Wahai kekasih,
Sungguh diri ini merinduimu..
Walau sering kali diri ini leka dan alpa,
Melupakan nasihat dan tunjuk ajarmu..
Tidak berselawat ke atas mu..
Meninggalkan sunnah-sunnahmu..
Namun tidak dapat dielakkan air mata ini daripada mengalir
Tika membaca kisah hidupmu
Apalagi detik-detik pemergianmu..
Walau diulang pembacaan tersebut 1000 kali lagi..
Kadang sering terlintas difikiran
Mengapakah tidak ditakdirkan diri ini
Untuk hidup sezaman denganmu..
Dengan itu mungkin akan bertambah berkat kehidupanku..
Dan tidak jauh aku dari titik permulaan agama islam yang masih segar..
Perasaan iri kepada para sahabat,
Yang dapat bertemu denganmu,
Berbicara denganmu,
Menuntut ilmu terus daripadamu,
Mengadukan masalah kepadamu,
Berjuang bersamamu,
Membuak-buak setiap kali kisah dan sirah mereka diungkap..
Ketika mereka menangis
Kerana takut digelar munafik,
Kau ada untuk menenangkan dan memberi kabar baik pada mereka..
Ketika mereka melakukan kesilapan
Dan kesalahan,
Kau di situ untuk menegur dan memperbaikinya
hanya dengan memandang wajahmu,
jiwa akan menjadi tenang..
Sungguh pemergianmu memutuskan
Hubungan langsung dari langit pada makhluk di bumi..
Namun, aku yakin..
Segala ketentuan ada hikmahnya..
Mungkin inilah peluang bagi kami
Umat kemudian untuk mendapat pahala
Berlipat ganda
jika umat masa kini
Yakin dan beriman padamu
Walau kita tidak pernah bersua..
Wahai kekasih,
Sungguh, telah kau tinggalkan 2 amanat kepada kami..
Dengan harapan yang tinggi
agar kami akan menjaga
Dan mengikutnya
Namun,
Umat yang begitu kau sayangi ini sering lupa
Leka dan alpa
Lalai dengan godaan dunia..
Lebih mengutamakan hawa nafsu berbanding
Matlamat hidup yang sebenar..
Kami telah mengotori hati yang pada awalnya
Seputih salju
Menjadi semakin hitam hari demi hari..
Penyakit-penyakit yang kau janjikan dahulu,
Kini jelas nyata
Islam ditindas di mana-mana
Sifat Al-Wahn merajalela..
Para ulama’ semakin hilang dari pandangan mata
Pemimpin yang zalim menguasai dunia
Islam hanya pada nama
Maafkan kami ya Rasulullah..
Andai kau berada di sini pada hari ini
Pasti kau sedih melihat keadaan umatmu
Namun, ya Rasulullah..
pejuang-pejuang islam itu masih ada
Dan islam pasti akan terus dipertahankan..
Tiba masanya,
Islam akan bangkit semula..
Sama ada sempat merasa atau tidak..
Moga diri ini dapat menyumbang kepada kebangkitan itu
Kurniakanlah syafaatmu buat kami di hari yang telah dijanjikan
Kenalilah dan akuilah kami sebagai umatmu
Moga kami tidak hilang arah
Di sana kelak..
Ya Allah, berkatilah nabi junjungan kami..
Muhammad SAW
Dan kurniakanlah baginda tempat yang tertinggi
Seperti yang Kau janjikan..
Ya Allah,
Sungguh,
Imanku ada pasang surutnya..
Naik dan jatuhnya..
Seringkali aku membenci diri ini atas dosa yang dilakukan,
Sehingga penyesalan menjadi teman setia..
Dan sering pula aku melakukan sesuatu tindakan
Tanpa memikirkan kesan daripadanya..
Ya Allah,
Ampunkanlah dosaku
Dan pimpinlah diri ini
Agar imanku sentiasa terarah
Menuju jalanmu
Allahumma solli ‘ala muhamad~
p/s: terima kasih pada sahabat yang mengambil berat dan sentiasa inginkan yang terbaik buat diri ini dan buat islam :)
9 comments:
Salam alaik~
Nice post duha, tulis sndiri ka? cuma nak tambah sikit, rasanya nabi ada larang penggunaan sayyidina kat depan namanya..jika tak silap hehe:) maybe boleh cari utk confirmkan balik~
n selawat yang diajarkan oleh nabi pun tak ada sayyidina di depannya.. sekadar 'Allahumma solli 'ala muhammad' (contoh)
=)
assalamualaikum..
thanx duha 4 da post..
sye pn sngt fragile skg sbb miss hommy so much..
terims kasih krna membwa sye ke jln ini..
dan andai kata saya tersasar dri jalan ini,tarik sya..
diri ini sokmo lalai..hati ini sngt fragile..huhu
p/s=thanx to all penghuni Casa Pelangi krana sentiasa mengingtkan.
p/s 2 = saya rindukan untk menangis di hadapan Allah.
p/s 3 = sye syg anda.thanx dear.
F.Y- waalaikumussalam..urm..tak tulis..type je :p ehhe..
erm..pasal perkataan saidina tu, duha ada baca beberapa artikel tentang penggunaannya..
dari segi ibadah meaning dalam solat dan sebagainya, mmg lebih banyak yang menegaskan tak boleh letak sayyidina tu..tapi kalau utk mengagungkan nabi, macam nak sebut laa nama nabi kan kan..takpe letak sayyidina sebagai tanda menghormati..
erm..contohnya, kalau kita nak panggil raja2 kan, mesti ada tuanku ke..ape ke..so, utk menyebut nama nabi boleh je letak sayyidina tu..
erm..dalam dari segi selawat, yang diriwayatkan mmg takde letak sayyidina kat depan (so duha edit sket post nih..ehhe~)
tapi cumanya, yang setakat duha cari, belum jumpa lagi hadis menghalang letak sayyidina tu..tapi ulasan ulama' macam duha cakap tadi, dalam ibadah tak perlu tambah kut, sbb takde hadis yang tnjuk kita diajarkan utk tambah word sayyidina tu..
hurm..wallahua'lam
kalau salah betulkan..ni research sndr je..sbb tanya ramai org mostly kata boleh guna, tapi takde yang bagi specific dalil on boleh letak atau tidak..
thanks :)
miss susi-waalaikumussalam..
hehe..sabar ye sue..kami di sini pn ibarat family kamu juga~
ada pape mslh kita kongsi2 laa ye..kalau rindu rumah, cite la..kalau nak balik time cuti before cuti panjang nnt, meh datang jumpa saya (tersenyum kejam..hehe) <-- hanya kamu faham kot :p
bila lalai, iA kami tegur..
p/s: jgn asek tgk katun. nnt lalai..haha..main je..jgn balas dendam!!
p/s2: pagi yang sunyi sepi amat sesuai utk berdua-duaan denganNya dan amat mudah skali air mata utk mengalir..istiqamahkan iA :)
p/s3: sayang anda juga~ la syukran 'alal wajib..
hehe betul, yang dilarang tu dalam ibadah je, time lain dibenarkan:)
contohnya time azan, takkan nak tambah asyhadu anna sayyidina muhammadar rasulullah kan(cam pelik je bunyinye:p)
[With regard to sending blessings on the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) in the tashahhud, there is no report – as far as we know – in which the word “sayyidina” is mentioned, i.e., “Allaahumma salli ‘ala sayyidina Muhammad (O Allaah, send blessing upon our master Muhammad)” etc. The same applies to the adhaan and iqaamah, in which the word “sayyiduna” is not used because it is not mentioned in the saheeh ahaadeeth in which the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) taught his companions how to send blessings upon him, and how to say the adhaan and iqaamah. Acts of worship are tawqeefi (i.e., they are to be done exactly as described in the texts) and nothing is to be added to them that has not been prescribed by Allaah. As for saying this word in other contexts, there is nothing wrong with it, because the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “I will be the master of the sons of Adam on the Day of Resurrection and I am not boasting.”
Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah (7/65). ]
n ni hadis yang dijumpai:
Anas bin Malik r.a. berkata,
“Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi was Sallam seraya berkata: “Ya Muhammad! Ya Sayyidina Ibni Sayyidina! Wahai yang terbaik di kalangan kami dan anak kepada yang terbaik di kalangan kami!” Rasulullah menjawab: “Wahai manusia, hendaklah kalian bertaqwa dan jangan membiarkan syaitan mempermainkan engkau. Sesungguhnya aku adalah Muhammad bin Abdillah, hamba Allah dan Rasul-Nya; dan aku bersumpah kepada Allah bahawasanya aku tidak suka sesiapa mengangkat kedudukan aku melebihi apa yang telah Allah ‘Azza wa Jalla tentukan bagiku”.” (Diriwayatkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya, hadis no. 12551, jil. 3, m/s. 153. Sanadnya dinilai sahih oleh Sheikh Syu’aib al-Arnauth dan rakan-rakan. Juga dikeluarkan oleh al-Nasa’i dalam ‘Amal al-Lail wa al-Yaum dengan sanad yang baik (jayyid) sebagaimana nilai Ibn Muflih dalam al-Furu’, jil. 3, m/s. 568)
hehe, n semua hadith yang nabi ajar pasal selawat x ada tambah sayyidina, ada dlm sahih bukhari saje xmo letak,cari sndiri:p
bkn apa, masa skolah dulu untuk PAFA, lafaz yg diajarkan untuk tahiyat awal dlm solat tu ada tambah sayyidina, sedangkan nabi x ajar macam tu,alhamdulillah satu ari tu terjumpa hadis yang kat atas tu..
smoga kita lebih kuat brusaha untuk mengamalkan sebaik2nya sunnah nabi n ibadah tanpa sebarang tokok tambah:)
p/s: not directly related tu the post, but trying to fulfill his sunnah the best way we can is one of the way to show how much we love rasulullah right? :)
p/s2: susi susanti, jangan lupa berus gigi:ppppppppp
F.Y- agreed on all part especially pesanan utk susi susanti tu..ngeh3..:p
thanks again~
bertambah rindu..
syukrn atas bait2 ini..
sinar- :) afwan..snts ingat akan rasulullah iA, bukan sekadar pada maulidurrasul etc..
nice..batch08 dah adalah wakil untuk puisidra nanti :) tak sangka kanak2 riang pon berbakat :P
p/s: tak baik sakat kawan saya aka sue susanta..nanti dia report kat mama dia..huhu
Post a Comment