Wednesday, August 25, 2010

refugees in Malaysia

bismillah,

semalam Alhamdulillah
saya diberi kesempatan untuk mengikuti
satu lawatan ke Somalian refugee camp di Puchong.

lawatan ni diadakan oleh yayasan universiti multimedia (YUM)
dengan bantuan persatuan yang dipanggil
'children behind us'

actually,
when i first heard about "refugee camp"
what crosses my mind is that

there will be tents everywhere
in a huge field or even a place like a desert..
with lots of people..
and it feels hot just by imagining it..

haha..
but of course there're no such place like that in Malaysia..

sebenarnya mereka duduk di sekitar sebuah shop-lot
yang menjadi pusat bagi masyarakat somalia di sana.

tingkat teratas rumah kedai tersebut dijadikan sekolah
bagi warga somalia

dan beberapa tingkat dua
dijadikan rumah bagi beberapa keluarga..

bangunan itu disewakan
oleh seseorang yang sangat baik hati
dan berkenan memberikan harga sewa yang rendah..

so they can actually afford to rent it

berbalik tentang sekolah mereka,
di sana tiada silibus atau kurikulum khusus
untuk dijadikan panduan
dan juga tidak terdapat kelengkapan buku-buku
yang sepatutnya dimiliki oleh sesebuah sekolah.



antara cara anak-anak di sana belajar adalah menggunakan
gambar yang ditampal sekitar kelas dan bangunan rumah kedai.



disekolah tersebut, terdapat 3 kelas,

1. macam kelas tadika
2. kelas bagi mereka di bawah 14 tahun
3. kelas bagi mereka yang berumur 14-40 tahun

erm..mungkin ada yang pelik kenapa 40 tahun,
tapi ada beberapa ibu tunggal yang masih ingin belajar~

ada 3 orang guru yang mengajar
dan 48 murid secara keseluruhan


some of the kids there


saya sempat berbual dengan guru besar di sekolah tersebut
namanya Muhammad and sometimes ada yang panggil Ahmad.

Kini,
sudah hampir 3 tahun dia berada di Malaysia.

katanya,
terdapat kira-kira 105 orang
warga somalia yang ditempatkan di kawasan tersebut
oleh United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR)

dan mereka sedang menungggu
kira-kira lagi 35 orang warga somalia
yang akan dihantar dari kedah

kebanyakkan mereka
adalah pelarian akibat peperangan di negara asal
dan walaupun selalunya dipandang rendah,
but some of them seem to be very educated!
who knows maybe in their country they're a PhD holder..

mengikut UNHCR,
warga somalia yang ditempatkan di Malaysia,
akan segera dihantar ke negara-negara
yang boleh menerima mereka sebagai warga tetap..

selalunya UNHCR menjanjikan sekitar beberapa bulan,
tetapi seperti yang berlaku pada Muhammad,
hingga kini,
sudah 3 tahun beliau masih belum mendapat apa-apa jawapan
dari pihak UNHCR

shobana, wakil dari 'children behind us'


mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa mereka perlu
dihantar ke negara lain
dan tidak terus menetap di Malaysia..

untuk pengetahuan semua,
mengikut polisi..
mereka yang dipanggil 'pelarian' ini,
tidak akan diberi status penduduk tetap di Malaysia

oleh itu,
mereka tidak dibenarkan bekerja
dan anak-anak tidak dapat bersekolah..

jadi mereka bergantung sepenuhnya pada
sumbangan-sumbangan
dari mereka yang ingin membantu..

namun ada beberapa negara
yang boleh menerima mereka sebagai penduduk tetap,
dan itulah yang insyaAllah
sedang diusahakan oleh pihak UNHCR
untuk mencarinya..


*******************************************************************

antara pengajaran penting,
yang boleh saya simpulkan..

semua warga somalia yang terdapat di kem tersebut beragama islam,
tetapi yang pertama-tama menghulurkan bantuan kepada mereka
bukanlah dari golongan mereka sendiri.

saya tidak menyalahkan mana-mana pihak yang membantu,
that's a good effort and i really do respect it.. but we as a muslims,
bukan kah membantu sesama kita
adalah sesuatu yang sangat ditekankan dalam agama?
namun kita tidak mengamalkan apa yang diajar oleh islam..

yes,
kebanyakkan dari kita masih lagi
berpegang pada pendirian
'tak peduli'
pada masyarakat sekeliling..

manusia selalunya tersedar
hanya apabila musibah itu menimpa diri sendiri..

rasanya pemuda dan pemudi sekarang
harus lebih membuka minda
dan meluaskan skop perhatian
agar kita menjadi manusia yang peduli

wallahu'alam


p/s: kita masih kekurangan nilai suka menghulurkan bantuan~

p/s2: siapa2 nak donate daily needs untuk mereka, amat dialu-alukan!

p/s3: actually ada beberapa lg pelarian lain di Malaysia, like from Myanmar etc, be proaktif and check..mungkin ada keperluan mereka yang boleh kita bantu..be a human!

p/s4: info tambahan di pagi hari:



Three major faiths are clearly dominant in different parts of Jammu and Kashmir. However, in terms of total population, Islam clearly dominates the Kashmir valley. You will find the valley brimming with Muslim population. In addition to that Hinduism and Buddhism also constitute a part of the religions in Kashmir. The followers of Buddhism inhabit the Ladakh area of Jammu and Kashmir State.

Islam
The predominant religion of Kashmir valley is Islam. Muslims constitute more than 90% of the total population of Jammu and Kashmir. Even in Jammu, Kargil and some other districts, Islam forms a substantial part of the population. The Muslims are broadly divided into two sects - the Sunnis and the Shias.

Hinduism
Hinduism is the second most dominant faith in Kashmir. The majority of Hindus consist of Kashmiri Pandits and Gujjars. Majority of the Kashmiri Pandits migrated from the Kashmir valley because of the constant terror threat and are now present in a minority. On the other hand, many Gujjars got converted to Islam.

Buddhism
Buddhist population is mainly found in the Ladakh region of Kashmir, where it predominates. In the main Kashmir valley, however, Buddhists are present in a negligible numbers.

4 comments:

syuhadah said...

assalamualaikum..
wow..such an awesome experience..baru taw yg ade pelarian dari somalia dtg kat sini..kalau rakyat dari palestin ade tak??huhuu..

p/s:projek caspel nk g umah ank yatim xjadi kali ni..sedih2x..xpe..plan next time eh..

p/s 2:org somalia ckap bhasa ape eh?

Anonymous said...

cg duk puchong

duha said...

syuhadah-waalaikumussalam..Alhamdulillah :D
tulah, baru tau jugak..td bukak website UNHCR kat malaysia, barulah tau ada beberapa refugees kat malaysia nih..and mostly derang dalam kesusahan~

kalau dr refugees dr palestin takde rasanya..student ada lah..hehe.. pernah jugak ada yg cuba bawak kanak2 palestin ke malaysia..macam nak jadikan anak angkat laa, but orang sana mostly tak bagi..coz derang nak anak2 palestin membesar kt sana..wallahu'alam~

p/s:tu lah..xde kesempatan lah..pasni kna plan lg elok2..tapi esk ada anak2 yatim dtg buka kt masjid umah I, datang la :D heheh..

p/s2:org somalia ckp bahasa somali, but they're good in english too..erm..maybe yg btul2 educated kot..

duha said...

cg syikin-haaa...ap lagi cg..rajin2 laa melawat

p/s: sanye mmg ana teringat cg bila ckp sal puchong..hehe