Saturday, December 12, 2009

mencari atau mencegah?

‘suruhlah berbuat kebaikan (makruf)

Dan cegahlah kemungkaran’


Mungkin ayat ini sudah menjadi cliché di kalangan kita,

Sehinggakan ada sesetengah daripada kita

Sudah menjadi tidak lagi sensitive kepada ayat tersebut..


Namun bagi yang sedar akan tanggungjawab mereka,

Ayat tersebut akan sebati dalam diri

Dan menjadi sebahagian dari akhlak mereka..


Namun,

Mencegah maksiat yang dianjurkan oleh islam,

Bukanlah bererti kita pergi MENCARI pemaksiat itu..

Dan cuba menghalangnya..


Tetapi,

Tugas kita adalah mencegah dan menghukum

maksiat yang berlaku di depan mata,

Yang mempunyai saksi dan bukti nyata


Dan bukan yang kita cari-cari

atau kejar-kejar untuk dicegah..


bukankah kita dilarang untuk ‘tajassus’

iaitu mengintai kesalahan atau aib orang lain

dan berperasangka buruk sesama kita?


" hai orang-orang beriman,
jauhilah kebanyakan dari prasangka,
kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa,
dan JANGANLAH KAMU MENCARI-CARI KESALAHAN
orang lain......."

(QS al-Hujurat [49]:12).

Imam Ibnu Katsir menyatakan,

tajassus digunakan untuk aktiviti mencari-cari kesalahan orang lain.

Adapun Imam Jalalain dalam tafsirnya mengatakan,

"Jangan melakukan tajassus,"

berarti,

"Janganlah mengintai kaum Muslim

dan mencari-cari kesalahan mereka."


Sabda Rasulullah SAW:

jauhilah oleh kalian prasangka,

kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dusta pembicaraan,

janganlah kalian meraba-raba (tahassus)

mencari-cari kesalahan orang lain (tajassus)

janganlah kalian saling berdebat,

saling menghasut,

saling membenci,

dan saling membelakangi.

akan tetapi, jadilah kalian

hamba Allah yang bersaudara

(HR al-Bukhari dan Muslim).


Begitu juga dengan kisah yang berlaku pada saidina Umar r.a,


(Daripada) ‘Abd al-Rahman bin Auf radhiallahu 'anh,
bahawasanya beliau pernah berjaga malam bersama ‘Umar bin al-Khattab.
Tatkala mereka sedang mengelilingi kampung,
mereka melihat sebuah lampu yang sedang menyala dari rumah,
maka mereka menghampiri rumah tersebut.

Ketika mereka menghampiri,
mereka dapati pintu rumah tersebut terbuka tanpa seorang pun di sana,
sedangkan dari dalam rumah terdengar suara yang sangat kuat.

Berkata ‘Umar sambil memegang tangan ‘Abd al-Rahman:
"Tahukah kamu rumah siapa ini?"

‘Abd al-Rahman menjawab
"Tidak."


‘Umar berkata
"Ini adalah rumah Rubi‘ah bin Umayyah bin Khalaf,

saat ini mereka sedang minum arak,

bagaimana pendapat mu?"

‘Abdul Rahman berkata
"Aku fikir, kita sekarang ini telah mengejar sesuatu yang dilarang oleh Allah.
Bukankah Allah telah berfirman

"...dan janganlah kamu mengintip ..."

dan kita telah mengintip mereka.


Setelah mendengar perkataan beliau,

Umar pergi dan meninggalkan mereka.

(Musannaf ‘Abd al-Razzaq diteliti oleh Habib al-Rahman al-‘Azhami;
al-Maktabah al-Islami, 10/231, riwayat no: 18943)


Namun, yang sering kita lihat pada zaman ini

Adalah manusia berlumba-lumba mencari pesalah atau pemaksiat.

Dan kadangkala ada yang merasa bangga

Berjaya membongkar kesalahan-kesalahan pelaku tersebut.


Sehinggakan ada pihak yang pergi ke hotel-hotel

Atau rumah tumpangan

Mengetuk pintu-pintu bilik

Dengan tujuan MENCARI penzina

Atau berharap akan ada ‘tangkapan basah’

Yang berjaya dilakukan..


Menurut buku-buku dibawah ini,


1) Ihya' Ulumuddin oleh Imam Al-Ghazzali (5/34)


2) Min Fiqh Ad-Dawlah Fil Islam oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi,

( hlm 121, cet Dar As-Syuruq)


3) At-Tasyri' Al-Jinaie al-Islami oleh Syeikh Abd Qadir Awdah

( 1/501, cet Muassasah Ar-Risalah)


4) Fiqh Ad-Dakwah Wal Irsyad oleh Syeikh Abd Rahman Hasan al-Habannakah.

( 2/ 242, cet Dar Al-Qalam)



Terdapat syarat-syarat dalam menjalankan amar ma’ruf nahi mungkar..


1) Kejahatan (maksiat) itu mestilah dari jenis yang disepakati

sebagai dosa dengan hukum haram secara qat'ie (putus)


2) Maksiat itu sedang berlaku,

jika ia belum berlaku atau dijangkakan akan berlaku,

tindakan yang harus hanyalah dinasihati terlebih dahulu.

Ini bermakna,sebelum berlaku,

tiga tindakan cegahan tadi belum menjadi harus,

kerana itulah amalan menasihati samada secara umum atau specifik dibenarkan.

( At-Tasyri' al-JInaie Al-Islami, 1/502)


3) Mempunyai kemampuan sebenar

dari sudut ilmu, kuasa, suasana

dan yang berkaitan untuk melakukan usaha mencegah ini.


4) Mestilah diyakini pencegahan itu

tidak membawa kemudaratan yang lebih besar.


5) Maksiat itu mestilah terzahir (ternampak)

dengan jelas tanpa perlu pengintipan

samada dengan cara pendengaran, penglihatan dan sebagainya.



Bukanlah sesuka hati kita

Untuk menjalankan amar ma’ruf nahi mungkar,

tetapi haruslah berhati-hati

Demi menjaga kemaslahatan semua.


Jika kita melakukan tugas Mencegah,

Ikhlas kerana sayangkan saudara sesama muslim kita,

Dan kerana tidak mahu kemungkaran itu berleluasa,

Bukan mencari-cari pesalah untuk kita hukum,

insyaAllah jiwa manusia disekeliling akan lebih terdidik

dan pasti akan timbul kesedaran dalam diri mereka..


kerana berperasangka buruk dan mencari salah orang,

hanya akan menimbulkan lebih banyak permusuhan..


wallahua'alam~




p/s: saya dan mimi (Adik usrah) ada azam baru iaitu menambah b**** b**** hehe..hanya kami yang boleh translate :p


p/s2: terima kasih pada semua yang mendoakan pisang, selepas diinject, diambil darah, diberi makan antibiotic double dose, pisang semakin sehat sekarang dan dah mula berselera untuk makan :)


p/s3: plan pagi nanti harap berjaya :) muhasabah diri!


p/s4: semasa 'menyinggah' di balai polis bandung beberapa hari yang lalu, selain daripada dibelanja makan sate kerana proses membuat laporan yang mengambil masa terlalu lama,saya dan rakan-rakan mendapat ta'lim yang amat bagus daripada kepala polisi (ketua polis) di situ..kebanyakan berkisar tentang peranan sebagai seorang muslim dan khususnya seorang lelaki/perempuan..selain memberi nasihat, beliau turut memberi tips-tips dalam mencari jodoh (????) hehe..ilmu2..saya hanya mendengar~ :)


p/s5: exam makin hampir..dah sedia? erkk..datanglah wahai perasaan takut dan cuak '-____-


p/s6: minggu ni abah, ummi and lain2 pergi tanjung karang tengok kelip2..tak aci!! :(


p/s7: ada baca berita tentang pengantin baru yang meninggal di perlis akibat accident? nama beliau adalah, akhi mohd ariff abdul kadir. diceritakan oleh sahabat usrahnya di perlis, beliau sangat bersemangat untuk menjalankan gerak kerja di Perlis terutamanya kepada pelajar universiti kerana beliau baru mendapat tawaran menjadi lecturer di UITM perlis. namun, Allah lebih menyayanginya, selepas diijabkabulkan lebih kurang pada jam 9 pagi di masjid anak bukit (berhampiran istana sultan kedah), beliau beserta ibu bapanya dan seorang lagi temannya mengalami kemalangan jalan raya sekitar jam 1 petang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah utnuk menunaikan solat jumaat di beseri. innalillahi wa inna ilaihi rajiun. moga ruhnya dicucuri rahmat Allah taala dan ditempatkan bersama-sama orang soleh di sisiNya.

9 comments:

Liyana said...

yang pasal pengantin tu...dah bace!!!! waaaaa sedih kan. baru 3 jam nikah.

haih. tp nak wat camana. semoga Allah merahmati allahyarham dan semoga pengantin perempuan tabah..

duha said...

pudding-erm..tulah..tapi Allah pasti tahu mereka yang terlibat mampu menanggung ujian ni..Allah Maha adil~

amiin~

Khazinatul_Asrar said...

duha, ana teka eh yg p/s1 tu. BERAT BADAN kannn?hahah. kalau salah pun,mmg nti kena tambahhh okay:P

sinar_islami said...

salam..kak sha pun teka sama cam asrar..
tym bca pun dh leh teka...
tapi betul ke (^_^)
jgn over tmbh sudah...
ops..yg tu pula akak komen ye..

btw..entri ni beri peringtn besar wat daie..kita ni lagi2 la kena hati2..kemas kan langkah..nak islah ummah mestilah kena cara..
apa yg penting..sentuh hati manusia dgn kasih syg..ubah dgn kasih sayang.bukan mencari slh..

duha said...

khazinatul asrar- kak syaz..kalau ye pun nak teka sms je la..jgn teka kat sni..huu~

sinar- waalaikumusalam :) cehh..kak sha pun nak join jgak meneka ke? ni bkan kuiz tau..saja je letak camtu..tu pulak yg menarik perhatian..heh..erm..kita kena bersederhana kan? :D smua benda kalau 'over' akan bawa keburukan..

erm bdw, betul tu.. kita jangan mencari salah, tapi just cuba mengubah semampu kita..

lagipun sebagai manusia, kesalahan sndr pun dah ckup byk sebenarnya, kenapa nak CARI2 kesalahan orang lain.. *__*

sinar_islami said...

(^_^) igtkan kuiz tdi..gurau ja
Yeap...ubah stakat yg mampu
bgs2...duha sudah matang...

duha said...

sinar-hehe..takpe..lengkali kita wat quiz ek :p

erm..insyaAllah :)

dr.radzi said...

aslmkum....

amar makruf pon ada protokol...islam itu indah.=)

psst....org sekali baca dah bole teka dah tu berat badan. cuba bagi kat budak baru pandai mengeja,mesti dapat teka gak. haha.=p

duha said...

dr.radzi-waalaikumussalam..

erm..betul2
islam itu indah..

p/s:erkk..mne de..tak2..salah2