Friday, October 31, 2008

Alhamdulillah

Terima Kasih Ya Allah...
atas kurniaan yang berharga dariMu

Maha Suci Engkau yang mengetahui kebutuhan hambaMu ini..
walau diri ini penuh noda dan dosa..
Kau tetap mengurniakan nikmat yang tak terhingga..

Kau hantar 'dia' sebagai penjaga..
sebagai pendorong..
dan pembakar semangat..
yang sentiasa menegur andai diri ini tersimpang..
walau kadang hati ini terguris akibat teguran darinya..
namun itulah yang diharapkan dari seorang sahabat..
itulah yang akan membuahkan ukhuwwah sejati
antara 2 hati yang berteman keranaMu..
saling menegur dan menerima demi kebaikan..

MasyaAllah..moga diri ini dapat terus dibaiki..

Terima kasih yaAllah..
walau 'dia' sering mengatakan dirinya lebih banyak kelemahan berbanding diriku..
namun setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan kerana tanpanya..
mungkin aku sudah tersungkur,terus dibuai nafsu duniawi..

'dia' yang sebenanrnya telah banyak mengajarku
kerana kadangkala
orang yang lebih banyak mengetahui itu sukar untuk melihat kesalahan diri sendiri..
bahasa mudahnya..egoistik!

kadangkala terdetik dalam hati..
masih adakah peluang bagiku untuk menebus segala dosa dan kesalahanku yang tinggi melangit..

Astaghfirullah..
ingatkanlah diri ini selalu ya Allah..
sesungguhnya Engkau lebih mengetahui bahawa diri ini hamba yang lemah..
janganlah aku diuji dengan sesuatu yang tak mampu ku tanggung..

Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa-dosanya..
jadikanlah kami di antara hamba-hambaMu yang sentiasa diberkati..
dan diredhai..
kekalkanlah ukhuwwah kami
dan moga hati kami sentiasa disinari cahaya hidayahMu..
serta diiringi taufiq..
yakni kekuatan untuk menjalankan dan menegakkan kebenaran..

Alamdulillah ya Allah atas kurniaanMu yang sungguh bermakna ini..
moga saja diri ini sentiasa dilindungi dari maksiat yang akan menggelapkan dan mengotori hati..

Terima kasih ya Allah atas pemberian seorang SAHABAT pada ku..

esp for my dearest friends..
ukhuwwah fillah!
[bahasa AT---> kita kawan sampai mati :) ]

p/s: exam2..focus! '-_-

Tuesday, October 21, 2008

Maaf untuk Berpisah

this is a nice Nasyeed dedicated to my friends yang masih belum diberi 'keyakinan'..
moga sama-sama dikurniakan hidup yang diberkati dan diredhai :)

Kau tahu tentang hatiku
yang tak pernah bisa melupakanmu
Kau tahu tentang diriku
yang selalu mengenangmu selamanya
Kini kusadari
Bahwa semua itu
Adalah salah dan juga keliru
Akan membuat hati
menjadi ternodai...

Maafkanlah segala khilaf
yang tlah kita lewati
yang membawamu kedalam jalan
yang melupakan tuhan
Kita memang harus berpisah
Tuk menjaga diri
Untuk kembali harungi hidup
Dalam ridho ilahi

Kutahu bahwa dirimu
Mendambakan kasih suci yang sejati
Kuyakin bahwa dirimu
Merindukan kasih sayang yang hakiki
Kini kusadari
Bahwa semua itu
Adalah salah dan juga keliru
Akan membuat hati
menjadi ternodai

maafkanlah segala khilaf
yang tlah kita lewati
tlah membawamu kedalam jalan
yang melupakan tuhan
kita memang harus berpisah
tuk menjaga diri
untuk kembali harungi hidup
dalam ridho Ilahi

Dan bila takdirnya kita bersama
Pastilah Allah akan menyatukan kita


Tashiru : maaf tuk berpisah

islam is my way of life~

Wednesday, October 15, 2008

ujian


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji? Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan ornag-orang yang berdusta"

[Al-Ankabut:2-3]


sebagai umat islam yang meyakini qada' dan qadar..kita kena percaya bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. mungkin bukan sekarang tapi pada masa akan datang.



bentuk-bentuk ujian yang kita hadapi berbeza-beza..sesetengah daripada kita mugkin diuji dengan cinta, masalah keluarga,pelajaran, kewangan, kematian dan sebagainya. firman Allah dalam Al-Quranul kareem



"dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah berita gembira pada orang-orang yang sabar"

[Al-Baqarah:155]



ayat ni menunjukkan bahawa bila kita ditimpa apa-apa musibah kita patut bersabar dan mengucapkan 'innalillahi wa inna ilaihi raji'un' seperti dalam ayat yang seterusnya iaitu ayat 156.



tapi kadangkala kita tak sedar yang ujian tu datang dalam bentuk pemberian sesuatu kelebihan atau seperti 'nikmat' pada kita..contohnya dikurniakan duit lebih..so ape yang kita akan lakukan dengan duit tu? belanja makwe/pakwe tengok wayang kat jatos? beli topup? atau sedekah pada masjid/surau..kadangkala nikmat tu boleh membawa kepada kesesatan seperti apa yang berlaku pada Qarun dan firaun yang dikurniakan Allah harta dan kuasa yang melimpah ruah, tapi pemberian tu tak menjadikan mereka orang yang bersyukur, malah menambah kekufuran...


ujian datang tanpa kita sedari..ia takkan datang dengan label 'ini adalah ujian dari Allah'..kalau laa setiap ujian tu di label macam tu, confirm ramai yang akan berjage-jage untuk menghandle bende tu..and ramai laa yang akan pas..sbb kita sedar kita sedang diuji..


bayangkan kita tengah jalan-jalan di fakulti, tiba-tiba nampak sepasang couple tengah dok sembang berdua-duaan kat pondok..mungkin bagi sesetengah orang, 'itu' adalah perkara biasa yang saban hari dilihat..(kalau takde rase benci pada perbuatan tu dalam hati, baik check balik iman kite..sbb itulah selemah-lemah iman-Al-Hadith)..agak2 kita akan pergi tegur tak couple tu? mungkin dalam hati kita fikir 'takpela..pandai2 laa derang pk sndiri' (tapi manusia tu kan perlu sering diingatkan)..maka, kita pun berlalulah dari 'tempat kejadian' dengan senang hati..


sekarang cuba bayangkan keadaan yang sama, cuma kali ni ade banner besar atas couple tu tulis 'ini ujian dari Allah'..so kite mesti cepat-cepat nak pegi tegur mereka untuk buktikan keimanan kita sbb kita sedar yang iman kita tengah diuji..


sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana dalam mengatur segala perancangan. bila kita diuji maka sedarlah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik dari perancangan kita..dan cara Allah ingin meningkatkan iman hambaNya adalah dengan memberi ujian untuk mengetahui tahap keimanannya. tepuk dada tanya iman :)

moga kita tergolong dalam golongan mereka berjaya melepasi setiap ujian dan cabaran dunia dan akhirat..amin~


wallahu'alam


Wednesday, October 8, 2008

Kebersamaan


baru semalam dalam lecture dibincangkan pasal kerjasama dan saling memerlukan..



bunyi pelik laa sikit sbb ape kaitan basic science dengan mnde nih?









molecule of life......




Dr Tri kate, semua bnda dalam dunie ni saling memerlukan..


and tuhan dah tunjuk contoh melalui apa yang ada


dalam diri kite sndiri..



molecule2 dalam badan kita pon bekerjasama


untuk menghasilkan sesuatu..



baru habes lecture protein synthesis yang menunjukkan contoh kerjasama



yang baik..



nak hasilkan protein dalam badan mRNA ade, tRNA ade, rRNA ade, enzyme2 pun banyak..





"bukankah keberkatan tu akan datang dalam jemaah?"




kire kite ni patut contohi molecules dalam badan kite dalam bab kerjasama..


erm..atas dasar jemaah jugak laa Asy-Syahid imam Hassan Al-Banna


tubuhkan ikhwanul muslimin..

sbb manusia tak boleh bekerja berseorangan..



tanpa jemaah..


kerana yang berseorangan tu akan mudah digoda,diserang musuh dan hanyut..


kalau buat kerja berjemaah pun insyaAllah pahale akn bergande..










especially solat jemaah subuh and asar..banyak pahale :)








kerjasma dan jemaah tu sangat penting..



dan due2 hanya akan wujud sebagai pasangan,


sebab tanpa kerjasama, jemaah tak boleh



terbentuk dan tanpa jemaah pada siapa kite nak bagi kerjasama?



so after this nak buat sesuatu pastikan kite bekerjasama..


terutamenye dalam membuat kebaikan..




"dan saling membantulah dalam kebaikan dan ketaqwaan,


dan janganlah saling membantu dalam kejahatan dan permusuhan"






p/s: cari study group! berkat2..

Friday, October 3, 2008

apa ade pada Al-Quran?


"tau tak bace satu je huruf dari Al-Quran dapat 10 pahale?"

rasenye boleh kate semua orang tau..tapi still Al-quran jarang kita bace..



Dulu ust penah cerite, waktu die belajar subjek perbandingan agame..ade sorang cikgu die (non-muslim) penah cakap 'orang islam ni bod*h, ade Al-Quran yang cukup bagus sebagai panduan, tapi tak nak ikut'..

Sebagai seorang muslim dan mukmin kite patut rase sangat terpukul dengan statement tu..bukan kita patut marah dengan si non-muslim..tapi patut muhasabah balik umat islam sekarang sebab ape yg die cakap tu sebenarnye satu kenyataan..Dan tu jugak merupakan satu sebab kenapa umat islam jatuh sekarang..

Tadi dalam khutbah solat jumaat yang didengari menerusi radio IKIM, khatib ade cerita tentang kemenangan tentera islam melawan tentera kafir walaupun nisbah tentera islam:tentera kafir adalah 1:10..dan bila ditanya bagaimana tentera islam yang sedikit boleh mengalahkan tentera kafir yang begitu ramai..tentera kafir sendiri yang menjawab "kerana mereka hanya patuh dan taat pada Allah serta kuat berpegang pada ajaran islam, sedangkan kami tidak.."



Dalam Al-quran kite boleh jumpe banyak sangat ayat utk memujuk jiwe..contohnya,

"yaitu orang2 yang apabila ditimpa musibah mereka berkata innalillah wainna ilaihi rajiun. mereka itulah yang memperolehi ampunan dan rahmat dari tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk"
(Al-Baqarah:156-157)

"dan apabila hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentangKu, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa padaKu...."
(Al-baqarah:186)

"dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan pula bersedih hatisebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman"
(Al-Imran:139)




ade jugak ayat-ayat sebagai pedoman dan peringatan

"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. mereka itu bersih dari apa yang dituduh orang. mereka memperolehi ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)"
(An-nur:26)

"sungguh telah ada pada diri Rasulullah contoh yang terbaik bagimu, yaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah"
(Al-Ahzab: 21)

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman' dan mereka tidak diuji?"
(Al-Ankabut:2)




begitu juga dengan doa-doa yang patut diamalkan

"ya tuhan kami, janganlah engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisimu, sesungguhnya engkau Maha Pemberi"
(Al-Imran:8)

"dan orang2 yang berkata ya tuhan kami,anugerahkanlah kepada kamipasangan dan keturunan sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa"
(Al-Furqan:74)

"dia (musa) berkata 'Ya tuhanku,lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusankudan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku'
(Tahaa:25-28)





Selain ayat-ayat kat atas ni ade banyak lagi ayat lain termasuk ayat tentang undang-undang,larangan,suruhan etc..

tokoh-tokoh zaman dulu,para cendekiawan islam semuanya berpegang teguh pada Al-quran sebab dengan berpegang pada Al-Quran laa kite boleh jd seorang yang hebat! insyaAllah..

dalam sebuah hadith, diriwayatkan baha
wa 'pada hari kiamat nanti, tidak ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran' ini menunjukkan betape pentingnye peranan Al-Quran dalam kehidupan seorang
muslim..






--> Al-Quran penyejuk jiwa dan penenang hati