Tuesday, March 24, 2009

moga saya menjadi seperti dia :)

pada 22 mac 2009
telah berlangsungnya satu program yang insyaAllah diberkahi Allah taala..
bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam..
isteri kepada As Syahid Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi telah diberi kesempatan untuk hadir
dan menyampaikan ucapan serta beberapa amanat buat kita semua :)
(walaupun kite tak dpt pergi,Alhamdulillah kata2 beliau tersebar sampai ke bumi indonesia nih)


Ummu Muhammad aka Puan Rasha


Beliau sangat bersyukur kerana buat pertama kalinya dapat sampai ke Malaysia.
Setelah mendengar penyampaian oleh Puan Hashimah Salleh, Tokoh Maulidur Rasul Negeri Selangor, 2008, beliau memberitahu hadirin bahwa beliau seolah-olahnya mendengar penyampaian itu bukan dari orang Malaysia bahkan terasa macam disampaikan oleh orang Palestin sendiri kerana isinya benar-benar menyentuh hati dan itulah sebenarnya yang diperjuangkan oleh orang-orang Palestin termasuk suaminya As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi.

Beliau kemudiannya memberi penyampaian dan amanat kepada semua hadirin dengan suara yang begitu bersemangat tanpa ada kelihatan tanda-tanda kesedihan di atas pemergian suaminya lima tahun yang lepas. Ini sungguh membuktikan keteguhan iman beliau dan kesabaran yang cukup tinggi yang hanya mengharapkan redha Allah swt.

Sempena kedatangan beliau ke sini, marilah kita cuba meneliti liku-liku kehidupan beliau bersama suami tercinta melalui wawancara yang diadakan setelah kesyahidan suami beliau, As Syahid Dr A bdul Aziz Ar Rantisi.

Kita semua sudah tahu akan syahidnya Dr Abdul Aziz Ar Rantisi pada 17 April 2004. Setiap kehebatan seorang suami pasti ada pendorong yang tidak lain tidak bukan isterinya yang bernama Puan Rasha (Ummu Muhammad). Mari kita sama-sama selami akan ketabahan hidup beliau sebagai seorang isteri kepada pejuang yang hebat ini.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan perolehi dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu." (Al-Baqarah : 120)

Kata-kata beliau (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar biasa dan pendirian yang mengkagumkan. Sinar suara yang tidak ternilai serta tutur katanya yang lemah lembut. Apa yang lebih penting, sifat tawadhu' yang terhimpun dalam percakapannya, perbualannya dan juga tindak-balasnya. Kami katakan kepadanya : Sesuailah ungkapan kepada puan ( Di sebalik setiap lelaki hebat pasti ada seorang wanita).

Kata beliau ? TIDAK! Demi Allah, jika ada di sana wanita yang menjadi sebab kejayaan Dr. Rantisi dan menjadi sebab sampai matlamatnya, ianya tidak lain dan tidak bukan adalah ibunya yang membimbing dan mendidiknya, ibunyalah jua yang menanamkan kewibawaan dan rasa izzah. Maka dengan kalimat inilah bermulanya wawancara dengan Puan Rasha (Ummu Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi.

1. Bagaimana titik perkenalan puan dengan as-Syahid?

Saya seorang gadis yang telah tamat pendidikan menengah dan ketika itu saya bukanlah pendokong utama kepada gerakan Islam tetapi saya menyokong ke arahnya, tidak seperti sahabat-sahabat yang sebaya dengan saya yang menjadi pendokong utama kepada gerakan Islam.

Saya sangat berkeinginan untuk menyempurnakan pengajian di universiti tetapi kedua ibu bapa saya membantah kerana niat saya adalah untuk ke Mesir bagi meneruskan pengajian saya.

Semasa Abu Muhammad (Dr. Rantisi) masuk meminang saya, saya dapati padanya terdapat sifat-sifat yang menjadi idaman gadis-gadis, lebih-lebih lagi kerjayanya sebagai seorang doktor. Beliau tidak pernah menyakiti atau melukai saya walaupun hanya dengan satu kalimah dan beliau sentiasa menjaga kebenaran, oleh itu beliau menjadi amat istimewa di kalangan masyarakat.

2. Apakah cabaran, mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh as-Syahid?

Saya telah bersedia dengan masalah penahanannya samada pada intifadah pertama atau kedua, perkara ini pastilah amat sukar bagi saya pada permulaannya tetapi apa yang membuatkan saya teguh dan cekal ialah keimanan bahawa Allah s.w.t yang telah mentakdirkannya sebegitu. Sesungguhnya gerakan ini adalah tanggungjawab kita samada beliau bersama atau tidak.

Ketika percubaan membunuh beliau pada 10.6.2003, ketika itu saya sedang bekerja, saya menjadi kaku dan segala kerja saya terhenti lalu saya memohon untuk pulang ke rumah. Saya yakin adalah sukar untuk sampai ke Hospital Shifa' yang dipenuhi dengan ramai orang dan saya telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Harus kita ketahui sesungguhnya jalan yang dilalui oleh Abu Muhammad (as-Syahid) sepanjang kehidupan jihadnya selama lebih 30 tahun adalah semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. Hanya dengan itu akan tercapai kebahagiaan yang hakiki.

Jalan ini bukanlah jalan yang dihampar dengan permaidani merah. Ia penuh dengan halangan dan pengorbanan tetapi matlamat mulia yang diimpikan menjadikan manusia itu jauh daripada rasa rendah diri dan hina dengan apa yang dibawa. Ini adalah sunnatullah dalam dakwah semenjak Saidina Adam a.s. sehinggalah ke hari ini.

3. Bagaimanakah cara Dr. Rantisi dalam mendidik anak-anak?

Dalam kemuncak kesibukannya, walaupun dikritik dan ditekan oleh pelbagai pihak termasuk media, sewaktu beliau di rumah, jika ada sesuatu yang ingin diambil dan masuk ke bilik, apabila terlihat cucunya atau menantunya ataupun salah seorang daripada anak-anaknya maka cepat-cepat beliau tersenyum dan bertanya khabar akan keadaan mereka.

Beliau amat mengambil berat walaupun perkara yang kecil kepada setiap orang yang bersamanya sepertimana telah saya jelaskan tadi bahawa beliau sangat menjaga hubungan silaturahim walaupun hanya berhubung melalui telefon. Tambahan pula beliau adalah seorang yang amat menyayangi kanak-kanak terutama cucunya yang seramai 14 orang.

Anak beliau Ahmad 21 tahun, yang terlibat dalam operasi pembunuhan tersebut amat menyerupai ayahnya samada dari segi luaran mahupun dalaman. Dia bercita-cita mengikut jejak langkah bapanya.. Ahmad juga seorang pemuda yang amat menjaga kesatuan bersama rakan-rakannya serta sentiasa menekankan sifat tawadu' dan kepercayaan kepada diri sendiri.

4. Bagaimana penerimaan Dr. Rantisi tentang berita syahidnya Syeikh Ahmad Yasin?

Dr. Rantisi amat terkesan dengan kesyahidan pemimpin yang juga sahabatnya. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketka majlis memperingati as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin. Saya lihat beliau menangis ketika mana disebut nama sahabat beliau itu. Beliau merasakan amat berat unutk memikul tanggungjawab meneruskan perjuangan yang amat penting dan berat ini. Akhirnya, beliau bersetuju meneruskan hadaf perjuangan beliau dan para sahabatnya.

5. Adakah Dr. Rantisi terkesan dengan operasi pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya teringat kata-katanya pada majlis peringatan tersebut, dia tidak menyalahkan Sharon atas tindakan biadap tersebut tetapi sebagai seorang insan seperti Syeikh Ahmad Yasin, jika beliau tidak dibunuh beliau akan tetap mati.

Sesiapa yang tidak mati dengan mata pedang, pasti akan mati juga dengan sebab lain, sebab kematian itu berbagai-bagai dan mati itu hanyalah satu. Saya tidak akan lupa kalimah suami saya dan ia amat mempengaruhi diri saya katanya, Wahai Syeikh! Kami pasti akan menyusuli setelah pemergianmu? .

6. Apakah wasiat Dr. Rantisi kepada puan sekeluarga sebelum pemergiannya?

Sepanjang kehidupan beliau iaitu berjuang dan berjihad lebih dari 30 tahun, beliau adalah seorang mujahid, penyuluh ke jalan Allah samada dari segi muamalaat, akhlak, jihad, ibadat, kemasyarakatan, politik dan perhubungan adalah merupakan satu wasiat yang paling besar buat kami... kami akan berpegang dengan didikan beliau, Insya-Allah.

7. Bagaimana penerimaan puan terhadap berita kesyahidan Dr Rantisi?

Perasaan yang sama sepertimana isteri orang lain kehilangan suami.. Walaupun saya telah kehilangan suami tetapi saya tidak kehilangan iman dan pendirian saya terhadap Allah s.w.t, maka ini adalah suatu kelebihan pemberian Allah s.w.t.

Setelah beliau keluar dari rumah, beberapa minit kemudian saya terdengar beberapa letupan (tembakan) ketika itu, saya yakin bahawa letupan itu ditujukan kepada suami saya. Beberapa ketika kemudian saya bertambah yakin apabila mendengar radio, Suara Aqsa, pada waktu itu berkumandang azan Isya' dan kemudiannya mengumumkan tembakan yang berlaku ke atas kereta beliau di mana beliau sendiri serta pengiringnya telah syahid. Lidah saya ketika itu mengulang-ulang kalimah Alhamdulillah kemudian saya terus berwudu' dan mendirikan solat Isya'. Saya berdoa kepada Allah agar menetapkan pendirian saya dan anak-anak dan Allah s.w.t sendiri telah memberi jaminan akan memperkenankan doa hambanya apabila berdoa..

8. Adakah Dr. Rantisi sendiri merasakan bahawa dirinya telah dekat dengan syahadah?

Tidak ada apa-apa tanda ke arah itu dan persediaan beliau adalah setiap saat, masa, jam dan seluruh hidupnya adalah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh ikutan terbaik. Setiap pekerjaan yang dilakukannya dibina atas asas taqwa kepada Allah, ikhlas serta menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Beliau mengamalkan Islam secara sempurna dan memberikan setiap yang berhak akan haknya?

9. Setiap para syuhada' akan ada tanda-tanda kemuliaannya. Maka apakah karamah Dr. Rantisi?

Darah as-Syahid terus mengalir keluar walaupun setelah 20 jam selepas beliau syahid, haruman kasturi menyelimuti seluruh jasad beliau. Di samping itu, kami sekeluarga merasakan bahawa Allah telah memberikan keteguhan hati dan ketabahan kepada kami selepas beliau syahid. Akhirnya, senyuman yang tergambar jelas di bibirnya bagi saya itu adalah karamah as-Syahid.

10. Bagaimana kehidupan Dr. Rantisi sebagai seorang bapa, suami, datuk dan pejuang?

As-Syahid merupakan seorang berperibadi Islam yang unggul sesuai dengan sepotong ayat yang bermaksud : "Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu." (QS Az-Zariyat : 56).

Beliau mencontohi Rasulullah s.a.w samada dari segi akhlak, hubungan masyarakat, kekeluargaan dan perjuangannya di mana kesemua ini pada as-Syahid adalah satu ibadah, samada mentaati ibunya, pergaulan bersama isterinya, memuliakan anak-anak, gurauan bersama cucu-cucunya dan bersikap tegas terhadap kuffar serta musuh Islam. Manakala di pejabatnya beliau bersifat tawadu' dengan sesiapa yang bermuamalah dengannya.

11. Sikap atau sifat as-Syahid yang tidak akan puan lupakan?

Keseluruhan kehidupan suami saya adalah sikap yang tidak dapat dilupakan selamanya tetapi di sana ada satu situasi yang saya ingin kongsi bersama.

Ketika saya sedang mengemas rumah dengan tidak sengaja televisyen yang saya angkat terjatuh dan menyebabkan ia tidak berfungsi lagi. Saya rasa amat bersalah di atas peristiwa tersebut kerana selepas keluarnya Dr. Rantisi dari tahanan memang sukar untuk kami membeli barang-barang rumah yang baru. Tanpa saya sedari, beliau datang kepada saya dan bertanya sebab kerisauan hati saya. Apabila saya menceritakan segalanya lantas beliau berkata, tiap-tiap sesuatu ada ajalnya yang telah Allah tetapkan, apa yang dikehendakiNya maka pasti akan berlaku, kata beliau dalam keadaan tersenyum.

12. Bagaimanakah saat-saat terakhir Dr. Rantisi bersama keluarga, apakah kalimah terakhir as-Syahid dan bagaimana keadaan diri beliau pada hari syahidnya beliau?

Saat akhir hidup beliau, tidak nampak perubahan yang ketara ketika bersama kami. Beliau sentiasa memberikan setiap yang berhak itu akan haknya walaupun beliau dalam keadaan sibuk...tentang hal-hal keluarga dan perkahwinan anak kami, iaitu Ahmad yang turut terkorban bersama ayahnya, mengenai persiapan perkahwinan, tempat tinggal dan sebagainya beliau kelihatan sangat gembira. Kalimah terakhir ketika beliau bersama kami ialah.."Tuhanku, masukkan aku ke syurga mu.Inilah kemuncak impianku.."

13. Apakah cita-cita Dr. Rantisi?

Cita-cita beliau ialah dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan syahid dan tidak ada yang lebih dari itu.

14. Bagaimana kehidupan as-Syahid ketika mana mengiringi kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya memang tidak akan menyangka bahawa hidup beliau boleh berubah kerana sesungguhnya beliau sememangnya tahu hadaf hidupnya dan jalan terakhir yang akan di laluinya iaitu jalan Istisyhad (mempersiap diri untuk syahid) dan Jihad.

15. Apa yang ingin puan katakan kepada muslimat Palestin yang sedang menunggu giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka?

Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita adalah bersama para lelaki dan Rasulullah s.a.w yang mulia telah bersabda :

"Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan dipertanggungjawabk an ke atas orang bawahannya.. dan wanita itu adalah dipertanggungjawabk an di rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan akan apa yang di bawahnya".

Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku yang dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah syahidnya suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam kehidupan mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta menghimpunkan kamu bersama siapa yang kamu sayangi di bawah payung rahmatNya.

16. Kalimah taujihaat untuk pemerintah negara-negara Arab, pemuda-pemudi Palestin khasnya dan pemuda-pemudi Arab umumnya?

"Dan peliharalah dirimu (dari azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya." (QS al-Baqarah : 281)

Untuk muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: Pulanglah kepada panduan asal kamu. Kembalilah semula kepada rasa izzah dan kemuliaan kamu. Kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup.

Ya Allah, terimalah amal-amal mereka yang telah Syahid di jalanMu. Sesungguhnya kami juga akan menyusul mereka. Kurniakanlah kematian yang paling baik kepada kami iaitu Syahid di jalanMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen

p/s:semoga kita dapat mengambil pengajaran dan bakal menjadi pelapis kepada Ummu Muhammad aka Puan Rasha..isteri,ibu,pejuang dan muslimah yang solehah..

Monday, March 23, 2009

kuatkan hati kami~


sakit..

sakit sangat bila perasaan dalam hati tak dpt diluahkan..
tampak gembira diluar..
tapi siapa yg tahu perasaan di dalam..
hanya kepada Allah semuanya diadukan..
ya Allah..
hanya Kau yang tahu isi hatiku..
dan isi hatinya..



di luar..
saya hanya mampu tersenyum..
dalam kesedihan yang tidak tahu bila akan berakhir..
senyum..
adakah senyum itu satu kebohongan? hanya dibuat-buat?
sekadar 'topeng' menutup kesedihan..
harapnya tidak..
moga senyum ini ikhlas..

***************************************************************************************

tadi 'dia' menangis lagi..
ketika kami berchatting dia menangis lagi..
walaupun dia tak berada di depan mata..
namun tanpa disedari...air mata sy turut mengalir..
sedih..rindu..
dan rasa bersalah kerana tak mampu menenangkan dia..
saya cuba 'berlakon' ceria..
bagai tiada apa yg terasa di hati..
dengan harapan dia akan turut merasa tenang..
namun, dia masih bersedih..




ya Allah..
sy sayangkan dia..
sy cintakan dia..
tunjukkanlah hikmah kepada ketetapan yang telah Kau beri pada dia..
agar dia segera berasa redha dan tenang..
agar tiada lagi rasa sedih di hatinya..


ya Allah..tenangkan hati kami
menghadapi ujianmu



berat mata memandang..
berat lagi bahu yang memikul..
kadang senang berbicara, tapi susah bagi yang mengalaminya..
ya Allah..aku yakin dengan ketetapanMu..
pasti ada hikmah di sebalik setiap sesuatu..
teguhkan pendirianku..
tetapkan hatiku dijalanMu..
moga aku berjaya "pulang" dan berserah padaMu dalam setiap perkara..

ya Allah..
ringankanlah beban dia..
yang telah banyak berjasa pada diri ini..
yang telah berusaha keras memastikan kehidupanku selesa dan sempurna..
berikan dia ketenangan yaAllah..
berikan dia kelapangan dan kesenangan dalam hati,fikiran dan perasaan..
tabahkan hatinya..
hanya Engkau yang mampu melakukan semua itu ya Allah..
tiada yang lain..

"hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.."
(yusuf:86)

p/s: hargailah, sayangilah dan berbaktilah pada mereka yang berada di sekeliling kita selagi mereka masih ada.. T-T

Friday, March 20, 2009

jangan berhenti mendoakan!



Israel tahan 10 pemimpin kanan Hamas

RAMALLAH 19 Mac - Tentera Israel menawan 10 pemimpin kanan Hamas di Tebing Barat.

Jurucakap tentera Israel hari ini berkata, 10 anggota Hamas yang merupakan pemimpin Hamas di Judea dan Samaria (Tebing Barat) ditahan malam tadi.

''Antara mereka yang ditahan ialah empat ahli perundangan Hamas,'' kata jurucakap itu.

Tambah beliau, pejuang-pejuang itu ditahan dalam satu operasi ketenteraan bersama dan keselamatan dalam negeri.

''Lelaki-lelaki yang ditahan ini merupakan ketua dalam usaha berterusan mengembalikan pentadbiran sayap Hamas di rantau ini, di samping cubaan untuk mengukuhkan kuasa dan pengaruh Hamas,'' ujarnya.

Lebih 40 ahli Hamas dari Tebing Barat kini berada dalam penjara Israel.

Hamas berkata, antara yang ditahan di Nablus, dekat utara Tebing Barat ialah Nasseredin Al-Shaer, yang juga Timbalan Perdana Menteri kerajaan pertama yang dibentuk selepas pilihan raya Palestin.

Turut ditahan ialah pemimpin kanan Hamas, Adnan Asfur dan Issal Al-Ashqar.

Jelas Hamas, tiga lagi yang ditahan termasuk seorang ahli majlis undangan dan datuk bandar yang ditahan di Ramallah, sementara ahli majlis undangan, Ayman Daraghmeh yang ditahan di utara Jenin.

Penahanan itu dibuat berikutan kegagalan rundingan antara Hamas dengan Israel berhubung pertukaran banduan melibatkan pembebasan askar Israel, Gilad Shalit sebagai pertukaran kepada ratusan tahanan Palestin oleh Israel.

Gilad ditahan militan Palestin dalam satu serangan di sempadan pada Jun 2006.

sumber: Utusan Malaysia

*************************************************************************************

Jumaat, 20/03/2009 - Sejumlah 21 orang rakyat Palestin termasuk empat MP terpilih telah diculik pada Khamis lalu sepanjang serangan awal pagi yang mensasarkan penduduk Palestin di Tebing Barat. Menurut sumber-sumber Palestin, tentera itu telah menyerang bandar raya Ramallah, Nablus, Tulkarem, Bethlehem, Hebron dan Jericho.

sumber: palestinkini.info



teruskan bantuan kita pada mereka!
terutamanya dalam bentuk doa~
saudara kita masih diancam..
"Allahumma unsuril islam wal muslimin wal mujahidin fi falastin"

Wednesday, March 18, 2009

gelap~

kelmarin jatinangor blackout!

pada mulanya memang geram..
time2 ada mood nak blaja,tiba-tiba blackout pulak..
LI pun tak siap lagi..
tapi..siapa suruh buat last minute kan??
heh..(baik..itu salah sendiri..abaikan~)

tapi..setiap sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku..
pasti ada hikmah bagi mereka yang ingin mencarinya..

kegelapan keadaan sekeliling memberi peluang dan menyediakan ruang yang amat sesuai
untuk bermuhasabah..

dalam kegelapan..
homework tak boleh dilakukan dengan sempurna..
tanpa menukar posisi..
berada di atas kerusi belajar menghadap buku obstetric..
dan hanya ditemani sebatang lilin yang dipacak atas meja study..
saya memilih untuk bertafakur..
mendiamkan diri dan berfikir..

lilin yang menerangi bilik ketika blackout


pelbagai perkara datang menerjah fikiran ini..
dari tujuan hidup..
yang mungkin masih lagi berbolak balik..
sering bertukar-ganti
hinggalah destinasi yang akan saya tujui "selepas" kehidupan ini..

bagi saya..
kegelapan amat sinonim dengan kubur..
tak tahu kenapa..kalau bercakap tentang kegelapan..
perkara pertama muncul di benak fikiran adalah alam kubur..

gelap..
sendirian..
sempit..
ketakutan..
semua keadaan yang tidak saya sukai!
malah mana-mana manusia sekalipun rasanya pasti tidak suka akan keadaan tersebut..

teringat kata-kata Saidina Ali bin Abi Thalib:
"Wahai hamba-hamba Allah, setelah kematian, alam kubur lebih menderita daripada kematian itu sendiri bagi orang yang tidak diampuni dosa-dosanya. Karena itu, takutlah kamu pada kesempitan kubur, penderitaan,kegelapan, dan keterasingannya.

Sesungguhnya kuburan itu berkata setiap hari: Aku adalah rumah keterasingan, aku rumah kesepian, aku rumah cacing-cacing. Kuburan adalah bagian dari taman-taman surga dan
sekaligus bagian dari jurang-jurang neraka. Sesungguhnya kehidupan yang sempit yang diperingatkan oleh Allah kepada musuh-musuh-Nya adalah siksaan kubur.

Allah mengirimkan kepada orang yang kafir dikuburnya sembilan puluh sembilan ular yang besar untuk mencabik-cabik dagingnya dan memecah-mecah tulangnya. Allah mengirimnya berulang kali sampai hari kiamat. Dan sekiranya ular itu didatangkan ke bumi, niscaya tak akan ada tumbuh-tumbuhan dan tak akan terjaga tanaman didalamnya.

Wahai Hamba-hamba Allah, sungguh dirimu lemah, jasadmu lembut dan
rapuh sangat mudah dihancurkan."

nanti..
di sana tidak akan ada "lilin" yang dapat menerangkan kubur kita nanti dan melapangkannya..
tidak ada torch light, HP mahupun emergency lamp..
melainkan amal soleh yang kita lakukan selama mana kita masih hidup yang akan menemani kita dalam rupa bentuk seorang manusia yang amat cantik bercahaya..
sejuk mata memandang!

namun bayangkan jika kita dipaksa tinggal di dalam kubur yang gelap,penuh siksaan dan ditemani pula amalan jahat kita yang berbentuk seseorang yang amat buruk dan menakutkan..
naudzubillah..ya Allah..jauhkan lah~

dalam sebuah hadis,

Aisyah ra. berkata, bahwa Rasulullah saw. bersabda,
"Sesungguhnya setiap kubur memiliki tekanan/himpitan. Seandainya seseorang selamat darinya, pastilah Sa’ad bin Mu’adz akan selamat pula."

Sa’ad bin Mu’adz adalah pemimpin kaum Anshar yang syahid di ujung pedang pada perang Khandaq dan mendapat syahid. bayangkan kalau beliau yang tinggi darjatnya sendiri tidak terlepas dari himpitan kubur..apatah lagi kita yang amat banyak dosa dan belum terjamin lagi ke mana arah tuju akhirnya..

Penyempitan kubur akan dialami oleh semua orang, tidak kira Mukmin atau kafir. bezanya, penyempitan yang dialami seorang Mukmin tidak berlangsung selamanya, tidak seperti seorang kafir yang terus menerus dihimpit.

ingatlah..sesungguhnya alam kubur itu hanyalah permulaan pada kehidupan kita di "sana"..

jika kubur kita menjadi salah satu dari taman syurga, maka beruntunglah..

luas?


namun jika ia menjadi salah satu dari lubang-lubang neraka..maka ketahuilah..
semuanya sudah terlambat..


sebagai gambar hiasan~


tingkatkanlah amalan..
sesungguhnya terdapat 3 amalan di mana pahalanya akan terus menerus mengalir dan tidak putus dengan kematian kita iaitu

1.sedekah dan amal jariah
2.ilmu yang diajar
3.doa seorang anak yang soleh

perbanyakkanlah amalanmu..pasti kita tidak akan rugi!

berdoalah agar kita dijauhi dari fitnah kubur..


sumber:Malam Pertama di Alam Kubur (Dr. Aidh Al-Qarni)


p/s: ketika blackout sempat lagi buat party di bilik sahabat..makan, borak dan tidak lupa bercerita tentang sirah nabawiyah dan kisah teladan dari Al-Quran..moga bermanfaat buat semua..terima kasih pada empunya bilik :D

p/s 2: artikel pendek..tak tahu nak tulis ape sebenarnya..tapi moga bermanfaat untuk diri ini dan teman2 lain :)

Saturday, March 14, 2009

nilai 3 ribu rupiah

tadi, selepas meeting MAHA(malam Huurul 'Ain) di bale 4,
saya dan kak Salmah (nama glamour)
bercadang ke JATOS..
satu-satunya shopping complex yang amat grand lagi maju di sumedang Jatinangor ini..

"jom makan burger" ajak kak Salmah dengan happynye dan mata penuh harapan..
"kat mane? sejak dok sini tak penah lagi duha makan burger"
"kat tepi food court " jawabnya merujuk pada tingkat atas sekali bangunan JATOS..

mula-mula ragu-ragu jugak..betulke nak makan burger je malam ni?
mane kenyang.. :p hehe..
tapi teringat pesanan pengarah program minggu sunnah
"yakinlah Allah yang mengenyangkan kita,bukan makanan tu"
aduh..rase tertampar-tampar je..hehe..baik2!! yakin! :)

lalu kami bertolak ke JATOS dengan menaiki angkot..
sampai di sana, saya menghulurkan 2ribu rupiah sebagai tambang kami berdua..
time ni, barulah Kak Salmah sedar, rupanya dia tak bawak duit pun (haha)
"oo..tak bawak duit berangan nak makan kat JATOS" perli saya dalam gelak tawa..
kak salmah hanya mampu tergelak bersama sambil meminta simpati dibelanja..haha..

setelah proses jual beli selesai di "klenger burger"..
cadangnya nak terus balik..
tiba-tiba kak salmah bersuara..
"eh, nok try dok gorengan tu?"
sambil menunjuk ke arah satu stall gorengan ala-ala 'yong tau fu' di tepi esklator..
"owh,boleh je..jom-jom.."
dengan senang hati, kami memilih laa gorengan2 yang dicucuk pada batang sate tuh..
sambil bernyanyi riang dalam hati..
(hati kak salmah tak tau laa mcm mane kan..)


yong tau fu


selesai..

saya menghulurkan gorengan yang dipilih tadi..
teteh (kakak) di kaunter tu pun mula mengira..

"em..Rp ** teh" kata cashier merangkap tukang goreng tersebut..

bukak purse...
teng3..
alamak..tak cukup duit????
lagi 3 ribu rupiah..
cane boleh tak pasan nih??
aduh..malunye..haha

kak salmah pun mula gelabah..
tulaa..tadi confident sangat..lupe baru je kluarkan duit dari purse kat bilik tadi..
kemas2 purse bole lupe nak masukkan duit balik an.. '-_-

"teh, wangnya ga cukup,pergi keluarkan duit dulu ya di bawah" hu~ muka rasa tebal..
cepat2 turun bawah,pegi kt mesin ATM..
"duha,keluarkan 3 ribu je dari bank" kak salmah sempat berlawak

mengikut nilai matawang sekarang ni..
3ribu rupiah tak sampai rm1 pun..
sangat kecil nilainya di mata kita..
mungkin memang selalunya kita memandang rendah 3 ribu rupiah tu..
tapi dalam detik-detik cemas begini..
ianya amat bernilai!
hargailah walaupun 500 rupiah ye..


dalam perjalanan pulang saya terfikir..
Alhamdulillah Allah masih mengurniakan saya kesempatan untuk berlari ke mesin ATM..
demi mencukupkan duit untuk bayar gorengan tu..

tapi..
selepas kita mati..
macam mana di ahirat nanti?
kalau pahala saya tak cukup untuk membayar harga syurga Allah?
masihkah ada kesempatan buat saya untuk berlari ke bank pahala?
untuk mencukupkan kekurangan tersebut??

waktu itu,semuanya sudah terlambat..

bukankah Allah telah menukilkan dalam Al-Quran bahawa akan ada
golongan yang berdosa, yang akan meminta dikembalikan ke dunia..
untuk melakukan amalan soleh agar dapat menampung 'tambang' ke syurga..


gambar hiasan
"sawah padi" yang akan dituai


tapi ketika itu,
alasan-alasan sudah tidak mempunyai peranan..
apa yang sudah ditanam..itulah yang dituai..
tidak ada penambahan,atau pengurangan..
tiada yang dapat membantu
melainkan syafaat dari junjungan besar Rasulullah SAW..

lalu..apa yang kita kena buat?
untuk menggapai nikmat dan ganjaran terbesar tu?


sahabat-sahabat..
kautlah pahala sebanyak mungkin..
kejarlah redha Allah seboleh mungkin..
ingatlah..
di akhirat nanti..tidak akan ada bank(bantuan) pahala..
melainkan amalan dan pahala 'cash' (sedia ada) pada diri kita..
renung2kanlah..
peringatan buat diri ini yg amat kerdil lg hina..


p/s:trima kasih pada ajk MAHA kerana saya betul2 dapat sesuatu dari meeting tadi.. :)
maaf atas kelemahan diri..

Wednesday, March 11, 2009

Janji Diana,Janji Melayu dan Janji seorang manusia

"timah,aku janji esok aku bayar hutang aku" jelas Aminah
"Ok, kalau kau tak bayar esok, siap kau!" getus si timah

"Cikgu, saya janji saya takkan buat lagi" kata seorang murid
"baiklah, cikgu berpegang pada janji kamu" balas cikgunya

sehari-hari manusia sering berjanji..
tak kiralah dengan niat untuk menunaikan janji tersebut, atau sekadar alasan dan bergurau senda..

tapi, realitinya, apabila seseorang berjanji dia mempunyai satu ikatan atau hutang yang harus dilepaskan dan dilangsaikannya..

sesetengah daripada kita mengaggap janji amat penting dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mengotakan janjinya..namun ada sesetengah pula,
yang memandang remeh pada janji-janji yang pernah ditaburnya suatu ketika dahulu..

seorang sahabat pernah berkata "saya takkan berjanji kalau saya tau saya tak mampu"
satu attitude yang patut dicontohi oleh kita semua..

sifat terlupa dalam diri manusia adalah fitrah..
sebab itu, kalau kita perhatikan, manusia akan berusaha sedaya upaya untuk mengingatkan diri sendiri tentang janji-janji atau komitmen yang telah dilakukan..

contohnya, menulis diari
"aku telah berjani bahawa aku....dan aku....dan...."

simpan dalam HP
"23/2- meeting dekat bale 2 (asrama 2)

catat dekat kalendar,tulis dalam buku 555 (buku hutang), tampal sticky notes dan sebagainya..

kita tak mahu digelar orang yang tidak bertanggungjawab, takut dimarah kerana mengkhianati janji dan mungkin kita sedang berusaha menjadi manusia yang komited!

namun, ada satu lagi janji..
yang sering manusia lupa, abaikan dan jarang berusaha untuk mengingatkan kembali diri mereka tentangnya..

iaitu janji pada tuhannya..
Allah SWT


sejak dalam rahim ummi/ibu/mama/mummy/mak kita lagi, kita sudah berjanji..
untuk menjadi hambaNya yang akan melaksanakan agamaNya dan perintahNya serta menjauhi laranganNya di muka bumi..

dan ingat, tuhan pasti menuntut janji tersebut daripada kita kelak..

tapi, yang peliknya..
manusia sekarang lebih menuntut janji tuhan pada mereka, bukannya cuba menunaikan janji mereka kepadaNya..
amboi-amboi..

apabila ditimpa kesusahan,
kita mengeluh "bukanke Allah janji nak bagi kesenangan selepas kesusahan? ni susah je memanjang..senangnye bile??"

bila kita bersedeqah dan berinfak, kita berkata "kalau infak harta, Allah akan gandakan ape yang kita beri kan?? tapi macam tak bertambah pun rezeki aku..hidup aku tak makin senang pun.."

"Allan janjikan lelaki yang baik untuk wanita yang baik..aku rasa aku dah usehe dah nak jadi baik..tapi kenapela dapat suami camni.."keluh seorang isteri..

Allah janji ini dan Allah janji itu..

janji kita di mana?

ya..ya..ya..

memang semua itu janji Allah bagi para hambaNya..
"sesungguhnya Allah tidak akan memungkiri janjiNya
dan Dialah sebaik-baik penunai janji.."

Tapi apa hak kita untuk menuntut semua itu sedangkan janji kita
yang SATU padaNya pun tak tertunaikan lagi..

boleh jamin kita dah laksanakan semua perintahNya dengan ikhlas dan istiqamah?
boleh jamin kita dah tinggalkan dan jauhi semua laranganNya?

dan mungkin janji kita padaNya sebenarnya lebih dari satu..

"ya Allah, aku bertaubat dan JANJI tak buat lagi..ampunilah aku.."
tapi esok lusa kita ulangi kesalahan kita..
erm..macam kenal situasi ni??

tapi takpe..jangan risau, Allah maha pengampun

kalau dalam exam, kita selalu mengadu..
"ya Allah, bagilah aku jawapan..bagilah aku petunjuk mane satu yang betul..A ke..B ke..atau D ke..pasni aku JANJI nak belajar betul2 dan sungguh2.."

tapi habis je exam..
erm..
paham2 la...

tapi takpe..Allah Maha pengasih dan penyayang..kan?

sedarlah..
ini bukan setakat janji Diana..
atau janji melayu
atau janji-janji lain..
tapi ini adalah janji kita..
janji seorang manusia..

ingatlah..
ada satu janji utama yang telah kita berikan pada Allah tuhan sekalian alam..
lalu..
sama-samalah usaha untuk menunaikannya..
ingatkan diri kita..

"janji aku pada tuhan --> jadi hamba yang taat dan melaksanakan arahan serta jauhi laranganNya"
tampal sikit stick note kat dinding
tak pun tulis dalam diari..
dan banyak cara yang lain lagi..

moga sama-sama menjadi HAMBA yang komited dengan tugas dan tanggungjawabnya sebagai HAMBA..



saya mengingatkan diri ini jugak yang SUPER pelupa '-_-
Astaghfirullah al-'adzim

p/s: kalau saya ada janji pada sesiape ape2..ingatkan balik ye, saya tak nak digelar manusia tak bertanggungjawab!

Friday, March 6, 2009

Matlamat

sejak pagi tadi hingga lebih kurang jam 12+ tengah hari..
satu acara amazing race telah diadakan
anjuran biro agama KUBI sempena Minggu kesenian islam..
sebelum ni dah banyak acara yang telah berlangsung..
contohnya pertandingan puisi..
pertandingan KULTUM (kuliah tujuh minit)
dan masih ada beberapa acara yang bakal diadakan
seperti busana muslimah,pertandingan hafazan dan lain2..

pagi-pagi lagi sekitar jam 7.30 pagi saya dan rakan-rakan team-mate amazing race dah bekumpul di bale 2..hehe..semangat!
lepas semua dah cukup..kami sama-sama gerak ke GOR berdekatan dengan fakultas kedokteran..

jam telah pun menunjukkan pukul 8..
tapi masih ramai yang belum sampai..
erm..janji melayu??
malas nak komen..

jam dah pukul 8.30pagi..
masih belum start..
geram jugak..
tapi Alhamdulillah tak lama lepas tu..
briefing mula diberi..
setiap kumpulan diberi nama oleh pihak panitia..

nama kumpulan kami..
IMAM AL-GHAZALI..

sebelum pertandingan bermula..
kami sempat saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain..
apa matlamat bermain?
kebetulan kami semua satu group usrah..(kebetulan?? lalla~)
jadi kami sepakat..

kenapa join amazing race ni..
1. anggap sebagai satu ibadah..sehatkan badan..
2.sebagai kesempatan untuk menambah ilmu..memandangkan ada tugasan berkaitan ilmu islam yang perlu dilakukan
3.merapatkan lagi ukhuwwah
masing-masing setuju..kalau menang itu bonus..siapa tak nak menang..

bercakap tentang matlamat..
teringat pada satu analogi yang diberi oleh senior..
'kalau kita main sambung puzzle, tapi takde gambar sebagai rujukan..senang tak?"
tentunya susah..sebab tak jelas..gambar apa yang kita nak hasilkan?
begitu jugak dalam setiap perkara yang kita lakukan..
kalau ia dilakukan tanpa matlamat yang jelas..
atau tidak diketahui tujuan sebenar..
pasti sukar untuk mencapai apa-apa hasil..
jadi..set lah matlamat dan pastikan kita jelas tentang matlamat kita..
belajar..kenapa?
dakwah..kenapa?
kalau jelas matlamat..insyaAllah lebih mudah untuk mencapai cita-cita kita.. :)

back to amazing race tadi..
sepanjang permainan..Alhamdulillah semua berjalan lancar..
komitmen penuh diberi oleh setiap ahli kumpulan..
terutamanya ketua kumpulan kami..thank you zaza :D
terima kasih juga diucapkan pada abang yang jaga tepi kolam yang bitau
"wall climbing bukan kat atas..kat bawah"
tapi kami tak nak dengar cakap..sbb ingat kene tipu..haha (maaf :D)
(last2 malu sendiri sebab salah)
dan terima kasih pada individu yang membantu secara langsung atau tak langsung..hehhe
p/s: bantu-membantu memang amat digalakkan dalam islam :)



kesimpulan:
1. kebanyakan permainan membuatkan saya sakit pinggang '-_- adoi..
2.Alhamdulillah matlamat tercapai..(tp menang belum tau lagi..hehe..dub2..dub2..)
3.taniah pada pihak penganjur
4.tahniah pada kelompok IMAM GHAZALI sebab berjaya habiskan tugasan yang diberi :)
5.kne usaha lebih untuk tingkatkan lagi ilmu
6. ade panitia fkg08 (terlalu obvious ke?? hehe) yang patut dipecat..sebab salah kire soalan..bukan sekali bahkan berkali-kali..haha..(stesen yg kat rounabout tu :p ) ..main je..

7. erm..banyak sgt pulak kesimpulan..tu je kot..hehhe..yang lain iA bole fikir sendiri..

****yang baik kita ambil dan yang buruk kita jauhkan..insyaAllah..

kasihNya di pagi hari

pagi-pagi lagi HP dah berbunyi..
menandakan satu message diterima
"duha,aku mau ke bale 3 ya, mau ambil OR p3k nya..bisa ga? maaf ngerepotin"

kalau diikutkan hati..
memang malas nak turun bawah..
dah laa bilik tersayang ni kat atas sekali~
takpelah..excercise sikit pagi-pagi..
alang-alang tu boleh warm up untuk amazing race
hehhe..
lagipun teringat satu hadith..
"siapa yang membantu urusan mukmin lain, iA Allah akan mudahkan (bantu) urusannya"

jubah dipakai..
tudung disarung..
barang-barang yang terlibat diambil..
segera berlari keluar bilik..
menuruni anak tangga yang tingginya membuatkan tak ramai manusia pernah melawat kamar saya ni..(hu~ sedih)

sampai di bawah..
kelibat temannya belum kelihatan..

teringat pula pada kasut yang dihantar untuk dicuci..
kasut sukan yang digunakan minggu lepas untuk ke kiara 'umbrella'..
waktu balik dari kiara 'umbrella' tu, dah tak rupe kasut dah..
macam memakai lumpur berbentuk kasut..heh
(tapi takpe..Alhamdulillah program itu best dan insyaAllah bermanfaat :) )

Saya ke kaunter bale dulu..
nak mintak kasut sukan tu..
bayaran rp7000 dikenakan..
(melayang duit sarapan :p)
tapi takpe..save masa dan tenaga dari mencuci kasut..
haha
(p/s: saya bukan pemalas)

Alhamdulillah..teman yang ditunggu pun tiba..
segera dipenuhi keperluannya dan dengan cepat naik ke atas semula..

tiba-tiba..
di anak tangga yang ke 8
(tak kira pun..agak2 je..lebih kurang laa..haha)
saya hampir-hampir terjatuh..
tu la..happy sangat naik tangge..eheh

fuh~
Astaghfirullah..
terdetik dalam hati..
Alhamdulillah tak jatuh betul-betul..
kalau tak..ape laa jadi agaknye..

erm..
takpe..ni peringatan Allah pagi-pagi..
ALLAH SAYANG SAYA..
pagi-pagi lagi die dah tag saya..hehe
agar berhati-hati dalam kehidupan dan setiap urusan..
(boleh diaplikasikan dalam meningkatkan ketakwaan)

teringat semalam..
dalam pengisian rohani..
ada teman yang berpesan..
setiap perkara kalau diambil dari sudut positif..
pasti kelihatan cantik..
erm..betul3

insyaAllah saya ingat pesanan Dia yang tercinta :)


dear Allah,
I LOVE YOU..
MORE THAN ANYTHING..

PLEASE LET ME FEEL YOUR LOVE TOO
SO I WILL NEVER BETRAY
AND BE ONE OF THE PEOPLE WHO ASTRAYED

YA RAHMAN..
EVEN I CAN'T LOVE YOU AS MUCH AS YOUR LOVE TOWARDS US..
BUT I PROMISE I'LL TRY MY BEST..

I ADMIT..
THAT I ALWAYS FORGETS ABOUT YOU..
BUT YA ALLAH
PELASE DON'T EVER FORGET ME ONCE..
COZ IF YOU DO..
THEN THERE'S NO POINT OF BEING HERE RIGHT NOW..

-sinfull person-

Minggu Sunnah

Sempena maulidurrasul, Islamic Malaysian Association (IMAN)
akan mengadakan
"minggu sunnah"
(8-14 mac 2009)

yang bertemakan
"Rasul dicintai, sunnah dirai"

tentatif:


antara objektif program adalah untuk menanam rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW disamping mengaplikasikan sunnah baginda

ingatlah, sesungguhnya orang-orang yang mentaati rasulullah SAW akan dicintai oleh Allah SWT.
Allah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 31

"katakanlah(Muhammad) 'jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku,nescaya Allah mencintaimu dan menagmpuni dosa-dosamu'. Allah Maha pengampun, Maha penyayang"

ambillah peluang untuk berselawat sebanyak-banyaknya dan insyaAllah cuba untuk istiqamah pada hari-hari seterusnya..
"..wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan padanya"
(Al-Ahzab:56)

"Ya Rasulullah..aku merinduimu..
aku memerlukan bimbinganmu..
aku ingin keberkatan dan syafaat darimu..
walupun kadangkala aku terleka dari kenyataan itu..
namun jauh di lubuk hatiku..
inilah hakikat yang tak dapat dinafikan..
bahawa sesungguhnya aku mendambakanmu..

ya Allah..
berilah aku petunujuk..
kekuatan..
kemahuan..
wa thabbit qulubi..
untuk mengikuti sunnah2 pesuruhmu..
agar di negeri yang kekal nanti..
aku diberi peluang untuk bertemu dengannya
kekasihMu..
kekasihku
kekasih sekalian mu'min

Rasulullah SAW..

sama2 raikannya :)

**pembetulan: pop sunnah di A5.3 bukan A3.3

Monday, March 2, 2009

peringatan buat diri

"nak jadi seorang da'ie bukannye senang"
teringat balik kata-kata seorang kakak..

"kita bukan sahaja perlukan keberanian, tapi kena tau cara nak tackle mad'u kita..kalau silap langkah..silap2 hari bulan, kita yang buat dia makin jauh dari islam..naudzubillah"

sebagai insan yang lemah, meremang bulu roma saya mendengarkan tutur kata akak tu..
mungkin tanpa disedari sebenarnya dah banyak kesalahan yang saya lakukan sepanjang menjalankan tugas sebagai seorang da'ie..

memang susah dan tidak mudah memujuk manusia..

pernah terlintas dalam fikiran untuk "berehat" sebentar dari tugasan dakwah ni..kadang2 terasa penat..dan takut dengan cabaran dan dugaan yang datang..tapi bila difikirkan..setiap orang daripada kita perlu berdakwah..ini sunnah terbesar rasulullah yang ramai orang tinggalkan..moga Allah mengampuni diri ini yang mempunyai pemikiran seperti itu '-_-

teringat suatu ketika dulu di Ipoh ketika mengambil STAM (sijil tinggi agama malaysia) di Sekolah Al-Hidayah, saya pernah mengadu pada seorang sahabat tentang perasaan penat dan keinginan untuk melepak dan berehat..

"tak rasa penat ke? semua benda kena jage..kena sentiasa berhati-hati..dah laa pelupa,asik terbuat salah je..penat la..nak blaja,nak dalami ilmu agama,nak menyampaikan..banyaknye benda nak buat!" luah hati seorang pelajar yang baru mencapai usia 17 tahun..(dah tua sanye..cuma pemikiran belum matang..patutnya dah mampu memimpin sekumpulan pasukan perang!)

sahabat saya tersenyum..kemudian dia membalas "tidak ada rehat bagi seorang mukmin sehingga dia bertemu dengan tuhannya nanti"

tempat bermulanya rehat yang panjang..
sama ada menyeksakan atau menenangkan


kata-kata yang cukup bermakna bagi diri ini dan sehingga sekarang dijadikan motivasi bila diri ditimpa "penyakit" penat..

kita sebagai seorang mukmin memang tak patut mempunyai masa rehat dan masa lapang yang banyak..ingatlah, masa lapang itu membunuh!

memang banyak kerja yang lebih perlu diutamakan berbanding rehat kita..

bukankah rehat yang panjang dan berkekalan itu lebih kita damba berbanding rehat sementara di dunia??

ingatlah rakan-rakan seperjuangan sekalian, tugasan yang perlu dijalankan sebenarnya melebihi masa yang ada..masih sempatkah kita nak berehat dan bersenang2? isilah masa sebaiknya di dunia ni sebagai ladang untuk membawa bekal ke akhirat..

sesungguhnya masa adalah komponen yang sngat berharga dan penting melebihi emas dan permata sehinggakan Allah menjadikan satu surah khusus tentang masa..

grab a chance!
manfaatkan masa mudamu sebelum datangnya masa tua
gunakan masa sihatmu sebelum datang kesakitan
jangan sia-siakan masa lapangmu sebelum datang kesempitan
lakukan sebanyak amal di waktu kayamu sebelum tiba saat kemiskinan
dan ingatlah, kehidupan di dunia pasti disusuli kematian dan janganlah sampai ia menjadi satu penyesalan..




hati yang kotor.. '-_-


**hanya satu pesanan pendek buat diri ini yang jiwanya tak berapa nak tenteram dua tiga hari nih..doakan hati ini mendapat ketenangan dari allah taala :)

Sunday, March 1, 2009

kita lupa


"Mak kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk buat
rendang ya!" pinta seorang pengusaha ternakan kambing kepada seekor
kambing betina tua, yang terpinga-pinga.
Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak?
Tidak perlu.



Hakikatnya, emak kambing, ayah kambing, anak kambing dan seluruh ahli
keluarganya adalah milik pengusaha ternakan kambing tersebut. Mahu
diambil si emak, mahu diambil si anak, kuasa mutlak ada padanya.
Namun kerana ihsan yang ada pada diri, penternak kambing sentiasa
mengambil si kambing dewasa untuk jualan dan sembelihan. Sesekali
sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiada pertikaian, kerana seluruh
kandang itu milik dirinya. Manusia yang memberi makan, minum,
penjagaan, rawatan, perlindungan dan segala yang diperlukan oleh si
kambing untuk hidup sejahtera.

RUBUBIYYAH ALLAH
Ada apa di sebalik kisah kambing?
Ia cara mudah untuk memahami kesan mengimani Rububiyyah Allah.

"Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan
bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan
penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan
mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur
segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah:
Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?" [Yunus 10: 31]
Mengimani bahawa Allah sebagai RABB, bahawa Dia itu Pencipta alam,
Pentadbir alam, Pengatur alam dan Pemilik alam… adalah sari pati
pengertian iman kita kepada Rububiyyah Allah.

Rububiyyah bukan iman muqaddimah yang remeh. Ia adalah iman asas,
tempat di mana terbina dan berpijaknya kehambaan kita kepada Allah
SWT. Sepatutnya, kesan mengimani Rububiyyah Allah inilah yang membawa
kita kepada perbuatan menghambakan diri kepada-Nya, menunaikan
tuntutan-tuntutan Uluhiyyah Allah, sebagai Ilah dan Keutamaan
Tertinggi dalam hidup ini.
Namun, Iman warisan yang tiada nilai pilihan, mungkin tercicir akan
hakikat ini. Dalam keadaan manusia beribadah kepada Allah, jiwanya
gagal berhubung dengan Rububiyyah Allah..
Justeru dalam `kesempurnaan' ibadah dan ritualnya, dia terlupa akan
hakikat diri sebagai HAMBA.

HAMBA YANG LUPA

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima
ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan
kewajaran dirinya diuji.
"Apa salah anak saya. Mengapa dia yang mati, bukan saya!" kata-kata
manusia yang terlupa.
Terlupa bahawa dirinya, anaknya dan seluruh ahli keluarganya, adalah
milik mutlaq Allah, Pemilik mutlaq alam ini. Terikatkah Allah kepada
peraturan kita bahawa anak yang sepatutnya menghantar ibu bapa ke
kubur dan bukan sebaliknya?

AYAT-AYAT CINTA
"Oh, novel itu sangat bagus. Ia panduan bercinta menurut Islam," komen
gadis-gadis Islamik yang jatuh hati dengan novel Habiburrahman El Shirazy.
"Ceritanya indah sekali. Ana kepingin menjadi Fahri," ulas seorang akh
yang larut dalam kisah syahdu di bumi Kinanah itu.
Mana mungkin Habiburrahman El Shirazy menulis sebuah novel, hanya
untuk membentangkan soal cinta!



Saya bukan seorang pembaca novel cinta. tapi, kali ni bukan setakat novel, malah
Filemnya juga ditonton...
Tetapi saya tidak melihat novel itu kemuncaknya adalah cinta. Saya
tidak jadi `mabuk cinta' membaca bait Ayat-ayat Cinta. Sebaliknya saya lebih menekankan babak ketika Fahri berada di dalam penjara, kerana di situlah
mesej teragung yang sepatutnya diangkat sebagai muhasabah terbesar ke
atas jiwa.

Sama ada rakan sepenjara Fahri itu adalah Profesor Abdur Rauf yang
dinukil novel, atau lelaki gila tanpa nama di dalam filem, ungkapannya
bagai panahan lintar menampar pipi Fahri, juga saya yang membacanya:
"Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS… SABAR dan
IKHLAS itulah Islam"
Ya… kesalahan Fahri adalah pada sangkaan dirinya, bahawa setelah hidup
dalam ilmu dan ketaatan, beliau tidak wajar diuji. Beliau itu bersih,
suci, bagai yang dimahukan oleh Allah. Apatah lagi ujian itu adalah
pada sesuatu yang bertentangan dengan nilai hidupnya. Mana mungkin
seorang yang begitu bersih dari menggauli manusia berlawanan jantina,
tertuduh dengan sebusuk-busuk fitnah, merogol Nora?

"Apa salah saya kepada Allah???" soalan seorang manusia bernama Fahri,
yang tertipu dengan dirinya sendiri.
"Istighfar! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong! Ingat
siapa diri kamu!" bicara waras seorang manusia gila.
Itulah beban Ayat-ayat Cinta, bahawa segala tentang Fahri adalah untuk
mempotretkan seorang manusia yang sempurna pada ilmu, pada amal, pada
ibadahnya kepada Dia. Tetapi ikhlas dan musuh ikhlas itu sulit. Sulit
dan tersembunyi bagai semut hitam merayap di atas batu hitam pada
malam yang hitam pekat.

MUSIBAH ITU ADA TUJUANNYA
Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk
berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita.
Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status
yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa
sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh
terlupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba, milik Dia?
Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang
kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang
HAMBA.
Buruk sangka, tidak mencari `bicara Tuhan' di sebalik musibah dan
berantakan menyelaputi jiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya.

Seorang lelaki yang baik, menjaga iman dan beramal soleh, difitnah
berzina?

Seorang isteri yang baik, taat, melakukan segala kebaikan untuk
kesempurnaan rumahtangga, dihadapkan dengan khianat suami bermain kayu
tiga?

Seorang suami yang bertanggungjawab, melakukan kebaikan kepada
rumahtangga tak berbelah jiwa, diuji dengan isteri dan anak-anak yang
kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia?

Seorang anak yang datang dari sebuah keluarga bahagia, berdepan dengan
keluarga mertua yang mengundang sengsara?

Seorang ibu dan seorang bapa, yang sangat menjaga hal ehwal pendidikan
dan akhlaq anak-anak mereka, diuji dengan salah seorangnya menjadi
pelesit menconteng arang ke muka?

Mengapa semua ini berlaku?

Itulah bicara Allah kepada kamu…

Kamu pernah mendakwa yang kamu menjaga pergaulan adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu menjadi anak yang baik adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa baahwa kamu menjadi ibu dan bapa yang
melaksanakan segala tugasan dengan sempurna adalah KERANA DIA.

LUPA
Tetapi kamu terlupa.
Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlaq baik,
kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya
menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan
hina. Lelaki baik harus lancar memiliki perempuan yang baik.
Ketika kamu mentaati suamimu, menjaga segala keperluannya, kamu
terlupa kepada Allah dan meletakkan jangkaan bahawa mencintai sama
dengan memiliki, dicintai sama dengan dimiliki.

Setiap kali kamu melakukan sesuatu kebaikan, kamu lupa kepada Allah..
hingga kamu sangka itu semua jasa, dan jasa mesti dibalas budi.
Ketika kamu menjadi anak soleh, kamu lupa kepada Dia dan kamu sangka
kebaikanmu itu suatu jaminan. Mustahil anak yang baik dikeji manusia
ibu dan manusia bapa, biar pun mereka hanya mertua.
Semasa kamu mendidik anak-anak dengan sebaik-baik didikan, kamu lupa
kepada Allah lalu mengharap kebaikanmu dikenang dan dibalas mereka,
hingga terlupa niat kamu berkaitan Dia.

BAIK DAN MUKHLIS
Garis yang memisahkan di antara seorang manusia yang berlaku baik,
dengan seorang manusia yang ikhlas dalam kebaikannya, amat tipis.
Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk menzahirkan
keikhlasan itu.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya
berkata: "kami beriman", sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]

Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana
mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun
ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna.
HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.
HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.
HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan
Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka.
Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka. [Al-Hasyr 59: 19]
Kita sentiasa layak diuji…
Kerana kita adalah HAMBA.

p/s: cubelah hayati n apply dalam diri...mungkin kita
sekarang diuji dengan bebanan amanah jawatan yg bertimbun2 bertambah
dengan masalah study(mngkin ada yg ok) dan lain-lain.. ADA
HIKMAHNYA... .ALLAH mahu menguatkan kita dan mentarbiyah diri supaya
tetap thabat,sabar UNTUK MENERUSKAN DAKWAH ISLAM....insyaALLAH . ..


perkongsian dr seorang teman