sebagai umat islam yang meyakini qada' dan qadar..kita kena percaya bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. mungkin bukan sekarang tapi pada masa akan datang.
bentuk-bentuk ujian yang kita hadapi berbeza-beza..sesetengah daripada kita mugkin diuji dengan cinta, masalah keluarga,pelajaran, kewangan, kematian dan sebagainya. firman Allah dalam Al-Quranul kareem
"dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah berita gembira pada orang-orang yang sabar"
[Al-Baqarah:155]
ayat ni menunjukkan bahawa bila kita ditimpa apa-apa musibah kita patut bersabar dan mengucapkan 'innalillahi wa inna ilaihi raji'un' seperti dalam ayat yang seterusnya iaitu ayat 156.
tapi kadangkala kita tak sedar yang ujian tu datang dalam bentuk pemberian sesuatu kelebihan atau seperti 'nikmat' pada kita..contohnya dikurniakan duit lebih..so ape yang kita akan lakukan dengan duit tu? belanja makwe/pakwe tengok wayang kat jatos? beli topup? atau sedekah pada masjid/surau..kadangkala nikmat tu boleh membawa kepada kesesatan seperti apa yang berlaku pada Qarun dan firaun yang dikurniakan Allah harta dan kuasa yang melimpah ruah, tapi pemberian tu tak menjadikan mereka orang yang bersyukur, malah menambah kekufuran...
ujian datang tanpa kita sedari..ia takkan datang dengan label 'ini adalah ujian dari Allah'..kalau laa setiap ujian tu di label macam tu, confirm ramai yang akan berjage-jage untuk menghandle bende tu..and ramai laa yang akan pas..sbb kita sedar kita sedang diuji..
bayangkan kita tengah jalan-jalan di fakulti, tiba-tiba nampak sepasang couple tengah dok sembang berdua-duaan kat pondok..mungkin bagi sesetengah orang, 'itu' adalah perkara biasa yang saban hari dilihat..(kalau takde rase benci pada perbuatan tu dalam hati, baik check balik iman kite..sbb itulah selemah-lemah iman-Al-Hadith)..agak2 kita akan pergi tegur tak couple tu? mungkin dalam hati kita fikir 'takpela..pandai2 laa derang pk sndiri' (tapi manusia tu kan perlu sering diingatkan)..maka, kita pun berlalulah dari 'tempat kejadian' dengan senang hati..
sekarang cuba bayangkan keadaan yang sama, cuma kali ni ade banner besar atas couple tu tulis 'ini ujian dari Allah'..so kite mesti cepat-cepat nak pegi tegur mereka untuk buktikan keimanan kita sbb kita sedar yang iman kita tengah diuji..
sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana dalam mengatur segala perancangan. bila kita diuji maka sedarlah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik dari perancangan kita..dan cara Allah ingin meningkatkan iman hambaNya adalah dengan memberi ujian untuk mengetahui tahap keimanannya. tepuk dada tanya iman :)
moga kita tergolong dalam golongan mereka berjaya melepasi setiap ujian dan cabaran dunia dan akhirat..amin~
wallahu'alam
2 comments:
" Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman",dan mereka tidak diuji? Dan sungguh,kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta" [al-ankabut 29:2-3]
Jika dahulu,wanita keluar malam adalah janggal bagi masyarakat,sekarang tidak
Jika dahulu,memegang tangan wanita itu adalah janggal bagi masyarakat,sekarang tidak
Jika dahulu,membawa wanita keluar adalah janggal bagi masyarakat,sekarang tidak
Sedar tidak sedar FITNAH ini semakin larut dan sebati bukan sahaja dalam diri masyarakat bahkan juga dalam diri para duat...melihat ITU dan INI sepintas lalu tanpa berbekas dihati...Iman dimana? Takwa dimana? Islam dimana?
Jauh hanyut tidak bertaut,tanpa arah dan tujuan...
"belanja makwe/pakwe tengok wayang kat jatos?"
duha,kenapa jatos? hehe...ditujukan khas kepada rakan-rakan di jatinangor ye? =)
ingatkanlah rakan-rakan mana yang terlupa. kerana dengan mengingatkan kita akan sering teringat.
ingat juga, kita tidaklah sempurna. jadi fikirkanlah dakwah terbaik untuk menegur rakan-rakan. kerana siapa pun kita,kita akan diuji. semoga kita dan semua rakan-rakan kita akan berjaya dalam 'ujian-ujian' tersebut. amiiiiiin....=)
Post a Comment