Thursday, September 16, 2010

keterbukaan

kalau dulu,
saya masih ingat..

bila nak solat di luar,
hanya dengan baju kurung atau t-shirt labuh dan seluar
pasti ramai yang memandang pelik..

'luar dari kebiasaan masyarakat'
walaupun tidak salah..

kalau keluar berjalan bersama rakan sekolah,
mungkin terasa kurang janggal,
memandangkan di sekolah,
memang kami diajar bahawa
telekung bukanlah compulsory
lebih-lebih lagi sewaktu kami menjalankan aktiviti
seperti camping, hiking, explorace etc..
kerana syarat sah solat adalah menutup aurat,
bukanlah memakai telekung..

mungkin itu situasi dulu,
dimana kebanyakan orang masih belum boleh menerima
dan menjadi lebih terbuka pada perkara-perkara seperti ini..

namun,
keterbukaan itu pasti ada batasannya..

sewaktu selesai menunaikan solat zohor
di surau tingkat 7 bangunan times square,
kelihatan 2 orang remaja sedang menunaikan solat di saf berhadapan dengan saya..

kedua-duanya tidak memakai telekung

mungkin sekarang lebih ramai yang menjadi 'terbuka'
dan memahami bahawa telekung bukanlah salah satu kewajipan ketika solat..

namun sayangnya..
kedua mereka memakai pakaian yang bagi saya
tidak sesuai bagi seorang yang bergelar muslimah

dengan kemeja T yang pendek,
tidak melepasi bahagian yang sepatutnya dicover
sweater yang agak 'sempit'
dan seluar jeans yang ketat..

seperti yang dinyatakan di atas,
syarat sah solat bukanlah memakai telekung,
tetapi MENUTUP AURAT..

tidak kiralah apa yang mahu anda pakai ketika solat,
tapi pastikan di mata Allah,
anda cuba semampu mungkin
untuk memenuhi hak yang sepatutnya dipenuhi
oleh seorang hamba yang akan bertemu dengan penciptanya
diterima atau ditolak,
itu urusanNya

islam tidak menyusahkan penganutnya,
tapi ia memberi guidelines untuk melindungi kita..

kalau di kawasan-kawasan pembinaan bangunan,
pasti ada sign safety first




dan bila nampak sign-sign seperti ini,
kita tak teragak-agak untuk mematuhinya..

untuk melindungi diri kita dari bahaya katanya..

tapi bila arahan itu datangnya dari Allah,
tuhan sekalian alam,
kenapa lebih susah untuk kita ikut?

sedangkan pasti pencipta kita lebih tahu,
apa yang terbaik buat makhluk ciptaannya!

mungkin perkataan dalam papan tanda ini boleh diganti dengan
'warning! corrosive to your iman, please wear protective clothing''



sebagai langkah untuk memudahkan kita
(sebagai seorang perempuan)
sebelum keluar dari rumah,
pastikan kita memakai pakaian yang menutup aurat..

selain daripada ianya WAJIB,
ia akan memudahkan kita untuk solat
(in case perlu solat di luar rumah),
melindungi kita dari mata-mata dan hati yang berpenyakit
serta ia menjadikan kita lebih mudah dikenali
sebagai seorang MUSLIMAH insyaAllah..

wallahu'alam~



p/s: ada berita mengatakan di singapore wanita yang memakai baju low-cut (menayangkan bahagian dada) tidak dibenarkan utk pergi ke tempat kerja..even ada yang merasakan pelanggan pun patut menghormati lelaki yang memberi perkhidmatan pada mereka dengan memakai baju yang lebih sopan..itu di singapore, malaysia macam mana?

this is one of the example:

Tanjong Pagar PAP MP Baey Yam Keng in an interview with Lianhe Wanbao yesterday, described working women as wearing low-cut dresses as being “unprofessional”

“On some occasions, female customers will wear low-cut dresses to discuss cases with me. During the meeting, I will feel a bit “harassed” and will not dare to look at them or use a document to block the view,”
he said.

Baey also claimed that his fellow female colleagues’ dressings are pretty professional and decent though he would see women in lacy undergarment doing shopping at times.

" This can be regarded as sexual harassment,” he added.

(taken from temasekreview.com)


8 comments:

syuhadah said...

assakamualaikum..
hmm..mungkin masih ada yang belum faham benar erti sebenar MENUTUP AURAT..mungkin konsep MENUTUP BADAN AND KEPALA dengan apa jenis kain sudah cukup..so,byk lagi keje kita nie..huhu..sush2x bila ckap psal aurat nie..huhuu...

p/s : dah nak blik bndung da..uwaa..xmau2x..

duha said...

syuhadah- waalaikumussalam..erm..betul2..kena ada hikmah dlm menyampaikan, moga hati mereka terbuka utk menerima n utk kita jugak spy istiqamah.. :)

p/s: hehhe..nak tk nk kna balik jgak! jihad2 ( baca: struggle utk belajar, bukan bmaksud pg berperang ) :D

pohonhijaulangitbiru said...

assalamu'alaikum...
bg yg baru berjinak2 menutup aurat, kesempurnaan utk mencapai "menutup aurat" agak payah kerana byk halangn yg perlu ditempuh...misalnya..
latar belakang keluaraga yg asalnya biasa2 shj...kurang support dari insan terdekat...kritikan dari kawan2..pandangan sindir dari org2 sekeliling ...insan seperti ini sgt mudah terundur kebelakang semula.. kadg2 sgt sukar utk istiqamah dlm buat suatu perkara yg baik...

-dikutip dari pengalamn org2 d sekeliling dan juga dari diri sendri..

duha said...

senyum-waalaikumussalam..
erm..setuju..mmg bila kita baru bermula, jangan terlalu obses dan drastik utk menjadi yg sempurna..
Al-quran diturunkan bertahap tu ada hikmahnya..sbb Allah tau manusia tak mampu terima petunjuk sekali gus..

tapi kita harus ingat yg kekuatan tu tak dtg bergolek, harus diusahakan..sebab tu bila doa, umat islam tak seharusnya hanya meminta hidayah, tapi juga diberikan taufiq utk melaksanakan 'hidayah' yg kita dah terima tu..kalau tak jadilah pokok tanpa buah~

tingkatan sabar yg amat tinggi adalah istiqamah dalam membuat kebaikan..mungkin seseorang tu mampu tahan diri drpd buat jahat, tapi nk buat baik berterusan ni bukan senang..BANYAK ujian dia, tapi iA kalau kita mampu atasi Allah shj yg tahu dimanakah level iman kita..

sama2 usaha iA :)

p/s:tiada manusia sempurna, semuanya ada kelemahan, walaupun terselindung~

pohonhijaulangitbiru said...

terima kasih....insyaAllah..moga kita semua sentiasa di bawah rahmatNya..

untuk menjadi lebih baik itu mmg sukar...ehm, bukan hasil yg dipandang tapi usaha ke arah kebaikan itu yg dilihat...

terima kasih skali lg..=)...

duha said...

senyum- sama-sama n terima kasih jg utk nilai tambahannya :)

Anonymous said...

assalammualaikum...
masa baca post nih teringat masa kat matrik dulu..
ingat x kite ikut duha balik kl and tertinggal bas..sebab pakcik bas tu x tunggu kite habis solat asar....

masa tu duha solat dengan pakaian yang duha pakai..sebab x de telekung masa tuh....kite mule2 agak terkejut jugak..tapi lepas duha explain..kite dah mule faham..
x semestinye tutup aurat masa sembahyang je....tapi kena tutup aurat setiap masa...hikmah nye nak sembahyang kat mana2 pun senang...
betul x???
hik hik hik....
>farah<

duha said...

anony aka farah- waalaikumussalam..

wah~ rindunya matrikn esp farah :D
nnt duha balik cuti datang kl eh..heheh..

erm..mestila ingat kejadian tu,
kita cam tension jugak kan sbb 1st time naik bas sama2 patu kna tinggal :p heheh..

tapi sume bnda ada hikmah diakan..

erm..betul2, nk solat kt mana2 pun iA mudah kalau kita dah mmg sedia menutup aurat..jgn memperberatkan sesuatu perkara yg mudah..

wallahu'alam~