Wednesday, December 8, 2010

awasi seruan kita..

dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang..

cuma ingin berkongsi tentang sebuah hadis
yang dijumpai dalam buku 'afataun 'ala ath-thariq
karangan Dr. Sayyid Muhammad Nuh..

tidak pasti mengapa,
tapi rasanya hadis ini memberi kesan yang mendalam
ketika saya membacanya..
jadi sukacitanya mahu yang lain turut merasa..


dari usamah bin Zaid r.a
Nabi s.a.w bersabda

"pada hari kiamat nanti,
seseorang akan didatangkan
lalu dilemparkan ke dalam api neraka,
maka ususnya berhamburan keluar
dan ia terus berputar-putar
seperti berputarnya keldai yang mengelilingi penggilingannya.
lalu para penghuni neraka mengerumuninya seraya bertanya,
'hai fulan, apa yang terjadi padamu?
bukankah kamu dulu memerintahkan kami berbuat kebaikan
dan melarang kami berbuat kemungkaran?'
ia menjawab
'aku memerintahkanmu berbuat kebaikan,
tapi aku sendiri tidak melakukannya,
aku melarangmu berbuat kemungkaran,
tetapi aku sendiri melakukannya'. "
[HR bukhari]


sedar tak sedar,
setiap hari kita pasti menuturkan kata-kata..
tidak kiralah sesepele (tidak penting) mana,
namun banyak nasihat mungkin telah disampaikan,
tapi adakah kita sendiri telah berusaha mengaplikasikan?
atau sekadar pemanis mulut
ketika ada yang datang minta dinasihati
atau yang kita rasakan perlu dinasihati?

"solat diawal waktu adalah amalan yang sangat Allah cintai,
jadi kita kena solat awal ye, tu bukti kita cinta Allah
dan menjaga displin"

contoh kata-kata common dalam usrah,
tapi selepas selesai,
adakah yang menyampaikan
masih berpegang pada kata-kata tersebut?
atau ia sekadar peringatan rutin
yang HARUS ada dalam sesi usrah?

banyak perbuatan dosa manusia
yang kita keji dan komentari,

"perempuan ni fitnah terbesar bagi lelaki,
sebab tu islam suruh jaga pergaulan,
jangan jadi macam si fulan tu,
nampak je baik,
tapi dengan perempuan langsung tak jaga!"

lancar tangan menaip kata-kata di blog peribadi,
namun yang menaip juga seorang lelaki,
dan dia sendiri mempunyai risiko besar menghadapi masalah yang sama..

dan tak mungkin dia dapat menjaga dirinya
tanpa memelihara hubungan yang kuat dengan Sang Pencipta..

lalu adakah kita pasti
setiap kemungkaran yang kita cegahi
benar-benar kita usahakan untuk meninggalkannya?


sama-sama kita muhasabah diri,
jangan biarkan seruan (dakwah) kita kepada orang ramai,
menjadi penghijab antara kita dan Dia..

semoga kita menjadi insan yang lebih bertaqwa (berhati-hati)
dalam setiap perbuatan dan kata-kata kita kelak..

wallahua'lam~


p/s: bukan untuk menakut2kan agar kita tak bagi nasihat dah kat sape2 lepasni..tapi sebagai peringatan agar kita berjaga-jaga..jadikan sebagai titik tolak untuk menjadi penyampai yang lebih baik selepas ini iA..segala salah dan silap sama2 kita tegur dan perbaiki..

p/s2: rindunya ulfah dan runi, mahu pulang dan berjumpa!

5 comments:

kecilsikerikil said...

mohon kebenaran share boleh?

duha said...

cikeh-silakan :)

Al-Mufakkir Hamidi said...

salam.

pernah ketemu dgn laki2 yg tidak mmpunyai nafsu pada jntina berlainan? apa pandangan anda? dan nasihat terbaik untuknya.?

Sekadar mencari solusi (jawapan).

Syukran.

nicemedicine said...

terangkan dia konsep fitrah dalam kehidupan manusia. fitrah seorang manusia itu adalah menyukai berlainan jantina. seseorang tidak dapat melawan hukum dan fitrah yang telah ditetapkan keatas manusia. andai dia cuba melawan, maka dia sendiri akan binasa.

cuba slow talk dan bertanya, adakah benar dia tidak menyukai kaum yang berlainan jantina? adakah benar dia tidak pernah mengagumi akhlak atau kecantikan seseorang yang pernah dia kenal? jika ada dan walau hanya kecil, itu bermakna memang dia masih ada nafsu dalam hati dia dan memang fitrah dia sebegitu.

kemudian, cuba bagikan contoh tentang kebaikan dari hubungan yang sah antara seorang lelaki dan perempuan. dan keburukan menyukai kaum sejenis? berikan fakta logik akal dan saintifik sains. dan cuba bertanya, tidakkah susunan sunnatullah itu sudah sangat cantik dan mengikut fitrah manusia sesuai dengan ciptaanNya?

Allah adalah pencipta kita. tidak mungkin pencipta kita tidak tahu apakah yang terbaik untuk kita. analogi, seorang jurutera kereta mesti dia akan recommend apa yang terbaik untuk keretanya. dari segi jenis minyak enjin mahupun jenis minyak petrol. dan apa akan terjadi, jika pemilik kereta tidak mengikut arahan jurutera? maka kereta itu akan celaka. senang rosak dan banyhak ragam.

duha said...

jzkk nicemedisine atas perkongsiannya..setakat ni sy tak pernah lagi jumpa lelaki macamtu (atau mungkin pernah jumpa tapi tak tau la pulak dia macamtu)..jadi kurang tahu apa nasihatterbaik..mungkin kaum lelaki sndr lebih tahu macam mana~

kalau ada perkongsian iA akan dishare bersama nnt..