Sunday, October 30, 2011

zahirkan!


bismillah~

assalamualaikum dan selamat petang,
moga kita semua berada dalam keadaan yang diredhai dan dirahmatiNya..

rasa dah lama tak berceloteh dalam blog ni,
jadi untuk mengurangkan rasa bersalah,
nak tulis-tulis sikit lah..



hari berganti hari
bulan berganti bulan,
sedar tak sedar, dah berada di penghujung tahun 2011..

macam mana je kita melalui hari-hari dalam setahun ini,
kita yang tentukan kesan dan ibrahnya..
moga ada manfaatnya..

mulai dari beberapa minggu lepas,
setiap selasa dan khamis masa saya
bermula dari tengah hari sampai ke petang,
akan dihabiskan untuk meng'interview' patient..

banyak pengalaman dan ragam manusia
yang saya temui sepanjang saya menjalankan wawancara tersebut..

saya pernah dimarahi,
diajak berbual sampai 30 minit,
dicuekin,
dipandang sinis,
diketawakan..

namun itu semua pengalaman
dan tergantung pada diri kita
untuk mengklasifikasikannya
sebagai pengalaman positif atau negatif..

selian dari pengalaman-pengalaman
ketika menjalankan minor thesis,
hari-hari lain diisi dengan rutin yang tak jauh beza..
kuliah, tutorial, usrah, taklim dan lain-lain..

minggu depan start exam midsem,
tapi macam biasalah,
preparation selalu belum dirasakan cukup mantap..
tapi selagi masih ada masa,
kita jangan pernah berputus asa di awal permainan!
teruskan menjawab soalan-soalan,
membaca lecture's slide dan lab notes..

moga kesungguhan kita mendapat ganjaran dariNya

*******************************************************

sedikit perkongsian..


sewaktu usrah tadi,
kakak naqibah saya berkata,
(dalam bahasa yang sudah ditranslate kan)

"pernah tak tengok cerita love story
yang sad ending..?"


"pernah2"
kami mengangguk-angguk..

"haa, selalunya, part yang paling menyedihkan
adalah bila si lelaki tu suka kat perempuan ni,
perempuan tu tahu, atau at least nampak la hint-hint dia kan..
tapi lelaki tu tak pernah nak beritahu
sehinggalah akhirnya perempuan tu diambil lelaki lain.."

"atau sebaliknya,
ada seorang perempuan ni cinta mati pada seorang lelaki,
tapi tak menzahirkan jugak,
dan akhirnya laki tu hanya dapat tahu bila perempuan tu dah mati.."

"wahh..sedih bangat kan?!"

kami tertawa..

kemudian dia menyambung lagi..

"sebenarnya,
kalau kita perhatikan,
bukannya orang yang disukai tu tak tahu
bahawa kita suka kat dia..dari gelagat kita,
pandangan kita,
percakapan kita dan lain-lain,
dah boleh agak dan teka dah perasaan kita terhadap dia.."

"tapi, perasaan kita itu,
tidak akan dianggap serius,
selagi kita tak menzahirkannya atau meluahkannya.."

(reference: cerita-cerita korea pun boleh)

"macam tu juga sebenarnya,
bila kita mahukan sesuatu..atau memerlukan sesuatu..
Allah itu MAHA TAHU,
malah sebelum kita rasa kita memerlukan hal itu,
Allah dah tahu dulu dah.."

tetapi Dia mahu kita menzahirkannya dulu,
dengan cara berdoa dan memohon padaNya"

"barulah kita nampak serius meminta.."

"maka banyakkanlah berdoa!"

:)

a simple but nice message~


doa itu senjata
doa itu menghubungkan kita denganNya
so, ikhlaskan hati
dan pupuklah perasaan khauf dan raja'..
lalu berdoalah!


***************************************

p/s: insyaAllah ahad depan sambut raya qurban..check diri balik yuk, apa je pengorbanan yang dah kita buat sejak raya qurban yang lepas?

p/s2: sama-sama kita muhasabah diri, lihat kembali segala kesalahan yang telah kita lakukan..kadangkala kita terlalu sibuk MENAMBAH amal ibadah, hingga kita jarang memeriksa perbuatan salah dan dosa yang sepatutnya kita KURANGKAN..wallahualam~

p/s3: lagi satu kebiasaan kita adalah, kita hanya mengamalkan pemberian 'reward' kepada diri kita ketika berjaya melakukan sesuatu, contohnya dapat makan coklat atau aiskrim kalau berjaya siapkan homework dalam masa 1 hari, tapi kalau boleh, biasakan juga memberi 'punishment' pada diri kita, apabila kita terlupa menyiapkan tugasan yang telah kita janjikan pada diri sendiri, atau apabila kita tertidur lebih daripada had yang kita tetapkan, berpuasalah atau berinfaqlah..displinkan diri!

p/s4: tarbiyah dzatiyah~

p/s5: all the best exam!

p/s6: 12hb ni insyaAllah umayr akan nikah..huuu~ moga dipermudahkan dan dilancarkan urusannya..amiin~

p/s7: ada suatu perkara yang ingin saya lakukan nanti, insyaAllah kalau sudah berjaya dilakukan, akan dikongsi agar yang baik boleh dijadikan contoh :)

4 comments:

Dr Hana said...

Berkorban apa saja.. harta ataupun nyawa.. itulah kasih mesra..sejati dan mulia~

Hmm banyaaakkknye punishment nak kena buat-_-'

Apa yg kamu nak buat? cepat cerita

'Saat diuji, air mata menitis namun hati terilhami untuk meyakini apa yang diberikan Allah padanya pasti yang terbaik padanya. badan dan fikiran mungkin lelah, namun hati tetap yakin bahawa ujian itu tanda sayangNya pada kita'

Tausiyah yg best n i'm sure u got it too

p/s: saya nak balik bulan 2 hehe <3

duha said...

ummufurqan- :)

kalau anda jenis yang suka makan, jadi displinkan diri dengan berpuasa..

kalau anda suka kepada duit dan harta, infaqkan harta anda..

kalau suka melihat atau membaca perkara yang melalaikan, bacalah AQ dan dengarlah taklim2 atau ceramah2..

kalau anda seorang yang sombong dan malas layan orang, paksa siri untuk beramah mesra dan berkenalan dengan kawan baru ataupun junior yang banyak tu (ehem2..sila ikut jantina sendiri ye, bukan yang berlawanan jantina)

dan banyak lagi..hehe..sila tambah sendiri~

"ikutilah kesalahan/dosa itu dengan kebaikan agar ia dapat mengahpus dosa-dosa kita tu.."

jzkk atas tausiyah yang menyegarkan dan menyemangatkan hati ini!

p/s: :)) <3 uhibbuki fillah!

Dr Hana said...

time kasih atas penjelasan panjang lebar itu...

tp sebenarnya saya nak tanya apa plan yg kamu kata nak buat tu:p
nnt cerita~

ahabbakallazi ahbabtaniilah~ wa ana aidhon^^

as-syahir said...

:)
gud luck exam ye kak..