Wednesday, December 29, 2010

marah dan sabar

dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang..



syukur dan segala puji hanya bagiNya
dimana dengan izin dan rahmatnya,
diri ini masih berada dalam kenikmatan terbesar
iaitu iman dan islam..
insyaAllah~

tak tahu kenapa,
saya tertarik untuk menulis tentang sabar..

sabar bukan perkara mudah..
mungkin kesan bagi tidak bersabar lebih buruk,
namun ketika sesuatu menimpa kita,
lebih ramai yang memilih untuk marah berbanding bersabar..

bila kita diprovoke,
bukankah hati kita pasti membara,
sangat ingin membalas
apa yang dikatakan oleh si dia..

kita rasa dengan membalas kata-katanya,
kita akan menang..
dapat menunjukkan kehebatan kita dalam berkata-kata
dan menunjukkan siapa yang lebih mengetahui..




dengan berdiam diri,
kita merasakan pastikita ditertawakan orang lain,
merasa kalah dan lemah..

sedangkan keadaan tidak sentiasa begitu!

ada masa kita diperlukan untuk diam
dan itu akan menunjukkan kita lebih hebat dan kuat
kita mampu mengawal nafsu amarah
yang bukan semua manusia mampumelakukannya..

bila agama dipertaruhkan,
ya kita harus bersuara untuk menjernihkan keadaan,
tapi bukan dengan niat ingin menang..

begitu juga ketika berdepan dengan manusia
yang tidak ingin kalah dalam berdebat,
kita seharusnya mengambil langkah bijak
untuk tidak memperpanjang perdebatan itu,
dan mengawal diri untuk tidak marah!

walau sekecil mana hal itu,
jka kita tak mampu mengawal diri,
kita yang akan rugi pada akhirnya

dalam pemerhatian saya,
ramai yang benar-benar bagus dalam hal agama,
namun kurang sifat penyabarnya,
lalu itu akan mencacatkan peribadinya..

berkata tanpa berfikir membawa padah!

sungguh,
saya bukanlah seorang yang sangat penyabar,
dan masih lagi mencari cara terbaik dan belajar untuk menjadi penyabar..
namun saya sendiri tidak suka melihat orang yang tidak bersabar
cepat melompat dan meluahkan kata-lata tidak sepatutnya!

dicucuk sedikit,
melatahnya bukan main..

mungkin kerana sifat buruk ini terlalu common,
maka rasulullah pernah menasihati sahabat,
agar mengawal perasaan marah..

"jangan marah!"


diulang sebanyak tiga kali
sebagai peringatan bahawa pentingnya menjaga kemarahan
dan bahawa ianya tidak mudah!

lalu sama-samalah cuba mengawal kemarahan kita,
ingat syaitan di sebelah menunggu masa untuk mentertawakan kita..
jangan bagi ia peluang

'audzubillah mina asy-syaitan ar-rajim~

p/s: salah satu cara saya tak marah adalah dengan senyum ketika rasa tension, konfem takleh marah nnt..a tips for those yang really nkbuang sifat pemarah :)

p/s2: sabar itu hanya bagi mereka yang luar biasa..dan hanya mereka yang luar biasa ada dalam syurgaNya..yuk berusaha!

p/s3: cuti hampir habis, pelajaran masih belum ditelaah! aduhai duha..

p/s4: oh malaysia, selamat tinggal..sabtu bakal menjelang '-___-

p/s5: tahniah malaysia atas kejohanan kita! esp kepada goal keeper yg hebat :)

p/s6: tolong kurangkan addiction kepada FB ye bagi sesiapa yang merasakan dirinya addicted..dah dua tiga hari baca paper (utusan) asik ckp ttg bahaya FB~ memang ada betulnya..alam maya yang merosakkan generasi baru~ wallahu'alam

Saturday, December 18, 2010

perjalanan kita



"perumpamaan kita dalam perjalanan bahtera ini
bersama ombak yang mengepung di pelbagai penjuru
adalah seperti dakwah kita..
bahtera yang menembus pelbagai gelombang
seperti dakwah yang harus melalui pelbagai rintangan.
kadang bahtera kita teroleng ke kanan
dan kadang ke kiri dengan hebatnya..
hingga kita yang di dalamnya merasa khawatir dan gelisah..


lalu kita turunkan layar
dan menggantinya dengan pendayung..
untuk itu,
kesulitan dan perjuangan yangg harus dihadapi
bertambah banyak..
dan mungkin menyebabkan kita terlambat beberapa waktu
untuk sampai ke tujuan asal kita..

namun hal itu lebih baik daripada berhenti
dan tidak pernah sampai!

terkadang,
sebuah kapal besar berhenti total
kerana angin dan badai yangg menghadang..
saat itu,
awak-awak kapal keluar menuju ke pantai
sambil mengikat tali pada tubuhnya
dan hujung tali diikatkan pada kapal..
mereka bersama-sama menarik kapal itu sementara berjalan menyusuri pantai..

cara ini tentunya lebih sulit dan memeras tenaga
berbanding cara sebelumnya..
tetapi cara ini cara darurat untuk mencapai tujuan
walaupun menjadi lebih lambat dalam mencapai tujuan tersebut..
hanya dengan cara itulah
yang memungkinkan mereka mencapai tujuan..

untuk itu perlunya ada kearifan,
kesabaran
dan tidak menggunakan pelbagai alat yang tidak patut,
yang terkadang justru menggagalkan perjalanan

-Asy-syahid Hassan Al-Banna-

dinukilkan oleh Abas As-sisi
ketika bersama Asy-syahid di atas kapal layar,
dalam perjalanan pulang dari kota Rasyid..



p/s: diambil dari buku retorika haraki

p/s2: tadi ada junior meminta nasihat tentang strategi terbaik ketika belajar..erm..saya bukanlah orang yang layak memeberi nasihat ttg itu, kerana cara belajar saya memang tak patut diikuti..namun kerana ingin yang terbaik buatnya, saya cuba memberi saranan dan advice terbaik yang saya mampu..semangat sungguh menasihati beliau..tapi, bukankah salah jika kita mengatakan apa yang tidak kita lakukan? '-__- salahkah saya?

p/s3: ya Allah, janganlah Kau titipkan hati ini pada yang lain, kerana sesungguhnya Engkaulah sebaik2 penjaga!

Sunday, December 12, 2010

sedar tak kita?

bayangkan...

pada suatu hari yang cukup indah,
kita sedang duduk berhalaqah
bersama rakan-rakan seperjuangan
membincangkan pelbagai hal..
mengingatiNya
menyebut-nyebut asma'Nya
dan mengagungkanNya..

tenang tak?
lagi-lagi usrah tersebut
dilakukan di perkarangan masjid..
bertambah-tambahlah perasaan tenang dalam hati..

tiba-tiba,
dalam ketenangan itu..
datang beberapa orang manusia
yang tak beradab..

melakukan maksiat di hadapan anda
pada saat anda sedang berzikir
mereka tanpa segan silu bermaksiat!

apa yang akan anda lakukan?
mungkin akan terlintas dalam hati
pelbagai kata-kata..

"haih, kuang ajo btul..ni rumah Allah kot (merefer pada masjid yang sedang kita tempati)!"

"rasa nak jerit je, x hormat langsung! tak nampak ke orang tengah berusrah (berzikir etc)?"

atau hanya memandang rakan-rakan lain
sambil menggelengkan kepala
seterusnya menzahirkan rasa tidak puas hati sesama rakan
atau menyembunyikan dalam hati dengan kejian dan cacian yang personal..


sekarang,
kita putarkan keadaan..

ketika semua binatang dan tumbuh-tumbuhan
terus menerus berzikir..
mengingati dan mengagungkanNya..


kita para manusia pula
tanpa segan silu
melakukan maksiat dihapan mereka..

berjalan dengan bongkak
menelan makanan dan minuman yang diharamkan
melakukan kejahatan pada manusia lain

dan perbuatan itu mungkin hanya disaksikan seekor lalat..
namun ia terus menerus sedang berzikir padaNya..
tidak malukan?

mungkin pokok-pokok itu sedang berkata
"tak malu betul..ni bumi Allah kot!"

mungkin si kucing pula berbisik antara satu sama lain
"dulu waktu Allah bagi amanat kat gunung,
punyalaa gunung taknak and takut sampai boleh berkecai nak terima Al-quran..
tapi manusia yang dah accept amanat tu, macam ni pulak perangai..
baik si gunung yang terus-menerus ingat Allah tu yang jd khalifah"

apatah lagi perasaan para Malaikat yang tidak pernah mengingkari Allah taala?
pasti mereka lebih jijik melihat manusia
yang tidak henti melakukan dosa
walaupun telah sering diperingati dengan tanda-tanda kekuasaanNya..

dan pelbagai lagi kejian dan makian buat manusia
yang tidak tahu malu bermaksiat kepadaNya

sedangkan tujuan hidup kita hanyalah untuk beribadah padaNya (51:56)
dan menjadi penjaga dan pengatur (khalifah) di muka bumi ini (2:30)

fikir-fikirkan..

jangan cari gaduh dengan makhluk tuhan yang lain,
mereka semua sedang berzikir mengingatNya..
hormatilah
dan laksanakan tugasmu sebagai khalifah!


p/s: mungkin gunung merapi kat jogja tu dah tak tahan dengan manusia di bumi Allah ni, lalu meminta izinNya untuk meletup sebagai warning..mungkin saja..

Friday, December 10, 2010

Perlukah Memulangkan Wang Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi ?

bismillah,

ini mungkin kes yg dah lama,
tapi rasanya artikel ni menarik untuk dikongsi..
moga ada manfaatnya :)

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas tersebut adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 ).

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia juga memfatwakan keharusannya pada tahun 2009. Buka teks fatwa di sini

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut :-

والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله

Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:

وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا

Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-

وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل

Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري

Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :

هذا سحت فتصدق به

Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN

· Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka bercampur antara wang halal dan haram.

· Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini. Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.

· Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

· Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.

· Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

30 Sept 2010

anekdot

Penghasilan buku ini telah lama dinantikan.Alhamdulillah,berjaya juga dipasarkan.


Untuk julung kalinya,kami dari pihak IMAN dengan ini mempersembahkan sebuah karya sulung,hasil penulisan dan sentuhan puisi indah dari 8 mahasiswa Malaysia di Indonesia,Anekdot..Catatan Kehidupan..


Menghimpunkan kisah-kisah pengalaman dari 6 penulis yang masing-masing mempunyai cerita tersendiri yang ingin dikongsi buat semua.




Bermula dari kehidupan Waktu Kecil yang penuh warna warni kepada Alam Remaja yang sudah semestinya lebih mencabar.Seterusnya,kembara diteruskan dengan Kenal Cinta yang kupasanya cukup ringkas dan menarik.Mengalami fasa perubahan dalam hidup memberi kesedaran tentang pentingnya dakwah dan disaji dengan Ujian dakwah.Memasang impian dengan Secebis harapan untuk menjadi insan yang sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.

Diselitkan bersama PUISI-PUISI yang disusun indah buat tatapan pembaca bagi mengaitkan setiap fasa-fasa dalam kehidupan.


Jadi,apa tunggu lagi?Dapatkan segera Anekdot..Catatan Kehidupan dengan harga yang berpatutan.


Anda boleh dapatkan buku ini dengan harga yang cukup murah : Rp 20,000.Sebarang tempahan boleh dibuat melalui wakil-wakil seperti di bawah..


contact person:

FK10 : Mustaqim Twp10 :Syera

FK09 : Mahirah Twp09:Fatin Ayuni

FK08 : Syafiqah Twpo8:Firdhaus

FK07 : Nadia Izzati Pharmacy: Rawi

KOAss n ITB : Zulhazwan FKG : Faiz


p/s: iklan ini dicuri dr blog cik susi

Wednesday, December 8, 2010

awasi seruan kita..

dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang..

cuma ingin berkongsi tentang sebuah hadis
yang dijumpai dalam buku 'afataun 'ala ath-thariq
karangan Dr. Sayyid Muhammad Nuh..

tidak pasti mengapa,
tapi rasanya hadis ini memberi kesan yang mendalam
ketika saya membacanya..
jadi sukacitanya mahu yang lain turut merasa..


dari usamah bin Zaid r.a
Nabi s.a.w bersabda

"pada hari kiamat nanti,
seseorang akan didatangkan
lalu dilemparkan ke dalam api neraka,
maka ususnya berhamburan keluar
dan ia terus berputar-putar
seperti berputarnya keldai yang mengelilingi penggilingannya.
lalu para penghuni neraka mengerumuninya seraya bertanya,
'hai fulan, apa yang terjadi padamu?
bukankah kamu dulu memerintahkan kami berbuat kebaikan
dan melarang kami berbuat kemungkaran?'
ia menjawab
'aku memerintahkanmu berbuat kebaikan,
tapi aku sendiri tidak melakukannya,
aku melarangmu berbuat kemungkaran,
tetapi aku sendiri melakukannya'. "
[HR bukhari]


sedar tak sedar,
setiap hari kita pasti menuturkan kata-kata..
tidak kiralah sesepele (tidak penting) mana,
namun banyak nasihat mungkin telah disampaikan,
tapi adakah kita sendiri telah berusaha mengaplikasikan?
atau sekadar pemanis mulut
ketika ada yang datang minta dinasihati
atau yang kita rasakan perlu dinasihati?

"solat diawal waktu adalah amalan yang sangat Allah cintai,
jadi kita kena solat awal ye, tu bukti kita cinta Allah
dan menjaga displin"

contoh kata-kata common dalam usrah,
tapi selepas selesai,
adakah yang menyampaikan
masih berpegang pada kata-kata tersebut?
atau ia sekadar peringatan rutin
yang HARUS ada dalam sesi usrah?

banyak perbuatan dosa manusia
yang kita keji dan komentari,

"perempuan ni fitnah terbesar bagi lelaki,
sebab tu islam suruh jaga pergaulan,
jangan jadi macam si fulan tu,
nampak je baik,
tapi dengan perempuan langsung tak jaga!"

lancar tangan menaip kata-kata di blog peribadi,
namun yang menaip juga seorang lelaki,
dan dia sendiri mempunyai risiko besar menghadapi masalah yang sama..

dan tak mungkin dia dapat menjaga dirinya
tanpa memelihara hubungan yang kuat dengan Sang Pencipta..

lalu adakah kita pasti
setiap kemungkaran yang kita cegahi
benar-benar kita usahakan untuk meninggalkannya?


sama-sama kita muhasabah diri,
jangan biarkan seruan (dakwah) kita kepada orang ramai,
menjadi penghijab antara kita dan Dia..

semoga kita menjadi insan yang lebih bertaqwa (berhati-hati)
dalam setiap perbuatan dan kata-kata kita kelak..

wallahua'lam~


p/s: bukan untuk menakut2kan agar kita tak bagi nasihat dah kat sape2 lepasni..tapi sebagai peringatan agar kita berjaga-jaga..jadikan sebagai titik tolak untuk menjadi penyampai yang lebih baik selepas ini iA..segala salah dan silap sama2 kita tegur dan perbaiki..

p/s2: rindunya ulfah dan runi, mahu pulang dan berjumpa!

Tuesday, December 7, 2010

jangan mudah merajuk!

dulu saya seorang yang sangat cepat merajuk..

tanyalah ummi, abah, mak tok dan lain-lain..

saya sangat kuat protes..
lagi-lagi bila kemahuan saya tak dituruti..

bila abah dan ummi tegur,
pasti mulut memuncung,
merajuk berpanjangan
mengharap dipujuk sentiasa..
walaupun kesalahan itu jelas berada dipihak saya..

tapi, sekarang kan dah besar..
takkan masih mahu menyimpan perangai buruk itu?

lagi-lagi bila saya sedar akan tugas saya..
tugas untuk terus berlatih dan berusaha
menjadi seorang da'ie..

saya semakin sedar,
merajuk itu bukan satu kosa kata yang patut disimpan
dalam kamus peribadi saya..
kerana sifat merajuk hanya merugikan si empunya badan!

cuba amati kisah-kisah di bawah,
mungkin realiti,
mungkin hanya rekaan semata-mata..
namun harapnya terdapat pengajaran disebalik setiap satunya..

*****************************************************
kisah A

"nape kau tak ajak aku pegi program semalam?"


"eh, aku lupa,sorilah..tapi esok ada talk anjuran derang jugak..jomlah..tajuk dia best!"


"tak nak ah"
(siapa suruh tak ajak aku semalam <-- monolog dalaman) merajuk.. lalu rugi sendirian mempertahankan egonya..


bukankah lebih baik sekiranya dia menjawab:

"owh, yeke..Alhamdulillah still sempat nk join,
haa..sebagai denda sebab lupa ajak aku semalam,
kau kena cerita semua kat aku sambil belanja aku makan!"



kisah B

dari jauh, kelihatan beberapa orang pelajar
sedang duduk santai membentuk halaqah..


monolog seseorang yang sedang memerhati:

"derang ni suka wat sharing tak ajak,
malas la nak pegi sana..duk jauh2 je laa"


merajuk..
lalu pergi join orang yang sedang bergossip di tempat lain (sebagai tanda rebel)

kan bagus sekiranya
dia pergi meng
approach kelompok tersebut
"boleh join? macam best je"


buat muka tebal demi agama, apa salahnya kan?



kisah C

ketua organisasi:
" saya rasa awak patut ubah perangai awak tu,
untuk kebaikan awak dan islam sendiri..kalau awak perlu bantuan,
kasi tau je, insyaAllah saya boleh tolong"


anak buah:
"erm..takpelah..saya dan memang macam ni,
kalau awak takleh terima perangai saya ni,
saya keluar jelah..bye"


ketua organisasi:
"erkkk..... T-T "


lalu keluarlah anak buah itu dari organisasi yang dirasakan
mengongkong,
tak mensupport
dan sering memanaskan telinganya..
pergi merajuk membawa diri..


alangkah baiknya
jika dia menjadikan teguran itu sebagai motivasi,
agar dia bisa menadi lebih baik..
dan mejadikan organisasinya sebagai tempat memperbaiki diri
seiringan dengan rakan-rakan yang lain..

bila lagi mahu memperbaiki diri?


*********************************************************



hai para da'ie,
ingatlah islam tidak memerlukanmu..
namun kamu yang memerlukannya..

lalu buanglah rajukanmu itu,
tugasan kita melebihi masa yang ada..

andai kau terus merajuk,
islam itu terus akan bergerak,
dibawa oleh mereka yang mencintai dan dicintai Allah..
andai kau simpan terus rajukmu itu,
maka tertinggallah engkau dikalangan mereka yang rugi..


islam tidak akan rugi kerana rajukmu..
bukankah masih ramai yang ingin bergerak demiNya?
maka seharusnya kita menjadi sebahagian dari mereka..
lalu sambutlah seruan,
dan bantulah menguatkan gerakan itu
dengan kelebihan yang dikurniakan tuhan kepadamu

apalah nilai rajukan hati kita
dibandingkan dengan gerakan dakwah islam
yang jauh lebih mahal harganya..

moga saja kita sentiasa diberikan kekuatan
untuk terus bergerak kuat dan mantap di jalanNya~




p/s: beberapa hari yang lepas, saya sibuk mengemas bilik (tiba-tiba mood itu datang, siap mengalihkan almari baju segala)..sedar tak sedar, jam menunjukkan pukul 2 pagi, tiba-tiba mata terasa berat..nak baring kejap, tapi katil dipenuhi barang-barang yang belum siap dikemas..disebabkan terlalu penat, dicelah-celah barang yang banyak tu, saya mampu mencari space untuk baring, sebelum mata terlelap..saya terfikir..seserabut mana katil tu, kalau dah penat (terdesak), saya berjaya mencari space yang hampir tiada pada awalnya..lalu jika ditimpa masalah, walau seberat mana sekalipun, berfikirlah positif, bahawa pasti ada jalan penyelesaiannya jika kita bersungguh mencari dicelah-celah keserabutan masalah itu! lalu mata terlelap~