Wednesday, September 22, 2010

seminar penulisan kreatif

SEMINAR PENULISAN KREATIF ISLAMI:

ASIMILASI DAKWAH DALAM FIKSYEN

BERSAMA FAISAL TEHRANI & HILAL ASYRAF

1.0 PENGENALAN

Realiti karya kreatif di negara kita umumnya dilambakkan dengan persoalan cinta remaja, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan serta unsur-unsur mistik yang boleh membawa kepada kurafat. Bagi mengimbangi kehadiran karya-karya kreatif seumpama ini, amat penting dilahirkan lebih banyak penulis karya kreatif yang mempunyai fikrah Islami serta membawa sentuhan dakwah dalam karya. Secara langsung, medium penulisan kreatif mampu menjadi medan dakwah terbaik untuk mendekati masyarakat. Sajian karya kreatif yang sarat dengan teladan dan unsur-unsur kebajikan lebih mudah diterima oleh masyarakat berbanding membaca buku-buku ilmiah yang lebih berat. Justeru, satu seminar berkisarkan Penulisan Kreatif Islami: Asimilasi Dakwah dalam Fiksyen akan dianjurkan untuk memenuhi aspirasi bagi melahirkan lebih ramai penulis kreatif yang berfikrah Islam.

2.0 TARIKH/ MASA

25 September 2010

9.00 pagi – 4.00 petang

3.0 TEMPAT

Dewan Seminar, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak, Selangor Darul Ehsan

4.0 OBJEKTIF

1. Menyedarkan peserta tentang kepentingan dakwah dalam penulisan kreatif

2. Membina momentum dakwah dalam diri penulis-penulis kreatif karya Islami

3. Berkongsi semangat dan motivasi dakwah antara penulis-penulis prolifik dengan para peserta


5.0 SASARAN

100 – 250 orang peserta yang berminat dalam bidang penulisan kreatif


6.0 METODOLOGI

Perkongsian dan pembentangan kertas kerja oleh penggiat penulisan kreatif fiksyen Islami.


7.0 PENGANJUR

SELF PRIDE CONSULT MANAGEMENT & SERVICES (001732586-U)


8.0 ATURCARA

8.00 am – 8.30 am :

Pendaftaran peserta

8.30 am – 8.45 am :

Ucapan alu-aluan Pengarah Program oleh saudara Wan Muhammad

8.45 am – 10.15 am :

Pembentangan 1: Membina Momentum Dakwah dalam Diri Penulis

oleh saudara Hilal Asyraf

10.15 am – 10.30 am :

Minum pagi

10.30 am – 12.00 pm :

Pembentangan 2: Asimilasi Dakwah dalam Penulisan Kreatif: Tunggu Teduh Dulu, Satu Refleksi oleh saudara Faisal Tehrani

12.00 thari – 1.30 pm:

Perkongsian Pengalaman bersama penulis oleh Faisal Tehrani & Hilal Asyraf; Moderator- saudara Wan Muhammad

1.30 pm :

Bersurai


9.0 PENUTUP

Seminar ini merupakan satu usaha kecil untuk menyemarakkan dunia penulisan kreatif yang bersandarkan unsur-unsur dakwah. Semoga kebanjiran lebih banyak karya fiksyen yang bertujuan mentarbiah masyarakat melalui dakwah secara tidak langsung ini mampu menjadi pencetus islah demi kebaikan bersama. Seminar seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang dengan melibatkan lebih ramai penulis berfikrah Islami sama ada dari dalam mahupun luar negara. Insya-Allah.


Mana-mana individu yang berminat, sila daftar ke email wanam.selfpride@gmail.com atau SMS ke 012-6615745 (Wan Am) atau 012-3687172 (Arash).

No comments: