Tuesday, October 27, 2009

Salahuddin Al-Ayyubi


Salahuddin Al-Ayyubi..
dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi
di Kota Tarkit
iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris,
terletak di antara Mosul dan Baghdad.

Beliau adalah anak kepada seorang gabenor.
Ayahnya,
Najmuddin Ayyub bin Shadhi
Adalah anak saudara kepada sultan Nuruddin Zenki
Berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan.

Selain sebagai panglima perang,
beliau adalah pendakwah,
mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab..

Ketika hayatnya,
beliau lebih banyak berada di khemah perang
daripada duduk di istana bersama keluarga.
Siapa saja yang menggalakkannya berjihad
akan mendapat kepercayaannya.

Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib,
beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya
kepada persiapan perang
dan menaikkan semangat tentera.

Di medan perang,
beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal.
Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain
untuk mengingatkan tenteranya
supaya benar-benar berjihad di jalan Allah

Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air
dengan mata yang berlinangan
mengajak manusia agar bangkit membela islam..

Ketika berusia 17 tahun,
Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat
dengan Nuruddin di Damsyik.
Beliau adalah panglima tentera,
pemimpin dan pentadbir negara
yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib.

Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di Mesir, Palestin dan Syria..
Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi)
apabila menyertai ekspedisi
bersama-sama Asaduddin Shirkuh (pakciknya)
yang dihantar oleh Nuruddin
bagi menentang tentera Salib di Mesir.
Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir
pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1169 Masihi).
Selepas Shirkuh meninggal dunia,
tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi.
Pada masa sama,
Nuruddin melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.

Bagi memperkukuhkan tentera Islam,
Salahuddin meminta negara Islam
diurus di bawah satu pemerintahan..
Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak
termasuk pemimpin Syria,
cita-cita Salahuddin termakbul.

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi),
khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan
Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir
dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin.
Pada tahun itu juga beliau membina
Kota pertahanan di Kaherah..

Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi)
berlaku Perang Salib kedua,
yang juga dikenali sebagai Perang Hittin.
Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi
Hingga membuka jalan mudah menawan kembali Baitul Maqdis.

Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi)
berlaku Perang Salib ketiga,
hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian.
Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis
daripada orang Islam.

Walaupun perang Salib yang ketiga itu
menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian,
mereka tidak mampu menggugat
kekuatan tentera Salahuddin Al-Ayyubi..

Pihak Kristian mengalami kekalahan
dan ramai tentera terbunuh dan tertawan.
Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun,
dapat ditakluki semula oleh Salahuddin Al-Ayyubi
dengan bantuan Allah taala..
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin
ketika peperangan sangat jauh berbeza
daripada kekejaman tentera Kristian.
Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.

Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan,
kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam.
Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya
ketika orang Kristian menyerah kalah.

Tenteranya sangat bertanggungjawab,
menjaga peraturan di setiap jalan,
mencegah segala bentuk kekerasan
sehingga tidak ada kedengaran orang kristian dianiaya.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan
mengenai tindak-tanduk tentera Kristian
ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099.
Tercatat dalam sejarah bahawa
ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem,
jalan itu dipenuhi mayat,
orang Islam yang tidak bersenjata diseksa,
dibakar dan dipanah dari jarak dekat
di atas bumbung dan menara rumah ibadat.

Darah membasahi bumi
yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam
secara beramai-ramai.
Ia juga mencemarkan kesucian gereja
yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang.

Diriwayatkan dalam sebuah kisah yang menarik,
setelah Sultan Salahuddin al-Ayyubi
berjaya menawan kembali Baitul Maqddis,
beliau berjalan-jalan di sekeliling kota.

Tiba-tiba beliau disapa oleh seorang lelaki tua
beragama Kristian,
katanya:
“Wahai pahlawan agung,
mengapa tuan tidak membalas semula tindakan kejam tentera salib
terhadap tentera tuan?”

Jawab Sultan Salahuddin:
“Wahai orang tua,
agama kami bukan sahaja melarang sifat membalas dendam,
tetapi sangat menegah tindakan di luar batas perikemanusiaan
seperti yang pernah musuh-musuh kami lakukan.
Islam menyuruh kami menepati janji,
memaafkan kesalahan orang lain,
dan melupakan kekejaman pihak musuh ketika mereka berkuasa..

“Alangkah indahnya agama tuan!
Saya ingin sangat menikmati kehidupan yang indah seperti itu
pada sisa-sisa akhir hidup ini.
Apakah yang patut saya lakukan untuk memeluk agama tuan yang mulia ini?”
Sambung orang tua itu.

Lalu Sultan Salahuddin menjawab,
“Lafazkanlah syahadah,
beriktikadlah bahawa Allah SWT itu Maha Esa
dan Muhammad itu Rasul-Nya.
Kemudian kerjakanlah apa yang Allah Taala perintahkan
dan tinggalkanlah segala larangan-Nya.”

Mendengar penjelasan itu,
lelaki itupun terus mengucap dua kalimah syahadah dengan penuh keyakinan.

Salahuddin Al-Ayyubi meninggal pada 27 safar 589H (1193M)
Pada usia 55 tahun
Di Damsyik Syria
Setelah memerintah selama 25 tahun.
Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Beliau meninggal dunia
tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan.
Beliau dikatakan hanya memiliki
47 dirham wang perak
dan 1 dinar wang emas.
Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau,
manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

***********************************************************************************

ref: albalagh.net dan http://www.scribd.com/doc/12751516/Salahuddin-Al-Ayyubi

Wallahua’lam..
Semoga mendapat pengajaran,
Dan sama-samalah kita cuba contohi
Seorang tokoh islam yang Agung..
Moga dengan akhlak kita,
Dapat membuka hijab antara islam dan orang ramai..
insyaAllah~



p/s: Alhamdulillah dah berjaya derma darah untuk pertama kalinya~ walaupun banyak komplikasi dilalui '-____-

p/s2: exam sudah dekat sangat..study2..

p/s3: insyaAllah nak dapat anak buah baru.. \(^.^)/ moga semua berjalan lancar~

Saturday, October 24, 2009

*unknown*

Tiba-tiba rasa nak balik rumah..

Duduk dengan keluarga..


Hurm..

Rindu?

Homesick?

Mungkin..


Tapi,

Lebih kepada mahu dan memerlukan sokongan mereka..


Benarlah ya Allah,

Hanya Engkau sahaja yang mengetahui makhluk ciptaanMu ini..


Andai si adam mengaku memahami si hawa..

Takkan mungkin kefahamannya mampu mengatasi kefahaman

Sang Pencipta jiwa si hawa..

Bahkan takkan mungkin mendekati kefahamanMu itu..


Hukuman dan peraturan yang Kau cipta buat manusia,

Semuanya demi kebaikan kami..

Namun sering dicerca dan dihina,

Dituduh ketinggalan zaman dan kejam..

Malah kamilah yang kejam terhadap diri sendiri..


Maka kepadaMu sahajalah diadukan segalanya..

Dan hanya kepadaMu lah kami menyembah dan kami mohon pertolongan..


Entah kenapa,

Rasanya makin lama cuba ‘memasuki’ medan ini,

Makin banyak kesalahan yang dilakukan..

Kurang perihatin

Kurang perhatian


Moga Allah mengampuni kesalahan diri ini.

Begitu juga yang diharapkan dari rakan seperjuangan..






Ya Allah..

Tuan yang Maha pengasih,penyayang, pemaaf dan segala sifat terpuji hanya bagiMu..

Adakah layak diri ini menjadi hambaMu?





p/s: i’m not a quitter! Jangan lari dr masalah~


p/s2: selamat menjalani peperiksaan pada semua yang berkaitan


p/s3: terasa nak tekan butang restart dalam kehidupan ni..tapi, kalau dah restart, semua memory akan hilang..bila kita akan belajar dari kesilapan dan menimba pengalaman..cumanya..mengingati dosa silam amat menyakitkan..'-____-


Tuesday, October 20, 2009

kembalikan kegemilangan

kembalikan kegemilangan

Manusia ciptaan mulia
Sempurna penuh harapan untuk gemilang
Kita dicipta sebagai ummah
Pemimpin dunia dan sebagai ikutan

Namun kini mengecewakan
Segalanya kita ketinggalan
Indah hanya sejarah

Generasi pewaris
Bangkitlah berjihad di jalan-Nya
Kembalikan kekuatan
Pembela ummah pengabdi ilahi

Pejuang Allah yang setia,
Pembela ummah dan negara,
Berjuanglah

Mulia atau sebaliknya
Di tanganmu penentuannya
Untuk ummahmu jua imanmu
Berjihadlah

-brothers-

p/s: indah hanya sejarah..?? sampai bila?

Friday, October 16, 2009

isu niqab

baru-baru ini,
ada isu tentang pemakaian niqab atau purdah
dimana dikatakan wanita tidak dibenarkan memakai niqab..

saya menjadi penasaran bila mendapat tahu
bahawa kenyataan itu KONONNYA dikeluarkan oleh syeikh besar
dari universiti Al-Azhar
iaitu al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi

bagi mereka yang inginkan penjelasan..
dan bagi mengelakkan salah faham..
harap boleh baca sedikit perkongsian di bawah..

*****************************************************************************

Al-Imam Al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
sering dinista oleh akhbar dan berita.
Banyak tindakan dan ucapan beliau dieksploitasi
sehingga beliau sering diburukkan.

Sebelum ini beliau dituduh dengan tuduhan menghalalkan riba
sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

Kali ini beliau dituduh pula dengan tuduhan ingin mengharamkan niqab.

Berikut adalah sedikit kronologi peristiwa yang berkait dengan isu niqab ini.


1. Isu bermula
apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
melawat satu sekolah maahad al-Azhar
khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi)
pada Sabtu bersamaan 4/10/2009.
Beliau telah melawat satu kelas
lalu melihat ada seorang pelajar perempuan
bernama Alak ( آلاء ) memakai purdah.
Alak berumur 13 tahun.

2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah
kerana kelas tersebut
hanya untuk para pelajar perempuan sahaja.
Beliau merasa hairan
mengapa pelajar tersebut memakai purdah
sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan,
guru yang mengajar
adalah guru perempuan
dan bilik kelas adalah tertutup.
Alak pada awalnya tidak membuka niqab
apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
memintanya membuka niqab.

3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
selepas itu telah menegaskan
bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan
memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka.
Beliau juga menafikan kenyataan media
yang menyatakan
bahawa beliau bercakap dengan Alak
dengan nada suara yang kasar.

4. Majlis Tertinggi Al-Azhar ( المجلس الأعلى للأزهر الشريف )
telah mengadakan mesyuarat tergempar
yang dipengerusikan oleh
Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009
untuk membincangkan isu niqab ini.

Majlis telah memutuskan bahawa:

• Para pelajar perempuan dibenarkan
untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab.
Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang
daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

• Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab
apabila ada orang lelaki bersama mereka
di dalam premis al-Azhar

• Para pelajar perempuan
tidak dibenarkan memakai niqab
di dalam bilik-bilik kelas
kerana semua pelajar adalah perempuan.
Larangan ini berkuatkuasa
apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan
untuk memakai niqab
sewaktu peperiksaan berlangsung.
Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung
hendaklah di kalangan wanita.

• Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita
daripada memakai niqab
dalam kehidupan seharian mereka
sebaliknya Majlis tidak bersetuju
niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya
yang akan memberikan kesan yang negatif
pada pemikiran kanak-kanak
lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa
wajah wanita wajib untuk ditutup adalah
pandangan minoriti fuqaha Islam.

5. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
menegaskan bahawa beliau menghormati
wanita yang memakai niqab
selagi mana tidak menyakiti orang lain
dan tidak membawa kepada masalah keamanan.

Beliau menegaskan bahawa
tujuan ketetapan Majlis Tertinggi Al-Azhar tersebut dibuat
adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan.
Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki
ke dalam premis al-Azhar
yang khusus untuk pelajar perempuan.

Selain itu ketetapan ini juga dibuat
demi untuk mengelakkan berlakunya
penipuan di dalam peperiksaan.
Beliau menegaskan bahawa
tahun lepas menyaksikan 12 kes penipuan
semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab
yang terbabit telah meletakkan
alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai.


Sumber:

1. Surat Khabar al-Liwa’al-Islami bertarikh 15 Oktober 2009,
bilangan ke 1447, m/s 1

2. Majalah al-Musowwar bertarikh 14 Oktober 2009,
bilangan ke 4436, m/s 15 - 16.

3. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=
ArticleA_C&cid=1254573447321&pagename=
Zone-Arabic-News/NWALayout

4. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=
ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=
1254573332008

5. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=
ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=
1254573461106&utm_source=
rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rss


harap penjelasannya jelas dan dapat menghapuskan
kesalah fahaman yang telah timbul..
semoga Allah merahmati kita semua~


*******************************************************************************

p/s: baru je bincangkan hal ni dalam usrah, tapi tak berani komen lebih2..sebab tak tau situasi sebenar..Alhamdulillah dah ada penjelasan.. :)

p/s2: apabila mendapat sesuatu berita, cek dulu kesahihannya~

Tuesday, October 13, 2009

jenayah!

jenayah semakin menjadi-jadi..
sedang ber'skype' dengan dik..
tiba-tiba dia menceritakan satu peristiwa menakutkan..
yang berlaku pada jiran kami..

semalam..
satu kejadian tak disangka-sangka berlaku..
mungkin sebelum ini,
memang sudah terjadi kes pecah kereta dan sebagainya..
tapi malam tadi,
sehari sebelum adik saya tamat menduduki peperiksaan PMR..
seorang mak cik ditetak di bahagian bahu
akibat enggan menyerahkan beg tangannya kepada seorang lelaki..

hari ini,
ada paper KHB dan BAK..
killer paper katanya
(sampai berpeluh-peluh ketika menjawab)

sedang dia sibuk menelaah matapelajaran (mungkin),
tiba-tiba kedengaran suara seorang wanita menjerit meminta tolong..

Alhamdulillah,
dia dapat bergerak pantas memanggil bibik kami keluar
untuk menghulurkan bantuan..

bahu aunty itu berdarah..
tidak dapat dipastikan sedalam mana lukanya..

tiba-tiba,
satu kelibat mendekati adik saya..
rupa-rupanya penjenayah tadi masih berada di tempat kejadian..

"relax dik, pegi ,masuk umah balik!"
dengan selamba dan tiada hati perut,
peragut dan hampir pembunuh itu memberi arahan pada adik saya..

adik saya akur..
memandangkan ada sebilah parang yang tergenggam kemas di tangannya..

namun sayang,
penjenayah tersebut memakai helmet
dan kegelapan malam menyukarkan pengecaman muka dilakukan..

ummi menjadi tidak menentu melihat kejadian itu..
bimbang akan keselamatan anak perempuannya barangkali..

kemudian..
adik saya bergegas ke dalam rumah
sambil menarik tangan bibik kami..

setibanya di rumah,
telefon segera dicapai dan polis dipanggil ke tempat kejadian..

namun,
seperti biasa..
polis amat LAMBAT
dan menyebabkan penjenayah 'terselamat' dari tangkapan..

sekarang,
semua sudah kembali tenang..
walaupun adik saya tidak dapat melelapkan mata pada malam tersebut,
saya berharap peperiksaannya berjalan lancar pada hari ini..

semoga aunty sudah sehat..
dan tiada gangguan secara mental..
semoga ahli keluarga saya..
dan jiran2 semua dijauhkan dari sebarang kejadian seperti itu lagi..

hanya Allah yang mampu membalas
dengan balasan yang setimpal..

wallahua'lam..



p/s: saya sangat SANGAT dan sangat geram pada si penjenayah kerana langsung tidak mempunyai hati perut..boleh pulak suruh orang relax?? mungkin dia harus ditetak bahunya dulu dan kemudian..kita suruh dia relax..apa agaknya die rasa?

p/s2: lepas PMR ada PMRI..jadi jangan enjoy dulu..pegi belajar!! :D (pesanan buat si anhar dan kawan2) hehe

p/s3: hari ni hari jadi pisang..buat yg tak tau..pisang adalah my beloved cat

pisang~

Monday, October 5, 2009

Diabetes Mellitus type 2

sekarang saya berada dalam semester ketiga..
dan sedang belajar tentang endocrine system..
iaitu satu sistem kompleks yang mengawal hormone2 dalam badan kita..

subhanallah~

sempurna sungguh ciptaan Allah..

namun,
sistem ini hampir menutup tirainya..

kami sedang mempelajari kes kedua terakhir,
iaitu tentang diabetes mellitus type 2 (DM2)..

bercerita sedikit mengenai Diabetes..

Diabetes adalah satu penyakit
diamana pesakit yang menghidapnya
mempunyai kadar gula yang tinggi dalam darah..

secara normal,
apabila gula di dalam badan kita melebihi paras yang sepatutnya..
hormon insulin akan menukarkan insulin menjadi glycogen
iaitu storage of glucose (gula) dalam badan..
dan dalam masa yang sama,
insulin juga akan mem'promote' uptake of glucose
oleh sel2..

semua ini untuk mengembalikan kadar gula ke tahap normal semula..

tapi,
apabila kita mengambil terlalu banyak gula,
lama kelamaan insulin tidak akan dapat
menampung semua glucose tersebut,
dan insulin yang terlalu banyak menyebabkan cell kita
tidak lagi akan memberi respon yang sepatutnya pada hormon insulin..

ini yang dipanggil sebagai insulin resistance..

mungkin ada yang tertanya-tanya,
post ni ringkasan lecture note ke?

bukan..
sebenarnya,
ini adalah satu analogi..
tentang sifat malu dalam diri seseorang..

semalam,
seorang sahabat meluahkan..
sedih melihat masyarakat persekitaran
yang tidak malu menzahirkan maksiat-maksiat yang dilakukan..

lelaki perempuan bersentuhan,
malah ada yang berpelukan sesuka hati..
tidak ada rasa malu antara manusia,
apatah lagi pada yang Maha Esa..

apa kaitan dengan DM2?
insulin resistance adalah keypoint paling penting..



setiap manusia diberi sifat malu..
msutahil ada yang sejak dari lahirnya sudah biasa bermaksiat..
melainkan dia telah dibesarkan dalam keadaan sebegitu..
hingga ia TERBIASA..

banyak sekali rakan saya yang pada asalnya
melu untuk bertentang mata dengan kaum adam..
namun kerana nafsu,
dipaksa hatinya untuk menerima maksiat tersebut,
dan diingkari fatwa dari hati yang bersih..

lalu,
apabila terlalu banyak maksiat yang kita lakukan,
secara tak langsung,
kita mengkikis sifat malu itu perlahan2..
dan akhirnya..
diri kita akan menjadi resistance terhadap maksiat itu..
dan hilanglah sifat malu kita..

bak kata pepatah,
alah bisa tegal biasa..

maka,
kita tidak akan lagi rasa bersalah melakukan maksiat
atau dosa,
kerana sifat malu sudah dicabut dari diri kita..
naudzubillah..

sabda nabi Muhammad SAW,
'bila engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu'

dan ketahuilah malu itu sangat berharga..

oleh itu,
kita sebagai manusia yang berakal fikiran,
haruslah mengambil langkah untuk prevent
resistancy ini daripada berlaku..

jagalah sifat malu itu sebaik mungkin..
moga sifat malu dikekalkan dalam diri kita..
dan kemaksiatan tidak menjadi serasi dengan kita..

wallahu'alam~

p/s: di utusan ada lagi berita (5 okt) mengenai seorang wakil rakyat non-muslim membaca ayat Al-Quran dalam kempen pilihanraya..dia dikecam dan dicemuh, malah diminta memberi penjelasan, mengapa dia diberi kebenaran untuk membaca ayat tersebut..'-___- wahai rakan dan sahabat sekalian..sedarlah bahawa islam itu rahmat bagi sekalian alam..Al-Quran itu bukan hanya untuk umat islam, malah boleh dibaca oleh sesiapa yang berkehendak..moga Allah memberi hidayah pada sesiapa yang mendengar dan membacakannya..kalau benar Al-Quran dicemuh dan diinjak, ya umat islam harus mempertahankannya..adakah seorang non-muslim membacanya dianggap satu cemuhan? atau sepatutnya satu kebanggaan bahawa Al-Quran itu juga menjadi salah satu rujukan mereka? fikir2kan~