Saturday, November 29, 2008

Ihsan dalam Qurban

Antara materi-materi yang dibincangkan dalam usrah yang lepas adalah tentang IHSAN..



Ihsan berasal dari perkataan arab hasana iaitu baik atau dalam erti kata lain memberi manfaat.

Islam sebagai agama yang syumul memberi kebaikan bukan sahaja pada manusia malah pada setiap makhluk Allah di muka bumi ini. termasuklah haiwan ternakan.

sempena dah dekat dengan raya qurban, nak bincangkan sedikit tentang Ihsan dalam menyembelih binatang :)



islam telah menetapkan beberapa syarat yang patut diikuti dalam menjalani ibadah qurban untuk menyembelih binatang..

1. Sembelih haiwan tersebut dengan membaca Bismillahi Allahuakbar ataupun dengan Nama Allah

2.Penyembelih adalah seseorang yang layak melakukan tugas tersebut
a)Seorang Muslim/Ahli Kitab
b)Berakal
c)Baligh

3.Terdapat 3 urat yang dipotong semasa penyembelihan:
a)mari'
b)wudjn
c) halkum

4.Alatan yang digunakan mestilah tajam, agar tidak menyeksa binatang sembelihan

5. Tidak mengacu-acukan pisau pada haiwan tersebut sebelum disembelih

6.Tidak memotong mana-mana bahagian dari tubuh haiwan tersebut sebelum ia betul-betul mati.

7.tidak melampau sehingga terputus kepalanya

Islam itu agama yang Ihsan (memberi manfaat pada setiap makhluk)


moga memberi manfaat

Friday, November 28, 2008

problematika ummat (1)

"MENGAB kali ni best la.."
"macam ni laa baru menarik"
"seronok bincang-bincang camni, sampai rase mase tak cukup"

ini la a few komen yang diberi oleh kawan-kawan selepas berakhirnya Mentoring Gabungan atau lebih famous sebagai MENGAB..

memang tak dinafikan MENGAB kali ini lebih menarik daripada biasa..
lain daripada yang lain..
selalunya ceramah atau tayangan slide saja..
tapi kali ini kami diberi 3 kasus (kes)..
tentang masalah ummat islam kini..
untuk difikirkan dan memberi pandangan dan pendapat..

kalau nak disummarizekan dari MENGAB semalam..
problem utama ummat islam kini adalah kelalaian dan ketidak pedulian terhadap agama dan keadaan sekeliling..

KES 1

Case pertama tentang seorang anak SD (sekolah dasar/sekolah rendah)..
yang sangat berkeinginan untuk ke sekolah..
Namun si kawasannya hanya terdapat sebuah sekolah iaitu SD Maju Terus yang berteraskan ajaran Nasrani..
Selang beberapa minggu menghadiri sekolah itu, Mira mula berasa tidak selesa kerana dia perlu berdoa dan mengikuti acara-acara menurut ajaran agama itu.
Apa pandangan anda?

"siapa yang rasa ga apa-apa kalau Mira terus bersekolah di situ? cung (angkat tangan)!" pengerusi DKM(sewan keluarga Masjid) Asy-Syifa' bersuara.

ramai yang teragak-agak untuk angkat tangan..
konfius barangkali..

"Siapa yang rasa ga boleh si Mira nerusin pengajiannya di SD itu? cung!"

masih ramai lagi yang tidak pasti untuk mengangkat tangan atau tidak..
suara-suara kecil mula kedengaran di belakang dewan..
"boleh ke ek?"
"boleh je rasenye, sekolah je laa tapi tak yah laa doa ikut care diorang"
"doa care diorang bedose ke?"
"ntah la"
(ragu-ragu)
dan banyak lagi persoalan yang berterusan..

"Nah, sekarang siapa yang tidak cung tadi? angkat tangannya!"

soalan yang cukup jelas dan sangat mudah untuk difahami..
tapi, masih ramai yang sepatutnya mengangkat tangan, tidak berbuat demikian..
hanya seorang sahaja yang berani mengangkat tangannya tanpa segan silu..

"temen-temen, tadi saya perhatikan..ramai sekali yang tidak ngacung, tapi hanya seorang sahaja yang jujur mau angkat tangan..jujur kaya gini aja ga bisa"


KEJUJURAN..ya, mungkin ini juga salah satu daripada masalah umat islam kini..tak berlaku jujur pada diri sendiri, pada teman-teman,pada orang sekeliling dan pada Allah taala..walaupun semua tahu bahawa Allah Maha Mengetahui..tapi masih sering mencari alasan..untuk cover dosa-dosa yang dah dilakukan..
"nak sedapkan hati la konon"

tiba-tiba seorang ikwah ingin memberi pendapat..
"ilmu itu sesuatu yang vital dalam kehidupan dan memang seorang anak kecil seperti Mira membutuhkan(memerlukan) sumber ilmu yang bagus untuk bertumbuh menjadi seorang muslimah yang berguna. Orang tuanya perlu memainkan peran yang penting dalam mencari sekolah terbaik bagi anak-anak mereka. Bagi saya, ga ada masalah jika Mira mau nerusin pengajiannya di SD itu. dalam islam, jika keadaan darurat, kita kan dibenarkan untuk memakan bangkai sama khinzir bagi menerusin kehidupan. nah disini juga Mira itu amat butuh pelajaran, jadi ga salah sih kalau diteruskan aja"

keadaan jadi riuh..ramai yang tidak berpuas hati dan tidak kurang juga yang bersetuju..

microphone berpindah tangan semula kepada pengacara. lantas dia bersuara..
"keadaan darurat gimana yang dibenarkan untuk memakan bangkai? antara hidup dan mati kan? dalam kasus si Mira ini apa melibatkan hidup dan matinya? enggak kan?"

kali ini akhwat pula yang tidak sabar untuk memberi pendapat..(inilah salah satu perkara yang ana agak respect pada mereka..berani bersuara)
"pada pendapat saya, cuba temen-temen lihat..Mira ini cuma anak SD. kecil lagi kan? Mira ini mungkin basic islam aja belum kuat, udah mau dimasukkan ke sekolah Nasrani. Aqidahnya akan terganggu bukan? kalau anak-anak yang udah besar aja mudah terikut arus dan pengaruh dari temen sekeliling apa lagi anak SD yang belum ngerti apa-apa. apa salahnya kalau tangguh pengajiannya dulu dan carik aja sekolah lain. kalau agak jauh juga ga papa kok"

mungkin ana lebih bersetuju dengan pendapat ini. Aqidah adalah sesuatu yang tidak boleh dipertaruhkan dengan apa-apa pun..

Aqidah yang berasal dari perkataan aqada iaitu ikatan adalah dasar keimanan kita dan ketergantungan kita pada Allah..kalau rosak aqidah rosaklah agama..lain halnya dari Fiqah yang memang terdapat pelbagai pendapat dan khilaf yang dibenarkan dalam islam. tapi Aqidah hanya satu..

antara lain mengapa ana rasa Mira tidak patut meneruskan pengajiannya di sekolah itu adalah atas alasan KEBIASAAN..


salah satu masalah besar ummat islam kini juga adalah KEBIASAAN melihat dan melakukan sesuatu maksiat atau kesalahan sehingga merasakan perbuatan itu sebagai sesuatu yang normal.

kalau dulu, iklan-iklan yang 'membuka aurat' tidaklah sekerap sekarang..
tapi sekarang, semua dah terbiasa..selepas ini, apa pula?

kalau dulu susah nak nampak perempuan merokok, tapi sekarang.. dah jadi rutin harian mata kita disajikan dengan benda-benda sebegitu..
"biase la tu pompuan merokok, cam tak biase je tengok..kat klcc belambak je"

kalau dulu filem-filem melayu boleh dikatakan sopan, tapi sekarang..kalah filem barat..
KEBIASAAN..

na'udzubillah..

Apa yang kita kejarkan di dunia ni?

fikir-fikirkan lah..
jangan biasakan diri kita untuk menerima maksiat-maksiat di muka bumi ini..
walaupun sudah menjadi norm, tapi tak bermaksud dibenarkan dan patut dibiarkan..
moga Allah pelihara hati dan anggota tubuh badan kita dari segala bentuk maksiat..
"...selemah-lemah iman adalah membenci dengan hati"

kasus kedua dan ketiga akan dibincangkan nanti..nak pegi Cikuda..tengok rumah :)

Wednesday, November 19, 2008

masih ingat lagi?

malam tadi, sambil-sambil menyiapkan LI..
chatting dengan seorang sahabat..

selain daripada membebel dan berbual kosong,
kami ade bincangkan tentang Al-Quran dan hafazan..

risau!
tiba-tiba teringat..banyak dapat pesanan dari teman-teman and cikgu2
"jangan lupe murajaah (ulang) ayat-ayat Quran tu, kalau lupe dose"

mak pun selalu pesan,
"kalau boleh, upgrade lagi hafazan..tapi yang lebih penting maintain yang lama"

tahu dan faham..
tapi nak aplikasikan mesti banyak halangan..
Alhamdulillah memang ade rutin harian untuk tilawah dan mengulang..
tapi macam tidak mencukupi je..
kena tingkatkan usaha lagi..
tapi selalu terleka..
(sekarang ni banyak tidur je..hu~)

banyaknya dosa dalam diri~ T-T

ya Allah, ampunilah hambaMU ini..
berilah peringatan dan jauhkanlah dari kelalaian..

moga hari ini lebih baik dari hari semalam

**bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa...**

Friday, November 14, 2008

makbulkanlah doa kami~


kadang-kadang kita selalu tertanya-tanya kenapa doa kita tidak diperkenankan?

atau yang sebetulnya BELUM diperkenankan..

Terdapat satu kisah diriwayatkan dari Syaqiq bin Ibrahim ia berkata:

"pada suatu hari ketika Ibrahim bin Adham masuk ke dalam salah satu pasar di Basrah, kemudian orang-orang berkumpul di depannya seraya bertanya: "Wahai Abu Ishaq, sesungguhnya Allah Taala berfirman dalam kitabnya

'berdoalah kepadaku nescaya akan Ku perkenankan bagimu..' (Al-Mu'min:60)

sedangkan kami telah berdoa padaNya sejak setahun lalu, akan tetapi Ia belum juga memperkenankan doa kami?

Lalu Ibrahim bin Adham menjawab " wahai penduduk Basrah, sesunggunya hati-hati kalian telah mati disebabkan 10 hal:

1. kalian mengenal Allah tetapi tidak menunaikan hakNya

2.kalian membaca kitabullah tetapi tidak beramal dengannya

3.kalian mengaku cinta kepada Rasulullah tetapi meninggalkan sunnahnya

4.kalian mengetahui permusuhan syaitan kepada kalian tetapi kalian bersahabat dengannya

5.kalian mengatakan cinta kepada syurga namun tidak berusaha mendapatkannya

6.kalian mengatakan takut pada neraka tatapi justeru menggadaikan diri dengannya

7.kalian mengetahui kematian itu adalah benar tapi tidak bersiap-siap menghadapinya

8.kalian sibuk dengan aib saudara kalian tapi malah mengabaikan aib sendiri

9.kalian telah menikmati pelbagai nimat Rab akan tetapi tidak mensyukurinya

10. kalian mengubur jenazah tetapi tidak mengambil pengajaran darinya

Sebagai umat islam, kita kena yakin bahawa permohonan kita pasti akan dikabulkan, mungkin dalam cara yang berbeza-beza..sesungguhnya Allah taala lebih mengetahui tentang sesuatu perkara sedang kita tidak mengetahinya (Al-Baqarah:216)

Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id Al-Khudry ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

"tidaklah seorang muslim berdoa dengan satu doa yang di dalamnya tidak terkandung suatu dosa (kemaksiatan) atau dimaksudkan untuk memutuskan silaturrahim, nescaya Allah akan mengabulkan doanya dengan salah satu dari tiga bentuk pengabulan; apakah dengan disegerakan pengabulan doanya (di dunia), apakah ia akan menjadi simpanan kebaikannya di akhiratataukah ia akan terhindar dari keburukan sebesar kadar doa yang ia panjatkan itu." lalu para sahabat bertanya:"kalau begitu,adakah sebaiknya kami memperbanyakkan doa?" Baginda menjawab "Allah itu memberi lebih banyak daripada apa yang kalian minta"


Berdasarkan hadith ni, jelas menunjukkan, yang tidak semestinya apa yang kita mohonkan akan diperkenankan 'sebijik' seperti apa yg diminta. ia mungkin dikabulkan dalam pelbagai bentuk sama ada kita sedar atau tidak..
Begitu juga dengan bersedekah. Allah menjanjikan rezeki yang berlipat ganda bagi org yang bersedekah untukNya. tapi rezeki disini tak bermakna dalam bentuk duit semata-mata..rezeki itu luas, boleh jadi Allah bagi kita rezeki untuk memahami suatu ilmu,rezeki dalam bentuk persahabatan dan sebagainya. Allah bekerja dalam cara yang tidak disangka-sangka.

Tapi ada juga syarat-syarat untuk doa kita diterima..selain daripada doa kita bebas dari unsur maksiat dan memutuskan silaturrahim, kita juga tak boleh berputus asa dan tergesa-gesa dalam berdoa..

Dalam satu hadith, Al-Bukhari,Muslim dan Abu Daud meriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda :"Sungguh di antara kalian akan sentiasa dikabulkan doanya selama ia tidak tergesa-gesa. Yaitu dengan berkata 'aku telah berdoa akan tetapi doaku belum juga dikabulkan'."

hadith ni menunjukkan sifat seorang hamba yang hampir berputus asa kerana doanya belum dikabulkan Allah taala..doa sebegini juga menunjukkan yang dia tergesa-gesa dalam mahu Allah segera menunaikan hajatnya..

bak kata seseorang tu "siapa Allah,siapa kita?"..

ada banyak faktor-faktor lain yang menyebabkan doa seseorang tu lambat diangkat dan dikabulkan.

Termasuklah niat kita,tujuan kita, intipati doa kita dan juga makanan yang membentuk tubuh badan kita (halal/haram)..

Tapi, walau apa pun kita mesti ingat bahawa Allah SWT itu Maha Pemberi dan sangat dermawan, malah Allah marah pada hambaNya yang tidak mahu meminta padaNya..jadi janganlah takut untuk berdoa kepada Allah kerana ingatlah, sesunnguhnya Allah pernah mengabulkan doa makhluk yang paling dimurkaiNya iaitu iblis ketika ia minta ditangguhkan sehingga hari kebangkitan...

Jadi,perbaikilah diri kita dan sentiasa jaga hati supaya bersih..moga-moga hati yang tidak kotor melahirkan niat yang ikhlas dan lebih mudah untuk Allah menerima doa kita..amiin~
"doa itu senjata seorang mu'min"

p/s: beberapa hadith diambil dari buku "ada apa dengan doa kita" karya Abu yusuf Muhd Yazid..best buku ni.ade mase bace laa :)