Thursday, December 31, 2009

selamat datang tahun 2010

selamat tahun baru!!



banyak betul offline message malam ni di YM..
kebanyakkan mengucapkan selamat tahun baru..

tahun 2010 hampir menjelma..
dan tahun 2009 hampir melabuhkan tirainya..

bagi kaum keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan di Malaysia,
fireworks telah pun berbunyi,
memandangkan sudah jam 12.07 di sana..

di sini,
masih belum tiba jam 12..
tapi tadi sudah kedengaran bunyi mercun..
terlalu semangat atau tersalah tengok jam?
wallahua'alam..

kalau diperhatikan dan diamati..
pelbagai cara tahun baru disambut..

mungkin ada yang sedang berasak-asak di sebuah konsert,
seperti yang sedang berlangsung di JATOS..
atau sedang keluar berjalan dengan pasangan masing-masing
menikmati angin malam..
dihiasi pula dengan indahnya bunga api
menghiasi langit ciptaan Tuhan yang Maha Esa..

selain itu,
ada yang mungkin bakal menyambut hari lahirnya
atau ada yang baru sahaja meninggalkan dunia yang fana ini..

pagi tadi,
saya mendapat satu kiriman sms..

"Duha, isteri Tok Busu meninggal sebab stroke"

innalillahi wa inna ilaihi raji'un..

baru dua hari lepas,
abah memberitahu bahawa Busu Hana
diserang angin ahmar..
tak mampu bergerak atau bercakap..

tanpa disangka-sangka,
dia telah pun kembali ke rahmatullah
pada pagi hari ini..

tanpa sempat bertemu dengan tahun 2010..

semoga Allah mencucuri ruhnya dengan rahmat
dan kesejahteraan..
serta ditempatkan bersama golongan yang disayangiNya..

lalu,
kita yang masih hidup ini..
mempunyai pilihan
bagaimana ingin memulakan tahun 2010 ini..

mengawalinya dengan maksiat?
atau dengan pengharapan agar Allah memberkati setiap saat di tahun ini,
dan begitu juga insyaAllah tahun-tahun yang berikutnya..

it's our choice~
sedar tak sedar..
semakin bertambah umur kita,
semakin berkuranglah sisa bakinya..
dan makin hampirlah kematian pada kita

sudah bersedia?
kita takkan tahu bila ajal akan datang bertandang..

bak kata kak FaZu,
kita hidup 2 kali,
tapi mati sekali sahaja..
maka pilihlah dengan cara apa kita mahu mati..
cara yang baik,
atau buruk..
naudzubillah~

moga husnul khatimah menjadi penghabisan hidup kita..

moga kerja dakwahh kita semakin lancar tahun ini..
moga akhlak dan peribadi kita dapat diupgrade tahun ini..
moga amal ibadah kita berjaya ditambah sikit demi sikit..
moga maksiat dan dosa dapat kita kurangkan..
moga semangat dan cinta pada islam makin mendalam..
dan moga kita berjaya thabat dan istiqamah di jalanNya
ya muqallibal qulub,
thabbit qulubana 'ala dinik..
amin ya rabbal alamin~



p/s: dah ada azam baru utk tahun ini? azam yang lama da capai tak? :D

p/s2: casa pelangi ada penghuni baru :) dua ekor arnab yang comel! pisang jangan risau, saya tetap sayang kamu lebih lama~ hehe..(haih..betambah pulak kerja nak menjaga arnab..tapi takpelah, latih supaya jd lebih bertanggungjawab kut :p )

masih malu-malu.. :x


p/s3: exam pun hampir tiba..masa makin suntuk..fokus2!!


p/s4: shift your paradigm~ nantikan PERMAI '10

p/s5: padasiape2 yang berkesempatan, silalah buka youtube cari video Maher Zain bertajuk "Open Your Eyes"..sangat menyentuh hati~

Monday, December 21, 2009

innallaha ma’ana

 

usah gelisah editted

 

p/s: satu ta’lim dan majlis berbuka puasa akan diadakan pada 27 disember 2009 bersamaan dengan 10muharam 1431, bertempat di aula bale 4..acara bermula jam 5.30 ptg, tayangan, solat maghrib berjemaah, tazkirah dan solat isya’ berjemaah.. bayaran cuma Rp7k..semua pelajar muslim UNPAD dijemput hadir~

p/s2:sebenarnya post ni saje nak try pakai windows live writer..hehe..

Saturday, December 12, 2009

mencari atau mencegah?

‘suruhlah berbuat kebaikan (makruf)

Dan cegahlah kemungkaran’


Mungkin ayat ini sudah menjadi cliché di kalangan kita,

Sehinggakan ada sesetengah daripada kita

Sudah menjadi tidak lagi sensitive kepada ayat tersebut..


Namun bagi yang sedar akan tanggungjawab mereka,

Ayat tersebut akan sebati dalam diri

Dan menjadi sebahagian dari akhlak mereka..


Namun,

Mencegah maksiat yang dianjurkan oleh islam,

Bukanlah bererti kita pergi MENCARI pemaksiat itu..

Dan cuba menghalangnya..


Tetapi,

Tugas kita adalah mencegah dan menghukum

maksiat yang berlaku di depan mata,

Yang mempunyai saksi dan bukti nyata


Dan bukan yang kita cari-cari

atau kejar-kejar untuk dicegah..


bukankah kita dilarang untuk ‘tajassus’

iaitu mengintai kesalahan atau aib orang lain

dan berperasangka buruk sesama kita?


" hai orang-orang beriman,
jauhilah kebanyakan dari prasangka,
kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa,
dan JANGANLAH KAMU MENCARI-CARI KESALAHAN
orang lain......."

(QS al-Hujurat [49]:12).

Imam Ibnu Katsir menyatakan,

tajassus digunakan untuk aktiviti mencari-cari kesalahan orang lain.

Adapun Imam Jalalain dalam tafsirnya mengatakan,

"Jangan melakukan tajassus,"

berarti,

"Janganlah mengintai kaum Muslim

dan mencari-cari kesalahan mereka."


Sabda Rasulullah SAW:

jauhilah oleh kalian prasangka,

kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dusta pembicaraan,

janganlah kalian meraba-raba (tahassus)

mencari-cari kesalahan orang lain (tajassus)

janganlah kalian saling berdebat,

saling menghasut,

saling membenci,

dan saling membelakangi.

akan tetapi, jadilah kalian

hamba Allah yang bersaudara

(HR al-Bukhari dan Muslim).


Begitu juga dengan kisah yang berlaku pada saidina Umar r.a,


(Daripada) ‘Abd al-Rahman bin Auf radhiallahu 'anh,
bahawasanya beliau pernah berjaga malam bersama ‘Umar bin al-Khattab.
Tatkala mereka sedang mengelilingi kampung,
mereka melihat sebuah lampu yang sedang menyala dari rumah,
maka mereka menghampiri rumah tersebut.

Ketika mereka menghampiri,
mereka dapati pintu rumah tersebut terbuka tanpa seorang pun di sana,
sedangkan dari dalam rumah terdengar suara yang sangat kuat.

Berkata ‘Umar sambil memegang tangan ‘Abd al-Rahman:
"Tahukah kamu rumah siapa ini?"

‘Abd al-Rahman menjawab
"Tidak."


‘Umar berkata
"Ini adalah rumah Rubi‘ah bin Umayyah bin Khalaf,

saat ini mereka sedang minum arak,

bagaimana pendapat mu?"

‘Abdul Rahman berkata
"Aku fikir, kita sekarang ini telah mengejar sesuatu yang dilarang oleh Allah.
Bukankah Allah telah berfirman

"...dan janganlah kamu mengintip ..."

dan kita telah mengintip mereka.


Setelah mendengar perkataan beliau,

Umar pergi dan meninggalkan mereka.

(Musannaf ‘Abd al-Razzaq diteliti oleh Habib al-Rahman al-‘Azhami;
al-Maktabah al-Islami, 10/231, riwayat no: 18943)


Namun, yang sering kita lihat pada zaman ini

Adalah manusia berlumba-lumba mencari pesalah atau pemaksiat.

Dan kadangkala ada yang merasa bangga

Berjaya membongkar kesalahan-kesalahan pelaku tersebut.


Sehinggakan ada pihak yang pergi ke hotel-hotel

Atau rumah tumpangan

Mengetuk pintu-pintu bilik

Dengan tujuan MENCARI penzina

Atau berharap akan ada ‘tangkapan basah’

Yang berjaya dilakukan..


Menurut buku-buku dibawah ini,


1) Ihya' Ulumuddin oleh Imam Al-Ghazzali (5/34)


2) Min Fiqh Ad-Dawlah Fil Islam oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi,

( hlm 121, cet Dar As-Syuruq)


3) At-Tasyri' Al-Jinaie al-Islami oleh Syeikh Abd Qadir Awdah

( 1/501, cet Muassasah Ar-Risalah)


4) Fiqh Ad-Dakwah Wal Irsyad oleh Syeikh Abd Rahman Hasan al-Habannakah.

( 2/ 242, cet Dar Al-Qalam)



Terdapat syarat-syarat dalam menjalankan amar ma’ruf nahi mungkar..


1) Kejahatan (maksiat) itu mestilah dari jenis yang disepakati

sebagai dosa dengan hukum haram secara qat'ie (putus)


2) Maksiat itu sedang berlaku,

jika ia belum berlaku atau dijangkakan akan berlaku,

tindakan yang harus hanyalah dinasihati terlebih dahulu.

Ini bermakna,sebelum berlaku,

tiga tindakan cegahan tadi belum menjadi harus,

kerana itulah amalan menasihati samada secara umum atau specifik dibenarkan.

( At-Tasyri' al-JInaie Al-Islami, 1/502)


3) Mempunyai kemampuan sebenar

dari sudut ilmu, kuasa, suasana

dan yang berkaitan untuk melakukan usaha mencegah ini.


4) Mestilah diyakini pencegahan itu

tidak membawa kemudaratan yang lebih besar.


5) Maksiat itu mestilah terzahir (ternampak)

dengan jelas tanpa perlu pengintipan

samada dengan cara pendengaran, penglihatan dan sebagainya.



Bukanlah sesuka hati kita

Untuk menjalankan amar ma’ruf nahi mungkar,

tetapi haruslah berhati-hati

Demi menjaga kemaslahatan semua.


Jika kita melakukan tugas Mencegah,

Ikhlas kerana sayangkan saudara sesama muslim kita,

Dan kerana tidak mahu kemungkaran itu berleluasa,

Bukan mencari-cari pesalah untuk kita hukum,

insyaAllah jiwa manusia disekeliling akan lebih terdidik

dan pasti akan timbul kesedaran dalam diri mereka..


kerana berperasangka buruk dan mencari salah orang,

hanya akan menimbulkan lebih banyak permusuhan..


wallahua'alam~




p/s: saya dan mimi (Adik usrah) ada azam baru iaitu menambah b**** b**** hehe..hanya kami yang boleh translate :p


p/s2: terima kasih pada semua yang mendoakan pisang, selepas diinject, diambil darah, diberi makan antibiotic double dose, pisang semakin sehat sekarang dan dah mula berselera untuk makan :)


p/s3: plan pagi nanti harap berjaya :) muhasabah diri!


p/s4: semasa 'menyinggah' di balai polis bandung beberapa hari yang lalu, selain daripada dibelanja makan sate kerana proses membuat laporan yang mengambil masa terlalu lama,saya dan rakan-rakan mendapat ta'lim yang amat bagus daripada kepala polisi (ketua polis) di situ..kebanyakan berkisar tentang peranan sebagai seorang muslim dan khususnya seorang lelaki/perempuan..selain memberi nasihat, beliau turut memberi tips-tips dalam mencari jodoh (????) hehe..ilmu2..saya hanya mendengar~ :)


p/s5: exam makin hampir..dah sedia? erkk..datanglah wahai perasaan takut dan cuak '-____-


p/s6: minggu ni abah, ummi and lain2 pergi tanjung karang tengok kelip2..tak aci!! :(


p/s7: ada baca berita tentang pengantin baru yang meninggal di perlis akibat accident? nama beliau adalah, akhi mohd ariff abdul kadir. diceritakan oleh sahabat usrahnya di perlis, beliau sangat bersemangat untuk menjalankan gerak kerja di Perlis terutamanya kepada pelajar universiti kerana beliau baru mendapat tawaran menjadi lecturer di UITM perlis. namun, Allah lebih menyayanginya, selepas diijabkabulkan lebih kurang pada jam 9 pagi di masjid anak bukit (berhampiran istana sultan kedah), beliau beserta ibu bapanya dan seorang lagi temannya mengalami kemalangan jalan raya sekitar jam 1 petang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah utnuk menunaikan solat jumaat di beseri. innalillahi wa inna ilaihi rajiun. moga ruhnya dicucuri rahmat Allah taala dan ditempatkan bersama-sama orang soleh di sisiNya.

Wednesday, December 9, 2009

4 things we can't recover

maybe ada yang dah sering membaca cerita ni,
tapi nak kongsi buat renungan bersama...

enjoy~

***********************************************************************************

A young lady was waiting for her flight
in an international airport..

As she need to wait many hours,
she decided to buy a book to read
and a packet of cookies..

then,
as she waits,
she sits down on an armchair in the waiting room,
reading the book peacefully..

besides the armchair,
where the packet of cookies lay..
a man was sitting beside her,
reading his own magazine..

when she took the first cookie,
the man beside her took one also..
she was irritated but said nothing..

she just thought
"what a nerve! if i was in the mood,
i will punch him for daring"

for each cookie he took,
the man take one too..

this was really infuriating her,
but she did not want to cause a scene..

when only one cookie remain,
she thought
"ah..what will this abusive man do?"

then,
the man took the last cookie,
and divided it to half,
giving her one half,
and he took the other half..

"Ahh..that was too much!"
she was very angry..

in a huff,
she took her book,
her bags and belongings
and stormed to the boarding place..

inside the plane,
she tried to relax herself,
take her seat
and open her purse to find her glasses..

to her surprise,
her packet of cookies is there!
untouched..unopened..



she was so ashamed,
and know that she was wrong..
she forgets that she kept the cookies inside her purse..

the man had divided his cookies
with her,
without feeling angered or bitter..

while she had been very angry,
thinking she was dividing her cookies with him..

now,
she dont even get the chance to explain herself,
or apologize to the man..

the moral of the story??

there are 4 things we cannot recover..

1. the stone, after the throw
2. the occasion after it's loss
3. the TIME after it's gone
4. the WORDS after it's said

sebagai manusia,
bukan hanya hubungan sesama tuhan yang harus kita titik beratkan..
namun hablum minannas (hubungan sesama manusia) itu juga
amat penting untuk kita jaga..

jaga tingkah laku kita,
agar tidak menyinggung sahabat kita.

jaga percakapan kita,
kerana sekiranya ia telah mengguris,
bukan senang ia dapat pulih semula..

dan jagalah perasaan mereka di sekeliling kita..
tanpa mereka,
siapalah kita..

ingat lagi kisah paku dan dinding?
akibat kemarahan,percakapan dan perbuatan kita,
banyak hati yang akan kita guris

dan walaupun maaf sudah dipinta,
kesan lukanya masih berbekas..
lalu berhati-hatilah..
think before you act!

ya Allah,
engkau yang Maha mengetahui isi hati hambaMu..
jagalah dan peliharalah hati kami..
kerana engkaulah yang memegang hati-hati kami..


**********************************************************************************


p/s: banyak dugaan dan ujian yang berlaku semalam..moga ia menjadi penguat bagi diri ini dan terutamanya bagi sahabat-sahabat saya..anda boleh!

p/s2: dari kecik saya sering dipanggil 'budak kuat nangis'..ye, saya tak nafikan dari kecik saya sering menangis..kalau tak dapat sesuatu yang saya nak, kalau ditegur sedikit, saya akan menangis..ummi kata sebab lepas 5 tahun, baru dapat adik..jadi saya agak manja..erm..mungkin..tapi, sejak masuk sekolah menengah..saya cuba ubah..sabar kalau tak dapat sesuatu, dan jangan mudah terasa atau tersinggung..namun, ada masa saya gagal, lalu menitis lah air mata ini..buat semua yang berada di sekeliling saya, minta maaf awal2..bukan saya sengaja mengalirkan air mata itu..tapi ia masih sukar dikawal..'-____- namun iA saya boleh terima apa2 kenyataan, cuma spontaneously.. MUNGKIN air mata tu akan tetap mengalir..huu~

p/s3: try to keep away!

p/s4: old sickness is attacking..sejuk barangkali :(

p/s5: esok xtramural di RSHS (rumah sakit hasan sadikin)..doakan semua berjalan lancar

p/s6: kursus pengurusan jenazah..yuk sertai! (teringat kursus pengurusan jenazah di KMM)

Thursday, December 3, 2009

:X



p/s: pisang tak sehat.. :( tolong doakan dia..

p/s2: sempena maal hijrah ni, insyaAllah akan diadakan kursus pengurusan jenazah..nantikan!

p/s3: FK buat hal lagi..kesian teman2 group E..mula-mula kata kelas pukul 9, tiba2 pukul 8+ baru dapat tau ada kelas pukul 8..macam mana tu? confirm laa semua lambat datang..haih~ bersabar ya teman-teman..(harapnya hari isnin nanti tak jadi lagi masalah macam ni)

Monday, November 30, 2009

setelah sekian lama..

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim..
Dengan nama Allah yang Maha pengasih dan penyayang..Align Center

dah cukup lama rasanya meninggalkan blog ini kosong tak terupdate..
nak kata busy..
itu bukanlah alasan yang relevan..
internet di bilik meragam?
em..mungkin saja..

apa-apa pun..
setelah dah lama tak menulis sesuatu..
rasa terlalu banyak pula perkara yang ingin dikongsikan..

hari raya Qurban yang baru saja lepas..
program Zafran Saphire yang diadakan di Bandung..
Sifat Solat Nabi Tour 2009
dan pelbagai lagi..

sedar tak sedar..
penghujung sem 1 bagi tahun ke-2 hampir tiba..
tak lama lagi final exam akan datang..
tapi,
macam tak prepare je '-____-
em..belum prepare..bukan tak prepare..
insyaAllah..

kita mulakan satu-satu ya..
mungkin hanya sedikit ringkasan yang ingin dikongsikan sejak
kali terakhir mengupdate blog..



ZAFRAN SAPHIRE

sedikit pengenalan
bagi yang tak tahu,
zafran saphire ni adalah satu program
anjuran DKM (dewan keluarga masjid) Asy-Syifa'
yang diterajui oleh student medic di UNPAD..

program ini dijalankan di wahana bakti pos, Bandung
pada 21 hingga 22 November 2009..

program yang SANGAT best dan menarik bagi saya..
tahniah buat panitia yang bertanggungjawab :)

program ini membincangkan
perbezaan antara lelaki dan perempuan
dari pelbagai segi..


dengan membawakan tema
"ketika perbezaan meraih kesempurnaan iman"
program ini banyak memberi input dan motivasi pada peserta..

nak datang program ni pun,
saya dan rakan (zaza,pua,anah,cactus)
harus melalui banyak dugaan..

pada pagi sabtu,
kami terpaksa menduduki ujian kewarganegaraan
yang hanya diinformkan 2 hari sebelumnya..

acara ZS bermula pada jam 8 pagi..
tetapi exam kami bermula pada jam 10..
redha dan pasrah sajalaa~

namun,
setelah selesai ujian..
kami diberitahu bahawa kelas agama
akan diadakan pada jam 11 pagi..
aduhai~ '-____-
bukan marah pada kelas agama..
tetapi marah kerana last minute!

lebih kurang jam 1 petang,
kami bertolak menaiki bas ke bandung
(bas terlalu penuh, jadi terpaksa berdiri sepanjang perjalanan)

tapi,
kami mengingatkan diri masing-masing
bahawa sesungguhnya sesuatu yang sukar kita dapatkan,
pasti sangat berharga..
dan memang saya rasakan bahawa
input dari program ZS ini memberi manfaat pada kami..

Alhamdulillah,
saya, zaza dan amal
yang mengambil package penginapan
mendapat bilik untuk 6 orang,
tapi hanya ditempati oleh kami bertiga :)
sangat selesa dan best!
(amal dan zaza harap tak kecewa kerana plan malam tu untuk pergi mencucuk bintang gagal dilaksanakan..hehe)

hari pertama diisi oleh ustaz
yang amat saya minati hasil tulisannya
iaitu ust Salim A. Fillah..

beliau banyak menceritakan tentang toleransi antara lelaki dan perempuan..
salah faham dan juga masalah komunikasi antara mereka..
termasuklah bagi pasangan suami isteri..
bercerita dari pengalaman.. :)

satu lagi slot yang amat saya minat
adalah slot terakhir..
boleh dianggap sebagai motivational session lah..

motivation yang islamic..
ia mengajar saya lebih menghargai orang disekitar..
termasuklah mereka yang tidak saya kenali..

dan tak lupa juga,
persembahan acapella dari alveoli dan gradiasi
yang amat MANTAPP!
nak tahu lebih lanjut..
boleh laa tanya saya sendiri~



RAYA QURBAN

hari raya eidul adha kali ini,
agak meriah berbanding tahun lepas..
student yang join sangat ramai..

tahun ini,
acara hari raya qurban diadakan selama 3 hari..
iaitu dua hari sebelum hari raya qurban,
dan pada hari raya itu sendiri..

hari isnin (23NOV09)..
satu ceramah diadakan bersempena hari raya qurban..
dimulakan dengan gimik; lakonan tentang palestin,sajak dan tayangan..
diikuti oleh ceramah
dan ditutup dengan persembahan dari VOU
Voice Of Unpad..eh..silap..Voice Of Ukhuwah :D

seterusnya,
pada hari khamis minggu yang sama..
iaitu pada 26NOV09 bersamaan 9 zulhijjah,
iftar jama'ie telah diadakan Masjid Ibnu Sina
bersempena dengan hari wukuf di Arafah..
dan majlis berbuka puasa tersebut dihadiri oleh
seorang ustaz yang tidak asing lagi di Malaysia,
iaitu Dr MAZA atau Ust Asri..
beliau telah memberikan pengisian atau ceramah pendek
pada para pelajar muslim di UNPAD pada malam itu..

pada keeseokan harinya,
usai solat sunat hari raya
di masjid Asy-Syifa' FK,
sekitar jam 7.30 pagi
sekali lagi Dr MAZA dijemput memberikan khutbah..

sekitar jam 8.30 pagi,
4 ekor lembu dan 12 ekor kambing mulai disembelih
oleh para pelajar UNPAD sendiri..
Alhamdulillah,
semuanya berjalan lancar...
tahniah bagi mereka yang sudah berpengalaman
menyembelih haiwan2 tersebut :)

hari raya ditutup dengan acara kemuncak pada malam tersebut,
iaitu majlis makan malam..
dengan ketua chefnya..
kak muniri
tahniah juga..sebab sedap makanannya~
(tapi banyak yang tak dpt rasa '-____- )

bagi sifat solat nabi tour 2009,
insyaAllah akan dikongsikan nanti..
wallahu'alam..



p/s: saya ada kisah silam yang gelap dan kelam..ada manusia yang mengetahuinya..dan mengungkit akan kisah itu '-___- pada mulanya, saya berputus asa dan terus menerus mengenang kisah silam tersebut..tapi, akhirnya saya tersedar..ianya sudah berlalu..dan saya takkan dapat mengubahnya..namun..apa yang saya boleh lakukan adalah menjaga masa depan saya..biarlah manusia ingin mengungkitnya..walau pada 20 tahun yang akan datang, tetapi...yang penting saya tahu..antara jarak masa saya dan kisah silam saya tersebut, saya sudah cuba untuk memperbaiki diri..dan berusaha utk tidak melakukan kesalahan yang sama waktu dengannya..ya Allah..please guide me~

p/s2: panjangnya p/s1

p/s3: hari tu dah berazam dengan cheesecake utk tidak pulang ke malaysia sehingga cuti panjang bulan 7 nanti..tapi.........................................

p/s4: saya rindu keluarga di Malaysia~ SANGAT!

p/s5:terlalu banyak P/s yang nak ditulis, takut menyesakkan post ni..so berhenti dulu stakat ni :) salam mujahadah buat semua

p/s6: last2..PERMAI '10 (perhimpunan mahasiswa islam se-indonesia 2010) insyaAllah akan diadakan pada tanggal 22 hingga 24 januari 2010 bertempat di Bandung..pendaftaran akan mula dibuka pada 7hb disember 2009..sila lawati blog PERMAI '10..

Tuesday, November 10, 2009

Goyem halal dibunuh


JERUSALEM, 10 November -

Seorang pemimpin agama Yahudi telah mengeluarkan sebuah buku yang memberi kebenaran untuk membunuh orang-orang bukan Yahudi, termasuk bayi dan kanak-kanak, yang dirasakan mengancam bangsa Yahudi atau negara Israel.

"Dibenarkan membunuh orang-orang bukan Yahudi sekalipun mereka bukan merupakan satu ancaman," tulis Rabbi Yitzhak Shapiro, yang mengetuai Od Yosef Chai Yeshiva di kawasan penempatan haram Yitzhar, Tebing Barat, dalam bukunya "The King's Torah".

Menurutnya, goyem (orang-orang bukan Yahudi) boleh dibunuh jika mereka mengancam Israel.

"Jika kita membunuh seorang yang berdosa atau yang mengingkari satu daripada Tujuh Perintah - kerana kita mengambil berat akan perintah-perintah itu - tiada salahnya pembunuhan tersebut."

Shapiro, yang mengepalai sebuah sekolah Talmud di kawasan penempatan Yitzhar dekat Nablus, mendakwa pendapatnya itu "disokong penuh oleh Taurat dan Talmud".

Pengumuman anti-goyem itu dilihat sebagai tindakbalas terhadap penangkapan seorang Yahudi yang mengaku telah membunuh dua orang gembala Palestin di Tebing Barat.

Pembunuh kelahiran Amerika itu, Yaakov Teitel, juga mengaku melakukan cubaan membunuh tokoh-tokoh Yahudi berhaluan kiri.

Polis menyifatkan penangkapan tersebut sebagai usaha penting membendung anasir pengganas dalam kalangan Yahudi, yang dipercayai berkembang hasil pengumuman-pengumuman tokoh agama yang dikaitkan dengan gerakan Zionis.

Kira-kira 16 tahun lalu, seorang Yahudi bernama Yigal Amir telah membunuh Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin.

Selain itu, ramai penduduk Palestin yang tidak berdosa menjadi mangsa bunuh Yahudi tanpa apa-apa alasan. Dalam tahun 1994, Baruch Goldstein, yang didakwa sebagai pengganas Yahudi, telah membunuh 29 ahli jemaah Masjid Al-Ibrahimi di bandar Al-Khalil, Tebing Barat, yang ketika itu sedang mengerjakan solat.

Pengumuman kontroversi itu disokong oleh banyak rabbi yang dikaitkan dengan kem agama nasional serta seminar Talmud di Jerusalem Barat, yang dikenal sebagai Merkaz Ha'rav. Antara para rabbi yang menyokong pengumuman tersebut secara terbuka adalah Yitzhak Ginsburg dan Ya'akov Yosef.

Ginsburg telah menulis kenyataan yang memuji Goldstein dan menggelarnya "tokoh suci." Tinjauan Shapiro mengenai bagaimana penduduk Palestin dan bukan Yahudi sepatutnya dilayan sesuai dengan peraturan agama Yahudi (halacha) dilihat sebagai mewakili pandangan arus perdana di Israel.

Ketika serangan Israel terhadap Gaza awal tahun ini, Mordecahi Elyahu, salah seorang tokoh rabbi terkemuka di Israel, menyeru anggota tentera agar tidak teragak-agak untuk membunuh kanak-kanak dalam kalangan musuh, demi menyelamatkan nyawa tentera Israel. Bahkan, Elyahu mendesak pemerintah Israel agar melakukan siri pengeboman ke atas pusat penempatan penduduk Palestin di Gaza.

"Jika mereka tidak berhenti setelah kita membunuh 100 orang, maka kita harus membunuh 1,000. Dan jika mereka tidak berhenti setelah kita membunuh 1,000, maka kita harus membunuh 10,000. Jika mereka masih tidak berhenti, kita harus membunuh 100,000, bahkan sejuta. Apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan mereka."

Pada tahun 2006, Majlis Rabbi mengenai Penempatan Yahudi di Tebing Barat mendesak tentera "agar mengabaikan moral Kristian dan memusnahkan musuh di utara (Lebanon) serta selatan (Jalur Gaza)". Desakan yang secara jelas berbaur perkauman dan penuh kebencian tersebut tidak sedikit pun dipertikaikan, baik dalam kalangan ahli akademik mahupun masyarakat Israel pada umumnya.

Saturday, November 7, 2009

Wahai kekasih~

Wahai kekasih,

Sungguh diri ini merinduimu..

Walau sering kali diri ini leka dan alpa,

Melupakan nasihat dan tunjuk ajarmu..

Tidak berselawat ke atas mu..

Meninggalkan sunnah-sunnahmu..


Namun tidak dapat dielakkan air mata ini daripada mengalir

Tika membaca kisah hidupmu

Apalagi detik-detik pemergianmu..

Walau diulang pembacaan tersebut 1000 kali lagi..


Kadang sering terlintas difikiran

Mengapakah tidak ditakdirkan diri ini

Untuk hidup sezaman denganmu..


Dengan itu mungkin akan bertambah berkat kehidupanku..

Dan tidak jauh aku dari titik permulaan agama islam yang masih segar..


Perasaan iri kepada para sahabat,

Yang dapat bertemu denganmu,

Berbicara denganmu,

Menuntut ilmu terus daripadamu,

Mengadukan masalah kepadamu,

Berjuang bersamamu,

Membuak-buak setiap kali kisah dan sirah mereka diungkap..


Ketika mereka menangis

Kerana takut digelar munafik,

Kau ada untuk menenangkan dan memberi kabar baik pada mereka..


Ketika mereka melakukan kesilapan

Dan kesalahan,

Kau di situ untuk menegur dan memperbaikinya


hanya dengan memandang wajahmu,

jiwa akan menjadi tenang..


Sungguh pemergianmu memutuskan

Hubungan langsung dari langit pada makhluk di bumi..


Namun, aku yakin..

Segala ketentuan ada hikmahnya..


Mungkin inilah peluang bagi kami

Umat kemudian untuk mendapat pahala

Berlipat ganda

jika umat masa kini

Yakin dan beriman padamu

Walau kita tidak pernah bersua..


Wahai kekasih,

Sungguh, telah kau tinggalkan 2 amanat kepada kami..

Dengan harapan yang tinggi

agar kami akan menjaga

Dan mengikutnya


Namun,

Umat yang begitu kau sayangi ini sering lupa

Leka dan alpa

Lalai dengan godaan dunia..


Lebih mengutamakan hawa nafsu berbanding

Matlamat hidup yang sebenar..


Kami telah mengotori hati yang pada awalnya

Seputih salju

Menjadi semakin hitam hari demi hari..


Penyakit-penyakit yang kau janjikan dahulu,

Kini jelas nyata

Islam ditindas di mana-mana

Sifat Al-Wahn merajalela..

Para ulama’ semakin hilang dari pandangan mata

Pemimpin yang zalim menguasai dunia

Islam hanya pada nama


Maafkan kami ya Rasulullah..

Andai kau berada di sini pada hari ini

Pasti kau sedih melihat keadaan umatmu


Namun, ya Rasulullah..

pejuang-pejuang islam itu masih ada

Dan islam pasti akan terus dipertahankan..


Tiba masanya,

Islam akan bangkit semula..

Sama ada sempat merasa atau tidak..

Moga diri ini dapat menyumbang kepada kebangkitan itu


Kurniakanlah syafaatmu buat kami di hari yang telah dijanjikan

Kenalilah dan akuilah kami sebagai umatmu

Moga kami tidak hilang arah

Di sana kelak..


Ya Allah, berkatilah nabi junjungan kami..

Muhammad SAW

Dan kurniakanlah baginda tempat yang tertinggi

Seperti yang Kau janjikan..


Ya Allah,

Sungguh,

Imanku ada pasang surutnya..

Naik dan jatuhnya..

Seringkali aku membenci diri ini atas dosa yang dilakukan,

Sehingga penyesalan menjadi teman setia..

Dan sering pula aku melakukan sesuatu tindakan

Tanpa memikirkan kesan daripadanya..


Ya Allah,

Ampunkanlah dosaku

Dan pimpinlah diri ini

Agar imanku sentiasa terarah

Menuju jalanmu



Allahumma solli ‘ala muhamad~



p/s: terima kasih pada sahabat yang mengambil berat dan sentiasa inginkan yang terbaik buat diri ini dan buat islam :)

Friday, November 6, 2009

kelemahan dan kekeliruan perilaku seorang Da'ie

post ini adalah sambungan dari post lama saya
tentang da'ie juga manusia

semoga mendapat pengajaran dan manfaat~

************************************************************************************

" Dakwah itu berani menanggung pelbagai risiko,
sabar menghadapi segala cabaran,
tidak pernah meminta harta dunia pada manusia,
hanya redha bahawa Allah yang menjadi tujuan
dan syurga adalah harapan terbesarnya.."

bukan mudah menjadi seorang da'ie
yang betul-betul memenuhi ciri-ciri yang diperlukan..

namun ianya tak mustahil..
banyak tokoh-tokoh islam yang boleh dijadikan contoh
dalam mengarahkan jalan dakwah kita..

malah lingkungan di sekitar kita juga
mampu memberi 1001 pengajaran..

perhatikan sekitar anda!

perhatikan sekitar anda,
agar dapat melihat contoh teladan dari mereka
yang meninggikan islam di atas segalanya..

perhatikan sekitar anda,
dimana ada manusia-manusia yang mampu menjajah dunia
hanya dengan akhlak dan perilaku mereka yang mulia..

perhatikan sekitar anda,
agar dapat melihat contoh
di mana hidup seseorang mampu menjadi syurga di dunia

perhatikan sekitar anda,
agar dapat melihat orang-orang
yang saling berkasih sayang
dan mencintai kerana Allah taala..

perhatikan sekitar anda,
agar dapat melihat sosok
yang lebih mementingkan orang lain
daripada dirinya sendiri..
di mana mereka akan sentiasa cuba membahagiakan
dan meringakna beban saudara mereka..

perhatikan sekeliling anda,
agar dapat melihat contoh teladan
dalam tingkah laku sosial seseorang..
cara melayani masyarakat sekeliling,
cara bergaul antara lelaki dan perempuan dan sebagainya..

perhatikan sekeliling anda,
agar dapat mencari teladan yang bersinar
dan membahagiakan jiwa..
di mana manusia berlumba-lumba melaksanakan solat subuh di masjid,
menghulurkan sedekah..
dan basah bibirnya dengan zikir..

perhatikan sekeliling anda,
agar dapat melihat contoh yang menenangkan..
di mana terdapat manusia yang bergetar dan khusyuk hatinya
mengingati Allah taala..
ungkapan kata-katanya hanya berkisar
pada kebaikan dan kebenaran..

moga dengan memerhatikan sekeliling kita,
kita dapat mengumpulkan sebanyak-banyak pengajaran..
dan ingatlah,
hanya hamba Allah yang memerhati dan berfikir
akan mendapat kebaikan..

menurut buku 'da'ie juga manusia'
terdapat banyak kelemahan atau kekeliruan
yang berlaku dalam diri mereka yang bergelar da'ie..
dan untuk menjadi da'ie yang terbaik,
seharusnya kita mengenal pasti apakah kelemahan-kelemahan tersebut
dan kemudian sedikit demi sedikit mengubah
dan memperbaiki sikap kita..

di sini saya akan memaparkan
dan membahaskan dua dari beberapa kelemahan
yang dihighlightkan oleh penulis..
selebihnya akan dibahaskan lagi dikesempatan lain insyaAllah..


Hubungan yang lemah dengan Allah taala

nilai keislaman yang utama
yang dituntut dari seorang yang bergelar da'ie
adalah kekuatan hubungannya dengan Allah,
dimana dia harus selalu berzikir dan bertawakal padaNya..

Dia harus memiliki hati yang hidup dan sedar,
serta segera memberi respon pada perintah-perintah Allah
dan meninggalkan setiap perkara yang dilarangNya

dalam menjaga hubungannya,
dia akan selalu khusyuk dan konsisten
menjaga peraturan Allah walaupun bertentangan dengan nafsunya

"kalian tidak dianggap beriman
sampai hawa nafsu kalian mengikuti ajaran yang aku bawa"
[hadis ini disahihkan oleh Imam nawawi dalam Al-Arba'in]

antara contoh kelemahan hubungan seorang da'ie
dengan Allah taala adalah:

- sering lupa dan menghindari perintah Allah

- menganggap remeh waktu solat sehingga sering melewatkannya

- kurang memperhatikan Al-Quran sama ada dari segi membaca,
merenungi,atau mengaplikasikan ajarannya

-hilang sifat wara' dan rasa takut kerana sudah beranimelanggar peraturan Allah

"jadilah orang yang wara', maka kau akan menjadi orang yang paling banyak beribadah"
[sahih al-jami', 4580]

- Tidak konsisten pada jalan ketaatan dan hidayah, di mana ia tidak lagi peduli pada
ajaran agama dan tidak berkeinginan mempertahankan berbuat baik..

-meninggalkan solat malam (qiamullail)..seorang da'ie harus sedar bahawa qiamullail
adalah bahan bakar dalam dakwah, kerana dengan qiam, seseorang akan selalu memperbaharui janjinya pada Allah dan akan selalu bersandar padaNya. maka Allah akan mengurniakan kekuatan dalam hatinya untuk melaksanakan tugasnya yang mulia

ingatlah,
jika hubungan antara hamba dengan Allah melemah,
maka jiwanya akan kehilangan dorongan iman
yang menghalangnya dari syahwat dunia..

Tidak mahu bekorban

Allah taala telah menyerahkan tanggungjawab
dan amanah yang berat pada kaum muslimin..

"demikianlah kami jadikan kalian (umat islam)
sebagai umat pertengahan supaya kalian menjadi saksi bagi manusia,
dan supaya rasul menjadi saksi bagi kalian"
[Al-Baqarah: 143]

kita sepatutnya sudah maklum
bahawa dakwah yang ditanggungjawabkan pada kita
memerlukan pengorbanan sama ada dari segi jiwa, harta dan masa seikhlasnya..

dakwah, agama dan jihad tidak akan wujud
tanpa pengorbanan dari para pemeluknya..

sebahagian da'ie MALAS melakukan aktiviti dakwah
dan hanya menjalankan tanggungjawab mereka seadanya
sehingga gagal memberi kesan yang bermakna..
kebanyakkan mereka takut,
aktiviti dakwah mereka akan mengganggu aktiviti yang lainnya..

mungkin kita harus sentiasa diingatkan
akan ganjaran bagi orang yang berkorban di jalanNya
di mana Allah taala berfirman,

"sesungguhnya Allah telah membeli jiwa dan harta kaum mukmin
dan mereka mendapatkan syurga"
[At-Taubah: 111]

maka, seharusnya seorang da'ie
benar-benar menghayati dan berpegang pada kata-kata
"mati di jalan Allah adalah harapan kami yang tertinggi"
dan bukan sekadar dinyanyikan di dalam nasyid
atau sekadar melaungkannya tanpa betul-betul memahami maksudnya..

wallahua'lam..


sebaik-baik manusia adalah
mereka yang sentiasa bertaubat apabila melakukan kesalahan



************************************************************************************

p/s:mata sudah sgt berat, jadi nanti akan disambung lagi iA

p/s2: selepas exam harus memanfaatkan masa sebaiknya..walaupun cuti hanyalah jumaat dan weekends, tapi 3 hari sudah ckup untuk men'down'kan kita nanti..

p/s3: tak tahu kenapa addicted pada lagu M.Nasir..maksud yang amat mendalam~

p/s4: esok tiada kelas kewarganegaraan, jadi boleh merehatkan hati ni dari terus membara '-___-

p/s5: jom biasakan diri bermuhasabah setiap kali sebelum tidur..dan bertaubatlah bagi setiap kepincangan yang dilakukan, maka tidur akan dalam keadaan hati yang paling baik iA~

Tuesday, November 3, 2009

Boycott Israel Walkabout

Boycott Israel campaign

MENARIK!!!

itulah apa yang terlintas di benak fikiran ni bila terbaca iklan ni..
bagi siapa-siapa yang berkesempatan..
joinlaa gathering ni..
untuk tunjukkan yang kita CARE tentang sahabat kita kat sana..
daripada lepak-lepak tanpa tujuan,
baik join assembly ni kan?
hehe..


Date: 14th November, 2009

Time: 11.30 am - 3.00 pm

Place: Sunway Pyramid Shopping Mall

Program: 11.30 am - Arrival & Lunch
12.45 pm - Assemble at Mega Lanes (bowling alley)

1.00 pm - Break for activity of choice

3.00 pm - Disperse


The objective here is for us to be noticed by the weekend crowd.
All involved will be wearing our Boycott Israel t-shirts
and participating in the following activities


1. Lunch

2. Bowling Competition

3. Ice skating

4. Jalan jalan all over the mall


1.
Lunch
All volunteers to meet at Sunway Pyramid & then
proceed to lunch at an eatery of our choice.
At 12.45 pm to meet at bowling alley


2.
Bowling Competition
We'll be forming at least 10 teams
with 4 players per team.
This means we'll need 40 bowlers.
Don't worry if you can't bowl.
You'll be among familiar company cos
many of us can't bowl to save our lives.
It's all in the name of humanity with lots of fun thrown in.
You can form your own team if you so wish.
Otherwise we'll be allocating team members.
COMPLETE will bear all costs.
All you need to bring will be a pair of socks.
And yes, there'll be prizes for the winning teams.

So those interested do email me your names by
4th November.

3. Ice skating
Anyone out there with dreams of being an ice skating champ?
Well here's your chance.
We're looking for at least 20 skaters.
Again, COMPLETE will bear the costs.
All you need to do is bring a pair of socks & gloves (compulsory)
& skate to your heart's content.
If interested, email me your names by
4th November.

4. Jalan Jalan
For those who are neither bowlers nor skaters,
we have use for you, don't fret.
You will be our flag bearers.
Now all you need are good walking shoes,
cos apparently the mall's HUGE.
So do take your time, window shopping,
or maybe actually shopping.
U can stop by at
J.CO & you could catch Mike.

Really, there's just plenty for you to pick.


Boycott Israel t shirts will be on sale as below:


Date: 4th, 6th & 7th Novemeber

Time: 10 am - 12 noon

Place: OrphanCARE centre
6, SS1/24A, Kampung Tunku, P.J.
Price: RM 20 (short sleeves) & RM 25 (long sleeves)


So how about it folks? Up for some fun with a cause?



peace~

p/s: freedom for palestine!!

p/s2: maybe for some of us, benda ni nampak remeh je, setakat jalan-jalan kat sunway pakai baju pro-palestin..tapi insyaAllah dengan ramainya jumlah orang yang join assembly ni, orang sekitar akan sedar akan isu ni and hopefully boleh buka mata lebih ramai org lagi..salah satu usaha menyedarkan orang kan? and mana tau lebih ramai yang akan join kempen boikot ni..walaupun susah nak jatuhkan mereka dr segi ekonomi, tapi Allah lihat pada usaha~

p/s3: esok last paper~ usaha ya rakan2 :)

Sunday, November 1, 2009

Dai'e juga manusia

DA'IE JUGA MANUSIA..

itulah tajuk buku yang sedang dibaca pada waktu ini..
karangan Muhammad Abduh..


rasanya buku ini banyak mengajar
dan bagaikan begitu memahami keadaan para da'ie zaman ini..

sedikit ulasan dari buku yang banyak manfaatnya ini insyaAllah..

perkataan da'ie mungkin sudah terlalu biasa didengar
oleh sesetengah daripada kita
hingga ia tidak lagi membawa apa-apa maksud
atau 'makna'
sedangkan ia sebenarnya membawa pengertian yang besar..

mungkin kita akan lebih terkesan,
jika ianya diganti dengan perkataan
'pembantu agama Allah'

kini,
kalau diperhatikan kita telah memasuki zaman
dimana banyak orang telah menyedari keperluan kepada agama..
walau tidak kurang juga yang semakin sesat dan menjauh dari Sang pencipta..

banyak para da'ie yang lahir..
tumbuh bak cendawan di musim hujan
dikalangan kita..

Alhamdulillah..
setinggi-tinggi pujian buat tuhan yang memegang hati manusia..

namun,
mereka memerlukan bimbingan
agar sentiasa maju kedepan
dan istiqamah dalam menjalankan dakwah mereka..
mereka memerlukan petunjuk
untuk menghindarkan penyimpangan dari jalan yang lurus..
dan sepatutnya berupaya memberi pencerahan kepada
masyarakat sekelilingnya..

pembawa agama Allah..
tinggi bukan kedudukannya?

para da'ie harus sedar,
bahawa yang membawa mereka ke jalan dakwah ini
dan yang memilih mereka adalah Allah SWT..
betapa istimewa dan terpilihnya para da'ie..

lalu,
jangan sesekali peluang itu kita sia-siakan begitu sahaja
kerana seorang da'ie itu dengan mudahnya
mampu meraih darjat yang tinggi
dan dengan mudahnya juga
boleh menjadi fitnah kepada agamanya
nauzubillah~

zaman kini memerlukan para da'ie
yang mampu berbicara dan menyampaikan hujah dengan jelas..
tanpa menyebarkan keraguan..
mampu membahas pelbagai masalah dengan mendalam
bukan hanya menyampaikan materi dakwah
(seperti hanya mengikut silibus usrah)
dengan ilmu yang tidak mencukupi..

zaman memerlukan da'ie yang kreatif dan aktif
serta sentiasa memperbaiki diri dan perilaku..

dakwah menuju Allah merupakan kewajipan
yang tidak boleh diabaikan.

seorang muslim yang mengakui Allah sebagai tuhan,
islam sebagai agamanya,
serta Muhammad sebagai utusan Allah
harus menjalankan dakwah menuju Allah taala,
memperingati akan Allah,
mendekatkan diri padaNya,
mengharapkan redhaNya,
dan menghindar dari laknatNya

"siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,
mengerjakan amal yang saleh, dan berkata,
sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri."
[Fushilat: 33]

dalam buku ini ada disenaraikan beberapa kesalahan
yang akan merosakkan pahala atau kebaikan seorang da'ie..

antaranya:

1. mengucapkan sesuatu yang merugikan diri sendiri
2. tidak selari antara percakapan dan perbuatan
3. melakukan perbuatan yang menimbulkan kekeliruan dalam dakwahnya,
sehingga dia menjadi fitnah bagi orang lain

jika perkara di atas terjadi,
maka usaha dakwah si da'ie akan gagal
dan para da'ie sendiri yang akan merugi..

dakwah akan sia-sia,
jika yang membawanya tidak berakhlak
seperti yang mereka canang-canangkan..

"wahai orang-orang yang beriman,
mengapa kalian katakan sesuatu yang tidak kalian kerjakan?
amat besar disisi Allah (kebencian) bagi mereka yang mengatakan
apa yang tidak ia lakukan"
[As-saf: 2-3]

pada hari ini,
banyak da'ie yang pandai berbicara,
tapi lupa berbuat..
pandai berbicara,
tetapi kosong isinya,
hingga tidak terkesan dalam hati mereka yang mendengarnya..

oleh itu,
sifat taqwa yang didefinisikan
sebagai 'berhati-hati' dalam melakukan setiap sesuatu
amat perlu diamalkan oleh para da'ie..
kerana da'ie adalah suatu sosok yang sering dipehatikan..
dan tidak menghairankanlah jika
ada sahaja kesalahan kita yang kelihatan
di mata masyarakat sekeliling..
dan bukanlah sifat seorang da'ie untuk menarik diri
tetapi untuk memastikan kesalahannya
diminimizekan seboleh mungkin..

namun,
kebanyakan dari para da'ie
lebih mengedepankan ego
dan lebih mencari status sosial di kalangan masyarakat..

bak kata penulis
"banyak da'ie yang terserang penyakit sosial
sama seperti masyarakatnya.
dan mereka tidak berbeza sama sekali dalam
apa-apa hal sekalipun"

lalu dimanakah letaknya tanggungjawab seorang da'ie itu
jika kita sama sahaja seperti masyarakat sekeliling?

benarlah kata-kata
"dirikanlah negara islam di hatimu,
maka ia akan tertegak di bumimu"

ia bermula dengan diri sendiri..
perbaiki diri kita
dan sekaligus mereka di sekeliling kita..

seorang sahabat bernama Huzaifah AL-Yamani berkata
"orang-orang bertanya tentang kebaikan kepada Rasulullah,
sementara aku bertanya kepadanya tentang keburukan..
kerana aku takut keburukan menimpaku"

moga Allah hindarkan keburukan itu
dari diri kita..

semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat..


p/s: banyak lagi yang nak kongsi dari buku ni..by the way..kat atas tu just muqaddimah je :) akan diperpanjangkan lagi sambungannya iA selepas exam..

p/s2: kalau ada yang salah dari ayat2 di atas, ketahuilah bahawa sesungguhnya bkan semua dari buku tu..ulasan sket je dr buku n ada ayat n pendapat sendiri..so maybe ada kesilapan tegur2lah..harap maaf~

p/s3: esok exam!! :) (??) heh study2

p/s4: doakan saya dan rakan2..and good luck buat semua yang amek exam jugak~ D+U+I+T !

p/s5: kepada JPA, silalah masukkan duit cepat dalam akaun kawan2 saya..sian mereka dah kekeringan :p

p/s6: seorang da'ie bukan sekadar menyampaikan, tetapi dialah orang yang pertama melakukan amal kebaikan~ buktikan!

p/s7: da'ie juga manusia bukan bererti satu kebiasaan atau pelepasan bagi seorang da'ie melakukan kesalahan, tetapi bererti da'ie juga perlukan pedoman kerana mereka boleh kehilangan arah jika tidak dipandu..rakan-rakan,hulurkan bantuan ringankan beban! :) kita saling memerlukan~

p/s8: siapa yang rasa2 nak baca buku ni, amat digalakkan..tapi sy sndri pun belum habis baca..kena bahagi2 giliran dengan buku endocrine :D