Friday, August 28, 2009
Wednesday, August 26, 2009
ulasan hukum meminum arak
Jangan Gopoh Laksana Hukuman Sebat
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.
"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam"
"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.
Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.
Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.
Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.
"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.
Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.
Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.
"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.
"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.
Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.
Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.
"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya, kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.
Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 - 80 rotan jumlahnya, kata beliau.
Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat, samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.
****************************************************************************************************
Hukuman Hanya Pada Ikan BilisKUALA LUMPUR, 26 Ogos : Kerajaan mesti melihat isu arak secara keseluruhan, tidak menghukum orang awam sahaja tetapi tauke, tokoh politik dan pemimpin yang berada di belakang kilang dan premis perniagaan arak juga mesti dikenakan tindakan.
Apa yang berlaku kini, hukuman hanya dikenakan ke atas 'ikan bilis' sahaja apabila melakukan kesalahan seperti minum arak sedangkan orang-orang yang berkepentingan khususnya yang beragama Islam yang 'menjana' industri arak ini terlepas begitu sahaja.
Demikian ditegaskan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abdin kepada Harakahdaily pagi ini, ketika diminta mengulas hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang dihukum kerana minum arak.
Dr MAZA
"Sebenarnya hukuman sebat yang dijatuhkan mahkamah itu 'mendekati' hukuman Islam sungguhpun ulama berbeza pendapat tentang jenis hukuman dan bilangan sebatan.
"Namun saya puji sikap Kartika kerana akui kesalahannya dan tidak membantah hukuman yang dikenakan.
"Sepatutnya kita puji dia tetapi sehingga kini tidak ada satu tokoh politik atau pemimpin yang memuji tindakan Kartika ini, mungkin ada kepentingan dan jaga hati pihak tertentu..." katanya yang juga bersetuju, sekiranya Kartika merayu bagi meringankan hukuman.
Padanya, prinsip hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah mesti jelas, dan soal rayuan, merupakan hak bagi pesalah untuk memohon meringankan hukuman.Beliau turut menjelaskan bahawa bukan semua yang meminum arak atau melakukan apa-apa maksiat itu membenci Allah dan rasul-Nya ataupun membenci Islam.
Sungguhpun, maksiat membawa ke neraka, namun bukan semesti seseorang pelaku maksiat tidak melakukan pahala dalam perkara yang lain yang akhirnya Allah akan menentukan timbangan antara keduanya, katanya.
Kartika seorang model sambilan di Singapura dihukum denda RM5,000 dan dikenakan enam sebatan kerana minum arak di sebuah hotel di Kuantan. Beliau sepatutnya menjalani hukuman itu sebaik sahaja ditahan di Penjara Kajang bermula semalan.
Bagaimanapun hukuman itu ditangguhkan dengan alasan hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan selepas bulan Ramadhan.
Dalam pada itu Dr Asri dukacita dan mengkritik sikap mahkamah syariah yang dilihat begitu 'cepat' menyelesaikan kes Kartika, sedangkan kes-kes seperti cerai, talak, penderaan dan pembahagian harta pusaka yang melibatkan wanita, mengambil masa yang lama untuk diputuskan atau dijatuhkan hukuman.
"Janganlah ketika wanita bersalah, dihukum begitu cepat tetapi bila wanita dianiaya, ditangguhkan. Hukuman dan tindakan mesti adil malah ianya mesti dilihat berlaku adil.
"Kita memuji langkah mencegah mungkar tetapi yang paling penting ialah penegasan hukuman supaya menjadi contoh kepada yang lain dan dilihat adil," katanya yang kini sudah seminggu berada di Malaysia, sekembalinya daripada pengajiannya di London.
Beliau juga kecewa dengan sikap media barat seperti CNN yang cuba mengaangkat isu hak asasi manusia untuk minum arak sedangkan agama mempunyai hukuman dan peraturan yang tertentu bagi mendefinasikan kebebasan penganutnya agar tidak melakukan perbuatan yang menyalahi agama sekaligus menjaga masyarakat akibat tabiat buruk arak.
Seorang pakar motivasi Dr. Danial Zainal Abidin dalam Program TV9 Halaqah minggu lalu, turut mengupas keburukan akibat meminum arak, yang jelas mempunyai sebab-sebab utama Allah SWT mengharamkan dalam al-Quran.
"Arak menyebabkan sebarang mesej atau maklumat tidak sampai ke otak. Arak menyebabkan pertimbangan tubuh badan tidak seimbang. Ia mengundang pelbagai penyakit dan bahaya.
"Mengikut kajian, arak merupakan pembunuh nombor satu bagi remaja di Eropah dan penyebab utama masalah rumah tangga di Britian. Jika mereka kata ini hak asasi dan arak sebagai penyelesai masalah...fikirkan kembali" kata Daniel merujuk kepada kajian perubatan dan WHO.
Dengan kajian itu katanya, membuktikan hukuman dan tindakan agama Islam melarang penganutnya meminum arak, adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan masalah-masalah masyarakat dan punca gelaja sosial yang semakin membarah kini.
***************************************************************************************
p/s: sumber- harakahdaily.net
p/s2: selamat berpuasa~
p/s3: jauhilah bahan yang membahayakan kesihatan seperti arak, rokok, dadah dan sebagainya..jasad ini amanah tuhan, bukan hak milik kita utk digunakan dan dirosakkan sesuka hati..
Tuesday, August 25, 2009
yang terasing
nak berkongsi sedikit info~
semalam ada gathering kecil di Taman Melawati..
Alhamdulillah,
sedikit pengisian tentang ramadhan dan kepentingan Al-Quran
telah diperoleh..
moga dapat menjadi pedoman..
usai tazkirah pendek,
kami berbincang tentang isu semasa..
seorang sahabat lantas menyentuh isu Kartika Sari..
mula-mula saya dan seorang lagi rakan yang sama-sama belajar di Bandung
terus terfikirkan brownies Kartika Sari..
rupanya bukan (malu je)
Kartika Sari Dewi,
seorang model yang dihukum sebat sebanyak 6 kali kerana meminum arak..
berita lanjut boleh klik di sini
dengarnya,
Kartika dah benar2 insaf
dan rela menerima hukuman sebatan
yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah Pahang..
dia juga rela jika sebatan dilakukan di depan khalayak,
jika ia dapat menjadi pengajaran bagi orang lain..
Alhamdulillah..
namun..
datang pula 'sokongan' yang tidak memberangsangkan dari
pihak Sisters in Islam..
dengan slogan mempertahankan hak wanita..
atas nama agama..
mereka berusaha 'membantu' kartika
dengan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap hukuman tersebut..
menghantar artikel ke surat khabar
dan siap meminta pada Kartika
agar merayu pada mahkamah untuk membatalkan hukuman tersebut..
mungkin mereka semua terlupa,
jika terlepas hukuman di dunia..
akhirat masih ada..
bukankah lebih baik dihukum di sini daripada di akhirat nanti?
masih banyak yang perlu kita pelajari tentang islam..
basicnya pun belum tentu khatam..
inikan pula ingin berbicara tentang hukumnya
dan syariatnya..
Mufti Perak sendiri telah mengeluarkan statement,
bahawa hukuman sebat yang dikenakan
tidaklah seperti yang disangka ramai..
bukan seperti hukuman sebat di penjara yang sering disiarkan..
berbirat punggung hingga berdarah..
TIDAK!
petikan dari kata-kata Mufti perak:
SEBATAN TIDAK ANCAM NYAWA -Harussani-
IPOH 25 Ogos - Hukuman enam kali sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika Sari Dewi kerana kesalahan meminum arak langsung tidak akan mengancam nyawa atau memudaratkan kesihatannya.
Sebaliknya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukuman tersebut lebih kepada pengajaran kepada umat Islam supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.
Katanya, ia tidak sama dengan sebatan di penjara kerana orang yang melaksanakan hukuman sebatan itu ketiak pun tidak boleh terbuka dan pesalah mesti berpakaian.
"Sebatan di penjara lain, tidak sama dengan sebatan ini. Sebatan dari segi syarak, ketiak pun tidak boleh terbuka. Pesalah akan disebat di belakang, tetapi masih memakai baju.
"Hukuman akan dijalankan serentak enam sebatan, tetapi tidak akan calar sedikit pun. Cuma akan berbekas merah, itu pun jika pesalah terbabit berkulit putih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kontroversi isu sebat terhadap Kartika Sari Dewi yang sepatutnya berlangsung minggu ini tetapi ditangguhkan.
Kartika Sari Dewi yang dijatuhkan hukuman enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sepatutnya menjalani hukuman tersebut semalam.
Namun hukuman itu itu ditangguhkan sebagai menghormati bulan Ramadan.
Sehubungan itu, Harussani berharap agar mereka yang tidak tahu mengenai hukum Islam agar tidak membuat sebarang komen berkaitan isu tersebut.
"Media asing pun saya harap tidak campur tangan dalam hukum dan undang-undang Islam," katanya.
Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai hukuman sebat itu.
Tegas beliau, cakap-cakap daripada orang ramai yang tidak faham mengenai hukum Islam hanya akan mengeruhkan keadaan dan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati pihak terbabit.
browse punya browse..
akhirnya sampai ke site sister in islam..
banyak artikel yang boleh DIBACA..
tapi bukan untuk DIPERCAYA..
kalau nak baca,
mungkin hanya sekadar untuk menginsafkan diri..
dan menyedarkan diri bahawa islam perlu disebar dengan lebih bersungguh2...
agar manusia faham cantiknya dan selamatnya jika berada di bawah naungan agama islam..
no harm in learning right?
islam sekarang amat jauh dari zaman Rasulullah SAW..
hingga mengamalkan hukuman yang disyariatkan oleh Allah taala juga kelihatan asing..
namun Nabi sendiri sudah bersabda..
islam itu datangnya dalam keadaan terasing..
dan di akhirnya juga akan terasing..
jadi sahabat-sahabat sekalian..
janganlah merasa kecewa kerana keterasingan itu..
yakinlah dengan janji tuhan..
"Truth is on the side of the oppressed"
-malcolm X-
A dynamic spokesperson and organizer for the Nation of Islam (Black Muslims)
p/s: was waiting 4 my friends..tapi tak online2 pun..kata nak wat conference pagi2 nih '-__-
p/s2: melakukan sesuatu yang boleh merosakkan akidah dikira sebagai ancaman pada negara tak? boleh tangkap masuk ISA tak? just asking ;)
p/s3: selamat berpuasa pada hari yang kelima~
p/s4:banyak kerja tak siap lagi..ya Allah, berilah kesungguhan dan kekuatan pada diri ini..
p/s5: The first principle is that a Muslim woman has to have the right and freedom to choose how she interprets her dress code -sister in islam- (mungkin jika seorang wanita ingin memakai bikini ke bazaar ramadhan pun tak mengapa..sekarang cuaca kan panas(jika inilah rights and freedom to choose and interprets according to them)..tapi pasti ramai yang terpaksa berbuka puasa '-___- ) inilah yang dikatakan 'manusia yang dikuasai nafsu' hingga arahan tuhan dianggap remeh dan boleh dikompromi..
p/s5: dunia makin bahaya..pandai2lah jaga diri ya..peganglah pada Al-Quran dan sunnah, insyaAllah takkan tersesat..
p/s6: mereka yang mencari kebenaran bersungguh-sungguh pasti akan dikurniakan kebenaran itu, namun perlu berani menerima risiko..kalau tak jangan bicara tentang perjuangan ke arah kebenaran :) wallahua'lam
Thursday, August 20, 2009
today is a nice day~
hari ni ditugaskan oleh ummi
untuk bawa adik ke Hospital Ampang Puteri..
dalam pukul 10 pagi
saya dan adik bertolak..
tapi..
ummi dah bawa kereta ke pejabat..
dan satu-satunya kereta yang ada kat rumah pula rosak..
jadi..
kenalah naik public transport..
disebabkan semangat,
jadi ajak adik JALAN KAKI keluar dari Bukit Antara Bangsa..
plannya,
kat luar baru nak ambil teksi atau bas..
lepas dah penat lelah jalan
(rupanya jauh jugak '-___- )
Alhamdulillah dapat teksi..
(tak berani ambil bas sebab tak tau dia berhenti kat mana)
and Alhamdulillah..
hari ini semua orang yang kami temui baik-baik belaka..
dari pak cik teksi yang amat peramah..
penjaga kaunter hospital yang baik hati..
kepada doktor dermatologist (Dato' Dr Biduwiyah)
yang juga amat ceria
(macam dah kenal lama dengan kami)
sehinggalah sekali lagi pak cik teksi yang berbudi bicara
yang menghantar kami pulang hingga ke rumah..
kalaulah semua orang seperti mereka,
insyaAllah orang ramai akan rasa selamat tinggal di atas muka bumi ni..
************************************************************************************
berbalik pada tujuan sebenar meng'post' artikel ni..
ingin berkongsi sebuah kisah
sedikit ulasan dari buku karya Salim A.Fillah
Jalan Cinta Para Pejuang..
Tentang seorang sahabat Rasulullah SAW
yang jarang sekali diperkatakan..
begitu pula di zamannya..
dia hanyalah seorang lelaki yang tidak dikenali..
iaitu JULAIBIB r.a.
dia dilahirkan dengan begitu banyak kekurangan
sama ada dari segi fizikal,
nasab keturunan,
harta benda
dan sebagainya..
sedangkan semua itulah yang menjadi
ukuran ketinggian status
bagi seorang pemuda di zamannya
tidak siapa yang tahu siapakah ayahnya..
atau ibunya dan dari mana asal keturunannya..
dan mungkin tiada siapa yang mahu mengambil tahu..
Julaibib disisih dari masyarakat,
sehinggakan Abu Barzah
iaitu pemimpin Bani Aslam
pernah berkata
"Jangan pernah biarkan Julaibib masuk diantara kalian!
Demi Allah, jika dia berani begitu, akan ku lakukan hal yang mengerikan padanya"
namun,
jika Allah hendak memberi kebaikan pada seseorang,
akan Dia berikan dalam bentuk kefahaman pada agama..
bukanlah pada harta benda, keturunan dan rupa..
Julaibib diberi nikmat teragung di dunia
iaitu nikmat iman dan islam..
dia sering berada di saf paling hadapan ketika solat berjemaah
dan begitu pula ketika dalam jihad fi sabilillah..
walaupun kebanyakan manusia sezaman dengannya
tidak menyedari kehadirannya..
namun Rasulullah SAW tidak begitu..
pada suatu hari,
Rasulullah SAW memanggilnya dengan lembut
"Julaibib, tidakkah engkau mahu menikah?"
tanya baginda..
"siapakah yang mahu menikahkan puterinya dengan diriku ya Rasulullah?"
jawab Julaibib tersenyum..
tiada tanda penyesalan atau menyalahkan takdir
pada kata-kata dan air mukanya..
pada hari berikutnya,
Rasulullah SAW bertanyakan hal yang sama pada beliau
"tidakkah engkau mahu menikah?"
sehingga tiga kali berturut-turut..
dan pada hari ketiga itu,
Rasulullah menghantarnya ke rumah seorang pemimpin kaum ansar..
lalu Rasulullah mengatakan,
"aku ingin menikahkan puteri kalian"
lalu si walinya berkata dengan berseri-seri
"betapa indah dan barakahnya..
sungguh akan bercahayalah rumah kami"
menyangka Rasulullah SAW lah calon suaminya..
"tetapi bukan untukku,ku pinang untuk Julaibib"
sambung Rasulullah SAW..
"Julaibib?!"
si ayah hampir menjerit..
"ya, untuk Julaibib"
ayah si gadis berbincang dengan isterinya..
berat rasanya menerima seorang lelaki yang penuh kekurangan menjadi
menantu mereka..
namun perbincangan mereka tidak bertahan lama..
si gadis,
anak yang solehah
berkata di sebalik tirai
"siapa yang meminta?"
si ayah dan ibu menjelaskan..
dan si gadis menjawab,
"apakah kalian mahu menolak permintaan Rasulullah?
demi Allah,kerana Rasulullah yang meminta,
tidak akan dia membawa kehancuran dan kerugian bagiku"
lalu menyambung dengan membaca ayat
"Dan tidaklah patut bagi lelaki beriman dan perempuan beriman, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan lain tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata”
(QS. Al Ahzab : 36)
Lalu Nabi berdoa
"ya Allah, limpahkan kebaikan atasnya dalam kelimpahan yang penuh barakah. Jangan Kau jadikan hidupnya payah dan bermasalah.."
Namun,
kebersamaan di dunia tidak ditakdirkan begitu lama..
meskipun di dunia,
si isteri seorang yang solehah dan bertaqwa,
tetapi bidadari syurga telah lama merinduinya..
Julaibib lebih pantas menghuni syurga
berbanding dunia yang tidak terlalu mesra dengannya..
di saat Julaibib syahid di medan juang,
Rasulullah SAW bertanya para sahabat di akhir pertempuran..
"Apakah kalian kehilangan seseorang?"
"tidak ya Rasulullah"
jawab mereka dengan penuh keyakinan..
lalu Rasulullah bertanya lagi,
"apakah kalian kehilangan seseorang?"
walaupun jawapan sama diterima,
namun nadanya tidak seyakin tadi..
beberapa sahabat mula menoleh ke kiri dan kanan..
mencari-cari jika ada yang kehilangan..
Rasulullah menghela nafasnya..
"tetapi aku kehilangan Julaibib.."
kata baginda..
"carilah Julaibib"
maka ditemukanlah Julaibib
bersama jasad 7 orang musuh yang dibunuhnya..
Rasulullah lalu mengkafankannya
dan mengatakan
"Ya Allah, dia adalah sebahagian dari diriku,
dan aku adalah sebahagian dari dirinya"
***************************************************************************************
Di jalan cinta para pejuang,
biarkan cinta berhenti di titik ketaatan.
Meloncati rasa suka dan tidak suka.
Melampaui batas cinta dan benci.
Karena hikmah sejati tak selalu terungkap di awal pagi.
Karena seringkali kebodohan merabunkan kesan sesaat.
Maka taat adalah prioritas yang kadang membuat perasaan-perasaan terkibas.
Tapi yakinlah,
di jalan cinta para pejuang,
Allah lebih tahu tentang kita.
Dan Dialah yang akan menyutradarai pentas kepahlawanan para aktor ketaatan.
Dan semua akan berakhir seindah surga.
Surga yang telah dijanjikanNya..
"dia adalah bagian dari diriku
dan aku adalah bagian dari dirinya"
-Rasulullah, tentang Julaibib-p/s: biarlah kita tidak dikenali di dunia, namun tinggi darjat di sisi Allah taala..
p/s2: suka diingatkan, siapa yang Allah mahu kebaikan baginya, akan diberi kefahaman tentang agama..mungkin dia hanyalah seorang tukang sapu sampah, seorang pengutip sampah namun kefahaman agamanya lebih tinggi beribu batu daripada kita, lalu dialah yang lebih mulia dan utama di sisiNya..
p/s3: anak bulan dah muncul atau belum? cepat2lah lahir ye anak bulanku sayang :) hehe
p/s4: salam Ramadhan Al-Kareem~
kalaulah kita tahu kebaikan bulan ramadhan, pasti kita mahu setiap bulan adalah bulan ramadhan..maka jangan sia2kannya..
p/s5: bdw, hari ni dapat jumpe my best friend!! Nana..rindu terlerai :)
Monday, August 17, 2009
Don't We All?
read it! nice story
One evening I was parked in front of the mall wiping off my car.
I had just come from the car wash
and was waiting for my wife to finish work.
Coming my way from across the parking lot
was what society would consider a bum.
From the looks of him he had no car, no home, no clean
clothes and no money.
There are times when you feel generous,
but there are times that you
just don’t want to be bothered.
This was one of the
“Don’t want to be bothered” times!
“Hope he doesn’t ask me for money,”
I thought.
He didn’t.
He came and sat on the curb in front of the bus stop
and he didn’t look like he could have enough money
to even ride the bus.
After a few minutes he spoke.
“That’s a very nice car,”
he said.
He was ragged, but had an air of dignity around him.
I said
“Thanks,”
and continued wiping off my car.
He sat there quietly as I worked.
The expected plea for money never came.
As the silence between us widened,
something inside said,
“Ask him if he needs any help.”
I was sure that he would say yes,
but I held true to the inner voice.
“Do you need any help?”
I asked.
He answered in three simple
but profound words that I shall never forget.
We often look for wisdom in great accomplishments.
I expect it from those of higher learning and accomplishments.
I expected nothing but an outstretched grimy hand.
He spoke three words that shook me,
“Don’t we all?”
he said.
I needed help.
Maybe not for bus fare or a place to sleep,
but I needed help.
I reached in my wallet and gave him not only enough for bus fare
but enough to get a warm meal and shelter for the day.
Those three little words still ring true.
No matter how much you have,
no matter how much you have accomplished,
you need help too.
No matter
how little you have,
no matter how loaded you are with problems,
even without money or a place to sleep,
you can give help.
Even if it’s
just a compliment, you can give that!
You never know when you may see someone that appears to have it all.
They are waiting on you to give them what they don’t have.
A different perspective on life,
a glimpse of something beautiful,
a respite from daily chaos,
that only you,
through a torn world can see.
Tuesday, August 11, 2009
Menang tanpa bertempur?
dah lama rasanya tak menulis something
(ye ke??)
atau disebabkan tengah cuti,
jadi rasa macam banyak masa..
tapi kerja banyak sebenarnya~
nak kongsi sedikit pengalaman yang berlaku semalam..
kira-kira jam 11 pagi,
saya, ayah dan abang jalan-jalan di Jaya Jusco Setiawangsa..
actually nak beli barang dapur..
ambil kesempatan jalan-jalan kejap..
sebelum masuk ke tempat groceries,
tiba-tiba abah memanggil saya..
"Duha, cuba tengok tu"
sambil menunjuk ke arah banner iklan
yang dipampang sepanjang kaunter pembayaran..
"SINARAN LEBARAN"
jelas terpapar..
sinaran lebaran?
"mungkin diorang ni tak kesah pun kalau ramadhan tak datang"
keluh abah
saya terdiam..
betul tu,
kenapa sibuk menantikan kehadiran lebaran?
Ramadhannya mana?
bukankah lebaran aka hari raya aidilfitri,
adalah hari kemenangan selepas menempuh bulan ramadhan?
kalau tiada bulan ramadhan,
tiadalah lebaran..
tapi, umat islam sekarang hanya menanti lebaran..
tanpa memikirkan persiapan buat Ramadhan Al-karim..
sedangkan ianya penghulu segala bulan..
amal perbuatan yang dilakukan di dalamnya,
pasti dilipatgandakan pahalanya..
teringat gurauan kakak saya beberapa hari sebelum..
"raudah tak sabar tunggu ramadhan"
dia berada di Dhaka sekarang..
di rumah ibu mertuanya..
Alhamdulillah,
dia nampak gembira :)
"ha ah..besnye ramadhan da dekat"
balas saya..
"eh, orang malaysia sambut ramadhan ke?"
saya tahu,
dia bergurau..
namun menyebabkan saya terasa..
mungkin 6 tahun dia di mesir,
dia benar-benar tahu..
suasana sambutan ramadhan disana dan disini memang berbeza..
kalau bulan ramadhan menjelang,
dia tak pernah menyatakan mahu menyambutnya di rumah..
dia takkan bosan bercerita mengenai suasana ramadhan di bumi anbiya' itu..
lively..katanya
membuatkan saya iri hati..
namun saya tak tahu di Dhaka suasananya bagaimana nanti..
kalau di Malaysia,
pasti kita semua tahu bahawa ramadhan hampir tiba
apabila di shopping complex
lagu-lagu hari raya mula didendangkan..
manusia mula sibuk membeli belah..
lagsir baru..
sofa baru..
sarung bantal baru..
alas meja baru..
kerusi,meja lampu..
semuanya baru..
pada malam hari,
masjid mula penuh..
Alhamdulillah..
tapi jarang berkekalan sampai ke akhir ramadhan..
siapa nak buat kuih kalau kita sibuk di masjid?
siapa nak pasang langsir?
nak masak rendang?
buat ketupat?
sedangkan..
malam-malam terakhir ramadhan itulah yang sepatutnya kita kejar..
inikah ramadhan yang diwariskan kepada kita?
Ramadhan yang MATI..
tak bernyawa..
kini..
Ramadhan betul-betul hampir tiba..
kalau untuk raya,
mungkin kita sudah mula membuat persiapan sebulan sebelumnya..
apatah lagi ramadhan sepatutnya..
just a short reminder..
Moga Ramadhan kali ini, lebih baik dari sebelumnya..
Ya Allah, berikan kami berkat dan limpah kurniaMu di bulan Ramadhan kali ini dan seterusnya..
Allahumma ballighna ramadhan..
Amiin~
**********************************************************************************
one of my fav nasyid..
ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza
ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman
mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu
mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa
takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga
The Zikr
Ramadhan 2 Zaman
**********************************************************************************
p/s: Alhamdulillah, 1st day of ramadhan ada di rumah bersama family :)
p/s2: ya Allah beri kami kekuatan untuk menghidupkan malam-malam hari terutama di bulan ramadhan
p/s3: tadi terjumpa Tun Syafiqah (FKG08) di berjaya times square..tiba-tiba teringat Unpad :p hehe
Wednesday, August 5, 2009
fast2fund
Maybank - Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia - 5622 0960 8847
for enquiries & bank-in notification, e-mail to fast2fund.pal@gmail.com
~~~*****~~~
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya
pada jalan Allah adalah sama seperti sebiji benih
yang tumbuh memberikan tujuh tangkai,
setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
Dan (ingatlah),
Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya,
dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, l
agi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
2:261
-~~~*****~~~
Tuesday, August 4, 2009
coretan
setelah 6 bulan tak pulang ke rumah..
kini sy berada di Malaysia tercinta~
review sedikit apa yang terjadi beberapa hari sebelum pulang:
020809(Ahad)
tngah hari: makan pecel lele (aka ikan keli dan sambal) bersama adik2 TWP09..
lepas maghrib: kenduri kecil-kecilan di rumah baru (sponsored by tuan rumah)
jam 9 malam: sambut birthday Syaira kat Alpina
030809(isnin)
pagi: Judicium 2!!
tengah hari: print tiket, ambil passport dan fiscal (fiscal tak dapat '-__- )
malam: kemas rumah di cikuda, takleh tido sebab excited nak balik..
jam 11+ malam: budak2 yang pulang ke Malaysia dari Jakarta bertolak kr bandara jakarta..
040809(selasa)
3 pagi: tunggu MPV
3.40 pagi: baru bapak driver sampai..takut tertinggal flite '-__-
3.55 pagi: meluncur laju ke airport Bandung setelah ambil semua orang di sukawening dan Puri Alpina
4.30 pagi: tiba di airport
6.00 pagi: take off ke Malaysia :) (Air Asia x delay! )
9.00 pagi: Alhamdulillah..tiba di LCCT, Malaysia~
Alhamdulillah..
tawan gunung geulis, picnic di Al-ma'soem, Mabit lawat rumah ank yatim
harap dapat diteruskan..
insyaAllah..
kena lebih bersemangat 2nd year nanti..
:)
p/s: Alhamdulillah judicium2 berlalu dengan baik :) tahniah buat semua..(kalau takde peningkatan pun, yang penting kita dah usaha..pahala tu tetap ada iA )
p/s2: pagi tadi waktu pegi amek abang kat Jalan Duta, borak2 pasal keadaan di Malaysia..rupanya sngt banyak benda yang saya ketinggalan '-__-
p/s3: H1N1 makin teruk..banyak uni yang tutup sementara..Al-Amin pun ade yg suspected dah..harap2 semua urusan dipermudahkan..
p/s4: semalam masak tom yam ngn daging masak black pepper, Alhamdulillah brjaya..tapi tom yam terlebih masam :p (adakah salah perencah?) anyway, ada orang kata kene improve lagi..tenkiu2
p/s6: dapat tau ramai kawan dan cikgu yang ditangkap sewaktu menyertai perhimpunan mansuhkan ISA..Alhamdulillah cg Norlaila dah lepas, dan beberapa kawan dah lepas..tapi, ada junior yang bawah umur pun kena tahan..boleh ek camtu?? hurm~ anything is possible! '-__- moga Allah melindungi kita semua yang mencari kebenaran.. "kebatilan akan ditenggelamkan oleh kebenaran"