Thursday, August 20, 2009

today is a nice day~

Assalamualaikum..

hari ni ditugaskan oleh ummi
untuk bawa adik ke Hospital Ampang Puteri..

dalam pukul 10 pagi
saya dan adik bertolak..

tapi..
ummi dah bawa kereta ke pejabat..
dan satu-satunya kereta yang ada kat rumah pula rosak..

jadi..
kenalah naik public transport..
disebabkan semangat,
jadi ajak adik JALAN KAKI keluar dari Bukit Antara Bangsa..
plannya,
kat luar baru nak ambil teksi atau bas..

lepas dah penat lelah jalan
(rupanya jauh jugak '-___- )
Alhamdulillah dapat teksi..
(tak berani ambil bas sebab tak tau dia berhenti kat mana)



and Alhamdulillah..
hari ini semua orang yang kami temui baik-baik belaka..
dari pak cik teksi yang amat peramah..
penjaga kaunter hospital yang baik hati..
kepada doktor dermatologist (Dato' Dr Biduwiyah)
yang juga amat ceria
(macam dah kenal lama dengan kami)
sehinggalah sekali lagi pak cik teksi yang berbudi bicara
yang menghantar kami pulang hingga ke rumah..

kalaulah semua orang seperti mereka,
insyaAllah orang ramai akan rasa selamat tinggal di atas muka bumi ni..

************************************************************************************
berbalik pada tujuan sebenar meng'post' artikel ni..
ingin berkongsi sebuah kisah
sedikit ulasan dari buku karya Salim A.Fillah
Jalan Cinta Para Pejuang..

Tentang seorang sahabat Rasulullah SAW
yang jarang sekali diperkatakan..
begitu pula di zamannya..
dia hanyalah seorang lelaki yang tidak dikenali..
iaitu JULAIBIB r.a.


namanya Julaibib sudah menunjukkan ciri-ciri fizikalnya iaitu kerdil..
dia dilahirkan dengan begitu banyak kekurangan
sama ada dari segi fizikal,
nasab keturunan,
harta benda
dan sebagainya..

sedangkan semua itulah yang menjadi
ukuran ketinggian status
bagi seorang pemuda di zamannya

tidak siapa yang tahu siapakah ayahnya..
atau ibunya dan dari mana asal keturunannya..
dan mungkin tiada siapa yang mahu mengambil tahu..

Julaibib disisih dari masyarakat,
sehinggakan Abu Barzah
iaitu pemimpin Bani Aslam
pernah berkata

"Jangan pernah biarkan Julaibib masuk diantara kalian!
Demi Allah, jika dia berani begitu, akan ku lakukan hal yang mengerikan padanya"

namun,
jika Allah hendak memberi kebaikan pada seseorang,
akan Dia berikan dalam bentuk kefahaman pada agama..
bukanlah pada harta benda, keturunan dan rupa..

Julaibib diberi nikmat teragung di dunia
iaitu nikmat iman dan islam..

dia sering berada di saf paling hadapan ketika solat berjemaah
dan begitu pula ketika dalam jihad fi sabilillah..

walaupun kebanyakan manusia sezaman dengannya
tidak menyedari kehadirannya..
namun Rasulullah SAW tidak begitu..

pada suatu hari,
Rasulullah SAW memanggilnya dengan lembut
"Julaibib, tidakkah engkau mahu menikah?"
tanya baginda..

"siapakah yang mahu menikahkan puterinya dengan diriku ya Rasulullah?"
jawab Julaibib tersenyum..
tiada tanda penyesalan atau menyalahkan takdir
pada kata-kata dan air mukanya..

pada hari berikutnya,
Rasulullah SAW bertanyakan hal yang sama pada beliau
"tidakkah engkau mahu menikah?"
sehingga tiga kali berturut-turut..

dan pada hari ketiga itu,
Rasulullah menghantarnya ke rumah seorang pemimpin kaum ansar..
lalu Rasulullah mengatakan,

"aku ingin menikahkan puteri kalian"

lalu si walinya berkata dengan berseri-seri
"betapa indah dan barakahnya..
sungguh akan bercahayalah rumah kami"

menyangka Rasulullah SAW lah calon suaminya..

"tetapi bukan untukku,ku pinang untuk Julaibib"
sambung Rasulullah SAW..

"Julaibib?!"
si ayah hampir menjerit..

"ya, untuk Julaibib"

ayah si gadis berbincang dengan isterinya..
berat rasanya menerima seorang lelaki yang penuh kekurangan menjadi
menantu mereka..

namun perbincangan mereka tidak bertahan lama..
si gadis,
anak yang solehah
berkata di sebalik tirai

"siapa yang meminta?"

si ayah dan ibu menjelaskan..

dan si gadis menjawab,
"apakah kalian mahu menolak permintaan Rasulullah?
demi Allah,kerana Rasulullah yang meminta,
tidak akan dia membawa kehancuran dan kerugian bagiku"

lalu menyambung dengan membaca ayat
"Dan tidaklah patut bagi lelaki beriman dan perempuan beriman, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan lain tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata
(QS. Al Ahzab : 36)

Lalu Nabi berdoa
"ya Allah, limpahkan kebaikan atasnya dalam kelimpahan yang penuh barakah. Jangan Kau jadikan hidupnya payah dan bermasalah.."

Namun,
kebersamaan di dunia tidak ditakdirkan begitu lama..
meskipun di dunia,
si isteri seorang yang solehah dan bertaqwa,
tetapi bidadari syurga telah lama merinduinya..

Julaibib lebih pantas menghuni syurga
berbanding dunia yang tidak terlalu mesra dengannya..

di saat Julaibib syahid di medan juang,
Rasulullah SAW bertanya para sahabat di akhir pertempuran..
"Apakah kalian kehilangan seseorang?"

"tidak ya Rasulullah"
jawab mereka dengan penuh keyakinan..

lalu Rasulullah bertanya lagi,
"apakah kalian kehilangan seseorang?"

walaupun jawapan sama diterima,
namun nadanya tidak seyakin tadi..

beberapa sahabat mula menoleh ke kiri dan kanan..
mencari-cari jika ada yang kehilangan..

Rasulullah menghela nafasnya..
"tetapi aku kehilangan Julaibib.."
kata baginda..

"carilah Julaibib"

maka ditemukanlah Julaibib
bersama jasad 7 orang musuh yang dibunuhnya..

Rasulullah lalu mengkafankannya
dan mengatakan
"Ya Allah, dia adalah sebahagian dari diriku,
dan aku adalah sebahagian dari dirinya"

***************************************************************************************

Di jalan cinta para pejuang,

biarkan cinta berhenti di titik ketaatan.

Meloncati rasa suka dan tidak suka.

Melampaui batas cinta dan benci.

Karena hikmah sejati tak selalu terungkap di awal pagi.

Karena seringkali kebodohan merabunkan kesan sesaat.

Maka taat adalah prioritas yang kadang membuat perasaan-perasaan terkibas.

Tapi yakinlah,

di jalan cinta para pejuang,

Allah lebih tahu tentang kita.

Dan Dialah yang akan menyutradarai pentas kepahlawanan para aktor ketaatan.

Dan semua akan berakhir seindah surga.

Surga yang telah dijanjikanNya..


"dia adalah bagian dari diriku

dan aku adalah bagian dari dirinya"

-Rasulullah, tentang Julaibib-


p/s: biarlah kita tidak dikenali di dunia, namun tinggi darjat di sisi Allah taala..

p/s2: suka diingatkan, siapa yang Allah mahu kebaikan baginya, akan diberi kefahaman tentang agama..mungkin dia hanyalah seorang tukang sapu sampah, seorang pengutip sampah namun kefahaman agamanya lebih tinggi beribu batu daripada kita, lalu dialah yang lebih mulia dan utama di sisiNya..

p/s3: anak bulan dah muncul atau belum? cepat2lah lahir ye anak bulanku sayang :) hehe

p/s4: salam Ramadhan Al-Kareem~
kalaulah kita tahu kebaikan bulan ramadhan, pasti kita mahu setiap bulan adalah bulan ramadhan..maka jangan sia2kannya..

p/s5: bdw, hari ni dapat jumpe my best friend!! Nana..rindu terlerai :)

8 comments:

Liyana said...

tahniah dapat hari yang best!!!

selamat menyambut ramadhan dengan kegemberiaan yang bertambah2!!!

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”

(Bukhari & Muslim)

Balqis Riza said...

salam

bestnye kisah ni..tak pnh baca pon kisah ni..terharu pulak..

nway, selamat menyambut ramadhan..=)

|makhlukDIA| said...

kisah yang sangat, sangat, sangat

HEBAT.

betapa hebatnya keprihatinan Rasulullah pada umatnya.

rindu pada Rasulullah

Al-Tuah Al-Shahab said...

salam,
xpnah dgr nama sahabat ni rasanya...

'mungkin dia hanyalah seorang TUKANG SAPU SAMPAH, seorang PENGUTIP SAMPAH namun kefahaman agamanya lebih tinggi beribu batu daripada kita, lalu dialah yang lebih mulia dan utama di sisiNya..'

sedihnya jadi MEREKA, dijadikn cnth mereka yg hina di dunia...ish3

p/s: bila bleh register ni?

fUyUki said...

salam duha..

suka yg mcm sajak kat bwh tu.
hehe.

btullah, jgn di dunia x dikenali, di akhirat pun x dikenali.

selamat ber'ramadhan'
smoge doa2 duha termakbul lah di bulan mulia neh
=))

duha said...

pudding- thanks!! :)

sama2 juga kpd anda~

jom rebut peluang di bulan ramadhan!!

balqis-waalaikumussalam..Alhamdulillah skang kita dah sama2 tau..hehe

thanks :)

duha said...

makhlukDia- yup..sebab tu lah baginda adalah pemimpin sekalian ummat..

banyak2 selawat padanya..moga kita tergolong dalam mereka yang diberi syafaat di akhirat kelak dan dapat bertemu dengan baginda di syurga nanti..amiin~

AlTuah-erm..takpelah..skrg dah dgr..Alhamdulillah..erm..

walaupun mrk tu contoh mereka yg 'hina' di dunia, tapi di sisi Allah kita belum tau..Raja, presiden, perdana menteri atau segala yang nampak agung dan mulia pun tak semestinya dipandang oleh Allah taala..status dunia tak begitu penting dibanding status di sisiNya..

p/s:register ape?? masuk 2nd year ke? hehe

duha said...

fuyuki-waalaikumussalam..jazakillah atas ucapan dan doanya :)

bulan ramadhan ni pintu rahmat terbuka..jd banyak2 lah memohon ampun dan berdoa padanya..insyaAllah akan dikabulkan.. :)

amiin~