Monday, June 29, 2009

H1N1 dan indonesia

20 lagi kes baru H1N1



KUALA LUMPUR 29 Jun - Sejumlah 20 kes baru jangkitan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) dicatatkan hari ini di seluruh negara menjadikan jumlah keseluruhan 144 kes.

Peningkatan kes import dari Indonesia dan Thailand menyebabkan Kementerian Kesihatan memutuskan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan kepada pelawat kedua-dua negara itu sebaik mereka sampai ke negara ini.

Sebelum ini, pemeriksaan kesihatan seumpama itu dijalankan ke atas pelawat dari Filipina, Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Ismail Merican berkata, daripada 20 kes baru itu, 16 daripadanya kes import manakala empat lagi adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes-kes baru melibatkan 13 warganegara Malaysia dan tujuh warga asing iaitu dua dari Indonesia dan masing-masing seorang dari Vietnam, Jerman, Australia, Jepun dan AS.

Jelasnya, daripada 16 kes import, mereka yang dijangkiti pernah melawat negara yang terjejas dengan wabak H1N1.

"Jumlah mereka yang sedang menjalani kuarantin rumah kini ialah 618 orang dan semuanya berada dalam keadaan sihat.

"Jumlah terkumpul kes yang disiasat ialah 2,343 kes yang mana 144 disahkan positif dan 28 lagi masih menunggu keputusan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Ismail, jumlah pesakit H1N1 yang masih dirawat di hospital ialah 42 orang dan kesemua mereka menunjukkan respons yang baik kepada rawatan iaitu tanpa komplikasi.

"Jumlah pesakit yang sudah sembuh setakat ini ialah 102 orang dan mereka sudah dibenarkan pulang setelah sembuh sepenuhnya," katanya.

Merujuk situasi global, jelas Dr. Ismail, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan sehingga pagi ini, jumlah terkumpul H1N1 ialah 61,688 kes dengan 265 kematian yang dicatatkan di 112 negara.

"Pertambahan yang dicatatkan ialah 497 kes. Tiada pertambahan kematian dan negara baru yang dicatatkan semalam.

"Negara yang melaporkan pertambahan kes tertinggi ialah Australia (180), Singapura (145), China (51), Hong Kong (66), Korea (21), New Zealand (16), Malaysia (12) dan Brunei (empat)," katanya.

**************************************************************************************

p/s: kes pesakit dari indonesia makin bertambah..

p/s2: memandangkan dah nak dekat balik ke rumah masing2 di malaysia (ye ke?) jadi dinasihatkan agar berhati-hati terutama di kawasan bandara (airport) sebab kat situ kita bercampur dengan pelancong dari pelbagai tempat..pakailah mask sebagai langkah berhati-hati..(cara2 untuk pakai mask boleh rujuk skills lab 1st year- infection prevention..hehe) tak yah malu2..nanti sakit sendiri susah :D

p/s3: jagalah kesihatan kerana ia adalah salah satu nikmat dari Allah taala yang sering kita lupakan..selalunya dah sakit baru nk beringat..

p/s4: hari ni hari yang menakutkan..judicium 1..doakan yg terbaik untuk saya dan rakan2..good luck sume..moga dapat yg terbaik~

p/s5: maaf artikel ni sbenarnya saje2 dipost khusus utk kawan2 yang belajar di indonesia agar berhati-hati dan bersedia untuk mengisi borang kesihatan (in case perlu) ketika pulang ke tanah air nanti..

Sunday, June 28, 2009

organisasi

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang..

assalamualaikum dan selamat pagi..(rasa macam tulis berita :p )

di atas beberapa alasan,
saya rasa terpanggil untuk post artikel
mengenai "berorganisasi"..

sebagai nasihat dan pemantapan diri sendiri..
dan juga bagi rakan-rakan yang ingin mengambil iktibar..

***************************************************************************************

hari jumaat lepas,
saya dan ex-tutorial mate buat farewell dinner
yang berlangsung di restoran BOSA berdekatan Puri Alpina..

Alhamdulillah makanannya sedaplaa jugak
(rasanya lebih sedap daripada makan nasi lemak di malam hari) <--sila abaikan selesai makan, kami diminta untuk memberi speech pendek..
just sebagai kata-kata semangat..
atau peluang untuk minta maaf bagi apa-apa kesalahan yang dah dilakukan
sepanjang sem kami bersama sebagai satu group..

ingin memetik satu ayat dari bekas ketua kumpulan kami..
"..belajarlah berorganisasi.."

ya..saya sangat bersetuju..


sebagai student,
kita tidak harus hanya belajar
dan tidak melibatkan diri dalam berorganisasi..


kerana berorganisasi sebenarnya mengajar kita pelbagai perkara
dalam aspek menempuh kehidupan..

kerana secara tak langsung,
ia mengajar cara berhubungan dengan manusia lain..
cara memimpin..
cara menjalankan tugas dari pelbagai bidang..
dan banyak lagi..

berorganisasi tidaklah terlalu mudah dan tidaklah begitu susah..
kita hanya perlu belajar..

sebagai seorang amatur..
ada 2 perkara yang ingin saya sentuh dalam berorganisasi..
iaitu kerjasama dan tanggungjawab..
based on pendapat dan beberapa input yang pernah saya dapat..

dalam berorganisasi..
kerjasama amat penting..
kalau tiada kerjasama, pasti sesebuah kerja tidak akan dapat berjalan dengan baik..


organisasi


begitu juga dengan tanggungjawab..
jika seseorang yang diberi tugasan atau tanggunjawab,
lalu ia tidak melaksanakannya..

CONFIRM, gerak kerja sesebuah organisasi itu akan pincang..

dalam satu organisasi..
anggaplah ahli-ahli organisasi itu,
ibarat keluarga kita sendiri..
sentiasa memudahkan mereka dan hormati mereka..
tidak kiralah umur atau pangkat..

jika tugasan dan tanggungjawab kita sudah selesai..
dan kita TAHU masih ada kerja yang belum selesai di pihak/ahli/biro lain..
bantulah mereka..

janganlah hanya melihat dan lepas tangan..
lebih-lebih lagi jika sahabat kita itu adalah seorang mukmin..
bukankah jika kita meringankan bebanan/urusan seorang mukmin,
Allah akan meringankan bebanan kita??

Alhamdulillah sejak dari dulu,
saya sering berpeluang menyertai organisasi
yang berbasiskan islam..
dan saya sering diajar..

"luruskan niat dalam bekerja, untuk menjalankan sesuatu program.."

"pastikan matlamat jelas.. "

"kita sebagai AJK atau mereka yang bertanggungjawab..harus melakukan tugas sebaiknya..
jangan lakukan tugas semata-mata untuk melepaskan tanggungjawab..
tapi bertugaslah untuk memastikan
program yang dirancang berjaya dan bermanfaat bagi mereka yang lain"

dan pelbagai lagi masukan yang membina..

lalu dapat saya simpulkan..
bahawa dalam menjalankan sesuatu program..
walaupun kita diberi tugasan khusus seperti biro itu dan biro ini..
namun tugas yang sebenar adalah memastikan program yang telah dirancang
dapat dijalankan dengan baik dari awal (sebelum bermula) hingga akhir (termasuk hal2 baki selepas berakhir program)..
bukan sekadar memastikan tugasan biro kita selesai

ahli biro2 tertentu dilantik untuk memastikan
bidang tugas tersebut ada yang menguruskannya..
agar tak terlepas pandang..
bukan bererti tugasan lain tidak harus dibantu..


kerjasama


jika tugasan yang diberi sudah selesai..
bantulah rakan yang lain..
untuk memastikan perjalanan program akan menjadi lancar..

kerana inilah fenomena yang sering saya perhatikan..
bila tugasannya sudah selesai,
baginya dia sudah tidak terlibat lagi dengan tugasan lain..

tetapi,
apabila ada kepincangan dalam perjalanan program..
masing-masing mahu menunding jari..
bantu tak mahu,
tapi mengharap program sempurna..
'-___-


rasanya itu sahaja yang ingin dikongsi..
mata dah ngantuk..
moga bermanfaat perkongsian pendek ini..


*************************************************************************************

p/s: bagi mereka yang bukan ahli atau AJK..tak salah juga meringankan bebanan sahabat2mu yang menjadi AJK..tolong-menolong tu kan sangat dianjurkan oleh islam :)

p/s2: my biseps is aching '-___-

p/s3: lupa pulak..erm..seringkali KETUA bagi sesebuah organisasi atau program yang perlu banyak berkorban..namun ahli bawahnya WAJIB membantu dan jangan hanya bergerak apabila disuruh..sianlaa kat ketua kome..

p/s4: tapi ketua jangan amek kesempatan pulak! saya sangat tidak suka pada ketua yang hanya memberi arahan sahaja..Rasulullah SAW sendiri turun padang dalam pelbagai perkara untuk membantu para sahabat menjalankan tugas sedangkan baginda adalah ketua kerajaan islam! contohi baginda dalam setiap perkara iA

p/s5: zadul ma'ad banyak lagi!!! huuu~ (ke mana target peribadi?? ) T-T

p/s6: ciri-ciri atau akhlak seorang muslim yang ke-10 "bermanfaat pada manusia lain!"

Amal islami

got this post from my beloved friend (Lina)..so just doing what she asked me to :)

Peraturannya:

1) Copy gambar amal Islam di bawah. Copy satu post ni pun tak ape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye gitu..

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Labih2, lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah.

Di sini ana nak beri tag message ini pada:

*************************************************************************************

erm..

dalam kesempatan ni..nak cakap sket tentang phrase dalam gambar tu yang berbunyi

"perjalanan itu memang memenatkan"

beberapa hari yang lepas,

ade seorang rakan yang bertanya tentang kerja dakwah ni..

dia tanya.."tak penat ke berdakwah?"

atau dalam bahasa mudahnya..mengajak kawan-kawan buat benda baik..

"dah laa diorang ni slalunye tak dengar cakap pun.."

memang benar..

namun, kita harus ungkap kembali kisah-kisah para nabi..

seperti nabi Nuh (sila baca tafsir surah Nuh)

Nabi Musa dan terutamanya Nabi Muhammad SAW..

jalan cerita dakwah mereka lebih sukar..

malah memenatkan kita yang mendengarnya kerana begitu banyak

ranjau dan dugaan..

namun itulah SUNNAH orang yang berjuang..

pasti ada ujian dan dugaan yang harus ditempuh..

dan sememangnya jalan dakwah ini tidak mudah..

bak lirik sebuah nasyid..

"pangkalnya jauh,hujungnya belum tiba.."

moga kita semua mampu istiqamah di jalan ini..


p/s: daurah hari sabtu (semalam) berkenaan dakwah dan akhlak muslim amat2 bermanfaat bagi saya..kerana memang mengingatkan dan mengisi jiwa ni..tahniah dan jzkk..

p/s2: chaiyok hai para daie! ini bukan masanya untuk berehat~ (tiada rehat bg seorang mukmin hingga dia bertemu tuhannya) dunia ni tempat untuk bekerja keras..dan iA kita tuai hasilnya bersama di akhirat kelak..

p/s3: "thabbit qulubana 'ala dinika ya Allah"


Wednesday, June 24, 2009

pernah dengar "sistem khilafah" ?

“Anakku, ayah melihat orang-orang di sini sudah mulai memuji paras rupa dan kecantikanmu. Maka mulai hari ini ayah ingin kamu mengenakan hijab dengan sempurna, kerana kamu sudah menjadi wanita dewasa sekarang.”

Ungkapan kata penuh kasih sayang itu dituturkan oleh Sultan Abdul Hamid II kepada anaknya Aishah saat mereka melintasi hadapan Masjid Hamidiye Yildiz yang terletak tidak jauh dari pintu masuk istananya.

Di hadapan masjid ini, terlalu banyak kisah yang memilukan hati menimpa diri dan keluarga Sultan. Percubaan pembunuhan dengan meletakkan bom di dalam kereta kuda Sultan. Pengeboman itu terjadi selang beberapa saat seusai solat Jumaat. Allah masih menghendaki Sultan Abdul Hamid tetap bertakhta memimpin umat. Usaha khianat untuk menamatkan nyawa orang nombor satu di dunia Islam itu telah gagal.

sultan Abdul Hamid II


sedikit pengenalan tentang Sultan Abdul Hamid
Abdul Hamid Khan II bin Abdul Majid Khan.
Putera Abdul Majid dari isteri kedua beliau.
dilahirkan pada hari Rabu, 21 September 1842.
Ibunya meninggal saat Abdul Hamid berusia 7 tahun.
Beliau menguasai bahasa Turki, Arab, dan Parsi.
Gemar membaca dan bersyair.
menjadi khalifah ketika berusia 34 tahun.

Negarawan Jerman, Otto von Bismarck yang terkenal sebagai
Chanselor besi pernah berkata

“jika kebijaksanaan ialah 100 gram, Abdul Hamid memiliki 90 gram, aku memiliki 5 gram dan 5 gram selebihnya dimiliki oleh pemimpin dan tokoh politik yang lain.”


Sebelumnya, kekhalifahan dipimpin bapa saudaranya iaitu Abdul Aziz
yang berkuasa cukup lama.
Sultan Abdul Aziz digulingkan kemudian dibunuh
oleh musuh politik Khilafah Utsmaniyyah.
Khalifah setelah Abdul Aziz adalah Sultan Murad V,
putera Abdul Aziz. Namun kekuasaannya tidak berlangsung lama
dan digulingkan setelah 93 hari berkuasa
kerana dianggap tidak upaya menjadi khalifah.

Pada bulan Ogos 1876 (1293 H),
Sultan Abdul Hamid dibai’at sebagai Khalifah.
Dia menyedari bahawa pembunuhan bapa saudaranya
serta perubahan-perubahan kekuasaan yang terjadi
saat itu merupakan konspirasi global melawan Khilafah Islamiyah.

Namun Sultan Abdul Hamid II
dapat menjalankan pemerintahannya dengan baik,
sering berbicara dengan pelbagai lapisan masyarakat,
baik kalangan ahli politik , intelektual, rakyat jelata
mahupun dari kelompok-kelompok yang kurang disukainya.

Kebijaksanaannya mengurusi urusan seluruh kaum Muslimin
membuatkan ia semakin popular.
Namanya sering disebut dalam doa-doa di setiap solat Jumaat di seantero bumi.
Sokongan padu kaum Muslimin
dan kesetiaan mereka terhadap Sultan Abdul Hamid II ini
berhasil mengurangi tekanan Eropah terhadap Utsmaniyyah.

Abdul Hamid mengembangkan amanah
dengan memimpin sebuah kerajaan
yang luasnya membentang dari timur dan barat.
Di tengah situasi negara yang genting dan kritis.
Beliau menghabiskan 30 tahun kekuasaannya sebagai Khalifah
dengan dikelilingi konspirasi, mehnah, fitnah
dari dalam negeri
sementara dari luar negeri ada perang,
revolusi, dan ancaman globalisasi
dan tuntutan pelbagai perubahan yang senantiasa terjadi.

Termasuk usaha jahat yang sistematik yang dilakukan kaum Yahudi
untuk mendapatkan tempat tinggal tetap
di tanah Palestin yang masih menjadi
sebahagian dari wilayah kekhalifahan Utsmaniyyah.

Pelbagai langkah dan strategi dilancarkan
oleh kaum Yahudi untuk menembus dinding khilafah Utsmaniyyah,
agar mereka dapat memasuki Palestin.

Pertama, pada tahun 1892,
sekelompok Yahudi Rusia mengajukan permohonan
kepada Sultan Abdul Hamid,
untuk mendapatkan keizinan tinggal di Palestin.
Permohonan itu dijawab Sultan dengan ucapan:

“Pemerintan Ustmaniyyah memaklumkan kepada seluruh kaum Yahudi yang ingin hijrah ke Turki, bahawa mereka tidak akan diizinkan menetap di Palestin”, mendengar jawaban seperti itu kaum Yahudi amat kecewa, sehingga duta besar Amerika turut campur tangan.

Kedua, Theodor Hertzl,
penulis Der Judenstaat (Negara Yahudi),
pengasas negara Israel sekarang,
pada tahun 1896 memberanikan diri menemui Sultan Abdul Hamid
sambil meminta izin mendirikan perniagaan di al Quds.

Permohonan itu dijawab Sultan:
“Sesungguhnya jajahan Utsmani ini adalah milik rakyatnya. Mereka tidak akan menyetujui permintaan itu. Sebab itu simpanlah kekayaan kalian itu dalam kantung kalian sendiri”.

Melihat keteguhan Sultan,
mereka kemudian membuat strategi ketiga,
iaitu melakukan Konferensi Basel di Switzerland,
pada 29-31 Ogos 1897 dalam rangka merumuskan strategi baru
menghancurkan Khilafah Ustmaniyyah.

Oleh kerana peranan dan aktiviti Yahudi Zionis
yang terlalu mendesak dan semakin menjadi-jadi,
akhirnya Sultan pada tahun 1900 mengeluarkan
keputusan pelarangan atas rombongan penziarah Yahudi
di Palestin untuk tinggal di sana lebih dari tiga bulan,
pasport Yahudi harus diserahkan kepada petugas khilafah yang berkaitan.
Dan pada tahun 1901 Sultan mengeluarkan keputusan
mengharamkan penjualan tanah kepada Yahudi di Palestin.

Pada suatu hari banker konglomerat Yahudi, Mizray Krusow dan pemimpin Zionis, Herzl datang dan menawarkan kepada Sultan Abdul Hamid II:

1. Membayar kesemua hutang kerajaan Daulah Uthmaniyah.
2. Membantu menguatkan angkatan tentera laut Daulah Uthmaniyah
3. Meminjamkan 35 juta wang emas lira Uthmaniyah tanpa bunga.

Sebagai balasannya, mereka mahukan:

1. Dibolehkan warga Yahudi untuk berziarah di Palestine pada bila-bila masa yang mereka inginkan dan selama mana yang mereka ingin berada di “tanah suci” itu.
2. Dibolehkan warga Yahudi mendirikan tempat tinggal berhapiran Jerusalem.

Baginda dengan tegasnya menolak mentah-mentah permintaan ini.

Malah langsung tidak mahu berjumpa dengan mereka.

Baginda hanya menghantar wakilnya untuk berjumpa dengan orang Yahudi itu.

“Sampaikan kepada Yahudi yang tidak sopan itu bahawa hutang Uthmani bukanlah sebuah hal yang memalukan, Perancis juga memiliki hutang dan hutang tersebut tidak mempengaruhi negara itu.

Jerusalem menjadi sebahagian dari tanah Muslim sejak Umar Bin Khattab membebaskan kota tersebut dan aku tidak akan pernah mahu menanggung beban sejarah memalukan dengan menjual tanah suci kepada Yahudi dan menghianati tanggungjawab dan kepercayaan dari kaumku.

Silakan Yahudi itu menyimpan wang mereka, dan Uthmani tidak akan pernah mahu berlindung di sebalik benteng yang dibuat dari wang musuh-musuh Islam”.

Namun Yahudi tidak menyerah kalah,

pada tahun yang sama (1901), pengasas gerakan Zionisme,

Theodore Hertzl sekali lagi mengunjungi Istanbul untuk bertemu dengan Sultan Abdul Hamid II.

Sekali lagi baginda menolak untuk berjumpa. Baginda hanya mengutuskan Perdana Menteri.

“Sampaikan kepada Dr. Hertzl untuk tidak mengambil langkah lebih jauh lagi dalam projeknya ini.

Aku tidak akan memberikan sejengkal pun tanah dari wilayah Palestine kerana memang tanah ini bukan milikku, tanah ini milik Daulah Islam.

Daulah Islam yang telah mengobarkan jihadnya demi untuk penggabungan wilayah ini, dan mereka telah mengaliri tanah ini dengan darah mereka.

Silakan Yahudi menyimpan kembali wang mereka.

Jika khalifah Islam suatu hari nanti berhasil dihancurkan, mereka boleh mengambil tanah Palestin dengan percuma. Tapi selama aku masih hidup, aku lebih memilih menusukkan pedang ke dalam tubuhku daripada harus melihat tanah Palestine dipotong dan dilepaskan dari Khilafah Islam.

Ini adalah suatu hal yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai memotong tubuh sendiri sementara ia masih hidup”.

Sejak daripada itu Yahudi mula berpakat dengan Inggeris untuk menjatuhkan kerajaan Islam dan merampas tanah Palestine.

Namun benar kata baginda ia tidak berlaku sementara baginda masih hidup.

Sejak saat itu kaum Yahudi dengan Zionisme
melancarkan gerakan untuk menumbangkan Sultan.
Dengan menggunakan pelbagai kempen dan istilah
seperti “liberation”, “freedom”, dan sebagainya,
mereka menyebut pemerintahan Abdul Hamid II
sebagai “Hamidian Absolutism”, dan sebagainya.

“Sesungguhnya aku tahu, bahawa nasibku semakin terancam. Boleh saja aku berhijrah ke Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa? Aku adalah Khalifah yang bertanggungjawab atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di Istanbul!” Tulis Sultan Abdul Hamid dalam catatan hariannya.


khilafah pasti kembali!


Pada malam 27 April 1909,
Sultan Abdul Hamid dan keluarganya
didatangi beberapa orang tamu yang tidak di undang.
Kedatangan mereka ke Istana Yildiz
menjadi catatan sejarah yang tidak akan pernah dilupakan.

Mereka datang atas nama perwakilan 240 anggota Parlimen Utsmaniyyah
di bawah tekanan dari Turki Muda
yang setuju penggulingan Abdul Hamid II dari kekuasaannya.

Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali mengeluarkan fatwa tentang penggulingan tersebut,
dan akhirnya dipersetujui oleh anggota senat yang lain.
Fatwa tersebut didapati sangat aneh
dan setiap orang pasti mengetahui track record perjuangan Abdul Hamid II
bahawa fatwa tersebut bertentangan dengan realiti sebenar
yang berlaku di Turki dan empayar kerajaan Islam.

Keempat utusan itu adalah
Emmanuel Carasso,
seorang Yahudi warga Itali
dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Utsmaniyyah
melangkah masuk ke istana Yildiz.

Turut bersamanya adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia,
Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga panglima Ketenteraan Utsmaniyyah,
serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat daerah Daraj di Meclis-i Mebusan.

“Bukankah pada waktu seperti ini
adalah masa di mana aku harus menunaikan kewajibanku terhadap keluargaku.
Tidak bolehkah kalian bicarakan masalah ini esok pagi?”
Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka
yang kelihatannya begitu tiba-tiba dan mendesak.

Tidak ada simpati di raut wajah mereka.
“Negara telah memecat Anda!”
Esat Pasha memberitahu kedatangannya dengan nada angkuh.
Kemudian satu persatu wajah anggota rombongan itu
diperhatikan dengan saksama oleh Sultan.

“Negara telah memecatku, itu tidak ada masalah..
tetapi kenapa kalian membawa serta Yahudi ini masuk ke tempatku?”
Spontan Sultan murka yang amat sangat sambil menudingkan jarinya
kepada Emmanuel Carasso.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu.
Dialah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl
ketika ingin mendapatkan keizinan menempatkan Yahudi di Palestin.

Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid
di Sancak Palestin sebagai tempat pemukiman Yahudi
di Tanah Suci itu.
Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas,
termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid
untuk tidak mengizinkan Yahudi bermukim di Palestin,
telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk.
Harganya terlalu mahal.

Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta,
dan sistem Khilafah disembelih agar tamat riwayatnya.
Jelas terlihat bahawa saat tersebut adalah saat
pembalasan paling dinanti oleh Yahudi,
di mana Abdul Hamid II yang telah menolak menjual Palestin pada mereka,
telah mereka tunjukkan di depan muka Abdul Hamid II sendiri
bahawa mereka turut serta dalam penggulingannya dari kekuasaan.

Mendung menyeluputi wajah Abdul Hamid II dan wajah Khilafah Islamiyah.

“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu,
siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini
untuk menyampaikan berita penggulinganku malam itu.”
Sultan Abdul Hamid meluapkan derita hatinya di dalam catatan hariannya.

Perancangan menggulingkan Sultan
sebenarnya sudah dilaksanakan lama sebelum malam itu.
Beberapa Jumaat belakangan sebelum peristiwa hitam itu,
nama Sultan sudah tidak disebut lagi di dalam khutbah-khutbah.

“Walaupun anda dipecat, kelangsungan hidup anda berada dalam jaminan kami.”
Esat Pasha menyambung pembicaraan.

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim,
serta puterinya yang terpaksa menyaksikan pengkhianatan terhadap dirinya.
Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian yang memilukan malam itu.

“Bawa adik-adikmu ke dalam.”
Sultan Abdul Hamid menyuruh Amir Abdul Rahim membawa adik-adiknya ke dalam kamar.

“Aku tidak membantah keputusanmu.
Cuma satu hal yang kuharapkan.
Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan.
Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku s
ebagai ayah perlu menyekolahkan mereka.”
Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan.

Sultan sedar akan tidak ada gunanya membantah keputusan yang dibawa rombongan itu.
Itulah kerisauan terakhir Sultan Abdul Hamid.
Membayangkan masa depan anak-anaknya yang ramai.
Sembilan lelaki dan tujuh perempuan.

Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah
oleh keempat orang itu.
Malam itu juga, Sultan bersama para anggota keluarganya
dengan hanya mengenakan pakaian yang yang di pakai pada malam tersebut
di angkut di tengah gelap gelita
menuju ke stesyen kereta api Sirkeci.

Mereka diusir pergi meninggalkan bumi Khilafah,
ke istana milik Yahudi di Salonika,
tempat pengasingan negara sebelum seluruh khalifah dimusnahkan
di tangan musuh Allah.

Di Eminonu, terlihat Galata di seberang teluk sedih.
Bukit itu pernah menyaksikan kegemilangan Sultan Muhammad al-Fatih
dan tenteranya yang telah menarik 70 kapal menyeberangi bukit itu
dalam tempoh satu malam.
Mereka menerobos teluk Bosphorus yang telah dirantai pintu masuknya oleh Kaisar Constantinople.
Sejarah itu sejarah gemilang.
Tidak akan pernah hilang.

Sultan Abdul Hamid II mengungkap kegundahan hatinya
ke dalam surat kepada salah seorang gurunya
Syekh Mahmud Abu Shamad yang berbunyi:

“…Saya meninggalkan kekhalifahan bukan kerana suatu sebab tertentu,
melainkan kerana tipu daya dengan pelbagai tekanan
dan ancaman
dari para tokoh Organisasi Persatuan
yang dikenal dengan sebutan Cun Turk (Jeune Turk),

sehingga dengan berat hati

dan terpaksa saya meninggalkan kekhalifahan itu.


Sebelumnya, organisasi ini telah mendesak saya berulang-ulang
agar menyetujui
dibentuknya sebuah negara nasional
bagi bangsa Yahudi di Palestin.

Saya tetap tidak menyetujui permohonan tersebut

yang datang bertubi-tubi tanpa ada rasa malu.


Akhirnya mereka menjanjikan wang
sebesar 150 juta pounsterling emas.

Saya tetap dengan tegas menolak tawaran itu.

Saya menjawab dengan mengatakan,


“Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini,
aku tidak akan menerima tawaran itu.

Tiga puluh tahun lebih aku hidup mengabdi kepada kaum Muslimin

dan kepada Islam itu sendiri.


Aku tidak akan mencoreng lembaran sejarah Islam

yang telah dirintis oleh nenek moyangku,
para Sultan dan Khalifah Uthmaniah.

Sekali lagi aku tidak akan menerima tawaran kalian.”


Setelah mendengar dan mengetahui sikap dari jawaban saya itu,

mereka dengan kekuatan gerakan rahsianya

memaksa saya meninggalkan kekhalifahan,

dan mengancam akan mengasingkan saya di Salonika.

Maka terpaksa saya menerima keputusan itu
daripada menyetujui permintaan mereka.

Saya banyak bersyukur kepada Allah,

kerana saya menolak untuk mencoreng Daulah Uthmaniah,

dan dunia Islam pada umumnya
dengan noda abadi
yang diakibatkan oleh berdirinya negeri Yahudi di tanah Palestin.


Biarlah semua berlalu.
Saya tidak bosan-bosan mengulang rasa syukur kepada Allah Ta’ala,

yang telah menyelamatkan kita dari aib besar itu.

Saya rasa cukup di sini apa yang perlu saya sampaikan

dan sudilah Anda dan segenap ikhwan menerima salam hormat saya.

Guruku yang mulia.

mungkin sudah terlalu banyak yang saya sampaikan.

Harapan saya, semoga Anda

beserta jama’ah yang anda dapat memaklumi semua itu.


Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


22 September 1909


ttd

Pelayan Kaum Muslimin

(Abdul Hamid Bin Abdul Majid)

Deru langkah tentara kedengaran melangkah menuju istana.
Meriam ditembakkan sebagai tanda Sultan Mehmed V
dinobatkan menjadi penguasa Utsmaniyyah.

Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V menjadi Khalifah ke 99 umat Islam
sejak Abu Bakr al-Siddiq ra.
Tetapi khalifah yang satu ini sudah tidak memiliki kekuasaan apa-apa.
Hanya boneka pengumpan yang
hanya akan mempercepatkan pemberontakan untuk pembubaran Khilafah Utsmaniyyah.

“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu,
aku merasa begitu tenang dan aman.
Seperti sebuah gunung besar yang selama ini mengendap di dadaku,
ketika diangkat terasa lega!”
keluh Sultan Abdul Hamid

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis.
Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika Yunani penuh misteri.

“Sabarlah anak-anakku.
Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita,
bukankah kematian itu kesudahan untuk semua.”
Sultan Abdul Hamid memberi motivasi kepada seluruh kerabatnya
saat keretapi sedang meluncur laju.

Bumi khilafah ditinggalkan di belakang.
Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Utsman, berakhir malam itu.

Sultan akhirnya meninggal akibat menderita sakit
di tempat tahanan/kurungan beliau dan keluarganya.

*************************************************************************************


p/s: umat islam kini tak rasa langsung kehilangan sistem khalifah ni dan boleh hidup seperti biasa..sedangkan umat islam tiada yang mengetuainya! bukankah seorang ketua tu sangat penting sehingga Rasulullah SAW sendiri pernah mengarahkan agar melantik seorang ketua di kalangan 3 orang yang sedang di perjalanan (menunjukkan betapa pentingnya peranan ketua).

p/s2: sekarang bukan masa untuk umat islam saling berpecah mengikut kelompok2 masing,
tapi masanya untuk bersatu menentang musuh islam yang sebenar..

p/s3: daulah islamiyah akan tertegak semula~ dengan usaha bersama..

p/s4: maaf post sangat panjang tapi rasanya penting :D

p/s5: ayuh! bangkitlah saudaraku dari lena mu yang panjang..tugas kita sebagai hamba Allah masih banyak~

Sumber; Harb, Muhammad (1998). Catatan Harian Sultan Abdul Hamid II. Darul Qalam, ; Asy-Syalabi, Ali Muhammad (2003). Bangkit dan Runtuhnya Khilafah ‘Utsmaniyah. Pustaka Al-Kautsar, 403-425.

Monday, June 22, 2009

just read~


Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS bertemu Presiden Yaman.


Selasa, 23/06/2009 -Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Dr Musa Abu Marzuq bertemu dengan Presiden Yaman, Ali Abdullah Salleh pada hari Ahad (21/6). Dalam pertemuan tersebut Dr Musa telah memaklumkan tentang perkembangan terkini yang berlaku di Palestin serta mengenai dialog terakhir yang berlangsung di Kaherah. Kedua-dua pihak juga membincangkan tentang sikap pihak-pihak lain terhadap isu Palestin.

Presiden Ali Abdullah Salleh sekali lagi menegaskan sikap Yaman yang mendokong isu Palestin dan penegakan negara Palestin yang beribu negarakan bandar al-Quds.Lawatan Abu Marzuq ke Yaman bertujuan memaklumkan perkembangan terakhir isu Palestin kerana peranan besar yang dilaksanakan oleh Yaman bagi menyatukan perselisihan yang berlaku di kalangan fraksi Palestin.

*************************************************************************************

Sekolah pondok didakwa lahir pemberontak

BANGKOK 22 Jun – Sekolah pondok didakwa menjadi tempat melahirkan pemberontak di Selatan Thai dan kumpulan pemisah didakwa menggunakan mereka untuk merekrut dan melatih remaja Islam.

International Crisis Group (ICG), yang beribu pejabat di Brussels, Belgium dalam laporan terkini bertajuk: `Merekrut Militan di Selatan Thailand’ berkata, terdapat lebih 100,000 pelajar di sekolah-sekolah pondok, dengan pengambilan dianggarkan antara 1,800 hingga 3,000 pejuang.

“Mereka yang merekrut merayu etnik Melayu agar berbangga dengan nasionalisme kesultanan lama Pattani. Mereka memberitahu pelajar di sekolah-sekolah (pondok) bahawa adalah menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk mengambil balik tanah mereka daripada penganut Buddha yang kafir,” kata penganalisis ICG Thai Rungrawee Chalermsripinyorat.

Beliau berkata, kelas pondok merupakan permulaan hubungan juru rekrut mencari pelajar yang alim, kuat bekerja dan berperangai baik untuk menyertai program penyemaian aktiviti luar, sambil menambah kata bahawa pelajaran agama, aktiviti lawatan dan sukan menyediakan peluang bagi menilai pelajar dalam tempoh antara beberapa bulan dan setahun

p/s: tak tahu lah media ni menggembar gemburkan cite dan melebih-lebih atau ape..tapi yang penting..umat islam perlu sedar yang jihad memang takleh dipisahkan dari agama kita..dalam hadis 40 sendiri,(hadis ke 29) Nabi bersabda,

".....inginkah kalian ku beritahukan pokok kepada segala urusan dan puncak mahkotanya?" Aku (mua'z bin Jabal) menjawab "ingin wahai Rasulullah" Baginda bersabda "Pokok dari segala urusan adalah islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah JIHAD"

tapi manusia sekarang ditakut-takutkan dengan erti jihad tu sendiri..
jihad bukan terrorisme..dan ia tak sepatutnya menjadikan kita terlalu fanatik
dan menghalalkan darah sekalian manusia yang kafir..

dan jihad itu LUAS maknanya..bukan sekadar pergi berperang mengangkat pedang dan membawa pistol, senapang meriam bom etc2..

mungkin umat islam sendiri perlu diberi penjelasan dan penerapan tentang konsep jihad yang sebenar dan KEPENTINGANNYA..

sedarlah, macam mana zaman Rasulullah dan para sahabat dulu, segalanya amat gemilang dan aman tenteram sedangkan mereka masih mengutamakan dan amat berpegang pada konsep jihad..

*************************************************************************************

Chavez: Hormati kemenangan

CARACAS 22 Jun – Presiden Venezuela, Hugo Chavez berkata, seluruh dunia perlu menghormati Iran serta kemenangan Presidennya, Mahmoud Ahmadinejad dalam pilihan raya Presiden baru-baru ini.

“Kami menggesa seluruh dunia supaya menghormati Iran kerana terdapat percubaan untuk melemahkan kekuatan revolusi Iran,” kata Chavez dalam ucapan mingguannya di radio dan televisyen semalam.

Kenyataannya itu bertentangan dengan kritikan Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah terhadap tindakan yang diambil oleh kerajaan Iran untuk menghentikan protes dan menyekat liputan media terhadap kekacauan yang meletus.

Media rasmi Iran melaporkan, sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh sejak keganasan tercetus lebih seminggu lalu berikutan keputusan pilihan raya 12 Jun yang dipertikaikan oleh kem yang tewas.

“Kemenangan Ahmadinejad adalah kemenangan mutlak. Mereka cuba memburuk-burukkan kemenangan Ahmadinejad dan dengan itu cuba melemahkan kerajaan dan revolusi Islam. Saya tahu mereka tidak akan berjaya,” tegas Chavez.

Pemimpin Venezuela yang berhaluan kiri itu berkata, beliau telah menelefon Ahmadinejad selepas pilihan raya untuk menyuarakan sokongannya.

Kementerian Luar Venezuela mengeluarkan satu kenyataan yang membidas ‘kempen hebat dan tidak berasas oleh pihak luar untuk memburuk-burukkan’ Presiden Iran itu.


p/s2: negara bukan islam sendiri tahu menghormati negara islam..


*************************************************************************************

Cubaan bunuh: Presiden Ingushetia cedera parah



NAZRAN, Rusia 22 Jun - Pemimpin sebuah republik Islam di Rusia cedera parah dalam satu percubaan untuk membunuhnya hari ini, serangan yang memberi tamparan terbaru kepada pemerintahan Kremlin yang goyah di Kaukausus Utara.

Presiden Republik Ingushetia, Yunus-Bek Yevkurov (gambar) cedera parah awal pagi ini apabila sebutir bom di tepi jalan diletupkan ketika konvoi beliau dalam perjalanan ke tempat kerja, lapor media tempatan.

Agensi berita Tass melaporkan, empat pengawal peribadi beliau terkorban manakala lima yang lain cedera.

Presiden itu dikejarkan ke hospital di bandar ini untuk menjalani pembedahan kecemasan dan seorang doktor berkata, Yevkurov kini menggunakan alat bantuan pernafasan.

"Sukar untuk mempercayai seseorang boleh terselamat dalam letupan sebegitu kuat," katanya.

Setiausaha Akhbar Presiden, Kaloi Akhilgov yang berada di sisi Yevkurov di hospital memberitahu Reuters, Presiden itu mengalami kecederaan yang 'sederhana teruk' dan masih sedar.

Ditanya sama ada nyawa Presiden itu dalam bahaya, Akhilgov menjawab, 'tidak, belum lagi'.

Laman web bukan kerajaan, ingushetia.org melaporkan, letupan itu berlaku tidak jauh dari satu persimpangan jalan menghala ke ibu kota wilayah, Magas ketika konvoi Presiden menuju ke pejabat.

Antara mangsa yang dilaporkan cedera ialah saudara lelaki Presiden.

"Kami mendengar satu letupan kuat pada sekitar 8 pagi, tingkap-tingkap rumah hampir pecah," kata seorang penduduk tempatan.

Ingushetia telah mengatasi jirannya, Chechnya sebagai pusat pemberontakan di sepanjang bahagian selatan Rusia bagi mencabar pemerintahan Kremlin.

Pasukan keselamatan berkata, republik ini kini menjadi tempat bertapak untuk rangkaian militan global.

Presiden Rusia, Dmitry Medvedev melantik bekas pegawai tentera payung terjun, Yevkurov sebagai Presiden pada Oktober lalu bagi menggantikan bekas pegawai polis rahsia, Murat Zyazikov yang didakwa gagal meredakan pemberontakan.

p/s3: syafakallah~

Sunday, June 21, 2009

Latest news

Hamas dan Fatah bincang isu tahanan politik di Gaza dan Tebing Barat


Isnin, 22/06/2009 –
Wakil- wakil dari Hamas dan Fatah, Rabu lepas, telah mengadakan pertemuan di Jalur Gaza dan Tebing Barat bagi membincangkan isu tahanan- tahanan politik serta memperbaiki suasana supaya dialog nasional dapat disambung semula.

Dr. Ismail Radwan, pegawai senior Hamas, menegaskan perbincangan akan difokuskan kepada jenayah penyeksaan paramedik, Haithan Amr, yang mati di jail PA. Katanya lagi; “tiada gunanya meneruskan pertemuan- pertemuan sebegini jika masih terdapat lagi pembunuhan pejuang- pejuang Hamas di Tebing Barat”. Tambahnya lagi, “Kita perlukan mereka- mereka yang sanggup untuk mengimplimentasi dan komited dalam merealisasikan persetujuan yang dicapai”.

Dalam satu kenyataan akhbar, ahli komiti rekonsiliasi Hamas, Ismail Al- Ashqar juga menegaskan bahawa 20 daripada 700 tahanan –tahanan politik yang dibebaskan Fatah sebelum ini, tidak membuktikan apa- apa. Malah pihak berkuasa Fatah akan membuat penahanan yang lebih banyak pada keesokan harinya. Wakil- wakil Hamas juga mengutarakan kes pembunahan satu, Amr, di jail perisikan PA dan menyuruh Fatah supaya mengutuk secara terbuka akan pembunuhan tersebut melalui media- media serta membawa pembunuh -pembunuhnya ke muka pengadilan.

*************************************************************************************

Kumpulan bersenjata bersama di Tebing Barat buru pembunuh pejuang



Isnin, 22/06/2009 – 5 kumpulan pejuang Palestin berkata mereka telah membentuk beberapa kumpulan bersenjata bersama di banyak kawasan di Tebing Barat yang bertanggungjawab memburu dan menghapuskan para pembunuh pejuang, sambil menegaskan sesiapa yang menghalakan senapangnya kepada para pejuang sama kedudukannya dengan penjajah dan pengkhianat, serta kesudahannya akan menjadi sampah sejarah.

Dalam satu kenyataan ketenteraan bersama pada hari Selasa (16/6) yang diterima oleh Pusat Media Palestin, kelima-lima kumpulan itu yang mengandungi Briged Izzuddin al-Qassam, Briged Syuhada’ al-Aqsa, Briged al-Muqawamah al-Wataniyyah, Lijan al-Muqawamah al-Sha’biyyah dan Saraya al-Quds menegaskan bahawa mereka telah menubuhkan beberapa kumpulan bersenjata bersama di banyak kawasan di Tebing Barat. Kumpulan ini juga mengambil tanggungjawab untuk memburu dan menghapuskan para pembunuh pejuang, dari setinggi-tinggi hirarki hingga ke peringkat yang paling bawah.

*************************************************************************************

Israel mahu luaskan lagi penempatan haram


BAITULMAQDIS 21 Jun - Israel merancang untuk memperuntukkan dana sebanyak AS$250 juta (RM900 juta) dalam tempoh dua tahun akan datang bagi membina kawasan penempatan Yahudi di wilayah Palestin di Tebing Barat tanpa mempedulikan tekanan Amerika Syarikat (AS) supaya aktiviti tersebut dihentikan.

Peruntukan itu terkandung dalam bajet 2009-2010 yang melepasi bacaan pertama di Knesset (parlimen) minggu lepas, lapor radio tentera Israel hari ini.

Kira-kira AS$125 juta (RM450 juta) akan digunakan untuk pelbagai perbelanjaan berhubung keselamatan manakala selebihnya akan membiayai pembinaan kawasan perumahan.

Pertubuhan Israel yang menentang penempatan Yahudi, Peace Now melaporkan, perbelanjaan pembinaan kawasan penempatan dalam bajet 2009-2010 itu dijangka lebih tinggi dan 'diagih-agihkan dalam beberapa bahagian bajet'.

"Angka rasmi itu jauh lebih kecil daripada jumlah sebenar dan rakyat Israel bukan sahaja akan menanggung akibat politik kerana meneruskan kegiatan pembinaan penempatan tetapi akan turut menanggung kos ekonominya," kata ketua Peace Now, Yariv Oppenheimer.

AS telah menggesa Israel menghentikan semua aktiviti pembinaan di kawasan penempatan Yahudi di Tebing Barat.

Masyarakat antarabangsa menyifatkan kawasan penempatan Israel itu sebagai menyalahi undang-undang antarabangsa dan antara halangan utama dalam menggerakkan proses damai Asia Barat.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu enggan tunduk kepada tuntutan Washington dan sebaliknya menyatakan aktiviti pembinaan bagi menampung pertumbuhan penduduk Yahudi akan diteruskan.

Lebih 280,000 rakyat Israel mendiami kawasan penempatan Yahudi di Tebing Barat, wilayah Palestin yang ditawan oleh Israel daripada Jordan dalam Perang Enam Hari 1967

*************************************************************************************

Mousavi sedia syahid



TEHERAN 21 Jun - Pemimpin pembangkang Iran, Mirhossein Mousavi sudah 'bersedia untuk mati syahid' dalam mengetuai protes yang telah menggegarkan Republik Islam ini dan mencetuskan amaran pertumpahan darah daripada pemimpin tertingginya, Ayatollah Ali Khamenei.

Mousavi semalam juga menggesa mogok umum dilancarkan di seluruh negara jika beliau ditangkap.

Sebaik sahaja senja berlabuh, laungan Allahu Akbar bergema dari atas bumbung bangunan di seluruh utara Teheran selama hampir sejam malam tadi, sama seperti taktik yang pernah digunakan semasa revolusi Islam 1979 yang menjatuhkan Shah Iran.

Dalam tindakan penuh simbolik, seorang pengebom berani mati meletupkan diri di makam bapa revolusi Islam Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini, sementara kekacauan terus merebak di seluruh Teheran tanpa menghiraukan larangan ke atas demonstrasi.

Televisyen kerajaan hari ini melaporkan, sekurang-kurangnya 19 orang maut dan lebih 100 lagi cedera dalam kekacauan tersebut.

Polis pencegah rusuhan yang dikerahkan secara besar-besaran melepaskan tembakan gas pemedih mata, serta menggunakan belantan dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Saksi berkata, dianggarkan 2,000 hingga 3,000 orang membanjiri jalan raya dalam tindakan yang jelas mencabar Khamenei yang menggunakan ucapannya kelmarin, untuk mengesahkan kemenangan besar Presiden Mahmoud Ahmadinejad dalam pilihan raya yang dipertikaikan.

Pencabar beliau yang tewas, Mousavi berikrar beliau tidak akan mengalah.

"Dalam ucapan di barat daya Teheran, Mousavi berkata, beliau bersedia untuk mati syahid dan beliau akan terus mengikut jalan perjuangan ini," kata seorang sekutu rapat bekas Perdana Menteri itu semasa perhimpunan di Jalan Jehyun di Teheran.

Menurut saksi, Mousavi juga dipercayai sudah bersedia untuk menghadapi sebarang tindakan terhadap dirinya.

"Mousavi menggesa penduduk melancarkan mogok umum jika beliau ditangkap," kata saksi itu.

Mousavi mengulangi tuntutannya agar keputusan pilihan raya tersebut dibatalkan dan pengundian diadakan semula.

"Langkah-langkah jelik (penipuan dalam pilihan raya) sudah dirancang berbulan-bulan sebelum pengundian... disebabkan semua pencabulan yang dilakukan, pilihan raya itu patut dimansuhkan," kata Mousavi dalam suratnya kepada badan perundangan tertinggi Iran, Majlis Penjaga.






p/s: ya Allah, bantulah kaum muslimin..jauhilah fitnah dari kami..

p/s2: i dont know what else to say bila lihat pergolakan dunia islam masa kini..

p/s3: mood sedih..hurm..tapi takleh berpanjangan..

Friday, June 19, 2009

ujian dalam kenikmatan

sekarang di seluruh dunia..
islam kelihatan makin berpecah..
bergaduh sesama sendiri..
dan dilagakan oleh pihak2 luar..

namun,
kita sebagai seorang muslim perlu sentiasa sedar kepentingan
kebersamaan antara kita..
jangan mudah memepercayai omongan dan hasutan luar..
terutamanya dari mereka yang sudah jelas
mempunyai motif utk menghancurkan islam..

saya sedih..
setiap kali membaca berita di alam maya..
tajuk-tajuknya pasti tidak mententeramkan jiwa..
pergolakan di Teheran,Iran..

salah seorang bekas calon presiden, dalam pilihanraya di Iran


di Palestin yang tiada kesudahan..
malah semakin hebat di Malaysia..
tanah kelahiran sendiri..

saya tidaklah hebat politik..
untuk mengulas keadaan atau pergolakan yang berlaku..
malah ilmu islam juga masih jauh dan amat cetek untuk
bercakap lebih panjang..

namun cuma tergerak untuk berkongsi sedikit luahan hati..
tentang isu semasa di dunia kita ini..
di bumi yang diciptakan Allah,
dimana manusia itu sepatutnya bertugas sebagai hambaNya..
dan khalifah yang memakmurkan bumi ini
dengan islam..

tanggungjawab menjaga alam,tempat kita menumpang..


agama yang membawa kesejahteraan..
dan keselamatan..

namun..
benarkah islam sekarang membawa kebaikan untuk penduduk bumi?

pasti kita sebagai muslim
akan menjawab "YA!"
dengan tegas..
dan marah jika ada yang mempertikaikannya..

namun lain pandangannya bagi sahabat-sahabat kita..
yang berada di luar islam..
yang masih belum diberi nikmat terbesar dalam kehidupan seorang manusia..
nikmat iman dan islam..

tujuan utama mahu post blog ni,
bukan sekadar mahu menyedarkan sahabat sekeliling tentang isu semasa..
namun untuk menegaskan..
peranan kita..

lagi-lagi sekarang most of us sedang cuti..
tak kiralah di malaysia..
atau oversea..
musim cuti sedang berlangsung..atau bakal tiba..

dan bagi saya dan rakan-rakan di UNPAD (esp angkatan 2008)
kami sedang diuji Allah dengan cuti seminggu
sebelum judicium berlangsung..

jadi..
apakah yang dah dirancang sepanjang cuti kita?

tidur?
makan dengan rakan-rakan?
shopping di bandung?
swimming?
jamming?
bowling?
jogging?

dan lain2..

frankly speaking..
semua tu ada dalam perancangan saya dan kawan-kawan dekat..
namun..
tak sedaplah kalau setakat itu sahaja..

"hidup hanya untuk berhibur"

itukah yang kita cari dan mahu?

kita perlu sedar..
kita ada tanggungjawab
yang menimbun sebagai seorang muslim..
janganlah diabaikan..

tak salah nak buat semua aktiviti di atas..
tapi bukan itu sahaja..
dan bukan sepanjang masa..

saya berasa bangga dengan teman-teman
yang takut apabila datangnya cuti..
kerana risau tak diisi sebaiknya..
dan risau akan membazir waktu yang diberi..
walaupun hanya seminggu..
tapi boleh menjadi satu kerugian yang besar bagi kita umat islam..
apatah lagi bila datang cuti sebulan nanti '-__-

jangan biar cuti kita kosong~


mungkin bagi mereka yang
sering memberi alasan "busy"
untuk menyertai program-program agama ketika sibuk belajar..

nah..inilah masanya..
cutikan banyak masa..
lalu gunakanlah walau sedikit..
untuk mengejar dan mengaut sebanyak-banyak ilmu yang kita boleh..

bagi mereka yang sudah biasa menyertai program agama..
perkasakan lagi..
tambah lagi..
dan ajak mereka yang lain..
kerana ini juga peluangnya..


rancang aktiviti yang dapat membantu diri
dan sahabat lain..
bukan berdiam diri di kamar..
mengaji sendirian..
menulis blog memanjang (erkk)
dan hanya membaca buku agama sorang2..

bila ada peluang menyampaikan..sila sampaikan..
"ballighu anni walau ayah"

harapnya cuti kali ni bermanfaat..
bagi diri sendiri dan rakan2..

kesenangan itu satu ujian..
cuti itu satu ujian..
lalu lepasi lah ia dengan cemerlang..
kerana yakinlah..
ada yang sedang memandang..
dan mencatat segala perbuatan dan percakapan kita..


just a reminder for me and my friends..
"enjoy" holiday dengan mengumpul pahala :)

*************************************************************************************

p/s: cuti!!

p/s2: patu judicium n remed '-__-

p/s3: patu balik malaysia!

p/s4: patu balik sini balik '-__-

p/s5: well..kene laa selang seli keseronokkan tu kan..takkan asek nak happy je..hehe..

p/s6: jangan bangun lambat ye cuti ni! baik bangun awal tengok sunrise..cantik~ :p (macam laa dok tepii pantai an..hee~)

p/s7: jangan manjakan diri time2 cuti ni..aktif2!!!

Sunday, June 14, 2009

cinta vs belajar

Pelajar universiti lebih gemar bercinta - Tajuddin


gambar hiasan


IPOH 14 Jun - Kementerian Pengajian Tinggi diminta membuat kajian terperinci mengenai tingkah laku pelajar-pelajar universiti yang dilihat lebih gemar bercinta daripada memberi tumpuan menimba ilmu di universiti.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, perkara berkenaan perlu dilihat secara serius bagi memastikan ia tidak menjadi fenomena tidak sihat dan seterusnya menjatuhkan prestasi akademik mereka.

''Sepatutnya kerajaan buat satu kajian khusus untuk mengetahui berapa ramai pelajar bercinta di universiti, saya yakin ramai pelajar yang terlibat kerana ada yang sudah berani menaiki motosikal bersama ke sana dan ke mari.

''Sekarang saya lihat ada juga pelajar yang sibuk hendak berkahwin sedangkan masih belajar, ini satu perkara yang sangat jelas menyimpang daripada tujuan asal memasuki universiti,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis penyampaian wang pendahuluan Perbadanan Tabung Pelajaran Tinggi Nasional (PTPTN) bagi Parlimen Pasir Salak di sini semalam.

Tajuddin berkata, golongan siswa sepatutnya memberi sepenuh perhatian terhadap pelajaran supaya menjadi pelajar cemerlang dan bukan sekadar mempunyai keputusan 'cukup makan'.

Kata beliau, selain bercinta, golongan siswa juga didapati gemar menghabiskan wang pinjaman PTPTN dengan membeli telefon bimbit daripada membelanjakan wang tersebut untuk mendapatkan buku rujukan atau komputer.

Katanya, keadaan itu menyebabkan kualiti siswa khususnya daripada kaum Melayu agak rendah dan sukar bersaing untuk mendapatkan pekerjaan berbanding pelajar kaum lain yang lebih cemerlang di dalam pelajaran.

''Ini baru soal bercinta, banyak lagi perkara yang menjejaskan prestasi pelajaran siswa-siswi seperti lebih sibuk berpolitik, berceramah selain berdemonstrasi menentang kerajaan.

''Golongan ini merupakan pelajar yang lupa daratan, mereka lupa kepada jasa ibu bapa yang menghantar mereka ke universiti dan lupa kepada kerajaan yang membantu mereka mendapatkan pinjaman pelajaran,'' ujar beliau.


*************************************************************************************


p/s: susah dah laa nak kawen time study..sebab kerajaan dah tak galakkan..hehe :p tapi siape yg tetap nk kawen..sila la..yang penting jemput :D

p/s2: isu 'bercinta' ni sanye bukan stakat kat universiti..skolah pn dah banyak (cuma mungkin tak smpai tahap kawin laa kalau peringkat skolah kan..) kene tekankan tarbiyah akhlak umat islam!

p/s3: "sibuk berpolitik, berceramah selain berdemonstrasi" ..erm..kalau yang ni..saya stuju je..bukak minda sket..takdelah jd student yg totok belajar je kan..tapi wat laa dengan cara yang baik..bukan cr masalah tapi cube selesaikan masalah..masalah timbul bila ada pihak yang terlalu mengikut perasaan..maybe kalau student tak nak berpolitik atau berdemo tu..takpelah..tapi yang penting AWARE dulu tentang keadaan sekeliling n tau ape peranan atau tugas yang kita boleh wat..demi islam~ (jangka masa panjang pun takpe..)

p/s4: bazir duit beli mende tak snunuh cam hp etc2 tu kat sni pun banyak..hehe..sori yg trase..memang saje nak igtkan pun :p lalla~ baik bagi duit kat saya..boleh wat makan bakso ke..

p/s5: ingatlah pengorbanan mereka-mereka yg telah bersusah payah nak hantar kita ke sini..jadi manusia berguna insyaAllah!

p/s6: tapi ade satu kes lagi yang saya slalu rasa pelik..trend budak zaman skarg..bercinta "saje2" atau "main2"..meaning bukannye die btul2 suke pun pasangan die tu..ape tah motif die ber'couple'..mungkin nakkan STATUS atau just gatal..atau suke ade org hantar message pagi2 n malam2 ucapkan 'good morning n gud nite'..wallahua'lam..(senang cite kawen je..dari zina..kan? so ape kate menteri pelajaran? ehhe~) <--konklusi: jauhi zina..takyah couple n bg habes blaja dlu :D ngee

p/s7: cinta kepada Allah, rasulNya n family kan lbeyh bgus..tade sape nk halang..dpt pahala plak tu..

p/s8: sumber ---> utusan malaysia online

Sunday, June 7, 2009

ketenangan hati

pernah tak terfikir..

kenapa kalau kita duduk dalam hutan..

mendengar nyanyian sang cengkerik..

atau nyanyian si burung..


atau di tepi air terjun..


atau mendengar angin bertiup sepoi2 bahasa..


dan mendengar deruan ombak di tepi pantai..


mahupun apa-apa bunyi natural di sekeliling kita..

PASTI kita akan rasa tenang..

kan??

*************************************************************************************

tadi..
sambil makan soto ayam (tak perlu beritahu berapa mangkuk)
bersama kak salmah dan cik kaktus serta ika (roomate cik kaktus)..

kami berbincang tentang pelbagai hal..
dari politik indonesia (bagaimana sistem pemilu di sini sebenarnya??)
hingga kes hangat tentang Man****a..

dan kemudian tentang makanan jiwa
dan ruh (alang2 tengah makan tengah hari)..

"kalau makanan jiwa ape die?" tanya kak salmah

"ni!"
saya tunjuk pada semangkuk soto ayam

"erm..betul..nilaa makanan jiwa kita..kalau makanan ruh pulak"
tanyanya lagi

"kak salmah ni..layan kitorang macam budak kecik je"
getus hati kecil cik kaktus (ceh..macam tau je ape cik kaktus fikir..hahha)

"erm..tazkirah..pengisian..ibadah2"
jawab saya lagi..

kak salmah hanya mengangguk..

"kalau kita salah makan..
mesti nanti sakit perut..kan?"
kak salmah mula beranalogi..

"oooowh..paham2..sama laa kalau ruh kita kan?" saya memotong kata-katanya
(budak tak sabar :p )

"kalau salah bagi makan kat ruh..
maksudnye bagi benda yang salah..mesti ruh kita juga akan sakit..kan?"
saya menyambung..

"erm..betul..100 markah!"
(100 markah tu saya tambah sendiri..hehhe)

"jadi..kalau dengar lagu-lagu yang lagha ni..memang tak elok..
salah masukan laa tu untuk ruh kita" tegas kak salmah

"erm.." kami mengangguk-angguk..

*************************************************************************************

kembali pada persoalan di atas..
kenapa boleh terasa tenang?
dengan mendengar "natural music" tu?

sebab Allah yang menciptakannya secara direct?
sebab ia memang natural?
sebab sesuai dengan fitrah?
pelbagai sebab lagi..
yang mungkin memang benar..

tapi..yang paling tepat..
adalah kerana..

bunyi-bunyian natural yang kita dengar tersebut..
adalah hasil ZIKIR hamba-hamba Allah..

bukankah burung turut bertasbih dan memuji Allah?
begitu juga ombak di pantai?
malah semua makhluk yang diciptakan di bumi ini..
tidak putus berzikir memuji Allah taala..
satu-satunya Tuhan yang layak disembah..


jadi..
nak tenang?
(esp time pekse ni di mana sume kelihatan kurang stabil dan kurang tenang..hehhe)
banyakkan mendengar ayat Al-Quran dan alunan zikir..

moga diri kita sentiasa diberi ketenangan oleh Allah taala..


"Dialah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka yang telah sedia ada. Dan milik Allahlah bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha mengetahui Maha bijaksana"
(AL-Fath,48:4)

Kisah Ka'ab bin Malik

saja nak kongsi satu kisah sirah para sahabat di zaman Rasulullah SAW..
moga dapat mengambil pengajaran dari kisah ini..

Pada perang Tabuk, ada beberapa sahabat yang tidak berangkat berperang. Salah satu di antara mereka adalah Ka’ab bin Malik. Marilah kita dengarkan cerita Ka’ab yang menunjukkan kejujuran imannya, usai turunnya pengampunan Allah atas dosanya.

*************************************************************************************

“Aku sama sekali tidak pernah gagal mengikuti semua peperangan bersama Rasululah saw, kecuali dalam perang Tabuk.
sebab aku tidak ikut serta
dalam perang Tabuk itu adalah karena kelalaian diriku
terhadap perhiasan dunia..
ketika itu keadaan ekonomiku jauh lebih baik daripada hari-hari sebelumnya.

Demi Allah,
aku tidak pernah memiliki barang dagangan lebih dari dua muatan unta,
akan tetapi pada waktu peperangan itu aku memikinya.

Sungguh, tidak pernah Rasullah SAW
merencanakan suatu peperangan
melainkan beliau merahasiakan hal itu,
kecuali pada perang Tabuk ini.

Peperangan ini, Rasulullah SAW lakukan
dalam kondisi panas terik matahari gurun yang sangat menyengat,
menempuh perjalanan nan teramat jauh,
serta menghadapi lawan yang benar-benar besar dan tangguh.

Jadi, rencananya jelas sekali bagi kaum muslimin
untuk mempersiapkan diri masing-masing
menuju suatu perjalanan dan peperangan yang jelas pula.

Rasulullah saw. mempersiapkan pasukan yang akan berangkat.
Aku pun mempersiapkan diri untuk ikut serta,
tiba-tiba timbul pikiran ingin membatalkannya,
lalu aku berkata dalam hati,
“Aku bisa melakukannya kalau aku mau!”

Akhirnya,
aku terbawa oleh pikiranku yang ragu-ragu,
hingga para pasukan kaum muslimin mulai meninggalkan Madinah.

Aku lihat pasukan kaum muslimin mulai meninggalkan Madinah,
maka timbul pikiranku untuk mengejar mereka,
alang-alang mereka belum jauh.

Namun,
aku tidak melakukannya..
kemalasan menghampiri dan bahkan menguasai diriku.

Tampaknya aku ditakdirkan untuk tidak ikut
Akan tetapi,
sungguh aku merasakan penderitaan batin sejak Rasulullah saw. meninggalkan Madinah.

Bila aku keluar rumah,
maka di jalan-jalan aku merasakan keterasingan diri
sebab aku tidak melihat
orang kecuali orang-orang yang diragukan keislamannya.

Merekalah orang-orang yang sudah mendapatkan rukhshah atau izinAllah Ta’ala
untuk uzur
atau kalau tidak demikian
maka mereka adalah orang-orang munafik.

Padahal, aku merasakan bahwa diriku tidak termasuk keduanya.

Konon, Rasulullah saw. tidak menyebut-nyebut namaku sampai ke Tabuk.
Setibanya di sana,
ketika beliau sedang duduk-duduk bersama sahabatnya,
beliau bertanya,
“Apa yang dilakukan Ka’ab bin Malik?”

Seorang dari Bani Salamah menjawab,
“Ya Rasulullah, ia ujub pada keadaan dan dirinya!”

Mu’az bin Jabal menyangkal,
“Buruk benar ucapanmu itu!
Demi Allah, ya Rasulullah,
aku tidak pernah mengerti melainkan kebaikannya saja!”

Rasulullah saw. hanya terdiam saja.

Beberapa waktu telah berlalu,
aku mendengar Rasulllah saw. kembali dari kancah jihad Tabuk.
Ada dalam pikiranku berbagai desakan dan dorongan
untuk membawa alasan palsu ke hadapan Rasulullah saw.,

bagaimana caranya supaya tidak terkena marahnya?
Aku minta pandapat dari beberapa orang keluargaku
yang terkenal berpikiran baik.

Akan tetapi, ketika aku mendengar Nabi saw., segera tiba di Madinah,
lenyaplah semua pikiran jahat itu.

Aku merasa yakin
bahwa aku tidak akan pernah menyelamatkan diri
dengan kebatilan itu sama sekali.

Maka, aku bertekad bulat akan menemui Rasulullah saw.
dan mengatakan yang sebenarnya.

Pagi-pagi,
Rasulullah saw. memasuki kota Madinah.
Sudah menjadi kebiasaan,
kalau beliau kembali dari suatu perjalanan,
pertama beliau akan masuk ke masjid dan solat dua rakaat.

Demikian pula usai dari Tabuk..
selesai solat
beliau kemudian duduk melayani tamu-tamunya.

Lantas, datanganlah orang-orang yang tidak ikut perang Tabuk
dengan membawa alasan masing-masing
diselangi sumpah palsu untuk menguatkan alasan mereka.

Jumlah mereka kira-kira delapan puluhan orang.

Rasulullah saw. menerima alasan lahir mereka
dan mereka pun memperbaharui baiat setia mereka.

Beliau memohonkan ampunan bagi mereka
dan menyerahkan soal batinnya kepada Allah.

Tibalah giliranku,
aku datang mengucapkan salam kepada beliau.
Beliau membalas dengan senyuman pula,
namun jelas terlihat bahwa senyuman beliau memendam rasa marah.

Beliau kemudian berkata,
“Kemarilah!”

Aku pun menghampirinya,
lalu duduk di hadapannya.
Beliau tiba-tiba bertanya,
“Wahai Ka’ab, mengapa dirimu tidak ikut?
Bukankah kau telah menyatakan baiat kesetianmu?”

Aku menjawab,
“Ya Rasulullah!
Demi Allah..
Kalau di hadapan penduduk bumi yang lain,
tentulah aku akan berhasil keluar dari amarah mereka
dengan berbagai alasan dan dalil lainnya.
Namun, demi Allah.
Aku sadar kalau aku berbicara bohong kepadamu
dan engkau pun menerima alasan kebohonganku,
aku khawatir Allah akan membenciku.
Kalau kini aku bicara jujur,
kemudian karena itu engkau marah kepadaku,
sesungguhnya aku berharap Allah akan mengampuni kealpaanku".

"Ya Rasululah saw.,
demi Allah, aku tidak punya uzur.
Demi Allah, keadaan ekonomiku aku tidak pernah stabil
dibanding tatkala aku tidak mengikutimu itu!”

Rasulullah berkata,
“Kalau begitu, tidak salah lagi.
Kini, pergilah kau sehingga Allah menurunkan keputusan-Nya kepadamu!”

Aku pun pergi diikuti oleh orang-orang Bani Salamah.
Mereka berkata kepada,
“Demi Allah. Kami belum pernah melihatmu melakukan dosa sebelum ini.
Kau tampaknya tidak mampu membuat-buat alasan seperti yang lain,
padahal dosamu itu sudah terhapus oleh permohonan ampun Rasulullah!”

Mereka terus saja menyalahkan tindakanku itu
hingga ingin rasanya aku kembali menghadap Rasullah saw.
untuk membawa alasan palsu,
sebagaimana orang lain melakukannya.

Aku bertanya kapada mereka,
“Apakah ada orang yang senasib denganku?”

Mereka menjawab,
“Ya! Ada dua orang yang jawabannya sama dengan apa yang kau perbuat.
Sekarang mereka berdua juga mendapat keputusan
yang sama dari Rasulullah sebagaimana keadaanmu sekarang!”

Aku bertanya lagi,
“Siapakah mereka itu?”

Mereka menjawab,
“Murarah bin Rabi’ah Al-Amiri
dan Hilal bin Umayah Al-Waqifi.”

Mereka menyebutkan dua nama orang soleh
yang pernah ikut dalam perang Badar dan yang patut diteladani.
Begitu mereka menyebutkan dua nama orang itu,
aku bergegas pergi menemui mereka.

Tak lama setelah itu,
aku mendengar Rasululah melarang kaum muslimin
berbicara dengan kami bertiga,
di antara delapan puluhan orang yang tidak ikut dalam perang tersebut.

Kami memencilkan diri dari masyarakat umum.
Sikap mereka sudah lain kapada kami
sehingga rasanya aku hidup di suatu negeri yang lain
dari negeri yang aku kenal sebelumnya.

Kedua rakanku itu berdiam di rumah masing-masing
menangisi nasib dirinya,
tetapi aku yang paling kuat dan tabah di antara mereka.

Aku keluar untuk solat jamaah
dan kaluar masuk pasar
meski tidak seorang pun yang mau berbicara denganku
atau menanggapi bicaraku.

Aku juga datang ke majilis Rasullah saw.
sesudah beliau solat.
Aku mengucapkan salam kepada beliau,
sambil hati kecilku bertanya-tanya
memperhatikan bibir beliau,
“Apakah beliau menggerakkan bibirnya menjawab salamku atau tidak?”

Aku juga solat dekat sekali dengan beliau.
Aku mencuri pandang melihat pandangan beliau.
Kalau aku bangkit mau solat,
ia melihat kepadaku.
Namun, apabila aku melihat kepadanya,
ia palingkan mukanya cepat-cepat.

Sikap dingin masyarakat kepadaku terasa lama sekali.

Pada suatu hari,
aku mengetuk pintu paga Abu Qaradah,
saudara misanku dan ia adalah saudara yang paling aku cintai.
Aku mengucapkan salam kepadanya,
tetapi demi Allah, ia tidak menjawab salamku.

Aku menegurya,
“Abu Qatadah! Aku mohon dengan nama Allah,
apakah kau tau bahwa aku mencintai Allah dan Rasul-Nya?”

Ia diam.

Aku mengulangi permohonanku itu,
namun ia tetap terdiam.
Aku mengulangi permohonanku itu,
namun ia tetap terdiam.
Aku mengulanginya sekali lagi,
tapi ia hanya menjawab,
“Allah dan Rasul-Nya lebih tahu!”

Air mataku tidak tertahan lagi.
Kemudian aku kembali dengan penuh rasa kecewa.

Pada suatu hari,
aku berjalan-jalan ke pasar kota Madinah.
Tiba-tiba datanglah orang awam dari negeri Syam.

Orang itu biasanya mengantarkan dagangan ke kota Madinah.
Ia bertanya,
“Siapakah yang mau menolongku menemui Ka’ab bin Malik?”

Orang-orang di pasar itu menunjuk kepdaku,
lalu orang itu datang kepadaku..
dan menyerahkan sepucuk surat kepadaku
dari raja Ghassan.

Setelah kubuka,
isinya sebagai berikut,
“… Selain dari itu, bahawa sahabatmu sudah bersikap dingin terhadapmu.
Allah tidak menjadikan kau hidup terhina dan sirna.
Maka, ikutlah dengan kami di Ghassan,
kami akan menghiburmu!”

Hatiku berkata ketika membaca surat itu,
“Ini juga salah satu ujian!”
Lalu aku memasukkan surat itu ke dalam tungku dan membakarnya.

Pada hari yang ke-40 dari pengasinganku
di kampung halaman sendiri,
ketika aku menanti-nantikan turunnya wahyu
tiba-tiba datanglah kepadaku seorang pesuruh Rasulullah saw.
menyampaikan pesannya,

“Rasulullah memerintahkan kepadamu supaya kamu menjauhi istrimu!”

Aku semakin sedih,
namun aku juga semakin pasrah kepada Allah,
hingga terlontar pertanyaanku kepadanya,
“Apakah aku harus menceraikannya atau apa yang akan kulakukan?”

Ia menjelaskan,
“Tidak. Akan tetapi,
kamu harus menjauhkan dirimu darinya dan menjauhkannya dari dirimu!”

Kiranya Rasulullah juga sudah mengirimkan pesannya
kepada dua sahabatku yang bernasib sama.

Aku langsung memerintahkan kepada istriku,
“Pergilah kau kepada keluargamu
sampai Allah memutuskan hukumnya kepada kita!”

Istri Hilal bin Umaiyah
datang menghadap Rasulullah saw. lalu ia bertanya,
“Ya Rasulullah,
sebenarnya Hilal bin Umaiyah seorang yang sudah sangat tua,
lagi pula ia tidak memiliki seorang pembantu.
Apakah ada keberatan kalau aku melayaninya di rumah?”

Rasulullah saw. menjawab,
“Tidak! Akan tetapi ia tidak boleh mendekatimu!”

Istri Hilal menjelaskan,
“Ya Rasulullah!
Ia sudah tidak bersemangat pada yang itu lagi.
Demi Allah,
yang dilakukannya hanya menangisi dosanya sejak saat itu hingga kini!”

Ada seorang ahli keluargaku
yang juga mengusulkan,
“Cuba minta izin kepada Rasulullah
supaya isterimu melayai dirimu
seperti halnya isteri Hilal bin Umayah!”

Aku menjawab tegas,
“Tidak Aku tidak akan minta izin kepada Rasulullah saw.
tentang isteriku.
Apa katanya kelak, sedangkan aku masih muda?”

Akhirnya,
hari-hari selanjutnya aku hidup seorang diri di rumah.
Lengkaplah bilangan malam
sejak orang-orang dicegah berbicara denganku
menjadi 50 hari 50 malam.

Pada waktu sedang solat subuh
di suatu pagi dari malam yang ke-50..
ketika aku sedang duduk berdzkir
meminta ampun dan mohon
dilepaskan dari kesempitan hidup
dalam alam yang luas ini..

Tiba-tiba aku mendengar teriakan orang-orang
memanggil namaku.

‘Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah!

Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah!”

Mendengar berita itu
aku langsung sujud memanjatkan syukur kepada Allah.

Aku yakin pembebasan hukuman telah dikeluarkan.

Aku yakin, Allah telah menurunkan ampunan-Nya.

Rasulullah menyampaikan berita itu
kepada sahabat-sahabatnya
seusai solat subuh bahawa
Allah telah mengampuni aku dan dua orang shahabatku.

Berlomba-lombalah orang mendatangi kami,
hendak menceritakan berita germbira itu.
Ada yang datang dengan berkuda,
ada pula yang datang dengan berlari dari jauh mendahului yang berkuda.

Sesudah keduanya sampai di hadapanku,
aku berikan kepada dua orang itu kedua pakaian yang aku miliki.

Demi Allah, saat itu aku tidak memiliki pakaian kecuali yang dua itu.

Aku mencari pinjaman pakaian untuk menghadap Rasullah.
Ternyata aku telah disambut banyak orang
dan dengan serta merta mereka mengucapkan selamat kepadaku.

Demi Allah, tidak seorang pun dari muhajirin
yang berdiri dan memberi ucapan selamat
selain Thal’ah.

Sikap Thalhah itu tak mungkin aku lupakan.

Sesudah aku mengucapkan salam kepada Rasulullah,
mukanya tampak cerah dan gembira,
katanya kemudian,

“Bergembiralah kau atas hari ini!
Inilah hari yang paling baik bagimu sejak kau dilahirkan oleh ibumu!”

“Apakah dari Allah ataukah dari engkau ya Rasulullah?”
tanyaku sabar.

“Bukan dariku! Pengampunan itu datangnya dari Allah!”
jawab Rasul saw.

Demi Allah, aku belum pernah merasakan
besarnya nikmat Allah kepadaku
sesudah Dia memberi hidayah Islam kepadaku,
lebih besar bagi jiwaku daripada sikap jujurku kepada Rasulullah saw.”

Ka’ab lalu membaca ayat pengampunannya itu dengan penuh haru dan syahdu, sementara air matanya berderai membasahi kedua pipinya.

“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka,
hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka,
padahal bumi itu luas,
dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka,
serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah
melainkan kepada-Nya saja.
Kemudian, Allah menerima taubat mereka
agar mereka tetap dalam taubatnya.
Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima taubat
lagi Maha Penyayang.”
(At-Taubah:118)

*************************************************************************************

p/s:moga kita juga takkan pernah putus asa dari rahmat dan keampunan Tuhan yang Maha kuasa..

p/s2:jujurlah dan berkata benarlah walaupun ia pahit..kerana sesungguhnya setiap apa yang kita ucapkan..akan dihisab juga :-S

Monday, June 1, 2009

Surah Al-Jinn

betul ke?
ramai yang kata,
surah Al-Jinn susah nak hafal?
atau susah nak di store in mind ??

waktu mula-mula hafal kat sekolah menengah dulu..
memang rasa susah..
tapi..terfikir..
mungkin psychology sahaja..

sebab kawan-kawan..
dan ustaz sendiri pernah cakap..
surah Al-Jinn susah nak dihafal..

al-maklumla..
saya jenis yang sebelum menghafal..
mesti akan tanya
"ustaz, surah ni susah tak nak hafal?"
hehhe..

tak tahu kenapa..
dah terbiasa..
mungkin nak sedapkan hati
kalau dalam masa sehari,
gagal menghafal sekurang-kurangnya 1 page
motivasi lah kononnya..

ahad lepas..
macam biasa,
saya ke kelas tahfiz..
selepas tasmi' (memperdengarkan) bacaan baru pada teteh aka ustazah saya..
saya kembali ke tempat saya dan membuka semula Al-Quran..
untuk murajaah (mengulang hafalan) pula..

erm..
tiba giliran surah Al-Jinn untuk diulang..
"alamak..surah susah"
itulah yang pasti akan terlintas difikiran bila nak ulang surah ini..
dan selalunya..
memang akan mengambil masa yang lebih lama
untuk menulang surah ini..
berbanding surah juz 29 yang lain..

tapi..
terfikir sejenak..
surah ni,
bukannya panjang sangat..
kalau nak dibandingkan dengan Al-Baqarah..
tapi,
kenapa susah sangat?

mungkin mind set kot..
jadi,
saya cuba meletakkan mind set baru..
surah Al-Jinn senang!

Alhamdulillah..
ia berjaya..
:)

selesai membaca..
teteh tersenyum pada saya..
"masyaAllah.."

saya tersenyum kembali..

"susah ya ngulang surah Al-Jinn.."
kata teteh tersebut..

saya terkejut..
macam dapat membaca fikiran saye je..

"surah Al-Jinn tu, memang susah ya teh?"
tanya saya..

dia masih tersenyum..

"teman-teman di malaysia juga
bilang pada saya..
kalau surah Al-Jinn tu memang susah mau dihafalin..
sama susah diulang..kenapa ya?"

"sebenarnya, saya juga dengarnya begitu..ga tau kenapa"
jawab teteh tersebut..

saya hanya tersenyum dan berazam menjadikan surah Al-Jinn
sebagai surah kegemaran..
yang akan sering dibaca insyaAllah..
jadi, selepas ini..
tak susah nak mengulangnya :)

teringat salah satu tausiyah/tazkirah yang disampaikan oleh teteh tersebut
beberapa minggu lalu..

*************************************************************************************

"teteh mau ceritakan suatu kisah..yang diambil dari buku motivasi menghafal Al-Quran"

kami semua mengangguk..
ketika itu kak salmah ada bersama saya..
cuma minggu lepas saja saya keseorangan..

"kisah ini tentang seorang suri rumah tangga..
yang mempunyai 4 orang anak.."

teteh membelek-belek buku kecil di tangannya..

"kata si suri rumah tangga ini..dia hanya mau menghafal surah Al-Baqarah
sama surah Al-Imran..
soalnya..dia mikir surah inilah surah yang paling sulit untuk dihafal.."

"terus..dia mengambil masa 7 tahun untuk menghafal kedua-dua surah tadi.."

dipendekkan cerita..
(saya yang memendekkan..bukan teteh tu..hehhe)

"suri rumah itu telah menyertai
satu akademi tahfiz sepanjang bulan ramadhan..
yang berlangsung selama 20 hari.."

"dan atas dorongan sahabat-sahabat di situ..
dia berjaya mengahafal satu Quran..
dalam jangka masa 20 hari terserbut.."

"rahsianya adalah beliau yakin..
dan berfikiran positif bahawa tidak susah untuk menghafal Al-Quran
jika kita betul-betul mahu..
dan ikhlas melakukannya.."

*************************************************************************************

bayangkan..
kearana mind set mengatakan surah Al-Baqarah dan Al-Imran
itu susah dihafal..
7 tahun telah diambil untuk menghafal kedua-dua surah tersebut..
yang panjangnya lebih kurang 3 atau 4 juz sahaja..

tapi..
jika kita berfikiran positif..
dan yakin dengan bantuan Allah..
satu Al-Quran boleh dihafal dalam masa sebulan..

ianya tidak mustahil..
kerana otak ciptaan Allah ini..
sangat hebat dan kita tidak tahu limitnya..

semoga kisah di atas menjadi pengajaran..
agar sentiasa berfikiran positif
dan jangan meletakkan mind set yang boleh menjadi pembatas
pada kemampuan kita..

"Allah bersama sangkaan para hambaNya"



p/s: ade tak org lain yg pnah rase surah Al-Jinn susah? ehhe~