Monday, September 19, 2011

voters from bangladesh

Muhyiddin tolak dakwaan pekerja Bangladesh mengundi

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak dakwaan kononnya pekerja-pekerja Bangladesh di negara ini diberikan taraf kewarganegaraan dengan mudah untuk membolehkan mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, kerajaan tidak terdesak untuk berbuat demikian semata-mata bagi menjamin kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan akan membuat semakan sama ada dakwaan yang disiarkan di laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed benar atau sebaliknya.

''Itu tidak benar. Saya tidak tahu sama ada sumber berita itu benar atau tidak, tetapi apa yang penting, apa yang didakwa itu tidak benar

''Saya mahu periksa sumbernya dari mana. Kita juga boleh minta penjelasan daripada pihak Bangladesh sama ada perkara itu benar dinyatakan oleh Perdana Menteri Bangladesh,'' katanya selepas merasmikan Konvensyen Parti Makkal Sakti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Hari ini, laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh menyiarkan laporan dengan memetik sumber yang mendakwa bahawa pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kerajaan tidak pernah memberikan keistimewaan kepada mana-mana rakyat negara lain termasuk rakyat negara Bangladesh untuk diberikan taraf kewarganegaraan dengan mudah.

''Seseorang yang hendak jadi warganegara perlu melalui pelbagai proses, tempoh masa berapa lama sudah berada di sini, sama ada dia betul-betul tahu keadaan di sini dan sebagainya, sebagaimana yang biasa kita lakukan.

"Tidak ada kita beri keistimewaan kepada warga Bangladesh. Apatah lagi dikaitkan dengan pilihan raya. Macam kita ini terdesak sangat nak minta orang seperti itu didaftarkan jadi warganegara dan kemudian menjadi pengundi," katanya.

Dalam pada itu beliau mengakui berita seumpama itu bertujuan untuk mengelirukan dan ada kemungkinan ia datang dari sumber-sumber tidak boleh digunakan.

''Saya tidak fikir itu satu kenyataan yang tepat dan betul. Kita akan minta kedutaan kita di sana membuat semakan berhubung dengan perkara ini,'' ujarnya.


p/s: sumber--> utusan

p/s2: erm..i know that actually it's true..mereka diberi PR (permanent residen) atau apa tah namanya, but it allows them to vote during PRU..haih..keep on lying '-___-

p/s3: whatever it is, whoever u are.. think wise who u should vote..

4 comments:

Anonymous said...

sokong sangst2 p/s saudari yg terakhir tu.. sape yg dh layak mengundi, silalah mengundi.. tanggungjawab utk negara tu.. :)

duha said...

anony-thanks!

Zz said...

enche Du, kenapa tak masukkan sekali lirik lagu tuh.. dah cut jadi ringing tone dah???

duha said...

Zz- ni lirik lagu mana satu nih? dlm post ni takde letak lagu pape pun..huhu..ke lagu kt post undilah tu..hehe..