Thursday, January 28, 2010

let the pictures do the talking













































cruelty of israel
(klik gambar untuk besarkan)




p/s: at first ingatkan orang main firecrackers bila tgk 1st pix tu..but then..

p/s2: here's another pix

damaged building in Gaza with traces of depleted uranium that
have long term side effects

source: palestinkini.info

p/s (yang tak berkaitan dengan post) : siapa kata alzheimer aka nyanyuk takde ubat? hurm~ habbatus sauda' dah dibuktikan dapat merawat pesakit alzheimer :) anyway, Allah lah sebaik-baik yang mengubati..

Wednesday, January 27, 2010

sekadar berkongsi

"kita jangan balik langsung eh tahun ni"

itu janji saya dan seorang daripada rakan saya
menjelang masuk tahun kedua pengajian kami..

banyak alasan saya yang tersendiri
mengapa tidak mahu pulang..

namun,
manusia merancang,
Allah taala juga mempunyai perancanganNya yang tersendiri..

rupa-rupanya tarikh expired passport saya
adalah pada bulan 6..
jadi tidak akan sempat menunggu cuti bulan 7 atau 8

dan setelah berbincang dengan parents
tentang pros and cons untuk
merenewkan passport sama ada di jakarta atau KL,
mereka menyuruh saya pulang..

erm..
mungkin ini satu peluang juga untuk melepaskan rindu pada keluarga,
dan menenangkan diri sebentar..
so why not?

namun pulang ke Malaysia atau passport hampir expired
bukanlah cerita yang ingin saya ketengahkan..

beberapa bulan yang lepas,
ketika kali terakhir saya pulang ke Malaysia
saya banyak berbincang dengan seseorang
yang amat dekat dengan saya
tentang topik yang berkisar dengan perjuangan islam
dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya..

rupanya banyak pengalaman si dia yang saya tak tahu..
mungkin dia bukan orang yang paling arif
tentang hal fiqh haraki dalam islam..
tapi saya suka pendapat dan idea-ideanya..

neutral, open dan tidak judgmental

mungkin ada pengajaran yang dapat diambil dari pengalaman ini..

dia bukanlah seorang lepasan sekolah agama,
dan tidaklah berlatar belakangkan keluarga yang taat beragama..

kalau nak diceritakan pengalamannya
pada umur berapa baru dia mengenali apa itu SOLAT,
ragam adik-beradiknya,
siapa dan bagaimana rakan-rakannya di sekolah dahulu
gelap, perit dan panjang..

namun,
Allah memberi hidayah pada siapa yang Dia kehendaki..

di United States,
dia diperkenalkan dengan islam yang sebenar-benarnya..

setelah berlaku penekanan kerajaan Mesir terhadap
ikhwanul muslimin di tanah anbiya' tersebut..
penggerak dan pengikut-pengikut gerakan
yang diasaskan oleh Hassan Al-Banna ini
bertebaran di bumi barat

termasuklah US..

maka, di situlah dia berkenalan dengan usrah
di situlah dia berkenalan dengan jemaah
dan di situlah dia jatuh cinta pada islam
dan di situ jugalah dia menemui jodohnya..

tapi jalan untuk mencari islam sememangnya tidak mudah
banyak liku-liku yang harus ditempuhi..

islam agama yang hebat,
maka tentulah umatnya harus yang hebat-hebat juga..
nak jadi hebat..
haruslah sentiasa dijui sebagai bukti penyerahan diri kita
pada yang Esa

demi menjayakan pergerakan islam di US,
banyak yang harus dikorbankan..
bekerja sambil belajar bukan lagi perkara yang asing..
dia pernah bekerja di ladang strawberry,
blueberry
dan keluarga berry yang lainnya
untuk mencari duit
bagi membeli kenderaan yang akan memudahkan pergerakan mereka di sana..

dia pernah bekerja mencucui pinggan di restoran,
menjadi pembantu tutor di universiti,
menjadi tok kadi dan imam sementara
dan pelbagai lagi..

maka haruslah kita berfikir
adakah saya sudah bekorban sejauh itu
untuk pergerakan islam di bumi yang saya pijak sekarang ini?

bagi saya sendiri,
jauh sekali..
jangan hanya dengan pengorbanan yang sedikit
kita rasa sudah cukup memuaskan
dan sudah boleh dibanggakan

adakah kita pasti itu sudah cukup memadai
untuk dijadikan bekal di depanNya nanti?

jikalau tidur masih cukup 6 jam,
makan masih lengkap 3 kali sehari
dengan nasi berlauk ditambah sayur, tahu dan tempe
malah berlebih-lebih lagi,
masih sempat menonton drama, movie, anime dan sebagainya
tanyalah pada diri kita,
sejauh mana kesungguhan kita untuk gerakan islam..

pengalamannya banyak memberi saya semangat
dan kekuatan untuk terus bergerak..

pernah sekali,
dia pergi ke india atas beberapa tugasan..
seperti sebahagian daripada kita yang sudah tahu,
pergaduhan antara hindu-muslim di india
merupakan sesuatu yang sering terjadi
pada waktu itu..

ketika dia berada di sana,
berlaku rusuhan dan serangan sesama hindu-muslim
yang gagal dikawal oleh pihak berkuasa

pada waktu itu,
dia dalam perjalanan ke airport untuk pulang ke Malaysia,
namun teksi yang dinaiki tidak dapat meneruskan perjalanan
akibat road block yang terlalu banyak
dan tidak memungkinkan untuk dia dihantar ke destinasi tujuannya..

driver teksi itu hanya mampu memberi arahan,
di mana terletaknya stesen kereta api
yang mungkin dapat membantunya untuk sampai ke airport..

bismillahi tawakkaltu 'Alallah
dia berjalan mencari stesen yang dimaksudkan..

namun,
tiba-tiba dia ditahan dari belakang
oleh 2 orang polis india..

"are you muslim?"

dia terkedu..

andai dia menjawab "ya, saya muslim"
ada kemungkinan yang dia akan dibunuh..

kenapa tidak ditanya
"are you malaysian?"
atau
"are you asian?"
atau
"are you an indian?"

menunjukkan soalan yang ditanya
berkait dengan rusuhan dan kekecohan yang sedang berlaku

namun,
hati tidak membenarkan dirinya
untuk menafikan keislaman
dan kesaksian yang kuat meresap dalam diri..

"jikalau mati, matikanlah aku sebagai seorang yang bersaksi
bahawa aku adalah orang yang berserah diri padaMU"

"yes, i'm a muslim"
dia menjawab dengan yakin

dua anggota polis tadi berpandangan sesama mereka

"sir, don't worry..we're muslims too"

dia menghela nafas lega yang panjang..
innalaha ma'ana..
Allah menghantar pembantu di bumi yang asing tersebut

lalu polis tadi membantu dia
untuk ke airport dan memastikan dia selamat menaiki pesawat
Alhamdulillah..

kisah ini membuat saya berfikir..
andai saya berada dalam situasi sebegitu,
adakah saya akan seyakin itu untuk mengakui keislaman saya?

bukankah kita sering katakan
hidup dan mati di tangan Allah..

benarkah kita yakin dan berpegang pada kata-kata itu?

teori mudah dibicarakan..
namun aplikasinya tidak semudah itu..

saya sendiri tidak pasti sama ada saya dapat menyeimbangkan
rasional dan emosional saya ketika itu..

adakah syahadah yang saya ucapakan berulang kali setiap hari
sudah betul-betul meresap dan menguasai diri?

hisablah diri anda sebelum anda dihisab..

baru-baru ini,
dia menyertai satu rombongan ke kawasan pedalaman
dan rumah-rumah anak yatim di Sabah
dimana rombongan ini dikepalai oleh JIM..

namun,
setibanya di sana..
program tidak lagi dikelolai oleh JIM,
namun diserahkan pada ABIM
yang sudah sekian lama bertapak dan menjalankan
pelbagai aktiviti kebajikan di sana..

mereka yang berada dalam rombongan tersebut
serta merta menjadi penggerak kerja ABIM
walaupun kutipan derma yang mereka bawa semuanya
dilakukan di bawah JIM..

nasihatnya yang dapat saya ambil darinya,
"jemaah itu tidak patut dibeza-bezakan,
kerana matlamat kita semuanya sama..walaupun method dan cara
sedikit berlainan..tapi kita semua satu..ISLAM"

"yang penting, bila islam perlukan kita..kita mampu menjadi muslim
yang boleh memberi komitmen dan sentiasa akan memberi komitmen
walaupun di bawah jemaah apa sekalipun kita berada.."

"saya cukup tak setuju,
jika di sesuatu tempat datang suatu gerakan baru
yang tidak menghormati gerakan yang sudah lama ada di situ..
seharusnya jika ingin melakukan apa-apa aktiviti di situ
haruslah ada consent dari 'orang lama' di tempat tersebut..
dan lebih baik jika kita gabung tenaga demi tertegaknya islam"

saya mengangguk faham..
walaupun jauh di sudut hati saya, terdetik..
aplikasi tidaklah semudah teori..
menjalankan tidak semudah menuturkan..

wallahu'alam~


p/s: tegakkan islam dalam diri kita, dan terus ikhlaskan niat..

p/s2:tolak yang memudaratkan dan yang mampu mendatangkan fitnah..

p/s3: ya Allah, aku hanya hamba yang lemah..bantulah aku membuat keputusan dan teguhkan hatiku di jalan yang benar..

p/s4: manusia suka bersangka tapi malas bertanya..lalu apakan daya? jangan dilayankan sangkaan manusia kerana kita takkan mampu memuaskan semua orang..

p/s5: kerunsingan makin surut buat masa ini, tapi ada terhidu yang ia bakal datang bertandang semula..rabbi yassir wala tu'assir

p/s6: exam agama petang ni! esok remed OSCE? bismillah~

p/s7: buat mereka yang pulang ke Malaysia, selamat pulang dan moga selamat sampai dan bermesra dengan kaum keluarga..buat yang tidak pulang, manfaatkan cuti sebaiknya..

p/s8: semoga cerita membawa manfaat, perkongsian menjadi nasihat..buat diri sendiri terutamanya dan bagi sesiapa yang inginkan nasihat..

p/s9: SEPI=KOPI

Wednesday, January 20, 2010

who is rich and who is poor?

One day,
the father of a very wealthy family
took his son on a trip to the country
with the express purpose of showing him how poor people live.

They spent a couple of days and nights
on the farm of what would be considered a very poor family.

On their return from their trip,
the father asked his son,
"How was the trip?"

"It was great, Dad."

"Did you see how poor people live?"
the father asked.

"Oh yeah,"
said the son.

"So, tell me, what did you learn from the trip?"
asked the father.


The son answered:

"I saw that we have one dog and they had four.

We have a pool that reaches to the middle of our garden and they have a creek that has no end.

We have imported lanterns in our garden and they have the stars at night.

Our patio reaches to the front yard and they have the whole horizon.

We have a small piece of land to live on and they have fields that go beyond our sight.

We have servants who serve us, but they serve others.

We buy our food, but they grow theirs.

We have walls around our property to protect us, they have friends to protect them."

The boy's father was speechless.

Then his son added,
"Thanks Dad for showing me how poor we are."

Isn't perspective a wonderful thing?
Makes you wonder what would happen
if we all gave thanks for everything we have,
instead of worrying about what we don't have.




Appreciate every single thing you have!



p/s: thanks Allah for everything..especially for yesterday :)

p/s2:exam is ending soon~ cant wait..hehe

p/s3: welcome PERMAI 2010


Tuesday, January 12, 2010

Mesir dan Palestin

Assalamualaikum~

esok exam neuro behaviour and special senses (NBSS)..
(tolong doakan :D )
tapi just nak post sedikit perkembangan dunia islam..

bagi yang masih belum tahu,
kini,
bukan hanya di palestin pihak israel sedang membina tembok,
tetapi di sempadan mesir juga,
sebuah tembok sedang didirikan..

jika ditanya sebab atau tujuan ia dibina,
dikatakan bahawa
fungsi tembok tersebut adalah mempertahankan kedaulatan
negara dan untuk menghalang penyeludupan dadah
menerusi terowong di bawah sempadan
yang digali secara haram
dan digunakan untuk menyeludup bekalan dan senjata.

namun hakikatnya terowong itu sebenarnya kini digunakan
bagi pihak-pihak yang ingin membantu rakyat Palestin
dengan menyalurkan bahan makanan,ubatan
dan juga bekalan senjata bagi pihak Hamas..

dengan terbinanya tembok tersebut,
maka terputuslah bekalan
dan bertambah sulit untuk menghulurkan bantuan
pada saudara kita di Gaza..

begitu juga ia akan membantutkan
jihad umat islam di sana,
kerana terputusnya bekalan senjata..

barisan panel ulama' Jordan
telah mengeluarkan fatwa bahawa
tembok yang dibina itu adalah satu JENAYAH
dan menyeru umat islam menghalangnya..

"“Tembok perkauman yang sedang dibina Mesir
dengan kerjasama Amerika Syarikat (AS) dan Israel
adalah sama seperti jenayah dalam penilaian Islam,”
-Barisan Tindakan Islam (IAF)-
(parti politik terbesar Jordan)

Seorang ahli Parlimen British
dan ketua konvoi ‘Pembuluh Kehidupan 3,
George Galloway menegaskan bahawa
konvoinya yang menempuh perjalanan selama 31 hari
disambut dengan penuh kegembiraan oleh penduduk Gaza

“…kerana melihat kami sanggup mengorbankan darah semata-mata kerana mereka.”

Dalam rancangan ‘Tanpa Sempadan’
yang disiarkan oleh saluran TV kabel al-Jazeerah
pada petang Rabu (6/1/2010),
beliau hairan dengan tindakan yang diambil pihak Mesir
sehingga menyebabkan beberapa anggota konvoinya
terpaksa mendapatkan rawatan di hospital
kerana ada di antara mereka mengalami patah tulang dan cedera parah.

Mereka mengalaminya
hanya kerana matlamat mereka
untuk menghantar ubat-ubatan
dan makanan kepada rakyat Gaza yang terkepung.

wahai umat islam..
dimanakah kalian?



p/s: seorang saintis nuklear dan profesor dan pemimpin revolusi Universiti Teheran, Iran Massaoud Ali-Mohammadi telah mati akibat dibom..erm..konspirasi? wallahu'alam~

p/s2:passport nam expired dah! baru perasan semalam~ '-___-

Wednesday, January 6, 2010

dah beberapa hari penghuni CasPel (Casa Pelangi)
mula membuka topik hadis 40..
semalam usai hadis ke-9 dibincangkan..

Alhamdulillah banyak topik menarik yang telah dikupas
sepanjang perbincangan hadis 1-9

semalam ada menyentuh tentang free mason..

erm..
bagaimana hadis ke-9 tentang perintah dan larangan rasulullah
boleh terbawa sampai kepada free mason?

entahlah,
saya juga kurang pasti..
mungkin kerana ayat terakhir dalam hadis
yang bermaksud

'musnahnya kaum-kaum terdahulu,
kerana terlalu banyak bertanya dan perselisihan dengan nabi-nabi mereka'

maka timbullah cerita dari surah Al-baqarah
tentang perintah untuk menyembelih seekor sapi betina
yang disampaikan oleh nabi musa kepada kaumnya
dan mereka mempersoalkan perintah tersebut
hingga akhirnya hampir mustahil perintah itu menjadi kenyataan..
(2:67-71)

tidak salah untuk bertanya jika ingin belajar
dan menambah ilmu,
tapi bukan untuk mempersoal atau memperlekehkan
sesuatu perintah..

berbalik pada free mason..
yang berasaskan protocol of zion
kadangkala,
rasa sukar nak percaya apa yang dibaca dan diberitahu tentang gerakan mereka ini..
betul-betul wujud ke gerakan yang sangat dahsyat seperti free mason ni?

makin dibaca,
makin dicari,
makin dikaji..
semakin percaya..

tapi,
takut juga jika ada sebarang konspirasi
disebalik semua ini..
wallahu'alam..

cumanya,
kalau dikaji-kaji..
sememangnya kita haruslah lebih berhati-hati
dan sentiasa berwaspada akan fitnah di masa sekarang ni..

kalau zaman rasulullah dulu,
dunia diibaratkan seperti wanita tua
yang sudah uzur..
lalu apakah perumpamaan bagi usia dunia
pada zaman kita ini?

mungkin ada yang mengatakan fitnah dajjal sudah semakin hampir..
atau ada juga yang mengatakan fitnah dajjal ittu
SUDAH lama berkuasa disekeliling kita..
cuma kita yang masih leka dibawa arus hingga leka
pada peranan dan tanggungjawab kita sebagai umat islam..

ada terbaca satu artikel
wallahua'alam boleh percaya 100% atau tak,
boleh nilai sendiri..
cumanya..
tertarik dengan satu ayat yang dikatakan oleh seorang paderi (bishop)

"PERANGAI ORG2 ISLAM SUNGGUH KELAKAR….
APAKAH HATI MEREKA SEMUA SUDAH BUTA…
ADAKAH KAMI PERLU CEDERAKAN SEBELAH MATA KAMI SENDIRI SUPAYA MEREKA BERKATA
“ RUPA-RUPANYA INILAH ORG YG DITUNGGU-TUNGGU”…..
PADAHAL KAMI SUDAH SINGGAH DI KUIL SULAIMAN…
SEKEJAP LAGI KAMI AKAN KE TENGAH-TENGAH BUMI…
"

ayat diatas menceritakan tentang dajjal sebagai orang yang ditunggu-tunggu..

mungkin boleh tonton dokumentari the arrival juga
untuk dapat gambaran..

hurm~

dunia makin dekat dengan penghabisan nyawanya
tapi umat semakin rosak
dan makin lupa pada hari yang dijanjikan
oleh tuhannya..

sedarlah umat..
bangkitlah~

islam itu mudah,
dan hanya dengan islam akan terselamatlah penduduk dunia..
lalu apakah lagi yang kita harapkan?



p/s: semua mesti sedang bz belajar..exam makin hampir..PERMAI pun makin hampir :)

p/s2: case review tak siap2 lagi '-___- cepat2!!

p/s3: sebenarnya banyak perkara yang ingin dikongsi..tapi tak tau nak tulis mcm mana..banyak kali try utk tulis..tapi tak boleh..kenape eh? hurm~

p/s4: rindu pisang dan orang2 di malaysia..hehe

p/s5: siapa yang selalu naik air asia? b4 kita berangkat, akan ada beberapa peramugari yang akan mendemonstrasikan cara-cara menyelamatkan diri jika berlaku sebarang kecemasan..kalau perasan, ada satu ayat yang boleh diambil untuk dijadikan iktibar..(ingatkan air asia takde benefit ke? ade tau..bagi mereka yang berfikir dan ingin mengambil pengajaran :p ) ayat tersebut diucapkan ketika sedang menerangkan tentang pemakaian topeng oksigen

"pastikan anda memakai topeng oksigen terlebih dahulu sebelum memakaikan pada orang di bawah jagaan anda"

boleh aplikasi dalam gerak kerja dakwah kita..nak menasihati orang, haruslah perbaiki diri kita dahulu..logiknya, kalau kita sendiri mati tak mendapatkan topeng oksigen tu, macam mana nak selamatkan orang lain kan? hurm~ tapi tak beerti kita tunggu diri menjadi sempurna dan tinggi ilmu untuk menegur orang lain..ia harus berjalan seiringan..sama-sama perbaiki dan membaiki..