Friday, November 6, 2009

kelemahan dan kekeliruan perilaku seorang Da'ie

post ini adalah sambungan dari post lama saya
tentang da'ie juga manusia

semoga mendapat pengajaran dan manfaat~

************************************************************************************

" Dakwah itu berani menanggung pelbagai risiko,
sabar menghadapi segala cabaran,
tidak pernah meminta harta dunia pada manusia,
hanya redha bahawa Allah yang menjadi tujuan
dan syurga adalah harapan terbesarnya.."

bukan mudah menjadi seorang da'ie
yang betul-betul memenuhi ciri-ciri yang diperlukan..

namun ianya tak mustahil..
banyak tokoh-tokoh islam yang boleh dijadikan contoh
dalam mengarahkan jalan dakwah kita..

malah lingkungan di sekitar kita juga
mampu memberi 1001 pengajaran..

perhatikan sekitar anda!

perhatikan sekitar anda,
agar dapat melihat contoh teladan dari mereka
yang meninggikan islam di atas segalanya..

perhatikan sekitar anda,
dimana ada manusia-manusia yang mampu menjajah dunia
hanya dengan akhlak dan perilaku mereka yang mulia..

perhatikan sekitar anda,
agar dapat melihat contoh
di mana hidup seseorang mampu menjadi syurga di dunia

perhatikan sekitar anda,
agar dapat melihat orang-orang
yang saling berkasih sayang
dan mencintai kerana Allah taala..

perhatikan sekitar anda,
agar dapat melihat sosok
yang lebih mementingkan orang lain
daripada dirinya sendiri..
di mana mereka akan sentiasa cuba membahagiakan
dan meringakna beban saudara mereka..

perhatikan sekeliling anda,
agar dapat melihat contoh teladan
dalam tingkah laku sosial seseorang..
cara melayani masyarakat sekeliling,
cara bergaul antara lelaki dan perempuan dan sebagainya..

perhatikan sekeliling anda,
agar dapat mencari teladan yang bersinar
dan membahagiakan jiwa..
di mana manusia berlumba-lumba melaksanakan solat subuh di masjid,
menghulurkan sedekah..
dan basah bibirnya dengan zikir..

perhatikan sekeliling anda,
agar dapat melihat contoh yang menenangkan..
di mana terdapat manusia yang bergetar dan khusyuk hatinya
mengingati Allah taala..
ungkapan kata-katanya hanya berkisar
pada kebaikan dan kebenaran..

moga dengan memerhatikan sekeliling kita,
kita dapat mengumpulkan sebanyak-banyak pengajaran..
dan ingatlah,
hanya hamba Allah yang memerhati dan berfikir
akan mendapat kebaikan..

menurut buku 'da'ie juga manusia'
terdapat banyak kelemahan atau kekeliruan
yang berlaku dalam diri mereka yang bergelar da'ie..
dan untuk menjadi da'ie yang terbaik,
seharusnya kita mengenal pasti apakah kelemahan-kelemahan tersebut
dan kemudian sedikit demi sedikit mengubah
dan memperbaiki sikap kita..

di sini saya akan memaparkan
dan membahaskan dua dari beberapa kelemahan
yang dihighlightkan oleh penulis..
selebihnya akan dibahaskan lagi dikesempatan lain insyaAllah..


Hubungan yang lemah dengan Allah taala

nilai keislaman yang utama
yang dituntut dari seorang yang bergelar da'ie
adalah kekuatan hubungannya dengan Allah,
dimana dia harus selalu berzikir dan bertawakal padaNya..

Dia harus memiliki hati yang hidup dan sedar,
serta segera memberi respon pada perintah-perintah Allah
dan meninggalkan setiap perkara yang dilarangNya

dalam menjaga hubungannya,
dia akan selalu khusyuk dan konsisten
menjaga peraturan Allah walaupun bertentangan dengan nafsunya

"kalian tidak dianggap beriman
sampai hawa nafsu kalian mengikuti ajaran yang aku bawa"
[hadis ini disahihkan oleh Imam nawawi dalam Al-Arba'in]

antara contoh kelemahan hubungan seorang da'ie
dengan Allah taala adalah:

- sering lupa dan menghindari perintah Allah

- menganggap remeh waktu solat sehingga sering melewatkannya

- kurang memperhatikan Al-Quran sama ada dari segi membaca,
merenungi,atau mengaplikasikan ajarannya

-hilang sifat wara' dan rasa takut kerana sudah beranimelanggar peraturan Allah

"jadilah orang yang wara', maka kau akan menjadi orang yang paling banyak beribadah"
[sahih al-jami', 4580]

- Tidak konsisten pada jalan ketaatan dan hidayah, di mana ia tidak lagi peduli pada
ajaran agama dan tidak berkeinginan mempertahankan berbuat baik..

-meninggalkan solat malam (qiamullail)..seorang da'ie harus sedar bahawa qiamullail
adalah bahan bakar dalam dakwah, kerana dengan qiam, seseorang akan selalu memperbaharui janjinya pada Allah dan akan selalu bersandar padaNya. maka Allah akan mengurniakan kekuatan dalam hatinya untuk melaksanakan tugasnya yang mulia

ingatlah,
jika hubungan antara hamba dengan Allah melemah,
maka jiwanya akan kehilangan dorongan iman
yang menghalangnya dari syahwat dunia..

Tidak mahu bekorban

Allah taala telah menyerahkan tanggungjawab
dan amanah yang berat pada kaum muslimin..

"demikianlah kami jadikan kalian (umat islam)
sebagai umat pertengahan supaya kalian menjadi saksi bagi manusia,
dan supaya rasul menjadi saksi bagi kalian"
[Al-Baqarah: 143]

kita sepatutnya sudah maklum
bahawa dakwah yang ditanggungjawabkan pada kita
memerlukan pengorbanan sama ada dari segi jiwa, harta dan masa seikhlasnya..

dakwah, agama dan jihad tidak akan wujud
tanpa pengorbanan dari para pemeluknya..

sebahagian da'ie MALAS melakukan aktiviti dakwah
dan hanya menjalankan tanggungjawab mereka seadanya
sehingga gagal memberi kesan yang bermakna..
kebanyakkan mereka takut,
aktiviti dakwah mereka akan mengganggu aktiviti yang lainnya..

mungkin kita harus sentiasa diingatkan
akan ganjaran bagi orang yang berkorban di jalanNya
di mana Allah taala berfirman,

"sesungguhnya Allah telah membeli jiwa dan harta kaum mukmin
dan mereka mendapatkan syurga"
[At-Taubah: 111]

maka, seharusnya seorang da'ie
benar-benar menghayati dan berpegang pada kata-kata
"mati di jalan Allah adalah harapan kami yang tertinggi"
dan bukan sekadar dinyanyikan di dalam nasyid
atau sekadar melaungkannya tanpa betul-betul memahami maksudnya..

wallahua'lam..


sebaik-baik manusia adalah
mereka yang sentiasa bertaubat apabila melakukan kesalahan



************************************************************************************

p/s:mata sudah sgt berat, jadi nanti akan disambung lagi iA

p/s2: selepas exam harus memanfaatkan masa sebaiknya..walaupun cuti hanyalah jumaat dan weekends, tapi 3 hari sudah ckup untuk men'down'kan kita nanti..

p/s3: tak tahu kenapa addicted pada lagu M.Nasir..maksud yang amat mendalam~

p/s4: esok tiada kelas kewarganegaraan, jadi boleh merehatkan hati ni dari terus membara '-___-

p/s5: jom biasakan diri bermuhasabah setiap kali sebelum tidur..dan bertaubatlah bagi setiap kepincangan yang dilakukan, maka tidur akan dalam keadaan hati yang paling baik iA~

7 comments:

*F.Y* said...

Salam...

Semoga hati kita sentiasa hidup dan segar apabila mendengar ayat-ayat Allah...

Hmm...Kadang2 jadi takut sangat bila teringat hadith pasal seorang manusia, orang di sekelilingnya menyangka dia membuat amalan sehingga orang menyangka dia membuat amal ahli2 syurga, sedangkan dia sebenarnya adalah ahli neraka...

'hanyasaja amalan penentu itu adalah penutupnya[saat dia mati]'

takut bila fikirkan betapa lemahnya kita sampaikan kesudahan kita sendiri pun kita tak tahu n semua bergantung pada kehendak Allah semata-mata...

n betapa tiada nilainya pandangan manusia terhadap kita padahal belum tentu apakah nilai kita di sisi Tuhan:(

jzkk for this article..sgt2 hargai

p/s: mmg banyak masa terluang skrg ni, semoga masa kita sentiasa diisi dengan bermanfaat n dpt meninggalkan perkara yang tak perlu bagi kita insyaAllah

p/s2: padanla asik dgr lagu m nasir je dr bilik kamu...

p/s3: muahh. sayang kamu~

p/s4: al-alaq> al-muzammil> al-mudatthir~

~*puding caramel*~ said...

lagu m nasir? wah duha mood jiwang sekang

tak sabar nk pinjam buku ini. dah cop kan?

Norashikin Tajuddin said...

cg ske post nt nih..insyaALLAH..jom gerak..

duha said...

F.Y-waalaikumussalam..

jazakillah atas peringatan tambahan ni..

mmg manusia tu amat lemah, dan hanya iman di dada dan dengan pergantuangan serta bantuan dan hidayah dari Allah kita dapat menjadi manusia yang kuat! insyaAllah..

tapi jarang manusia ni menghargai apa yang tak nampak di depan mata..contohnya ganjaran dari Allah taala..selalunya benda yang nampak dan dapat segera lebih kita kejarkan seperti kekayaan dunia..moga hati kita dijauhkan dr kesenangan terhadap dunia tapi kita akan lebih cenderung pada akhirat.. :)

p/s: sayang kamu juga~

duha said...

pudding-jiwang?? mane ade..M.Nasir tak jiwang la..contohnya lagu mentera beradu..pasal isu semasa..hehe..tapi susah nk faham sket lagunye..

yup..akak dah cop da..nnt duha bg ye..masih belum habes baca..:p
(saya tau slow sgt..jgn komen ape2..hehe)

cg syikin-thanks :) smoga bermanfaat utk yang lain2 jugak..
yang baik ambil, yang buruk jauhkan, yang salah tegur2 lah ye~
jom gerak!

fm said...

duha, lagu m.nasir yang mane yg best tuh? second, bile next cuti? ngeh3

duha said...

fm-ehhe~ ada beberapa..nnt laa btau..xmo btau kat sni :p

eh. nt skang mmg bz sokmo ke? jarang nak dpt borak ngn nt..msg pun mcm tak smpai je :p tak tukar number kan?

hurm..next cuti..raya haji 27hb ni..krismas n new year cuti 2 mggu..then after hbes sem ni ada cuti lg smggu rsnya..tapi rasanya kalau takde aral melintang, tak balik kut..stay sni je..hehe..

nape? nk rancang pape prog ke? :) prog utk adik2 tu mcm mana ek? hehe..