Sunday, October 30, 2011

amalan tergantung kemampuan

DUBAI 30 Okt. - Seorang kerabat diraja Arab Saudi menambah sebanyak AS$900,000 (RM2.7 juta) kepada ganjaran yang ditawarkan oleh seorang guru agama di negara ini bagi mana-mana penduduk Palestin yang menculik seorang askar Israel.

Putera Khaled Talal (gambar), abang kepada seorang hartawan Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal berkata, beliau mengambil keputusan untuk menambah kepada ganjaran yang ditawarkan Awad al-Qarni selepas guru agama itu menerima ancaman bunuh kerana menawarkan sebanyak AS$100,000 (RM300,000) bagi mana-mana penduduk Palestin yang menangkap seorang askar Israel.

''Awad menawarkan AS$100,000 untuk seorang askar Israel tetapi satu kumpulan Yahudi pula menawarkan AS$1 juta (RM3 juta) untuk membunuh Awad.

''Jadi saya memberitahu Awad, saya akan menambah sebanyak AS$900,000 kepada ganjaran yang ditawarkannya untuk menangkap seorang askar Israel supaya banduan Palestin lain boleh dibebaskan,'' kata Khaled dalam satu rakaman perbualan telefon yang disiarkan di laman web stesen televisyen Daleel.

Awad dalam akaun Facebooknya pada minggu ini berkata, beliau membuat tawaran itu sebagai maklum balas kepada tawaran sama yang dibuat oleh sebuah keluarga Israel kepada sesiapa yang berjaya menangkap mereka yang bertanggungjawab membunuh anggota keluarga Israel itu pada 1998, ekoran perjanjian pertukaran 1,000 tahanan Palestin dengan seorang askar Israel, baru-baru ini


source: utusan malaysia

**************************************

p/s: berapa yang sanggup kita korbankan? kalau akh Awad boleh bagi AS$100,000 dan putera Khaled mampu beri AS$900,000..tak semestinya kita harus bagi berjuta ringgit, berilah semampu kita..kalau dalam bank kita ada rm5 sahaja, menginfaqkan rm5 itu insyaAllah lebih besar pahalanya..walaupun kecil nilainya di sisi manusia..

p/s2: mungkin kita boleh try contact saudara Awwad untuk bantu menambah lagi tawaran yang dilakukan untuk menangkap askar israel tu, tak kiralah berapa yang boleh kita sumbangkan, pengorbanan tu kan mengikut kemampuan kita..andai kata setiap umat islam menginfaqkan RM1 sahaja, dah boleh tambah berapa juta buat tawaran tu kan? (ok skarang tiba2 rasa nak ada akaun FB supaya leh contact akh Awad '-__- )

p/s3: ya Allah, berikan kami jalan untu melakukan amal kebajikan, agar lebih dekat padaMu!

zahirkan!


bismillah~

assalamualaikum dan selamat petang,
moga kita semua berada dalam keadaan yang diredhai dan dirahmatiNya..

rasa dah lama tak berceloteh dalam blog ni,
jadi untuk mengurangkan rasa bersalah,
nak tulis-tulis sikit lah..



hari berganti hari
bulan berganti bulan,
sedar tak sedar, dah berada di penghujung tahun 2011..

macam mana je kita melalui hari-hari dalam setahun ini,
kita yang tentukan kesan dan ibrahnya..
moga ada manfaatnya..

mulai dari beberapa minggu lepas,
setiap selasa dan khamis masa saya
bermula dari tengah hari sampai ke petang,
akan dihabiskan untuk meng'interview' patient..

banyak pengalaman dan ragam manusia
yang saya temui sepanjang saya menjalankan wawancara tersebut..

saya pernah dimarahi,
diajak berbual sampai 30 minit,
dicuekin,
dipandang sinis,
diketawakan..

namun itu semua pengalaman
dan tergantung pada diri kita
untuk mengklasifikasikannya
sebagai pengalaman positif atau negatif..

selian dari pengalaman-pengalaman
ketika menjalankan minor thesis,
hari-hari lain diisi dengan rutin yang tak jauh beza..
kuliah, tutorial, usrah, taklim dan lain-lain..

minggu depan start exam midsem,
tapi macam biasalah,
preparation selalu belum dirasakan cukup mantap..
tapi selagi masih ada masa,
kita jangan pernah berputus asa di awal permainan!
teruskan menjawab soalan-soalan,
membaca lecture's slide dan lab notes..

moga kesungguhan kita mendapat ganjaran dariNya

*******************************************************

sedikit perkongsian..


sewaktu usrah tadi,
kakak naqibah saya berkata,
(dalam bahasa yang sudah ditranslate kan)

"pernah tak tengok cerita love story
yang sad ending..?"


"pernah2"
kami mengangguk-angguk..

"haa, selalunya, part yang paling menyedihkan
adalah bila si lelaki tu suka kat perempuan ni,
perempuan tu tahu, atau at least nampak la hint-hint dia kan..
tapi lelaki tu tak pernah nak beritahu
sehinggalah akhirnya perempuan tu diambil lelaki lain.."

"atau sebaliknya,
ada seorang perempuan ni cinta mati pada seorang lelaki,
tapi tak menzahirkan jugak,
dan akhirnya laki tu hanya dapat tahu bila perempuan tu dah mati.."

"wahh..sedih bangat kan?!"

kami tertawa..

kemudian dia menyambung lagi..

"sebenarnya,
kalau kita perhatikan,
bukannya orang yang disukai tu tak tahu
bahawa kita suka kat dia..dari gelagat kita,
pandangan kita,
percakapan kita dan lain-lain,
dah boleh agak dan teka dah perasaan kita terhadap dia.."

"tapi, perasaan kita itu,
tidak akan dianggap serius,
selagi kita tak menzahirkannya atau meluahkannya.."

(reference: cerita-cerita korea pun boleh)

"macam tu juga sebenarnya,
bila kita mahukan sesuatu..atau memerlukan sesuatu..
Allah itu MAHA TAHU,
malah sebelum kita rasa kita memerlukan hal itu,
Allah dah tahu dulu dah.."

tetapi Dia mahu kita menzahirkannya dulu,
dengan cara berdoa dan memohon padaNya"

"barulah kita nampak serius meminta.."

"maka banyakkanlah berdoa!"

:)

a simple but nice message~


doa itu senjata
doa itu menghubungkan kita denganNya
so, ikhlaskan hati
dan pupuklah perasaan khauf dan raja'..
lalu berdoalah!


***************************************

p/s: insyaAllah ahad depan sambut raya qurban..check diri balik yuk, apa je pengorbanan yang dah kita buat sejak raya qurban yang lepas?

p/s2: sama-sama kita muhasabah diri, lihat kembali segala kesalahan yang telah kita lakukan..kadangkala kita terlalu sibuk MENAMBAH amal ibadah, hingga kita jarang memeriksa perbuatan salah dan dosa yang sepatutnya kita KURANGKAN..wallahualam~

p/s3: lagi satu kebiasaan kita adalah, kita hanya mengamalkan pemberian 'reward' kepada diri kita ketika berjaya melakukan sesuatu, contohnya dapat makan coklat atau aiskrim kalau berjaya siapkan homework dalam masa 1 hari, tapi kalau boleh, biasakan juga memberi 'punishment' pada diri kita, apabila kita terlupa menyiapkan tugasan yang telah kita janjikan pada diri sendiri, atau apabila kita tertidur lebih daripada had yang kita tetapkan, berpuasalah atau berinfaqlah..displinkan diri!

p/s4: tarbiyah dzatiyah~

p/s5: all the best exam!

p/s6: 12hb ni insyaAllah umayr akan nikah..huuu~ moga dipermudahkan dan dilancarkan urusannya..amiin~

p/s7: ada suatu perkara yang ingin saya lakukan nanti, insyaAllah kalau sudah berjaya dilakukan, akan dikongsi agar yang baik boleh dijadikan contoh :)

Friday, October 28, 2011

tabung kasih ummah


Tabung Kasih Ummah Bencana Banjir di Thailand - Sasaran RM20K Sebelum Eidul Adha!

Banjir yang melanda negara Thailand semakin meruncing. Sepertiga bahagian negara Thailand terus digenangi air dan 2.4 juta penduduk di lebih 10,000 kampung dari 26 wilayah di bahagian utara dan tengah terjejas oleh banjir yang melanda sejak 25 Julai yang lepas.

Jumlah kematian meningkat ke 373 orang (data pada 26 Oktober 2011). Banjir ini juga melanda 15,000 buah rumah atau 30,000 orang penduduk muslim di Thailand yang kebanyakan orang Islam di Thailand tinggal di tepi sungai Cau Praya.

Separuh daripada mereka telah dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara Banjir. Di pusat penempatan sementara ini kebiasaannya agak susah untuk mereka mendapatkan makanan yang halal. Beberapa NGO Islam di sana termasuk WAMY Thailand sedang berusaha mendapatkan sumbangan kewangan bagi membeli makanan yang halal untuk dibekalkan ke penempatan sementara ini.

Sumbangan kewangan juga diperlukan untuk mereka memulakan hidup baru selepas kembali ke rumah masing-masing apabila banjir surut nanti. Nusantara Islah Centre of Excellence (NICE) sebuah institusi di bawah Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) berusaha untuk membantu khususnya umat Islam di Thailand dengan mewujudkan sebuah tabung khas iaitu "TABUNG KASIH UMMAH BENCANA BANJIR DI THAILAND" pada 1 Zulhijjah 1432H bersamaan 28 Oktober 2011.

NICE meletakkan sasaran kutipan sebanyak RM20K sehingga 9 Zulhijjah 1432H (5 Nov 2011). Wakil NICE akan berada di Thailand untuk membuat serahan terus kepada umat Islam di sana pada Hari Raya Eidul Adha nanti.

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya." Al-Baqarah 2:261

Sama-samalah kita membantu meringankan bebanan saudara-saudara kita dii Thailand yang sedang diuji Allah ini.

Sumbangan kepada tabung ini boleh dibuat melalui akaun BIMB 12113010040182 atas nama "PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA".

Sila maklumkan sumbangan tuan/puan melalui sms kepada 012-320 3434 atau emel kepada wmzukri@readnetwork.com.

Mohon sebarkan ke e-group yang lain dan LIKE FB www.facebook.com/pages/Tabung-Kasih-Ummah-Bencana-Banjir-di-Thailand.

Wan Mohd Zukri Che Mat Zin
NICE
012-3203434

Wednesday, October 19, 2011

Visi


Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah,

Yang Maha pengasih lagi Maha penyayang


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Saya masih diberi kenikmatan yang sangat besar,

Kehidupan, kesihatan dan yang utamanya,

Alhamdulillah saya masih bergelar seorang muslimah..

Terima kasih ya Allah

Janganlah Engkau pesongkan hati kami,

Setelah Kau berikan kami hidayahMu..


Lama sungguh rasanya tidak menaip sesuatu di blog ini..

(fuh3..tiup habuk dan bersihkan sawang2 yang bersiar-siar)


Sekarang, berada di tahun keempat fakultas kedokteran UNPAD,

Amat meletihkan..


Semua sahabat-sahabat termasuk diri saya

Sibuk kesana kemari

menjalankan skripsi (minor thesis)


Tapi ada juga yang kelihatan “lepak-lepak” je di jatinangor ni,

Tak perlu susah-susah berulang alik ke bandung

Kerana pekerjaan skripsi mereka cukup dilakukan di sini..


Bagi saya pula,

Setiap minggu paling kurang 2 kali harus ke kota bandung

Secara khususnya ke Rumah Sakit (hospital) mata cicendo..

Setiap selasa dan khamis, setelah kuliah selesai jam 12,

Saya bergegas solat zohor, makan dan mengejar bas untuk ke Cicendo..

Masa 45 minit di dalam bas digunakan sebaiknya (untuk tidur)

Hehe..penat ok!


Rasanya, sejak masuk tahun keempat,

Saya tidak mempunyai banyak masa untuk diri sendiri,

Tapi saya senang dengan keadaan ini..


Kalau tidak,

Mungkin akan timbul rasa bersalah

Kerana kurangnya masa yang saya gunakan

Untuk memikirkan hal-hal penting lainnya

termasuklah,

Berfikir tentang Masyarakat sekeliling saya (rakan dan junior)


Yelah, dah paling senior lah katakan di jatinangor ni..


Usrah, taklim, sharing dan program-program lain

Dijadikan kesempatan untuk melarikan diri sebentar dari kesibukan dunia..

Dan menenangkan fikiran..

(buat program tak jadi makin sibuk ke??..erm..sama2 kita cek niat kita ya..)


Minggu lepas,

Program yang diberi nama Islamic medical conference

selamat dijalankan

Di theatre A5 fakultas kedokteran..


Alhamdulillah speaker jemputan yang dipanggil

Adalah orang yang tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia,

Iaitu Prof Latif dan assoc. Prof Ikram..

Tidak lupa juga Dr Basuki iaitu dokter dari Indonesia sendiri

Merangkap pengasas Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI)..


Acara yang berjalan sangat menarik,

Membincangkan perihal seorang muslim

Yang bekerjaya sebagai doctor dan pertama-tamanya sebagai hamba Allah taala..

(terlalu banya isi menarik,

hingga tak tau macam mana nak dikongsikan)


Semakin menarik lagi,

Apabila Dr Basuki membuat kejutan di slot terakhir

Dengan membawa pelajarnya

Yang berasal dari Gaza, Palestin!

(siapa tak happy jumpa orang Palestin kan..

sayang je dua2 lelaki, kalau ada yg perempuan lagi best!)



Mereka menceritakan pengalaman

dan kesusahan mereka

Untuk keluar daripada Palestin,

melewati sempadan Mesir,

Dan turut berkongsi sedikit harapan buat umat islam sedunia..


Alhamdulillah,

Allah memilih saya untuk berada di ruangan tersebut pada hari sabtu yang lalu,

Kerana terlalu banyak perkara

Yang sebenarnya “common” menurut saya

tetapi dikupas dan diterangkan dengan begitu baik

Sehingga berbekas di hati saya..


terima kasih sekali lagi ya Allah~


Di akhir slot 2,

Prof Latif ada meminta kami

Untuk menuliskan apakah vision kami,

Atau perkara dan cita-cita yang ingin dicapai sekitar 10-20 tahun yang akan datang..


Dia tidak mahu cita-cita sekadar ingin menjadi specialist apa,

Malah inginkan kami berfikiran lebih luas lagi..


Pada awalnya, saya terdiam sendiri..

Apa ya yang ingin saya tuliskan?


Walaupun kertas itu tak perlu dihantar kepada siapa2,

Hanya untuk menjadi simpanan sendiri,

Tapi saya kurang pasti apa yang saya mahukan..


Sebenarnya ada satu visi,

Yang tersimpan di dalam benak fikiran saya,

Namun hati kecil saya berkata

“ahhh…susah sgt tu..pikir yang lain je la..”


Lalu saya memadam niat untuk menulis visi/cita-cita itu..


Kertas saya masih kosong..


Tiba-tiba,

Prof menyambung talk beliau

(yang sebenarnya dah habis masa..hehe)


“ada suatu kisah..tentang seorang sahabat nabi,

Yang mempunyai cita-cita tinggi..

Abu ayyub Al-Ansari namanya..


(seterusnya ditaip dalam bahasa dan pemahaman saya sendiri)

beliau mempunyai cita-cita

untuk membuka kota konstantinopel!


kerana nabi telah menjanjikan

bahawa akan ada seorang pemuda

yang akan berjaya membuka kota itu suatu hari nanti..


"akulah orang itu"

kata abu ayyub..

yang pada ketika itu masih muda remaja..


dia hidup bersama visinya itu..

terus berpegang kuat

dan meyakini apa yang pernah dia katakan..


Dia menyertai setiap peperangan

berharap dia berjaya membuka kota itu..


terus percaya,

bahawa setiap usaha tidak akan disia-siakan Allah taala..

hingga umurnya 94+ tahun,

dia masih ingin melibatkan diri

dalam menyaksikan terbukanya kota itu..


namun, Allah mempunyai perancanganNya sendiri..

akhirnya visi itu tidak tercapai..


bukanlah kegagalan beliau yang ingin saya tekankan,

namun soal keazaman

dan keyakinan yang tinggi..


Bayangkan,

betapa besar cita-cita dan keazamannya,

dia masih berpegang pada visinya itu,

sehingga umurnya mencapai lebih 9 dekad!


lalu,

saya bertanya pada diri sendiri..

kalau visi saya itu sesuatu yang baik,

kenapa malu dan takut untuk dizahirkan?


jikalaupun gagal tercapai selagi saya masih hidup,

masih ada yang bisa meneruskan cita-cita saya itu..


saya akan menghidupkan visi itu

sehingga pengakhiran hayat saya!


Alhamdulillah,

akhirnya saya berjaya menuliskan visi saya,

dan insyaAllah

dengan kekuatan dariNya

saya akan berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikannya!


demi islam!


so, apakah visi kalian semua?



p/s: doakan minor thesis saya!

p/s2: exam is around the corner~

p/s3: jika itu yang terbaik buatku, permudahkanlah ya Allah! :)

p/s4: jangan sia-siakan kefahaman anda, gunakan untuk membantu mereka disekeliling..