Friday, October 16, 2009

isu niqab

baru-baru ini,
ada isu tentang pemakaian niqab atau purdah
dimana dikatakan wanita tidak dibenarkan memakai niqab..

saya menjadi penasaran bila mendapat tahu
bahawa kenyataan itu KONONNYA dikeluarkan oleh syeikh besar
dari universiti Al-Azhar
iaitu al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi

bagi mereka yang inginkan penjelasan..
dan bagi mengelakkan salah faham..
harap boleh baca sedikit perkongsian di bawah..

*****************************************************************************

Al-Imam Al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
sering dinista oleh akhbar dan berita.
Banyak tindakan dan ucapan beliau dieksploitasi
sehingga beliau sering diburukkan.

Sebelum ini beliau dituduh dengan tuduhan menghalalkan riba
sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

Kali ini beliau dituduh pula dengan tuduhan ingin mengharamkan niqab.

Berikut adalah sedikit kronologi peristiwa yang berkait dengan isu niqab ini.


1. Isu bermula
apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
melawat satu sekolah maahad al-Azhar
khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi)
pada Sabtu bersamaan 4/10/2009.
Beliau telah melawat satu kelas
lalu melihat ada seorang pelajar perempuan
bernama Alak ( آلاء ) memakai purdah.
Alak berumur 13 tahun.

2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah
kerana kelas tersebut
hanya untuk para pelajar perempuan sahaja.
Beliau merasa hairan
mengapa pelajar tersebut memakai purdah
sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan,
guru yang mengajar
adalah guru perempuan
dan bilik kelas adalah tertutup.
Alak pada awalnya tidak membuka niqab
apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
memintanya membuka niqab.

3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
selepas itu telah menegaskan
bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan
memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka.
Beliau juga menafikan kenyataan media
yang menyatakan
bahawa beliau bercakap dengan Alak
dengan nada suara yang kasar.

4. Majlis Tertinggi Al-Azhar ( المجلس الأعلى للأزهر الشريف )
telah mengadakan mesyuarat tergempar
yang dipengerusikan oleh
Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009
untuk membincangkan isu niqab ini.

Majlis telah memutuskan bahawa:

• Para pelajar perempuan dibenarkan
untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab.
Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang
daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

• Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab
apabila ada orang lelaki bersama mereka
di dalam premis al-Azhar

• Para pelajar perempuan
tidak dibenarkan memakai niqab
di dalam bilik-bilik kelas
kerana semua pelajar adalah perempuan.
Larangan ini berkuatkuasa
apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan
untuk memakai niqab
sewaktu peperiksaan berlangsung.
Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung
hendaklah di kalangan wanita.

• Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita
daripada memakai niqab
dalam kehidupan seharian mereka
sebaliknya Majlis tidak bersetuju
niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya
yang akan memberikan kesan yang negatif
pada pemikiran kanak-kanak
lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa
wajah wanita wajib untuk ditutup adalah
pandangan minoriti fuqaha Islam.

5. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
menegaskan bahawa beliau menghormati
wanita yang memakai niqab
selagi mana tidak menyakiti orang lain
dan tidak membawa kepada masalah keamanan.

Beliau menegaskan bahawa
tujuan ketetapan Majlis Tertinggi Al-Azhar tersebut dibuat
adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan.
Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki
ke dalam premis al-Azhar
yang khusus untuk pelajar perempuan.

Selain itu ketetapan ini juga dibuat
demi untuk mengelakkan berlakunya
penipuan di dalam peperiksaan.
Beliau menegaskan bahawa
tahun lepas menyaksikan 12 kes penipuan
semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab
yang terbabit telah meletakkan
alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai.


Sumber:

1. Surat Khabar al-Liwa’al-Islami bertarikh 15 Oktober 2009,
bilangan ke 1447, m/s 1

2. Majalah al-Musowwar bertarikh 14 Oktober 2009,
bilangan ke 4436, m/s 15 - 16.

3. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=
ArticleA_C&cid=1254573447321&pagename=
Zone-Arabic-News/NWALayout

4. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=
ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=
1254573332008

5. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=
ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=
1254573461106&utm_source=
rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rss


harap penjelasannya jelas dan dapat menghapuskan
kesalah fahaman yang telah timbul..
semoga Allah merahmati kita semua~


*******************************************************************************

p/s: baru je bincangkan hal ni dalam usrah, tapi tak berani komen lebih2..sebab tak tau situasi sebenar..Alhamdulillah dah ada penjelasan.. :)

p/s2: apabila mendapat sesuatu berita, cek dulu kesahihannya~

15 comments:

miss susi said...

golongan wanita kat sana sampai xnk bkak niqab walaupn dipaksa..
kiter di sni bagaimana??
dlu sye beranggapan org yg pakai purdah atau niqab nie sengaja nk tunjuk baik or ahli2 org yg taksub dlm beragama..but then,afta sdkit perkongsian dengn kwn2,kter kna taw knape diorng decide tok pkai..untk mengelak dri zina,untk menjaga..mereka sngt menjaga..
so,ap2,siasatdlu b4 ckap tentng sesuatu perkara..
nice post du.. =)

duha said...

miss susi-hurm..betul, kita kat sni suruh menjaga aurat seadanya pun susah..

tapi kita kena tau huikum2 dalam agama dan jangan sampai terkeliru dan menyebabkan orang merasa kewajipan dalam islam tu berat..sebab tu rasionalnya kenapa syeikh Tantawi melarang pakai niqab dalam kelas yg dipenuhi wanita sahaja..takut orang nampak n ornag ingat mmg wajib bagi seseorang wanita menutup mukanya..

tapi mmg tak slh n bgus kalau kita lebih menjaga..

p/s: hurm..banyak bnda yg kita kna upgrade lagi utk menjaga iman n taqwa kita..help each other!

thanks su.. :D

nurul88 said...

ya..akhirnya terlerai ketidakpastian..hehe

aah,hri tu yg sempat terbaca smpai 'plajar perempuan x dibenarkan pakai niqab dlm kelas yg hanya ada perempuan je'..

mmg rasional sbb2 yg syeikh bg..
berjaga2 jgk,tbe2 ada laki pakai tdung,pkai niqab join skali dlm tu ke..pecah masuk dll,mna kita tau..

kes penipuan waktu exam pn, klu kt msia x bg pun diantaranya sbb tu jgk..n ada yg buat jenayah berat dgn memakai niqab.(konon nmpak baik pd zahirnya n org x syak..bila dh kantoi, hbs smua yg berniqab dituduh teroris.huhu)

hmm..org2 mcm ni la yg bagi persepsi buruk kt org yg memakai niqab esp di m'sia..huhu.menyusahkan org..

duha said...

nurul88-hehe..erm~ betul2..janganlah menyusahkan orang..

amal said...

salam...thank you 4 da sharing!...waa baru lah paham kenape xleh pki niqab tu...ish ish...xbek confiuskn org yg da memg confius...thnks DUHA!jzkallah

3rdmarch said...

Salam~

Ooo..gini alkisahnya..
bru cek tau..
btw,korg bl plak nak pki???
ehee~

duha said...

amal-waalaikumussalam..ur welcome..hurm..tulah..kna siasat dlu apa media cakap ni.bukan boleh caya sgt..kang tak pasal2 je kite pandang serong kat seseorang disebabkan percaya melulu ape yg media cakap..

kita kna amek tau supaya kalau ada yg tak jelas lagi, iA boleh tolong bantu nak xplain kat derang kan.. :)

3rd march-waalaikumussalam..hurm..gitulah..

korg tu siapa? budak2 UNPAD ke?
rsnya byk lg bnda yg kna diutamakan~

wallahua'lam

Mi vida said...

salam..perkongsian yg menarik..boleh ana post dalam blog ana x?

duha said...

Mi Vida- waalaikumussalam..jzkk..boleh2..silakan :)

Mi vida said...

Syukr0n...semoga enti mendapat ganjaran atas perkongsian ini.. :)

duha said...

Mi Vida- afwan..amiin~ harapnya salah faham orang ramai terjawab..

Anonymous said...

nak tanya sikit, agaknyakan apa hukum bagi perempuan yang pamerkan muka atau diri mereka dalam keadaan yang boleh tarik perhatian lelaki walaupun mereka bertudung dengan tudung yang labuh? contohnya dalam facebook, friendster, dan sama waktu dengannya.

duha said...

Anonymous- erm..bagi saya sendiri..mmg tak berapa sesuailah seorang perempuan meng'upload' atau mempamer gambar2nya dalam keadaan yang 'sengaja' nak menunjuk kecantikan dia..sebab seorang wanita tu memang dilarang dari menarik perhatian kaum adam..

dan kalau boleh, mungkin tak perlu upload langsung kut gambar, esp kat internet..untuk lebih berjaga-jaga..sebab kita tak boleh kawal mata yang memandang..dan internet tu boleh di'access' oleh berjuta manusia dr seluruh dunia..

dalam Al-Quran, surah An-Nur ayat 31 ada mengatakan "...dan janganlah mereka (para wanita) menghentak kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.."

di sini apa yang dilarang bukanlah berhias atau memakai perhiasan (tapi berlebihan pun tak boleh laa) cuma yang dilarang adalah menarik perhatian (terutamanya para lelaki) dengan perhiasan yang ada pada mereka tu..

merujuk pada persoalan anda kembali..wajah wanita tu termasuklah salah satu perhiasan kat tubuh badan wanita kan..jadi dilaranglah untuk digunakan dalam gaya apa sekalipun untuk tujuan menarik perhatian si lelaki..begitu juga dengan anggota-anggota lain sekali..

satu lagi contoh adalah suara, tak bersalah jika bercakap dengan seorang lelaki atas urusan, tapi kalau dilembut-lembut dan dilunak-lunakkan suara tu untuk menarik hati si lelaki pun tak boleh juga..

jadi, apa2 perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah dan kerosakan pada hati si lelaki (n perempuan juga), jauhkanlah dari diri kita..

hurm..sama-sama berubah dan mengubah..

pada para wanita semua, janganlah kita yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki n agama islam tu sendiri..

wallahua'lam~

harap membantu..

miss curious said...

copppp..
tapi ape gunanya kalau kita post..
kita buat mende same...
pakai pakaian muat2 untuk badan kita..tudung tepat2 bawah dada..tu macam x btol jea~fikir2kanlah..

duha said...

miss curious-hurm..mmg mcm tak btul je kalau mcm tu..jd ubah lah mana yang patut..slow n steady~