi di tahap usia dewasa..



Pada suatu ketika..

Saya dan seorang sahabat pernah dinasihati oleh abang-abang senior..

Mengenai wanita..

(kata-kata di bawah telah di modify sikit..untuk menyesuaikan dengan keadaan.tuan punya kata-kata jangan marah..makna tetap sama insyaAllah)



“martabat wanita dalam islam dah cukup tinggi..

Dan kami sebagai lelaki sedih,

Kalau martabat tu direndahkan..”


“lelaki dan wanita harus menjaga adab-adab..”

“kamu sebagai perempuan perlu tahu lelaki ni macam mana..

Di depan mungkin tunjuk baik..berlagak macho..caring

Dan sebagainya..


Tapi..hakikatnya..di belakang wanita..

Macam-macam yang diperkatakan..”


“lelaki semuanya sama..

mempunyai kemahuan yang sama..


Tetapi apa yang membezakan adalah AKAL dan IMAN di dada..”


Saya tahu..mereka bukan berniat menjatuhkan lelaki..

Sedangkan mereka sendiri adalah lelaki..


Tapi mereka hanya ingin menyedarkan..

Para wanita..

Agar menjaga diri..

Tidak membiarkan diri mereka dengan senang

Mendekati kaum lelaki

Dan menjadi bahan bicara mereka..


Wahai para wanita sekalian..

Ingatlah..


Kita diciptakan bukan sebagai “barang”

Yang murah harganya..

Yang senang dipegang..

Yang senang dijamah oleh mata manusia..


Tetapi bersyukurlah

Dimana islam telah metakkan wanita di satu martabat yang amat tinggi..

Lebih tinggi dari seorang lelaki..

Kerana itu wanita itu harus dilindungi..

Seperti emas permata yang berharga..




p/s: sewaktu kami dinasihati..saya dapat merasakan sifat ke’abang’an mereka..matang jugak rupanya senior saya nih..dan sgt protective jugak..inilah kesan “hubb” berdasarkan ikatan aqidah :D terima kasih atas nasihat yang amat bermakna..amat amat amat amat amat amat amat menghargainya..(tak dapat tulis sume nasihat..banyak sgt..heh)


p/s2: lelaki-lelaki sekalian..bantulah wanita di sekeliling anda menjadi wanita yang terbaik..bukan merosakkan mereka..dan jadilah lelaki yang terbaik insyaAllah..


p/s3:wanita sekalian..bantu juga lelaki di sekeliling anda menjadi lelaki yang baik..dengan menjaga tingkah laku (akhlak) dan jagalah aurat kita.. jangan di ‘provoke’ “sifat” lelaki tuh..


p/s4: kisah di atas ini terlintas di fikiran lalu ditulis sebab berlakunya satu peristiwa baru-baru ini..dimana cik kaktus berkata pada saya


“Duha, macam mana laa kan orang perempuan tu boleh share minuman dengan orang lelaki tu”


merujuk kepada beberapa kelibat di hadapan kami..

ketika itu kami sedang menjamu makanan tengah hari..


“erm..tu la..geli kan..heheh..

kaktus, (saya tak panggil dia macam ni sbenarnye) kalau dalam tutorial kan..

kadang-kadang rasa bersalah jugak sebab kongsi makanan dengan budak laki..

meaning share keropok ke..kan selalu ada study group, pastu kita bawak keropok and pas2 kan..macam tak selesa jugak sanye” luah saya..


”tu laa..has pun sama” cik kaktus jawab..


”oklah cik kaktus..lepasni kita jangan buat dah..

(waaaaaaa..lepas ni kita dah tak sama tutorial!!) ..

kita elakkan laa benda-benda macam ni ye..

sebab ia boleh memecahkan barrier antara kita and budak-budak laki nih..

walaupun orang ramai tengok, takde lah ape sangat..bukannye share nasi pun”


“erm..ok!”


p/s5: macam nak buat satu artikel baru..haha..


p/s6: salam mujahadah pada sume! Exam~

Road To Baduy

Jam menunjukkan pukul 9 malam tepat..


Saya dan seorang lagi rakan berlari anak menuruni anak tangga dari masjid ibnu sina..


Kelihatan beberapa orang telah mula berkumpul di hadapan bangunan bale(asrama) kami..


“erm..dah lambat..” getus hati..


Kami mempercepatkan langkah menuju ke bale masing-masing..


Alhamdulillah barang-barang sudah di pack dari awal..

Jadi hanya beberapa perkara sahaja lagi

yang perlu saya uruskan di bilik nanti…


namun, seperti biasa..

apabila saya sudah tiba di tempat perkumpulan..


masih ramai yang belum tiba..

kami diminta berkumpul dalam kelompok tutorial


dan sekitar jam 10 malam,

barulah kami mula menaiki bas

menuju ke perkampungan BADUY

di BANTEN



Perjalanan mengambil masa kira-kira 9 jam


Oleh itu, saya telah preparekan banyak foods and drinks

Kononnya untuk bekalan sepanjang perjalanan..


Tapi..

Naik sahaja bas..


Setelah mengambil tempat bersebelahan cik kaktus..


Saya terus melelapkan mata..


Bak kata cik Farah Li..

“Duha bas belum gerak die dah pengsan dulu”


Kepenatan barangkali..

Malam sebelumnya tidak tidur semalaman


Maka, malam ini..

Nak balas dendam..


Qadha’ tidur sepanjang perjalanan..

hehhe..


Tapi..sebelum tidur


Cik Zaza sempat bertanya

“Du, bila nak start makan?”


Saya tergelak

Walaupun mata dah tertutup..


“korang makan je laa..tak larat”


Sepanjang perjalanan,

Bas telah berhenti sebanyak 3 kali..


Dan setiap kali ia berhenti..

Saya akan terjaga..

Tapi tak turun pun..

Hanya membuka mata..


Perhentian terakhir

Adalah di masjid


Bersebelahan dengan rumah sakit Sari Asih

Di Serang, Banten

Sekitar jam 3.30 pagi


Cantik masjidnya!



Alhamdulillah, kira-kira hampir jam 8 pagi,

Kami tiba di perkampungan BADUY..


Kami seramai 300 orang pelajar

(pelajar perubatan tahun 1 Malaysia + Indonesia)

Dibahagi kepada 2 kumpulan


Group tutorial saya boleh dikira bertuah

Kerana diberi peluang bertemu dengan “BADUY dalam”


Yang dikatakan “bukan senang”

untuk bertemu dengan orang awam..


Orang BADUY dalam mempunyai beberapa ciri-ciri yang menarik..


  1. mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa menggunakan kenderaan..

walaupun jauh! Dah menjadi adat katanya..


  1. pintu rumah mereka harus dibina menghadap utara atau selatan sahaja

dan ia dibina tanpa menguunakan paku


  1. Mereka dilarang memakan kambing!!!

*sigh*


4. Mereka masih mengamalkan system barter


  1. Mereka menganuti kepercayaan sundawiwitan (first time dengar)

dimana kepercayaan ini amat mirip dengan islam!

Ada syahadah nabi Muhammad,

Percaya Mekah dan Madinah sebagai tempat yang suci/dihormati

Yang lelaki memakai “ala-ala” serban di kepala

Mempercayai syurga dan neraka..

Dan sebagainya..


Yang terpesongnya adalah mereka mempunyai syahadah Nabi Adam juga

Dan percaya pada bulan suci

Yang dipanggil “kwahlun” (tak tau betul ke tak eja)

Di mana mereka harus berpuasa selama tiga bulan..


Saya amat yakin mereka dulunya pasti beragama islam

Namun peredaran masa

Menyebabkan agama di adaptasi ke dalam adat ‘-__-

Sedih~


wakil ketua kampung dari Baduy dalam



Sekitar jam 1 petang..

Kami diberi makan tengah hari..

Dan bersiap untuk pulang ke UNPAD..


Jam 2.30 petang..

Kami bertolak…


Dan dalam perjalanan pulang..

Lagi sekali kami singgah di Masjid

bersebelahan Rumah Sakit Sari Asih

dan diberi briefing tentang rumah sakit itu..

serta berkongsi pengalaman dengan Dr disitu..


jam 2 pagi, kami tiba di UNPAD..

Alhamdulillah..

Semua selamat..


Dan program pun berakhir..

Moga dapat memberi

Pengajaran..

dan pengalaman yang berguna untuk semua..




p/s: semasa mendengar ucapan (briefing) tentang masyarakat BADUY dalam, rasa seperti sedang belajar subjek sejarah ( kesultanan melayu melaka) di sekolah..dengan system barternya..melihat mereka sahaja cukup untuk membuatkan saya teringat pada orang zaman melayu melaka..

(Cuma mereka memakai kain seperti skirt yg agak pendek 0_o erkk..tapi made of kain pelikat laa…bukan macam skirt pompuan tu ~)


p/s2: panjangnye p/s1 tu..


p/s3: Besok kawan saya dari Malaysia mahu datang melawat UNPAD.. program universiti katanya..USM bawah program Farmasi..harap-harap dapat jmpa sekejap..kawan sekolah..dah lame tak jumpe


p/s4: tertarik dengan kata-kata Dr di Sari Asih..beliau di Tanya “bagaimana mahu mengumpulkan Dr2 yang komited untuk membuka rumah sakit seperti ini?” beliau menjawab “carilah Dr yang betul2 SOLEH..kerana yang SOLEH pasti komited”..


p/s5: ada khabar angina kata orang BADUY suka perempuan chubby..haha..tapi rasanya tak betul pun..jadi..hilanglah kecuakan cik susi :p


p/s6: Banten SANGAT panas (sayang Jatinangor :D )


p/s7: sakit-sakit badan sebab dok lame sgt dlm bas~


p/s8: orang BADUY dalam sume kurus2 dan dikatakan tiada penyakit berjangkit
pernah berlaku dalam masyarakat mereka..erm..mungkin ada beberapa lifestyle
mereka yang patut dicontohi..saya amat berminat mengkaji tentang mereka~


p/s9: saya suka sejarah (Anhar..contohi kakakmu ini..lalla~)


p/s10: minggu depan final exam..doakan ye semua!

Sunday, May 17, 2009

Obama tidak diberi ijazah kehormat

SEBUAH universiti di Amerika memutuskan tidak menganugerahkan ijazah kehormat kepada Presiden Barack Obama kerana dia belum cukup berjasa dan terbukti prestasinya.



Di Malaysia, universiti berlumba-lumba memberi ijazah kehormat kepada menteri, bekas menteri dan isteri menteri.

Tidak mengapa kalau isteri menteri atau isteri bekas menteri itu tidak jelas atau belum terbukti jasa, kepakaran dan kecemerlangannya. Yang penting dia isteri menteri.

Maaf cakaplah. Macam sesetengah gelaran diraja, gelaran kehormat universiti pun, kata orang putih, sudah jadi "a dime a dozen" atau dalam loghat Kedah, sedozen sekupang.

Di sesetengah negeri, gelaran diraja (termasuk oleh Gabenor) sudah jadi macam lawak. Budak 20-an tahun pun boleh dapat asalkan bapanya jutawan yang pemurah dengan "derma" dan "sedekah".

Sejak empat lima tahun kebelakangan ini, ada pengarang media massa yang dapat lima atau enam gelaran Datuk daripada negeri dan wilayah. Tak cukup dengan gelaran Datuk, diberikan pula gelaran Datuk Seri.

Khabarnya, di sebuah organisasi media arus perdana, pengurusan baru telah mengeluarkan arahan supaya semua kakitangan yang ditawarkan anugerah diraja melaporkan terlebih dahulu kepada pengurusan.

Saya terbaca sebuah berita dari bandar Tempe di Negeri Arizona, Amerika Syarikat di mana Arizona State University tidak menganugerahkan ijazah kehormat kepada Obama kerana pencapaiannya setakat ini belum melayakkannya menerima anugerah itu.

Dengan berseloroh, Obama berkata bukan pihak universiti itu sahaja yang berpendapat beliau perlu menunjukkan lebih banyak kejayaan malah isterinya sendiri, Michelle, juga berpendapat demikian.

Obama berkata begitu ketika menjadi tetamu kehormat di majlis konvokesyen universiti berkenan. Adalah tradisi universiti di Amerika menganugerahkan ijazah kehormat kepada tetamu khas majlis konvokesyen.

Sebaliknya pihak universiti itu menamakan salah satu skim biasiswanya mengikut nama Obama.

Dengan berseloroh, Obama berkata: "Saya datang ke sini bukanlah untuk mempertikai cakap-cakap bahawa pencapaian saya belum memadai. Buat permulaan, Michelle setuju dengan penilaian ini. Dia mempunyai senarai panjang mengenai apa yang belum saya laksanakan, yang menanti saya di rumah."

Kalau di Malaysia, sang isteri akan mengatakan suaminya layak dianugerahkan itu dan ini walaupun sang suami baru sehari menjadi menteri atau menjawat jawatan tinggi.

Kita suka orang luar kata kita sederhana atau "modest". Tetapi ramai orang kita sebenarnya amat suka menunjuk-nunjuk dan gila pangkat.

gambar hiasan


Mereka tidak begitu peduli pandangan masyarakat terhadap mereka. Akibatnya mereka sangat serius mencari anugerah, pangkat dan gelaran, tetapi mereka tidak berkelakuan seperti orang ternama.

Maka berlakulah situasi di mana budak "kanyir" dan jutawan segera yang entah apa sumbangannya kepada masyarakat dan negara diberikan pelbagai gelaran dan anugerah, termasuk gelaran diraja.

Tidak hairan jugalah kalau begitu ramai penyandang anugerah diraja yang terbabit atau dikaitkan dengan akhlak buruk, skandal dan jenayah.

Ada negeri dan wilayah tertentu di bumi Malaysia ini yang menjadikan penawaran anugerah sebagai cara mencari pengaruh politik dan sumbangan kewangan.

Harap-harap institusi pengajian tinggi kita mengambil iktibar daripada tindakan Arizona State University dengan tidak sewenang-wenang memberi ijazah kehormat kepada sebarang Ali, Ah Kau dan Muthu.

p/s:sumber dr harakahdaily.net

p/s2: tak taulah Obama ikhlas ke tak cakap camtukan, cover ke ape ke..tapi contohilah dia yang tak cepat menggelabah..tade ah terus marah2 tangkap orang ke, saman uni ke..pecat dekan ke..etc2..hehehe

p/s3:yang baik dr Obama kita ambil, yang buruk kita lempar jauh2 :D

persediaan

just nak kongsi satu analogi yang diberikan oleh seorang akak yang dikasihi..

fikirkan.. berapa lama kita belajar di dunia ini?
dari sekolah rendah..6 tahun..sekolah menengah..5 tahun..
matriks atau persediaan..satu tahun..
bagi yang mengambil perubatan..alam di universiti insyaAllah 5 atau 6 tahun..
jadi totalnya? lebih kurang 18 tahun..

jadi, kita selesai belajar lebih kurang 24 atau 25 tahun..

maka..18 tahun (tempoh pembelajaran) tu, kita habiskan utk mengejar kerjaya kita..
untuk menampung lebih kurang 35 tahun hidup kita selepas belajar..
(kerana anggarannya..manusia hidup 60 tahun..)

tapi..
untuk hidup yang selama-lamanya di dunia akhirat nnt??
berapa lama kita membuat persediaan?
untuk menampung kehidupan di sana?
20 tahun?
30 tahun?
40 tahun? even 1000 tahun?

untuk menampung SELAMA-LAMAnya pasti takkn pernah cukup..

jadi..
manfaatkan masa kita sebaik-baiknya..
dan hanya Allahlah dengan sifat MAHA PEMURAH dan MAHA PENYAYANGNYA
mampu mengampunkan keterbatasan kita
dalam membuat persediaan menghadapiNya..

life is short..
use it wisely~

choose!

p/s:gembira bertemu cikgu skolah menengah!

p/s2:harap mood skrg adalah BERSEMANGAT nk belajar..exam2!!

p/s3:moga weekend ni bermanfaat bg semua :)

p/s4:kek choc indulgence takleh simpan lama2 kalau tak msuk peti ais..nnt rase die "semacam" basi <--kata kak yana (pakar pudding)

p/s5:masih mencari masa untuk buat post baru..mungkin bukan dlm masa terdekat..LI tak siap lagi..lalla~

p/s6:ni last iA, semoga berbahagia cik kaktus bersama kaktus barumu..walaupun td tercucuk duri kaktus, tapi itu bukan salah org yg memberinya..sape suruh pg usap kaktus tuh..dah tau die berduri..(saya dah kate kaktus jahat :p )

p/s7: (ok2..ni last) semua nampaknya BZ mmbuat persediaan exam..tapi jangan lupa PERSEDIAAN bagi ujian yang PASTI berlaku jugak..cuma tak tahu tarikhnya lagi..

p/s8: (tak habes lg :p ) dah boleh cek result midsem haritu!!!

Monday, May 11, 2009

lagi dan lagi...

bagi siape2 yang tak sempat bukak paper, boleh bace berita kat sini :)

just a few important news about the world we're living in..

*************************************************************************************

700 militan Taliban terbunuh

ISLAMABAD 11 Mei - Sekurang- kurangnya 700 anggota militan terbunuh dalam kempen besar-besaran tentera Pakistan untuk menghancurkan kubu kuat Taliban di barat laut negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Rehman Malik hari ini berkata, operasi tersebut akan diteruskan sehinggalah pejuang terakhir Taliban di kawasan itu dibunuh atau diusir.

Serangan di Lembah Swat serta kawasan di sekelilingnya telah mendapat pujian daripada Amerika Syarikat (AS) yang mahu militan al-Qaeda dan Taliban diusir dari kubu mereka di Pakistan tempat mereka boleh merancang serangan ke atas tentera AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan.

Namun, pertempuran sengit telah memaksa puluhan ribu penduduk melarikan diri, selain menimbulkan kebimbangan mengenai masa depan negara bersenjata nuklear ini.

Malik membuat pengumuman itu ketika serangan udara terbaru dilaporkan di beberapa bahagian Lembah Swat, bekas pusat peranginan ski yang jatuh ke tangan Taliban semasa kemaraan mereka dua tahun lalu.

Angka korban militan yang diumumkan oleh Malik itu jauh lebih tinggi berbanding 400 hingga 500 orang yang dilaporkan oleh tentera semalam tetapi tidak dapat disahkan secara berasingan.

"Operasi akan diteruskan sehingga anggota Taliban terakhir terbuuh. Kami tidak memberi mereka peluang, mereka kini melarikan diri dan tidak menjangka serangan sebegitu hebat," kata Malik.

Penggantungan perintah berkurung semalam membolehkan puluhan ribu penduduk awam meninggalkan Swat untuk mencari perlindungan di kawasan lebih selamat di lembah itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini melaporkan, 360,600 penduduk telah didaftarkan di kem dan pusat penempatan sementara sejak 2 Mei selepas melarikan diri dari Lembah Swat dan daerah-daerah Dir dan Buner yang berhampiran.

Jumlah itu, tidak termasuk kira-kira 500,000 orang yang sudah didaftarkan sebagai penduduk yang terpaksa berpindah akibat serangan sebelum ini.

Bilangan pelarian sebanyak itu menjadi ujian kemanusiaan getir bagi kerajaan pusat Pakistan yang lemah.

Tentera banyak bergantung kepada serangan udara sejak serangan di Lembah Swat bermula secara besar-besaran pada Khamis lalu, dan belum jelas bagaimana pihak berkuasa mengenal pasti mereka yang terbunuh sebagai militan.

Kerajaan belum menyatakan bilangan penduduk awam yang terbunuh atau cedera, kemungkinan kerana takut mencetuskan bantahan rakyat.

AS guna fosforus putih di Afghan

KABUL 11 Mei - Pertubuhan hak asasi manusia Afghanistan akan menyiasat dakwaan bahan kimia fosforus putih digunakan dalam pertempuran antara tentera Amerika Syarikat (AS) dengan Taliban yang menyebabkan berpuluh-puluh penduduk terbunuh.

Doktor Afghan melaporkan bahawa penduduk kampung yang cedera dalam pertempuran pada Isnin lalu itu mengalami kebakaran 'luar biasa.'

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Afghanistan hari ini menyatakan bahawa siasatan lanjut akan dijalankan berhubung dakwaan itu.

"Pasukan kami telah menemui pesakit dan akan menyiasat punca kecederaan dan kemungkinan fosforus putih digunakan," kata seorang anggota Suruhanjaya, Nader Nadery.

Tentera Amerika semalam menafikan pihaknya menggunakan bahan mudah terbakar itu dalam pertempuran di wilayah Farah yang menurut Presiden Hamid Karzai meragut nyawa antara 125 hingga 130 penduduk awam.

Sebaliknya, tentera AS mendakwa pejuang Taliban telah menggunakan fosforus putih sekurang-kurangnya empat kali dalam tempoh dua tahun lalu.

Menggunakan fosforus putih untuk menerangi sasaran atau mengeluarkan asap dibenarkan di bawah undang-undang antarabangsa.

Namun, pertubuhan hak asasi manusia berkata, penggunaannya di kawasan berpenduduk boleh menyebabkan orang awam mengalami kebakaran teruk dan dikategorikan sebagai jenayah perang.

Pertubuhan berkenaan juga berpendapat, tidak munasabah untuk Taliban menggunakan fosforus putih kerana mereka tentunya tidak mahu kedudukan mereka terdedah kepada tentera Amerika.

Doktor Afghan berkata, mereka telah merawat sekurang-kurangnya 14 pesakit yang mengalami kebakaran teruk yang belum pernah dilihat oleh doktor sebelum ini


AS tolak henti serangan

WASHINGTON 11 Mei - Amerika Syarikat (AS) menolak gesaan Presiden Afghanistan, Hamid Karzai supaya dihentikan serangan udara AS yang bertujuan untuk menghancurkan kedudukan militan di negaranya.

Penasihat keselamatan negara Presiden Barack Obama, Jeneral (bersara) James Jones sebaliknya berkata, AS tidak akan menghentikan serangan udara tersebut sekalipun ia dilaporkan telah membunuh ratusan penduduk awam sepanjang konflik di Afghanistan.

Dalam insiden terbaru, Karzai mendakwa sekurang-kurangnya 130 penduduk awam dipercayai terbunuh dalam pengeboman dan serangan udara yang dilancarkan oleh tentera AS di wilayah Farah, barat Afghanistan.

Menurut Jones, tentera Amerika akan terus membuat keputusan ketenteraan berdasarkan maklumat perisikan paling tepat yang diterima dan tidak akan menolak sebarang tindakan kerana "kami tidak dapat bertempur dengan sebelah tangan diikat di belakang kami."

Mengulas mengenai kenyataan Jones itu, jurucakap Karzai, Siymak Herawi di Kabul menegaskan bahawa Presiden Afghan itu sangat serius dalam tuntutannya supaya serangan berkenaan dihentikan.

"Kami menuntut dihentikan sama sekali pengeboman ke atas kampung-kampung kami. Kami sangat serius mengenai isu itu," tegas Herawi.

Letupan di Peshawar, 10 maut

PESHAWAR 11 Mei - Sepuluh orang maut, sementara tujuh yang lain cedera setelah seorang pengebom berani mati meletupkan sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan berhampiran satu tempat pemeriksaan keselamatan di barat laut Pakistan, hari ini.

Serangan itu berlaku di pinggir bandar Darra Adam Khel, kira-kira 25 kilometer dari selatan Peshawar.

''Seramai 10 orang terbunuh. Tiga daripadanya mati di hospital, dan tujuh yang lain cedera,'' kata seorang pegawai perisik yang enggan dikenali kepada AFP.

Seorang pegawai tentera turut melaporkan jumlah kematian yang sama. Tambah beliau, dua kakitangan keselamatan adalah antara yang maut.

Pegawai polis, Mohammad Gul pula berkata, turut maut ialah seorang kanak-kanak berusia enam tahun.

Jelasnya, tiga daripada mangsa yang cedera meninggal dunia di hospital di Peshawar akibat kecederaan parah.

Gul berkata, antara mereka yang cedera ialah tiga kanak-kanak dan seorang wanita.

Pegawai memaklumkan bahawa satu terowong berhampiran kejadian telah ditutup, sementara mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.

Tidak ada pihak mengaku bertanggungjawab di atas serangan tersebut, namun pejuang Islam sering menjadikan tentera Pakistan sebagai sasaran

Obama ditawar berucap di Universiti Al-Azhar

KAHERAH 11 Mei - Ulama dan pemimpin tertinggi Sunnah, Sheikh Mohammed Sayyed Al-Tantawi menawarkan pusat keilmuan terunggul Islam, Universiti Al-Azhar di sini sebagai tempat untuk Presiden Amerika Syarikat (AS) menyampaikan ucapan sulungnya kepada umat Islam ketika memulakan lawatannya ke dunia Islam bulan depan.

Kata Al-Tantawi, sebagai pusat ketamadunan Islam dan berhaluan sederhana, Al-Azhar adalah lokasi terbaik bagi Obama menyampaikan ucapannya kepada umat Islam seluruh dunia.

Agensi berita Mesir, MENA melaporkan, Obama yang berjanji untuk merapatkan hubungan antara AS dengan dunia Islam melalui dialog merancang akan menyampaikan ucapannya kepada umat Islam pada 4 Jun ini.

Pada Jumaat lalu White House mengumumkan bahawa Obama akan memulakan usaha meningkatkan keyakinan dan hubungan antara AS dan umat Islam, tetapi tidak menyebut kenapa Mesir menjadi pilihan bagi menyampaikan ucapannya itu

*************************************************************************************


Dr Azzam Tamimi

“Semasa kamu melelapkan mata pada malam nanti, tanya diri kamu, apakah yang kamu telah lakukan untuk Palestin ?”

-Dr Azzam Tamimi, 9 Mei 2009, PWTC, KL , Malaysia


p/s: AS mahu berbaik dengan negara islam? erm~
p/s2:walaupun semua tengah bz nak periksa..tapi jangan lupa saudara kita di sana..doa kita masih diperlukan..
p/s3:saya konfius, PBB ni tugasnye utk kira angka korban je ke?? mungkin..sebab fungsi lain tak nampak!
p/s4:sumber dari utusan dan palestinkini.info
p/s5:kita boleh aplikasikan ucapan Dr Azzam Tamimi tu utk negara2 islam yang lain jugak..ape yg kita dah lakukan utk bantu mereka setakat ni?? '-__-

Thursday, May 7, 2009

kepintaran seorang remaja; Imam Abu hanifah

memandangkan demam COMREL (comparative religion) masih terasa,
just nak kongsi satu cerita..
bukan exactly tentang perbandingan agama..
tapi perdebatan tentang soalan yang berkaitan dengan ketuhanan..
cerita ni agak panjang,
tapi menarik and bermanfaat insyaAllah..


"Pada suatu ketika,
kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah
Yahudi bernama Dahri.
Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam.

Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan
membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan ketuhanan.
Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya.

Setiap kali cabarannya disahut,
hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat
dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan
ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.
Dari kejadiannya ini,
tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama
yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya.

Lalu Khalifah memerintahkan
beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain,
kalau-kalau masih ada ulama
yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri.

Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann
Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya.

Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan
antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan.
Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid
Jamek di tengah-tengah kota Baghdad.

Sehari sebelum pertemuan itu lagi,
Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.
Masing-masng menaruh harapan
agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri
kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.

"Subhanallah.... Subhanallah....
Walauhaulawala quwwata illabillahi aliyyil azim....!"
Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat
mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung.

Dia beristighfar terus.

Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah
bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab

dan matarialis itu. Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT bukanlah perkara
kecil dalam Islam.

Ini kes berat!

Hatinya cukup pedih.
Roh ketauhidannya bergelora.

Mahu rasanya dipenggal leher si Dahri yang
angkuh itu di depan ribuan mata yanng turut hadir dalam majlis itu.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah,

murid Imam Hammad yang
paling rapat dan yang paling disayanginya.

Namanya yang sebenar ialah
Nu' man, yang ketika itu usiannya masih lagi remaja.

Bila ternampak
keadaan gurunya itu,

Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian.

Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.

Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi,

lalu dikhabarkan
kepada muridnya itu.

Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.

"... Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana
kulihat ada sepohon kayu yand rendanng dan lebat buahnya. Tiba-tiba,
di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis
dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun
dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya
sahaja.Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon
rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang
tajam.Lalu,khinzir tadi mati disitu juga."

Hammad termenung seketika.

Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri,

yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,

tidak boleh di biarkan.

Mesti dihapuskan segera.

Wajahnya yang tenang bagai air
sungai yang mengalir jernih,

masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting.

Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga
dikurniakan Allah ilmu menta'bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf.
Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik
bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti.

Dan setelah

mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya:

" Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi
indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita.

Pokok yang berbuah
lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya.

Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri.

Dan khinzir yang

tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri.
Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi...

adalah saya... "

jelas Abu Hanifah.

Beliau juga memohon izin

untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri.

Betapa gembiranya hati Iman Hammad

bila tercetusnya hasrat itu
dari hati muridnya sendiri.

Maka berngkatlah ilmuan budak itu bersama
gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan
diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah.

Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya,

Dahri akan mencabar

dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

" Hai Dahri, apalah yang digusarkan.

Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!"

Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri

dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir.

Dahri sendiri terkejut.

Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.

" Siapa kamu hai anak muda?

Berani sungguh menyahut cabaranku...
Sedangkan ulama yang hebat-hebat,

yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan... !"

Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

" Wahai Dahri,"

balas Abu Hanifah,"

sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan

dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh.

Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan

Kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."

Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah
SWT yang bermaksud:

"Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimul antara kamu
beberapa darjat." (Al-Mujadalah : 11 )

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini
berhujah.

Maka berlangsunglah majlis dialog.

Perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah,

yang terkenal dengan pemikiran materialisdan ateisnya itu,

berlangsung dengan mendebarkan.

"Benarkah Allah itu wujud?,"

soal Dahri memulakan majlis dialognya.

"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.

"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??"

Suara Dahri semakin meninggi.

"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah.

"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula... ?"
bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.

"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri.

Cuba kau lihat pada dirimu sendiri.

Bukankah pada dirimu itu ada nyawa... "

Abu Hanifah mula berhujah.

Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato
dengan penuh minat.

"Bahkan, memang aku ada nyawa,

dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa... !"

sahut Dahri.

"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu... ?
Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?"
Terserentak Dahri seketika.

Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri.

Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu
ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata:

" Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak... ?"

Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"

Abu Hanifah bertanya lagi,

"Kalau begitu dimanakah lemak itu berada?
Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah... ?"

Sekali lagi Dahri terserentak,

tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.

"Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip
dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya,
masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT
di alam maya ini?

Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam
ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini,

pun ciptaan-Nya,

yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung... !"

Suasana menjadi agak bingar.

Dahri terpaku di kerusi.
Terbungkam lidahnya.

Merah mukanya.

Kesabarannya mula terburai.

Bila keadaan agak reda,

Dahri membentangkan soalan.

"Hai anak muda!

Apakah yang wujud sebelum Allah.

Dan apa pula yang
muncul selepas Dia nanti... "

Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah,
murid Imam Hammad yang pintar ini.

"Wahai Dahri!

Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala

dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya.

Allah SWT tetap Qadim dan Azali.

Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir",

tegas Abu Hanifah,

ringkas tapi padat.

"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....

Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya?

Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir

tanpa ada lagi yang selepas Nya... .?"

Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan,

"Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri.

Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu.

Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?"

Sambil menuding ibu jarinya ke langit.

Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian.

"Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya...

" Dahri membelek-belek jarinya.

Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu
yang diambil oleh Abu Hanifah.

"Jadi... ! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun,

tidak mampu kita fikir,

apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu,

yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya

dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."

Sekali lagi Dahri tercenggang.

Bungkam.

Namun masih tidak berputus asa

untuk mematahkan hujah anak muda

yang telah memalukannya di khalayak ramai.


Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya.

Dahri berfikir seketika,

mencari jalan,

mencari idea.

Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya,

iapun tersenyum.

Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak.

"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!"

Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.

"Allah itu ada, kata mu.

Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?"


Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

"Ini soalan yang sungguh menarik.

Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi

supaya dapat didengar oleh semua orang,"

Katanya.

Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus,
berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek,

memberi tempat untuk Abu Hanifah:

"Wahai sekelian manusia.

Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini
ialah menggugurkan yang bathil

sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar,

diturunkan Allah ke bawah mimbar.

Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku,

yang berada di sana,

telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !"

Bagai halilintar,

hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri.
Seiring dengan itu

bergemalah pekikan takbir dari orang ramai.

Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah

yang telah berjaya menyelamatkan
maruah Islam

dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.


Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata
dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid
Mutlak yang empat. Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar'iyyah,
juga mengambil sempena nama ulama ini.

*************************************************************************************

nak jadi hebat seperti Imam Abu hanifah?

tuntutlah ilmu sedalam-dalamnya :)

mempunyai ilmu dan mendalami islam itu bukanlah tugas mereka yang mengambil matapelajaran islam di universiti sahaja..

atau terletak pada mereka yang berasaskan sekolah agama sahaja..

tapi itu adalah tugasan KITA sebagai umat islam!

moga kita tak tergolong dalam kalangan mereka yang mengaku islam tapi tidak tahu tentang islam..

kemahuan untuk mengetahui itu penting!

moga akan lahir tokoh-tokoh seperti imam abu hanifah di kalangan umat islam di masa ini :)


p/s:kadang-kadang umat islam tidak mahu bercakap ttg islam dengan non-muslim sebab takut ditanya soalan yang tak dpt dijawab ttg islam, atau takut islam dicemuh lalu tak dpt pertahankan islam..tapi smpai bila?? belajarlah supaya kita dapat membela agama kita sndr!

p/s2: kerja lab banyak, tapi takleh menahan diri dr post cerita ni '-_-