Sunday, September 25, 2011

Nik Aziz: jangan takut hukum hudud

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tidak ada yang perlu ditakutkan sangat dengan hukum hudud kerana ia adalah perundangan yang digariskan Allah SWT.

NONEMalahan katanya, undang-undang sedia ada yang dilaksanakan di negara ini jauh lebih zalim kerana memperuntukkan hukuman gantung sampai mati untuk kesalahan tertentu yang tidak terdapat dalam hukum hudud.

“Apa yang nak takut sangat (dengan hukum hudud)? Macam takut hantu... orang takut hudud macam takut hantu, tapi bila tanya apa itu hudud tidak tahu.

“Di Malaysia ada hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan jual dadah, merompak dan sebagainya tetapi orang tak kata apa pun... bagaimana dengan keluarga yang suaminya digantung sampai mati? Hudud tak mati, kenapa orang tak marah hukumam gantung sampai mati tapi marahkan saya pasal hudud?

Menurut mursyidul am PAS itu, hudud adalah undang-undang Allah dan sebagai parti pemerintah, PAS hanya menjalankan kewajipan sekadar menyenaraikannya dalam dalam senarai undang-undang Kelantan.

Jelasnya, yang akan melaksanakan hukum hudud adalah hakim yang dilantik dan bukan dirinya atau pemimpin PAS yang lain.

hudud“Kalau dibandingkan dengan hukuman gantung yang lebih kejam daripada hudud, hudud tak mati, cuma kerat tangan itu pun perlu ikut syarat-syarat yang ditetapkan. Hukum hudud tak mati, malah mereka masih boleh bekerja macam orang biasa,” katanya dipetik TV Selangor ketika berucap pada majlis Jamuan Aidilfitri Bersama Tuan Guru di dataran parkir Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam di Kuala Lumpur malam semalam.

Mursyidul Am PAS itu sebelum ini tetap dengan pendiriannya akan menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

Sejak awal 1990-an, kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS berusaha untuk melaksanakan undang-undang itu tetapi tersekat berikutan amaran dan halangan kerajaan pusat, khususnya pada 1994.

azlanKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula secara peribadi berkata beliau menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi perkara itu belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Tambah Nik Aziz, hukuman hudud tidak semestinya dilaksanakan, namun mahu ia dimasukkan dalam undang-undang syariah Islam sedia ada.

“Dekat pilihan raya timbul balik, saya di Kelantan hanya nak masuk dalam undang-undang syariah Kelantan, lepas pada itu terserah kepada hakim (untuk laksanakan), bukan saya yang laksanakan.

“Bukan saya atau orang politik laksanakan, hakim yang tentukan,” katanya.

Pada ceramahnya itu, Nik Aziz juga berkata ajaran Islam bukan diwujudkan oleh PAS tetapi Allah dan semua mereka yang beragama Islam perlu mengikut perintah dan meninggalkan larangannya.

“Umno tolak Islam ambil kebangsaan, Islam bukan dari PAS... dari Allah, Islam adalah cara hidup dan semuanya perlu ikut cara Islam.

“Pangkah parti yang boleh selamatkan Islam, sekarang bukan Islam sahaja, demokrasi pun tak selamat... Islam datangnya dari Allah, bumi, langit dan kita, Allah yang punya,” katanya.


p/s: from malaysiakini.com

Saturday, September 24, 2011

undilah~







undilah!

Friday, September 23, 2011

burned biscuits


When I was a kid,
my mom liked to make breakfast food for dinner
every now and then.

And I remember one night
in particular when she had made breakfast
after a long,
hard day at work.

On that evening so long ago,
my mom placed a plate of eggs,
sausage,
and extremely burned biscuits
in front of my dad.





I remember waiting to see
if anyone noticed!

Yet all my dad did was reach for his Biscuit,
smile at my mom
and ask me how my day was at school.

I don't remember what I told him that night,
but I do remember
hearing my mom apologize to my dad
for burning the biscuits.

And I'll never forget what he said:
"Honey, I love burned biscuits."

Later that night,
I went to kiss Daddy good night
and I asked him if he really liked his biscuits burned.

He wrapped me in his arms and said,
"Your momma put in a long hard day at work today
and she's real tired.
And besides... a burnt biscuit never hurt anyone!"

You know, life is full of imperfect things...
and imperfect people.

I'm not the best at hardly anything,
and I forget birthdays and anniversaries
just like everyone else.

What I've learned over the years
is that learning to accept each others faults
and choosing to celebrate each others differences,
is one of the most important keys to creating a healthy,
growing,
and lasting relationship.

So...please pass me a biscuit.
And yes, the burned one will do just fine!


p/s: got this from an email..so sweet~
berlapanglah dengan kelemahan orang lain..

Monday, September 19, 2011

to think whether have i failed or not
and to get stress
then to stop my routine cheerful life
is not an option..

they are the one who should stop
and respect others..





p/s: dekatkan diri padaNya, kerana dialah solusi bagi setiap perkara. banyakkan amal ibadah, kuatkan ikatan diri denganNya..itulah jalan untuk menyelesaikannya..anda yakin?

p/s2: i've wished to be normal for so many times, leading a happy simple life..but life is not about this dunya isn't it..it's about your akhirah..and only extraordinary ppl will get the best reward..so why be normal?

voters from bangladesh

Muhyiddin tolak dakwaan pekerja Bangladesh mengundi

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak dakwaan kononnya pekerja-pekerja Bangladesh di negara ini diberikan taraf kewarganegaraan dengan mudah untuk membolehkan mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, kerajaan tidak terdesak untuk berbuat demikian semata-mata bagi menjamin kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan akan membuat semakan sama ada dakwaan yang disiarkan di laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed benar atau sebaliknya.

''Itu tidak benar. Saya tidak tahu sama ada sumber berita itu benar atau tidak, tetapi apa yang penting, apa yang didakwa itu tidak benar

''Saya mahu periksa sumbernya dari mana. Kita juga boleh minta penjelasan daripada pihak Bangladesh sama ada perkara itu benar dinyatakan oleh Perdana Menteri Bangladesh,'' katanya selepas merasmikan Konvensyen Parti Makkal Sakti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Hari ini, laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh menyiarkan laporan dengan memetik sumber yang mendakwa bahawa pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kerajaan tidak pernah memberikan keistimewaan kepada mana-mana rakyat negara lain termasuk rakyat negara Bangladesh untuk diberikan taraf kewarganegaraan dengan mudah.

''Seseorang yang hendak jadi warganegara perlu melalui pelbagai proses, tempoh masa berapa lama sudah berada di sini, sama ada dia betul-betul tahu keadaan di sini dan sebagainya, sebagaimana yang biasa kita lakukan.

"Tidak ada kita beri keistimewaan kepada warga Bangladesh. Apatah lagi dikaitkan dengan pilihan raya. Macam kita ini terdesak sangat nak minta orang seperti itu didaftarkan jadi warganegara dan kemudian menjadi pengundi," katanya.

Dalam pada itu beliau mengakui berita seumpama itu bertujuan untuk mengelirukan dan ada kemungkinan ia datang dari sumber-sumber tidak boleh digunakan.

''Saya tidak fikir itu satu kenyataan yang tepat dan betul. Kita akan minta kedutaan kita di sana membuat semakan berhubung dengan perkara ini,'' ujarnya.


p/s: sumber--> utusan

p/s2: erm..i know that actually it's true..mereka diberi PR (permanent residen) atau apa tah namanya, but it allows them to vote during PRU..haih..keep on lying '-___-

p/s3: whatever it is, whoever u are.. think wise who u should vote..

Saturday, September 3, 2011

study








p/s: saya dari dulu bukan jenis yang suka belajar, tapi belajar itu satu kewajipan kan?! jadi, kena paksa diri agar mahu terus belajar! ya Allah~ bantu lah aku! :)

p/s2: esok nak balik dah..semester baru bakal bermula..

p/s3: i will miss cik ulfah very much~

p/s4: satu perkara yang saya pegang adalah kepercayaan bahawa menuntut ilmu itu sebahagian daripada berjihad di jalanNya, dan barang siapa berjihad keranaNya, akan dibuka jalan-jalan baginya..moga kita semua dipermudahkan menghadapi saat2 akhir di jatinangor dan dilancarkan kerja-kerja minor thesisnya..amiin~

p/s5: ilmu pengetahuan (hikmah) adalah mutiara umat islam yang hilang..so jom kita cari balik mutiara tu, dan pegang dengan erat agar takde siapa boleh ambilnya kembali..