Friday, February 26, 2010

Futur

bismillah,

lama dah tak menaip artikel di blog ni..
artikel ni pun dah lama tersimpan dalam draft..
sejak bulan 2..
rasa bersalah setiap kali fikir..
"bila laa nak post artikel nih"

Alhamdulillah,
hari ni ada kesempatan untuk berbuat demikian..

erm..sebenarnya dah lama nak berkongsi
tentang penyakit-penyakit seorang muslim..
atau lebih spesifik seseorang yang membawa islam..

boleh refer pada buku 'Afatun 'Ala Ath-thariq'
yang ditulis oleh Dr Sayyid Muhammad Nuh..
kat mana boleh dapat?
rasanya ada je kat kedai-kedai buku..
sebab buku ni dihadiahkan oleh kak Aiman bulan 11 lepas,
so tak tahulah exactly dari mana dibeli
(thanks kak Aiman!)

ada 7 penyakit yang dibincangkan dalam buku ni,

1. FUTUR
2. ISRAF
3. ISTI'JAL
4. 'UZLAH
5. 'IJAB (binnafsi)
6. GHURUR
7.TAKABBUR

makanya,
nak bincangkan penyakit pertama dulu..
iaitu FUTUR

*********************************************************************************

futur bermaksud
1. Berhenti atau diam setelah bergerak.
2. Malas, menunda-nunda atau memperlambatkan pergerakan setelah bersemangat

atau secara istilah,
ia bermaksud penyakit ruh yang menimpa pengerak dakwah
seperti malas,
menunda-nunda
dan memperlambatkan aktiviti pergerakan
dan akhirnya berhenti dari kancah dakwah..

BAGAIMANA BOLEH TIMBULNYA FUTUR?

Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang diserang penyakit ini..

1. Sikap berlebihan dalam memahami dan mengaplikasikan islam.

kadang-kadang, kita terlalu bersemangat di awal perjalanan,
hingga akhirnya kita akan berasa penat dan letih dipertengahan jalan..
dan mungkin kita tak mampu untuk meneruskan perjalanan kita
hingga ke garisan penamat..

kita harus ingat,
perjalanan sebagai seorang dai'e
adalah sangat jauh dan panjang..
jadi, untuk menempuh perjalanan yang jauh ni,
harus ada perancangan teliti.
tak boleh main terjah je~

kalau kita masuk pertandingan lumba lari sekalipun,
(yang jarak jauh la, bukan yang lari pecut tu)
kita tidak boleh terus pecut dari awal hingga garisan penamat..
kalau tak maybe boleh cramp di tengah jalan
atau dah tak larat untuk meneruskan perlumbaan tu..kan?

dalam satu hadis,
Rasulullah SAW bersabda

"jauhilah olehmu sikap berlebihan dalam beragama kerana sesungguhnya yang mencelakakan umat terdahulu adalah sikap berlebihan dalam agama:
(HR Ahmad)

"Sesungguhnya agama islam itu mudah dan tidaklah orang yang berlebihan dalam beragama melainkan ia akan dikalahkan olehnya"
(HR Bukhari)

2. Berlebihan dalam melakukan hal-hal yang mubah (harus)

berkaitan dengan hal yang mubah,
buku ini membincangkan dengan lebih spesifik tentang "makan" ..

berlebihan dalam makan
akan menyebabkan kegemukan,
meningkat syahwat
merasa berat, malas dan lambat dalam melakukan aktiviti.

Allah berfirman dalam surah A'-A'raf, ayat ke 31,

"Wahai Bani Adam, pakailah pakaianmu yang indah setiap kali masuk masjid (untuk beribadah) dan makan minumlah tetapi jangan berlebihan kerana Allah tidak menyukai orang yang berlebihan".

Saidina Umar pernah berkata,

"jauhilah olehmu rasa kenyang oleh makan dan minum, kerana ia dapat membahayakan tubuh, menimbulkan penyakit, menjadi malas untuk solat dan bersikap sederhanalah dalam makan dan minum......."

Abu Sulaiman Ad-Darani mengatakan,
ada 5 bahaya daripada kenyang:
a) hilang manis bermunajat kepada Allah
b) susah menghafal ilmu
c) kurang perhatian terhadap sesama muslim
d) berat dalam beribadah
e) bergejolak syahwatnya

3. Menjauhi Jemah dan lebih suka menyendiri

ini juga dapat menyebabkan berlakunya penyakit futur.
kita harus sentiasa ingat,
jalan yang kita tempuhi sangat panjang,
oleh itu kita memerlukan sokongan dan bantuan rakan dan orang disekeliling kita..
makan,
hidup berjemaah akan menguatkan semangat kita
dan menyebabkan kita berwawasan dan bercita-cita tinggi.

Allah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 103:

"dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah dan janganlah berpecah belah"

4. Lalai mengingat kematian dan hari akhirat.

orang yang sentiasa mengingati hari pertemuannya dengan Allah taala,
pasti tidak akan pernah penat berkerja dan bergerak di bumi yang fana' ini..

kerana dia tidak akan pernah kecewa akan kehilangan nikmat dunia
dan terus bekerja mengejar nikmat akhirat yang lebih dicitakan..

5. Lalai dalam meneliti aktiviti harian.

sebagai seorang dai'e kita harus sentiasa
menjaga aktiviti harian kita..
mutabaah amal lah kiranya..

qiam?
solat sunat?
tilawah?
murajaah dan hafazan Al-Quran?
ziarah?
infaq?

dan lain-lain..
ini semua demi mejaga hubungan kita dengan Sang Pencipta..
kerana dariNyalah kita mendapat kekuatan dan bekalan untuk terus bergerak..

6. Memakan sesuatu yang haram atau syubhat

makanan akan menjadi darah daging kita,
jadi seharusnya kita amat menitik beratkan pemakanan..

seseorang yang bertaqwa (berhati-hati) akan meningglkan
sesuatu yang syubhat iaitu tidak pasti sama ada ia haram ataupun halal..
sesungguhnya Rasul pernah bersabda, bahawa perkara syubhat itu
lebih menjerumus kepada yang haram atau berdosa..

maka sebaiknya kita menjauhi perkara syubhat
walaupun ianya tidak konfem haram~

7. membatasi aktiviti keagamaan kepada suatu aspek sahaja

Contoh yang paling famous adalah menekankan aspek akidah sahaja
tanpa menghiraukan aspek fikah,akhlak dan lain-lain..

ataupun hanya membahaskan aspek fikah
sedangkan akhlak dan aqidah sebagai teras utama diabaikan..

islam itu luas,
maka tidak seharusnya kita menekankan satu bahagian sahaja
dan meninggalkan bahagian yang lain..
seharusnya umat islam memahami dan mempelajari islam
secara menyeluruh..

aktiviti bersosial juga termasuk dalam
bahagian-bahagian ajaran islam..
maka, pelajarilah dan dalamilah ilmu Allah yang sangat luas..

jangn mengecilkan minda hingga menganggap islam itu sempit
dan berkisar pada ibadah khusus sahaja..

8.melalaikan sunnatullah

sebagai hamba Allah,
kita sememangnya harus menyerahkan pergantungan semata-mata kepadaNya..

namun,
kita tidak dibenarkan untuk hanya duduk dan memohon
tanpa ada usaha yang dilakukan..

sunnatullah yang harus kita yakini dan imani adalah dunia ini mempunyai peraturannya..
jika lapar, maka makan..
ingin makan harus mencari duit untuk membelinya..
nak dapatkan duit harus berusaha dan bekerja..
tidak boleh hanya duduk dan solat serta berdoa sepanjang siang dan malam

itulah sunnatullah yang harus kita patuhi..

namun,
ketentuan waktu juga memainkan peranan..
mungkin sekarang bukan masa yang terbaik,
lalu Allah menangguhkannya hingga ke waktu lain
yang Dia tahu lebih sesuai berbanding sekarang..

Dia Maha mengetahui dan Maha penyayang~

erm..ada banyak lagi penyebab yang dibincangkan, mungkin just nak senaraikan sahaja beberapa lagi..

9. bersahabat dengan orang yang lemah kemahuan dan cita-cita
10. tidak mempunyai planning dalam membuat aktiviti
11.memandang remeh maksiat dan dosa kecil

ini adalah antara sebab-sebab berlakunya futur..
erm..untuk terapi yang disediakan dalam buku ini,
insyaAllah akan dibincangkan dalam post berikutnya.. :)

moga bermanfaat~



p/s: janganlah mendoktrinkan sesuatu, atau memaksa sesuatu keatas seseorang jika kamu sudah tahu dia tak suka akan perkara itu..

p/s2: ya Allah, bantulah kami..moga sesi ini semakin baik dan bertambah baik~

p/s3: kat sini ada terbaca satu fatwa yang dikeluarkan oleh ulama' di Malaysia..boleh refer ke e-fatwa/JAKIM/http://www.e-fatwa.gov.my/

Hukum Meminta Orang Bukan Islam Sama-sama Berdoa Mengikut Anutan Masing-masing Dalam Satu Majlis Yang Dihadiri Oleh Penganut Pelbagai Agama

Tarikh Keputusan

25 Jul, 2006

Oleh:

Muzakarah Kali Ke-74

Keputusan

Doa tergolong di dalam perkara ibadah kepada Allah SWT dan ia hendaklah dilakukan sebagai suatu acara yang tidak bertentangan dengan roh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah SWT kerana bagi orang Islam memohon dan mendoakan sesuatu hanya kepada Allah SWT sahaja.

Oleh itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam tidak harus meminta atau mengarahkan orang bukan Islam berdoa mengikut agama mereka masing-masing. Walaubagaimanapun, jika mereka berdoa atau memohon sesuatu mengikut ajaran mereka dengan kehendak mereka sendiri tanpa diarahkan, perbuatan tersebut tidak dilarang.

Monday, February 22, 2010

bersamamu Muhammad

Bismillah...
Assalamualaikum dan Salam kasih sayang buat semua..:)

InsyaAllah, sempena dgn Maulidurrasul pada tahun ini yg jatuh pada tanggal 26 Feb 2010, Jumaat, IMAN akan mengadakan program kecil-kecilan sepanjang minggu ini agar Maulidurrasul kali ini membawa erti dan manfaat buat semua..tidak berlalu begitu saja, tetapi kita semua dapat 'sesuatu' yg berharga..

Samada rasa rindu & cinta kita makin bertambah (betapa Rasul cintakan kita, bagaimana cinta kita padanya?), atau semangat perjuangan Rasulullah meresap dalam diri kita apabila kembali mengenang sejarah nabi, atau.. diri kita ada proses transformasi utk mencontohi segala akhlak & peribadi agung baginda..segala kecintaan kita terbukti dgn pengamalan sunnah yg baginda tinggalkan..segala pertuturan,kelakuan,ibadah dsb..
kerana warisan sunnah yg baginda tinggalkan...andai kita menghayati dan mengamalkannya, disitulah kita akan terasa insan agung, habibi mustafa, Nabi Muhammad SAW itu masih hidup dan bersama kita..selawat & salam buat baginda...sallallahu 'alaihi wassalam~

Matlamat kita...menjadikan Rasulullah sebagai 'Uswah Hasanah' (contoh teladan yg terbaik)..sama2 kita usahakan, insyaAllah ;)

Details program sepanjang minggu ini:



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"BERSAMAMU MUHAMMAD"

Tema : "Indah Hidup Bernafaskan Sunnah"
Aktiviti yang akan berlangsung:
  • Pengedaran Pamplet 'Bersamamu Muhammad' di setiap fakulti & batch. [ ISNIN & RABU]
  • Pertandingan "What will YOU say?!?" di group Facebook. (Pertandingan Quote terbaik)

- Pertandingan terbuka kpd semua (bagi yg ada Facebook, kalau takde blh buka akaun)
- Pertandingan berbentuk.."Jika anda diberi peluang bertemu dengan Rasulullah SAW..
apakah yang anda akan katakan?"
- Tiada had patah perkataan..
- Hadiah lumayan menanti anda di Majlis Berbuka Puasa nanti.
- Pertandingan telah dibuka. Jom sertai beramai2~! ^^

Hanya klik 'Join' & Taip apa tersirat di hati..

Link group : http://www.facebook.com/group.php?gid=332922978616&ref=mf#

  • Majlis Berbuka Puasa + Ceramah
Hari / Tarikh : Khamis / 25 Feb 2010
Tempat : Bale Padjadjaran 4, UNPAD
Tentatif:
530 pm - Kedatangan
615 pm - Berbuka Puasa (semua disunnahkan berpuasa, borang akan diedarkan, bagi yg tak berpuasa blh tempah makanan juga)
640 pm - Solat Maghrib berjemaah (blh berwuduk siap2 & bawa sejadah)
650 pm - Tayangan video
715 pm - Penyampaian hadiah pertandingan quote terbaik "What will YOU say?"
730 pm - Solat Isyak berjemaah
740 pm - Pengisian sempena Maulidurrasul Oleh Penceramah jemputan (Akh Indra)
900 pm - Pemberian cenderahati kpd penceramah
905 pm - Kuiz berkaitan ceramah (terbuka buat yg hadir)
915 pm - Penyampaian hadiah
930 pm - Majlis bersurai


**Special: Ada ole-ole dari kami..Bookmark comel. Siapa datang, dia dapat ^^


p/s: copy paste dari blog IMAN :)

Tuesday, February 9, 2010

3R!





jom ke air terjun!


p/s: siapa yang tak reti berenang jangan risau, ada banyak pelampung :p

p/s2: bayaran 15k tu dah include transportation, food and tempat nak mandi+main tu...murah kan? :D (kalau ade sesiapa yang rasa murah sgt..ehem2..boleh infaq lebih sikit..hehe)

Monday, February 8, 2010

An old man was sitting in a train with his 25 years old son..
the train was about to leave the station
and all of the passengers are settling down on their seats..

As the train started to move,
the 25 year old guy was filled with joy and curiosity..

he was sitting next to the window
with one hand outside of the window
feeling the air blowing outside..

"papa!! see..all the trees are left behind!"
he shouted.

the old man smiled and admired his son's feelings

beside the young man
was a couple
sitting and listening to all of the conversation
between the old man and his son.

they were staring at the boy
and felt strange towards his behavior like a small child..

"Papa!! look at the ponds..and animals around it.."

"look the clouds are moving with the trains"
again the boy shouted..

the couple looked at the boy in embarrassment..

now it started to rain..
the water drops touches the young man's hand..
he closed his eyes and smiled

"Papa..it's raining! the rain touches me..look papa!"

the couple couldn't help themselves
and started to ask the old man

"don't you pity him?
why did you bring him in front of other people if you know that
he'll be laughed at by other people?"

"why don't you visit a doctor and get him treated?"

the old man replied calmly,
"yes, we just visited a hospital..
and today my son got his eyes for the first time in his life"



moral?????
firstly, don't judge others only by first impression..get to know them first..

secondly, sometimes we always jump to a conclusion about other people's problem without knowing the real problem..we think that they haven't try to change but actually they do..and only God knows..we're only humans right?

Seek First to Understand,. Then to be Understood

kalau kita tak cuba memahami orang lain, macam mana orang lain nak memahami kita..rite?

mungkin saya perlu memahami si saiful bukhari juga..mungkin ada underlying problems di sebalik segala-galanya..heh..adehla~

******************************************************************************

analogi 1
(tiada kaitan dengan kisah di atas)

dari rumah saya nak ke KLIA
ada 3 jalan yang saya ketahui..

1. jalan yang dekat tapi perlu lalui 3 tol yang hampir berharga rm10 untuk one way sahaja (wow! saya sayang Malaysia)

2. jalan yang agak jauh, tapi harus lalu 1 tol yang berharga hampir rm4

3. jalan yang JAUH tapi tak perlu bayar tol..

well,
walaupun agak sakit hati bila berbincang
tentang tol yang terlalu banyak di kawasan KL dan selangor,
tapi tetap ada ibrah dan pengajaran yang boleh dikaitkan dalam kehidupan kita..

dalam kes ini..
anggap sahaja KLIA tu seperti destinasi abadi kita,
iaitu mengejar redha Allah dan mendapatkan syurgaNYA..

maka, untuk mendapatkan matlamat kita tersebut..
ada 3 jalan (dan lebih)

setiap jalan, ada cabaran tersendiri..
sama ada tol yang mahal
atau sederhana mahal
atau tiada tol, tapi jauh (perlu banyak minyak pula)

semuanya memerlukan pengorbanan..
dan jika kita istiqamah pada jalan itu,
walaupun ranjau berduri..
iA akan sampai juga ke destinasi tersebut
melainkan kita putus asa dan patah balik..
maka CONFIRM tidak akan sampai kepada matlamat kita..

p/s: walaupun kita tak suka pada tol, namun kadang2 terpaksa lalui jugak untuk dapatkan matlamat kita..macam ujian dari Allah, mmg selalunya tak best..dah namapun ujian kan..tapi kita KENA jugak lalui ujian tu..

p/s2: ni analogi je tau, jangan ada yang anggap saya stuju bina tol banyak2 sekeliling M'sia '-__-

*******************************************************************************

analogi kedua,
(mendapat idea dari entry seorang sahabat ttg GPRS)

sebelum tu nak tanya,
siapa pernah sesat di PJ??

hehe..saya pernah~
tapi lepas ini insyaAllah dah tak sesat dah.. :)

jarang sekali saya dapat drive kereta
di sekitar bandar KL seorang diri..
sebab parents takut saya sesat
(ya, saya tak begitu hebat jalan di KL yang sangat bersimpang siur)

tapi, nak dijadikan cerita..
pada suatu hari
ketika saya Terpaksa pergi ke PPUM baru-baru ini
yang terletak di Petaling Jaya,
saya telah sesat dan berpusing-pusing sebentar
sebelum menemui 'jalan yang lurus' :p

macam mana akhirnya boleh jumpa juga PPUM?
Alhamdulillah ada signboard ke Petaling Jaya..
(tapi signboard PPUM hanya wujud apabila anda sudah nampak bangunannya '-___- )

kaitan dengan kehidupan kita?

dalam hidup ini,
ramai di kalangan kita yang dah pernah sesat,
hampir sesat
atau masih sesat
dan mungkin ada yang suka pada kesesatan (0__o)

tidak nampak kemana patutnya hidup ini diarahkan..

oleh kerana Allah Maha Mengetahui sifat manusia yang sebegitu
dan kerana Dia Maha Penyayang..

diturunkan pada kita signboard2
untuk mencari arah tuju kita di dunia..

kat mana nak jumpa signboard tu?

erm..
dalam Al-Quran kalamullah
dan dibantu oleh sunnah Rasulullah SAW

dalam Al-Quran,
dah ada petunjuk
tentang apa yang patut kita lakukan
dan tinggalkan untuk sampai ke tempat yang BENAR..
gunakan panduan yang dah diberikan..
insyaAllah sejauh mana pun kita pergi,
selagi tak lari dari landasan yang ditunjukkan signboard tu,
insyaAllah kita masih di jalan yang benar
dan insyaAllah kita akan selamat

kalau kita sebok2 mintak direction dari orang pun,
tapi apa gunanya kalau kita dah diberi peta dan penunjuk arah,
and kita tak ikut pun..

orang kata lepas roundabout ambil pukul 12,
tapi..
kita ambil pukul 3..
memang laa tak sampai~

tapi nak tanya pun pilih laa orang,
ada orang yang tak tahu jalan sebenarnya,
tapi nak tunjuk jugak kan..
and kalau kita dah tau jalan yang betul,
ajak laa dia sekali.. :)

wallahua'alam..



p/s3: DMS dah bermula..harap berjalan lancar semuanya

Friday, February 5, 2010

cuti=banyak masa

dengan nama Allah yang Maha pengasih dan penyayang~

sejak cuti seminggu ni,
memang malas sungguh nak menaip sesuatu kat blog..
tapi,
rasa macam hilang purpose pula kalau tak tulis apa-apa..

mungkin nak kongsi sikit,
apa saja aktivitas (aktiviti dalam bahasa indonesia)
yang dah dilakukan sepanjang duduk kat rumah
sejak 29hb jan yang lepas..

sampai LCCT pada 29 Jan dalam pukul 12 malam..
macam biasa flite delay..

tapi Alhamdulillah tak lama..
beberapa minit je..

tapi parents da risau sebab rupa-rupanya,
mereka berdua ingatkan flite saya dari bandung..

check kat kaunter,
last flite dari Bandung patutnya sampai dalam pukul 8 malam..
tapi dah pukul 12 tak sampai-sampai juga..
rupa-rupanya saya datang dari airport jakarta..
(rasanya dah beritahu dah saya dari jakarta,
tapi jadi tak pasti dan serba salah pulak)

keesokan harinya,
pergi ke pejabat imegresen di damansara..

bukan nak buat permit kerja,
tapi nak renew passport :)

tapi,
malangnya..
pejabat tutup sebab cuti Thaipusam..
dan akan tutup juga keesokkan harinya..
hari isnin (1 feb) pula hari wilayah..
jadi tutup juga~

anyway..
hari ahad,
Alhamdulillah
saya dapat banyak sangat ilmu dan pengalaman..
sebab ikut kakak ke PPUM..
dia buat kerja sebagai housemen
dan saya sebagai observer yang setia..
banyak juga belajar walaupun satu hari saja..
belajar cara lakukan ECG,PR,ambil arterial blood,
cara guna mesin analisis darah,
perbezaan tube mengikut warna,
cara masukkan ubat sacara IV
dan macam-macam lagi..

yang buat teruja (biasalah, jakon sikit)
bila jumpa patient dengan case-case yang dah dipelajari..

contohnya meningitis yang disebabkan oleh TB
dan diabetes mellitus yang memerlukan management 'diabetic foot care'
(tapi banyak patient berkaitan dengan 'chest' sebab tu ward chest)
so actually taklah tau banyak sangat..heh

hari isnin,
nak tak nak, perlu renew passport juga..
sebab nanti takde orang boleh hantar ke pejabat imegresen..
jadi cari alternatif lain..
buat passport di Kajang
(tapi tak sempat makan sate kajang atau singgah rumah Sue :p )

bilangan manusia yang datang pejabat imegresen hari tu,
hanya Allah yang tahu..
RAMAINYA!
tapi takpe,
semua benda tu tarbiyah kan..

so kena banyak bersabar dan tunggu..
Alhamdulillah dapat ilmu baru
tentang cara menggunakan kiosk dan prosedur untuk renew passport..
lepas ni dah tak perlu abah yang bawak iA..
(Alhamdulillah passport da siap!)

hari selasa,
keluar dengan mek su untuk menjalankan misi kami..
(rahsia~)

hari rabu,
spend masa dengan kakak
ke sana, kemari mengelilingi KL
rasa macam dah handal jalan-jalan kat KL
;p

hari khamis,
dapat tau nenek jatuh dan tangannya patah..
so balik kampung (johor)
untuk melawat..

hari jumaat (hari ini)
banyak habiskan masa untuk groceries
di Jaya Jusco..
ambil adik dari sekolah..
dan maghrib tadi
Alhamdulillah berkesempatan dengar kuliah best
dari Ust Farhan Mohd Abdullah
bekas paderi dari sabah
yang mengupas isu penggunaan kalimah Allah
di Sabah dan Sarawak..

esok,
plannya nak jumpa kawan-kawan sekolah
dan pergi rumah mak cik di bangi
insyaAllah
moga dipermudahkan~

ahad
'-____-
nak pulang dah..
huuu...

eh,
patutnya gembira kan..
:)


well,
itulah sedikit sebanyak
aktiviti yang telah
dan akan dilakukan sepanjang cuti ni..

tapi disebalik semua ini,
sebenarnya banyak juga masa yang telah dibazirkan
dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya..


plan betul2 perancangan kita!




Astaghfirullah..
sangatlah rugi sebenarnya
mereka yang tidak menggunakan masa dengan sebaiknya,
kerana masa yang sudah berlalu tak mungkin dapat dikejar semula..

kalau bercakap tentang menghargai masa,
mesti kebanyakkan orang
akan terfikir tentang surah Al-'Asr
yang terang-terangan membawa maksud MASA..

tapi kali ni nak sentuh tentang sebuah hadis,
yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari..
dan termasuk dalam hadis 40 yang dikumpul oleh Imam Nawawi..


Daripada Ibnu 'Umar r.a.
beliau berkata,
Rasulullah SAW telah memegang bahuku,
seraya bersabda:

"Hiduplah engkau di dunia,
seolah-olah engkau seorang perantau/musafir"

lalu ibnu 'Umar berkata:
apabila engkau berada di waktu petang,
maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi,
dan apabila engkau berada di waktu pagi,
janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.
ambillah peluang dari kesihatanmu
untuk masa sakitmu
dan masa hidupmu untuk matimu.

pengajaran daripada hadis ini,
dibincangkan dengan detail oleh para ulama' hadis..
tapi apa yang ingin ditekankan disini,
adalah pesanan terakhir
tentang jangan menunda-nunda..

manusia diberikan oleh Allah akal
yang mempunyai batas-batas pemikiran..

sehebat mana seorang manusia itu,
rahsia Allah tentang alam ghaib,
termasuklan takdir atau perkara-perkara
yang bakal berlaku tidak akan dapat dibongkar
tanpa keizinanNya..

kita takkan tahu
adakah besok kita masih sehat seperti hari ini?
atau sebaliknya..

adakah esok kita masih diberi nikmat rezeki oleh Allah,
sama ada dalam bentuk harta benda, sanak saudara, ilmu dan sebagainya?

maka,
kita harus menggunakan masa yang ada pada kita sekarang
dengan sebaiknya
dan jangan suka menangguh kerja tanpa sebarang alasan..

kerana dengan menunda,
kita takkan boleh menjamin
bahawa kita akan dapat melakukannya NANTI..



plan well,
manage well
then insyaAllah you'll achieve what we strive for

people who fail to plan is palnning to fail~


p/s: Alhamdulillah dah berjaya membuat dessert berdasarkan resipi dari kawan2 :) thanks ye~

p/s2: system DMS kena buat yang lebih baik dari sebelum ni..tolong berdisplin!

p/s3: sedang baca buku Fathi Yakan "robohnya dakwah di tangan da'ie: insyaAllah diberi kesempatan nak kongsi sedikit isi kandungannya yg sgt3 best,membina dan menarik :)

p/s4:esok Dr MAZA buat forum kat hotel international ape tah :p rasa macam nak ajak abang pergi, tapi dah ada plan..erm..moga esok dapat yang terbaik insyaAllah~