Friday, November 28, 2008

problematika ummat (1)

"MENGAB kali ni best la.."
"macam ni laa baru menarik"
"seronok bincang-bincang camni, sampai rase mase tak cukup"

ini la a few komen yang diberi oleh kawan-kawan selepas berakhirnya Mentoring Gabungan atau lebih famous sebagai MENGAB..

memang tak dinafikan MENGAB kali ini lebih menarik daripada biasa..
lain daripada yang lain..
selalunya ceramah atau tayangan slide saja..
tapi kali ini kami diberi 3 kasus (kes)..
tentang masalah ummat islam kini..
untuk difikirkan dan memberi pandangan dan pendapat..

kalau nak disummarizekan dari MENGAB semalam..
problem utama ummat islam kini adalah kelalaian dan ketidak pedulian terhadap agama dan keadaan sekeliling..

KES 1

Case pertama tentang seorang anak SD (sekolah dasar/sekolah rendah)..
yang sangat berkeinginan untuk ke sekolah..
Namun si kawasannya hanya terdapat sebuah sekolah iaitu SD Maju Terus yang berteraskan ajaran Nasrani..
Selang beberapa minggu menghadiri sekolah itu, Mira mula berasa tidak selesa kerana dia perlu berdoa dan mengikuti acara-acara menurut ajaran agama itu.
Apa pandangan anda?

"siapa yang rasa ga apa-apa kalau Mira terus bersekolah di situ? cung (angkat tangan)!" pengerusi DKM(sewan keluarga Masjid) Asy-Syifa' bersuara.

ramai yang teragak-agak untuk angkat tangan..
konfius barangkali..

"Siapa yang rasa ga boleh si Mira nerusin pengajiannya di SD itu? cung!"

masih ramai lagi yang tidak pasti untuk mengangkat tangan atau tidak..
suara-suara kecil mula kedengaran di belakang dewan..
"boleh ke ek?"
"boleh je rasenye, sekolah je laa tapi tak yah laa doa ikut care diorang"
"doa care diorang bedose ke?"
"ntah la"
(ragu-ragu)
dan banyak lagi persoalan yang berterusan..

"Nah, sekarang siapa yang tidak cung tadi? angkat tangannya!"

soalan yang cukup jelas dan sangat mudah untuk difahami..
tapi, masih ramai yang sepatutnya mengangkat tangan, tidak berbuat demikian..
hanya seorang sahaja yang berani mengangkat tangannya tanpa segan silu..

"temen-temen, tadi saya perhatikan..ramai sekali yang tidak ngacung, tapi hanya seorang sahaja yang jujur mau angkat tangan..jujur kaya gini aja ga bisa"


KEJUJURAN..ya, mungkin ini juga salah satu daripada masalah umat islam kini..tak berlaku jujur pada diri sendiri, pada teman-teman,pada orang sekeliling dan pada Allah taala..walaupun semua tahu bahawa Allah Maha Mengetahui..tapi masih sering mencari alasan..untuk cover dosa-dosa yang dah dilakukan..
"nak sedapkan hati la konon"

tiba-tiba seorang ikwah ingin memberi pendapat..
"ilmu itu sesuatu yang vital dalam kehidupan dan memang seorang anak kecil seperti Mira membutuhkan(memerlukan) sumber ilmu yang bagus untuk bertumbuh menjadi seorang muslimah yang berguna. Orang tuanya perlu memainkan peran yang penting dalam mencari sekolah terbaik bagi anak-anak mereka. Bagi saya, ga ada masalah jika Mira mau nerusin pengajiannya di SD itu. dalam islam, jika keadaan darurat, kita kan dibenarkan untuk memakan bangkai sama khinzir bagi menerusin kehidupan. nah disini juga Mira itu amat butuh pelajaran, jadi ga salah sih kalau diteruskan aja"

keadaan jadi riuh..ramai yang tidak berpuas hati dan tidak kurang juga yang bersetuju..

microphone berpindah tangan semula kepada pengacara. lantas dia bersuara..
"keadaan darurat gimana yang dibenarkan untuk memakan bangkai? antara hidup dan mati kan? dalam kasus si Mira ini apa melibatkan hidup dan matinya? enggak kan?"

kali ini akhwat pula yang tidak sabar untuk memberi pendapat..(inilah salah satu perkara yang ana agak respect pada mereka..berani bersuara)
"pada pendapat saya, cuba temen-temen lihat..Mira ini cuma anak SD. kecil lagi kan? Mira ini mungkin basic islam aja belum kuat, udah mau dimasukkan ke sekolah Nasrani. Aqidahnya akan terganggu bukan? kalau anak-anak yang udah besar aja mudah terikut arus dan pengaruh dari temen sekeliling apa lagi anak SD yang belum ngerti apa-apa. apa salahnya kalau tangguh pengajiannya dulu dan carik aja sekolah lain. kalau agak jauh juga ga papa kok"

mungkin ana lebih bersetuju dengan pendapat ini. Aqidah adalah sesuatu yang tidak boleh dipertaruhkan dengan apa-apa pun..

Aqidah yang berasal dari perkataan aqada iaitu ikatan adalah dasar keimanan kita dan ketergantungan kita pada Allah..kalau rosak aqidah rosaklah agama..lain halnya dari Fiqah yang memang terdapat pelbagai pendapat dan khilaf yang dibenarkan dalam islam. tapi Aqidah hanya satu..

antara lain mengapa ana rasa Mira tidak patut meneruskan pengajiannya di sekolah itu adalah atas alasan KEBIASAAN..


salah satu masalah besar ummat islam kini juga adalah KEBIASAAN melihat dan melakukan sesuatu maksiat atau kesalahan sehingga merasakan perbuatan itu sebagai sesuatu yang normal.

kalau dulu, iklan-iklan yang 'membuka aurat' tidaklah sekerap sekarang..
tapi sekarang, semua dah terbiasa..selepas ini, apa pula?

kalau dulu susah nak nampak perempuan merokok, tapi sekarang.. dah jadi rutin harian mata kita disajikan dengan benda-benda sebegitu..
"biase la tu pompuan merokok, cam tak biase je tengok..kat klcc belambak je"

kalau dulu filem-filem melayu boleh dikatakan sopan, tapi sekarang..kalah filem barat..
KEBIASAAN..

na'udzubillah..

Apa yang kita kejarkan di dunia ni?

fikir-fikirkan lah..
jangan biasakan diri kita untuk menerima maksiat-maksiat di muka bumi ini..
walaupun sudah menjadi norm, tapi tak bermaksud dibenarkan dan patut dibiarkan..
moga Allah pelihara hati dan anggota tubuh badan kita dari segala bentuk maksiat..
"...selemah-lemah iman adalah membenci dengan hati"

kasus kedua dan ketiga akan dibincangkan nanti..nak pegi Cikuda..tengok rumah :)

3 comments:

Ahmedkzaman said...

alam alayk..
salam ziarah dr russia..

wah!!
dahsatnye org indon nih..
xtrpikir plak psl bende nih..
mmg org Indon brpandangan jauh..kne blajar dr org sane nih..huhu..

duha said...

Ahmedkzaman- waalaikumussalam ..erm..memang banyak lagi maslah-masalah di sekeliling kita yang kita tak sedar..kene jadi lebih teliti n perihatin

Anonymous said...

ade buat demo hari tuh..ermm, demam eh? makan ubat ya... family semua kim salam~