Alhamdulillah,
pagi tadi diberi kesempatan untuk menyertai satu program
anjuran biro pendidikan PKPMI
iaitu mengajar anak-anak SD (sekolah dasar atau di Malaysia sekolah rendah)
dalam subjek bahasa inggeris.
pagi tadi diberi kesempatan untuk menyertai satu program
anjuran biro pendidikan PKPMI
iaitu mengajar anak-anak SD (sekolah dasar atau di Malaysia sekolah rendah)
dalam subjek bahasa inggeris.
anak-anak SD berkumpul di perkarangan FISIP
program dijalankan di fakultas ilmu sosial dan politik, FISIP
yang tidak berjauhan dari fakultas kedokteran,
bermula jam 10.30 pagi hingga hampir jam 2 petang.
kami telah diberikan silibus,
dan diberi kebebasan memilih kelas mana yang ingin kami ajari,
dari kelas 1 (darjah 1) hingga kelas 5 (darjah 5)
saya dan Nina (rakan FKG) memilih kelas 5
kerana bahan yang harus diajar
kononnya kelihatan senang
"text descriptive"
kami harus mengajar anak-anak untuk
mendescribe segala sesuatu dalam bahasa inggeris..
mudah bukan?
tapi,
mengajar tidak semudah itu!
pada awalnya,
mereka kelihatan segan untuk berkomunikasi..
kelas dimulai dengan berkenalan dan memperkenalkan diri..
dan diteruskan dengan aktiviti-aktiviti (yang dirancang oleh Nina)
berdasarkan silibus yang diamanahkan buat kami..
sedar tak sedar,
azan zohor berkumandang,
dan kelas perlu diakhiri..
rasa masih belum puas bersama mereka,
kerana kehangatan bersama mereka
hanya dirasakan di akhir sesi pengajian
(biasalah, ice baru dipecahkan!)
selepas rapat (meeting) bersama panitia dilakukan,
makanan diedarkan buat tenaga pengajar
dan aktiviti seterusnya dilanjutkan,
iaitu mengajar anak-anak tentang kepentingan susu..
(bukan diajar oleh kami, tapi oleh mahasiswa FISIP)
salah seorang Coker yang
sedang menerangkan tentang susu dan kebaikannya
kemudian, sekitar jam 1.50 petang,
kami berangkat pulang ke rumah masing-masing..
sebuah pengalaman menarik
mengajar anak-anak kecil!

dari kecil,
cita-cita saya tak pernah tetap..
berubah dari satu cita-cita
ke cita-cita yang lain..
saya pernah berniat untuk menjadi cashier di supermarket (??)
kemudian berubah kepada guru
dan seterusnya pensyarah..
dah besar sikit,
saya ingin menjadi guru agama..
tetapi kemudian yang terakhirnya
saya bercita-cita ingin menjadi engineer
sekarang,
setelah kira0kira 3 tahun belajar dalam bidang perubatan,
saya masih berfikir-fikir untuk menjadi pengajar..
walaupun saya tidaklah begitu pandai mengajar,
tapi mungkin itu adalah satu pekerjaan
yang terasa dekat dengan diri sendiri..
tapi,
seperti yang saya sebutkan di atas,
mengajar bukan perkara senang..
harus melayan karenah para pelajar,
harus pandai menarik perhatian mereka,
dan harus sentiasa menjadi contoh bagi mereka..
andai kata ada seorang guru
yang amat baik dan bagus pengajarannya,
setiap yang diajar pasti kita fahami,
dan dengan berkat ilmu yang diajarnya,
kita berjaya memasuki universiti..
pasti kita rasa amat terhutang budi padanya bukan?
apa pula perasaan kita,
kalau ada seorang guru yang membawa satu silibus pengajian,
yang mampu membawa kita masuk ke dalam SYURGANya?
malah dia bersungguh-sungguh menempuh pelbagai ujian
dengan harapan apa yang diajarnya itu sampai kepada kita?
pastilah lebih-lebih lagi kita berterima kasih
dan menyayangi guru tersebut!
siapakah guru tersebut?
dialah al-mu'allim..
pesuruh Allah taala
Nabi Muhammad SAW.
menjadi guru bukan mudah
lihat saja pada sirah nabi,
susah payah yang ditempuhinya
dalam menyampai kalimah kebenaran..
kesungguhannya dalam mengajarkan,
keikhlasan dalam menginginkan kebaikan bagi umatnya
sifat penyayangnya
dan nilai murni
serta akhlaknya yang baik,
patut dicontohi oleh guru zaman kini,
dengan harapan pelajar-pelajar dan generasi yang baik,
bakal dilahirkan
hanya Dia yang mampu memberi balasan yang terbaik
buat Rasulullah SAW!
setiap sosok hebat yang dilahirkan,
pasti bermula dari guru yang mengajarkan
sesi akhir: bergambar!
sayangi dan hormati guru anda~

p/s: berkenalan dengan mahasiswi FISIP pun menarik, yelah, orang belajar ttg politik lah katakan~
p/s2: sempena hari guru dan hari ibu, UE ada jual kad..bagi yang tak sempat tempah, iA tunggulah hari bapa pula :D
p/s3:moga apa yang disampaikan pada adik-adik tadi bermanfaat! (saya pun dapat belajar bahasa indonesia/sunda dari mereka tadi :) )
p/s4: saya sayang cikgu saya walaupun apa-apa yang berlaku. terima kasih dan mintak maaf!
p/s5: selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu di dunia, dan terutamanya buat ummiku yang telah bersusah payah melahirkan, membesarkan, bekerja keras untuk memberi pakaian, makanan dan minuman, memberi peluang untuk saya belajar di sekolah yang baik hingga kini dan banyak lagi kebaikanmu yang tak mampu nak diungkapkan kat sini..saya rindu ummi!~
semoga Allah memberi yang terbaik buatmu dan kita semua..amiin..

No comments:
Post a Comment