Wednesday, April 21, 2010

Genarasi yang kita impikan

Menurut satu riwayat,
perisitiwa ini berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a.

Dua orang anak muda datang mengadap Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. di majlisnya.
Kedua-duanya memimpin seorang lelaki
yang tidak dikenali dari sebuah kampung yang jauh.
Setelah lelaki itu di hadapkan kepada Umar, belaiu berkata:

"Apa maksud semua ini?"

Kedua-dua pemuda itu menjawab
"Wahai Amirul Mukminin, lelaki ini telah membunuh ayah kami!"

Sayyidina Umar mengajukan soalannya kepada lelaki itu
"Benarkah kamu telah membunuh ayah mereka?"

Dengan tegas lelaki itu menjawab
"Ya! Saya telah membunuhnya!"

Umar bertanya lagi
"Bagaimana kamu membunuhnya?"

"Dia telah memasuki tanah saya dengan untanya.
Saya menegahnya tetapi tidak menghiraukan tegahan saya.
Lalu saya baling seketul batu ke arahnya.
Batu itu terkena kepalanya, diapun mati."

Lantas Umar menjatuhkan hukuman
"Qisas!"

Hukuman bunuh balas!
Tidak perlu dipersoal dan diberdebatkan.
Umar tidak bertanya tentang keluarga lelaki ini,
adakah dia daripada qabilah yang mulia,
atau dia berasal daripada keluarga yang perkasa?

Umar juga tidak bertanya tentang status
atau kedudukannya di dalam masyarakat.
Semua itu tidak penting bagi Umar r.a.

Dia tidak memihak kepada sesiapapun
dalam melaksanakan agama Allah
dan tidak bermuka-muka dengan sesiapapun sekiranya boleh menjejaskan Syariat Allah. Seandainya anaknya sendiri membunuh,
tetap akan dikenakan hukuman qisas.

Setelah hukuman yang tegas dijatuhkan,
lelaki itu bersuara

"Wahai Amirul Mukminin!
Saya memohon kepadamu dengan Nama Tuhan,
yang dengan-Nya berdiri langit dan bumi,
agar membenarkan saya pulang satu malam
untuk bertemu dengan isteri dan anak-anak saya di desa yang jauh.
Saya akan memberitahu mereka
bahawa tuan telah menjatuhi hukuman bunuh ke atas saya.
Selepas itu saya akan kembali mengadap tuan.
Demi Allah, tidak ada siapa yang melindungi mereka kecuali Allah,
kemudian saya."

Umar bertanya lelaki itu
"Siapa yang akan menjamin kamu pulang ke desa kemudian datang semula mengadap saya?"

Semua yang ada diam membisu.
Tidak ada siapapun di kalangan mereka yang mengenalinya.

Mereka tidak tahu siapa namanya,
di mana khemahnya,
di mana rumah kediamannya,
apa qabilahnya dan di mana kampungnya?

Bagaimana mereka akan menjaminnya?
Jaminan bukan dengan membayar ganti rugi 10 dinar,
atau sekeping tanah, atau seekor unta!

Tetapi jaminan untuk diserahkan tengkuk agar disembelih dengan pedang!

Dan siapa yang berani menentang Umar dalam melaksanakan Syariat Allah?
Siapa yang berani masuk campur meminta lelaki itu dibebaskan
atau diberi keizinan untuk pulang tanpa sebarang jaminan?

Sahabat terus menyepi.
Umar kebingungan,
tersepit antara dua kemungkinan.

Jika dia terus melaksanakankan hukum Allah dengan membunuh lelaki
yang mengaku membunuh ini,
anak-anak yang tinggal mungkin akan mati kelaparan.

Jika dia membiarkan lelaki ini pulang tanpa penjamin,
kemungkinan dia lari,
maka sia-sialah darah yang telah ditumpahkannya tanpa mendapat pembelaan.

Sahabat masih membisu.
Umar r.a. menundukkan kepalanya mencari jalan penyelesaian.
Kemudian dia berpaling kepada dua orang pemuda yang mengheret lelaki itu

"Sudikakah kamu memaafkan dia?"

"Tidak! Orang yang telah membunuh ayah kami,
mesti dibunuh wahai Amirul Mukminin!"
Jawab dua orang anak muda itu dengan tegas.

Umar bertanya semua yang hadir
"Siapa yang sanggup menjamin lelaki ini, wahai sekelian manusia?"

Maka bangkitlah Abu Dzar al-Ghifari dengan ubannya,
zuhudnya dan kejujurannya seraya berkata

"Wahai Amirul Mukminin, sayalah penjaminnya!"

Umar mencari kepastian
"Dia telah membunuh!"

Abu Dzar menjawab dengan penuh yakin akan keputusannya
"Walaupun dia telah membunuh!"

Umar bertanya lagi
"Adakah kamu mengenalinya?"

"Tidak! Saya tidak pernah mengenalinya."

"Apa yang menyebabkan kamu sanggup menjaminnya?"

"Aku melihat pada wajahnya tanda-tanda orang beriman.
Maka aku tahu bahawa dia tidak akan berdusta.
Dan dia akan datang kembali insya Allah."

Umar mengingatkan

"Wahai Abu Dzar,
adakah kamu sangka, jika dia lewat lebih daripada tiga hari
aku akan melapaskan kamu begitu saja?"

Abu Dzar menjawab dengan tenang
"Allahlah Penolong wahai Amirul Mukminin…"

Dengan itu, Umar memberi masa tiga hari tiga malam
kepada lelaki itu untuk menyiapkan dirinya,
mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya
dan membuat persiapan yang perlu untuk mereka hadapi selepas kematiannya.

Selepas tiga hari,
dia hendaklah datang kembali untuk dilaksanakan hukuman bunuh balas
kerana dia telah membunuh.

Genap tiga hari,
ketika muslimin diseru untuk menunaikan solat Asar,
dua orang pemuda yang telah kehilangan ayah itu datang,
ramai manusia berkumpul, Abu Dzar pastinya ada bersama.

Selesai solat,
Umar menoleh kepada Abu Dzar lalu bertanya

"Mana lelaki itu?"

Abu Dzar menjawab
"Saya tidak tahu wahai Amirul Mukminin."

Dia mendongak ke arah matahari.
Nampak seolah-olah matahari itu bergerak lebih laju daripada biasa.

Semua sahabat diam membatu,
resah menunggu sesuatu yang tidak diketahui akan berlaku melainkan Allah.

Dan beberapa detik sebelum matahari berlabuh,
terhurailah segala kekusutan, terjawablah segala persoalan.

Lelaki yang dinanti-nantikan itu muncul mengadap khalifah yang adil.

Melihat lelaki itu,
Umar bertakbir dan kaum muslimin ikut takbir bersama-sama.

Umar berkata
"Wahai lelaki,
jika kamu mendiamkan diri di kampungmu,
kami tidak akan dapat menjejakimu dan tidak tahupun di mana tempat tinggalmu!"

Lelaki itu menjawab
"Wahai Amirul Mukminin, demi Allah!
Saya tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab terhadap tuan.
Tetapi tanggungjawab saya adalah terhadap Dia
yang mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.
Inilah saya wahai Amirul Mukminin.
Saya tinggalkan anak-anak saya seperti anak burung,
tiada air, tiada pokok di desaku.
Namun saya datang untuk dibunuh.
Saya takut jika saya tidak datang nanti
akan dikatakan bahawa kesetiaan pada janji telah tiada lagi di kalangan manusia."

Maka Umar bertanya kepada Abu Dzar r.a.
"Kenapa kamu menjaminnya wahai Abu Dzar?"

"Aku takut nanti akan dikatakan tiada lagi kebaikan di kalangan manusia."

Umar r.a. bangkit dan bertanya kedua-dua pemuda
"Apa yang kamu lihat wahai orang muda?"

Kedua-dua menjawab serentak sambil menangis
"Kami maafkan dia wahai Amirul Mukminin kerana kejujurannya.
Kami juga takut nanti orang akan berkata tiada lagi kemaafan di kalangan manusia!"

Kata-kata dua anak muda itu disambut dengan takbir oleh Umar
sedang air mata bercucuran membasahi janggutnya.


‏جزاكما الله خيراً wahai pemuda di atas kemaafanmu

وجزاك الله خيراً wahai Abu Dzar kerana melepaskan lelaki itu dari kesulitannya

وجزاك الله خيراً wahai lelaki kerana kejujuranmu dan kesetiaanmu pada janji

وجزاك الله خيراً wahai Amirul Mukminin kerana keadilanmu dan sifat kasihan belasmu.


p/s: masihkah ada sifat-sifat tersebut dalam diri manusia pada masa kini?

10 comments:

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

subhanallah, bagus ceritanya :)
semoga istiqamah melakukan kebaikan di jalanNya..salam ukhwah~

syifa' kamarudin said...

sgt suka baca crita ni :)

syaimaa' said...

macam tak percaya yang ni beul2 berlaku.
fuh
subhanallah..

generasi itu..

wallahua'lam

SivGal said...

duha,lama x visit blog u...dan dpt cite yang bagus yang meliputi pengajaran yg sangat2 penting tuk hidup ini apabila visit after so long...hehe

kesetian,kejujuran,sedia memaafkan-adalah perkara2 yang susah nak dibahskan sebab pada masa kini benda2 ni sangat subjektif daripada objektif..

duha said...

Amal Athirah Zarzilah- moga mendapat pengajaran cuba menjadi dlm golongan mereka yg berada dlm cerita tersebut..jzkk~

salam ukhuwwah

duha said...

syifa' kamaruddin- thanks :) lepas dah baca..cerita kt yg lain jugak..so insyaAllah semua boleh dapat pengajaran dr cerita ni :D

duha said...

syaimaa'- :)
generasi yang terdekat dengan baginda adalah generasi yg terbaik..

namun, kita perlu snts berusaha ke arah itu..insyaAllah~

duha said...

sivgal- hehe..thanks 4 coming again :D

erm..betul..semua tu mmg sng kita bicarakan, tapi susah nk aplikasikan..

bila someone buat slh pd kita, bukan sng nak maafkan dan lupakan..then bila kita pulak yg buat salah..bukan sng jugak nk mengaku and serahkan diri utk terima hukuman..

but itulah ujian tuhan..to see which one of us is better in our actions..:)

sinar_islami said...

lama akak tak singgah..
cerita ni betul2 menyayat hati..
sungguh indah dan hebat teladan yang sahabat2 dahulu tunjukkan..
Allah..Allah..masih jauh kita dengan mereka...

duha said...

sinar- :)

mmg sgt jauh kita dan mereka..

tapi,
harap kita dapat menjadi sebahagian daripada mereka iA~