Wednesday, March 31, 2010

tanggungjawab bersama


p/s: ada banyak pengajaran yang boleh ambil dr sini..Malaysia macam mana? rasanya tak perlu jawab..cari sendiri jawapan dan fikir-fikirkan..

p/s2: buang bayi dan mayat bayi yang dijumpai makin bertambah2..janganlah kita cuba-cuba mencabar tuhan..sama2 kembali pada jalan yang lurus iA~

p/s3: sentiasa ingatkan mereka di sekeliling kita, kerana kemurkaan Allah itu tidak hanya jatuh pada individu, tetapi juga pada yang di sekelilingnya..jadi, jangan selfish! ambil tahu dan bantu orang lain..

Saturday, March 27, 2010

pada pendapat saya.

"cantiklah baju biru ni"

"tapi yang hijau ni lagi cantik"

"erm..ikutlah SUKA HATI awak, saya nak beli yang biru ni..awak belilah yang hijau tu"


setiap orang mesti ada pendapat dan pemikiran tersendiri..
warna kegemaran, makanan kesukaan dan banyak lagi..

dan kita TAK BOLEH sesekali memaksa seseorang itu,
untuk mengikut pendapat dan pandangan kita..

begitu juga halnya tentang perbezaan pendapat dalam agama..
saya bukanlah orang yang hebat atau pakar dalam bidang ini,
cuma nak berkongsi sedikit pendapat
dan moga-moga dapat memberi manfaat untuk yang lain..

perbezaan utama
antara memilih atau mengikut pendapat seseorang
dalam hal agama
dan hal memilih baju seperti dialog di atas,
adalah kita memilih baju SESUKA HATI kita..
tapi, dalam memilih pendapat dan pandangan dalam hal-hal berkaitan agama,
kita seharusnya memilih, berdasarkan dalil-dalil dan ijtihad ulama'..

tak boleh sesuka hati dan mengikut kecenderungan nafsu kita semata-mata..

namun,
bukan setiap masa para ulama'
akan bersetuju dalam satu sahaja pendapat yang prominent..
banyak hal-hal yang memerlukan penafsiran dan penjelasan yang lebih mendalam
berdasarkan hadis-hadis dan ayat Al-Quran..

maka, satu perkara boleh menimbulkan pelbagai pendapat
mengikut para pentafsirnya..

dan andai ada sahabat yang memilih pendapat yang berlainan dari kita
tentang sesuatu perkara,
seharusnya kita terima dan berlapang dada,
selagi pendapat yang diambilnya tidak lari dari AQ dan sunnah
dan juga hujah para ulama' yang mentafsirnya..

janganlah kita menganggap pendapat-pendapat ulama' lain
adalah salah, dan hanya pendapat yang kita pegang yang benar..

antara perkara yang harus kita tekankan dalam berbeza pendapat dalam agama
adalah akhlak dan adab..
jika kita beradab dan sentiasa menjaga akhlak kita untuk menerima atau menolak
mana-mana pendapat,
insyaAllah tiada masalah akan timbul..

sebagaimana,
para sahabat juga turut mempunyai perbezaan pendapat antara mereka..
namun mereka tetap menghormati satu sama lain,
dan tahu kepentingan kebersamaan
dan kekuatan ukhuwwah yang harus mereka jaga..


dan optimislah dengan orang ramai..
tidaklah bererti jika sekali kita berbeza pendapat,
selamanya akan berbeza..

wallahua'lam~



p/s: beberapa hari yang lepas, ada goreng chicken strips dan telur..waktu goreng telur, kejap je dah masak..yang chicken strips pulak..lama nak menunggu..ikutkan hati, nak kuatkan api..tapi, nanti hangus pulak..dalam tak masak, tapi luar terlebih masak aka hitam..sambil merenung minyak panas yang menggelegak dan sedang memasak chicken strips tu, tiba2 terfikir kaitan antara telur dan chicken strips tu dengan kehidupan kita sebagai da'ie..dalam menjalankan tugas dakwah, tak semua mad'u kita akan segera 'masak'..ada yang memerlukan masa yang lebih lama berbanding yang lain..dan kita tidak boleh memaksa..kalau tak, nanti hangus..terus tak jadi..tapi, kalau kita bersabar 'menggoreng'nya..insyaAllah akhirnya (walaupun lama) akan menjadi sesuatu yang 'sedap' dan bermanfaat buat orang lain..ikhlaskan niat!

Sunday, March 14, 2010

teddies~

Assalamualaikum WBT,

tadi ketika tazkirah maghrib
yang membincangkan tentang hadis ke 37 selesai..
seperti biasa,
MC akan bertanya jika ada sebarang masalah berbangkit..

sebelum mengakhiri majlis,
salah seorang dari warga CasPel bersuara..

"erm..nak kongsi sikit..tentang menyimpan patung dalam rumah atau bilik..
ada dalam blog BAIK..nanti boleh baca hadis2 dalam tu.."

semua memberi perhatian..
walaupun ada yang dah mengantuk..

"kan ada hadis, yang kita tak boleh simpan patung sebagai hiasan..
jadi hadis ni generally dijadikan sebagai hukum tak boleh
ada anak patung macam teddy bear ke
yang disimpan dalam rumah atau bilik"

isu ini dibincangkan sebab mostly
remaja dan mahasiswi perempuan
menyimpan teddy bear atau apa2 jua jenis anak patung dalam bilik..

"erm..bukan ke tak boleh dijadikan hiasan je?
kalau buat jadi bantal?
erm..sebenarnya mmg pernah dengar hadis ni..
tapi yang saya tahu, tak boleh diagungkan atau diletak di tempat yang dimuliakan..kan?"

saya bersuara
(sebab saya pun ada teddy bear atas katil tu '-___- )

"erm..takpelah, nanti bacalah blog BAIK
untuk maklumat lanjut ye"

"erm..oklah..mmg nak cari pun nanti..sebab nak meyakinkan diri sendiri dulu"

usai menunaikan solat isya' berjemaah,
saya pergi ke bilik cik susi..
nak pinjam laptop..
entah kenapa laptop saya tak masuk sangat dengan line internet dekat rumah..
(tapi sekarang sedang menaip pakai laptop sendiri dan ada line internet..
ini adalah salah satu kejadian ajaib yang jarang berlaku)

saya pun buka blog BAIK
dan membaca artikel yang dipostkan..

tapi, saya masih belum puas hati..
sebab point dalam tu banyak mengatakan
menyimpan anak patung sebagai 'hiasan'..

tapi ayat dalam artikel tu yang mengatakan

"perkara syubhah harus dihindarkan"

mengingatkan saya kepada hadis ke 6
yang membahaskan tentang perkara syubhah
dan kepentingan menghindarinya
untuk menjaga ketaqwaan dan kebersihan diri..

erm..okay..
tapi keegoan dan ketidak relaan untuk melepaskan teddy bear tu,
menyebabkan saya search lagi artikel2 yang ada
tentang menyimpan anak patung..

hinggalah jumpa satu artikel ni,
dalam blog Abu Nuha yang menceritakan
persis keadaan yang saya alami..

di sini saya masukkan sedikit petikan
dari artikel tersebut..

*************************************************************

Ketika di Mesir dahulu, saya berbincang dengan kawan-kawan, antaranya dengan Ust Bakhtiar Hud yang sekarang berdakwah di Sandakan.

Kata saya, bagaimanalah halnya dengan remaja-remaja perempuan atau anak-anak dara termasuklah siswi-siswi yang kebiasaannya mempunyai patung seperti teddy bear yang dipeluk semasa tidurnya, disusun atur elok di katil ketika ia keluar rumah dan sebagainya?

Ketika persoalan itu kami bincangkan di rumah tanpa sebarang jawapan. Kebetulan, ada kuliah tafaqquh bersama Shaikh Hj Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki di Rumah Terengganu, Hayyu ‘Aasyir, Madinat Nasr.

Kami tidak bertanya kepadanya, tetapi beliau menjawab persoalan itu tanpa kami duga. Katanya dengan sinis, kalau yang empunya anak patung itu merasa dia masih kanak-kanak, tak apalah.

Ertinya, tak bolehlah, sebab bentuk yang diperlakukan oleh anak-anak gadis remaja itu ialah penghormatan, dan memuliakan patung. Dan empunya patung itu pula bukan kanak-kanak.

********************************************************

erm..ok2..
saya bukan kanak2..
dah besar dah..
jadi saya dah ada konklusi..
apa yang akan saya lakukan..

huuuu~
berat sungguh di hati ini..
memandangkan kebanyakkan teddies tu orang yang bagi..

dah takde 'bantal' tambahan nak dipeluk malam2
:p

anyway, we know what is our priority kan?
islam first..then our life :)
ini hal kecik saja!



p/s: cik susi n cik bella serta cik illy..sabar ye~ hehe

p/s2: bantal kambing saya takpekan? lagipun dia tak ckup sifat..no legs!! :D

enche kambing!

p/s3: baru bagi mimi teddy bear hari tu..sorry dear!

p/s4: erm..ni belum teddies kat rumah lagi..haiyaa~ happy lah anak2 kecil yang berada berhampiran dengan sy..

hari berpuasa dan berdoa demi al-aqsa

Sekumpulan aktivis internet
yg beragama Islam di laman sosial Facebook
melancarkan seruan kepada umat Islam seluruh dunia
untuk menjadikan hari Isnin, 15/3/2010 sebagai
'Hari Berpuasa dan Berdoa Sedunia Demi Al-Aqsa'.

Kini, Masjidil Aqsa semakin dahsyat dirosakkan oleh Zionis.

Masjidil Aqsa dalam bahaya!

Penjajah Israel telah menutup pintu-pintu Masjidil Aqsa
kecuali beberapa pintu dan telah menutup 2 buah sekolah.
Sekolah pertama ialah Madrasah Al-Aqsa At-Thanawiah
(sekolah menengah) untuk pelajar perempuan
yg terletak di dalam masjid,
berdekatan dengan Bab As-Silsila.
Pelajar-pelajar perempuan telah dihalau keluar.

Sekolah yg kedua pula ialah Madrasah At-Thanawiah As-Syar'iyah
yg juga terletak di dalam masjid,
berdekatan Bab Al-Asbat dan Bab Al-Hittah.


Agensi-agensi keagamaan
dan kebangsaan menggesa penduduk
supaya menuju ke bandar Al-Quds dengan sepenuh kemampuan mereka.

Pemerintah Israel dan kumpulan-kumpulan ekstrimis Yahudi
telah mengisytiharkan bahawa mereka sedang bersiap
untuk membuka Kuil Al-Kharab,
kuil terbesar Yahudi di bandar itu yg terletak
tidak lebih dari 10 meter dari Masjidil Aqsa,
dalam 2 hari sahaja lagi.


Syeikh Ikrimah Sobri,
Ketua Majlis Tertinggi
menegaskan bahawa penjajah Israel

berusaha untuk melemahkan kewujudan Islam di Masjidil Aqsa
melalui cara menutup sudut-sudut Islam di situ
(seperti sekolah)
dan menghalang orang Islam
yg berusia kurang dari 50 tahun untuk memasuki masjid.

Ketua Harakah Islamiah di Palestin,
Syeikh Raid Solah berkata,
perancangan Israel kali ini merangkumi pembukaan Kuil Al-Kharab
yg dianggap sebagai permulaan kepada pembinaan
apa yg disebut sebagai Haikal Ketiga.

Muassasah Al-Aqsa lil Waqf wa At-Turath
menyatakan perancangan ini akan berpanjangan selama 3 hari,
iaitu Ahad, Isnin dan Selasa,
merangkumi pembukaan Kuil Al-Kharab
dan seruan untuk membanjiri bandar itu pada hari Selasa iaitu pada hari yg didakwa
'Hari Sedunia Untuk Membina Haikal' .

Muassasah Al-Bayariq li Ihya Masjidil Aqsa Al-Mubarak menyatakan,
bas-bas dari kampung-kampung
dan bandar-bandar Palestin berjaya tiba ke destinasi
untuk umat Islam menunaikan solat di Masjidil Aqsa
walaupun menerima sekatan demi sekatan dari penjajah Israel
yg menghalang kemasukan mereka.

Mereka menjelaskan lagi,
pihak penjajah Israel telah cuba untuk menghalang kemasukan bas-bas ke bandar Al-Quds
sejak waktu malam dan awal pagi,
di mana sekatan keselamatan diadakan di pintu masuk bandar.

Tetapi desakan umat Islam akhirnya membolehkan mereka masuk juga.
Sebanyak lebih kurang 30 buah bas
telah berjaya tiba ke destinasi dan 3 bas telah ditahan masuk.


Sumber: http://www.islamonline.net/


p/s: jom puasa!
p/s2: tapi hari2 pun jangan lupa doakan saudara kita di palestin dan Al-Quds tercinta~

Wednesday, March 10, 2010

prevention 'futur'

dengan nama Allah yang Maha mengetahui dan Maha mengampuni..

post kali ini adalah sambungan dari post yang lepas,
yakni berkaitan dengan futur..

dalam post terakhir ada beritahu
yang nak bagi terapi untuk futur kan?

erm, so..
ini terapi atau preventing method
yang didapi dari buku yang sama,
iaitu 'Afatun 'Ala Ath-thariq
karangan Dr Sayyid Muhd Nuh..

mana yang sesuai,
boleh diaplikasikan
moga kita tak diserang penyakit futur berpanjangan~

kalau ada tambahan, silakan :)

okay,
terapi pertama yang dibahaskan adalah

1. menjauhi perbuatan atau aktiviti maksiat dan tidak baik sama ada ianya kecil atau besar.

maksiat atau dosa yang kita anggap kecil
sebenarnya sangat bahaya kalau kita biarkan ia berterusan..
sebab semua orang rasanya sudah tahu,
kalau kita buat sesuatu kemaksiatan atau dosa,
satu bintik hitam akan menodai hati kita..
jadi, sikit2 lama2 jadi bukit kan?

erm..bukanlah 'bukit' secara zahir,
tapi maksudnya..
hati kita akan akhirnya ditutupi dengan noda hitam,
dan susahlah cahaya hidayah, taufiq dan ilmu untuk menyinggah di hati-hati yang sudah kotor itu..
naudzubillahi min zalik ya Allah!

hati raja kepada tubuh badan kita kan?
kalau dah rosak n kotor hati tu,
habislah seluruh jasad..
dan kita tidak akan suka kepada kebaikan..

2. menjaga rutin harian

erm, amalan harian walaupun kecil kalau boleh
kita usahakan agar istiqamah..
baca quran, solat sunat, baca buku ilmiah (LI atau homework tak termasuk eh~)
dan banyak lagi..

itu semua harus kita jaga
sebab dengan adanya amalan-amalan kebaikan ini insyaAllah
kita akan terjaga dari perkara buruk..

erm..manusia ni,
kalau tidak disibukkan dengan perkara baik,
maka ia akan cenderung untuk sibuk kepada perkara yang sebaliknya..
so penuhi masa n rancang penggunaan masa sebaiknya :)

3. menjauhi sikap berlebihan dalam agama

kalau untuk point yang ni,
rasanya penjelasan dah cukup dah dalam post yang lepas..
kenapa tak boleh berlebihan..

semangat tu perlu,
tapi salurkan dengan cara yang betul..
jangan penat sendiri dan akhirnya kita 'sakit' seorang diri..

4. Sering mengkaji sirah para nabi dan tokoh islam yang lainnya.

haa..yang ini pun sangat penting..
selalunya,
kisah para nabi, sahabat, para ulama' dan pejuang islam
dapat menaikkan semangat kita..
betul tak?

kalau kita baca kisah bagaimana islam disebarkan,
bagaimana islam berkembang dalam susah dan payah,
pasti kita akan bersemangat..

jika kita imbas kembali sejarah kenaikan islam di zaman khalifah-khalifah islam..
kerajaan abasiyah, turki uthmaniah dan sebagainya..
pasti kita akan kembali bersemangat..

dan dengan izin Allah taala,
ia dapat memotivasi hati dan diri kita,
hingga tiada ruang untuk penyakit futur tu datang.. :)

5. mengingat kematian dan kehidupan selepasnya

mengingat kematian seharusnya dapat menghilangkan rasa ngantuk
dari diri kita (huuu~ '-___- )

apatah lagi jika kita mengingat nikmat syurga dan pedihnya azab neraka..
kita pasti sedar apakah matlamat sebenar kita di dunia
dan akan berusaha bersungguh2 ke arahnya..

6. menghadiri majlis ilmu

Ilmu dapat menghidupkan hati..
mungkin secara sedar atau tidak,
kata-kata penceramah, ulama' atau ustaz yang menyampaikan
dapat menaikkan semangat kita yang sedang jatuh (futur) pada ketika itu,
jadi seharusnya kita mencari inisiatif untuk sentiasa dimotivasi
tidak kira dari segi ceramah atau membaca buku dan sebagainya..
carilah ilmu sebanyaknya,
kerana darjat mereka yang berilmu disisi Allah adalah tinggi..

7. sentiasa muhasabah diri

ini adalah salah satu cara yang amat bagus
untuk mendetect kesalahan dan kepincangan yang telah kita lakukan..

Allah berfirman:

"Hai orang2 yang beriman,
bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan
apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan"
(Al-Hasyr:18)

Saidina Umar juga pernah mengatakan

"hisablah diri kamu, sebelum kamu dihisab"

moga apabila kita sudah sedar akan kesalahan yang kita lakukan,
kita segera bertaubat dan memperbaiki diri kita..

dosa yang lalu bukan untuk menjatuhkan kita,
tapi untuk menjadikan kita lebih kuat dan tidak mengulanginya lagi..

Allah Maha Pengampun~


p/s: gunakan borang mutabaah amal untuk senangkan perhitungan diri..hehe, sng nak tau apa yang tertinggal dan apa yang kurang

p/s2: jaga pergaulan..jaga pergaulan..moga hati kita tak ternodai..amiin~

p/s3: ada satu post yang nak dibuat, tapi tak tahulah bila..hurm..