Monday, October 5, 2009

Diabetes Mellitus type 2

sekarang saya berada dalam semester ketiga..
dan sedang belajar tentang endocrine system..
iaitu satu sistem kompleks yang mengawal hormone2 dalam badan kita..

subhanallah~

sempurna sungguh ciptaan Allah..

namun,
sistem ini hampir menutup tirainya..

kami sedang mempelajari kes kedua terakhir,
iaitu tentang diabetes mellitus type 2 (DM2)..

bercerita sedikit mengenai Diabetes..

Diabetes adalah satu penyakit
diamana pesakit yang menghidapnya
mempunyai kadar gula yang tinggi dalam darah..

secara normal,
apabila gula di dalam badan kita melebihi paras yang sepatutnya..
hormon insulin akan menukarkan insulin menjadi glycogen
iaitu storage of glucose (gula) dalam badan..
dan dalam masa yang sama,
insulin juga akan mem'promote' uptake of glucose
oleh sel2..

semua ini untuk mengembalikan kadar gula ke tahap normal semula..

tapi,
apabila kita mengambil terlalu banyak gula,
lama kelamaan insulin tidak akan dapat
menampung semua glucose tersebut,
dan insulin yang terlalu banyak menyebabkan cell kita
tidak lagi akan memberi respon yang sepatutnya pada hormon insulin..

ini yang dipanggil sebagai insulin resistance..

mungkin ada yang tertanya-tanya,
post ni ringkasan lecture note ke?

bukan..
sebenarnya,
ini adalah satu analogi..
tentang sifat malu dalam diri seseorang..

semalam,
seorang sahabat meluahkan..
sedih melihat masyarakat persekitaran
yang tidak malu menzahirkan maksiat-maksiat yang dilakukan..

lelaki perempuan bersentuhan,
malah ada yang berpelukan sesuka hati..
tidak ada rasa malu antara manusia,
apatah lagi pada yang Maha Esa..

apa kaitan dengan DM2?
insulin resistance adalah keypoint paling penting..



setiap manusia diberi sifat malu..
msutahil ada yang sejak dari lahirnya sudah biasa bermaksiat..
melainkan dia telah dibesarkan dalam keadaan sebegitu..
hingga ia TERBIASA..

banyak sekali rakan saya yang pada asalnya
melu untuk bertentang mata dengan kaum adam..
namun kerana nafsu,
dipaksa hatinya untuk menerima maksiat tersebut,
dan diingkari fatwa dari hati yang bersih..

lalu,
apabila terlalu banyak maksiat yang kita lakukan,
secara tak langsung,
kita mengkikis sifat malu itu perlahan2..
dan akhirnya..
diri kita akan menjadi resistance terhadap maksiat itu..
dan hilanglah sifat malu kita..

bak kata pepatah,
alah bisa tegal biasa..

maka,
kita tidak akan lagi rasa bersalah melakukan maksiat
atau dosa,
kerana sifat malu sudah dicabut dari diri kita..
naudzubillah..

sabda nabi Muhammad SAW,
'bila engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu'

dan ketahuilah malu itu sangat berharga..

oleh itu,
kita sebagai manusia yang berakal fikiran,
haruslah mengambil langkah untuk prevent
resistancy ini daripada berlaku..

jagalah sifat malu itu sebaik mungkin..
moga sifat malu dikekalkan dalam diri kita..
dan kemaksiatan tidak menjadi serasi dengan kita..

wallahu'alam~

p/s: di utusan ada lagi berita (5 okt) mengenai seorang wakil rakyat non-muslim membaca ayat Al-Quran dalam kempen pilihanraya..dia dikecam dan dicemuh, malah diminta memberi penjelasan, mengapa dia diberi kebenaran untuk membaca ayat tersebut..'-___- wahai rakan dan sahabat sekalian..sedarlah bahawa islam itu rahmat bagi sekalian alam..Al-Quran itu bukan hanya untuk umat islam, malah boleh dibaca oleh sesiapa yang berkehendak..moga Allah memberi hidayah pada sesiapa yang mendengar dan membacakannya..kalau benar Al-Quran dicemuh dan diinjak, ya umat islam harus mempertahankannya..adakah seorang non-muslim membacanya dianggap satu cemuhan? atau sepatutnya satu kebanggaan bahawa Al-Quran itu juga menjadi salah satu rujukan mereka? fikir2kan~

15 comments:

Izzanis said...

salam'alaik, duha~

Alhamdulillah, nice words.. walau ringkas tapi padat..

(^^,)V

duha said...

izzah al izzanis- waalaikumussalam akak..

jazakillah..sama2 kita renungkan iA :)

Asif said...

Salam. Ana setuju dgn nt. Terutama tentang al quran. Al quran itu huda-lli-nnas. Petunjuk buat manusia. Amat setuju. Cemuhan bg non-muslim mggunakan al quran mrupakan penjarak islam dan community. Izzah bg penggunaan alqurn akan mbuka mata community, tntg apa sebenarnya itu Holy Book. Stju utk nti. Syukran.

dr.radzi said...

nice....

apa ayat quran yang dibaca tu duha? maybe org marah sebab ayat yg die gune tu tak kene kot??? hehe...

Anonymous said...

salam,
malu biar bertempat,
skrg rmi kawan2 perempuan yg dah x malu bermaksiat di dpn kita,
tp yg laki2 dah lama dah diorg x malu,
ada yg bangga lagi,
hanya selemah2 iman sahaja yg terdaya dibuat,
astaga!

p/s: mungkin org rasa org yg baca quran tu nk cemuh isi quran,
mcm daie yg bagi cnth dlm bible utk mncemuhnya, x pun sbb org tu gua ayat quran tu utk berpolitik semata, mcm 'ulama' islam yg berpolitik pun buat, so 'ulamak politik' tu pun benarkn perkara tu

duha said...

Asif- waalaikumussalam..insyaAllah, kalau kita betul2 faham tujuan Al-Quran dan konsep islam sebagai agama yang mesra dan menitik beratkan semua umat manusia..mesti kita takkan rasa Al-Quran tu exclusive utk umat islam..tapi semua orang layak diberi peluang mengenali AQ tu..wallahua'lam

dr.radzi-tq..erm..tak sure laa ayat berapa..tapi,kalau ayat tu tak betul,salah tempat..atau even kalau salah baca ke..kan boleh tolong betulkan..baru belajar kan..hehe..
nape? stuju ke dengan cemuhan tu 0_o

duha said...

Anonymous-waalaikumussalam..erm..btul..malu biar bertempat..moga kita dijauhkan dr tergolong dlm mereka yang sudah tiada rs malu tu..

islam mengajar kita utk hormat semua agama..tak membenarkan tapi memberi pilihan..kita pelajari dan berhujah menggunakan bible atau Al-Quran untuk menujukkan kebenaran..bukan mencemuh atau merendah2kan sesuatu agama..sebab kita takkan suka kalau agama kita dilakukan seperti itu..nak jadi da'ie ada rules n regulations nya..

bukan sng utk org islam sndr bangga dengan ayat quran dan nak menggunakannya dalam aktiviti harian..apatah lg nonmuslim..kalau dia baca dalam nada cemuhan atau mmg utk mencemuh, perkara tu akan jelas dan mufti sndr rasanya akan menegur perkara tu..wallahua'alam..sy sndr tak tahu ayat mana yang dibacakannya..tapi ayat AQ semuanya benar, kenapa kita nak risau kalau ada orang membacakannya di khalayak ramai kan? moga saja yang mendengar dan membacanya mendapat hidayah Allah..

hurm..bdw,apa maksud 'ulama' islam yg berpolitik? salahkah kalau menceburi bidang politik sedangkan kita seorang ulama'? islam tak mengasingkan antara politik dan agama..

syuhadah said...

`bile tiada malu`buatlah sesuka hatimu`..

mlas nak komen lebh2..tgk je la sekeliling anda..

sentiasa berdoa spya Allah tak cabut rsa malu tu dlm diri kita..

sebab bila tiada malu tu,kter xkan rsa bersalah melakukan maksiat..

duha said...

miss susi-yup..exactly~

lindungi dan tebalkan rasa malu tu dengan iman..iA

Dr Amad said...

Ada ulama politik, ada pulak ek ulama tak politik...aneh,sejak bila Islam asingkan sampai begitu?

Nabi itu juga ahli politik

Nabi itu juga agamawan

Yang penting, segenap apa kita buat adalah dengan berprinsip.

To Radzi, ikut cikgu bahas BM, jika ada MAYBE tu dah dikira kalah...sebab bersangka-sangka. Terima berfakta, menolak bersebab.

Contohnya

"Nak makan sup tangan pi Kelantan" disitu tiada MAYBE dah, sebab ia lafaz yang sahih =)

duha said...

Dr Amad-ya2..saya stuju!

tapi..sup tangan tu ape? *_*

Dr Amad said...

sup tangan- Reflek pada isu hudud di Kelantan

ummu said...

Salam Duha
subhanallah.betapa hebatnya Allah
dan betapa manusia semakin jauh meninggalkan Allah

Dr Hana said...

salam alaik~

saya dh ketinggalan bas..br baca post ni..hehe:p

DM type 2..hmm
btul..walaupun masa kita cakap tu, rasa macam klakar tapi ada betulnya...mereka tidak/kurang didedahkan kpd persekitaran yg baik sejak dari kecik...skrg ni pun terlalu banyak 'racun' daripada madu dan orang lebih senang memilih racun walaupun sering memakan diri..keywordnya adalah SENANG.

nak buat benda tak elok tu senang...yg menjadi 'inhibitor'nya adalah malu~

nak tak nak..persekitaran yg kita diami MESTI akan mempengaruhi tindak-tanduk kita...jadi marilah wujudkan persekitaran yang baik untuk diri kita dan orang lain :))

p/s: sape kawan kamu tu? blh bkenalan dgn dia x? :p

duha said...

Dr Amad- owh..faham2..hehe

ummu masyitah- waalaikumussalam..
kena sentiasa muhasabah diri :)

F.Y- bas dah lama meninggalkan bandung..kak farhana masih di jatinangor :p

erm..jadi, marilah kita hidupkan biah solehah bermula di Casa Pelangi diikuti pada tempat2 lain disekeliling kita iA~

p/s: sebuk lah