Sunday, July 31, 2011

KKN I

bismillah~

dah lebih sebulan tak mengupdate blog..
dan update kali ini insyaAllah just nak menceritakan tentang pengalaman sebulan
menjalani KKN (kuliah kerja nyata) di desa cibogo..

bermula dari tanggal 25 jun sampai 23 julai,
saya dan beratus-ratus lagi mahasiswa UNPAD
dihantar ke kampung-kampung sekitar sumedang,
garut, tasik malaya dan ciamis (ada lagi ke?)
bagi menjalani aktiviti pengabdian kepada masyarakat..

jadi,
ini pengalaman sebulan saya di Ciamis, padaherang, cibogo..
my lovely Desa..

sebelum tu, saya perkenalkan dulu watak-watak
yang berada di samping saya selama satu bulan di cibogo


pak kordes aka ketua group kami --> Fadhil (pertanian)

wakil kumpulan (penolong kordes) --> sumahang atau nama glamournya jack (geology)

setiausaha kumpulan --> maria (pertanian)

kucing garong --> mamet (ekonomi)

pencinta kecoa aka lipas--> nirwan (ekonomi)

guitarist hebat --> agus (keperawatan)

jackie chan --> aep (perikanan)

anime lover --> jovian (pertanian)

the clown --> Dapit (pertanian)

camerawoman --> dara (kedokteran gigi)

handuk girl --> Ainal (kedokteran)

helmet girl --> safuraa aka pua (kedokteran)

tahu sumedang --> Susi (keperawatan)

dangdut queen --> Ilma (keperawatan)

master mind--> Atika (ekonomi)

our mom --> Iput (kelautan)

peace breaker --> puteri (keperawatan)

tooth lover --> ayu (kedokteran gigi)

my miss ojeg --> sue (kedokteran)

**********************************************

1st day

kami tiba di rumah sekitar jam 2.15 ptg
selepas 'merapihkan' rumah,
kemas bilik, ruang tamu
kami segera mengadakan 'rapat' untuk memilih tempat tidur.

ilma-pua-sue-susi-duha-ainal-tika

ada 3 bilik, dan semuanya buat cewek (perempuan),
yang cowok, harus bekorban,
tidur di ruang tamu..

UNfortunately,
kamar-kamar di sana
semuanya takde pintu, cuma ditutup dengan langsir..
errrr...
(ok, jadi ada beberapa accident yang tak dapat dielakkan telah berlaku)

dan toiletnya pun,
boleh dikatakan 'see through'
dengan berdindingkan buluh yang berlubang-lubang,
dan tak berapa nak tinggi di bahagian belakang..
memang memudahkan orang menjenguk '-__-

Alhamdulillah dan saya sangat bersyukur,
teman-teman lelaki KKN saya amatlah bertanggungjawab dan boleh diharapkan :D
merekalah yang merenovate toilet tersebut,
dan kemudiannya membuat ampaian di bahagian bawah bumbung
memudahkan kami semua..

saya dan sue akhirnya memilih kamar tengah
bersama susi dan ilma (miss them)
pua dan ainal di kamar belakang bersama maria dan iput
kamar depan sekali ada puteri, tika, ayu dan dara..

malam-malam dah penat nak tidur,
tapi tiba-tiba puteri datang ke bilik,
bercerita tentang kisah hidup dia..
LUCU!
waktu tu saya mula mengenali puteri dengan dekat..
sangat suka bercerita dan bercakap..
hehe..
pemecah kesunyian..
kalau puteri takde,
mungkin rumah kami tak terlalu ceria..

2nd day

jam 3.45 pagi saya terbangun dari tidur..
malas nak mandi awal sangat,
last-last terpaksa 'antri' untuk mandi..
sejak dari semalam,
kami tak masak,
ibu belakang rumah masakkan (catering)..

sarapan nasi+telur+tahu+sambal..
sejujurnya memang tak biasa,
tapi semua orang kelihatan satisfied,
so who am i to complaintt,
lagipun sedap je..
layan je lah :D

tengah hari sikit,
ada yang keluar ziarah orang meninggal,
tak sempat nak ikut,
sebab tau pun dah last minit..
takpelah, stay kat rumah je..

3rd day

jam menunjukkan 4 pagi,
saya dan sue nak pergi tahajud di masjid,
tapi tak jadi,
sebab tak minta izin dari kordes (koordinator desa) aka Fadhil..

nak solat kat bilik tak brapa nak muat,
sebab bilik memang kecil..
tapi nak tak nak,
kami menyumbatkan diri jugak..
dah subuh,
pak kordes dan teman-teman lelaki yang lain pergi ke masjid,
lalu kami pun mengikuti dari belakang..hehe

masjid di sini mengingatkan keadaan di malaysia,
sebab lepas solat imam akan zikir dan doa bersama-sama..
kalau kat jatinangor tak macam ni..
so rasa best lah jugak pegi masjid sini..

jam 10 pagi kami pergi ke pejabat kepala desa (ketua kampung)
bersilaturahmi,memperkenalkan diri,
meminta data kependudukan,
menerangkan perancangan kami
dan meminta izin menjalankan pemetaan sosial
di kawasan desa cibogo..





selepas itu,
anak-anak cowok main ping pong dulu,
dan kami pula terus pulang ke rumah..

malam tu main sms dengan abah..
rindunya nak balik rumah~

perasaan waktu ini:
"wah2..lagi 27 hari '-__- "

4th day

hari ini ada acara samen di SD!
seru~
jam 9 pagi kami semua (ok, tak semua sebenarnya)
bertolak ke SD yang terletak tak jauh dari rumah kami..

samen adalah acara kenaikan kelas anak-anak sekolah
dari TK (tadika) ke darjah 1
dan termasuk juga graduation adik-adik darjah 6..

banyak persembahan yang saya dan rakan-rakan dapat saksikan..
ada pelbagai tarian,
sajak,
dan penyampaian anugerah-anugerah..





well,
indonesia memang sangat kaya dengan pelbagai budaya,
jenis-jenis tarian yang adik-adik tersebut persembahkan
mewakili kepelbagian culture mereka..





best~

5th day

pemetaan sosial di dusun cibeurem..
ada 13 RT (atau 13 kampung kecil)
tapi kami cuma berjaya pergi ke 3 RT sahaja,
itupun dah cukup penat~

jalan sampai ke hujung dusun..
kebanyakkan mereka bercakap bahasa sunda ataupun jawa..
faham ke?
pastiilah tidak..
mungkin satu dua ayat boleh la saya faham,
atau pun dengar je keseluruhan perbicaraan dan buat kesimpulan sendiri..

Alhamdulillah ada ramai jugak teman-teman
yang bisa berbahasa sunda..
jadi merekalah yang berborak dengan ketua-ketua RT tu..

6th day

hari ini saya piket (jadi housekeeper)
cuci piring, sapu rumah, (ngepel) lap lantai etc..
colleague saya adalah ainal dan pak kordes..
semua rajin-rajin..bagus.. :D

petang sikit saya, sue, pua, ainal dan susi lari dari rumah,
pergi melawat rakan di desa karangmulya..
wahida, farah syaz, tjin dan nirro..
tapi nirro takde,
admitted ke puskesmas sebab sakit..
farah syaz pulak di puskesmas teman nirro..

jadi jumpa farah wahida dan tjin je..
rumah derang comel..
dan pisah laki perempuan..
jadi agak selesa dan best lah~
huhu..

time nak balik tu,
dah pukul 5 lebih,
lari-lari dengan mereka sebab takut tak sempat buka puasa..
jauh juga jalan nak balik, melewati sawah-sawah..
tapi cantik!

akhirnya buka pocari sweat di tengah-tengah sawah :)

7th day
hari ni syafiqah, syaira dan zulfa datang melawat..
zulfa teman rapat si puteri..
petang ada pengajian di masjid sirojul huda..
bahasa sunda,
tapi pak ustadz dengan baik hati mengtranslatekan
point2 yang penting ke bahasa indonesia..
jadi Alhamdulillah dapat memahami dengan baiknya..

malam kami diberi makan ayam bakar..
pak kadus (kepala dusun) bagi ayam bakarnya..
erm..ini pertama kali dapat makan ayam sejak duduk sini..
jadi semua orang sangat berbahagia~

then ada rapat kelompok,
bagi membincangkan hasil survey ke RT,
plan kerja, bidang tugas ke depan
dan liburan kelompok..

*******************************************************

p/s: cukup dulu la setakat ini, mata sudah ngantuk..

p/s2: sebenarnya nak coret nama komeng di atas, katanya ga mau namanya masuk blog ini, tapi nnt kesian pulak :p mungkin bisa diganti dengan nurina hapsari..

p/s3: masih ada baki beberapa hari lagi di kkn yg nak diceritakan~

p/s4: ramadhan sudah tiba, bagaimana persiapan kita? moga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya!

p/s5: minta maaf pada semua, kita mulakan ramadhan ini dengan hati dan jiwa yang bersih..

p/s6: yaAllah, berilah kami semua kesihatan tubuh badan dan kekuatan untuk beribadah padaMu :)