Dengan nama tuhan yang menciptakan Qalam,
Lama sungguh
tak menulis, mungkin sejak 4 tahun yang lalu, atau lebih..
Kalau kat
sekolah, Bahasa bukan kekuatan saya, apalagi Bahasa Melayu. Karangan jarang
dapat A, kalua dapat pun mungkin cukup-cukup makan Sahaja. Bahagian ilmu sains
dan matematik, Alhamdulillah diberikan kelebihan untuk mudah memahami dan
mempunyai minat yang tinggi..
Tapi, lepas
masuk university, rajin pula menulis blog. Bukan untuk menghasilkan novel atau
buku, tapi lebih kepada sharing..ya saya suka berkongsi, pernah ada cita-cita
nak jadi cikgu, sebab nak bercerita dan menanda kertas exam murid..kadang
membayangkan diri ni, jadi pakar motivasi, memberi nasihat dan kisah dari
pengalaman sendiri..walaupun tak seberapa, tapi memang suka untuk
berkongsi..siapa tahu ada secebis dua yang dapat dijadikan pengajaran Bersama,
dan siap tahu untung-untung dapat mendengar nasihat dan pengalaman dari orang
lain pula..
Permulaan tahun
2024, antara janji yang saya bagi pada kakak naqibah saya adalah saya akan mula
menulis journal..dia pesan, tulis je apa-apa yang kita nak share..itu lah juga
yang saya buat lebih dari 10 tahun yang lepas waktu zaman uni. Waktu tu
macam-macam idea nak share, macam-macam cerita nak Kongsi..
Lepas kahwin
tahun 2012, mungkin focus dah beralih arah, slowly tak menulis lagi kat blog. Walhal
suami kata, dia minat baca blog saya sebelum kawin lagi haha..mungkin kena start semula untuk
semarakkan lagi minat tu :-p
Semoga Allah
beri kekuatan dan ilham untuk menulis semula..sambil-sambil kita mencatat kisah
kehidupan kita sendiri untuk dijadikan bahan muhasabah, kita (selaku Perempuan)
nib oleh juga la nak releasekan apa-apa yang terpendam dan terbuku dalam hati..perempuan
ni memang kena banyak bercerita dan meluahkan, kalua takde siapa pun baca ap
akita tulis, at least dah luah, mudah-mudahan kurang sikit beban dalam diri
saban hari
Tapi ingat,
akhirnya yang penting yang melihat dan mendengar tu Tuhan. Jadi kit ani hanya
mengejar redhaNya. Jom sama-sama menulis journal harian atau mingguan. Sambil menyampaikan,
mengingatkan diri sendiri kita niatkan utk self healing dan ibadah keranaNya
Here goes, a new start..
No comments:
Post a Comment