Friday, October 28, 2011

tabung kasih ummah


Tabung Kasih Ummah Bencana Banjir di Thailand - Sasaran RM20K Sebelum Eidul Adha!

Banjir yang melanda negara Thailand semakin meruncing. Sepertiga bahagian negara Thailand terus digenangi air dan 2.4 juta penduduk di lebih 10,000 kampung dari 26 wilayah di bahagian utara dan tengah terjejas oleh banjir yang melanda sejak 25 Julai yang lepas.

Jumlah kematian meningkat ke 373 orang (data pada 26 Oktober 2011). Banjir ini juga melanda 15,000 buah rumah atau 30,000 orang penduduk muslim di Thailand yang kebanyakan orang Islam di Thailand tinggal di tepi sungai Cau Praya.

Separuh daripada mereka telah dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara Banjir. Di pusat penempatan sementara ini kebiasaannya agak susah untuk mereka mendapatkan makanan yang halal. Beberapa NGO Islam di sana termasuk WAMY Thailand sedang berusaha mendapatkan sumbangan kewangan bagi membeli makanan yang halal untuk dibekalkan ke penempatan sementara ini.

Sumbangan kewangan juga diperlukan untuk mereka memulakan hidup baru selepas kembali ke rumah masing-masing apabila banjir surut nanti. Nusantara Islah Centre of Excellence (NICE) sebuah institusi di bawah Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) berusaha untuk membantu khususnya umat Islam di Thailand dengan mewujudkan sebuah tabung khas iaitu "TABUNG KASIH UMMAH BENCANA BANJIR DI THAILAND" pada 1 Zulhijjah 1432H bersamaan 28 Oktober 2011.

NICE meletakkan sasaran kutipan sebanyak RM20K sehingga 9 Zulhijjah 1432H (5 Nov 2011). Wakil NICE akan berada di Thailand untuk membuat serahan terus kepada umat Islam di sana pada Hari Raya Eidul Adha nanti.

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya." Al-Baqarah 2:261

Sama-samalah kita membantu meringankan bebanan saudara-saudara kita dii Thailand yang sedang diuji Allah ini.

Sumbangan kepada tabung ini boleh dibuat melalui akaun BIMB 12113010040182 atas nama "PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA".

Sila maklumkan sumbangan tuan/puan melalui sms kepada 012-320 3434 atau emel kepada wmzukri@readnetwork.com.

Mohon sebarkan ke e-group yang lain dan LIKE FB www.facebook.com/pages/Tabung-Kasih-Ummah-Bencana-Banjir-di-Thailand.

Wan Mohd Zukri Che Mat Zin
NICE
012-3203434

No comments: