Tuesday, August 25, 2009

yang terasing

Dengan nama Allah yang Maha pengasih dan Maha penyayang..

nak berkongsi sedikit info~

semalam ada gathering kecil di Taman Melawati..
Alhamdulillah,
sedikit pengisian tentang ramadhan dan kepentingan Al-Quran
telah diperoleh..
moga dapat menjadi pedoman..

usai tazkirah pendek,
kami berbincang tentang isu semasa..
seorang sahabat lantas menyentuh isu Kartika Sari..

mula-mula saya dan seorang lagi rakan yang sama-sama belajar di Bandung
terus terfikirkan brownies Kartika Sari..
rupanya bukan (malu je)

Kartika Sari Dewi,
seorang model yang dihukum sebat sebanyak 6 kali kerana meminum arak..
berita lanjut boleh klik di sini

dengarnya,
Kartika dah benar2 insaf
dan rela menerima hukuman sebatan
yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah Pahang..
dia juga rela jika sebatan dilakukan di depan khalayak,
jika ia dapat menjadi pengajaran bagi orang lain..
Alhamdulillah..

namun..
datang pula 'sokongan' yang tidak memberangsangkan dari
pihak Sisters in Islam..

dengan slogan mempertahankan hak wanita..
atas nama agama..

mereka berusaha 'membantu' kartika
dengan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap hukuman tersebut..
menghantar artikel ke surat khabar
dan siap meminta pada Kartika
agar merayu pada mahkamah untuk membatalkan hukuman tersebut..

mungkin mereka semua terlupa,
jika terlepas hukuman di dunia..
akhirat masih ada..
bukankah lebih baik dihukum di sini daripada di akhirat nanti?

masih banyak yang perlu kita pelajari tentang islam..
basicnya pun belum tentu khatam..
inikan pula ingin berbicara tentang hukumnya
dan syariatnya..

Mufti Perak sendiri telah mengeluarkan statement,
bahawa hukuman sebat yang dikenakan
tidaklah seperti yang disangka ramai..
bukan seperti hukuman sebat di penjara yang sering disiarkan..
berbirat punggung hingga berdarah..
TIDAK!

petikan dari kata-kata Mufti perak:

***************************************************************************************

SEBATAN TIDAK ANCAM NYAWA -Harussani-

IPOH 25 Ogos - Hukuman enam kali sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika Sari Dewi kerana kesalahan meminum arak langsung tidak akan mengancam nyawa atau memudaratkan kesihatannya.

Sebaliknya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukuman tersebut lebih kepada pengajaran kepada umat Islam supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Katanya, ia tidak sama dengan sebatan di penjara kerana orang yang melaksanakan hukuman sebatan itu ketiak pun tidak boleh terbuka dan pesalah mesti berpakaian.

"Sebatan di penjara lain, tidak sama dengan sebatan ini. Sebatan dari segi syarak, ketiak pun tidak boleh terbuka. Pesalah akan disebat di belakang, tetapi masih memakai baju.

"Hukuman akan dijalankan serentak enam sebatan, tetapi tidak akan calar sedikit pun. Cuma akan berbekas merah, itu pun jika pesalah terbabit berkulit putih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kontroversi isu sebat terhadap Kartika Sari Dewi yang sepatutnya berlangsung minggu ini tetapi ditangguhkan.

Kartika Sari Dewi yang dijatuhkan hukuman enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sepatutnya menjalani hukuman tersebut semalam.

Namun hukuman itu itu ditangguhkan sebagai menghormati bulan Ramadan.

Sehubungan itu, Harussani berharap agar mereka yang tidak tahu mengenai hukum Islam agar tidak membuat sebarang komen berkaitan isu tersebut.

"Media asing pun saya harap tidak campur tangan dalam hukum dan undang-undang Islam," katanya.

Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai hukuman sebat itu.

Tegas beliau, cakap-cakap daripada orang ramai yang tidak faham mengenai hukum Islam hanya akan mengeruhkan keadaan dan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati pihak terbabit.

***************************************************************************************

browse punya browse..
akhirnya sampai ke site sister in islam..
banyak artikel yang boleh DIBACA..
tapi bukan untuk DIPERCAYA..
kalau nak baca,
mungkin hanya sekadar untuk menginsafkan diri..
dan menyedarkan diri bahawa islam perlu disebar dengan lebih bersungguh2...
agar manusia faham cantiknya dan selamatnya jika berada di bawah naungan agama islam..

no harm in learning right?

islam sekarang amat jauh dari zaman Rasulullah SAW..
hingga mengamalkan hukuman yang disyariatkan oleh Allah taala juga kelihatan asing..
namun Nabi sendiri sudah bersabda..
islam itu datangnya dalam keadaan terasing..
dan di akhirnya juga akan terasing..
jadi sahabat-sahabat sekalian..
janganlah merasa kecewa kerana keterasingan itu..
yakinlah dengan janji tuhan..


"Truth is on the side of the oppressed"
-malcolm X-
A dynamic spokesperson and organizer for the Nation of Islam (Black Muslims)



p/s: was waiting 4 my friends..tapi tak online2 pun..kata nak wat conference pagi2 nih '-__-

p/s2: melakukan sesuatu yang boleh merosakkan akidah dikira sebagai ancaman pada negara tak? boleh tangkap masuk ISA tak? just asking ;)

p/s3: selamat berpuasa pada hari yang kelima~

p/s4:banyak kerja tak siap lagi..ya Allah, berilah kesungguhan dan kekuatan pada diri ini..

p/s5: The first principle is that a Muslim woman has to have the right and freedom to choose how she interprets her dress code -sister in islam- (mungkin jika seorang wanita ingin memakai bikini ke bazaar ramadhan pun tak mengapa..sekarang cuaca kan panas(jika inilah rights and freedom to choose and interprets according to them)..tapi pasti ramai yang terpaksa berbuka puasa '-___- ) inilah yang dikatakan 'manusia yang dikuasai nafsu' hingga arahan tuhan dianggap remeh dan boleh dikompromi..

kalau zaman masih menjadi pelajar sekolah, mungkin ramai yang rasa peraturan sekolah tu mengongkong..tapi bila dah besar and boleh berfikir rationally barulah nampak kepentingan peraturan sekolah kan? manusia macam tu jugak, berfikiran pendek dan tak nampak kebaikan peraturan agama Allah tu ( bukan semua)..tapi jangan bila dah 'tamat tempoh jadi manusia' aka dah mati baru ita nak sedar..time tu dah terlambat..

p/s5: dunia makin bahaya..pandai2lah jaga diri ya..peganglah pada Al-Quran dan sunnah, insyaAllah takkan tersesat..

p/s6: mereka yang mencari kebenaran bersungguh-sungguh pasti akan dikurniakan kebenaran itu, namun perlu berani menerima risiko..kalau tak jangan bicara tentang perjuangan ke arah kebenaran :) wallahua'lam

12 comments:

Abell M said...

hmm..tringat kek Kartika Sari..nyum2..huhu

harap2 prkara ni dpt beri pengajarn kpd kite sume..

psl sisters nih..bile dgr nameny pun dh mmbara..btul la kate duha, cmni lah jdny klu manusia buat rules ikut nafsu semata..

p.s. sy sbnrny ttido pg td..hehe..tp bile on9 xde spe pn~

btw, gi usrah tu dgn spe? sue ek?

penyu said...

salam atiq.
atiq2. hari itu, baba balek meeting. masa itu saya tengah mengecat dinding. baba kata dia nak curhat. so, ok la. curhat. dia cakap masa tengah tunggu meeting nak start, ada seorang hamba allah ini buat statement. dia kata dia xpaham kenapa orang pergi meeting nak bersongkok, berserban. baba pun cakap la orang tu da terbiasa kot.

ttba, baba cakap orang tu tanya soalan yang agak dahsyat jugak la. dia kata kenapa pakai tudung, dalam quran xtulis. kenapa babi najis? sedangkan dalam Quran xsuro samak pun. dan banyak lagi la. baba da lupa.

cane nak jawab orang2 cani tiq? nebes la biler dipiker-pikerkan. huhu

ps: sy xmo balek cikuda! T.T

duha said...

bella- hehe..sdap an :p balik bandung nnt blanje!!

erm..dah agak da tdo..lame jgak tggu..smpai pkul 7.40..patu cam biasa laa..kna jd driver hantar adek pg skola pg tusyen beli barang etc.. '-_____- hehe..

erm..usrah tu ngn kak yana..dok dkat2 sni an..igt nk ajak korg tapi tak smpt plak nk ckp..ngee~

lagipun ajak bella kuar pun susah an..tau laa kte bkn bdk KMPh (ceh..tetibe ngajuk :p )

duha said...

penyu-waalaikumussalam..
owh..ye ke..erm..kita mmg kna byk sabar ngn org2 cmni..kdg2 benda yg tak disangka2 pun akan ditanya..

erm..tu mmg sebijik macam apa yg sis in islam tuh ada cakap..tdung tak wajib pakai..yang penting baik..dan derang ni slalunya tak percaya pada hadis..kalau takde kat quran je, cakap hukum tu takde..sedangkan panduan kita Al-Quran DAN hadis..

pasal tudung tu boleh klik kat sini..ada penerangan yg bagus jugak la..kalau tak ckup infom ye, iA ada penerangan lain:

http://mujahidansejati.blogspot.com/2008/02/kewajiban-bertudung-dan-pakaian-dalam.html

kalau pasal babi aka khinzir tuh..sanye ulama' mmg ada khilaf..najis tu dr segi daging sahaja (means takleh makan) atau najis dr segi daging dan anggota (means takleh sentuh jugak)..sebab yang disebut mmg daging khinzir tu haram dimakan n anjing laa yang perlu disamak (dalam keadaan basah, terkena air liur etc)

tapi pasal khinzir ni mmg masih khilaf, duha pn msih tgh baca bku..nnt akan cuba mntak pndpt org yg lebih tau (atau siape2 yg baca komen nih boleh tlg xplain)..

tapi utk berhati2 sebaiknya kita jgn laa gatal nk pegang2 pulak..sebab secara zahirnya khinzir ni mmg kotor pun kan..hehe..thanks atas soalan yg bermakna..

p/s: nape tak nk balik? saya kan ada~ huhu

Anonymous said...

Salam tumpang lalu kak duha. Nk tlg jwb yg penyu tu. Minx baba awak bg pcik yg ckp pasal tudung tu, rujuk an nur. Ada ayat dia. Pasal swine, ada hadith yg kena samak. Tp itu apply pada mzhab syafie. Mazhab lain xplu samak. Sama mcm anjing. Ada pndapat boleh pgg, ada pndpt boleh kalau kering-kering. Bia baba awak jelaskan. Mgkin die lihat islam itu sempit, jd bia die tau yg islam itu luas. Sgt luas. Itu utk frst stage. Scnd stage, biar dia blajar tntg method hukum dlm islam. Samada dr quran, hadith, ijma dan qias. Bgtau pcik tu pasal khilaf pndapat, pasal toleransi, pasal fleksibiliti. Bia dia faham, islam x seperti yg org dok jumudkn. Insya allah, slow2. Pasal tudung, even christian suruh pakai tudung. Kalau x pkai kne shave kpala lg for women. Lain dgn islam, indah. Dan kita implement law kita.

duha said...

Anonymous- thanks ye :) yup..betul tuh~

Awau said...

seronok betul baca ulasan
kak duha yang bersahaja,
betullah kes kartika tu,
siap peguam negara campur tangan,
Jadilah kita ghuraba' :)

duha said...

si pengembara- thanks :) mmg sronok baca kes2 isu semasa ni..

erm..doalaa kita termasuk dlm golongan ghuraba'~

Al-Tuah Al-Shahab said...

salam,
best lah dia tu respect the law,
klu kena seksa di akhirat nnti lebih seksa dr di dunia ni, kan...
mintak2 dpt settlekn sumanya di dunia ni,
xnk kat akhirat nnti, xtahan lah...
hukuman sebat ikut syarak mmg tujuannya utk beri keinsafan pada pelaku dosa tu dan org lain...
menyesal sblm terlewat, taubat sblm terlambat...

duha said...

Tuah- erm..betul tuh~
hukuman di akhirat memang kita tak boleh tahan..lebih baik di balas di dunia yang sementara ni..

istighfar setiap hari, itulah yang paling ringan kita boleh buat..

penyu said...

time kaseh duha, time kaseh anonymous. jom sama-sama doa pakcik tu terbuka hati dia. insyaallah~

duha said...

Penyu- sama2..amiin~ insyaAllah..