Monday, February 23, 2009

eksploitasi wanita

Artikel sahabat saya alifazman " kenapa wanita suka mempromosi diri? "
membangkitkan permasalahan kaum wanita yang gemar bergambar di
rangkaian portal sosial hingga menarik perhatian laki-laki untuk
menatapnya. Saya setuju dengan pandangan tersebut. Disini saya akan
cuba mengupas beberapa pemasalahan tersebut.

Allah berfirman:

Ertinya:Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-
apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak
dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan
sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah
tempat kembali yang baik (syurga).( Ali 'Imran: 14)


Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buthy menyatakan lelaki dan wanita itu
sama-sama menempuh ujian, namun harta yang diujikan kepada wanita itu
nampaknya sangat berat dan menentukan. Sebab, hawa nafsu itu dalam
berbagai bentuk dan rupanya merupakan salah satu ujian yang sangat
berat, yang dapat menggelincirkan pelakunya di muka bumi ini, dan
wanita berdasarkan pernyataan Allah s.w.t merupakan salah satu unsur
utama dan pertama dari hawa nafsu yang meluncurkan itu.

Allah s.w.t menempatkan wanita pada deretan pertama dan teratas
diantara hawa kesenangan hidup di dunia. Kalau ia tidak benar-benar
lebih penting dan berbahayanya dari yang lain, tentulah ia tidak
ditempatkan di peringkat teratas. Nah, dengan demikian jelaslah bahwa
wanita itu dalam kehidupan manusia merupakan ujian dunia yang paling
berat dan paling berbahaya. [Risalah untuk Wanita Mu'minah – Dr.
Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buthy m/s 6 ]

Benarlah apa yang di sabdakan Rasulullah saw:

Aku tidak meninggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki dari
para wanita [Bukhari dan Muslim]

Musuh-musuh islam telah mengetahui bahawa bermulanya kerosakan wanita
bererti akan berlakunya kerosakan terhadap masyarakat . Mereka tidak
perlukan senjata canggih untuk menghancurkan umat Muhammad tetapi
cukuplah merosakkan wanita kerana itulah yang dapat mengelamkan umat
Muhammad dengan hanya cinta wanita dan nafsu seks maka sebab itulah
wanita merupakan aset utama dalam menentukan jatuh bangunnya satu
bangsa.

Seperti mana yang dikatakan oleh seorang tokoh aliran (free masonary)
berkata..sebotol arak seorang binuanita dapat menghancurkan umat
muhammad melebihi kekuatan seribu tank baja , peluru kendali dan
senjata kimia yg canggih ..Oleh kerana itu buatlah mereka tenggelam
dalam cinta dan syahwat terutama syahwat seks..

Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buthy berkata:

Barat tahu mencari kelemahan umat islam Kita bertanya, apa senjata
utama orang Barat dalam menghancurkan kebudayaan Islam dan memalingkan
arah akhlak Islam dari tujuannya yang utama?

Sesungguhnya senjata utama yang digunakan orang Barat untuk
merealisasikan tujuannya itu ialah kaum wanita. Mereka tahu, seperti
halnya kita juga tahu, bahawa fikiran kaum muslimin lebih dari 10%
seperti yang mungkin dihasilkan dengan mengobarkan nafsu seksual pada
mereka.

Kalau harus melakukan upaya fikiran pada mereka, maka haruslah
dibangkitkan rangsangan-rangsang an nafsu berahi disekeliling mereka,
dengan menggunakan kaum wanita sebagai pasukannya.

Kerana itulah invasi pemikiran terhadap kaum muslimin bagaimanapun
bentuk dan rupanya selalu didasarkan pada unsur penting tiada lain
iaitu wanita dengan segala yang mungkin untuk dieksploitasi padanya
dari segi daya tarik, pengaruh dan tipu dayanya, dan menjauhkan mereka
dari tanggungjawab mengasuh rumah tangga dan mendidik generasi muda .

Mengapa tokoh-tokoh invasi pemikiran itu menggunakan unsur wanita
sebagai senjata dalam merealisasikan tujuan mereka, hingga kini masih
saja mereka melakukan dengan penuh perhatian? Jawabnya dengan singkat,
mereka selalu bertolak belakang dengan semua ketentuan hukum wanita
yang telah ditetapkan Islam.

Diantara ketentuan hukum wanita yang telah ditetapkan oleh Islam,
supaya mereka sentiasa memelihara diri dengan menutup auratnya, jangan
sampai kecantikan dan keindahannya menggoda kaum lelaki. Maka jalan
yang ditempuh mereka berusaha keras membebaskan diri mereka dari semua
ikatan moral dan busana yang menutup aurat. Malah berusaha keras
mendorong mereka untuk menampakkan bahagian-bahagian anggota tubuhnya
yang menarik dan merangsang disemua tempat, di pasar dan tempat-tempat
umum. Untuk mewujudkan cita-citanya itu, mereka membawa kaum munafik
yang pandai bicara, yang siap mengubah firman Allah dan hukumNya demi
mendapatkan kesenangan dunia yang tiada bererti. [Risalah untuk Wanita
Mu'minah – Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buthy ]

Jika kita lihat pada zaman kini maksiat tetap masih berleluasa malah
semakin kritikal,para wanita keluar dengan pakaian merangsangkan jiwa
lelaki , terbuka betis, lengan dan juga seolah-olah seperti tidak
berpakaian. Sudah berapa ramai suara-suara golongan yang
bertanggungjawab menyeru kepada pembaikan moral tapi tidak
menghasilkan buahnya.

Saya tidak menuduh seratus peratus kesalahan pada wanita kerana memang
tidak dinafikan banyaknya juga kerosakan pada laki-laki tetapi apabila
anda membuka pintu kerosakan maka bertambahlah lagi kerosakan pada
mereka. Jika bukan kerana lemah gemalaimu, pakainmu, aksi-aksi fotomu
sama ada di majalah atau dirangkaian portal sosial yang membuka kepada
lelaki untuk menatap dengan syahwatnya dan berbagai-bagai perkara maka
parah dan rosaklah kaum Adam. Jika anda masih meneruskan perkara-
perkara tersebut maka tanggunglah dosa anda sendiri yang semakin lama
semakin membara.

NabI SAW bersabda:

Ertinya : Sesiapa yang melakukan sesuatu yang buruk, maka ke atasnya
dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun
dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti hadis tersebut apabila seseorang itu melakukan
perkara yang dilarang oleh syarak seperti contoh di atas maka lelaki
yang melihatnya mendapat dosa tetapi si wanita itu juga mendapat dosa
tanpa kurang bagi setiap mata yang melihat. Jika andalah orangnya
berapa banyak dosa anda yang perlu ditanggung lagi. Renungkanlah wahai
wanita....

Berkata Syekh Ali Ath-Thathawi :

Benar bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa,
tetapi bila engkau tidak setuju, laki-laki itu tidak akan berani, dan
andaikata bukan lantaran lemah gemalaimu , laki-laki tidak akan
bertambah parah. Engkaulah yang membuka pintu, kau katakan kepada si
pencuri itu : silakan masuk..ketika itu ia telah mencuri , engkau
berteriak : pencuri…! Tolong…tolong…

Demi Allah …begitulah jangan engkau percaya apa yang dikatakan laki-
laki , bahawa ia tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi
bahasanya. Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat.

Demi Allah… ia telah bohong! Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu ,
kehalusan budi bahasa dan perhatian, semua itu tidak lain hanyalah
merupakan perangkap rayuan! Setelah itu apa yang terjadi? Apa? Cuba
kau fikirkan!

Itulah kerosakan sebahagian kaum Adam.Entah berapa ramai laki-laki
yang dapat memelihara pandanganya melainkan hanya segelintir sahaja
kerana fitrah laki-laki nafsunya hanyalah satu iaitu pada wanita
tetapi apabila tidak dikawal maka rosaklah mereka.Malah akan bertambah
rosak lagi jika kaum wanita tidak memainkan peranan yang sepatutnya .

Jika dilihat berbagai kaedah dan jalan dalam memperbaiki masalah ini
dan tidak ada caranya melainkan kaum wanita yang perlu bertindak
segera kerana kunci kepada kebaikan berada di tanganmu..Anda tidak
perlu mengubahnya secara drastik tetapi ubahlah setapak demi setapak
seperti mana anda melakukan kerosakan sedikit demi sedikit.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali kepada
asing seperti permulaanya , maka beruntunglah orang-orang yang asing,
Rasulullah ditanya : siapa mereka wahai Rasulullah ? Rasulullah
menjawab: mereka yang mengadakan pembaikan ketika manusia rosak "[HR.
Tirmidzi : sohih]

artikel diambil dari seorang sahabat..
moga dapat pengajarannya..

jual pulsa (topup) pun menggunakan perempuan..
inilah eksploitasi namanya..

p/s:teringat pulak, abah pernah cakap suatu ketika dahulu..wanita ni digunapakai oleh org2 yg tak bermoral senagai satu bahan pameran..kalau tengok dalam iklan, selalunya mesti wanita yang dijadikan bahan untuk dipamerkan..kalau ade show kereta kat shopping mall ke..mesti pmpuan jugak yg dok 'posing' kat keta2 tuh..padahal bukanke tu bidanh yg lebih dipelopori oleh laki? dan banyak contoh lain lagi..fikir2kanlah sndr martabat wanita hari ini..
hanya dengan kembali pd islam,martabat tu akan diangkat semula..insyaAllah..

roomate baru

si kura-kura cuba meneruskan kehidupan


ROOMATE BARU SAYA..
SELAMAT DATANG "MAKURA" AKA SENAH JUNIOR..

hehhe..

telah dibeli oleh roomate sy Senah di PAUN pd ahad baru2 ni..
moga dpt mnjadi teman yg baik buat Senah


betapa keciknya dia berbanding tangan sy :)

binatang juga adalah makhluk Allah yang mempunyai perasaan..
teringat satu kisah tauladan
tentang seorang wanita yang
dikatakan ahli neraka kerana telah menyiksa seekor kucing sehingga mati..
so, ambil pengajaran..
islam itu indah dan adil..
sehinggakan binatang sekalipun mempunyai hak
tidak disiksa..


sayangilah binatang!!


dicuri dari blog insoft01 kerana gambar terlalu comel
hehhe..
senyum-senyum kambing..

Thursday, February 19, 2009

wanita tua,lembunya dan Gaza


Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu. Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.

Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.

Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.

Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.

Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.

Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.

Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.

Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."

Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.

"Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.

Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.

Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.

Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.

Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.

Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.

Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!

Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.

"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.

"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.

kalau niat kita baik, tak kiralah sekecil mana usaha insyaAllah nilainya akan menjadi besar!

dan yakinlah,Allah sebaik-baik perancang..kita hanya berusaha semampu mungkin..

sumber:harakahdaily

p/s: masih ingat tak pada saudara kita di palestin??

Tuesday, February 17, 2009

mari mengingati Allah


sebagai seorang manusia biasa..
tak dinafikan bahwa kita tak terlepas dari dosa dan kesalahan..
tapi..
bila kita telah melakukan dosa, tak bolehlah dibiarkan begitu sahaja..
'sebaik-baik manusia adalah apabila dia membuat dosa,kemudian dia segera bertaubat'

tapi kadang-kadang, pasti terlintas dalam fikiran kita,
dosa kita ni terlalu banyak..sempatke nak bertaubat sampai habis dosa2 kita?
hanya Allah yang tahu jawapannya..
tapi yang penting kena berusaha bersungguh-sungguh..

dalam pengajian tafsir di MIS selepas maghrib tadi..
ust ada menyebutkan tentang taubat..
taubat perlu diiringi niat yang betul,istiqamah dan berazam tidak mengulangi kesalahan..
bukan mudah sebenarnya..
manusia=pelupa.. '-_-
nasib baiklah Allah tu maha pemurah dan Maha pengampun..
kalau tak..tak tahu laa macam mana..

dalam satu hadith..
seorang sahabat yang mulia Sa'ad bin Abi Waqas r.a. mengisahkan,
ketika Nabi berada di sisi kami, beliau bertanya..
"Apakah ada dalam satu hari yang mampu meraup 1000 kebaikan di antara kalian?"
seseorang bertanya kepada baginda, "bagaimana caranya agar kami boleh meraup 1000 kebaikan dalam satu hari?"
Baginda menjawab "hendaknya ia bertasbih 100 kali maka akan dihitung baginya 1000 kebaikan atau dihapus darinya seribu kesalahan"
(HR Muslim)

zikir ni perkara mudah yang sering kita abaikan..
bukannya mengambil masa pun..
tak guna duit pun..
malah tenaga pun tak dihabiskan dengan berzikir
sambil-sambil buat kerja, mulut gerak sekali untuk berzikir..
dapat dua dalam satu..

dalam satu hadith yang lain..
dari Muadz bin jabal r.a. yang mendengar rasulullah saw bersabda..
"amalan yang paling dicintai Allah Taala adalah engkau mati sedangkan lisanmu basah dengan zikrullah"

ini menunjukkan kita perlu membiasakan diri kita dengan zikir sehinggalah kematina menjemput kita..

dalam hadith lain, Rasulullah bersabda
"kalian harus bersenyawa dengan tasbih,tahlil,taqdis(penyucian) dan hendaknya kalian menghitungnya dengan jari jemari kerana jemari2 tersebut akan ditanya dan diminta berbicara.."
(HR Abu Daud,At-Tirmidzi dan Ahmad)


jari akan menjadi saksi perbuatan kita


selain dari pengahapus dosa, banyak lagi faedah dan kelebihan lain yang boleh kita dapati dengan berzikir..
1.membuat Allah redha pada kita
2.mampu menghilangkan keresahan dalam hati
3.mampu memupuk rasa gembira dan bahagia dalam hati
4.mampu mengusir syaitan dan menghalang godaannya
5.mampu memperkuat fizikal kita dan mengukuhkan hati
6.mampu menghias wajah dan memperindahkan hati
7.mudah mendapat rezeki
8.mampu menyuburkan muraqabatullah
9.mendekatkan diri kita dengan Allahh taala
10.menghidupkan hati yang mati

dan banyak lagi..

Dari Abu hurairah r.a. meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda
"barangsiapa membaca 'la ilaha illallahu wahdahu laa syarikalah lahul mulku walahul hamdu wahua 'ala kulli syai'in qadir' sebanyak seratus kali setiap hari, maka sama dengan pahala memerdekakan 10 hamba sahaya dan dicatat baginya 100 kebaikan serta dihapus 100 kesalahan....."
(HR Bukhari,Muslim,At-Tirmidzi dan An-Nasa'i)

ini adalah sedikit ulasan dari buku 'pengahapus dosa wanita' (karangan Majdi Fathi As-Sayyid) yang sempat diulas sebab yang lain tak bace lagi..hehhe..



Jom sama2 perbaiki hati!


moga artikel ni dapat meningkatkan usaha kita untuk sntiasa membasahkan lidah kita dengan zikrullah..insyaAllah..

Monday, February 16, 2009

Embry0

maybe right now, i'm more convinced that indonesia is really a place for me..
since i was young, i really wanted to try to live in hardship..
mungkin takdelah hidup melarat
but i wanted to try and live in places like 'kawasan perkampungan or pedalaman'..
near a paddy field
or even in the jungle (i love animals..hehhe)
far from the city,which makes me tired everytime i look at it's hectic lifestyle..
nampak tenangkan?


eventhough there's no snows here like in UK or Jordan,
no pyramid here like in egypt,
no Mahatma Gandhi like in India (O_0 ??)
no delicious foods, ummi n abah like in Malaysia..
but it's ok
(insyaAllah there're still time for that in the future..)
but most importantly,i get to learn the lifestyle of people in Indonesia..
yang berusaha untuk hidup dalam kesusahan
Alhamdulillah,since i was here
i think i've become more independent..
i've tried to do so many things on my own..
takdelah semua bergantung kat mak ayah je..
seronok jugak berdikari ni rupanya :)

At Jatinangor,Bandung.. pelbagai ragam manusia dapat dilihat..
most of (sundanese) people is very polite..
and some are very kind-hearted..
especially those who live kat dalam2 sket..
eventhough there're some of their behaviour that is annoying..
but actually to take it positively..this is the chance and opportunity for me to get to know
and learn about other ethnic and cultures..

Allah the Almighty have said
"O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another.."
(Al-Hujrat:13)

most of people here live in hardships..
they have to go out early in the morning and work hard
to gain money..
sometimes they even have to sell things that for me,
it is not worth buying..
even the cleaner here in my hostel work extra hard..
they'll clean and mop the same spot every few hours..
to make sure there're no stain on the floor or window..

they seems to be working 24-7


terlintas jugak "ape laa a'a/kang(abg) ni buat, dari tadi dok mop situ je.. tadikan dah mop da.."
they even clean 'celah-celah jubin lantai tu'
erm..pelik

but maybe due to high competition to get jobs here..
they have to be like that..
if not, they'll lose their source of money..
but i felt very sorry for them sometimes as they are working like slaves..
but they are not paid high enough..


well, that's life..
(i guess i need to be more hardworking like them)
************************************************************************************

last friday, a program called embryo 'enlighten ur mind,body,spirit and soul' conducted by DKM (dewan keluarga masjid) Asy-Syifa' was being held in Subang (about 2 hours from UNPAD) for three days and 2 nights..

sangat best!

lots of interesting activities had been done..
i think this is the first time i joined a really 'islamic' camping-like program
since i last leave my high school..(miss those times)

we leave UNPAD at 8.30+pm and reach pesantren Asy-Syifa' ( FYI there's no relation between this pesantren and DKM Asy-Syifa' eventhough they have the same name) at 11+ pm..
the transportation is what they called as TRONTON..
(macam lori askar laa)
and even the drivers are wearing soldiers uniform..
we end up reaching the pesantren with aches all over the body..
i didnt even sleep through the whole journey..
i prefer to 'perhatikan keadaan sekeliling' along the trip
rather than sleep..
this is an experience i don't think i can get in Malaysia..
-->naik lori askar..haha..best2..

the next morning, Alhamdulillah we woke up at 3 am for tahajud prayer,
subuh prayer,mentoring(usrah) and a lil bit of excercise..
then we start our first activity that is BP and BAKSOS

BP stands for balai pengobatan..here we are given the chance to meet real patients and help the doctor to take their infos (anamneses) and do simple test like taking blood pressure, blood grouping,pulse rate,respiratory rate etc..we're also allowed to see the process of circumsission (berkhitan)..

BAKSOS is not bakso+sos but it stands for bakti sosial..selling 2nd hand clothes and outfits at a very low prices..VERY low price..u can get a shirt only for RP1K..well..that's what we call as 'berbakti' rite? urm..there're also distribution of food among the villagers there..

in surah Al-An'am Allah Taala said..
"Whoever comes [on the Day of Judgement] with a good deed will have ten times the like thereof [to his credit], and whoever comes with an evil deed will not be recompensed except the like thereof, and they will not be wronged"

During the nite,we had a session with KOAS (5th and 6th year medical student)..
lots of things are shared and Alhamdulillah everything was correlated with islam..
thanks to our seniors for sharing their experience and for giving many tips to us
(eventhough i admit sleeping during the program..but not through out the prog though..hehhe)

the next morning, we had 'zikrul maut'..i'm a lil bit dissapointed as the session was too short
and the place are quite 'tak sesuai'..but Alhamdulillah i gain something from that activity..insyaAllah

at 7 am..we went to curug (waterfall) for a game..i think this is the best experience i have ever had..because we went there also using a lorry as transportation, but this time..it's better than
the tronton..hehe..maybe in malaysia this lorry is just used to carry cows and goats..
but here, instead of a cow or goats, we're the one who were carried in it..hehhe
(now i know how cows and goats felt while boarding the lorry..haha) the journey took about 45 mins..the activity ended after asar and we head back to the pesantren to pack our belongings..

we reached UNPAD at 10 +pm..and i reached my bed around 10 mins after that..hehhe..tired~
well, this kind of program should be done more frequently, coz we as a medical student need, not just the knowledge on how to be a good doctor but also the knowledge how to be a good muslim doctor..

next embryo insyaAllah nak join lagi :D
but i wanted to be a 'leader' next time..not just a 'learner'

well, this article is typewritten in english just to polish up my english language..it's dusty enough rite now..so plz ignore all the grammar or whatever error related to my english..don't perform any spell-check ok..hehhe..tq2..

p/s: anyone nak wat kelas english n base arab plz tell me..heh..kelas bahase sunda pun perlu jugak!

gamba-gamba embryo nanti akan dipamerkan iA..yg nak boleh mintak ye.. :D

Friday, February 6, 2009

Hadiah di waktu Cuti

tak sangka..
sejak dapat lesen,
dah ramai kawan2 yang dok cite..
"semalam terlanggar pokok"
"tau tak, hari tu eksiden ngn kte proton!"
"kemek kete telangga tiang"
dan macam-macam lagi..
setiap kali mereka bercerita,mesti terlintas dalam hati..
"insyaAlah takkan langgar, carefull ye duha"

tapi..
hari ni hari saya..
waaaaaaa~

gambar hiasan semata-mata

pagi2 lagi, adik mintak tolong hantar pegi sekolah
ada perlawanan bola tampar final..
selalunya malas betul nak keluar rumah pagi-pagi macam ni..
tapi hari ni rase semangat pulak nak hantar dia..

dipendekkan cerita,
kejadian berlaku di persimpangan nak masuk sekolah Al-Amin..
erm..dengan pengakuan yang tulus ikhlas..
memang TOTALLY salah saya..
cuai!

macam-macam terlintas kat fikiran
"habislah, HP pun takde"
"erk..ni kete Ummi, sign P pun takde" (pakcik jgn report polis..haha)
"alamak..teruk pulak kete pakcik tu kemek"
"matilah abah balik nanti"
"tapi Alhamdulillah kete ni takde pape sgt..fuh"

itulah..dah kene..baru nak sedar! uhuu~
lengkali beware n berhati-hati ye cik duhaa oooi~
berhati-hati? erk..teringat pulak definisi bertaqwa..



ALLAH AKAN UJI APA YANG KITA CAKAP

mungkin kita dah biasa dengar phrase kat atas tuh..
tapi hakikatnya, kita berhati-hati tak?

dah banyak pengalaman yang menunjukkan phrase ni amat2lah tepat..
dulu dia yang banyak menentang orang bercouple..
last2 die yang buat..
dulu die yang duk nasihat taat mak ayah
last2 dia yang 'derhaka'
dulu dia yang nasihat jangan begitu dan begini..
last2 dia yang buat itu dan ini..
dulu dan dulu dan dulu
last2 dan last2 dan last2
(mcm lah saya, cakap tanak langga kete org, last2 saya yang langgar)

erm..tapi..sesetengah orang terlalu berhati-hati sampai menyebabkan salah faham dgn phrase ni..

"apa yang kita cakap Allah akan uji..erm..baik tak yah cakap/nasihat/sampaikan apa2..nanti kita buat kang malu pulak"

jangan la sampai macam ni..

phrase ni menegaskan agar kita berhati-hati..bukan menakut-nakutkan kita..

menyampaikan dan menasihati tu dah jadi tanggungjawab sebagai umat islam..

tak bole nak lari..

so, cuba seboleh mungkin sambil menasihati orang lain, peringatkan diri kita juga..

jangan main cakap je, tu yang Allah akan betul-betul uji..

kalau kita berhati-hati..insyaAllah selamat..

bak orang bertaqwa yang sentiasa berhati-hati dalam meilih jalan dan perlakuan yang bakal dilakukan..

"ballighu anni walau ayah"
-sampaikanlah daripadaku (Nabi Muhd SAW) walau satu ayat-

just a short reminder buat rakan-rakan dan pengajaran bagi diri ini~

Tuesday, February 3, 2009

R0kOk


cuti-cuti ni takde benda sangat nak buat,

so bacalah artikel-artikel kat internet dan teringatlah pada seorang rakan..

jadi saja nak paste artikel yang diambil dari laman Dr Maza..


dah pernah baca dah, tapi nak kongsi dengan rakan-rakan lain..

moga bermanfaat




Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok

Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

Ini atas beberapa alasan;

  1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
  2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
  3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
  4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
  5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

*****************************************************************************************


erm..lagipun, ramai yang dah tau rasanya, hukum merokok tu haram kan..

ni ada beberapa fatwa ulama' pasal merokok..


1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

jadi..harap2 semua jelas tentang hukum merokok dan tunjukkanlah contoh yang baik demi agama negara dan bangsa..serta keluarga :)

*nak seribu daya, tak nak seribu dalih

sekadar coretan

merdeka selepas exam..jangan lama2 sgt :)




Alhamdulillah exam dah selesai khamis lepas 29 jan 2009..

habis je exam dah tak fikir apa, terus balik bilik pack barang..

tak sabar nak balik!

tapi kene menempuh 2 hari lagi sebelum dapat jejakkan kaki ke tanah air 'terchenta'..hehhe


JUMAAT


"bangun pagi,
gosok gigi,
cuci muka,
terus mandi,
siap2 naik damri,
pg bandung lagi.."


(haha..hati riang ria bernyanyi)

"erm..hari tu bukan da pegi bandung ke?" tanye seorang teman

"ha ah..tapi kakak sedare pesan barang..kawan dia nak bukak kedai, so nak beli sample dari sini"..terpakse pegi pasar baru lagi..ingatkan tinggal nak beli Amanda je utk bawak balik msia..

memang ikutkan hati malas nak keluar..baik duduk kat Bale(asrama) je..tapi takpelah, hablum minallah,hablum minannas

bukan susah sangat pun nak beli.."kalau kita bantu seorang mu'min bukankah Allah akan bantu kita? erm..betul3 (gaya upin ipin)

seharian di bandung..cari money changer lagi..dah jumpa satu duit RM dia habis pulak, cari yang lain lagi..penat betul..tapi takpe..aura gembira nak balik tu lagi kuat daripada rasa penat lelah (padahal cuti seminggu je..tapi semangat bukan main..hehhe)

sampai UNPAD dalam jam 4 petang..kejar masa sebenarnya..ada janji pukul 8 malam. so tak nak penat2 sangat..Alhamdulillah sempat rehat, makan dan solat maghrib di MIS..

pukul 8 baru bergerak dari bale 3..patutnya yang pergi 6 orang..tapi last2 3 orang je yang tinggal..takpe..pengorbanan..perjuangan untuk bagi makan kat rohani..

'waduh2..capek bangat nih'
terlintas di hati nak tidur je..jeles jugak tgk kawan2 tidur+khusyuk tgk CD..
tapi..
itulah gunanya akal fikiran dan iman yang Allah kurniakan..
saling membantu utk memilih jalan yang terbaik..

jangan buang masa..hidup sekali je..
lagipun Allah da janji kan 'jika kita membantu agama Allah pasti Allah akan bantu kita'

pukul 8+ kami sampai di pintu pagar rumah seorang senior di sukawening..
rumah berwarna kuning..(warna yang paling tak diminati..hehhe)

"tok3"
Assalamualaikum..

senyap.........

"tok3"
Assalamualaikum..

senyap.........

tiba2 kawan sebelah bersuara "eh, kalau dah ketuk 3 kali takde orang kite kene balik ek?"

"erk..betul tu..tapi..mungkin orang dalam tak denga.. lagi pun sebab tu laa takut nak ketuk kali ke 3 (hehhe)"

akhirnya ketuk juga buat kali ke tiga..tapi masih tiade jawapan..

"bzzzzz"
1 message recieved

-kat mane cik kak oi? kalau dah sampai bitau laa ye-

kami reply
-kitorang depan pintu-

Alhamdulillah..tak perlu laa kitorang balik..ingatkan nak angkat kaki dah tadi kalau still tiada yang membuka pintu..

malam tu semua berjalan lancar..Maha suci Allah yang mempermudahkan urusan kami..
jam 11+ kami selamat pulang di bale..Solat dan terus nyenyak di buai mimpi..


SABTU

Pukul 6 pagi seperti yang dijanjikan, semua orang dah angkat barang letak kat depan bale..
plannye nak bertolak awal ke jakarta, dapat jalan-jalan lebih sikit..
tapi akhirnya, nak dekat pukul 8 baru laa bertolak..
'manusia hanya merancang, tapi Allah laa sebaik-baik perancang'
"mungkin Allah tak bagi ktrg duduk lame2 kat tanah abnag tu kot" getus hati..

sekali lagi setinggi-tinggi pujian pada Allah kerana melancarkan urusan kami..
keempat-empat MPV yang konvoi sama2 selamat tiba jam 5+ petang di airport jakarta selepas penat berjalan-jalan..

"kak fatin, teman nak cari pulsa(topup)" dengan nada manja saya menarik tangan kak fatin..
"erm..jom lah" balasnya..

setibanya di kedai pulsa..
"mas, pulsa xl ada? mau yang rp25 ribu,berapa ya?"
"ada2..harga rp45 ribu"



"erk..." terkejut tak terkata
rasa macam tercekik..

memang dah agak airport mesti laa mahal..tapi ini macam cekik darah melampau je..jadi cancel laa hajat nak beli pulsa tu..

selesai solat maghrib+isya', kami berkumpul ramai2 kat luar musolla..
buat kuliah magrib kejap..tak lama, dalam 15 minit..
seronok..sebab ramai orang, jadi banyak pendapat dan persoalan yang timbul..
perbincangan banyak tertumpu pada peranan atau tugas kita
sepanjang cuti seminggu..
"walaupun hanya semingu tapi cukup lama untuk mematikan hati kita kalau dibiar tanpa pengisian"

jadi, saya meminta rakan-rakan untuk meletak target..
simple pun takpe, asal ada..
contoh yang baik, hafal asma'ul husna beserta maksudnya..
mungkin nampak simple..sbb kita boleh nyanyi je lagu dia..
tapi kita betul2 faham ke maksudnya?

usai perbincangan beramai-ramai, semua pakat nak buka laptop..
tgk movie..
last2.. kami setuju nak tengok final destination 1..
(ade jugak yang tak setuju, sebab ade scene kapal terbang terhempas kan..macam tak seda diri pulak ade kat airport..huhu~)


tengah khusyuk2 tengok,
tiba-tiba tetamu yang ditunggu-tunggu sampai..
senior dari trisakti..

alang-alang dah ada kat jakarta, ambil kesempatan nak jumpa kenalan dari trisakti..
saya dan 4 orang lagi rakan mengambil peluang untuk 'berborak' santai dengan 3 orang sahabat dari uni trisakti tersebut..

saya dipilih untuk buka majlis, dimulakan dengan Al-Fatihah..sedikit muqaddimah dan kemudian tafsir surah An-Naba' oleh 'pihak berwajib'..
seterusnya, perbualan kami turut tertumpu pada 'pengisian masa sewaktu cuti'..
Alhamdulillah kami diberi peluang berkumpul dan memanfaatkan masa yang ada..

selesai perbincangan kami, kami menghantar tetamu kami pulang dan kemudian,
terus melelapkan mata..penat~


AHAD


sebelum jam 4 pagi, boleh kata semua dah bangun..
solat,siap2 dan terus gerak ke kaunter bebas fiskal..
flite pukul 6.25 pagi..kami berpecah, ada yang naik MAS dan ada yang naik air asia..
Alhamdulillah semua berjalan lancar..tiada yang delay..even untuk air asia :)
tahniah kepada air asia..hehhe

dan sekarang..masing-masing dah ada di tanah air kita..MALAYSIA!



p/s:manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya..
"wal asr, innal insana lafi khusr,illallazina amanu wa amilus solihat.."