Tuesday, May 10, 2011

bedah mayat muslim?

bismillah~

hari ini,
kami cuma mempunyai 1 kelas,
iaitu seminar BHP (bioethics and humanities program)
yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 11 pagi..

terdapat 3 topic yang dibentangkan pada hari ini,
dan saya tertarik dengan topic yang terakhir,
berkenaan dengan penggunaan mayat
atau bahasa scientificnya, cadaver
sebagai study subject bagi medical student.

yang paling menarik adalah subtopic
"penggunaan cadaver menurut pandangan agama"..

sebelum itu, saya ingin berkongsi sedikit isi daripada slide tadi..

penggunaan cadaver,
berdasarkan pandangan agama islam:
(saya tak ingat secara detail, tetapi harapnya isinya tak lari jauh)

pandangan agama islam:
"...islam melarang menggunakan mayat seorang muslim,
tetapi boleh menggunakan mayat non-muslim
untuk tujuan pembedahan...."

bila point ini dibentangkan,
ramai yang kedengaran tidak berpuas hati
dan mengomel sesama mereka di belakang..
rakan di belakang saya pun menepuk bahu saya dan bertanya
"duha, betul ke?"

saya mengangkat bahu, menunjukkan tanda "tak tahu"
dan diam,
tak berani mengeluarkan apa-apa hujah,
kerana saya sendiri kurang pasti..
saya pernah dengar,
bahawa diperbolehkan menggunakan mayat seorang muslim,
kerana bertujuan untuk pembelajaran,
namun saya tak mempunyai dalil atau hujah yang kuat..

pulang dari kelas,
saya melayarai beberapa laman web,
dan bertanya beberapa orang
mengenai perkara ini..

yelah,
sampai bila kita nak 'tak yakin' dan jahil
tentang perkara-perkara fiqih
yang amat famous di kalangan pelajar perubatan ni?

tak banyak website yang membincangkan hal ini,
namun insyaAllah informasi yang saya dapat,
sedikit sebanyak membantu kefahaman saya tentang isu ini..

***************************************

nilai seorang muslim

hukum tentang kehormatan seorang muslim
di dalam islam adalah amat jelas,
baik ketika masih hidup ataupun sesudah mati.

Tidak dibenarkan membunuh, melukai dan menyakitinya
serta tidak boleh mematahkan tulang
atau mencincang tubuhnya setelah dia meninggal.

Banyak dalil yang berhubungan dengan hal ini, diantaranya:

“Dan barang siapa yang membunuh seorang mu’min dengan sengaja, maka balasannya adalah neraka Jahannam, kekal ia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan mengutuknya serta menyediakan adzab yang besar baginya.”
(An Nisa’ : 93)

Dari Ibnu Umar, dia berkata:

“Rasulullah bersabda : “Saya diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahwa tiada Tuhan Yang Berhak disembah kecuali Allah dan Muhamad adalah utusan Nya, mendirikan solat serta menunaikan zakat. Maka apabila mereka melaksanakannya niscaya akan terjaga darah dan harta mereka kecuali dengan hak islam dan hisab mereka pada Allah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

dari Aisyah berkata'

“Rasulullah bersabda : “Sesungguhnya mematahkan tulang seorang mu’min yang sudah meninggal seperti mematahkan tulangnya saat dia masih hidup.”
(HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Baihaqi, Ahmad dengan sanad shohih)

maka, menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari,
“Hadits ini menunjukkan bahwa kehormatan seorang mu’min setelah dia meninggal sama sebagaimana tatkala dia masih hidup.”

jadi, menurut apa yang saya sendiri faham,
secara asasnya,
adalah haram dan dilarang untuk kita memotong,
atau melukai mayat seorang muslim yang lain..

namun,
islam itukan sempurna dan indah,
malah bersesuaian dengan setiap masa dan kondisi.

sebagai contohnya,
semua daripada kita yakin dan terima,
bahawa sekiranya dalam keadaan darurat,
memakan daging babi yang hukum pada asalnya adalah HARAM
bertukar menjadi harus,
asalkan tidak berlebih-lebihan..

“Tetapi barang siapa dalam keadan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya.”
(QS. Al Baqarah : 173)
juga berdasarkan sebuah kaedah fiqh yang masyhur bahawa
keadaan darurat (terpaksa) itu boleh menghalalkan sesuatu yang haram.

maka,
hukum memotong (membedah) mayat seorang muslim,
yang pada asalnya adalah haram,
boleh menjadi harus
sekiranya keadaan benar-benar memerlukan..

berbalik pada pembentangan di dalam kelas pagi tadi,
ada yang mengatakan kelihatan seperti ada double standard
apabila islam melarang menggunakan mayat seorang muslim,
namun membenarkan penggunaan mayat non-muslim,
sedangkan pandangan-pandangan dari agama lain,
kesemuanya membenarkan penggunaan cadaver
dengan syarat menghormatinya..

ya, pada awalnya
apabila membaca ayat pada slide yang dipancarkan tadi,
saya turut merasa begitu..
sehingga beberapa minit yang lalu,
saya cuba mencari penjelasan yang boleh meyakinkan saya..

namun, bila saya fikirkan kembali,
sebenarnya ayat itu bukanlah
menunjukkan bahawa islam memandang rendah kepada non-muslim,
atau mengambil sikap mengdouble standardkan antara kita dan mereka,
tetapi ayat itu menunjukkan pegangan atau stand agama islam
yang amat menghargai dan menjaga penganutnya,
dan dalam masa yang sama,
menghormati pendangan agama lain..

mungkin kalau boleh direphrase ayat dalam slide tadi,

" tidak dibenarkan membedah mayat seorang muslim (kerana terdapat larangan tentangnya, kecuali jika amat diperlukan), namun agama lain membenarkan pembedahan mayat, maka lakukanlah (jika ada agama yang tidak membenarkan, maka jangan lakukan ke atas mereka)"

erm..boleh faham ke kalau rephrase macam tu?
mungkin ayat kat atas tadi,
menampakkan islam tu tak hargai mayat non muslim,
tapi sebenarnya tidak..

atau contoh lainnya
SEKIRANYA,
agama Buddha juga tidak membenarkan mayat penganut agamanya
digunakan bagi tujuan pembedahan,
pastilah ayat dalam slide tadi akan bermaksud

"tidak dibenarkan membedah mayat seorang muslim (kerana terdapat larangan tentangnya, kecuali jika amat diperlukan), namun agama lain membenarkan pembedahan mayat, maka lakukanlah kecuali terhadap agama Buddha"


andaikata di sesuatu tempat,
pihak dari fakulti perubatan
memerlukan mayat sebagai bahan untuk dipelajari,
dan hanya terdapat mayat seorang muslim dan seorang non-muslim,
kalau ikut pegangan agama,
islam tidak membenarkan,
namun agama lain membenarkan mayatnya digunakan,
jadi pastilah yang diutamakan mayat non-muslim tersebut..

TETAPI,
sekiranya keluarga dari yang non-muslim tak membenarkan,
maka pastilah tidak boleh mayat non muslim tersebut diambil,
lalu inform consent (izin) dari keluarga muslim patut ditanya
kerana itu adalah jalan terakhir
untuk kelangsungan proses pembelajaran
yang insyaAllah bakal membawa banyak manfaat di masa hadapan.

wallahu'alam~


p/s: kebanyakkan adalah pendapat sendiri, yang saya faham berdasarkan dalil yang diberi di atas..mungkin ada pendapat saya yang salah, atau kurang tepat, mohon diberi masukan dan penambahan.

p/s2: harap dapat memberi sedikit pencerahan..

p/s3: islam juga amat menekankan aspek menghormati, maka even menggunakan mayat non-muslim, pastilah ada adabnya~ learn more!

5 comments:

Anonymous said...

sper yg wat slide tu,skli bca memng nk cri gado ngn agma lain...bais tuuuuu....ktaker ckgu tu susun ayt molek ket la bru tk dek org slh phm n tk la nmpk islm jht...bhya cmgni...org pndg slck ker agma kita ti...

duha said...

erkk..sbenarnya ada lagi ayat lain dalam slide tu, tapi tak igt..cuma point yg ramai dpt adalah apa yg dituliskan tu lah..

orang yang buat slide pun bukan sengaja insyaAllah untuk buat ayat cmtu, cuma itu point yg dia dapat dari rakan-rakan sekumpulan..
lagipun bukan slide semata-mata, ada org yg membentangkan slide tu, sewaktu seminar haritu..dan dah diexplainkan..

saya menimbulkan balik isu ni dalam blog sbb masih nak cari penjelasan yg lebih myakinkan diri sendiri, dan nak berkongsi dengan org ramai apa yg didapatkan..huhu~

moga takde salah faham je~

wallahu'alam..

p/s:sama2 sentiasa belajar!

Anonymous said...

assalamualaikum....
btol la tu apa awk explain ....slgi gunakan utk bljr tkper jek n klo nk ikut dr segi agma,setau sy la kwn2 agma lain pon ckp bnda sma...diorg pon x bnrkn apa apa kn mayat tu kcuali utk wat bnda yg baik n bg bnyk ksn pstf cam nk bljr ker nk tau punca kematian ker n tentu skli dgn kbnrn ahli keluarga.....disini bkn nak nytakn persamma islm ngn agama lain tp nk mnjuukn yg memana agama semua tknkn sal meghormati jnzah ,sma la dlm bab lain yg mna semua agma pon menekn kn supya pgnut nyer wt bnda2 baik kan...dalil awak bg tu btol dah n kita kna pndai cri yg tersurt n tersirt kat situ jek...mntp awk bwk tjuk ni dlm blog....nce one

Hafiz R said...

terbaik...mmg ramai yang tak faham pasal ni..penerangan yang baik..post yang sangat penting dan jarang diketengahkan..thanks

duha said...

anony-
waalaikumussalam..erm..Alhamdulillah ada dimasukkan silibus ni dalam subjek BHP, jadi dapatlah kita bincang ttg fiqh perubatan mamcm ni, dan sebenarnya banyak lagi perkara yg jadi dilemma and isu bagi orang-orang yang belajar perubatan ni, so amat2 digalakkan untuk cari tau lagi ttg fiqh perubatan agar kita yakin n tak salah langkah dlm ambil tindakan..well, islam itu syumul! jzkk atas masukannya~